“Cepat balik? tak lunch dengan kekasih gelap kau ke?”
Yumni menyengeh sebaik sahaja Wafeen masuk ke dalam kedai.Tanpa menjawab,Wafeen sekadar melayangkan jelingan mautnya.Uikss…kenapakah?
“Nak kata tak pergi,mangkuk tingkat dah takde kat tangan…nak kata pergi,rasanya cepat sangat kau balik…aku tertanya-tanya ni Feen…muka kau mencuka aja ni,kau gaduh dengan abang sayang kau tu ya..” usik Yumni lagi.
“Ieee…diam boleh tak? menyampah tahu tak..bila masa hantu karipap tu jadi abang sayang aku?” marah Wafeen.Dia sempat mencapai satu paket alat tulis dan dibaling pada Yumni.Mujurlah sempat disambut Yumni.
“Oit! marah sangat ni kenapa? haaa…ni mesti gaduh ni..kan?”
“Shut up!” jawab Wafeen dan terus naik ke tingkat atas.Dia terus masuk ke biliknya.
Wafeen duduk di sofa.Dia malas nak peduli dengan usikan Yumni tadi.Geram dan sakit hati masih berbaki dalam hatinya walaupun dia cuba pujuk hati dengan memikirkan Rayyan mungkin dalam mood yang tidak baik hari itu.Siapa yang tak tension kalau banyak kerja dan dia pula datang ke pejabat lelaki itu pada waktu yang tidak sesuai..
“Ieee..kalau ya pun,kenapa dia sampai nak halau aku balik? masa dia datang sini tak pernah pun aku nak halau walaupun dia buat muka tak malu dia tu…tak adil!!..takpe, dia datang sini nanti…aku tak nak layan dia!” Wafeen mengecilkan matanya.Dia membayangkan muka Rayyan yang selamba saja menyuruh dia balik tadi.Nak aja aku bagi penumbuk kat muka dia tu biar dia tahu,kau ingat muka kau handsome kau suka hati aja halau aku kan?
Wafeen mencapai sehelai kertas A4 dari printer yang diletakkan di atas meja berhampirannya.Kemudian dia mengambil pula pensel di dalam bekas serbaguna di atas meja kerjanya itu.
“Benci awak hantu karipap!!” omelnya sambil melukis wajah Rayyan dalam versinya sendiri.Dengan mata tirus,mulut ternganga dan gigi tajam kemudian ditulis pula “Hantu karipap paling jahat di dunia”
“Perasan muka dia handsome kan…hah! macam ni patutnya rupa awak Rayyan a.k.a Hantu Karipap tak sedar diri!...penat aja saya hantarkan makanan tapi awak boleh halau saya balik? dah tu… orang minta tolong boleh pulak buat tak tahu jek..busy konon! macamlah awak tu menteri!
Wafeen menconteng-conteng kertas itu sepuas hati.Langsung dia tak perasan Rayyan dah tercegat depan pintu bilik dan memerhatikan gelagatnya sambil menahan tawa.
“Rayyan memang sengal!! benci hantu karipap!” Wafeen kelihatan betul-betul geram dan marah.
“Tak baik tau bencikan orang…” Rayyan bersuara.Dia merenung Wafeen dengan pandangan menggoda.Wafeen terkejut bila perasan Rayyan berada di depannya.Cepat-cepat dia balikkan kertas A4 yang dicontengnya tadi.
“Siapa kata bencikan orang? saya kata saya benci hantu karipap! sibuk ajalah…” Wafeen mengerling Rayyan.Memang tak faham dengan dia ni..bukan tadi dia marah-marah sangat sampai suruh aku balik? yang dia tiba-tiba terjengul kat kedai aku ni apa kes? siap pandang menggoda pulak tu…ingat dia pandang dengan senyum macam tu aku nak tergoda? tolonglah…tak kuasa aku nak layan!
“saya minta maaf…”Rayyan menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Wafeen yang berpura-pura menghadap laptop.Betul punya marah ni sampai aku pun dia tak nak pandang.
