Rayyan mengelilingi rumah batu itu sudah lebih dua kali.Memang sah takde orang! dia mengerling jam di tangan.Baru pukul 7.30 pagi..tapi kenapa rumah ni kosong? Wafeen takkan pergi kedai awal pagi sangat? Nek Jah pulak, ke mana perginya?
Rayyan makin risau.Nak marah pun ada!
“Kalau nak ke mana-mana takkan tak boleh beritahu?” Rayyan membebel.Pagi itu dia sampai tak bersarapan dan terus saja memandu keretanya ke rumah itu.Bila sampai, dia kaget melihat tiada sesiapa di rumah itu.Puas dia berteriak pun tidak bersahut.
Rayyan akhirnya memutuskan untuk ke kedai buku.Mujurlah waktu dia sampai,kebetulan Yumni juga baru saja membuka kedai.
“Yumni!..”Panggil Rayyan sebaik saja dia mendekati Yumni.
“Eh..Abang Rayyan..tak pergi Kuantan ke?” Tanya Yumni.
“Pergi Kuantan? buat apa?” Rayyan pelik.
“Lah…takkan Abang Rayyan tak tahu?” Yumni tayang riak hairan.
“Tahu apa?” Rayyan pun sama naik hairannya.
“Semalam, Wafeen call cakap dia tak masuk kedai hari ni..dia ke Kuantan sebab isteri sepupu dia kemalangan..katanya,jatuh bilik air..tu ajalah dia cakap” Beritahu Yumni.Rayyan terkejut.Isteri sepupu Wafeen maknanya Hannahlah!
“So, dia pergi Kuantan la?”
“Iya…Wafeen tak beritahu?”
Rayyan geleng sambil mencekak pinggang. Kenapa dia tak beritahu aku? padahal aku ni bukan setakat bakal suami dia..aku ni kan kawan Uwais?
“Takpelah Yum..Abang pergi dululah..”
Rayyan kembali ke kereta.Dia mengeluarkan handsetnya dan mendail nombor handset Uwais tapi tidak berjawab.Tentu Uwais pun tengah risau sekarang ni..
Rayyan cuba lagi mendail nombor talian handset Wafeen tapi hanya dijawab suara yang meminta dia meninggalkan pesanan.Dia rasa kecil hati bila Wafeen langsung tidak menghubunginya..kalau tak boleh call pun,takkan tak boleh hantar mesej!
“Wafeen..”
“Ya?” Wafeen berhenti melangkah dan berdiri di anak tangga.
“Ini ada sumbangan khairat kematian dari orang kampung, saya nak berikan pada Uwais pun dia tengah sedih sangat..” Hafiz menghulurkan sampul putih pada Wafeen yang baru saja mahu masuk ke dalam rumah.
“Terima Kasih ustaz..”Wafeen mengambil sampul putih yang diberikan Hafiz padanya.Dia dan Hafiz memerhatikan Uwais yang duduk di pangkin bersama Abang Fawaz.Mereka baru saja balik dari tanah perkuburan dan sedang bersedia untuk pergi ke hospital.
“Sejak malam tadi, adik dia cakap..dia belum makan..Abang Fawaz pun dah puas pujuk dia supaya makan tapi…”
“Takpelah ustaz..nanti saya pujuk dia” cepat saja Wafeen menjawab.
“Nasib baik awak dengan nenek awak ada datang, kalau tidak..siapa nak tolong uruskan semua kerja rumah..Anis dengan Mastura pulak kena temankan Mak Cik Sari jaga Hannah..nak harapkan Putera, apalah sangat yang budak tu boleh buat..” Ustaz Hafiz duduk di anak tangga sementara Wafeen bersimpuh di muka pintu.
“Alah ustaz,kami ni kan keluarga..tapi kan ustaz..semalam masa saya dan nenek bersihkan darah dalam bilik air..saya ada rasa pelik sikit..nenek pun macam tu jugak”
“Pelik yang macamana tu?”
