“Assalamualaikum..nak cakap dengan siapa?” suara Nek Jah kedengaran.
“Waalaikumussalam…Nek Jah”
“Ahhh...Rayyan..Wafeen dah hantar lauk yang nenek masak tu? Belum sempat Rayyan bertanya,Nek Jah dah bertanya dulu.
“Itu yang saya call ni nek..Saya pesan suruh dia call kalau nenek dah siap masak..bolehlah saya datang ambil" Rayyan memusing kerusi yang didudukinya.Berfikir seketika.Wafeen ni nak main tarik tali dengan aku ke?
"Tak payah datang,kau tu mesti banyak kerja...Nenek dah paksa dia hantarkan,takde dia datang lagi ke?" Tanya Nek Jah lagi.
“Mana ada nek! Dah nak pukul 12.30 ni hah.." Rayyan mengetuk-ngetuk meja dengan jari.Oh...kata sibuk nak siram bungalah..lipat kainlah..
“Mana pulak budak bertuah tu pergi!" Marah Nek Jah.
“Emmm..Nek, saya nak tanya..kenduri pertunangan Wafeen tu..nenek perlukan apa-apa bantuan ke?" Rayyan berpura-pura bertanya.Soal mangkuk tingkat boleh tunggu.Ini lagi penting...
"Takde..Majlis dah tak jadi!"Jawab Nek Jah.Jawapan yang sudah diagak.
“Kenapa nek?” Rayyan dapat agak apa yang berlaku tapi diusahakan juga supaya suaranya kedengaran terkejut.
“Memang patut tak jadi majlis tu, budak lelaki tu penipu! dia dah bertunang Rayyan oi…tunang dia sendiri datang ceritakan semuanya..dah tu,ada hati pulak nak memadukan cucu nenek tu..ish..nenek geram betul dengan budak tu..nyaris nenek nak parangkan dia hari tu masa dia datang sini...Kesian cucu nenek tu”
“Patutlah masa saya hantar ikan pagi tadi muka dia muram nek.." Rayyan bersuara simpati.
"Iya...Wafeen tu menangis dah macam Kassim Selamat..Nenek memang geram dengan budak tu! Ikutkan marah,nenek nak aja kerat 18...Memang pantang betul kalau ada yang nak main-mainkan cucu nenek"
“Sabar nek..yang penting,Wafeen tak jadi bertunang dengan budak tu. Kalau tak, hai...tak pasal-pasal dimadu..kan nek? Nasib baik saya takde kat rumah nenek masa tu.Kalau ada, Saya sendiri tolong nenek kerat-keratkan budak tu. Saya lagi pantang kalau ada orang nak mainkan-mainkan Wafeen saya tu nek"
“Iya...Hmmm..Rayyan,nenek nak tanya ni.."
"Apa dia nek?"
"Kau sukakan Wafeen?" Soalan itu bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal.Rayyan senyum lebar.Rasanya nak aja dia melompat waktu tu.
"Suka nek!!bukan setakat suka aja,saya cintakan dia nek..." Akui Rayyan tanpa segan silu.
"Kau boleh jaga dia kalau kau jadi suami dia?" Tanya Nek Jah lagi.
"Boleh nek! Saya janji saya jaga dia sebaik nenek jaga dia.Kalau boleh,lebih daripada nenek jaga dia.." Janji Rayyan.Dalam hatinya agak berdebar-debar.
"Kalau macam tu,Tunggu apa lagi,cepatlah kau masuk meminang..."
"Betul ni nek?" Rayyan mahukan kepastian.
"Iya...lagi cepat,lagi bagus.."
"Kalau Wafeen tak setuju macamana nek?" Rayyan jadi bimbang.Dia tak berbincang apa-apa dengan Wafeen walaupun dia yakin Wafeen sendiri tahu perasaannya.
"Aku yang besarkan dia...putih kata aku,putihlah kata dia..."
"Kalau macam tu,hari ni juga saya suruh Pak Majid buat persiapan..Emmm..Saya tak pasti kalau papa saya boleh datang ke tidak nek...macam ni,saya suruh papa saya call nenek ya?" Rayyan ketap bibir.Ada satu masalah lagi.Kalau papanya tak datang,apa bezanya dia dengan Daniel? Takkan dia pun nak cakap papanya di oversea? Dia tak nak menipu Wafeen lagi..tak nak!