“awak ni siapa ya? saya kenal ke? tiba-tiba aja masuk bilik saya ni…jangan buat muka tak malu boleh tak?” Wafeen pandang Rayyan yang terkedu.Padan muka! apa kata kalau saya pulak halau awak dari bilik ni?
“Kan saya dah minta maaf…saya tahulah tadi saya marah awak tapi bukan saya sengaja pun…tak payahlah sampai nak buat tak kenal pulak sayang…”
“Ieee..dah la masuk sesuka hati..orang tak kenal lepas tu nak panggil orang sayang pulak…salah tempatlah awak ni!”
Rayyan tarik nafas.Wafeen buat muka selamba.Rayyan tarik kertas A4 di depannya.Dia memang nak tahu apa yang ditulis Wafeen sambil mengutuknya tadi.
“Eh! jangan ambil lah, pulangkan balik!” Wafeen cuba tarik kertas itu tapi Rayyan lebih dulu mengelak dan melihat lukisan Wafeen tadi.
“Hantu karipap paling jahat di dunia?” Rayyan membaca apa yang ditulis di sebelah lukisan “hantu” itu.Dia ketawa terbahak-bahak.
“Selain saya,ada lagi ke hantu karipap lain ya?”
“Sibuklah! pulanglah balik…”Wafeen ketap bibir.Wajahnya mencuka sambil merenung tajam pada Rayyan yang sengeh seperti mengejeknya.
“Handsomenya lukisan hantu karipap ni…”Rayyan ketawa lagi.
“Rayyan! saya kata pulangkan lukisan tu..” Wafeen rasa malu pula dengan apa yang ditulis dan dilukisnya itu.
“Aik..kata tak kenal…” ejek Rayyan.
“Tak sukalah….orang cakap pulang balik..pulangkanlah! tak kuasalah nak main-main…” marah Wafeen.Rayyan berhenti ketawa dan memulangkan semula lukisan itu.
“Marahnya sayang…”
“Suka hatilah nak marah ke nak ketawa ke…awak peduli apa? hal peribadi saya tak payah nak menyibuk ya..sekarang ni waktu kerja saya,awak yang muka tak malu bertandang kat tempat kerja orang ni takde kerja ke?”
“Alah…janganlah macam ni sayang, saya tak sedap hatilah kalau awak marah-marah macam ni..saya datang nak minta maaf..lagipun,saya datang nak ajak awak lunch..mesti awak pun belum makan kan?”
“Sorry..waktu lunch dah habis..kalau nak makan,pergi makan kat pejabat awak la..”Wafeen bangun dari kerusi.Dia mahu segera keluar dari bilik.Ingat apa…dah marah aku sesedap hati dia lepas tu datang nak pujuk dengan panggil sayang macam tu? hari tu masa kat rumah dia bolehlah aku cair tapi kali ni sorry! sentap tahu tak? ingat apa…hati perempuan aku ni boleh terima macam tu aja maaf dia tu…esok lusa dia marah aku lagi lepas tu minta maaf lagi..macam tu? Elhan pun tak pernah marah aku sampai macam tu!
“Wafeen…janganlah macam ni..” Rayyan spontan memegang pergelangan tangan kanan Wafeen yang mahu keluar.
“Apa pegang-pegang ni?
Pang!!
Rayyan rasa pipinya pijar.Aduh!! kena lagi penampar free dia ni…pedih..pedih…
Wafeen sebenarnya tak sengaja menampar Rayyan dengan tangan kirinya.Nasib baik tangan kiri kalau tangan kanan tadi,maunya makan nasi pakai straw hantu karipap ni..
“Awak ni,saya minta maaf pun dapat penampar jugak ke? memanglah tadi saya marah awak tapi awak suruh saya bersabar…kenapa sekarang ni awak pulak tak boleh bersabar sampai naik tangan kat pipi saya ni…”
Wafeen diam.Aduhai! sekali aku pulak yang kena sindir.
