"Lamanya Ayyad! Dah panas duduk dalam kereta ni..." Rayyan mengipas dirinya dengan surat khabar.Ayyad yang santai bersandar pada kerusi pemandu siap boleh pejam mata lagi.
"Relakslah..Kau ni gelabah sangat apa kes? Bukannya majlis akad nikah pun..." Ayyad menggeleng kepala.Naik bosan pulak bila Rayyan sejak tadi menunjukkan tanda-tanda gemuruhnya.Siap nak termuntah pulak tu...
"Kau dulu masa bertunang dengan Atif..berdebar-debar macam ni jugak ke?" Tanya Rayyan.Ayyad buat-buat berfikir.Apa punya soalan da...Aku bertunang masa kecil..manalah aku tahu perasaan aku masa tu..
"Aku cool aja..Kau tahu ajalah aku macamana kan..Nervous ni tak termasuk dalam kamus aku..."Jawabnya penuh konfiden.Rayyan terangguk-angguk.
"Betul la..Antara kita bertiga..Kau paling cool...tapi, bukan ke kau bertunang masa kecil?" Ceh! Ada hati nak tipu aku...
Ayyad sengeh.Kemudian ketawanya kedengaran.Kantoi! Aku ingatkan bolehlah aku goreng dia hidup-hidup!
"Kau memang kaki autalah!!" Pantas Rayyan menyengkeh kepala Ayyad.
"Sakitlah woi...ingat kepala aku ni tak bayar zakat ke?"
"Balasan untuk kaki penipu macam kau! Patutlah Atif pun tak percayakan kau!"
"Syyhhhhh...Kau cakap tu slowlah! Dengar dek isteri aku tak pasal-pasal perang dingin..Kau ingat aku larat nak lancarkan perang dengan Atif tu? Siksa kau tahu tak!" Ayyad betul-betul nampak takut.Rayyan mencebir.Huh! Romeo takut bini...Ayyad kalau depan Awatif,pijak semut pun tak mati! Cuba kalau kat belakang? Semut pun dia tak kenal...
Tuk! Tuk!Cermin kereta diketuk dari luar.Cepat-cepat Rayyan buka pintu.Uwais sudah tercegat di depannya.
“ Macamana?” Rayyan membetulkan songkok di atas kepalanya.Dah naik lenguh dia duduk dalam kereta.Apa punya lama urusan pertunangan ni...berpantun bagai gamaknya!
“Emmm…keluarlah dulu..” Uwais senyum dan bersandar pada kereta.Rayyan cepat-cepat keluar dan membetulkan samping dan baju Melayu Teluk Belangan bewarna biru laut yang dipakainya.Ayyad ikut keluar.
Uwais dan Ayyad ketawa melihat gelagatnya itu.
"Tak larat aku duduk dengan dia ni..dari tadi asyik tanya,bila nak siap..bila nak siap...Dia punya pakaian,hadoilah...Macam nak menikah! Gedik aja aku tengok.Nasib baik dia tak pakai warna pink!Hah,sekarang..Kau pulak ambil alih Uwais..Aku menghadap muka sayang aku lagi feeling!" Sempat Ayyad membebel sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.
“Blah la kau... jeles dengan aku sebenarnya tu,Okey tak ni?” tanya Rayyan pada Uwais.
“Dah handsomelah..cepatlah masuk rumah..nenek panggil, masa untuk sarung cincin...” Ajak Uwais.
“Eh..nanti kejap! semua okey ke kat dalam tadi?” Tanya Rayyan.Tak sabar.
“Kalau tak okey, takdelah saya panggil awak masuk..” Uwais ketawa lagi.Rayyan sempat pula bercermin pada kereta dan masih membetulkan sampingnya.Siap menyanyi kecil lagi.Happy punya!
“Betul la Ayyad cakap...Mengalahkan nak akad nikah…”Uwais masih tak berhenti ketawa.Patutlah Ayyad pun tak tahan tengok gelagat Rayyan.
“Apsal kau ketawa sangat ni? “ Rayyan tak puas hati.
“Takdelah…awak tu, bawak bertenang boleh tak?”
