Pokok-pokok besar di kawasan tanah perkuburan bergoyang ditiup angin.Dedaun gugur yang berlaga membentuk bunyi desiran halus.
“Hari dah nak hujan Pak Imam.Bacaan talkin pun dah selesai.Saya rasa eloklah kita semua bersurai.Lagipun saya kasihankan anak perempuan arwah yang daripada tadi tak berhenti menangis.Saya hairan sungguh! ke mana pergi ayah budak-budak ni? Warisnya yang lain pun tak ada ke yang datang? setahu saya arwah ni baik sangat orangnya walaupun dia baru berpindah ke kampung kita ni” Keluh Tuk Siak.Sesekali dia memerhatikan remaja lelaki yang masih duduk menghadap kuburan arwah ibunya itu.Kasihan! beberapa orang jiran kampung yang turut hadir sudah mula beransur pulang.
“Saya pun hairan…Tapi Majid cakap,Arwah Zahara ni memang tiada saudara mara di sini sebab dia muallaf.Asalnya pun dari eropah sana,dah tentulah saudara maranya jauh..”
“Kalau iyapun..mana ayah budak berdua ni? takkanlah tak datang berziarah walaupun dah bercerai dengan arwah…saya kasihan dengan mereka berdua ni” Dia tahu benar yang Zahara itu ibu tunggal.Namun begitu satu kampung kagum dengan kejayaan wanita itu dalam perniagaan.Seorang yang dermawan dan lemah lembut sekalipun baru setahun di kampung itu.Dia tidak faham kenapa wanita sebaik arwah ditinggalkan suaminya..
“Kata Majid… ayah budak-budak ni bercuti ke luar negara dengan keluarga satu lagi..” jawab Pak Imam.
“Oh..patutlah…”
“Eh, dah hujan ni” Pak Imam sudah merasai rintik hujan mengenai batang tubuhnya.
“Marilah Imam kita balik..saya pun nak suruh Majid bawa anak-anak belas majikan dia ni balik ke rumah” Tuk Siak sudah bergegas mendapatkan Majid yang sedang bersalaman dengan jiran-jiran yang beransur pulang.
“Majid! kau bawa anak-anak arwah balik…dah hujan ni!” arahnya.
“Iyalah….Rayyan! Valqis! mari kita balik nak…” ajak Majid.Dia yang bekerja sebagai pemandu arwah Zahara sudah bekerja dengan keluarga itu dari dulu lagi.Sebelum anak-anak itu dilahirkan.Majid menyentuh bahu Rayyan bila anak itu masih setia di hadapan kuburan arwah ibunya.
“Rayyan..mari nak..”pujuk Majid.Dia faham kesedihan di hati anak itu.Dia tahu Rayyan terlalu sedih kerana satu-satunya ibu yang paling disayangi sudah tiada lagi.
“Saya nak teman mama di sini..”Ada airmata yang mengalir di wajah Rayyan.Tangan Pak Majid yang menyentuhnya ditepis.
“Jangan macam ni Rayyan…kasihan adik ni,kalau kena hujan nanti demam…siapa yang nak jaga adik sekarang,kalau bukan Rayyan..” kata-kata Pak Majid itu buat dia tambah sedih.Siapa lagi? memang benarlah hakikatnya mama sudah tiada lagi..siapa lagi yang akan menjaga dia dan adik bila sakit..siapa yang akan memasak dan menguruskan pakaiannya.Sungguh dia rasa terlalu sedih dan mahu saja dia gali tanah kubur itu supaya mamanya bangun.Apakan daya kerana hakikat itu terlalu perit untuk diterima…mama!!!!!!
“Pak Majid bawa adik masuk dalam kereta…”arahnya.Airmata diseka beberapa kali tapi dia masih tidak berdaya menghentikan airmata itu dari terus mengalir.Direnung wajah adiknya yang sedih.Kasihan Valqis!
“Rayyan macamana?”
“Biarkan saya seketika di sini…biarkanlah saya berhujan di sini..saya tak peduli”
“Baiklah..tapi jangan lama-lama ya? nanti marah pula ayah Rayyan pada Pak Majid..”Majid mendukung Valqis dan segera dia bawa anak itu masuk ke dalam kereta.Suasana kuburan semakin gelap.Hanya Rayyan sendirian di situ.
“Huh..papa..”Terdengar dengusan kasar tatkala Pak Majid mengingatkannya pada papa.Waktu mama pergi pun papa tak ada…
Rayyan memejam mata.Kenapa papa begitu kejam pada mama? dia benci,marah,sakit hati pada lelaki itu sekalipun dia tahu sebagai seorang anak..tidak selayaknya dia bersikap begitu.Siapalah yang mahu memahami rasa kecewa yang dia tanggung.Bahagia yang dia harapkan dalam keluarganya hanya seketika..dan selebihnya penderitaan ini yang perlu dia tanggung.
“Sampai bila-bila mama…Abang takkan lupa apa yang papa buat pada mama..Abang takkan lupakan apa yang perempuan tu buat pada keluarga kita..”Dia menangis sambil menggenggam tanah yang masih merah itu.
“Mama…Abang terpaksa pergi tapi mama jangan risau sendirian “di sana”.Abang janji hari-hari abang hantarkan doa untuk mama.Rayyan menyeka airmata yang sudah bercampur dengan hujan.Sebelum pergi dia memandang lama kuburan mamanya yang sudah dibasahi hujan.