Wafeen merenung wajahnya di cermin.Matanya kelihatan agak bengkak.Raut wajahnya juga agak lesu.Biarkan! aku dah tak peduli nak jadi macamanapun..
sebanyak manapun dia menangis malam tadi,itu sahaja kali terakhir dia menangis untuk lelaki hipokrit seperti Daniel Elhan!Lepas ni dia takkan fikir lagi pasal Elhan!
Dia dah takde rasa cinta lagi untuk lelaki itu.Kosong! kalau dirayu hingga melutut sekalipun,dia takkan mahu lagi berhubungan dengan Elhan.Dia akan tamatkan semuanya.Selepas ni,dia tak mahu fikirkan lagi pasal Elhan. Dia nak mulakan hidup baru tanpa lelaki bergelar kekasih,bakal tunang mahupun bakal suami..ya, dia dah buang semuanya,yang tinggal Cuma kesan luka yang masih rasa sakitnya..
Wafeen terpandang kotak kecil di atas meja solek.Perlahan dia membuka kotak yang disimpan sejak kecil itu.Kenapa dia buta selama ni?Sejak kecil dia mengharapkan satu hari dia akan jumpa budak lelaki yang pernah selamatkan dia dulu..dia tahu lelaki tu Rayyan..dia sedar dia juga menyimpan perasaan pada Rayyan..tapi demi janjinya pada Elhan untuk setia dengan cinta mereka..dia abaikan perasaan Rayyan yang saban hari mengejarnya,Rayyan yang selalu minta itu dan ini..Rayyan yang disukai ahli keluarganya..semuanya kerana Elhan dan sekarang yang dia dapat hanyalah penipuan dan pengkhiatan yang menyakitkan!
Wafeen menarik nafas dalam-dalam.Dia takkan menangis lagi..untuk Elhan tak berbaloi kalau dia bersedih.Wafeen keluar dari bilik.Setengah jam yang lepas dia menerima mesej daripada Elhan.Katanya dia akan sampai tak lama lagi.Memang aku pun dah tak sabar nak akhiri semuanya Elhan!
Wafeen lihat neneknya sedang sibuk membuat kuih di dapur.Seperti biasa untuk jualan petang nanti.
“Kau tak ke kedai hari ni Wafeen?” tanya Nek Jah bila Wafeen mendekatinya.
“Tak…ada hal penting nak diselesaikan..kejap lagi Elhan sampai..”
“Ikutkan geram nenek ni,nak aja nenek uli budak tu macam doh ni..”
Wafeen ketawa kecil.
“Biar feen selesaikan dengan penipu tu ya nek..nenek duduk diam-diam aja tau..” Wafeen menggosok bahu neneknya.
“Cucu nenek ni dah okey ke? nenek risau malam tadi kau tak keluar dari bilik..manalah tahu,cucu nenek ni nak menangis sampai buta macam Kassim Selamat tu..” usik Nek Jah.Sekadar untuk menceriakan cucunya itu.Wafeen ketawa lagi..
“Menangis tu terapi tahu nek..sekarang,feen dah rasa lega..Cuma nak jumpa budak tu kejap lagi,nak pulangkan balik barang-barang dia yang dah takde makna tu..”
“Hah..macam ni baru cucu nenek, dah..tak payah rasa kecewa dengan lelaki macam tu..kan banyak lagi lelaki baik kat luar sana..macam…Rayyan tu”
“Ieeee..nenek ni kan,orang baru aja putus cinta dah nak suruh cari pengganti..dengan hantu karipap pulak tu..takde orang lain ke nek..” Wafeen buat-buat tak suka tapi senyuman terukir di bibirnya.
“Eh..hantu karipap pun,dia tu boleh diharap tahu tak? takde dah calon lain..itulah yang paling sesuai dengan kau..”
“Tak naklah,nanti hari-hari kena buat karipap pusing..”
“Elleh..baru sekarang tak nak..yang selama ni kau rajin turun ke dapur goreng karipap pusing untuk dia tu..takde pun nenek dengar kau mengeluh ke membebel..”
“Itu sebab nanti dia tu banyak bunyi nek..lagi tak sanggup nak dengar dia membebel kalau tak bawa karipap tu..”
“Hmmm..bila fikir balik,kesian pada Rayyan tu..dah merajuk sampai tak nak makan karipap kita lagi..rindu nenek pada dua beradik tu”
Wafeen gigit bibir.Semua salah aku kan? memang padanlah dengan muka cucu nenek ni..takkan dah jadi macam ni baru nak terhegeh-hegeh kat dia nek..malulah!
“Nanti..kau jumpalah Rayyan tu..ajak dia datang sini ya Wafeen? cakap kat dia,nenek buat karipap pusing lagi special..tentu dia suka”
“Err..orang tengah putus cinta ni nek..mana ada mood nak jumpa sesape..” Wafeen bagi alasan.Tak naklah! malulah nek…mana nak letak muka ni kalau dia tahu orang dah kena tipu hidup-hidup dengan jantan tak guna tu!
“Kau memang tak sayang nenek..”
“Alah…takkan merajuk kut..buruklah nek..”
“Kau bawa Rayyan datang sini,kalau tidak..nenek nak mogok tak nak bercakap dengan kau lagi dah..”
“Uiks..apa main ugut-ugut ni nek..”
