Usai menunaikan solat Subuh,Jebat menadah tangan berdoa untuk kesejahteraan dirinya dan kedua-dua ibu bapanya yang telah lama kembali ke rahmatullah.Bila mengenangkan kedua-dua ibu bapanya, kenangan silam akan mula bermain di ingatan.Dia tidak menyalahi takdir yang menjadikan dia anak yatim piatu.Cuma dia kesalkan, kerana ketidakberdayaannya maka dia tercampak ke lembah hitamnya kehidupan.Kehidupannya sekarang begitu berbeza dengan kehidupannya yang dahulu…terlalu jauh berbeza sehingga apabila dia melihat cermin.Dia melihat wajah yang sama tetapi karaktor yang berbeza…
+++++++++++++++++++++++++++++
“Jebat…Sudah-sudahlah tengok I.C tu…esok kan nak sekolah…”
“Jebat dah besar ya mak?” Tanya Jebat. Ibunya yang sedang sibuk membungkus nasi lemak hanya tersenyum.Angguk lalu menjawab…
“Iya…dah ada I.C tu kira dah besarlah…”
Jebat sengeh.Dia menyimpan kad pengenalan yang baru diambil ayahnya di pejabat pendaftaran petang tadi.Malam sudah merangkak lewat.Jebat masih tidak rasa mengantuk sedangkan abangnya Wahab sudah mengerekot tidur di atas tilam nipis di tengah ruang tamu rumah yang tidak begitu besar itu.
“Pergilah masuk tidur…” Tegur ibunya lagi.Jebat tersandar pada tiang seri.Dia merenung lama wajah abangnya yang sedang tidur itu.
“Mak…kenapa muka Jebat dengan abang lain?” Tanyanya.Dia dengar ibunya ketawa.
“Kalau sama…macam mana mak nak bezakan korang berdua…”Jawapan itu buat Jebat sengeh lagi.
“Jebat…Kan mak suruh Jebat masuk tidur…”
“Kejap lagilah mak..Jebat nak cari abah kat luar…” Dia keluar ke beranda.Pandangannya terhala pada sesosok tubuh tegap yang sedang mengatur buah silat.
“Abah!” Panggil Jebat.Abahnya berpaling.Ada senyuman dihadiahkan.
“Kenapa tak tidur lagi ni?”
“Abah…malam ni boleh ajar Jebat buah yang baru tak?”
“Hmmm…boleh! Tapi,jangan guna untuk pukul kawan-kawan di sekolah pulak…” Pesan abahnya sambil mengusap lembut kepalanya.
Jebat angguk.Seperti biasa dia akan mengikut langkah buah silat yang ditunjukkan abahnya.Sebenarnya,abahnya bukanlah orang Melayu tapi berketurunan cina.Ilmu persilatan yang diketahui abahnya adalah tinggalan daripada arwah Atuknya yang juga seorang guru silat.Arwah Tuknya baik dan penyayang.Namanya dipanggil Jebat pun kerana Atuknya yang panggil begitu walaupun nama sebenarnya Ahmad Ziyad.
“Abah…Jebat penatlah bah…” Jebat termengah-mengah.Abahnya ketawa kecil.Mereka berdua kemudian duduk di anak tangga.
“Jebat kena tidur sekarang…esok kan nak sekolah…nanti Jebat lambat pulak nak bangun solat Subuh..Jebat pun payah sangat nak bangun tidur” Usik abahnya.Jebat mengekek ketawa.Dia renung raut wajah abahnya yang bermata sepet itu.
“Abah…ini tanda apa? Kenapa ada pada tangan abah? Jebat pun pernah nampak pada badan Uncle Kwan tapi dia punya lagi besar kat belakang badan…”Dah lama dia nak bertanyakan perkara itu.Setiap kali bapa saudaranya iaitu abang kepada abahnya datang ke rumah.Bapa saudaranya selalu menunjukkan lambang berbentuk naga itu.Dia agak takut melihatnya,tapi Uncle Kwan cakap,siapa yang ada lambang itu ramai orang akan hormat.Buat apa pun boleh,tiada siapa yang berani melawan atau marah.Dia terfikir,kalau dia buat tanda yang sama pada badannya,adakah dia tidak akan dibuli lagi di sekolah? Adakah semua pelajar Melayu di sekolahnya akan berhenti memanggilnya anak cina celup? Dia tak pernah beritahu mak dan abahnya yang dia selalu dibuli.