“Aku cool aja,mana ada nervous" Jawab Rayyan.Dia sudah mula mengatur langkah tapi tak jadi pula.Berhenti dan berpatah balik.
“Eh..kejap..kejap..kejap..” Dia begitu kalut membuka pintu kereta.
“Apa lagi? orang dah tunggu tu..lenguhlah jari Wafeen tu nak tunggu sarung cincin..” Usik Uwais.
“Ni, tertinggal..” Rayyan tayang sejambak bunga matahari.Dia angkat kening.Ada riak bangga di wajahnya.
“Wallamak…siap bunga tu..” Uwais tergelak lagi.
“Dah la ketawa…tak elok tau ketawa banyak…orang kata nanti banyak menangis..” Rayyan terus melangkah mendahului Uwais.
“Okeylah..saya berhentilah ni..”Tapi Uwais masih tetap tersengeh dan ketawa juga melihat gelagat Rayyan.
“Assalamualaikum…”Rayyan memberi salam.
“Hah…ini dia hero kita dah sampai..kesian,lama tunggu kat luar ya?hah..apa lagi,mari ikut mak cik masuk ke dalam bilik calon isteri kau tu..” Sarimah segera menarik Rayyan mengikutnya selepas Rayyan bersalam dengan beberapa orang lelaki dalam kalangan pihak perempuan.Sampaikan dihulurkan juga tangannya pada Ayyad yang sedang mendukung Nuwaira.
"Aku pun kau nak salam jugak?" Ayyad gelak.Disambut juga tangan Rayyan.
"Silalah ya encik tunang...cik tunang sedang menunggu di dalam bilik sana" Usik Ayyad.
"Cepatlah Abang Rayyan.."Gesa Awatif pula.
Rayyan rasa berdebar-debar pula.Uwais angkat kening padanya dan memberi isyarat supaya dia bertenang.
“Mak..ini dia, calon suami idaman cucu mak dah sampai..ke tepi yang tak berkenaan..sila bagi ruang untuk hero duduk sebelah heroin..tapi amaran keras ya! Jangan duduk dekat sangat...belum sah lagi” Gelak tawa kedengaran dengan usikan Sarimah itu.Merah padam muka Wafeen.
Rayyan dan Wafeen berpandangan.Mak oi!!! Wafeen Wardah ke ni? ke bidadari turun dari langit? Adeh…tercabut jugak jantung aku ni karang!
Lama Rayyan berdiri.Lagaknya macam dah tak nampak orang lain lagi dah...Wafeen saja di depan matanya!
“Apa lagi Rayyan,duduklah..” Sarimah menyuruh Rayyan duduk di sebelah Wafeen .Mereka sedondon berpakaian berwarna biru laut.
“Bunga ni untuk awak..” Rayyan bersuara perlahan dan menyerahkan bunga matahari yang dibawanya.
“Terima Kasih…” Wafeen mengambilnya.Dia ingat lagi bunga yang aku suka ni? Mereka berpandangan lagi.Tiada kata yang terluah.Hanya senyuman sebagai pengganti rasa hati keduanya.
“Elleh…malu-malu konon…”Uwais mengusik.Disiku Ayyad yang berdiri di sebelahnya.
"Romantik wooo.. nak nanges aku tengok!!" sampuk Ayyad.Mengekek ketawa.
“Haah…orang tu kalau bab mengusik bagilah kat dia..” Hannah memaut lengan Uwais yang berdiri di sebelahnya kirinya.
"Yang dah jadi suami orang sila jangan over acting ya..."Awatif mengerling Ayyad.Tersenyum bila melihat suaminya terus diam sambil buat isyarat tutup mulut.
"Aira diam ya..nanti ummi marah.." Gunakan anak tunjuk protes!
Nek Jah pula sudah mengambil kotak cincin dari dulang hantaran yang sudahpun ditukar dengan pihak lelaki.Di sebelahnya, Mak Senah isteri Pak Majid membisikkan sesuatu.
Wafeen dan Rayyan berpandangan dan bertukar senyuman. Alahai…apsal tetiba dia macam malu-malu pulak? dah macam lelaki kacukan Melayu terakhir..
