"Feen..Kau tak rasa berdosa ke?
"Rasalah jugak.." Jawab Wafeen.Selamba dan dia terus sambung membaca majalah.
"Dah tu?" Yumni menarik majalah di tangan Wafeen.
"Aku geram tahu tak!...Suka hati dia aja buat perancangan sulit dengan nenek.." Gerutu Wafeen.Marahnya masih belum hilang.Lebih geram bila rasa tidak puas hatinya langsung tidak dipedulikan nenek.Siap kena ugut,kalau tak nak bernikah dengan Rayyan lebih baik tinggal dengan ibu dan abahnya di Cape Town! Bukan aku tak nak nikah dengan hantu karipap tu tapi..Kot iyapun,bagi tahulah nak masuk meminang...kan....
“Apa tak kena dengan Abang Rayyan tu? okey aja…kerja ada,rumah ada,sayangkan kau tak payah aku ceritalah..kalau tak sayang,takdenya dia sanggup buat apa yang kau suruh tu!” Yumni memukul Wafeen dengan majalah.Wafeen tarik muka.Sempat membalas semula pukulan Yumni dengan cubitan pada lengan gadis itu.Majalah diambil semula.
"Kau ni memang kejam tahu tak! Dia tu bakal tunang kau..bakal suami kau!" Bebelan Yumni langsung tak berbekas.
" Kau tak cakap pun aku tahu!" Masih selamba menjawab.
Yumni cekak pinggang.Wafeen tetap macam tadi juga.Tayang muka tak berdosa!
“Feen! kau suruhlah Abang Rayyan tu berhenti buat semua tu…bukan kerja dia pun..”
"Biarlah! Dia tak kata apa yang kau bising-bising kenapa? Marah Wafeen.Yumni dah tak tahu nak kata apa.Hanya mampu menggeleng dan berlalu ke kaunter.
“Feen..saya dah siapkan kerja yang awak suruh buat tu! semua buku-buku yang baru sampai tu saya dah letak dalam stor..” Rayyan muncul dengan dahinya yang berpeluh.Lengan kemejanya disinsing hingga ke siku.Wajahnya jelas kelihatan penat.
"Betul dah siap?" Wafeen pandang Rayyan.Serius.
"Iya sayang...Kalau tak percaya,tengoklah sendiri.." Rayyan tersandar lesu pada rak buku.Wafeen tak bertanya lagi.Kesian pulak aku tengok abang sayang aku ni...tapi aku tetap nak buli dia jugak!
“Nah..ambil kunci ni,awak pergi cuci kereta saya…” Tiba-tiba Wafeen menghulurkan kunci kereta.Rayyan menghela nafas berat.Dah sejam lebih Wafeen suruh dia buat macam-macam kerja.Dah tahap macam kuli pun ada...
“Cuci kereta pulak? kan dah masuk waktu lunch ni…biarlah saya makan dulu..” Rayyan tak tahu kenapa Wafeen banyak menyuruh dia buat itu dan ini..nak kata marah,mukanya biasa aja..nak kata merajuk pun tidak..macam sengaja nak kenakan aku aja!
“Boleh ke tak? kalau tak boleh biar saya pergi sendirilah!” Wafeen bangun dengan wajah mencuka.Rayyan cuak.
“Okey!okey!saya pergi,tapi awak tunggu saya tau..jangan makan dulu..” Pantas saja Rayyan meminta kunci kereta.Bila kunci bertukar tangan,tanpa berlengah dia segera berlalu.
“Hmmm..oh ya, satu lagi..kejap!”Tahan Wafeen lalu berlalu ke kaunter dan menulis sesuatu pada kertas.
“Lepas cuci kereta nanti,awak singgah pasaraya dan tolong belikan barang-barang ni ya..” Seketika dia menulis sesuatu pada kertas dan diserahkan pada Rayyan.
“Banyaknya…kalau macam ni lambatlah saya balik nanti,petang ni saya ada mesyuarat sebab esok saya cuti..awak kan tahu,esok kita nak bertunang..” Rayyan melihat senarai barang yang ditulis.Rasanya mengambil masa juga untuk mencari barang-barang itu.