“Ini….Jebat jangan buat macam ni..berdosa” Jawab abah.Dahi Jebat berkerut.
“Kenapa pulak…Abah buat boleh?” Tanyanya lagi.
“Tak boleh Jebat…Sepatutnya abah dah buang tapi susah…abah takde duit nak buang…nak hilangkan ini, mesti kena ada banyak duit”
“Kenapa abah buat kalau salah?” Dia masih belum puas dengan jawapan yang diberi.
Abahnya diam saja.Tiba-tiba sebuah kereta jenis Mazda masuk ke perkarangan rumah.
“Itu kereta Uncle Kwan….”
Abahnya segera bangun.Kereta Mazda berhenti.Pintu kereta terkuak.Uncle Kwan tiba-tiba melompat keluar dan terbaring atas tanah.
“Ah Kwan!!” Jerit abahnya.Jebat terpaku.Dia tak bergerak.Hanya memerhatikan abahnya mengangkat Uncle Kwan yang dipenuhi darah pada muka dan badannya.
“Jebat!! Panggil mak..cepat!” Jerit Abahnya.Jebat cepat-cepat naik ke atas rumah.
Jebat memerhatikan abahnya membalut luka pada Uncle Kwan.Dia dengar Uncle Kwan menjerit-jerit dan memaki hamun dalam bahasa Mandarin.Kebisingan itu membuatkan abangnya yang sedang tidur terjaga.Abahnya menyuruh abangnya masuk ke dalam bilik dan tidur di situ.
“Jebat….Uncle Kwan cakap apa?” Tanya ibunya dengan suara seakan berbisik.Dia menemani ibunya di ruang dapur.Sesekali mata ibunya memerhatikan abah yang masih merawat luka pada badan Uncle Kwan.Luka yang mengalirkan banyak darah!
“Uncle Kwan cakap…ada orang kejar dia..”Beritahu Jebat.Memang dia tahu berbahasa Mandarin kerana setiap hari dia akan belajar dengan abahnya.Mereka masih menjadi pemerhati.Sesekali Jebat mendengar ibunya mengeluh,mungkin kerana gagal memahami perbualan antara abah dan Uncle Kwan.
“Uncle Kwan cakap…dia kena pergi sebab bimbang orang yang kejar dia datang ke sini…” Bila dia memberitahu begitu,wajah ibunya berubah.Ketika itulah Uncle Kwan bangun dan mahu beredar walaupun dia masih cedera.Beriya-iya abahnya menahan tapi Uncle Kwan tetap mahu pergi.
“Loong….Uncle balik dulu…” Sempat lelaki itu menyapanya dan menghadiahkan segaris senyuman.Jebat hanya angguk.Dia sayangkan Uncle Kwan.Uncle Kwan selalu beri dia duit walaupun ibunya selalu marah kalau dia ambil duit daripada Uncle Kwan.Tapi, kenapa adik-beradik di sebelah ibunya tidak melayaninya seperti Uncle Kwan lakukan? Uncle Kwan sangat mesra dengannya.Uncle Kwan tak memanggilnya Jebat tetapi “Loong” yang bermaksud naga…
Uncle Kwan pergi.Tiada lagi kereta Mazda di halaman rumah.
“Jebat…pergi masuk tidur dalam bilik…”Arah ibunya.Jebat menurut saja.Di luar rumah,dia mendengar seperti abah dan ibunya berbicara tentang Uncle Kwan.Ibunya seperti marah-marah.Jebat tak mahu ambil tahu kerana dia rasa mengantuk.Sekejap saja dia sudah terlena hinggalah dia terjaga apabila mendengar bunyi bising.