“Takpelah kalau awak tak nak maafkan saya… tak nak lunch dengan saya…nak marah saya pun takpe..tapi,saya tetap sayangkan awak..lain kali saya takkan marah awak lagi..saya tak bermaksud pun nak buat awak terasa tadi sebab tu saya datang sini walaupun saya dah batalkan meeting saya petang ni semata-mata nak jumpa awak dan minta maaf..saya menyesal halau awak tadi..tapi nak buat macamana kan…memang patut pun saya kena tampar sebab saya ni muka tak malu..penyibuk..hantu karipap paling jahat di dunia..padan dengan muka saya” Rayyan mengatur langkah dan bersedia untuk pergi dari situ.
Aik…takkan tak nak tahan aku kut….patutnya dah kira tersentuh dengan lakonan mantap aku tadi…takkan tak meresap dalam jiwa dia..pleaselah sayang! halang saya dari pergi..
“Rayyan!” panggil Wafeen.Dia rasa bersalah dan sedih pulak dengan kata -kata lelaki itu tadi tapi….
“ya?” Rayyan segera berpaling bila Wafeen memanggilnya.
“Nanti jangan lupa pulangkan mangkuk tingkat tu..nanti nenek tanya pulak”
Wafeen dengan wajah selamba terus sahaja mendekati rak buku-buku pendidikan yang berdekatan.Dia sekadar membelek beberapa buku rujukan.Biar dia rasa… lain kali jangan suka hati aja marah orang..
Rayyan menarik tali leher.Panas dan makan hati dengan lagak bersahaja Wafeen.Dah la tampar aku tak minta maaf.Buat tak tahu pulak? tak makan pujuklah pulak dia ni…dah tu,nak buat apa lagi ni? takkan aku nak kena berlakon jatuh tergolek kat tangga ni? melampaulah pulak..tak boleh ke kalau awak maafkan saya Wafeen?
Wafeen mengerling kelibat Rayyan yang masih tercegat di tepi tangga.Tak reti nak balik ke? takde maknanya aku nak minta maaf..biar dia tahu rasa macamana rasanya kalau orang buat tak tahu aja..memang aku nak balas balik apa yang dia buat tadi..huh! memang merajuk sangat-sangat! saya maafkan awak dalam hati jek…
“Sayang…”panggil Rayyan.Wafeen kerut dahi.Lah…tak reti-reti nak balik ke?
“ya..nak apa lagi?” tanya Wafeen.Rayyan senyum.Bukan kerana ditanya tapi bila Wafeen menyahut panggilannya tadi seakan gadis itu mengakui gelaran “sayang” itu.
“Balik nanti,tumpang kereta boleh?”
“kereta awak mana?”
“Mana saya ada kereta…yang saya bawa tu kan Val punya,dia bawa pergi balik rumah papa kat KL..” Rayyan buat muka kesian.Matanya dikecilkan.
“Lain kali beli kereta sendiri..” Wafeen melarikan pandangannya dari terus menatap muka Rayyan.Tak boleh tahan betul dengan mata dia tu! nasib baiklah aku dah ada Elhan..kalau tak,terjadi jugak boyfriend aku dia ni…ish! ingat Wafeen..kau tu kekasih orang!
“Alah..lain kali tu lambat lagi..boleh la ya sayang? awak jangan balik dulu tau? nanti saya datang sini lepas habis waktu kerja”
“Tengoklah,saya busy hari ni..tak tahu balik pukul berapa..” Wafeen memberi alasan.Ada-ada aja dia ni… kalau hari-hari asyik menghadap muka Rayyan ni..lama-lama boleh hilang muka Elhan dalam ingatan aku ni..OMG! adakah aku sekarang ni di ambang pengkhianatan cinta? never! Ya Allah…kuatkanlah ikatan aku dengan Elhan…
“Takpelah..saya tunggu sampai kerja awak siap” jawab Rayyan bersungguh-sungguh.