“Beli ajalah…banyak komplen pulak,merancang itu ini dengan nenek ada saya komplen apa-apa? takde kan? saya ni ikut ajalah tapi awak? baru disuruh sikit dah mengeluh.."
“Takdelah..mana ada mengeluh,sukaaa sangat…” Rayyan ukir senyum.Wafeen buat-buat tak tahu aja.Nak ambil hati akulah tu...orang dah bagilah!
“ Feen…ada call” perbualan dengan Rayyan terhenti bila namanya dipanggil.
Yumni yang berada di kaunter menghulurkan gagang telefon lalu diambilnya.
“Hallo..Val ke, ingatkan siapalah..ambil baju? petang ni? okey..Akak tunggu Val kat kedai..Waalaikumussalam..” Dia baru teringatkan janjinya dengan Valqis untuk mengambil baju untuk majlisnya esok.
Yumni senyum penuh makna pada Wafeen.Elleh...kata tak suka! alih-alih siap nak pergi ambil baju kat butik..pigiidahh...
"Apa senyum-senyum?"
"Saja...hobi masa lapang" Jawab Yumni.
Wafeen meletakkan kembali gagang telefon.Dia berpaling dan melihat Rayyan masih tercegat lagi di depannya.
“Apasal sayang tak pergi lagi?” Opsssss!!!! terlebih sudah...
"Apa dia?" Rayyan sengeh.Suka!
"Kenapa tak pergi lagi?" Wafeen pura-pura mengemas buku di rak berhampirannya.Malunya!! Apsal terpanggil "sayang" tadi?
“Kena pergi sekarang ke ? bagilah rest kejap...Abang nak minum air boleh?”
Wafeen menahan diri dari tersenyum.Bukan main lagi kau ya? baru aja aku panggil sayang dan memandai pulak bahasakan diri tu abang…wahai Rayyanku sayang…kita nak bertunang esok,jangan nak mengada awal sangat boleh tak? Kot iyapun,tunggulah lepas kahwin..
“ Buat kerja dululah baru boleh rehat…”
“Ish..ish..ish…dasyat! baru nak bertunang dah kena arah itu ini..nasiblah Putera Malang, sebab Puteri Bidadari ada tanda-tanda nak jadi Queen Control..” Yumni yang dari tadi pasang telinga menyampuk.Dia menyengeh saja bila Wafeen bercekak pinggang padanya.
“Cakap baik sikit erk? siapa Queen Control?”
“Kaulah..kesian Abang Rayyan…”
Rayyan senyum saja.Mesti kena diam kan..nanti kena marah lagi!
“Suka hati akulah tunang aku..”Wafeen jawab selamba sambil mendekati Freeze.Dikeluarkan sebotol air mineral dan dibuka penutupnya.
“Woit! belum lagilah…esok!” Yumni ketawa.
“Tak kiralah…err..suka hati akulah…calon suami aku..Awak tak marahkan Rayyan?" Wafeen segera pandang Rayyan.Dikecilkan matanya.Menghantar isyarat "jangan nak membantah!"
“Tak.."Rayyan geleng.Sedaya upaya tayang muka paling handsome!
"Kau dengar tu?" Wafeen senyum bangga.Yumni mencebir.Wah...gedik pulak aku tengok kepala batu ni sekarang...
“Hmmm…lantaklah,tak larat dah aku nak tengok percintaan Putera Malang dengan Puteri Bidadari ni…” Yumni kembali naik ke tingkat atas.Sempat menjelir pada Wafeen.
“Jeles!” Wafeen ketawa kecil.Dia menghulur botol minuman pada Rayyan.
"Nah!"
“Kata tadi kena buat kerja dulu?” Rayyan kerut dahi.
“Saya kata lepas buat kerja baru rehat…bukan kata tak boleh minum…kalau tak minum kang..mati pulak sayang saya ni..” Ayat dihujung itu diucapkan perlahan sahaja.
“Apa dia?” Rayyan bertanya lagi bila kurang mendengar tutur Wafeen dengan jelas.Ini sudah kali kedua..
“Takde apa…” Wafeen geleng.Botol minuman bertukar tangan.
“Err..nak ni satu boleh?” Rayyan ambil Chewing Gum di atas meja kaunter.