“Jebat!! Bangun Jebat!! Terasa badannya digoncang.Jebat buka mata.Abangnya Wahab kelihatan cemas.
“Lu kasi tau sama gua…mana Lu punya abang pergi? Terdengar tempikan di luar bilik.
“Gua tak tau!!” Jebat tahu itu suara abahnya.
“Lu tipu….Orang – orang gua kasi tau,Lu punya abang ada datang sini!”
“Dia sudah pergi lah!” Jerit ibunya pula.
Arghhhh!!!! Terdengar jeritan dari abahnya.
Jebat dan Wahab berlari keluar.Mata mereka membulat bila melihat abahnya telah ditikam dengan sebilah parang.
“Ya Allah! Abang!”
Jebat terduduk.Dia rasa menggigil.Siapa mereka yang ramai itu? Memegang kedua tangan abahnya dan tanpa belas kasihan merodok hujung parang hingga tembus ke belakangnya.Jebat terkaku.Dia lihat Ibunya meluru ke arah abah yang terkulai.
“Kasi bunuh semua!!” Terdengar arahan itu.Serta merta dia menyaksikan belakang ibunya ditetak.Jebat menjerit ketakutan.Ibunya sudah tidak bergerak lagi.Dia lihat abang Wahabnya sudah dipegang dan hanya menanti gilirannya.Baru saja parang diangkat tiba-tiba…
Pom!
Bunyi tembakan kedengaran.Salah seorang daripada penceroboh itu rebah di atas lantai.Kemudian tembakan kedengaran lagi sehinggalah lima lelaki yang masuk ke dalam rumahnya itu bergelimpangan di atas lantai.Mereka semua sudah tidak bernafas! Darah merah menyembur hingga melekat pada dinding.
“Loong!” Nama itu dipanggil.Jebat menoleh dalam keadaan ketakutan dan menangis.Dia lihat Uncle Kwan sedang berdiri di muka pintu bersama sepucuk pistol di tangannya!
+++++++++++++++
“Jebat!!”
Panggilan dari luar kotej mengajutkan Jebat.Dia sedikit berpeluh.Ingatan peristiwa lama yang mengerikan itu buat nafasnya turun naik.
Cepat-cepat Jebat membuka pintu kotej.
“Abang Uwais…kenapa?”
“Jebat…abang kena ikut Kak Hannah kau out-station ke Jakarta..kau tolong tengok-tengokkan mak abang boleh?” Uwais keberatan juga hendak menyusahkan Jebat.Apatah lagi,pemuda itu banyak lagi kerja yang perlu diuruskan.
“Boleh…InsyaAllah..”
“Jaga diri elok-elok..Ingat, sepanjang abang takde..kalau ada orang kacau atau usik kau…banyakkan bersabar…Jangan cepat naik darah…” Nasihat Uwais.Dia adalah orang yang bertanggungjawab membawa Jebat ke kampung itu.Dia ambil Jebat tinggal dengannya bukan saja disebabkan Wahab yang meminta tolong tetapi kerana dia tahu..orang seperti Jebat, kalau tidak dibantu dan dibimbing..ke mana lagi arah yang mereka boleh pergi melainkan kembali pada kehidupan lama.
“Iya bang…saya ingat pesan abang..” Jebat angguk tanda faham.
“Jebat…kau kena ingat…dalam keadaan apa sekalipun,bersabarlah…bukan senang nak berubah jadi baik dan tak semua orang akan pandang kita baik..apatah lagi,kalau fizikal kita sendiri boleh menjadi fitnah”
“Saya ingat pesan abang…”
“Jangan lupa…tolong abang Wahab kau kat restoran jugak…”
“Iya bang…”
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam…”
++++++++++++++++++++++++++++
“Sudah –sudahlah tu Jebat…dah banyak kelapa tu kau kait..duduklah dulu minum air ni hah” Sarimah meletakkan dulang berisi minuman sejuk di atas pangkin.Jebat yang tadi sibuk mengait kelapa berhenti melakukan kerjanya.Dia mengesat peluh di dahi sambil duduk di atas pangkin.