“Abang Rayyan..Wafeen..pandang sini kejap!” sempat pula Yumni memanggil dan mengambil gambar.
“Valqis…mari cu, sarungkan cincin ni pada abang dengan bakal kakak ipar kau ni hah..” panggil Nek Jah.
“Saya ke nek?” Valqis terkejut.Tak sangka dia yang dipilih.
“Iya…marilah..” ajak Nek Jah lagi.Valqis segera mendekati Nek Jah.Kotak Cincin dibuka.Dia rasa terharu kerana dia dipilih untuk menyarungkan cincin itu.
“Amboi..cantiknya cincin..berpasangan pulak tu,pandai betul Rayyan pilih ya..” puji Sarimah.Terdapat dua bentuk cincin yang diperbuat dari platinum.Salah satu darinya mempunyai berlian tulen bewarna putih.
Tanpa berlengah Valqis menyarungkan cincin bertatahkan berlian itu ke jari Wafeen dan kemudian sebentuk lagi ke jari Rayyan.
“Alhamdulillah…” Nek Jah dan Sarimah saling bertukar senyuman.
“Uwais..bacakan doa cu..”
“Ya nek..”Uwais angguk dan meminta yang lain menadah tangan.Dia membacakan doa mensyukuri majlis pertunangan yang selesai dengan sempurna dan selamat.
“Okey!! masa untuk bergambar dengan keluarga!” Yumni kelihatan teruja.
“Anis nak duduk sebelah Kak Wafeen…Kak Val,duduk sebelah Abang Rayyan..” Anis yang tadi bersama Yumni sibuk mengambil gambar turut teruja untuk bergambar.
“Kak Hannah pun nak bergambar jugak” Hannah pun tak kurang terujanya.
“Nak jugak….tak padannya sarat bawa anak..” Usik Uwais.
“Biarlah! kesian tau, kita dulu mana ada tunang-tunang macam ni..” protes Hannah.Siap tarik muka.
“Yang takde tu abang aja..sayang bukan pernah bertunang ke...”Uwais seakan menyindir.
“Huish..nak sentap lagi lah tu…” Hannah senyum saja dan sempat mencuit hidung Uwais yang mencebir.
"Aku nak jugak! samalah kita Hannah...mana ada majlis pertunangan macam ni..mak ayah aku dulu main cop aja orang sebelah aku ni..kira bertunang la tu.."Ayyad pun teruja sama.Awatif dah merah muka.Tipu! Mana ada main cop-cop...Ada cincin tau tapi saiz budak kecil! muat masuk jari Nuwaira aja...
“Satu-satulah..pening kepala bakal pengantin kita ni..” Sarimah menggeleng bila semuanya berebut nak bergambar.
“Biar Mak Cik Sari dengan Nek Jah dululah..”Yumni menenangkan keadaan.Akhirnya mereka bergambar mengikut giliran.
“Okey..semua dah dapat bergambar kan? sekarang..minta tolong Abang Rayyan ke tepi sekejap..saya nak ambil gambar Wafeen sorang aja..."Pinta Yumni.
“Aik? tak nak ambil gambar Abang dengan Wafeen dah ke?” Rayyan tak puas hati.Kalau boleh dia nak bergambar sampai penuh sepuluh album pun takpe..
“Belum habis lagi…lepas ni la pulak erk? Abang Rayyan berdiri kat situ kejap aja..”
“Yelah…” Rayyan bangun juga dan berdiri di tepi almari solek.Dia memerhatikan seketika Yumni mengambil gambar Wafeen yang sesekali memandangnya.
Nuwaira tiba-tiba menangis.
"Dia lapar ni sayang" Ayyad memangku kemas anaknya.
"Sayang ummi lapar ya..kita keluar ya" Awatif mengambil Nuwaira dari pangkuan Ayyad.
"Kitorang keluar dululah..Aira ni nak menyusu..Mari sayang" Ayyad menarik tangan Awatif.Sudah sampai masa untuk anak kesayangannya menyusu badan.
Rayyan terpandangkan kotak kecil di atas meja solek itu.Bukanlah niat dia untuk menyentuh atau membuka barang orang tapi kotak itu begitu menarik dan membuatkan dia spontan mengambilnya.