“Ada cecair pencuci pinggan mangkuk pada lantai bilik air tu..banyak pulak tu..saya rasa mungkin Hannah jatuh sebab tergelincir bila terpijak cecair tu..”
“Jadi..awak rasa pelik sebab macamana cecair pencuci tu boleh ada di lantai?”
“Ya ustaz…kan pelik tu, padahal botolnya ada di sinki..saya sendiri pastikan sebab saya fikir mungkin tertumpah..” cerita Wafeen dengan penuh kelembutan.
Hafiz berpandangan dengan Wafeen namun cepat saja dialihkan pandangannya ke arah Uwais dan Fawaz yang sudah membuka pintu kereta.Subhanallah…dia ni manusia ke jelmaan bidadari? bergetar hatinya ketika matanya bertemu pandang dengan Wafeen.Daru dulu lagi..dia memang terpaut pada kelembutan sepupu sahabatnya itu.Sayangnya, Wafeen sudah pun menjadi tunang orang dan lelaki itu juga bukan orang lain..kawan satu sekolah dengannya dulu.Cuma dia terkilan..apakah yang membuatkan Wafeen memilih Rayyan? dia kenal persis perilaku pemuda itu sewaktu di sekolah dulu..buruk lebih banyak daripada baik..
Kelihatan sebuah kereta Honda Mugen muncul dan berhenti di hadapan MPV yang sudah mahu pergi tapi terpaksa dihentikan.
“Abang?” Wafeen terkejut bila Rayyan keluar dari perut kereta.Baru aku teringat yang aku tak beritahu dia lagi!.
Tunangnya itu mendapatkan Uwais yang juga sudah keluar dan keduanya saling berpelukan.Rayyan sempat memandangnya dengan wajah tanpa senyuman . Rayyan berbicara sesuatu dengan Uwais.Seketika kemudian Uwais kembali masuk ke dalam kereta dan MPV itu berlalu pergi.
“Itu tunang awak kan?”
“Haah..ustaz mesti kenal? “
“Ya..saya kenal sebab satu sekolah jugak dulu..eh,takpelah Wafeen,saya nak kena balik rumah dulu..banyak benda nak kena kemaskan..”
Hafiz mendekati Rayyan dan bertegur sapa.Sempat dia bersalaman dengan Rayyan sebelum pulang.Rayyan pula terus mendapatkan Wafeen yang menunggunya di beranda.
“Kenapa Feen tak beritahu pasal hal ni? tak sempat Wafeen nak menyapa Rayyan sudah menyoalnya.
“Bukan tak nak beritahu tapi semalam Feen dengan nenek kalut sangat,lagipun..banyak benda kena uruskan..” Wafeen memberi alasannya.
“Takkan tak boleh mesej? handset kenapa tak jawab?” Nada suara Rayyan meninggi.Berkerut-kerut mukanya kerana marah.
“Bateri habis dan Feen tertinggal charger..” Wafeen begitu bersahaja menjawab.
“Takkanlah rumah Uwais ni takde telefon..” Rayyan tak puas hati.
“Okey, Feen salah sebab tak beritahu abang..sebenarnya Feen…terlupa!” Wafeen senyum.Tayang muka comel kononnya...
“How dare you!” marah Rayyan.Terlupa? Dia tak boleh terima jawapan tu! Wafeen tak boleh lupa apapun yang berkaitan dengannya...
Wafeen terkedu.Dia marah aku ke? ni yang aku geram nih..dah mulalah angin dia tu datang…Salah kecil ajapun!
"Abang tak suka Feen buat macam ni.Hilang macam tu aja.Abang tercari-cari tahu tak? Memang tak tahu pun kan?...Lupa...huh!!"Sindir Rayyan.
“Kalau iyapun Feen buat salah, jangan nak mengamuk boleh tak? kita tengah berhadapan dengan kematian anak Abang Uwais..hal kecil macam ni pun, sampai nak berbalah ke?” Wafeen turut meninggikan sedikit suaranya.Sesekali matanya memandang ke dalam rumah.Bimbang neneknya mendengar pertengkaran kecil itu.