“Naik teksi tak boleh ke?” Wafeen seakan mahu mengelak.Sebolehnya dia mahu hubungan dengan Rayyan sekadar rakan dan orang yang disenangi neneknya sahaja.Dia tak mahu jadi lebih dari itu..kalau rapat sangat takut lain pulak jadinya…aku ni manusia biasa..hati perempuan aku ni silap haribulan…
Wafeen menarik nafas dalam-dalam.Rayyan masih di depannya.
“Teksi mana masuk dalam kampung..” Rayyan mereka alasan.
“Iyalah tu..” Wafeen kerut dahi.Betul ke? aku pun tak tahu..tak pernah naik teksi pun ..
“Iya…” Jawab Rayyan lagi.Kali ni mukanya serius.Kononnya betul la..padahal kampung Bangau dengan bandar tak sampai 3 kilometer..tak masuk apanya!
“Tak janji..” Wafeen lihat Rayyan macam tak kisah saja.
“Ingat tau..jangan tinggal saya pulak” Rayyan mengingatkan sebelum menuruni anak tangga.Wafeen senyum sendirian.Suka hati dia aja kan? dah marah aku lepas tu datang nak minta maaf…boleh pulak suruh tumpangkan dia balik..memang muka tak malulah Rayyan ni..tapi kalau mood dia baik bukan main lagi,sayanglah konon..cuba kalau dia marah? sayang tu semua boleh blah!
Kesian pulak aku tampar dia tadi..tu la,siapa suruh pegang-pegang mengejut macam tu,kan dah tertampar pipi tu.. biarlah! tak nak minta maaf,kira serilah tu..lain kali kalau dia marah aku lagi,aku haramkan kaki dia jejak kedai aku ni..naik kereta aku pun tak boleh..silap-silap mangkuk tingkat dengan karipap pusing pun kau tak dapat Rayyan..kau belum tengok pulak aku punya hot temper macamana..
“Boss dah nak balik ke?” tegur Nurul sebaik saja dia melihat Rayyan keluar dari biliknya dengan membawa briefcase dan beg laptop.Mangkuk tingkat turut dibawa sekali.Nurul teringat lewat waktu makan tengahari tadi dia disuruh mencuci bekas makanan itu di pantry.
“Yup..”
“Awalnya boss..baru 4.30 petang..” Nurul senyum.Seakan ada riak sindiran juga diwajahnya.
“Bukan selalu..”Rayyan turut tersenyum.
“Boss ni nak balik ke nak melepak kat kedai buku sana..” Nurul angkat kening.Rayyan tak menjawab.Dia masih tersenyum ketika keluar dari pejabatnya.
Rayyan mengatur langkah melewati beberapa blog bangunan kedai hinggalah dia sampai di muka pintu kedai buku Wafeen.Dia segera masuk dan kelihatan kedai itu agak ramai pelanggan pada petang itu.
“Hai..dah habis waktu kerja ke? tanya Yumni yang kebetulan berada di ruang bacaan kanak-kanak.
“Dah…emm..Wafeen mana?”
“Abang Rayyan ni..kalau datang sini takde lain mesti nak cari Wafeen aja…cubalah cari bahan bacaan ke..stationary ke..” usik Yumni.Kelihatannya dia sedang melayan beberapa orang kanak-kanak yang berkumpul di ruangan itu.Ada yang membaca dan mewarna.
“Duduklah dulu..” ajak Yumni bila Rayyan tayang muka selamba aja.Mata lelaki itu masih melilau mencari-cari Wafeen.
“Wafeen mana Yum? kat atas ya?” tanya Rayyan lagi.
“Dia keluarlah…takkan tak perasan kereta dia takde kat luar tu..”
“Dah balik?”
“Eh..takdelah! dia pergi bank…masukkan duit..lepas tu dia cakap nak beli barang-barang dapur untuk kenduri arwah hujung minggu ni..”