"Iyalah...nenek faham,kau dengan ayah kau tu tak rapat sangat..yang penting kau serius nakkan cucu nenek..apa-apa hal nenek percaya yang kau boleh jaga dia"
"Terima kasih nek..." Rayyan rasa lega.Dia kemudian mematikan talian setelah tamat perbualan dengan Nek Jah.
"Abang! Ni, Kak Feen hantar" Tiba-tiba Valqis terjengul di muka pintu bersama mangkuk tingkat di tanganya.
" Mana dia?"
"Dah balik...."
"Kenapa dia tak jumpa abang?"
"Dia ada hal..nak cepat katanya"
Rayyan mengeluh.Valqis meletakkan mangkuk tingkat di atas meja.
"Hmm...Jom, kita makan?" Ajak Rayyan.Agak pelik dengan perangai Wafeen tapi bila memikirkan perancangannya dengan Nek Jah tadi.Wajahnya menjadi semakin ceria.
“Tolonglah Yumni..kau kan suka sangat kalau dapat jumpa dengan Abang Rayyan kau tu kan..sekarang aku bagi kau peluang hantar bekal ni kat dia..bolehlah,kau pergi ya?” Pinta Wafeen tapi sebenarnya lebih pada memaksa.Semalam dia berikan mangkuk tingkat pada Val sahaja,tapi hari tu dia bertekad yang dia takkan pergi hantar mangkuk tingkat tu sendiri! Dia tak nak!
“Tak nak!..aku banyak kerja..kau pergi sendiri..” Yumni menolak.
“Yum…bolehlah..”Wafeen tayang muka kesian..
“Wafeen,apa problem kau sebenarnya? hantar ajalah bekal tu..Apa ada hal,kau kan dah single sekarang..so,kau bolehlah naik tarafkan Abang Rayyan tu jadi kekasih terang kau kan..kan..hah! kalau nak lagi bagus,kau kahwin aja terus dengan dia..selamat dunia akhirat! Tak payahlah buat dosa kering berdating kat tepi sungai tu kan..."
"Ai..Perli nampak?" Wafeen sempat baling sebatang pen pada Yumni tapi berjaya dielak.
"Aku cadangkan benda yang baik apa...Aku ni lainlah, Abang Kudin aku tu tak cukup duit lagi..tapi aku rasa,hantu karipap kau tu..bila-bila aja..on time boleh akad nikah" Yumni siap petik jari.Wafeen cekak pinggang.Dia nampak Yumni dah macam ayam golek siap dibakar..tunggu nak potong aja!
“Amboi..kau ingat kerja nikah kawin ni macam main pondok-pondok? aku ni baru aja putus cinta,kau ingat aku terdesak sangat ke sampai nak cari pengganti secepat ni?” Jawab Wafeen.Ayat cover diri yang awal-awal lagi dah difikirkan.Tak nak nampak terdesak!
“Ada aku kisah? kau terdesak ke apa..yang penting sekarang, kau tu yang tak putih mata nanti..apa,kau ingat market kau tu tinggi sangat ke? lainlah aku,sekali petik aja,berderet yang tunggu tau..” Balas Yumni.Wafeen mencebir.
“Ieeeee…perasan la kau ni! cuba kau petik jari kau sekarang? aku nak tengok siapa yang berbaris sangat tu…paling tak pun,pelanggan kedai yang beratur buat bayaran adalah..” Wafeen tak mahu kalah.
“Tolong sikit erk..ingat muka aku ni muka casher ke?”
“Oh..kau bukan erk?..”
“Malaslah aku layan kau,orang putus cinta memang macam ni..membosankan!!kau tak nak hantar bekal ni sudah..Tapi kalau aku makan karipap tu sampai habis nanti,kau jangan marah pulak..” Sempat Yumni membuat ugutan.Dia sudah bangun dari sofa.
“Kalau berani makanlah..kau nak tengok hantu karipap tu mengamuk kat kedai aku ni?” Wafeen segera mengambil mangkuk tingkat di atas meja bila Yumni dah bersedia nak mencapainya.
