“Hai Cik Wafeen, amboi..berseri-seri muka bakal pengantin kita ni..datang nak jumpa buah hati erk?” Aina, salah seorang pekerja Rayyan menyapa Wafeen yang baru masuk ke dalam pejabat.
“Eh..Aina, tak pergi lunch ke?”
“Puasa…”
“Oh..emmm..Rayyan ada kat bilik dia ke?”
“Haah..boss ada di bilik,dia baru aja balik dari site..masuk ajalah terus, mesti dia pun tengah tunggu tunang kesayangan dia ni..”
“Valqis keluar lunch ya?”
“Haah..biasalah,dia tu keluar dengan Fitri dan Iskandar..tu kan bodyguard dia..” Aina mengekek ketawa.Wafeen sekadar tersenyum dan terus mendaki anak tangga untuk ke bilik Rayyan.Dia mengetuk pintu terlebih dahulu.Hmmm..takde bunyi orang bertukang..maknanya tu mood dia baiklah kut…
“Masuk!”Wafeen mendengar arahan masuk dan terus membuka pintu.Pandangannya bertaut dengan pandangan Rayyan yang sedang menghadap pelan projek.
“Ya Cik…nak jumpa siapa?” Tanya Rayyan dengan muka serius.Wafeen kerut dahi.Kalau aku datang bilik dia ni..maknanya aku nak jumpa dia la kan? saja mengadalah tu!
“Emm..saya nak jumpa dengan tunang saya..”
“Tunang awak? siapa ya?” Rayyan senyum sedikit tapi dia masih berpura-pura menghadap pelan.
“Rayyan Raiqarl…dia ada tak?”
“Ada…awak ni ada hal apa nak jumpa dia?”
Wafeen ketap bibir.Perlukah aku melayan semua ni? layan ajalah kan…
“Nak ajak dia lunch..sekarang dah masuk waktu makan..risau jugakkan,kalau tak makan nanti sakit pulak..dah tu,dia tu kuat sangat kerjalah…sampai waktu rehat pun dia masih nak menghadap kerja dia lagi..”Wafeen sudah duduk di sofa.Dia mengerling Rayyan yang ketawa kecil.
“Alah sayang,Abang bergurau pun nak tarik muka ke…”
“Mengada tau! ya cik? nak jumpa siapa? dah tak kenal muka tunang sendiri ke?” Wafeen mengajuk pertanyaan Rayyan padanya tadi.Rayyan makin galak ketawa dan segera bangun .Dia duduk berhadapan dengan Wafeen.
“Bukan..sampai mati pun abang tak lupa..tahu apa yang abang paling takut? abang paling takut kalau abang tak dapat tengok raut wajah sayang abang ni..takut kalau terlupakan senyuman buah hati abang ni..so, tolong senyum boleh tak sayang?”
Wafeen tersenyum dengan permintaan tu.
“Aduh…”
“Kenapa? Wafeen cuak bila Rayyan memegang dadanya.
“Macam nak tercabut jantung tengok senyuman sayang tu…”
“Ya Allah..tunang siapalah mulut manis sangat ni erk?, banyak makan gulalah agaknya abang ni..” Wafeen suka melihat Rayyan yang sentiasa ketawa.Berbeza betul masa dia remaja dulu..nak bercakap pun payah!
“Hari ni sayang masak apa?” tanya Rayyan.Memerhatikan Wafeen membuka mangkuk tingkat.
“Hari ni kan…abang jangan marah Feen tau”
“Kenapa? takde sebablah nak marah sayang abang ni..”
“Eh..ada sebab..sebenarnya kan,hari ni..Feen tak bawa karipap pusing..”
“Hah? kenapa?”
“Iyalah..asyik makan karipap pusing aja,tak boring ke?”
“Mana ada boring…sama macam perasaan abang pada sayang tau..tak bosan,hari-hari pun nak bercinta dengan Wafeen Wardah tau”
“Huh! ada ke samakan Feen dengan karipap?”
“okeylah tu..”
“Takde..takde..hari ni Feen bawa kuih ketayap pulak..tom yam campur dengan telur dadar..”
