Follower Setia SYK

Memaparkan catatan dengan label *02*. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label *02*. Papar semua catatan

Rabu, 1 Ogos 2012

Bukan Kerana Aku Tak Cinta 2

Beberapa bulan yang lalu…..


“Terima kasihlah Jebat,tolong Mak Awa belikan barang-barang ni semua” Mak Awa membantu Jebat mengeluarkan barang-barang dari boot kereta.Tan Sri nak buat majlis keluarga sempena menyambut kepulangan Mastura dan Anisah.Mujurlah ada pemuda itu menghulurkan bantuan bila yang lain sibuk dengan urusan kerja masing-masing.
“Takpe Mak Awa..kecik punya hal..Lagipun, Kak Hannah dah pesan suruh saya tolong Mak Awa pagi ni…” Jawab Jebat.
“Bertuahlah Uwais tu dapat pekerja rajin macam kau ni…Mak Awa ni dah tua.Selalu sengal-sengal badan nak ke pasar tu sorang-sorang…”
“Biasalah Mak Awa..sekarang ni,biar saya bawa barang-barang ni semua masuk dalam rumah…Mak Awa duduk aja…”
Mak Awa senyum lega.Banyak juga barang-barang yang dibawa pemuda itu.
“Iyalah…kalau kau terlebih rajin,tolong simpankan sayuran dan daging ke dalam peti ais..boleh?”
“Boleh…”
“Masuk ajalah..bukan kau tak biasa masuk rumah Tan Sri ni..”
Jebat ketawa kecil.Dia memang selalu juga ke situ.Kalau tak hantar barang,dia akan hantar Daqiq dan Nafisa yang rindukan Tuk Yang mereka.
“Tan Sri takde ke Mak Awa?”
“Takde…dia ke KL..ada temujanji dengan doktor di IJN…”
“Oh…Tan Sri tak sihat?”
“Sakit dia tu lah…suruh duduk diam tak mahu…kau pun dah tahu yang dia tu suka berburu…dah berumur macam tu masih juga nak masuk hutan”
Jebat mendengar saja.Dia tahu Tan Sri Idris punya hobi suka berburu.Dia pernah diajak beberapa kali mengikut lelaki korporat itu masuk hutan.Itupun bila lelaki itu tahu yang dia ada lesen menembak dan senjata api.Bahkan setakat ini,dia tak pernah mengecewakan Tan Sri Idris bila tiap kali pergi berburu pasti bawa balik hasil buruan yang lumayan.Cuma kadang-kadang, Kak Hannah selalu mengingatkannya supaya jangan melayan keghairahan Tan Sri Idris terhadap hobinya itu.
“Kau buatlah kerja ya? Mak Awa nak siram pokok bunga ni.Kau tu pun ada kerja lain nak buat…nanti kena marah pulak dengan Kak Hannah kau tu…”
Semenjak dia bekerja dengan Uwais.Dia tidak pernah ada masalah dengan lelaki rendah diri itu.Orangnya sangat pemurah bahkan dia sendiri tak menyangka wujudnya manusia yang sentiasa bersangka baik seperti itu.Namun begitu,apa yang membuatkan dia rasa takut dan tidak selesa bila setiap kali berdepan dengan Kak Hannah.Dia tak mampu menyebut kata tidak bila tiap kali menerima arahan daripada wanita itu.
Jebat terus ke dapur.Melaksanakan tugas-tugas yang sepatutnya.Sedang sibuk dia terbongkok-bongkok menyusun sayuran ke dalam peti ais.
“Good morning sexy boy!!”
Tiba-tiba terasa satu tamparan singgah di punggungnya.Jebat sentap!. Huish! Siapa pulaklah yang tepuk bumper aku ni?
Jebat berpaling.Membulat matanya bila melihat seorang gadis berdiri menghadap meja makan.Siapa pulak ni?
“Putera! Tolong ambilkan angah Susu Coklat…” bicara gadis itu padanya.Langsung tak memandangnya kerana sedang mengikat rambutnya yang separas bahu.
Mata Jebat terkebil-kebil membelek gadis itu dari atas sampai bawah.Hanya berseluar pendek dan memakai T-shirt tanpa lengan.Kulit putih bersih jelas terserlah.Mak oi…anak siapalah seksi sangat ni!
Nasib baik perempuan itu tak perasan yang dia sedang memandang.Jebat kembali berpaling menghadap peti ais…Apa aku nak buat ni??