“Oh..kalau dengan abang cakap marah-marah..tapi dengan Hafiz tadi bukan main lagi..siap senyum-senyum kan?” Kali ni Rayyan dah mula mengaitkan Ustaz Hafiz.
“Astaghfirullah..Abang ni kenapa? dengan ustaz Hafiz tu pun nak buruk sangka ke?” Apa kes kaitkan aku dengan ustaz tu? kalau aku nak dah lama aku terima masa Abang Uwais nak jodohkan aku dengan dia dulu..takdelah aku nak pilih Hantu Karipap kesayangan aku ni..Cemburulah tu!
“Yang buruk tu abanglah kan.." Rayyan dah nampak sangat kecil hati.
"Apa abang ni? Tak masuk akal langsung! Mana ada Feen anggap abang macam tu.."
"Abang kecil hati Feen buat macam ni..abang tahulah abang ni pilihan kedua aja,maklumlah..selama ni bukan abang dalam hati tu kan..mana nak ingat..” Rayyan jauh hati.Dia berpaling dan mengatur langkah.Wafeen tak tahu nak cakap apa.Dalam hatinya tak pernah anggap Rayyan pilihan kedua!
Rayyan tak peduli Wafeen nak cakap apa.Bila terpandangkan Hafiz tadi dia rasa rendah diri pula.Maklum sajalah..lelaki itu seorang ustaz dia pulak siapalah…ilmu agamanya ibarat sebutir pasir sedangkan ilmu ustaz itu seluas lautan barangkali..memang lebih layak digandingkan dengan Wafeen..kalau dengan Daniel Elhan tu aku tak hairan sangat nak fight tapi kalau dengan Hafiz yang dulu Biro Ibadah sekolah aku, memang sesaklah nafas aku dibuatnya..tolonglah Ustaz Hafiz..Wafeen ni tunang aku,haram tau usha dia!
“Abang nak pergi mana?” Wafeen rasa bersalah.Bukan aku sengaja pun..terlupalah! maklumlah kan..tak biasa lagi..selalu tu ingat Elhan,tetiba sekarang dah tukar Rayyan..tengah belajar biasakan diri tapi silap sikit-sikit tu maafkan je la! Kenapa Rayyan boleh kecil hati dan berfikir seteruk tu?
“Hospital..tengok Hannah lagi baik daripada bergaduh dengan Feen..orang lupa kita kan..takpelah Wafeen, siapalah abang ni..lain kali kalau ada apa-apa hal penting tak payah beritahu abang…sedar diri ni..Tak penting pun”
Wafeen gigit bibir.Merajuklah pulak...Tak kena timing langsung!
“Abang…nak ikut!!” teriak Wafeen.
“Tak payah! kereta pink tu kan ada..drive la sendiri..” balas Rayyan.Tak peduli!
Wafeen cekak pinggang.Suka suki dia jawab macam tu? Mulut memang takde insurans kalau tengah marah kan? sampai hati tak bagi ikut!
“Abang! nanti balik sini semula tau..jangan merajuk lama sangat !!” Wafeen melambai pada Rayyan yang buat tak tahu saja.Masuk dalam perut kereta tanpa berkata apa-apa lagi.
Nak pujuk aku main lambai-lambai macam tu apa barang…Tak mencairkan hati langsung! suruh datang balik erk? tengoklah! lepas ni susah ke senang sayang nak cari abang pulak!
Rayyan mencari bilik yang menempatkan Hannah.Sempat dia bertanya pada seorang jururawat yang melewatinya.Rayyan membuka pintu bilik yang ditunjukkan jururawat padanya.
“Assalamualaikum mak cik..” Rayyan bersuara perlahan sebaik saja dia berdiri di sebelah Sarimah.