“Kuih ketayap? tak naklah!! tak suka…”Rayyan geleng.
“Mana boleh tak nak..ini kuih kegemaran Feen tahu tak? tak kira! abang kena makan jugak!”
“Uiksss…paksa tu! betul la Yumni cakap..Puteri Bidadari nak jadi Queen Control ni..”
“Apa ? Queen Control erk? takpe! tak payah makan..” Wafeen tarik muka dan mula merajuk.
“Eh..tak..tak..mana ada,abang bergurau aja..abang makan sampai habis ya?” Cepat-cepat Rayyan ambil salah satu daripada kuih ketayap di dalam bekas dan dimakannya.
“Kalau abang makan habis,Feen tak merasalah?”
“Ya tak ya..kita makan sama-sama ya sayang?” Rayyan sengeh.
“Tak payah makan banyak sangat kuih tu..nanti kenyang pulak..nasi belum makan lagi..”
Rayyan garu kepala.Adoilah! penuhlah perut aku jawabnya.Kalau aku tak ikut kang merajuk pulak.
“Tapi tak bestlah takde karipap pusing..tak kena langsung nak alih citarasa ni..”
“Sekali sekala..”
“Kalau macam tu kan,agaknya boleh tak kalau sekali sekala abang usha another girl? kira tukar selera la kan..takkan asyik setia dengan” karipap pusing “ aja kan?”..boringlah!” Rayyan sengaja mengusik dan melihat riaksi Wafeen.
“Apa abang cakap? nak usha perempuan lain? ohhh..boring erk? Feen kata boleh tukar selera kuih aja..bukan tuan punya kuih tu! abang jangan nak berani buat macam tu ya? buat sekalipun…takde maaf tau!” spontan Wafeen melenting dengan menghalakan sudu ke arah Rayyan.
“Herrrrkkkk!!!”Rayyan terkejut dengan riaksi Wafeen itu hingga terlekat kuih yang dikunyahnya.
“Abang! minum air cepat!” Wafeen segera menghulurkan botol air dan cepat-cepat Rayyan minum.
“Astaghfirullah…kalau macam tadi punya riaksi sayang..usahkan nak usha..nak menjeling perempuan lain pun abang tak berani..” Rayyan menghela nafas.Nasib baik aku tak mati tercekik!.
“Tau takpe…bukan setakat abang..dengan perempuan tu Feen kerjakan! ..amaran erk? pastikan di hati Rayyan Raiqarl tu ada cop hak milik persendirian Wafeen Wardah!Ingat tu.."
“Ni yang buat tak sabar nak kahwin..”Rayyan angkat kening.
“Sabar boleh tak? 3 bulan aja lagi…baru bertunang dah nak kahwin..”
“Mestilah! kata hak persendirian Wafeen Wardah kan...Kahwin lagi cepat kan lagi baik...”
“Makan jangan bercakap boleh tak?” Wafeen mengerling Rayyan tapi dia tetap tersenyum.Rayyan letak jari telunjuk ke mulut dan menggeleng.Kononnya tak nak bercakaplah.Memang hak aku pun! siapa perempuan yang berani nak ambil dia dari aku? berbelas tahun aku tunggu tau..ingat apa? senang-senang orang lain nak rampas?
“Nek…senyum sorang-sorang ni kenapa? hah..berangankan siapa tu..” Usik Wafeen sambil menepuk lengan Nek Jah yang tadinya sendirian di ruang tamu.Wafeen baru saja balik dari kerja.Bila terpandangkan neneknya yang langsung tak menyahut salamnya terus saja dia masuk ke dalam rumah dan menghampiri neneknya itu.
“Ish budak ni…bila masa kau balik Wafeen,tiba-tiba aja muncul..bagi salam pun tidak, menonong aja masuk ke dalam rumah ya..”
“Bagi salam nek tapi nenek tu yang tak dengar..ingatkan syok sangat tengok cerita Hindustan tu..rupanya berangan..hah! ni mesti dah tersangkut dengan mana-mana atuk handsome ni kan….” Wafeen ketawa kecil.Dia mencapai alat kawalan jauh dan menutup televisyen.
