Follower Setia SYK

Memaparkan catatan dengan label {20}. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label {20}. Papar semua catatan

Ahad, 29 Januari 2012

Hikayat Cinta Si Pematah Hati 20

BAB 20

“Mimpi apa kau datang ke rumah ni? entah-entah kau ni salah alamat tak? Datin Ann menjeling Rayyan yang tersenyum sinis memandangnya.Menyampah betul dia melihat muka anak tirinya itu.Takde lain nak cari papa dia la tu…entah apalah yang dia nak agaknya?
“Saya bukan bodoh Datin sampaikan tak boleh cam alamat rumah papa saya sendiri..”jawab Rayyan.
“Dah kau memang bodoh pun..sebab tu aku cakap macam tu,kalau kau pandai..takdelah kau menganggur macam sekarang ni..bukan aku tak tahu kelulusan kau tu cuma diploma aja,sebab itulah takde orang nak ambil kau bekerja melainkan papa kau tu aja..mujurlah kau ni lahir jadi anak orang kaya,kalau tak… merempatlah hidup kau,itupun ada hati nak jadi CEO”
Rayyan ketap bibir.Ikutkan hati nak juga dia cekik wanita di depannya ini.Mulut macam bau longkang! kalau tak kutuk aku tak boleh ke? aku tahulah anak kau pandai!
Rayyan tidak mahu mencari gaduh.Kedatangannya hanya untuk berjumpa dengan papa.Urusan dia dengan papa bukan dengan ibu tirinya itu.Kenapalah orang tua ni hati busuk! sebab ibu tiri macam kaulah rosak semua nama ibu tiri yang baik-baik dalam dunia ni tau tak?
“Papa ada? tanya Rayyan dengan nada rendah.Usahkan nak diajak masuk.Sedari tadi dia datang pun dia masih tercegat di halaman rumah.Wanita bergaya itu pula sibuk memberi anak-anak ikan koinya makan.Hari sudah beransur petang,Rayyan fikir di hari raya keempat itu mungkin papanya masih bercuti dan belum masuk pejabat.
“Kalau aku kata kau bodoh kau kecil hati..mata kau buta ke? ataupun kau dah tak reti tengok jam? sekarang ni kan waktu pejabat? mana ada orang tua tu di rumah..lainlah kau,tak kerja!”
Rayyan merenung tajam wajah Datin Ann.Kenapalah tak pernah keluar benda baik dari mulut wanita ini? aku tak faham macamana papa boleh duakan mama aku dengan perempuan macam ni!! Arghh!! kalau dah mata keranjang,asalkan seksi aja dah boleh goyahkan rumahtangga orang…tapi itu dulu,sekarang nak seksi apanya? menakutkan aja aku tengok!
“Kalau macam tu…saya balik dululah..” Rayyan meminta diri.Dia pun sudah berjanji nak berjumpa dengan Zarynn di rumahnya.Dia malas nak bertekak dengan Datin Ann.Dia hanya menahan sabar sahaja memandangkan dia mahu mengambil hati papanya nanti.Kalau tidak,dah lama dia balas balik kata-kata wanita itu.
Datin Ann mengerut dahi.Dah tebiat agaknya budak bodoh ni? selalu tu dia melawan sangat cakap aku? ini bukan main lagi berbudi bahasa.Macam ada yang tak kena aja..mustahil pulak dia dah jadi baik macam anak aku tu! tak boleh jadi ni…
“Baguslah kalau kau dah nak berambus! bukan aku teringin nak tengok muka kau kat rumah aku ni..buat sakit mata aja!” Datin Ann mencebir.Rayyan menghela nafas..sabar! sabar!
Rayyan mengatur langkah ke kereta tapi langkahnya mati bila dia terfikirkan sesuatu.Dia senyum dan berpaling pada Datin Ann.
“Hah? kau nak apa lagi? baliklah…” Datin Ann memang begitu geram pula bila anak tirinya itu masih lagi di situ.Apa tidaknya,kalau waktu itu suaminya balik sudah tentu Rayyan akan diajak masuk dan silap-silap bermalam pula Rayyan di rumah itu.Dia memang tak senang duduk kalau anak tirinya itu ada di rumahnya.