Rayyan sekadar angguk.Kenapalah dia pergi sorang-sorang…kalau ajak aku boleh jugak aku tolong bawa barang..mesti berat barang-barang tu..
“Dah lama ke dia pergi Yum?” Tanya Rayyan sambil duduk di sebelah seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan umur 5 tahun.
“Lama jugak..kejap lagi balik la kut..” jawab Yumni sambil membantu anak kecil lelaki di sebelahnya mewarna.
“Kak Yum…bosanlah..” rengek salah seorang dari empat kanak-kanak yang berada di situ.
“Bosan? “ Yumni garu kepala.Biasanya Wafeen yang akan melayan kanak-kanak itu tiap kali ditinggalkan seketika oleh ibu bapa mereka.
“Siapa diorang ni Yumni?” Tanya Rayyan lagi.Sejak bila pulak kedai buku ni jadi pusat jagaan kanak-kanak ni?
“Diorang ni? sebenarnya,parent diorang ni guru tuisyen kat pusat tuisyen Domino…lepas habis kelas nanti,parent diorang ambil la..Cikgu Rahimah tu dulu guru tuisyen Wafeen masa dia sekolah lagi..so,Wafeen dengan rajinnya sudi nak jaga anak-anak Cikgu tu sementara kelasnya tamat..”
“Cikgu Rahimah?”
“Hmm..kenapa, kenal ke?”
Rayyan geleng.Memang dia dah lama tak tinggal di bandar itu tapi dia masih ingat guru tuisyen itu..guru yang sama mengajarnya ketika dia ambil PMR dulu..pusat tuisyen Domino itulah tempat di mana dia kenal budak perempuan yang selalu bawakan karipap pusing.Dia tak sangka pulak Wafeen pun pernah ambil tuisyen di situ.. entah-entah dulu dia pernah jumpa Wafeen tapi Cuma tak tahu nama tak? atau Wafeen sebenarnya budak perempuan tu..sebab itulah karipap dia rasanya sama…
“Dah lama ke awak kawan dengan Wafeen?”
“Dah lamalah..sejak sekolah rendah lagi..”
“Awak pun selalu ambil tuisyen kat Domino tu ke?”
“Taklah..saya ni tak rajin nak ambil tuisyen…tapi Wafeen tu sejak sekolah rendah lagi ambil tuisyen kat situ..rasanya kat bandar ni,pusat tuisyen tu yang paling lama bertahan setakat ni..”
“Pusat tuisyen berdekatan dengan Masjid Abu Bakar tu kan?”
“Iyalah…kat mana lagi..”
“Biasa kalau balik dari kelas..Wafeen naik apa ya?”
Yumni agak pelik dengan soalan tu.Apa punya boring soalan,dah la tanya pasal peristiwa berbelas tahun lepas..kalau iyapun nak tahu cerita pasal Wafeen pun tanyalah minah tu suka apa..warna apa..makan apa ker..
“Naik kereta sapu kut…alah,dulu kan kat tepi sungai Pahang tu banyak kereta dengan van sapu,bas pun ada..selalu dia tunggu kat situlah..tapi sekarang dah jadi tempat rekreasi..itupun hari Ahad jadi tapak pekan sehari…” cerita Yumni.
Rayyan tak tanya apa-apa lagi.Jadi maknanya Wafeen pun memang tunggu bas atau van sapu kat tepi sungai tu? kalau betul… tak mustahil kami pernah bertembung..kenapa hati aku kuat merasakan yang Wafeen tu budak perempuan yang bawa karipap tu?
“Yum..masa sekolah dulu kan..Wafeen selalu tak bawa bekal karipap pusing?”
“Emm..takdelah pulak..memang nenek dia jual kuih tapi selalunya dia tak bawa bekal kuih pergi sekolah..tak tahulah pulak kan kalau saya yang silap..”