+++++++++++++++++++++++++++++++++
Sretttt…….
Jebat menekan brek mengejut.Hilux yang dipandu betul-betul berhenti di halaman rumah agam milik Tan Sri Idris.Semua ingatannya pada kali pertama melihat Mastura yang “seksi” berhenti bersama berhentinya pacuan empat roda itu.
“Dah sampai…”
Dia berpaling pada Mastura.Tiada tanda-tanda Mastura mahu turun.Entah ke mana fikiran gadis itu melayang bila bicaranya tidak diendahkan…
“Mastura!” panggilnya…tapi gadis itu terlalu jauh mengelamun….

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mastura menguap beberapa kali.Kakinya mengatur langkah menuruni anak tangga.
“Mak Awa!!” panggilnya.Senyap….tiada sebarang jawapan.Agaknya semua orang dah keluar…
Tanpa berlengah dia menuju ke dapur.Dia masih belum bersarapan dan perutnya dah mula berbunyi.Kalau dia tak makan,dia pasti akan diserang gastric!
Sampai di dapur dia nampak ada orang sedang memuka peti ais.Siap terbongkok-bongkok bagaikan menyelongkar isi perut peti ais itu.Ceh! tak pergi kelas agaknya budak bertuah ni!
Dia terus mendekati meja makan.Sempat ditampar punggung Putera sebagai satu guraian pada adiknya itu.
“Good Morning sexy boy!” sempat dia ketawa sambil merenung sekilas punggung adiknya yang hanya memakai jeans lusuh.Pelik juga…sejak bila adiknya suka berstyle sempoi? Rasanya Putera agak skema bila berpakaian sejak bakal bergelar doktor…tukar angin kut!
Mastura mengikat rambutnya yang panjang separas bahu.Dia sedang berfikir selepas sarapan ke mana dia mahu pergi.Duduk di rumah sendirian dah tentulah bosan.Pergi rumah Anislah!
“Putera…ambilkan Angah susu coklat!” pintanya.Apasal Putera ni senyap aja?
“Putera? What’s wrong with you? Pagi-pagi macam ni takkan panas kot…kau nak duduk dalam peti ais tu ke?” Mastura mencekak pinggang.Baru nak mendekat,sekotak susu coklat dihulurkan padanya.Yang pelik dan hairan tu,Putera langsung tak berpaling.
“Hey Putera!”
Pap! Ditamparnya belakang Putera.
“Maaf cik …saya bukan Putera!”
Argghhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!
Jeritan kuat kedengaran.Mastura bertindak pantas berlari ke cabinet dan membuka laci.Sebilah pisau diambil.Dia terkejut bila menyedari bukan Putera yang bersamanya di dapur itu.Lebih menyeramkan bila lelaki di depannya ini orang yang dia tidak kenal dan mukanya…berparut di bahagian kening hingga ke mata! Nak kata orang Melayu matanya sedikit sepet,nak kata Cina kulit lelaki itu sawo matang! Sekali pandang ada iras Louis Koo pun ada!
“Tolong!! Ada pencuri!!”
“Cik dah salah faham!”
Lelaki itu cuba mendekatinya.Mastura panik dan semakin kuat menjerit.Aku tak kira… datang dekat…aku tambah lagi parut kat muka dia!
“Tolong!Tolong Mak Awa…ada percabul!!” Mastura dah bersiap sedia menghunus pisau di tangan.Dia tak kira walau apapun terjadi,dia akan pertahankan kesuciannya!
“Apa yang terjerit-jerit ni Mas?” Mak Awa muncul.
“Mak Awa call polis!! Lelaki ni nak cabul Mas!”
“Astaghfirullah….betul kau nak buat benda tak elok pada dia Jebat?” Mak Awa terkejut.
“Demi Allah tak!! Saya Cuma buat kerja saya aja tadi…tiba-tiba dia ni yang tepuk bumper saya!”
“Bumper bendanya?” Mak Awa tak faham.
“Err..maksud saya…dia yang tepuk punggung saya dulu…lepas tu nak tuduh orang cabul dia pulak! Takde kerja sangat saya ni sampai nak buat benda tak senonoh kat dapur Mak Awa ni!”
Mastura terkedu.Err..Mak Awa kenal ke mamat ni?
“Mak Awa kenal ke dia ni?” Tanya Mastura pada Mak Awa.
“Ini Jebat…pekerja Abang Long kau! Dia datang sini tolong Mak Awa…yang kau tuduh dia yang bukan-bukan kenapa?” Mak Awa mengurut dada.Ingatkan betul tuduhan Mastura tadi.
“Errr…manalah Mas tahu! Tiba-tiba aja ada kat dapur ni…Mak Awa pun satu hal…lain kali cakaplah awal-awal ada orang nak datang!” Marah Mastura.Malunya! tersalah tepuk bumper! Dia berlindung di sebalik meja makan bila perasankan yang dia hanya berseluar pendek.
“Sudahlah Jebat…kau pergi balik…macam-macam hal!” Arah Mak Awa.Jebat angguk saja.
“Balik dulu Mak Awa…”
“Errr…Hang Jebat! Sorry ya…” Sempat pulak Mastura minta maaf tapi Jebat buat tak tahu saja.Adoilah! tak pasal-pasal aku tuduh orang yang bukan-bukan….pekerja Abang Long rupanya!