“Elleh..macamlah dia tahu kau ada bawakan karipap pusing ni untuk dia..kan..”
“Iya tak iya jugak kan…” Wafeen terangguk-angguk.Dia teringat pagi tadi neneknya sibuk suruh dia keluar awal.Paksa dia hantar lagi mangkuk tingkat,padahal..takde pulak hantu karipap tu buat request? yang pelik tu...beriya-iya nenek suruh aku pergi kerja awal hari ni..kenapa erk?
“Kak Wafeen! tadi kata nak bacakan buku cerita..cepatlah!” jeritan halus itu buat Wafeen berpaling .Baru teringat dia ada janji nak bacakan buku cerita untuk anak bekas gurunya itu.
“Kejap,tunggu ya...” Wafeen segera bangun dan mencapai sebuah buku cerita di rak.
“Hah…orang putus cinta memang sesuai bacakan buku cerita untuk budak-budak..” Usik Yumni yang sudah menggantikan Nurul di kaunter bila sudah tiba waktu rehat gadis itu.
“Mulut kau suka suki aja kan..kau tak kena macam aku senanglah cakap..” Marah Wafeen.Yumni sengeh saja.
“Opsss..terasa ke? sorry,tapi tak payahlah kecil hati..hantu karipap kau kan ada..Daniel Elhan boleh blah dan..Abang Rayyan cepat-cepatlah datang...Adik Wafeen ni mahu tapi malu..kan?kan?tapi,tu la dia…Puteri Bidadari belum nak pergi cari Putera Malang lagi…hampeh betul Puteri Bidadari!” Yumni sudah mula mengutuk.Sengaja buat provokasi.
“Kau ni kan..memanglah! ada jugak yang kena jahit mulut ni karang..” Wafeen makin naik angin.Mukanya dah merah-merah sebab malu.
“Kak Feen!!” Kali ni makin kuat anak kecil di sebelahnya menjerit.
“Iya Didi……nak bacalah ni” pujuk Wafeen bila anak kecil itu mula tarik muncung.
Hari itu,bekas gurunya hanya menitipkan anak yang bongsunya sahaja kerana kakak dan abang Didi ada aktiviti di sekolah.
“Nak cerita pasal apa ya? Wafeen berfikir seketika.Dia membelek buku di tangannya.Macam tak menarik aja cerita ni...Hmmm..
“Okey..emmm..hari ni Kak Feen nak bercerita tentang Puteri Bidadari dengan Putera Malang..” Tiba-tiba datang idea nak bercerita tajuk yang sama dengan Rayyan tempoh hari.
“Aik? macam pernah dengar jek!” sampuk Yumni dengan tawanya kedengaran kuat.
“Diamlah kau! ini versi akulah!” Wafeen turut ketawa. Hah! apa aku nak cerita kat budak Didi ni?
“Oh..patutlah..sambungan dia rupanya…” Yumni menyengeh dan menyambung kerjanya melayan pelanggan di kaunter bayaran.
“Cepatlah…”Didi melompat riang.
“Okey..Emm..Pada suatu masa dahulu ada seorang Puteri yang tinggal di dalam istana dan taman yang sangat cantik..”
“Wah..Didi tahu..hari tu Uncle handsome tu pun cerita macam yang ni la..dia cakap,Puteri tu cantik sangat..nama dia Puteri Bidadari kan..”Didi senyum comel.
“Pandainya…betul la tu..” Wafeen sempat berpandangan dengan Yumni.Dia angkat kening dan tersenyum.
“Haah..Puteri Bidadari sangatlah..ish,perasannya orang yang bercerita tu kan..”
“Kau Yum..menyampuk lagi,aku sumpah kau jadi buku cerita!”
“Alah..sensitif pulak Puteri Bidadari ni..”
Wafeen buat tak tahu.Terus bercerita...