“Dah..jangan nak merepek, nenek sebenarnya baru aja bercakap dengan Abah kau di telefon tadi hah..abah kau suka sangat tengok gambar pertunangan yang kau e-mailkan tu..dia tak sabar nak balik tau..ibu kau pun,dia cakap..nenek pandai pilihkan jodoh untuk kau,handsome budaknya Rayyan tu..pendek kata berkenan sangatlah abah dan ibu kau dengan Rayyan tu..”
“Ini mesti nenek puji dia lebih-lebih depan abah ni…”
“Apa salahnya..”
“Memanglah tak salah..tapi kalau Abang Rayyan tu tahu nenek puji dia melangit,perasan pulak nanti Hantu Karipap tu..”
“Amboi..sedapnya mulut tu berbahasa, bakal suami kau tu Wafeen…jangan nak sesedap mulut aja menggelar dia macam tu,tak baik..”
Wafeen tarik muka.Alah! bukan abang marah pun nek…
“Hah..awal pulak kau balik hari ni? selalu kalau hari Sabtu sampai ke malam kau kat kedai tu..”
“Saja…boring la nek..”
“Pelik tu..sejak bila pulak kau boring duduk di kedai tu?”
“Boring sebab hari ni Hantu Karipap takdelah nek..dia seharian kena ada kat site projek dia di Bandar Pusat Jengka..tapi Feen sempat hantarkan bekal untuk dia pagi tadi”
“Oh..patutlah,dah pandai boring pulak sekarang ya?”
“Ish..nenek ni kan,suka usik orang tau..”Wafeen malu-malu kucing dan terus bangun .Dia segera masuk ke biliknya.
“Tak payah nak buat malu sangatlah Wafeen oi..adatlah orang bercinta..” Nek Jah menggeleng saja melihat gelagat cucunya itu.
Tiba-tiba telefon di atas meja tepi berbunyi.
“Siapa pulak lagi yang call ni..” Nek Jah segera mengangkat gagang.
“Assalamualaikum nek..”
“Waalaikumussalam..Anis, kenapa suara sedih aja ni..kau menangis ya? dah kenapa cucu nenek ni…” Nek Jah hairan bila mendengar suara Anis yang berselang dengan tangisan.
“Nek..Kak Hannah kemalangan,dia jatuh bilik air tengahari tadi..”
“Hah? Hannah jatuh bilik air? macamana boleh jadi macam tu?” Nek Jah terkejut.Suaranya yang meninggi itu membuatkan Wafeen keluar menjenguk.Kenapa pulak nenek ni?
Nek Jah pandang Wafeen dan segera menggamit cucunya itu supaya mendekat.
“Tak taulah nek..darah banyak dalam bilik air,Anis tak tahu nak buat macamana ni nek, mak suruh Anis beritahu nenek..tapi Anis minta maaf sebab lambat beritahu, semua orang kalut nek..sekarang ni Kak Hannah dah dibawa ke hospital, nenek dengan Kak Feen datang sini ya? Anis memang tak tahu nak buat apa..mak takde, dia temankan Abang Uwais di hospital..” suara sendu cucunya itu buat hati Nek Jah mula galau.
“Iyalah..nenek datang sekarang jugak!”
“Anis tunggu nenek kat rumah ya?”
“Iyalah..banyakkan berdoa ya sayang..InsyaAllah semuanya selamat..” Nek Jah meletakkan gagang telefon dengan riak wajah cemas.
“Kenapa nek? “ Wafeen turut cuak melihat riaksi nenek yang tiba-tiba itu.
“Hannah….jatuh bilik air! Anis cakap, dah dibawa ke hospital..Ya Allah, selamatkanlah cucu dan cicit aku..”
“Kita pergi Kuantan sekaranglah nek!” Wafeen turut terkejut dengan berita itu.Nek Jah angguk.Sungguh sukar untuk mereka menerima berita itu.Uwais sangat menitikberatkan keselamatan Hannah tapi nak buat macamana malang memang tak berbau!