“Waalaikumussalam..Eh, Rayyan..” Sarimah mengukir senyuman.
“Hannah dah sedar ya Mak cik?” Rayyan bertanya.Matanya memandang Uwais yang sedang berbicara dengan Hannah yang masih lemah.Simpati dia melihat pasangan itu.Dia tahu bagaimana kehilangan orang yang disayangi apatah lagi pasangan itu kehilangan bayi yang dinantikan selama ni.
“Sudah…dia baru aja tahu anak dia meninggal..Alhamdulillah, dia tabah menerima berita ni..”
Rayyan turut rasa lega atas penerimaan Hannah dengan berita sedih itu.Dia tahu kesan daripada tekanan seberat itu memungkinkan seorang ibu itu mengalami kemurungan.Rayyan pandang Uwais yang sebaik mungkin melayan isterinya dengan penuh kasih sayang.Bila melihat Uwais menangis,dia pun rasa sebak juga..kalaulah dia di tempat Uwais, tak tahulah bagaimana dia nak terima kenyataan berat itu.Siapa yang tak sayangkan anak dan isteri? Harta paling bernilai.
" Saya pun terkejut mak cik..."
“Benda dah nak jadi Rayyan..” Sarimah menghela nafas berat.Suasana sedih menyelubungi bilik itu.
“Emm..saya keluar sekejap ya Mak Cik..” Rayyan keluar dari bilik.Dia mahu membuat panggilan telefon kepada Zarynn untuk memberitahu kemalangan yang menimpa Hannah.Baru saja dia mengeluarkan handset,dia rasa bahunya ditepuk.
"Rayyan!"
"Eh..kau Ayyad.Baru sampai?"
"Haah...aku pun baru dapat tahu,Hafiz yang call.Lagipun,aku baru balik dari Singapore"
"Atif mana?"
"Dah masuk dalam bilik Hannah..Eh,aku masuk dulu...Lepas aku jumpa Uwais.Aku nak bincangkan dengan kau pasal tanah yang kau nak beli tu.Alang-alang kau dah ada kat sini"
"Okey..." Rayyan angguk.Dia terus saja membelek handsetnya sebaik saja Ayyad pergi.Baru dia perasan ada "miscall" daripada Wafeen.Boleh pulak call? kata takde charger! bebelnya dalam hati.Argghhh....tak nak aku call balik! nak merajuk lama sikit...
“Mak Usu…”
“Iya…kenapa kau ni Wafeen? resah aja Mak Cik tengok..” Sarimah hairan melihat Wafeen yang sedang mengelap pinggan untuk digunakan dalam majlis tahlil selepas waktu Isya’ nanti.
“Semalam, ada nampak Abang Rayyan tak kat hospital?” tanya Wafeen.Mahunya aku tak resah? sejak semalam takde khabar berita.Ingatkan dia nak datang sini balik tapi takdepun..aku call pun tak berjawab.Nak balas dendam agaknya!
“Ada…dia datang jenguk Hannah..lama juga dia berbual dengan Abang Uwais dan Hannah tu,kemudian dia minta diri nak balik ke rumah Ayah Ngah dia..katanya nak tukar baju..ai, yang kau bertanya ni..takkan kau tak jumpa dia lagi?”
“Err..pagi semalam adalah dia datang sini tapi lepas tu tak datang-datang dah…” Wafeen rasa kecewa.Mana Rayyan pergi?
“Patutlah kau gelisah semacam aja..hish..korang berdua ni lambat sangat nak langsungnya..3 bulan tu macam 3 tahun pulak ya? Dapat penyakit angau dah hah” Usik Sarimah.Mengekek-ngekek ketawa.
“Mana ada, Feen rasa biasa ajalah Mak Usu..” Tapi memang betul pun cakap Mak Usu tu..Tiba-tiba aku rasa macam lama sangat kot…Haish! Kalau aku setuju tadi, nanti Mak Usu fikir aku dah gatal sangat nak menikah pulak kan…
“Hmmm..kalau kau bernikah lepas ni,bolehlah kau pulak yang berikan Mak Usu ni cucu..nak buat macamana, sekarang ni takde rezeki lagi nak bercucu..”