Wafeen terpandangkan Rayyan yang sedang memegang kotak berisi “khazanah rahsia” miliknya.Alamak! dia pegang kotak tu ke? tak pasal-pasal kantoi aku dengan Hantu Karipap kesayangan aku ni karang…
“Abang!!” panggil Wafeen.Uiks…aku panggil dia abang la pulak!
“Hah? awak panggil saya ke?” Rayyan yang baru nak buka kotak kecil itu terkejut bila mendengar panggilan “Abang” itu.Dia kemudian meletakkan kotak itu di tempatnya semula.Wafeen menghela nafas lega.Dia menarik lengan baju Melayu Rayyan supaya duduk di sebelahnya.
“Iyalah…dia panggil bakal suami dialah tu..Abang sayang dia..”Hannah pun tak lepaskan peluang nak mengusik.Wafeen senyum malu dan Rayyan pula senyum bahagia.
“Saya suka panggilan tu..”luah Rayyan.Wafeen tersipu-sipu.Suka erk? saya pun..
“Hah…Wafeen,kenalah panggil selalu macam tu tau..Abang Rayyan kata dia suuukaaa sangat” Hannah ketawa kecil.
“Betul-betul..tengok isteri saya ni, sebab dia panggil saya abanglah saya hari-hari handsome macam ni..baik awak suruh Wafeen belajar dari sekarang..kalau tak nanti handsome awak akan makin berkurangan Rayyan..” Uwais seperti awalnya mentertawakan Rayyan..tapi Hannah menampar perlahan lengannya.
“Amboi..seronoknya gelakkan orang..”
“Mestilah..masa majlis abang dulu mana ada meriah macam ni,masa abang kahwin kan sayang..nak bergambar tu..MasyaAllah…muka pengantin perempuan ketat macam pakai skru..senyum sikit pun tak pengantin perempuan tu, maklumlah..kena kahwin paksa..” bisik Uwais di telinga Hannah.
“Abang ni kan, siaplah dalam bilik karang..saya skru-skru kan mulut abang tu!”
“Ish..ancaman bahaya tu..” Uwais tetap mengusik isterinya itu.
Hannah mengecilkan matanya dan sempat mencubit Uwais lagi.Terpaksalah Uwais tahan sakitnya.
“Tapi kalau bab mencubit ni,jangan buat ya Wafeen…tersiksa!”
“Apa sayang? tersiksa erk? nah…ambil sikit lagi..”
“Tak naklah..dah over dos ni..” Uwais menggosok lengan yang perit.
“Padan muka kau..tambah lagi Hannah..lengan satu lagi banyak kosong tu!” Rayyan pula mengambil peluang itu untuk ketawa.Wafeen mencuitnya dengan bunga matahari di tangan.
“Kalau abang gelak lagi sekali kat abang Uwais macam tu..saya bagi abang rasa versi saya pulak nak?”
“Huh? ada jugak ke? tak nak la sayang...lagipun, belum boleh sentuh abang lagi tau...haram..." Rayyan senyum nakal.Wafeen senyum juga dan sekali lagi dicuit muka Rayyan dengan bunga matahari di tangannya.Lelaki itu hanya ketawa bahagia.
“Okey masa bergurau senda dah tamat…Smile!!!” Anis bersuara. Sedari tadi menanti pasangan itu diambil gambar dan dia sudah penat menunggu.Aksi mesra itu sempat dirakamkannya.Cantik!
“Selamat Pagi Tuan Daniel..” sapa Juwita sebaik sahaja dia nampak kelibat CEO syarikat itu tiba lewat tengahari.
“Emmmm..” Daniel yang berwajah serius terus saja masuk ke biliknya.Tapi dia dikejutkan dengan seseorang yang sudah lama menantinya di meja kerja.