“Yang kau pakai baju t-shirt lengan panjang tengah hari terik macam ni kenapa…kau tak rimas ke?”
“Mak cik..kat belakang sana tu kan kawasan dusun…banyak nyamuk.Kalau saya tak pakai baju macam ni…habislah darah saya nanti..”
“Macam-macamlah kau ni Jebat…”
“Kejap lagi kau pergi masuk dusun…Semalam abang Uwais kau pesan suruh lepaskan tembakan kat dusun tu..banyak sangat tupai! Habis dimakannya buah durian.Kalau dibiarkan, tak merasalah mak cik nak makan durian”
“Iyalah mak cik…nanti saya balik ambil senapang patah” Jebat masih menyimpan senapang patah yang dipinjam dari koleksi peribadi Tan Sri Idris.Kebetulan dia diajak berburu ketika itu.Walaupun dia dah pulangkan tapi Tan Sri Idris menyuruh dia menyimpan senjata api itu untuk tujuan perlindungan dusun dari binatang perosak.Lagipun, Uwais sendiri tidak ada lesen menyimpan senjata api sepertinya.
“Mak cik dah lama nak tanya kau…dari mana kau belajar menembak ni?”
“Oh…errr..dulu saya belajar dengan pak cik saya..”
“Dia polis atau tentera ke?”
“Lebih kuranglah…” Jebat seakan-akan tergagap.
“Kenapa kau tak jadi askar aja? “
“Tak minat…”Jebat menggeleng.
Tiba-tiba terdengar bunyi deruan enjin motosikal.Sangat membingitkan telinga.Semakin lama semakin dekat hingga kelihatan beberapa buah motosikal yang ditunggang beberapa orang pemuda masuk ke perkarangan rumah Sarimah.
“Apa hal pulak budak Zali ni datang ke mari? Kau ada cari pasal dengan dia ke Jebat?” Tanya Sarimah pada Jebat.
“Takde mak cik…”Jebat menggeleng.Dia hanya melihat sekumpulan pemuda itu memberhentikan motosikal di laman rumah Sarimah.
“Hoi Jebat!! Ke sini kau!” Teriak Razali, anak kepada seorang pegawai polis yang tinggal di kampung itu.Orangnya memakai kopiah dan bercelak di matanya.
“Ada apa hal kau datang ni Zali? Bagi salam pun tidak..main teriak aja nama Jebat ni?”
“Mak Cik Sari…budak luar ni dah buat hal kat kampung kita!”
“Buat hal apa? Kau buat apa Jebat?”
Jebat terpinga-pinga.Dia tak tahu apa salah dia.Dia kenal Razali kerana selalu bertemu di surau kampung itu tiap kali dia hadir untuk solat berjemaah.Pernah dia menegur Razali tapi pemuda itu tidak pernah menjawab sapaannya.Bukan dia tak dengar suara-suara sinis Razali dan beberapa pemuda kampung itu yang selalu menyindirnya.
“Kalau tanya dia..memanglah dia tak nak jawab!!” Pekik Zali.
“Kalau macam tu kau lah ceritakan.Apa benda yang dah Jebat ni buat? Selama ni aku tengok dia elok aja?” Geram Sarimah dengan perangai tak semenggah Zali.Kononnya dialah ahli surau yang paling taat beribadah tapi dalam-dalam tunjuk alim boleh pula buat onar di rumah orang!.
“Depan mak cik memanglah….belakang mak cik? “ sampuk Musa.Salah seorang dalam kalangan pemuda itu.Yang lain hanya diam saja.
“Apa yang dia buat belakang aku?”
“Mak cik….budak penyangak ni dah mencuri duit tabung surau!!” Razali sudah mencekak pinggang.Dia memandang Jebat seakan mahu ditelannya.
“Bila?”