“Pada suatu hari,ada seorang lelaki telah muncul di tamannya.Lelaki itu sangat baik dan budiman..Namun begitu, nasibnya selalu dirundung malang..setiap hari mereka akan bertemu dan berbual -bual. Lelaki itu seorang Putera yang telah membawa diri jauh dari istananya.Putera itu jatuh hati dengan Puteri Bidadari.Sayangnya,Puteri Bidadari sudah punya kekasih hati.Putera Malang mengajak Puteri Bidadari itu pergi bersamanya.Dia berjanji akan menjaga Puteri Bidadari dengan penuh kasih sayang..
“Didi tahu! Puteri tu tak nak ikut sebab dia jahat! kesian Putera Malang..”
“Ehhh..bukan dia jahat tapi sebab dia dah berjanji dengan kekasihnya untuk sehidup semati..tapi,sebenarnya Puteri Bidadari akhirnya ditipu oleh kekasihnya..”
“Kenapa? dia buat apa dengan Puteri Bidadari?” Tanya Didi penuh minat.
“Dia dah kahwin dengan Puteri Kayangan..” sampuk Yumni lagi.Wafeen ketap bibir.
“Yum…kau ni spoilkan story aku ajalah…Jangan sampai mangkuk tingkat ni melayang kat muka kau” Wafeen dah tahap hilang pedoman.Mahunya Yumni tak cuak bila tangan Yumni dah pegang mangkuk tingkat.
“Okey..okey..aku diam..aku diam..”
“Selepas ditipu kekasihnya..Puteri Bidadari berasa sangat sedih dan menyesal .Dia mula teringatkan Putera Malang akan tetapi Puteri Bidadari tidak pergi mencarinya kerana dia berasa malu dengan apa yang terjadi padanya…Tamat!”
“Huh? macam tu aja? lah…kenapa Puteri tu malu…” Didi muncung panjang.
Wafeen berpandangan dengan Yumni.
“Jawablah…”Yumni angkat kening tapi Wafeen sekadar jungkit bahu.
"Sebab,dia malu..Lagipun, kalau dia cari Putera Malang..Kan nampak macam dia terdesak..Sebab dia dah kena tipu barulah dia nak cari putera tu..Tapi Didi,puteri tu sebenarnya betul-betul sukakan Putera Malang tu.." Jawab Wafeen.Dia menopang dagu.
"Kesian tuan puteri tu.."Didi memegang pipi Wafeen.Seolah anak kecil itu tahu siapa Puteri yang dimaksudkan.Wafeen senyum dan digosok kepala anak kecil itu.
“Kalau Puteri Bidadari tu datang berjumpa Putera Malang dan ceritakan apa yang berlaku..tentu Putera Malang tu akan berasa sangatlah gembira…” satu suara garau menyampuk.Rayyan sedang bersandar pada salah satu rak buku dan merenung Wafeen yang sudah terkedu.Alahai…terkantoilah pulak aku menciplak cerita dia..bila masa pulak dia ada kat situ”?
"Awak ni memang macam hantulah..Tiba-tiba aja terpacak kat situ" Wafeen membetulkan tudungnya.Perasaan malunya datang lagi.Hiiii...kenapa dia datang sini?
“Saya baru balik dari rumah nenek..Rupanya,pagi tadi dia ada pesan sesuatu untuk saya..sebab tu saya datang,sepatutnya awak berikan pada saya kan Wafeen?” Rayyan mendekat dan duduk di sebelah Didi yang sedang mewarna.
“Emm..memang ada..karipap pusing dan lauk makan tengahari..”Wafeen menghulurkan mangkuk tingkat pada Rayyan.Ala malu-malu kononnya..
“ini aja?"
"Banyak tu..takkan tak cukup?" Wafeen agak kaget.Kemaruk sangat ke nak makan karipap?
"Saya tak maksudkan bekal ni.."
“Habis tu?” mereka saling berpandangan.
“Hati awaklah…bila nak bagi pada saya? Rayyan senyum dengan matanya yang menggoda merenung Wafeen.Adus!!! mata tu boleh tak alihkan ke tempat lain? tak larat nak tepis!!
“Errr…” Wafeen tak tahu nak kata apa.Ambillah kalau nak sangat!
“Jawablah Puteri Bidadari…Putera Bertuah awak tengah menunggu jawapan tu..” Yumni segera berlalu pergi bila Wafeen menjelingnya.Aku nak cakap apa? aku ni baru aja putus dengan Elhan..kalau aku cakap ya..tak nampak macam..cepat sangat ke?