“Datin cuak sangat dengan saya ni kenapa? relakslah Datin..nanti tak pasal-pasal kena strok, nanti kalau mulut Datin senget tak dapatlah saya nak dengar Datin maki hamun saya lagi dah…”ejek Rayyan.Dia ketawa kecil bila Datin Ann sudah bercekak pinggang.Kurang ajar punya budak! aku dah agak…mustahil pulak dia jadi bersopan santun tiba-tiba aja..
“Kau nak apa lagi ni?”
“Takdelah..saya cuma nak tanya,betul ke tak lama lagi Datin nak dapat menantu orang kampung?”
“Menantu? kau ni dah gila agaknya…bila masa Daniel tu bertunang?” marah Datin Ann.Kalau betul pun dia nak bermenantu,belum ada kata putus lagi dari Tengku Ehsan…lagipun, dia baru sahaja nak merapatkan hubungan antara anaknya dengan Tengku Zarynn..tak nampak lagi tanda-tanda dia ada harapan nak bermenantukan seorang Tengku! tapi budak tak guna ni tak sayang mulut kata aku nak bermenantukan orang kampung?
“Memanglah belum bertunang lagi Datin…tapi,kenapa ya..Daniel kerap sangat datang ke Temerloh tu? siap beli rumah lagi…takkan kerja CEO tapi kena turun tengok site Datin..itu bukan kerja CEO…atau sebenarnya, dia bukan tengok site tapi tengok bakal menantu Datin?” Rayyan senyum penuh makna.Sekaranglah waktunya dia nak membakar hati wanita itu.Bukan dia tak tahu impian wanita itu bermenantukan yang sedarjat kononnya.Tak sedar diri! masa kau rampas papa aku dari mama dulu..kau cuma kerja orang gaji aja!
“Kau jangan nak buat fitnah kat anak aku ya?” Datin Ann tak puas hati.Dia tak percaya kalau di belakangnya Daniel bercinta dengan budak tak tentu hala..memang dulu ada anaknya itu memberitahu yang dia berkenan dengan kawan satu university tapi dia tentang habis-habisan..tapi Daniel kata sudah memutuskan hubungannya.Tak boleh jadi ni..macamana kalau betul apa yang Rayyan cakapkan?
“Dari mana kau tahu semua ni?”
“Temerloh tu bukannya besar sangat Datin…saya pernah nampak dia keluar dengan budak kampung tu..cubalah Datin fikir,Bandar yang tak sebesar mana tu…anak Dato’ mana yang boleh Daniel tu jumpa melainkan anak orang kampung aja..habis-habis pun,anak orang FELDA..tak sangka pulak saya Datin dah jadi low profile sekarang ya? saya ingatkan..dapatlah tengok Daniel bersanding dengan anak Tan Sri ke..Dato’ Sri ke…”Rayyan senyum jahat.Datin Ann rasa nak menjerit dengan sindiran anak tirinya itu.Daniel!!! kau memang sengaja nak malukan mama!!
“Aku tak percaya!!”
“Tak percaya? apa kata Datin tanya sendiri dengan Daniel? tapi kalau dia tanya Datin tahu dari mana,jangan cakap saya yang beritahu sebab..dah tentulah anak Datin tu tak nak mengaku,silap-silap..dia kata mama dia ni dah tak betul agaknya nak percayakan cakap “penyangak” macam saya ni..kan? Datin jugak yang malu nanti…tapi Datin pun tahu kan,kalau apa yang saya cakap ni betul..maknanya,Datin kenalah terima hakikat yang datin bakal bermenantukan orang kampung! tapi kalau Datin tak suka..lebih baik Datin cepat-cepat halang hubungan diorang tu..ingat Datin,jatuhlah maruah Datin depan kawan-kawan Datin nanti” Rayyan ketawa lagi.Dia segera mendapatkan keretanya.Puas hati aku!!! padan muka kau Daniel….lepas ni aku nak tengok,kau berani tak lagi pergi jumpa Wafeen!




