Follower Setia SYK

Memaparkan catatan dengan label {03}. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label {03}. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Disember 2011

Hikayat Cinta Si Pematah Hati 3

Kicauan burung menyambut kedatangan Rayyan pada pagi itu.Kawasan perkuburan yang bersih dan dipenuhi rumput hijau menambah lagi ketenangan di hatinya.Moga penghuni-penghuni di situ juga terdiri dalam kalangan yang dirahmati Allah.
Tidak seperti kali pertama dia ke situ.Suasana terlalu pilu.Airmatanya tidak henti mengalir ditambah pula dengan turunnya hujan dan tiupan angin yang menambahkan kedinginan.Kesayuan yang tidak akan pernah hilang dari hatinya.
“Abang datang mama…” Rayyan menghamparkan tikar mengkuang lalu duduk dihadapan kuburan yang sentiasa dijaga rapi itu.Dia berterima kasih pada Pak Majid yang tidak pernah jemu berbakti sekalipun mamanya sudah tiada lagi.Apakan daya dia untuk terus tinggal di kampung itu sedangkan dia terpaksa tinggal bersama papanya.Waktu-waktu derita..umpama dia berada dalam penjara.Jiwanya sakit..hatinya meronta untuk pergi saja dari penjara emas itu..
“ Dah lama kan mama…Abang rindu sangat..” dia menahan sebak..namun kerana kerinduan dan ingatan pada mamanya buat airmatanya tumpah juga.Perlahan dia mengeluarkan Yasin dari saku baju kemejanya.Dibacanya perlahan .Namun suaranya kedengaran serak kerana menahan tangisannya.Beberapa kali dia menyapu kelopak matanya yang masih berair.Dia menarik nafas panjang.Bacaan Yassin diteruskan sehingga selesai.Kemudian dia membaca doa seketika.
Mama…maaf sebab Abang dah lama tak datang..tapi Abang tahu,Adik tentu selalu ke sini…Monolognya sambil mencabut rumput-rumput halus yang menjalar di tepi kuburan itu.
Ketika dia sedang membersihkan kuburan itu,dia terasa seperti ada pergerakan berhampiran dengannya.Datangnya dari kuburan di hadapan.Dalam jarak 20 langkah sahaja.Dia nampak seorang gadis bertudung sedang menggulung tikar.Pasti gadis itu sama sepertinya juga,menziarahi kuburan orang yang disayangi.Mungkin kerana seperti diri diperhatikan,gadis itu mendongak dan memandangnya.Ada seyuman manis dihulurkan namun Rayyan tidak membalas.Dia terus saja mencabut rumput.Subhanallah…cantiknya senyuman dia!

+++++++++++++++++++++++++++++++

Sayup-sayup kedengaran bacaan Yasin dari kejauhan.Suara yang bergetar itu buat Wafeen yang sedang membersihkan kuburan arwah datuknya itu mencari arah datangnya bacaan itu.Dia tak sangka pulak ada orang lain di situ.Masa dia sampai setengah jam yang lalu,tanah perkuburan itu sunyi sepi.Agaknya,dia tak perasan tadi.
Wafeen nampak dari celahan pokok-pokok puding dan kemboja,seorang lelaki sedang membaca surah Yasin tidak jauh dari situ.Sayu kedengaran bacaan itu.Wafeen mahu menyelesaikan tugasannya membersihkan kuburan itu.Selalu hari minggu begitu dia datang dengan nenek tetapi pagi itu,neneknya berziarah ke rumah jirannya yang sakit.
Selesai membersihkan kuburan itu.Wafeen bangun dan menggulung tikar.Dia mahu berlalu pulang tapi seakan ada mata yang memandang lalu dia berpaling dan matanya bertentangan dengan lelaki yang dilihatnya tadi.Seperti kebiasaannya dia akan menghulurkan senyuman kepada sesiapa sahaja yang dipandangnya.Namun begitu,lelaki itu sekadar memandang dingin dan mengalihkan pandangan tanpa membalas senyumannya.Wafeen rasa sedikit sentap!. Huh, sombong pulak mamat ni,ingat aku ni gatal sangat ke nak senyum kat dia? senyum tu sedekahlah…bulan puasa pun kedekut!
Wafeen segera mengatur langkah.Entah malang apalah yang menjengahnya pagi itu.Tak disangka-sangka kakinya tersadung akar pokok kemboja dan hampir terjatuh.
“Opocot, kau kedekut!!” ringan pula mulutnya nak melatah.Bertambah-tambahlah sebal di hatinya bila lelaki yang dicemuh dalam hati itu tadi turut melihat aksinya yang “kurang menawan” itu.Alahai! malunye….cover! cover!..padan muka aku! balasan kutuk orang sangat kan..
Terpaksalah dia buat-buat tak tahu saja dan meneruskan langkahnya.Dalam hati rasa nak aja dia berlari macam lipas kudung supaya cepat hilang dari tempat tu.Waa…malu! malu! malu!