"Takpelah kalau tak nak jawab...cuma ada perkara penting saya nak beritahu"
"Apa dia?" Wafeen kerut dahi.Rayyan masih tersenyum.
"Sebenarnya,saya baru balik dari meminang awak" Rayyan angkat kening pada Yumni.Tersenyum bangga..rasanya hari itu sejak pagi dia tak berhenti senyum...
"Huh?" Wafeen tekebil-kebil.Tak percaya!Dia geleng.
"Tak percaya? Awak boleh balik dan tanya nenek"
"Ta..tapi...saya tak tahu pun?"
"Tu pasal saya beritahu..sekarang dah tahu kan" Jawab Rayyan dengan bersahaja.
"Mana boleh macam tu!" Spontan Wafeen bangun.Rayyan kaget bila Wafeen memandangnya tajam!
"Tapi nenek dah setuju Feen..Dah tetap tarikh pun!" Terang Rayyan.Aku dah agak,mesti dia marah punya...
"Kalau nak buat bantahan,jangan cakap dengan saya..Awak cakap dengan nenek sendiri..Dia yang suruh saya pinang awak" Sambung Rayyan.
"Oh! Maknanya sebab nenek suruhlah? Awak memang ikut ajalah apa nenek suruh kan? Kalau nenek suruh terjun lombong sebab saya..awak nak terjun jugaklah?Macam lembu kena cucuk hidung! "
"Its not like that..you,silly girl!!" Suara Rayyan bergema dalam kedai.Jari telunjuknya sudah di depan muka Wafeen.Yumni sempat tutup mulut yang ternganga kerana terlalu terkejut.Nasib baik takde pelanggan!
"Apa awak cakap? Wafeen memukul Rayyan dengan buku cerita di tangannya.Rayyan biarkan saja.Dia menggeleng seketika.Out of control...Sorry sayang!
"Saya balik dulu..."
Rayyan pantas mengambil bekal karipap pusing.Lelaki itu pergi.Wafeen terkebil-kebil.Patutlah nenek beriya-iya suruh aku pergi kedai awal pagi lagi...rupanya ada agenda sulit!
"Hey You..Silly girl!! Arghhh!!!...akhirnya...Kau nak bertunang dengan dia?? Nenek memang terbaik...Macam tu caranya nak ajar cucu kepala batu macam kau!
"Yum! Kau boleh diam tak? Mana boleh macam ni...patutnya,diorang tu tanya aku dululah1 Aku tuan punya badan tau!"
"Ewah...kau ni kan, sengal tahu tak! sengal!!! suka cakap ajalah suka..takde maknalah nak tunjuk ego kau tu...setuju aja sudahlah!"
"Aku tak puas hati!Lagi..dia boleh panggil aku "silly girl"!!" Wafeen mengecilkan mata.Dia boleh balik macam tu aja?
"Memang betul pun!" Yumni menjawab selamba.
"Arghhh...Aku tak kira, aku nak protes jugak!
"Huish...lantak kau lah! Hah..pergi buat memorandum bantahan!! Sengal betul!Memang padan muka kena panggil "Silly girl"!"
“Apa mak? tak jadi?” Uwais baru terkejut mendengar cerita maknya itu sebaik saja dia tiba di rumah.
“Iya…rupanya..Elhan tu dah bertunang dengan orang lain..” Beritahu Sarimah.Sepatutnya hari itu mereka sudah pulang ke kampung kerana mengikut persetujuan,Wafeen akan bertunang esok tapi dia mendapat panggilan daripada ibu mertuanya yang memeritahu mereka tidak perlu balik kerana pertunangan tak jadi.
“Huh? dah bertunang tapi nak bertunang pulak dengan Wafeen? “ Uwais merengus geram.
“Itulah…mak pun terkejut..nyaris nenek kau tak parangkan budak tu.Kalau mak ada kat sana,usahkan parang…mak selam-selamkan dia dalam sungai Pahang tu! biar jadi makanan buaya..” Geram betul Sarimah bila mendapat tahu cerita sebenar daripada mak mertuanya.