“Semalam! Waktu kami semua dah selesai solat Zohor berjemaah…Cuma tinggal Jebat aja di surau sebab dia baru sampai masa tu…hari ni, dah kecoh duit tabung surau tu hilang bila Lebai Kudin nak pakai duit untuk beli peralatan surau…”
“Apa bukti yang kau nak tuduh aku ambil duit tu?” Jebat bertanya.Dia langsung tak mengambil duit surau.Memang ada dia pegang tabung surau selepas solat.Itu kerana dia sendiri memasukkan duit dari sebahagian gajinya untuk bersedekah..itu saja!
“Hoh…kau nak bukti ya? Ini buktinya.”
Buk!
Sebiji penumbuk singgah di perut Jebat.Dia terduduk di atas tanah.
“Ikat dia kat pokok mempelam tu…Orang macam ni tak boleh kita lepaskan!”
Mendengar saja arahan Razali,3 orang kawannya bertindak mengheret Jebat mendekati pokok mempelam.Di situ Jebat diikat dalam keadaan terduduk.
“Apa kau orang nak buat pada dia?” Jerit Sarimah.Cuba ditarik Jebat supaya tak diikat tapi Razali menariknya dengan begitu kasar tanpa mempedulikan dia sebagai yang lebih tua dan perlu dihormati.
“Mak cik diam! Kalau mak cik nak bela dia…dengan mak cik sekali kami sumbat dalam penjara!” Razali mengeluar parang panjang yang terselit pada pinggangnya.Sarimah terpaku.Pemuda itu memang tak boleh dilayan.Selain daripada sikap panas baran dan suka menuduh orang tanpa bukti, Razali memang berlagak kerana bapanya polis berpangkat Inspektor di daerah itu.Tak padan dengan bekerja sebagai penarik kereta,lagak Razali tak ubah macam kaduk naik junjung!
“Amboi…kau ingat penjara tu bapak kau punya?”
“Diamlah orang tua!” Tengking Razali.Sarimah mengurut dada.Dia yang tua begitu ditengking-tengking.
“Aku tak ambil duit tu…” Jebat sedikit pun tidak membalas perlakuan kurang ajar yang berlaku ke atasnya.Dia hanya membiarkan dirinya dilayan seperti manusia yang tiada maruah.Dia ingat pesan Uwais padanya.Dalam keadaan apapun dia perlu bersabar! Kalau dia tak bersabar…maka kesemua lelaki di depannya ini akan menerima padah paling buruk!
“Aku memang dah lama bengang dengan kau ni…Semua orang kampung boleh kau tipu tapi bukan aku!! Tengok pada muka kau aja..Aku dah tahu yang kau ni bukan orang baik-baik..kalau tak perompak! Kau ni tentu penyamun ataupun orang yang suka menghendap anak dara orang!
“Entah-entah..parut kat muka dia tu sebab kena parang dek oranglah tu…kita lanyak aja dia ni cukup-cukup sebelum kita bawa dia ke balai” Tokok Musa.Dia adalah adik kepada Zali.Serentak kakinya menyepak muka Jebat hingga menyebur darah merah.
“Oh…kau tunjuk lagak ya? Tak nak menjerit!! Kau ingat kau kuat?”
Kali ini dipijak perut Jebat dan ditekannya sekuat hati.Namun begitu,Jebat tetap bertahan tanpa melawan,mahupun meronta-ronta.Suara jeritan sakit pun tak kedengaran.
“Astahgfirullah…Hey Zali! Musa!! Kau dah gila ke apa?” Sarimah mula bimbang.Anak-anak muda yang kurang ajar itu semakin menjadi-jadi.
Ketika keganasan itu berlaku,sebuah kereta Peugeot 308 CC muncul di kawasan rumah itu.Mastura yang baru sampai terkejut melihat suasana kecoh di halaman rumah.
“Kenapa ni mak cik? Ya Allah! Abang Jebat!” Mastura tanpa berlengah mendapatkan Jebat yang kena ikat pada batang pokok mempelam.
“Korang semua ni dah gila ke?” Marah Mastura.
“Oit cik adik…ini urusan kami dengan penyangak ni...kau jangan masuk campur!” Marah Musa.
“Lepaskan dia atau saya call polis!!” Ugut Mastura.