++++++++++++++++++++++++++++
Rayyan menahan tawa melihat insiden di depannya tadi.Hek Elleh…dik oi! muka cantik tapi melatah ke? .Diperhatikan saja gadis itu berlalu pergi.Uiks…menunduk aja jalan? malu ke? nak juga dia bertanya kalau ada cedera ke tidak tapi tengok jalan gadis itu seperti biasa sahaja.Okeylah agaknya!
Rayyan bangun dan menggulung tikar.Hari sudah mula semakin panas dek kerana pancaran matahari.Sewaktu dia melewati pokok-pokok kemboja di tepi laluan keluar itu,matanya terkena silauan kerlipan sesuatu pada akar pokok.Rayyan mendekati akar pokok itu dan dia melihat ada objek yang terkena cahaya matahari hingga memantulkan kilauan. Segera diambilnya objek yang berupa seutas gelang kaki itu.
“Ini gelang kaki…” dia membelek gelang kaki emas berbatu Kristal kecil itu.Mesti perempuan tadi tu punya.Rayyan berlari anak keluar dari kawasan perkuburan.Sayangnya,tidak ada sesiapa lagi di situ.Cepatlah pulak dia pergi..kalau tidak boleh aku pulangkan terus gelang kaki ni..
Kenapalah aku asyik terserempak dengan orang yang aku tak tahu nak cari di mana?? nasib betul la!! Rayyan menggenggam gelang kaki itu.Harap-harap ada hari yang dia ditakdirkan berjumpa lagi dengan gadis itu.Takkan aku nak buat koleksi pulak gelang kaki ni?


+++++++++++++++++++++++++++++++
“Takde Nek…dah puas saya cari…tak jumpa!”keluh Wafeen. Sudah satu rumah digeledahnya tapi dia tak jumpa gelang kakinya itu.
“Macamana ni nek? kalau Elhan tanya pasal gelang tu? nak jawab apa?” wajahnya risau.
“Nak buat macamana..benda dah nak hilang.Bukannya Elhan tu nak membelek kaki kau pun..dia takkan tahulah”
“Memanglah dia tak belek tapi dia tu suka sangat tanya barang yang dia bagi ,saya jaga elok ke tidak..hah..macamana ni nek? Wafeen mula mahu menangis.
“Macamanalah nenek nak buat Wafeen oi…sudahlah difikirkan,entah ada jatuh kat mana-mana tak? kau ni pun…kerjanya nak menangis aja..cubalah bersabar sikit”
“Macamana orang tak nangis nek…barang mahal tu!..nanti Elhan marah”
“Cari lagi…kalau tak jatuh mesti kau tanggalkan dan letak di mana-mana…kau lupa agaknya”
“Orang tak tanggal nek..”keluh Wafeen.Dia memang yakin yang dia tidak menanggalkan gelang kaki itu dan letak di mana-mana tempat.
“Kau ada jatuh di mana-mana?” tanya Nek Jah.Naik penat dia bantu Wafeen mencari gelang lalu duduk di kerusi.Wafeen sibuk menyelongkar almari hiasan.
“Jatuh? mana ada…”jawabnya spontan.Beberapa saat kemudian dia teringatkan sesuatu.Memang dia hampir terjatuh ketika tersadung akar pokok kemboja pagi tadi.
“Baru teringat!!” jeritnya.
“Ya Rabbi..kalau iyapun janganlah terkejutkan nenek dengan jerit macam tu..kau jangan nak ikut perangai Mak Usu Sari kau pulak..” marah neneknya.
“Ish..nenek ni,tak baik tau..nanti tersedak Mak Usu kat Kuatan tu…jom nek! temankan Wafeen!”
“Pergi mana?”
“Tanah Perkuburan..Wafeen rasa jatuh di sana gelang tu masa bersihkan kubur Atuk pagi tadi..”
“Hmm..iyalah!”
Wafeen masuk ke bilik seketika dan keluar setelah memakai tudung dan mengambil kunci kereta.


++++++++++++++++++++++++++++++++

“Ada tak nek?” Wafeen menyapu dahinya yang sedikit berpeluh.Panas terik matahari yang terpacak di atas kepala itu sangat membahang.Sudah tiga kali dia mengelilingi pokok Kemboja itu tapi masih tidak berjumpa.Kalau ada jatuh di situ tentu ada nampak kilauan batu Kristal dari gelang itu.Tapi tidak ada apa-apa kilauan pun yang dia nampak.
“Tak ada…pinggang aku ni pun dah tak larat nak berdiri lama..”Nek Jah sudah duduk di perdu pokok Kemboja.Penat dia menguis-nguis dedaun kering di atas tanah.
“Maaflah nek..dah susahkan nenek”Wafeen rasa hampa.Kalau takde kat sini…jatuh di mana lagi?
Wafeen mematah-matahkan ranting kayu yang dikutipnya untuk menguis daun .
“Ada orang jumpa agaknya..ada sesiapa kau nampak semasa datang sini tadi?”
“Memang ada tapi tak baik pulak nak tuduh-tuduh kan nek” Dia teringatkan lelaki yang dilihatnya pagi tadi.Rasanya mereka berdua saja di situ ketika itu.
“Jomlah kita balik nek..sian nenek,bulan puasa mesti penat kena tolong cari gelang lagi” Wafeen membantu neneknya bangun.
“Dah tak nak cari lagi dah?”
“Tak payahlah nek..hari pun makin panas ni,dah tengahari..kita nak kena bersiap untuk berniaga kuih nenek lagi petang ni..kan?”
“iyalah..tapi nenek nak singgah kubur atuk kau sekejap..”
Wafeen angguk.Sesekali dia memandang ke tanah.Mana tahu masih ada harapan untuk jumpa gelang kaki itu!