Petang itu sebaik saja Daniel pulang dari pejabat,dia terus diterjah oleh mamanya.Sampaikan dia yang kepentan tak sempat nak naik ke bilik sudah ditarik mamanya supaya duduk di ruang tamu.
“Apa ni mama? saya penatlah…nak mandi”
“Penat..penat…orang lain elok bercuti lagi tapi kau beriya-iya sangat nak masuk kerja kenapa?” marah Datin Ann.
“Mama…banyak kerjalah mama..cuti banyak sangat nak buat apa, baik pergi pejabat..betul tak papa?”
Dato’ Syakir sekadar senyum saja.Daniel lihat papanya naik ke bilik sambil berbicara menggunakan handset dengan seseorang.
“Kau bila nak ke Temerloh Daniel? tanya Datin Ann.Daniel kerut dahi.Kenapa pulak mama berminat nak tahu ni?
“Err…esok mama sebab projek perumahan kita kat sana dah nak mula mama…” beritahu Daniel.Memang dia perlu pergi ke sana.Sejak semalam Wafeen tidak lagi menjawab panggilannya.Dia tahu Wafeen merajuk kerana dia mungkir janji.Hari itu pun kalau bukan kerana dia mahu tunjukkan pada mamanya yang dia sibuk dengan urusan kerja,sudah lama dia berangkat ke Temerloh.Namun begitu,kalau dia terburu-buru bimbang pula mama mengesyaki sesuatu.
“Mama hairanlah…kenapa kau pulak yang kena pergi ke sana..tak boleh hantar orang lain ke? setahu mama..kau ni CEO..kalau setakat projek kecil macam tu,kan boleh suruh orang lain aja yang pergi?” Datin Ann sengaja mahu melihat riaksi anaknya itu.Dia tak nampak pula Daniel kelihatan cemas atau seperti menyembunyikan sesuatu.Wajah anaknya itu tenang sahaja.
“Emmm…ini projek pertama anak syarikat kita mama,kenalah saya perhatikan betul-betul..nanti kalau diorang buat sambil lewa aja…lain pulak jadinya” Daniel memberi alasan.Padahal,kalau ikutkan jadual projek perumahan itu hanya akan bermula dua minggu akan datang dan syarikat sebenarnya telah pun menghantar Fitri dan Iskandar sebagai pemantau sementara dia meletakkan jawatan sebagai CEO dan mengambil alih jawatan pengurus di anak syarikat baru mereka itu.
Dia sudah nekad.Dia akan mengahwini Wafeen Wardah dan bermastautin di sana.Rumah sudahpun dibeli..dia pun sudah tak sabar nak beritahu Wafeen tentang perancangannya itu.Dia tak nak Wafeen merajuk lagi mahupun tertunggu-tunggu pinangan darinya.Sabarlah sayang…tak lama aja lagi,saya akan jadikan awak milik saya….hanya tunggu persetujuan daripada Rayyan supaya kembali mengambil alih jawatan CEO.Menurut papa,Rayyan tak mahu tapi dia sendiri akan berbincang dengan Rayyan nanti…dia yakin,kalau dia cakap selama ini dia tak mahu merampas kedudukan abangnya itu tentu Rayyan akan terima.Dia pun sudah bosan dengan tugas-tugas berat di pejabat.Asalkan dia bersama Wafeen,dia rela lepaskan jawatan CEO itu.Soal mama…dia percaya kalau dia cakap dengan baik..mama akan faham.
“Pergi tengok projek ke a tau kau jumpa dengan perempuan kampung tu?”
“perempuan kampung mana pulak ni mama…” Daniel mula tak sedap hati.Mama dah tahu ke?
“Kau jangan ingat mama tak tahu,kau ke sana selama ni sebab kau jumpa kekasih kau..budak kampung kan?”
“Jadi mama dah tahulah?” Daniel cuba bersikap tenang.Dia berdebar juga sebenarnya.Macamana kalau mama tak boleh terima Wafeen?
“Maknanya betul semua tu Daniel?”
“Memang betul mama…tapi dia bukan sebarangan perempuan kampung..dia ada bisnes sendiri mama,mungkin bukan syarikat besar tapi dia pun orang yang ada wawasan mama..umur dia baru nak masuk 25 tahun tapi dia ada kedai buku sendiri..pendapatan bulanan dia lebih daripada orang makan gaji..bukan senang nak jumpa perempuan yang berdikari macam dia mama..lainlah saya ni,bekerja pun sebab papa memang dah ada syarikat besar..”
“Ewah…bukan main lagi kau puji perempuan tu ya? setakat ada kedai buku tu kau ingat mama nak bangga bermenantukan dia? kau jangan nak mengada-ngada Daniel…selama ni bukan kau tak tahu mama berkenan dengan Tengku Zarynn tu..apa yang takde pada Zarynn tu hah? budaknya cantik..keturunan baik-baik..bijak pulak tu! kau ni buta ke apa? mama harapkan kau berjaya pikat Zarynn tu…
“Mama…Zarynn tu rapat dengan abang Rayyan, entah-entah dia tu kekasih abang Rayyan..mama jangan nak suruh saya rampas kekasih orang pulak mama..”
“Kau jangan nak bagi alasan!”
“Mama..saya dah malas nak cakap pasal Zarynn tu…keputusannya saya tetap akan bernikah dengan pilihan saya” putus Daniel.Sekarang baru dia tahu yang Zarynn bukan kekasih abangnya.Antara Zarynn dan Wafeen sudah tentulah dia akan pilih Wafeen tapi sebagai lelaki dia tidak nafikan Zarynn juga ada daya tarikannya.
“Daniel! mama belum habis cakap lagi..”
Namun Daniel buat tak peduli sahaja.Datin Ann menahan geram.Kurang ajar punya perempuan kampung! Sejak kenal kau anak aku dah berani melawan…berani kurang ajar…aku tak kira,walau macamanapun..aku tak nak bermenantukan kau perempuan kampung!