“Papa?” Daniel kaget.Dia masih tak lupa bagaimana dia dimarahi dengan teruk semalam.Menyesal betul dengan apa yang telah berlaku.Kalaulah dia tak ikut hasutan Tengku Muiz…
“Apa semua ni Daniel?..Fail laporan bertimbun kau tak semak dan sahkan..Juwita beritahu,sepanjang 2 minggu ni banyak meeting yang KIV..dah tu,client bising sebab kau selalu sangat batalkan appoinmnet..kau ni dah kena penyakit apa Daniel? malas bekerja?” Dato’ Syakir bangun dari kerusi CEO yang didudukinya.Daniel diam saja dengan menunduk dan sesekali memandang raut bengis Dato’ Syakir.
“Saya..tak berapa sihat 2 minggu ni papa..”dia mereka alasan.
“Sakit apa? kau cakap dengan papa..nak kata demam,boleh pulak kau merayap ke kelab malam tu? siap mabuk lagi..mana papa nak sorok muka papa ni kalau orang tahu yang kau ni kaki botol hah? Malu papa Daniel!”
“Alah papa,pasal tu kan saya dah minta maaf..lagipun,saya dah tak pergi tempat tu la..”
“Huh! kau ingat,dengan meminta maaf papa boleh lupakan semua tu? kau tahu tak…disebabkan sikap buruk kau tu..semalam,papa tak dapat hadir ke majlis pertunangan abang kau!” marah Dato’ Syakir.
“Nasib baik Rayyan tu tak berkecil hati sebab papa terpaksa balik untuk ikat jamin kau…sampai bila Daniel? kalau mama kau takde depan mata kau..kau tak boleh hidup dengan baik ke? tak boleh ke kau berdikari macam Rayyan tu? seteruk-teruk dia masa remajanya dulu, belum pernah papa nampak dia masuk kelab malam mahupun minum air haram tu..tapi kau? “
“Itu papa tak nampak,manalah tahu belakang papa..dia ada buat..”
Membulat mata Dato’ Syakir bila Daniel menjawab begitu.Apa dah jadi dengan budak ni? dah kena rasuk dengan setan mana sampai sanggup dia cakap macam tu dengan abang sendiri?
“Jangan nak tutup kesalahan sendiri dengan berprasangka pada orang lain…”
Daniel buat tak tahu saja.Dia rasa iri hati pula bila papanya memuji Rayyan.Selama ni takde pun papa nak cakap macam tu? bukan ke aku yang selalu terbaik di mata papa? takkan sebab kantoi pergi kelab malam tu,semua kebaikan aku hilang macam tu aja? Rayyan tu bukanlah baik sangat pun!
“Emm..betul ke Abang Rayyan bertunang papa?” tanya Daniel.Sekadar untuk mengalih topic perbualan supaya boleh melarikan isu kepincangan kerjanya.
“Hmmm..”
“Dengan orang mana?”
“Temerloh..”
Daniel rasa sentap.Bila sebut orang Temerloh,dia teringatkan Wafeen Wardah.Makin bertambah pula rasa kesalnya.Sudahlah kehilangan Wafeen, sekarang terpaksa berdepan dengan banyak lagi masalah lain.Macamana nak bekerja kalau asyik memikirkan bagaimana dia nak dapatkan cintanya semula?
“Abang Rayyan takde pun cakap pasal dia nak bertunang ya?” Daniel rasa terkilan juga.Dia fikir Rayyan dah boleh terima dirinya,tapi kalau sampai majlis bertunang abangnya tu pun dia tak tahu,nampak sangat yang Rayyan tidaklah menerima dia sepenuhnya.
“Bertunang aja..nikah nanti dia ajaklah kau..lagipun, kau kena faham perangai abang kau tu..kalau dia tak cakap tu,maknanya adalah yang dia tak suka…”
“Dari dulu pun,dia memang tak sukakan saya dengan mama..kalau saya buat baik macamanapun dengan dia..macam itulah juga sikap dia tu papa..”
“Semuanya salah papa…”
“Salah papa? kalau dah namanya anak..perlu ke nak marah atau bencikan ayah sendiri?”