“Ambil ajalah,itupun nak mintak ke?dah banyak kali pun awak ambil..” jawab Wafeen.Rayyan ketawa saja.Alahai….macam tak percaya! hantu karipap ni nak bertunang dengan aku esok? tak sangkalah pulak…selama ni aku berangan aja kalau -kalau satu hari boleh berjumpa dengan budak lelaki tu..siapa sangka kan? rupanya..ada jodohlah pulak!berbunga-bunga rasanya kat dalam jiwa nih..
“Eh…pembalut tu biar saya buangkan..” Wafeen sempat menarik pembalut chewing gum dari tangan Rayyan.Rayyan agak pelik.Dia memang suka tolong buangkan sampah erk?
“Feen..Awak dah tak marah ke?" Tanya Rayyan.
"Lebih baik awak pergi sekarang,Kalau lewat...saya takkan tunggu awak untuk lunch sama-sama" Jawab Wafeen.
"Okey!!" Rayyan tak tunggu lama terus saja menghilang dari pandangan Wafeen.
“Macamana? kau dapat tahu rumah dia kat mana?”
“Tahu Tengku! rumah dia besar gila! untung siot mamat jual burger tu dapat kahwin dengan cucu jutawan..” Lelaki berparut pada muka itu ketawa terbahak-bahak sambil meneguk minuman keras.
“Dah tu? bila kau nak buat kerja yang aku suruh tu?”
“Relekslah Tengku…aku tengah tunggu peluang baiklah ni..masalahnya,mamat jual burger tu langsung tak berenggang dengan isteri dia tu..mana isteri dia pergi,mesti dia ada..sampai aku follow kat ofis pun,dia ada jugak…sayang gila kat bini dia tu..”
“Aku tak peduli semua tu! kau jangan nak cerita dengan aku macamana dia layan Hannah tu! aku nak…kau buat sampai Hannah tu keguguran..kalau dia mati sekalipun,aku tak peduli! yang aku tahu…Penjual burger tu tak hidup bahagia…kau faham?” Tengku Muiz yang separuh mabuk itu menarik t-shirt lelaki berparut di depannya.
“Okey..sabar bro! releks…aku tahu apa nak buat! aku tunggu peluang aja ni…Hannah tu,kalau suami dia pergi gerai dia tinggal dengan mak mertua dia…memang takde peluang nak tunggu dia tinggal sorang..tapi,aku tengok..jiran sebelah rumah dia ada kenduri,rumah tu..dua tiga hari ni..selalu kosong..budak-budak aku cakap,hari ni pun rumah tu kosong sebab diorang balik kampung..”
“Habis tu? kenapa kau tak masuk aja dalam rumah tu?”
“Aku bukan nak mencuri! aku nak menganiaya orang..kalau sasaran takde,buat apa? tunggulah masanya yang sesuai..kau jugak cakap..nak nampak macam kemalangan,bukan perbuatan khianat…ingat senang ke nak buat kerja ni?
“Argggh!!! aku tak kisah macamanapun…ini,aku bayar kau separuh…separuh lagi,lepas kerja kau siap!! yang aku nak dengar,kandungan Hannah tu gugur,kau faham?”
“Kalau…dia mati macamana?”
“Kalau dah dia nak mati..aku nak buat macamana…lantaklah!” Tengku Muiz ketawa terbahak-bahak dan menyerahkan sampul surat bewarna coklat kepada lelaki itu.
Lelaki berparut di muka itu melihat duit di dalam sampul itu..ikut perjanjian..10ribu ringgit sebagai pendahuluan..gila punya orang! dengki punya pasal sanggup berhabis duit banyak macam ni?
Tengku Muiz berlalu dalam keadaan terhuyung-hayang di dalam kelab malam yang bingit dengan bunyi muzik rancak.Dia melewati beberapa pasangan yang sedang asyik menari.Muiz terpandangkan seseorang yang duduk sendirian.
“Hey!! bakal adik ipar akulah…kau buat apa kat sini Daniel?” Dia menepuk belakang Daniel yang terkejut dengan kehadirannya.
“Abang Muiz?” Daniel agak menggelabah.
“Releks…aku takkan beritahu adik akulah..asalkan,kau belanja aku minum malam ni..”