“Masuklah Rayyan…anak manja tu tengah memerap dalam bilik..nanti Mak Engku panggilkan ya?” Tengku Maria menjemput Rayyan masuk.
“Takpelah Mak Engku..kat luar ni ajalah..Ayah Engku mana?”
“Biasalah Ayah Engku kau Rayyan..mana melekat kat rumah..” Tengku Maria meninggalkan Rayyan di taman mini rumahnya.Rayyan duduk di kerusi batu sambil membelek handsetnya.
“Rayyan!! bila sampai?”
Dia ditegur Tengku Muiz yang kelihatan mahu keluar.
“Hey…baru aja..nak pergi mana?”
“Biasalah….Clubbing! jom ikut…”ajak Tengku Muiz.
“Eh..takpelah..aku nak jumpa Zarynn..”
“Kau apasal tak datang rumah terbuka kami semalam?”
“Oh..sorrylah..aku ada kat Kuantan..kau ni,sejak tak jadi bernikah bukan main lagi ya? dah dapat pengganti belum?”
“Aku tak kisah pun tak jadi kahwin dengan perempuan sombong macam Hannah tu, berlambak lagi perempuan lain..” Tengku Muiz mencebir.Rayyan sekadar mendengar sahaja.Dia tidaklah kenal sangat bekas tunang Tengku Muiz itu cuma setahunya Zarynn memang berkawan rapat dengan Hannah Maryam.Sama ada orangya sombong ataupun tidak dia tak berani nak buat spekulasi.
“Rayyan.. pinjamkan aku 500 ringgit?” pinta Tengku Muiz.Dia tahu yang Rayyan banyak duit dan dia tak segan silu nak minta pinjam walaupun dalam keadaan sekarang belum tentu dia dapat bayar balik..
Rayyan kaget.Hai…dah tahu takde duit nak jugak pergi clubbing? dah tu nak pakai duit aku pulak tu..silap-silap aku dapat saham sekali..
“Err..sorry la Muiz..aku takde duitlah! kau pun tahu ajalah..aku belum kerja lagi sejak balik ni..lagipun, kan baru lepas raya..duit pun dah habislah..tinggal cukup untuk makan aja” dalih Rayyan.Buat apa aku pinjam kalau untuk kau berjoli kat kelab malam!
“Takkanlah 50 pun takde..kau pakai kereta mewah tapi duit takde?”
“Itu kan kereta lama aku…betul,aku ada dalam 20 ringgit aja ni..takkanlah kau nak pinjam jugak,silap-silap aku balik jalan kaki kang” Rayyan ketawa.Tengku Muiz terpaksa juga beredar bila Rayyan sudah kata begitu.Kedekut punya kawan! macamlah aku tak tahu yang kau tu banyak duit! takpe..hari ni kau bodohkan aku,nanti aku kenakan kau balik..
Rayyan memandang saja kereta yang dipandu Tengku Muiz berlalu pergi.Apalah nak jadi dengan kau Muiz..dah tahu takde duit duduklah kat rumah! Kasihan Zarynn..daddy dengan abang dia sama aja perangai! memang patutlah Hannah tu putus tunang dengan kau pun..dah kena tangkap khalwat pun tak serik lagi ke?
Rayyan merenung semula skrin handset.Dia senyum bila membelek gambar-gambar Wafeen yang ditangkap masa hari raya pertama tempohari.Dia muat turun dari kamera digital adiknya.Suka betul dia tengok gambar Wafeen.Gambar yang dia bersama Wefeen dijadikan wallpaper skrin handsetnya itu.Semalam pun Wafeen layan dia dengan baik..walaupun dia dapat lihat kesedihan di wajah Wafeen tapi sepanjang dia di rumah Nek Jah semalam,Wafeen tetap berbual dengannya dan membekalkan dia makanan sebelum balik.
Aku tahu dia mungkir janji dengan kau Wafeen.Aku juga tahu,sekalipun kau kata hidangan semalam tu untuk aku..tapi aku lebih kenal Daniel berbanding kau…Nasi Ayam tu makanan kegemaran Daniel bukan aku..sekalipun kau tak pandai menipu aku tetap akan percaya Wafeen.Walaupun aku rasa sakitnya bila menjadi pilihan kedua,aku terima Wafeen…aku terima sebab aku cintakan kau! takpelah kalau kau tak cintakan aku pun..
Zarynn muncul ketika Rayyan sedang melayan perasaan.Perlahan-lahan dia menghampiri Rayyan.Hmm..baik punya berangan ya!
“Tengok apa hah?” Zarynn merampas handset Rayyan.
“Wei…janganlah! pulang baliklah! Rayyan terkejut bila handset sudah bertukar tangan.Habislah kantoi!
Zarynn terpegun melihat gambar-gambar di dalam handset itu.Cantiknya!
“Siapa ni?” tanya Zarynn serius.Rayyan garu kepala.Nak jawab apa ya?