+++++++++++++++++++++++++++++

Pin!!!!!!!!!!!!!
Bunyi hon mengejutkan Mastura.
“Tak reti-reti nak turun ke?” Jerkah Jebat.Mastura spontan memukul lengan lelaki itu.
“Lain kali cakaplah elok-elok! Nak suruh turun aja kan?”
“Dah cakap elok dah pun…Kau tu yang jauh berangan..entah ingatkan siapa sampai aku panggil pun tak dengar!” Marah Jebat.Aku dah lambat dia boleh buat-buat lengah pulak…
“Teringatkan abang Jebatlah! Itupun tak tahu ke?” Selamba saja jawapan yang diberi.
Jebat sedikit ternganga.Ieeee….tak boleh blah jawapan dia!!
“Dah…Aku malas nak layan perempuan pelik macam kau ni…turun! Aku nak balik cepat ni…”
“Ieeee…sabarlah! Tak nampak Mas tengah bercermin ni?” Sengaja Mastura membelek wajahnya pada cermin pandang berlakang.Jebat menggeleng kepala.Sabar ajalah! Aku campak keluar jugak dia ni karang…
“Kan dah sampai rumah kau…turun lepas tu kau masuk dalam rumah…bercerminlah puas-puas kat dalam bilik kau tu! Reti bahasa ke tak?”
“Tak nak…cermin dalam bilik Mas tak best…yang ni best…tak tahu kenapa,sukalah guna cermin kereta ni…agaknya sebab abang Jebat pun selalu guna kut..”
“Apa ke hal pulak nak kena ada kaitan dengan aku? Turunlah wei!! T.U.R.U.N..turun!!!”
“Eh…eh..pandailah abang Jebat mengeja…” Mastura ketawa kecil.Menampakkan barisan giginya yang cantik dan senyumannya yang memang mengancam nyawa!
Arggghhhh!!!!
Jebat menjerit sambil menahan geram.Lebih bengang bila Mastura masih buat tak tahu.Memang seronok mengusik lelaki itu.
“Okeylah…orang nak turunlah ni…tertekan pulak dia!”
Mastura turun juga.Jebat rasa lega.Baru nak gerakkan kereta…
Auchhh!!!
Jebat menurunkan cermin kereta bila mendengar jeritan kecil.Dia lihat Mastura dah terjelepok atas rumput.Entah sebab apa tiba-tiba aja terjatuh.Apa lagilah dia ni!
“Kau kenapa?” Tanya Jebat dari dalam kereta.
“Tak nampak ke orang jatuh…sakit ni..tolonglah!” Mastura merengek manja.Jebat sengeh dan ketawa.
“Kau jangan nak tipulah! Kau buat-buat jatuh aja kan? Jangan harap aku nak percaya” Dia mencebir.Tiada niat mahu melihat keadaan gadis itu.
“Betul…kaki Mas terseliuh ni! Aduh….sakit!” Mastura mengurut-ngurut kakinya.Jebat sedikit cuak.
“Arghhhh!! Aku tak percaya!”
Jebat memasukkan gear dan terus memandu perlahan.Namun begitu,matanya tetap menyorot cermin pandang belakang.Dia lihat Mastura masik terduduk di atas rumput dan masih menggosok kakinya.Entah-entah betul dia terseliuh tak? Kalau betul dan aku buat tak tahu aja…nanti dia mengadu pulak dengan kakak dia!
Jebat memberhentikan kereta.Kemudian dia turun dan segera mendapatkan Mastura.
“Sakit ke?” Tanya Jebat sebaik saja dia mendekati Mastura.
“Tak pun….ingatkan tak ambil berat…Tak sangka Abang Jebat peduli kat Mas! “ Spontan Mastura bangun dan ketawa.Rupanya dia sengaja kenakan Jebat.
“Aku dah agak kau memang tipu!” Jebat cekak pinggang.
“Mas sukalah bila abang Jebat marah! Handsome sangat!” Mastura langsung tak takut padanya.Kalaulah kau tahu aku ni siapa….
“Kau ni kan..memang..”Jebat tak tahu nak cakap apa .Boleh gila aku dikerjakan budak Mastura ni!
“Suuukaaaa abang Jebat…jumpa esok!!” Mastura melambai padanya dan berlari masuk ke dalam rumah.Jebat memegang dahi dan menggeleng kepala.Sejak bila kau biarkan orang kenakan kau Jebat!!