Daniel diam saja.Dia tengok Tengku Muiz dah separuh sedar saja.
“Kau minum coke aja ke? hahahaha…woit! orang datang sini nak enjoy,apa barang kau minum coke! kalau macam ni,kau minum kat rumah ajalah wei..”
“Saya cuma nak hilang tension aja..”Daniel kelihatan muram.Sepatutnya,sekarang ni aku dah bertunang dengan Wafeen.Siapa yang beritahu dia? Daniel resah dan gelisah bila tak dapat menerima apa yang telah terjadi.Dia dan Wafeen dah putus! Argggghhh!!! itu cakap Wafeen aja..tapi pada aku tak..sampai bila-bila pun,aku tetap cintakan dia…
“Ni! baru hilang tension kau tu…”Tengku Muiz menyuakan segelas minuman keras yang baru dipesannya.Daniel menggeleng.
“Takpelah…”
“Eh…kau ada masalah kan? kenapa? kau risaukan perkahwinan kau erk? biasalah tu..kau kira untunglah dapat adik aku yang cun gila tu..kita ni lelakilah bro,isteri tugas dia di rumah..tapi kalau kau nak berseronok..tu..nampak? kita panggil aja..bila-bila masa aja diorang datang pada kita..janji ada duit..apa kata malam ni,kita buat bachelor party untuk kau! lepas ni…kau dah kena ikat dengan adik aku tu..come on! Daniel Elhan…satu gelas aja,takde apa-apalah..”
Daniel telan liur.Kalau aku mabuk macamana? tapi..papa takde kat rumah kan? dia cakap nak jumpa Rayyan di Temerloh..mama pulak,tengah pergi bercuti dengan Zarynn ke Paris..Arggghh!! kalau dah namanya perempuan,bershopping tak ingat nak balik!
“Takkan kau takut kut…”Tengku Muiz mencabar.Daniel pula rasa tercabar.Tanpa berlengah dia meneguk minuman yang dihulur Tengku Muiz.
“Macam tu la…one more please!!!” teriak Tengku Muiz pada bar tender.
Daniel rasa kepalanya mula pening. Buat apa aku jadi baik sangat kalau Wafeen pun tak mahukan aku lagi! selama ni aku buat semuanya untuk dia? dia ingat dia siapa? perempuan kampung yang berlagak suci! tak sedar diri…aku yang dah cukup baik ni masih kau nak buang dari hidup kau Wafeen? bodoh! aku boleh bagi kau kemewahan..bukan hidup dekat bandar kecil macam tu!
“Satu lagi Daniel…”
Untuk kesekian kalinya..Daniel meneguk lagi minuman itu tanpa rasa bersalah mahupun malu dengan dosa yang dilakukannya.
Cantikkan pa?”
“Hmmm…cantik, pandai anak papa pilih calon menantu papa ya? tentu budak ni baik orangnya..sopan santun..” Dato’ Syakir merenung lama gambar yang ditunjukkan Valqis padanya.Gadis bertudung yang berwajah polos itu mengingatkan dia pada arwah Zahara.Tiba-tiba dia dipagut rasa kesal yang begitu mendalam.Andai diberi peluang, dia mahu membetulkan segala khilafnya dulu.Namun begitu,bak kata pepatah..Sesal kemudian tidak berguna.
“Memang pun papa,yang penting dia pandai memasak macam arwah mama..kan Abang?” Valqis cuit Rayyan yang sedari tadi hanya menonton TV. Sejak kedatangan papa ke rumah ,Abangnya itu kelihatan endah tak endah saja.
Rayyan sekadar angguk saja.Dalam hatinya bolak balik.Dia geram kerana Valqis memberitahu tentang pertunagannya pada hari esok kepada papa.Walaupun jauh di sudut hatinya dia memang berharap akan kedatangan dan restu papanya ,tidak pula terluah pula isi hatinya itu. Barangkali kerana komunikasi antara mereka berdua tidak begitu mesra lagi membuatkan dia rasa canggung dan tidak tahu bagaimana untuk memberi riaksi bersahaja.
“Kenapa kau tak beritahu pasal hal pertunangan ni Rayyan? masa Valqis ceritakan pada papa..terkilan juga rasa hati papa ni..iyalah, kau tu anak papa..bila kau letakkan amanah kau pada Pak Majid, papa rasa macam kau nak sisihkan papa aja..”