“Call kalau nak call…tapi bukan kami yang akan masuk lock up melainkan pencuri ni yang akan kena” Razali ketawa sinis.Dia dah lama tunggu peluang nak kenakan Jebat yang selalu mendapat pujian Ustaz Hafiz dan Uwais.Dia dah lama berkhidmat untuk kampung itu,tapi jarang benar dirinya dipuji .
“Diorang tuduh Jebat mencuri duit tabung surau Mas…”Beritahu mak cik Sari.Dia duduk mendekati Jebat lalu menyapu darah di mulut anak muda itu dengan kain tudungnya.Kejam sungguh manusia! Apalah salah kau Jebat sampai orang benci kau macam ni..padahal kau tak kacau orang pun!
“Ada saksi?” Tanya Mastura.Razali tak berani nak berkasar dengan Mastura kerana dia tahu gadis itu cucu Tan Sri Idris.Lelaki yang sangat berpengaruh.Silap-silap dia yang kena!
“Khalid!! Ke sini kau!” panggil Razali.Remaja lingkungan 18 tahun yang bermata merah dan seakan terkena penyakit selsema mendekat.
“Kau beritahu kat orang perempuan ni, apa yang kau nampak semalam?”
“Sa. saya…nampak Jebat pegang tabung surau..lepas tu saya pergi tandas…”
“Dengar tu? Ada saksi yang nampak..budak muka berparut ni yang ambil duit tabung tu”
“Kau pekak ke apa? Tak dengar apa budak ni cakap? Dia nampak Abang Jebat pegang tabung…bukan ambil duit..lagipun, dia tak nampak pun kecurian berlaku sebab dia pergi ke tandas!” Mastura tegas membela Jebat.Lihat pada lagak saksi yang macam penagih dadah pun dah buat dia curiga.
“Arghhhh!!! Siapa lagi yang curi kalau bukan dia!! Kalau dah pegang takkan tak ambil…” Tuduh Razali.
“Aku nak tahu…kau ni, ahli jawatan kuasa surau ke? Bilal? Siak ? atau imam?”
Razali terdiam.Nampak sangat gadis itu menyindirnya.
“Aku anak jati kampung ni! Aku ambil berat pasal kampung ni Mastura! Takkan aku nak biar aja orang luar datang kampung aku dan buat kacau!”
“Kau yang buat kacau Zali..bukan dia!”
“Yang kau nak bela sangat orang luar ni kenapa? Dia ni kuli abang ipar kau aja!”
“Habis tu? Kau ada masalah kalau aku nak bela dia? Baik…kau nak sumbat sangat dia dalam penjara kan? Kau boleh pergi buat polis report…biar polis yang siasat…tapi ingat Zali! Kalau Abang Jebat tak bersalah…Aku akan failkan saman fitnah pada kau…adik kau dan semua yang ikut kau ke sini…Aku akan saman lebih dari 1 juta..itu belum termasuk kecederaan yang korang buat pada Abang Jebat!”
“Memang elok Mas saman aja diorang ni! Kalau korang nak tahu..adik menantu aku ni pernah jadi lawyer masa kat UK sana…firma antarabangsa lagi…”
Razali telan liur.Dia diam seketika.1 juta? Mana aku nak cari?
“Musa! Buka ikatan tu!” Arahnya.
“Nanti dulu…”
Razali berhenti melangkah.
“Berapa duit yang hilang tu?”
“Seribu lebih…” Jawab Zali acuh tak acuh.
“Aku gantikan dua kali ganda tapi dengan syarat..korang jangan sebar fitnah dalam kampung ni…Kalau aku dengar ada gossip cakap Abang Jebat ambil duit tu..korang bersedia ajalah dapat surat saman daripada aku…”
“Hey Mastura…yang kau bela sangat budak luar ni kenapa? Apa kau dapat?”
“Kalau yang korang kacau,bakal suami aku…takkan aku nak diam aja…”
Sekali lagi Razali terkedu.Bakal suami? Hah….Ilmu apa Jebat jahanam ni pakai sampaikan cucu Tan Sri ni pun nakkan dia?”