Jawapan itu buat Rayyan hampa.Apa yang perlu dia buat untuk pastikan sama ada Wafeen dan budak tu orang yang sama? kalau betul tentulah Wafeen dah mengaku awal-awal masa dia ceritakan perihal itu tempohari…
“Awal awak habis kerja?”
Satu suara menegur Rayyan.Dia lihat Wafeen sudah berada di hadapannya.
“Dah balik pun kau..Abang Rayyan kau ni,dari tadi asyik tanya pasal kau..”
“Tanya pasal saya? awak tanya apa pasal saya kat Yumni? Wafeen pandang Rayyan sedikit menggelabah.
“Oh..dia tanya pasal…
“tanya awak pergi mana…lama sangatlah sayang..ingatkan awak dah balik” Rayyan cepat-cepat memotong bicara Yumni.Dia nampak dahi Yumni berkerut.Lantaklah! nanti kalau Wafeen tahu aku sibuk tanya perihal zaman sekolah dia nanti apa pulak dia fikir..kalau salah orang tak ke malu dibuatnya!
“Ikutkan hati memang nak balik pun..tinggal aja awak kat sini…orang lelaki kan,pandai-pandailah nak balik sendiri..” Wafeen sempat menyindir.
“Sampai hati…”Rayyan mula buat muka sedih.
“Tak baiklah kau Wafeen…kesian Abang Rayyan…tapi kan, kalau kau tinggal dia kat sini..aku kan ada…aku any time aja boleh hantar Abang Rayyan balik…” Yumni sempat kenyit mata pada Rayyan.
Wafeen cekak pinggang.Ewah..pantang dapat peluang!
“Jangan nak mengada-ngada…dah tu,tercegat apa lagi kat situ..nak balik ke tak..tinggal betul-betul baru tahu..”
Rayyan segera bangun dan mencapai beg serta briefcasenya.
“Yum..tolong tengokkan budak-budak ni ya? aku rasa kejap lagi Cikgu Rahimah sampailah..”
“Okey boss..” Yumni angguk lalu mengambil sebuah buku cerita dan dibacakan untuk kanak-kanak yang sudah mula menunjukkan muka bosan kerana terlalu lama berada di situ.Mujurlah anak-anak Cikgu Rahimah itu tidak nakal dan mendengar kata.
“Sayang…”
“Apa lagi…”
“mangkuk tingkat ni,tolonglah bawakan…”
Wafeen yang sudah mengatur langkah terpaksa pula berpatah balik dan mengambil mangkuk tingkat di atas meja. Rayyan senyum padanya tapi tidak dibalas.Hmmm…marah lagilah tu…boleh tahan payah nak pujuk Wafeen ni..
Sewaktu melewati kaunter bayaran sempat pula Rayyan membeli chewing gum sementara menunggu Wafeen mengambil barangnya di tingkat atas.
+++++++++++++++++++++++++++++
“Cari apa?” tanya Wafeen bila Rayyan seperti tercari-cari sesuatu ketika keluar dari kedai.
“Tong sampah…nak buang pembalut ni..” Rayyan tayang kertas pembalut chewing gum perisa pisang di tangan.Wafeen baru perasan yang lelaki di sebelahnya itu sedang mengunyah sesuatu.
“Mari sini saya tolong buangkan…awak tolong pergi ambil kereta..saya parking kat belakang kedai..” beritahu Wafeen sambil menyerahkan kunci kereta pada Rayyan.
“Nak saya bawa ke?” tanya Rayyan sambil menyerahkan pembalut chewing gum pada Wafeen.
“Iya..banyak tanyalah awak ni..”
“Saya memang suka bawa kereta comel tu….tuan dia lagilah saya suka..”
“Dah..jangan nak mengada-ngada..pergilah cepat!”
“Nak pergilah ni..sayang tunggu sini ya..”
Rayyan menghilang di sebalik bangunan.Wafeen membelek pembalut kertas di tangannya.Dia teringatkan pembalut yang sama yang masih berada dalam simpananya..Cuma pembalut kertas yang disimpannya adalah pembalut kertas yang dibuang Rayyan ketika berusia 15 tahun.