Rayyan rasa hatinya sentap.Dia tak jangka yang papanya akan berkata begitu.Valqis diam saja.Hanya menjadi pendengar dan tidak mahu menyampuk.
“Bukan macam tu papa..saya..saya cuma tak nak menyusahkan papa..selama ni pun, dah banyak saya menyusahkan papa..apalah yang nak papa terkilankan sangat,bukannya majlis pernikahan..Cuma bertunang aja..” Jawabnya dengan suara perlahan.
“Bertunang pun..papa perlu tahu juga.Perkara yang melibatkan kebahagiaan anak-anak..kenapa pulak menyusahkan? papa tak pernah rasa macam tu pun..”
“Alah..papa kan sibuk dengan persiapan pernikahan Daniel? saya tak nak ganggu urusan papa yang tu…mungkin sebab saya dah biasa buat semua benda sendiri..sebab tu saya tak terfikir pun papa terkilan..”
“Abang…kenapa cakap dengan papa macam tu?” Valqis bersuara perlahan.Rayyan buat tak tahu saja.Betul apa aku cakap? selama ni,aku membesar pun bukan depan mata dia! Betul dia yang sara makan minum,duit tak pernah putus dia bagi tapi, aku ni merempat kasih sayang dengan orang lain..kalau tak Ayah Ngah yang sudi jaga aku..entah mana dia nak lempar aku ni agaknya.
“Daniel ada mama dia..apa salahnya kalau papa uruskan kau..papa tak rasa susahpun Rayyan, sebab tu papa datang ni..”
“Saya ni nak bertunang dengan orang biasa aja papa..calon isteri saya cuma orang kampung, majlis pun biasa aja…nanti, memalukan papa pulak..ya la, VIP kan..”
Dato’ Syakir menggeleng kepala.Dia tahu Rayyan menyindirnya kerana Daniel akan bernikah dengan Tengku Zarynn.
“Papa tahu papa banyak buat salah dengan kau..tapi kali ni, jangan hukum papa dengan cara menyisihkan papa daripada kebahagian hidup kau Rayyan…apa salah ke kalau papa nak ada bersama kau di majlis tu?”
Rayyan diam saja.Memang tak salah papa…langsung tak salah! tapi…kenapa baru sekarang?.
“Saya minta maaf kalau papa terkilan sebab saya tak beritahu pasal hal ni…Sebenarnya, saya tak nak berharap sangat..manalah tahu, kalau yang kecewa tu saya juga..”
Dato’ Syakir senyum.Dia rasa lega bila anaknya itu berkata begitu.
“Papa dah ada sini..Insya Allah, esok..papa akan sertai majlis pertunangan tu..
Handset Dato’ Syakir berbunyi sebaik saja dia meluahkan rasa gembiranya itu.Panggilan dari rumahnya sendiri.
“Assalamualaikum Dato..”
“Waalaikumussalam…kenapa Munah?” tanya Dato’ Syakir bila suara salah seorang pembantu rumahnya itu kedengaran cemas sahaja.
“Err..Dato’ kena balik sekarang jugak!”
“Kenapa pulak?” Dato’ Syakir mengerut dahi.Valqis dan Rayyan saling berpandangan.
“Tadi..ada panggilan dari balai polis..katanya, Daniel kena tahan sebab memandu dalam keadaan mabuk Dato’..” beritahu pembantu rumah itu.
“Apa? awak biar betul Munah? Daniel tak pernah macam tu!” Dato’ Syakir tak percaya.Daniel Elhan anaknya yang baik.Tak pernah sekalipun Daniel berkelakuan tidak semenggah begitu.
“Saya pun tak tahu macamana boleh terjadi Dato’..tapi, Dato’ kenalah balik jugak..Datin kan takde ni…Zarynn pun takde..siapa lagi yang boleh jamin dia? takkan Dato’ nak biar anak Dato’ tu kena tahan dalam lokap tu..”
“Baiklah…saya balik sekarang jugak”
Dato’ Syakir mematikan talian.Dia dalam keadaan bingung.