“Sudah! tak payah kita ungkit benda-benda tu semua.Sekarang ni,kau selesaikan semua kerja yang terbengkalai ni..kalau papa tahu kau masih lagi cuai macam ni…jangan salahkan papa kalau kerusi CEO ni papa serahkan balik pada abang kau…kalau bukan sebab dia tak nak ambil kedudukan kau sekarang ni, kau takkan ada kat sini tahu tak? papa paling tak suka orang yang tak manfaatkan peluang yang ada..kau tengok macamana Rayyan uruskan syarikat baru kita tu..papa dapat laporan,mencurah-curah tender dia dapatkan..lain kali,belajar dengan dia bagaimana cara nak jadi pemimpin..bukan berfoya-foya tak tentu arah..jangan sampai mama kau dapat tahu perbuatan kau tu..memalukan aja! kau fikir Zarynn boleh terima suami kaki botol?
“Zarynn? kalau daddy dengan abang dia perangai lagi teruk..tak payah nak memilih sangatlah..” jawab Daniel dengan suara perlahan.
“Apa kau cakap Daniel?”
“Takde apa-apa..”Cepat-cepat dia menggeleng dan memberi laluan pada papanya untuk keluar.Sebaik Dato’ Syakir pergi, Daniel menghempas briefcasenya di atas meja.
“Huh! dah tebiat apa papa ni agaknya? tiba-tiba puji sangat anak derhaka dia tu..setakat tender ikan bilis macam tu nak bangga sangat ke? bukannya projek mega pun…papa nak bagi kerusi ni pada abang Rayyan ya? papa suruh dia cermin kelayakan dia dulu, belajar setakat diploma aja pun…dah tu, siap ada rekod buruk pecah amanah lagi..nasib baik kerja dengan papa,kalau dulu dia tu kerja dengan orang lain..dah lama kena buat aduan BPR..masuk penjara la kau Rayyan!..baru kau tahu langit tu tinggi rendah..dapat jadi pengurus pun dah kira nasib baik…” Daniel memusingkan kerusi CEO yang didudukinya.Dia memejam mata dan masih membayangkan Wafeen dalam ingatannya.
“Wafeen..Wafeen…”
Dia menyebut-nyebut nama Wafeen yang sudah tidak lagi menjawab panggilannya.Kalau call pun hanya operator yang jawab.Dia dah tukar nombor ke? kalau nak call rumah dia bimbang Nek Jah yang jawab.Mahunya berbakul dia dimaki hamun nanti. Parang panjang tempohari pun dia masih tak boleh lupa! Gila punya orang tua! ingat leher aku leher ayam ke? Gerutunya dalam hati.Bengang!
Eh eh makin menyampah aaii dgn daniel ni..da nak serope mak dia plak.. Aishhhh!!
BalasPadamGo go rayyan.. Hehe alhamdulilah.. Da. Slamat sume :)
setuju dgn mizz acu.....
BalasPadammenyampah betul dgn si Daniel ni.... abg Rayyan....i sayang....
hahaha....dia memang hampeh, rasa nk tembak je daniel tu kan....:P
BalasPadamsangat rindu dgn RAYYAN N WAFEEN.... selamat jgk dorng tunang...sweet dapat bunga matahari........
BalasPadamsokong miss acu.....benci daniel...die igt mak die baik sgt ke....yg buat benda 2 sume mak die la......perasan bgs btol......
kak eman...tembak dgn senapang gajah je hehehhe
sian daniel dah bertukar jadi watak jahat la plok
BalasPadambila nak keluar versi cetak ni....dah tak sabar nak baca sambil guling2...mesti best cam SYKB
BalasPadamDaniel tu jahat dlm diam....tp yg baik dlm diri dia juz taat ngan mak dia...tu je...yg lain tu makin ketara buruknya bila dia dh rapat dgn muiz...
BalasPadamtak suka la daniel jadi jahat... kesian zarryn...
BalasPadamawat le tak nikah terus je si rayyan ngan waffeen tu lagi best...
Waahh... Sweetnyer entry kali ni. Best n geli hati lar ngan rayyan n d'geng.
BalasPadamdaniel sgt kuang ajo..sengal tul!!..
BalasPadamyeah dorg tunang gak..suka lah rayyan ade org panggil abang
go rayyan go..;)
BalasPadamTp mcmane pn, lwk uwais mmg d bes, dpt r lps rndu dgn lwk uwais, huhuhu...