“Janganlah sedih Mak Usu..manalah tahu akan datang Hannah pregnant anak kembar pulak..kan..tak mustahil tu sebab Abah dengan arwah Pak Usu tu kan kembar…”
“Mintaknya masinlah mulut kau tu Wafeen oi..” Sarimah senyum.Takpelah! Belum rezeki…
“Err..kalau macam tu,Feen kena makan banyak garamlah Mak Usu..” Wafeen mencuit pinggang Sarimah sambil tergelak.
“Sari..orang dah nak mulakan tahlil tu..kejap lagi bolehlah kita hidangkan makanan” Nek Jah yang tadi sibuk di dapur memanggil Sarimah.
“Iyalah mak..” Sarimah bangun dan bersedia untuk menghidangkan makanan.Dia dibantu oleh beberapa orang jiran.
“Anis! sini kejap..” Wafeen menggamit Anis yang baru masuk ke dalam rumah.Adik sepupunya itu muncul dari arah pintu dapur.
“Ada apa Kak Feen?”
“Dari luar ya?”
“Haah…” Anis angguk.
“Emm..kat luar tadi kan,ada nampak Abang Rayyan datang tak?” Tanya Wafeen.Dah macam penyiasat pulak..
“Entahlah..tak perasanlah Kak Feen..Anis nak pergi jenguk Kak Hannah kat bilik jap ya? nanti Anis dengan Mastura tolong Kak Feen ..” Anis berlalu pergi.Wafeen masih tak puas hati.Rasa nak aja dia terjah ruang tamu rumah mak saudaranya itu.Nak tengok, tunang kasayangan ada ke tidak…takkan tak datang kut? Lama Wafeen berfikir mengenangkan perangai rajuk tunangnya.
“Nek! orang dah siap Tahlil..Uwais suruh saya angkat makanan sekarang..” Tiba-tiba orang dicari muncul depan mata.Hampir-hampir nak terjerit Wafeen bila terpandangkan Rayyan.Oh! Cinta hatiku....
Wafeen senyum dan melambai pada Rayyan tapi tunangnya itu buat tak tahu aja.Dia pulak yang termalu sendiri. Tak baik tau….
“Dah siap ke? kejap..Wafeen! apa lagi yang kau tercegat depan pinggan mangkuk tu? mari tolong nenek ni..tak payahlah kau nak menjeling pandang sangat budak Rayyan tu..muka dia handsome macam hari-hari biasa..” tegur Nek Jah.Terdengar suara gelak tawa dari Mak Cik-Mak Cik yang berada di situ.
“Sebab tu la kena jeling sepanjang masa nek..takut nanti,ada orang lain pulak yang mengerling dia” selamba pula jawapan Wafeen.Rayyan yang mendengar rasa nak ketawa tapi ditahan saja.Ayat cemburu tu…biarkan! Jangan tergoda!
“Amboih…takut sangat Rayyan tu kena ambil dek orang ya?” sampuk Sarimah.
“Mestilah….one and only Mak Usu” Wafeen ketawa kecil.Rayyan macam tadi jugak.Muka takde perasaan.Tak sukalah tayang muka macam tu!
“Kalau kau tulis macam tu kat status Pecebuk kau Wafeen…Memang Mak Usu like sangat”
Meledak tawa Rayyan tiba-tiba.
“Facebook la Mak Cik…” Rayyan siap pegang perut.Sampai terduduk atas tangga.Sarimah sinsing lengan baju.
“Dah! Tak payah nak gelak sangat.Yang penting Mak Cik pun ada akaun pecebuk tu..Kau ada? Huh! Apa lagi? Angkat dulang lauk pauk ni semua…”
“Ayat coverlah Mak Cik ni…”Rayyan terus bangun dan mengangkat dulang.Dia buat-buat tak nampak saja Wafeen yang sedari tadi asyik tersenyum-senyum padanya. Jangan pandang Rayyan! Kalau tak…memang cairlah jawabnya..