“Aku akan suruh orang hantar cek pada kau…ingat…kalau cuba cari pasal dengan Abang Jebat lagi, aku takkan lepaskan korang semua!”
Razali dan pengikut-pengikutnya beredar dari kawasan rumah Sarimah.
“Mak Cik ke dalam rumah sekejap..ambil ubat..” Sarimah membantu Jebat duduk di atas pangkin dan segera masuk ke dalam rumah.
“Abang Jebat okey ke? Mastura menyentuh pelipis Jebat yang luka terkena tapak kasut dari sepakan Musa.
“Kenapa kau tolong aku?” Tanya Jebat.Mata mereka bertentangan.
“Kenapa kau cakap aku bakal suami kau? Aku tak pernah ada apa-apa hubungan pun dengan kau…”
“Lepas sapu ubat…kita pergi klinik ya? Manalah tahu ada kecederaan dalaman…”
“Kalau kau berniat Cuma nak main-main…hentikan! Aku tak nak cari masalah dengan keluarga kau! Dan kalau betul apa yang kau cakap…Aku minta,kau jangan ada apa-apa perasaan pada aku…”
“Tapi Mas ikhlas cintakan abang…” Mastura cuba menyapu darah di bibir Jebat tapi lelaki itu memberi isyarat supaya dia tidak disentuh.
“Kau tak kenal siapa aku Mastura! Aku bukan lelaki yang layak untuk kau…carilah lelaki lain! Yang lebih baik ”
“Jadi betul abang yang curi duit surau tu?
Jebat menggeleng.
“Abang tak curi dan Mas percaya…orang jahat dia akan balas setiap perlakuan buruk yang berlaku pada dia.Abang kena pukul macam ni sekali…abang diam aja…abang sabar aja…itu perangai orang jahat ke?”
Jebat pejam mata.Ya Allah! Macamana aku nak terangkan pada dia tanpa membuka keaiban dalam diri aku…Tolonglah Ya Allah! Untuk kebaikan dia…Jauhkan dia daripadaku…
“Jangan masuk campur urusan peribadi aku lagi.Kalau satu kampung ni nak tuduh aku mencuri..biarkan! Cukup Allah tahu yang aku tak buat…Jangan cuba dekat atau ambil berat pasal aku Mastura..Sebab aku takkan pernah sukakan kau! Aku takkan sekali-kali jatuh cinta pada kau…takkan!!” Kata –kata Jebat itu sudah cukup memutuskan tangkai hatinya.Apa yang tak kena pada diri dia hingga ditolak tanpa diberi peluang? Bukan dia tak malu terhegeh-hegeh pada seorang lelaki yang terang-terang tidak sukakannya.Tapi dia punya harapan…dia bukan orang yang mudah putus asa.Apakah salah bagi seorang perempuan meluahkan perasaannya pada seorang lelaki? Adakah maruahnya sebagai perempuan hilang hanya kerana sikap berterus terangnya itu.Sebab itu ke Jebat tak suka? Sebab dia terlalu berani? Dia nak buat macamana lagi kerana memang itu cara dia menunjukkan cintanya!
“Abang Jebat…nak Mas buat apa supaya abang suka pada Mas?” Ada sendu pada pertanyaan itu.
“Kalau kau nak aku sukakan kau..Jangan tegur aku…Jangan bercakap dengan aku..Jangan senyum pada aku..Jangan pandang aku pun…Cukup kau jauhkan diri kau dari aku…” Jebat menghela nafas berat.Mastura menahan geram.Jebat silap kalau dengan cara itu dia akan berputus asa.
“Baik…kalau itu syaratnya!” tapi dia memang tak puas hati.Itu syarat paling kejam yang perlu dia ikut Tapi tengoklah…aku akan buat semua tu jadi terbalik.Kau yang akan tegur aku.Kau yang akan beriya-iya nak bercakap dengan aku! Kau yang akan bagi senyuman kau hanya untuk aku! Kau hanya akan pandang aku sorang dan k au jugaklah yang tak sanggup berjauhan dengan aku! Semuanya Abang Jebat akan buat!