“Kenapa papa? kenapa dengan Abang Daniel?” tanya Valqis.Dato’ Syakir tak tahu nak kata apa.Kalau dia ceritakan, aib pula anak lelaki yang seorang itu nanti.
“Kenapa dengan Daniel papa? Rayyan pula yang bertanya.Kalau perkara yang melibatkan Daniel,tentulah dia teruja nak tahu.Apa benda yang sengal tu dah buat sampai papa aku kalut semacam aja ni?
“Entahlah..papa pun susah nak percaya..Kak Munah kau cakap,dia kena tahan polis sebab memandu dalam keadaan mabuk..”
“Hah?” Valqis turut terkejut tapi Rayyan sekadar senyum sinis.Bingo!! ingatkan baik sangat…sejahat-jahat perangai aku ni ..takdelah sampai nak teguk benda haram tu…
“Papa kena balik sekarang…sebab,takde orang yang nak jamin dia nanti..”
“Tapi papa,kan esok Abang Rayyan nak bertunang? “ Valqis mengingatkan.
“Takpelah papa, uruskan hal Daniel dulu..takkan kita nak biarkan dia dalam lokap tu..kalau hal pertunangan tu,Pak Majid kan ada..” Rayyan tayang muka tenang.Masa ni la nak tunjukkam muka baik kau Rayyan..peluang ni mesti kau manfaatkan untuk dapatkan kepercayaan papa kau ni..
“Terima kasih sebab kau memahami keadaan papa Rayyan..”
“Papa pergilah bersiap..biar saya beritahu Abang Bidin yang papa nak balik sekarang..nanti,papa jangan lupa beritahu saya bila semuanya dah selesai..”Rayyan bangun dan memeluk papanya.
“Iyalah..”Dato’ Syakir angguk dan berlalu ke bilik diikuti Valqis di belakangnya.Rayyan pula keluar ke halaman rumah mencari Abang Bidin,pemandu papanya yang berada di luar rumah.Dalam langkahnya dia masih berfikir…
Apa sangatlah kalau papa takde kat majlis tu…bukan aku tak biasa kalau dia takde..tapi, apa yang papa cakap tadi tu...Terima Kasih sebab kau memahami keadaan papa?
Papa…papa…memang anak papa sangat memahami sikap papa tu..ya, sikap papa yang akan melebihkan Daniel Elhan daripada Rayyan Raiqarl…satu soalan yang tak pernah ada jawapannya papa..di mana kedudukan saya di hati papa?
hahaha..ngada wafeen..e xsabar dorg tunang..
BalasPadamtapi cian rayyan..ayat akhir die sedih..
e-man bile nak kuar buku nie??kite suka sangat suami yang ku benci..bace novel tu xstress..gelak je..harap2 hikayat cinta si pematah hati ni kuar jugak buke cepat2..penat la tunggu..
wah mmg best entry nie.... wafeen malu tapi mahu...boleh pulak terlepas pggl syg hahaha,.....
BalasPadamkenapalah papa rayyan 2 selalu lebihkan danial......kesian sgt rayyan kekurangan kasih sayang...
kak ,,g x sbr la nk tggu buku nie.....
sabar yek....tekun berusaha nih..huhuhu
BalasPadamAmboiii bukan main lg wafeen ni.. Sian rayyan tp syg pnya pasal..ok je sume yer..
BalasPadamDaniel nii.. Aishh, ntah pape ntah..
Nyampah plak ngn papa dorang nii.. Hemmm
siannye Rayyan belum ape2 lagi dah kene dera dengan Wafeen...
BalasPadambest!!!!owh yg langgar hannah tu idea si muiz tu rupanyer..ceh..tp rayyan n wafeen best lahh
BalasPadamSian abg rayyanku.. Kena buli ngan wafeen.. Hehehehe. Bestnyer rayyan ngan wafeen nk btunang dh..
BalasPadam-Ika Hatika-
hahahaha... sian Rayyan kena buli dgn Wafeen..... sabar Rayyan.... nanti awak buli dia balik...
BalasPadamDaniel... tak sangka... peragai teruk betul.....
mengapalah ada bapa yg membezakan anak2.... manalah Rayyan tak kecik hati....papanya lebihkan Daniel dari dirinya....