Lepas majlis tahlil,Wafeen mencari kelibat Rayyan.Sudahlah dia tak tahu Rayyan bermalam di mana sejak semalam.Kalaupun di rumah bapa saudaranya pun,dia tak tahu rumah itu di mana..Dia cari di ruang tamu tapi hanya nampak Abang Uwais yang sedang serius berbicara dengan Ustaz Hafiz,Abang Fawaz dan Abang Ayyad..pelik pula bila dia tak nampak Rayyan tiada dalam kalangan kawan-kawannya itu.Seketika kemudian baru Rayyan muncul dari beranda,tak sempat Wafeen nak panggil Rayyan namanya pula dipanggil Uwais.
“Wafeen..sini sekejap,Abang nak tanya satu hal”
“Apa dia?” Wafeen mendekati kumpulan lelaki itu.
“Betul ke apa yang Hafiz cerita? pasal cecair pencuci pinggan dalam bilik air tu?” tanya Uwais.
“Memang betul..Nenek pun ada masa tu..” Wafeen mengiyakan.
“Ada yang tak kena ni Uwais..Putera pun ada beritahu aku, dia cakap ada kesan kopak pada pintu dapur..” celah Fawaz.Rayyan yang berdiri di sisi Fawaz turut mendengar.
“Apa hal ni?”
“Macam ni Rayyan..Wafeen cakap,masa dia bersihkan bilik air kelmarin..ada cecair pencuci lantai dalam bilik air tu..Putera pulak cakap,ada kesan kopak pada pintu..” terang Ayyad.
“Macam perbuatan khianat aja…kau ada musuh ke Uwais? tanya Rayyan.Uwais geleng.
“Setahu saya,takde..”
“Iyalah..kau ni bukan suka cari pasal dengan orang” Fawaz memaut bahu Uwais.
“Belum tentu juga perbuatan khianat..mana tahu, ada yang tertumpahkan..”Wafeen memberi pendapat.
“Mungkin juga…”Rayyan bersetuju.Dia bertemu pandang dengan Wafeen.Tunangnya itu senyum tapi Rayyan tak balas senyuman itu.Ewah….sombonglah pulak mamat ni!
“Aku nak balik dulu Uwais..dah jauh malam ni..”Rayyan minta diri.
“Iyalah..terima kasih datang..” Mereka bersalaman dan kemudian Rayyan berlalu ke dapur.Dia menemui Mak Cik Sari dan Nek Jah seketika.
“Abang tidur rumah Ayah Ngah abang ya?” Tanya Wafeen sebaik saja dia berpeluang bertanya Rayyan yang sudah menghidupkan enjin kereta.
“Hmmm..”
“Abang ni marah lagi ke? tak baik tau buat tak tahu kat tunang sendiri..”
“Siapa yang buat tak tahu sebenarnya ya?”
“Feen minta maaf..lain kali Feen janji tak buat lagi..” Wafeen menarik lengan baju Melayu Rayyan.
“Boleh percaya ke? selalu tu abang jugaklah yang terhegeh-hegeh..kan?”
“Abang nak Feen terhegeh-hegeh kat abang ke?,takkanlah Feen nak buat macam tu. Feen ni perempuan..lagipun,yang muka tak malu tu kan abang..bukan Feen.” Ada tawa kedengaran.
“Bagusnya jawapan…”Rayyan cekak pinggang.Dia tersenyum juga.Wafeen pun sama.Tayang muka comel.Tengok? macamana aku nak marah dia? kalau aku marah aja dia buat muka comel tu..
“Abang kan sayang Feen …tak naklah marah macam semalam.Tak sukalah Hantu Karipap Feen garang -garang macam tu. Muka dia jadi tak handsome.Takut… macam tengok hantu betul!”