“Nasib baik cepat tahu..dah tu,batal ke majlis tu mak?”
“Tak batal.."
"Pulak? kata tak jadi?"
"Ini yang mak nak beritahu,jangan terkejut pulak...Nenek dah carikan calon lain"
"Hah? Calon lain?" Uwais terkejut.
"Siapa lagi..cucu angkat kesayangan dialah..Kawan baik kau tu"
“Rayyan?” Dua kali ganda terkejut!
“Iyalah..kau tak suka?” Sarimah senyum-senyum penuh makna.
“Yang ini baru betul mak…”
Uwais senang hati dengan berita itu.Dia melihat Hannah yang sejak tadi terjenguk-jenguk di tingkap.Sejak sampai di rumah maknya itu Hannah masih belum duduk dan berdiri di tepi tingkap.
“Tengok apa kat luar tu sayang…abang hairanlah..di rumah kita pun,sayang selalu aja mengintai keluar..tengok apa?”
“Entahlah bang…Hannah rasakan,macam ada orang yang perhatikan rumah ni..bukan apa,kadang-kadang Hannah nampak ada kereta berhenti kat jalan sana tapi tak lama lepas tu pergi..” beritahu Hannah.Dia duduk di sebelah Uwais.
“Orang periksa tayar keretalah tu..maklum ajalah jalan kampung kita ni..” Uwais tersandar lesu pada kerusi.
“Tapi takkan kerap sangat..Hannah perasan,di rumah kita pun selalu ada orang berhentikan kereta depan rumah..” Cerita Hannah.Dia mengurut bahu dan tengkuk Uwais.
“Sayang ni fikir macam-macam ajalah..kebetulan aja tu..tak payahlah takut,kalau abang kena pergi gerai kan abang akan tinggalkan sayang dengan mak..lagipun,rumah Sya sana ramai orang,kenduri tinggal dua minggu aja lagi,nak risaukan apa?”
“Bukan apa…Cuma tak sedap hati aja..macam ada orang perhatikan kita..”Hannah kelihatan risau.
“Perasaan aja…tak payah bimbanglah.” Sarimah cuba menenangkan perasaan Hannah.Sebenarnya dia pun sudah lama perasankan hal itu tapi dia sendiri tak pasti.
Uwais elus jemari Hannah yang melentokkan kepala di bahunya.Sejak kandungan Hannah nak masuk 8 bulan,selalu sangat Hannah mengadu itu ini..ada orang macam perhatikanlah..tak sedap hatilah..sampai kadang-kadang dia pun naik risau..mungkin betul cakap mak..Cuma perasaan Hannah saja.
chumell la wafeen ni.. " ambilla kalau nak sgt" cettt,, malu tapi mahu.. cakap jer la senang.. alang2 da terkantoi tuu..
BalasPadamrayyan ~ layak dpt best actor.. :)
hahaha...tukar bakal tunang, mesti x lama dorang tunang dh kawin..ni kalau elhan tau rayyan yg bertunang ngn wafeen, mesti frust menonggeng..
BalasPadamhehehe suke tgk wafeen malu3....mahu tp malu......
BalasPadamx sabar nk tggu downg kawen....biar elhan 2 putih mata....
selalu rayyan je yg ditimpa malang...apa salah kali die pulak bahagia...walaupun cara die salah x berterus terang......hope downg bahagia...
thumb up to kak eman......bestt
wa..akhirnya ade n3..eman..best2..xsabar tgu dorg kawin..tp asik pk..cane nati kalo wafeen tau rayyan ngan daniel adik bradik tiri..
BalasPadamkat novel SYKB xde kan tulis pasal kes hannah jatuh kat bilik mandi tu.. rasanya kat blog jer ada citer tu kan?
BalasPadamaduh wafeen ni...bilalah nak mengaku rasa cintanya pada Rayyan.... apa2 pun memang nenek yg terbaiklah... dah bukak jln Rayyan agar mudah mendapatkan Wafeen.... bertuah Rayyan...
BalasPadamsiapa yea... yg duk perhatikan Hannah dan Uwais tu...
huhu. suka
BalasPadam