Wafeen tidak membuang pembalut kertas itu sebaliknya terus dimasukkan ke dalam tas tangannya.Rayyan anggap itu hanyalah sampah yang perlu dibuang tapi baginya tidak…walaupun dia sudah ada Elhan sebagai pilihan hati tapi Rayyan tetap istimewa di hatinya kerana lelaki itu adalah lelaki pertama yang hadir dalam hidupnya sebagai penyelamat..mungkin kerana keistimewaan itu dia tak sampai hati untuk menyakiti hati Rayyan.Kalau ikutkan geram,nak aja dia tinggalkan Rayyan balik sendiri tapi bila dia teringatkan Rayyanlah yang selamatkan dia dari diganggu lelaki jahat tu..Rayyan tak tinggalkan dia menangis meminta tolong,bahkan Rayyan terlalu baik padanya…Rayyan yang belikan dia aiskrim..Rayyan yang sukakan karipapnya..Sebenarnya,jauh di sudut hatinya kalau Rayyan nak marahkan dia seteruk manapun dia sanggup bertahan..kerana Rayyan adalah Adiwira dihatinya..
Pin! pin!
“Sayang….takkan sempat lagi termenung kut…saya ada kat sinilah..”
Wafeen tersenyum mendengarkan usikan Rayyan yang sudah muncul bersama Volkswagennya.Lelaki itu keluar dan membukakan pintu untuknya.Macamana dia tahu yang aku fikirkan dia ya? ieee..kenapalah aku macam ni..lagi aku cuba nak sekat perasaan aku ni pada dia…rasa macam makin kuat pulak rasa tu..kalau aku halang dia jumpa aku rasanya mustahil dia nak ikut cakap aku tu..dia ni bukan setakat muka tak malu..degil tahap gaban pun ya jugak..
“Yang…nak balik ke tak,tinggal kang..pandai-pandailah balik sendiri..”
“Amboi…tak sedar diri nampak..siapa tumpang siapa ni?” Wafeen mengerling Rayyan lalu masuk ke dalam perut kereta.Rayyan kemudian memandu kereta itu mengikut laluan jalan kampung untuk mengelakkan kesesakan jalanraya.
“Sayang, saya hantar awak balik ya? kereta ni saya bawa balik rumah..esok pagi saya ambil awak..boleh?”
“Ini dah lebih nampak..mula-mula nak tumpang balik aja..sekarang dah lain pulak..awak ni ada aja planning kan?
“Alah…bolehlah..lagipun,saya tengok dalam boot ada banyak barang..berat semua tu,biar saya keluarkan semua barang tu nanti ya? takkanlah saya nak biarkan nenek dan sayang saya ni angkat semua barang-barang berat tu..”
Wafeen diam.Aduhai…boleh cair aku macam ni..kenapalah bukan Elhan yang cakap macam tu…nak harapkan Elhan waktu ni memang mustahil sebab dia busy dengan kerja..entah bila balik dari Singapura.Rayyan ni pulak..dalam-dalam marah tak tentu pasal tu..bila angin baik dia datang,memang tak boleh blah romantiknya..Ya Allah,aku tak tahu nak buat macamana lagi dah..
“Boleh tak sayang? apsal awak diam aja..marahkan saya lagi ya?”
“Taklah…saya penat aja..”
“Hah..tu kan,sebab tu la elok saya hantar awak balik..barang-barang biar saya yang keluarkan..kalau ada apa-apa kerja yang belum beres lagi,awak cakap aja..biar saya yang uruskan..”
“Kata busy…”
“Kalau betul pun saya busy…saya tetap takkan tinggalkan awak buat semua kerja sorang-sorang…awak cakap aja apa yang awak nak..saya akan sentiasa ada untuk awak Wafeen..”
“Tipu..”
“Iya…untuk awak ,apa aja sayang…”
“Janji awak nak tolong?”