Rayyan sudah penat mendail nombor talian Wafeen tapi taliannya sibuk.Adakalanya operator yang menjawab panggilan.Mana pulak sayang aku ni? tak pernah dia buat macam ni…selalu tu kalau call sekejap aja dia dah jawab…
Rayyan menelefon talian rumah tapi tidak juga berjawab.
“Adik! pinjam kereta kejap…” Rayyan mendekati Valqis yang sedang menghadap laptop.
“Abang nak pergi mana? kana bang baru aja balik kerja, tak penat ke? lagipun..sekarang dah pukul 9.30 malam la..tak payahlah keluar..”
“Nak pergi rumah Kak Feen awaklah..dari tadi Abang call dia tak jawab..”
“Alah! dah tidur agaknya…dia pun reti penat kan! bukan macam tunang dia ni..takkan 24 jam nak berkepit kut..tunggulah nikah dulu” Valqis galak ketawa.Rayyan langsung tidak rasa semua itu lucu.Wajahnya serius saja.
“Kenapa ni Abang..takkanlah sebab Kak Feen tak jawab call, abang nak marah kut..”
“Bukan..Cuma tak sedap hati aja..takkan awal sangat dia tidur.Kalau betul pun, kenapa telefon rumah pun tak berjawab..takkan Nek Jah pun tidur awal..”
“Abang ni paranoid sangatlah…Val rasa baik abang pergi tidur ajalah..berehat..” gesa Valqis.Abangnya itu tak sampai sejam sampai di rumah.Kalau pun rindukan tunang,takkanlah tak boleh jumpa esok..ish! payahlah orang bercinta ni.
“Ya la, agaknya dia memang dah tidur kan? abang bukan apa, biasa tu sebelum tidur abang mesti call dia..dah terbiasa kut..”Rayyan sengeh.Valqis ketawa kecil.
“Sabarlah Abang..nanti kalau dah nikah..bercakaplah puas-puas dengan Kak Feen tu..”
“Okeylah! abang naik atas dululah..”
“Eloklah tu, abang pun nampak sangat penat..simpan dululah rindu tu untuk esok erk?”
Valqis memerhatikan abangnya berlalu naik ke bilik.Dia tengok semenjak abangnya bertunang, abangnya nampak lebih gembira atau boleh dia rumuskan terlalu gembira..tak macam dulu,abangnya tu asyik membawa diri entah kemana-mana..tak pernah tetap satu tempat..kejap ada kejap takde depan mata..semuanya sebab mak tirinya yang selalu cari pasal dengan abangnya itu.Ada saja yang tak kena di mata wanita itu!
e-man...cute miutnya..suke sgt2..mereka sgt romantik:)
BalasPadame-man..bukan hana jatuh bilik air malam ke??ms kenduri tu bukan mlm ek??ke kite yg dah lupe ni??
amboii3x........ abang sayang erk..
BalasPadamheheeheh... Alhamdulillah.. cayalah korang! suwittt gilosss..!!
ni jatuh masa knduri batrisya ngan fawwaz nih... muiz punya keja ek
alahai orang bercinta...
BalasPadamsweet je Wafeen & Rayyan ni...
tanpa nama :Hannah jatuh waktu siang...yg mlm tu masa kat hospital lepas operate..
BalasPadamhaha.. lawak je rayyan menggelabah cari wafeen..
BalasPadamrayyan n wafeen.... pasangan romantis....
BalasPadamwah.. rayyan sgt protective..... risau sungguh dia dgn wafeen..... sayanglah katakan.....
kesian uwais..... rupa2nya si muiz punya kerja ek... yg buatkan hannah jatuh dibilik air....
so sweet!hope dorang cpt kawen without spe2 yg kcau dorang.Tehehe
BalasPadamalololo...syg btol abg rayyan kat wafeen..haha..hope dorang kawin cepat sblom adik tiri rayyan kacau dorang...terubat rindu kat rayyan n wafeen...
BalasPadamp/s. e man gud job!!!
dah keluar kebelum novel ni....
BalasPadam