“Lagi?.. apa lagi..sedapnya mengutuk kan?” Rayyan mengecilkan mata.Haish! Kalau dah jadi isteri aku dah lama aku tarik-tarik pipi dia…
“Emmm..abang nak tahu satu rahsia tak?”
“Rahsia apa?”
“Wafeen Wardah kan…dia kan…dia..”
“Dia apa?”
“Adalah…kan rahsia..mana boleh beritahu…” Wafeen ketawa lagi bila Rayyan tayang muka bengang. Saja aja nak kenakan aku!
“Abang balik dululah..sayang ni memang suka buat abang kecik hati..”
“Alalalalalala….Merajuklah konon…nak tahu ke tak ni?”
“Tak nak!” Rayyan sudah mahu masuk ke dalam kereta tapi lengan bajunya ditarik lagi.
“Kejaplah…orang nak beritahulah ni..” pujuk Wafeen.
“Hmmm..cakaplah!”
“Wafeen Wardah kan..dia saaayaaanngg sangat kat tunang dia..”
“Tu aja? emmmm..ingatkan apalah tadi..”Rayyan seperti tak berminat.Wafeen cuak.Aik? tak cukup ke?
“Ada lagi…”
“Apa dia..”
“Wafeen Wardah cintakan Rayyan Raiqarl..banyak tau! beribu-ribu lemon..”
Rayyan ketawa juga akhirnya.Ada ke beribu -ribu lemon!
“Nak jadi isteri abanglah ni?”
“Naklah…sape cakap tak nak!”
“Lain kali jangan buat lagi..abang susah hati tau,ingatkan dah kena culik dengan mahkluk asing..” Sempat Rayyan mengusik.Cepatlah berlalu wahai masa…
Alahaiii.. Sweetnye 2 org nih.. Pdn muka hang wafeen.. Slalu dia ja yg tau marah2.. Br encik tunang wat tatau sket da tenggelam punca! Hahhaa..
BalasPadambestnya..tak sabaq nk tau kesudahan...cepatlaa terbit
BalasPadamsetuju dgn mizz acu.....
BalasPadamalahai...sweet je diorg ni...
Skew3x!!!!.. Sweetnye time tunang.. leh manje2 malu2..:)..heeheh
BalasPadam::lara::
awwwhhhh cuwit! haha. beriburibu lemon engkau
BalasPadamsweet sangat2 Wafeen & Rayyan...XD
BalasPadamSalam....bestnye e-man...ada kaitan ngan novel dlu...ada sbung lagi x ni...
BalasPadamalahai abg rayyan ni, kuat merajuk la plok. hahaha. sweet tul dorang ni
BalasPadami like beribu-ribu lemon.. hahah comelnya coule ni! sweet je.. hahha
BalasPadamhahahahha. so sweet maah. cepat2 aah smbg ek.hahahaahhaha. cepat2 aah diaorg bersama sebagai yg halal.
BalasPadambetul..betul..betul..cepat2 la terbit..best sangat la..so suweeeettt
BalasPadamalahai..sweet nye...
BalasPadamksian dengn hannah n uwais...
harap dia orng tabah la.. :)
salam kak eman...so sweet......tgk rayyan bergaduh ngn wafeen.....
BalasPadamx sabar nyer kak nk beli novel nie plak
salam landlord!^_^
BalasPadamlme rse xmenyemak dkt cni..hehe..xsabanye rse nk tggu rayyan n wafeen berada di kedai2 buku berhampiran..hehe..aja2 fighting!!
ye...sy pun dh x sbar nk siapkan sbb HCSPH ni hari2 buat sy susah hati pasai x siap2..hahahah...nnti bila dah terbit barulah lega hati ini...tu hah,BRVSJ n BAC dah jadi pekasam pasai lama sgt tunggu giliran...Adesssss......
BalasPadambca berulang kali pun x jemu XD
BalasPadam