“Janji..”
“Satu lagi..saya tak suka awak marah-marah saya tak tentu pasal…”
“Saya janji yang saya takkan marah awak lagi,saya menyesal sayang..”
“Betul ni…”
“Kan saya dah janji..”
Wafeen seperti tidak percaya tapi Rayyan betul-betul serius.
“Okey…saya percaya..”
Tiba-tiba handset Wafeen berbunyi dan segera dijawab.
“Waalaikumussalam..Hmmm,baru sekarang nak call saya…saya sihat,awak?”
Rayyan memasang telinga.Daripada perbualan Wafeen dia tahu yang menelefon gadis itu adalah Daniel.Allah sajalah yang tahu betapa dia cemburu pada waktu itu.Memandangkan dia telahpun berjanji sebentar tadi ditahan juga rasa sakit hati dan perasaan marahnya.Kurang ajar Daniel! kau dah nak bertunang pun masih call dia lagi? memang aku dah agak yang Wafeen tak tahu yang kau nak bertunang dengan Zarynn..
Wafeen selesai bicara dengan Elhan.Dia pandang Rayyan yang langsung tak tersenyum.
“Boyfriend awak ke?” tanya Rayyan dengan lagak bersahaja padahal dia sedang memegang stereng sekuat genggamannya.
“Haah..dah lama dia tak call..sebenarnya dia di Singapura,ada urusan kerja”
“Oh..Singapura..” Rayyan senyum sinis.Aku ingatkan kau sengal tapi kau lagi hebat kalau jadi pembelit ya Daniel..
“Tak datang kendurilah nanti ya?”
“Tak lah…macamana nak datang kalau busy dengan kerja..”
Rayyan sekadar angguk.Busy dengan kerja ya…Wafeen..Wafeen..awak tak tahu yang dia dah tipu awak hidup-hidup! dia nak bertunang Ahad ni Wafeen…
Rayyan menghela nafas.Kalau bukan sebab dia tidak mahu Wafeen tahu yang dia dan Daniel ada pertalian sudah tentu dia beritahu tentang majlis pertunangan itu.Kalau Wafeen dapat tahu,sudah tentu susah baginya untuk memikat Wafeen nanti..nak pulak kalau Wafeen tahu dia kena tipu..rosak planning aku nanti!
“Kalau saya jadi kekasih awak…saya takkan tinggalkan awak macam ni..apatah lagi kalau saya jadi suami awak..saya takkan sekali-kali benarkan ada ruang lelaki lain dekat dengan awak…macam sekarang ni..nampak sangat,kekasih awak tu…tak pandai nak jaga awak..” Rayyan sempat menyindir dengan penuh makna.Siap sedialah kau Daniel…tahulah aku macamana nak kantoikan kau nanti..tunggu aku dengar penjelasan Zarynn dulu lepas tu aku nak hentam kau cukup-cukup..
Wafeen terkedu.Dia hanya mengerling Rayyan.
“Bukan dia tak ambil berat..dia sibuk..biasalah lelaki dengan kerjaya..” Wafeen membela Daniel Elhan.Namun dia sendiri tak pasti dengan kata-katanya tadi.
“Itu lelaki lain…bukan saya..saya pentingkan sayang saya lebih daripada kerja”
Zup! Wafeen segera mengalihkan pandangan ke luar tingkap bila matanya berlaga dengan pandangan mata Rayyan.Subhanallah! kalau mata dia tu boleh membunuh dah lama aku mati… kenapa aku rasa macam ni? Kenapa aku suka dia cakap macam tu? Kenapa aku suka dia ambil berat pasal aku? Aku rasa..aku dah jatuh cinta dengan dia! Kenapa boleh jadi macam ni pulak?
"Awak?"
"Huh?" Wafeen pandang Rayyan.
"Awak okey ke?"
"Okey je.." Wafeen buat muka selamba.Kau tak boleh buat macam ni Wafeen..Kau tak patut ada perasaan pada dia!