Nek Jah tak menjawab.Neneknya itu dia sahaja.Wafeen garu kepala.Dah mulakan mogoklah ni kononnya? satu kes tak selesai lagi dah dapat kes baru..nak cakap apa kat Rayyan tu? takkan nak cakap..Rayyan,awak dah boleh mula datang rumah saya sebab saya dah tak jadi bertunang..bolehlah awak makan karipap banyak-banyak..awak nak apa-apa pun boleh..termasuklah saya! Auwwww...gediknya!
Daniel menutup pintu kereta.Dia senyum pada Wafeen yang sudah menunggunya di bawah pokok jambu.
“Saya tahulah awak rindukan saya..tapi,tak pernah-pernah sampai awak tunggu saya bawah pokok ni..” sapa Daniel.Dia mendekati Wafeen yang tak cakap apa-apa.
“Nak ke mana tu?” Daniel kerut dahi bila Wafeen berlalu ke keretanya.Pintu belakang keretanya dibuka seluas-luasnya.
“Awak nak buat apa ni Wafeen?” Daniel makin tak faham bila Wafeen memasukkan dua buah kotak ke dalam keretanya.Kemudian Wafeen menutup pintu kereta itu sekuat hati.Nampak sangat Wafeen sedang marah.
“Kotak apa tu? kenapa saya tanya awak tak jawab ni? Daniel betul-betul hairan.Dia tahulah Wafeen sakit tekak semalam tapi takkan sampai tak nak bercakap.
“Itu semua barang-barang awak..” beritahu Wafeen.Dia berdiri betul-betul di hadapan Rayyan.Barang aku? bila masa aku ada tinggal barang dengan dia sampai banyak macam tu?
“Panaslah,takkan tak nak ajak bakal suami awak ni masuk..”Daniel menyapu peluh di dahinya.Matahari sudah mula menampakkan diri.
“Saya takkan pelawa awak masuk Elhan..kita bercakap kat sini aja..dan satu lagi, ini kali terakhir saya benarkan kaki awak jejak tanah dalam kawasan rumah saya ni..”
“Hah? awak cakap apa ni?” Daniel terkejut.
“Saya cakap…saya tak nak awak jejak kaki awak ke sini lagi..muka awak pun kalau boleh saya tak nak tengok..mulai saat ni,antara saya dengan awak dah takde apa-apa lagi Elhan…kita putus” wajah Wafeen serius.
Daniel rasa bagaikan langit menghempapnya.Apa semua ni? Wafeen nak main-main dengan dia ke?
“Awak sedar ke tidak ni Wafeen…kita kan nak bertunang?”
“Bertunang? macamana saya nak bertunang dengan awak kalau awak sendiri sebenarnya dah bertunang Elhan…”
Elhan telan liur.Macamana dia tahu? siapa yang beritahu dia?
“Bertunang? awak dengar dari mana ni…”Daniel cuba berlagak tenang.
“Dari mana ke..dari siapa ke..itu tak penting,yang pastinya sekarang ni..saya dah takde hati dengan awak lagi dah…so, sebelum saya tak dapat kawal kemarahan dalam hati saya ni..lebih baik awak balik dan..ambil balik cincin berlian awak ni..saya tak ingin nak pakai lagi dah!”
Wafeen mencampakkan cincin itu hingga mengenai dada Elhan dan jatuh ke tanah.Merah padam muka Daniel dengan tindakan Wafeen itu.Cincin itu dikutip Daniel.
“Kenapa kurang ajar sangat ni Wafeen? saya bagi cincin ni dengan kasih sayang saya pada awak..saya melutut nak sarung cincin ni di jari awak tapi awak boleh campak macam tu aja? “
“Haah..terharunya kan? kasihan Daniel Elhan…dia sampai melutut nak Wafeen Wardah jadi isteri dia..apa awak cakap hari tu? sudikah awak jadi isteri saya? rasanya ada pembetulan dekat situ..awak patut cakap,sudikah awak jadi isteri nombor dua saya? dan waktu tu saya akan jawab macam ni…
Pang!
Spontan Wafeen melayangkan tamparan ke muka Elhan hingga hampir terjatuh cermin matanya kalau tidak kerana masih tersangkut pada kolar baju kemeja yang dipakai.
Daniel bingkas membetulkan cermin matanya.Terasa pipinya pijar dan pipinya kelihatan merah.Terkejut bukan kepalang.Wafeen tampar aku?
“Sampai hati awak tampar saya Wafeen..tak boleh ke awak dengar dulu penjelasan saya?”Daniel tak menyangka sampai begitu marahnya Wafeen.Mana kelembutan Wafeen selama ni? kenapa jadi begitu kasar padanya?
“Tak payah…kalau boleh,saya nak tampar awak sepuas hati..sakit ke? tamparan tu tak sakit mana kalau nak dibandingkan dengan apa yang saya rasa!!..awak tipu saya Elhan! awak perbodohkan saya selama ni..cinta konon! cinta apa kalau nak madukan saya dengan perempuan lain!” Wafeen menolak Daniel sekuat hatinya hingga lelaki itu terdorong ke belakang.
“Saya takde niat nak tipu awak..” Daniel cuba memegang tangan Wafeen tapi segera ditepis.
“Oh,tak sengajalah? sindir Wafeen.
“Saya cintakan awak Wafeen..Demi Allah!”
“Jangan guna nama Allah untuk semua penipuan awak Elhan..awak tak malu ke?” Wafeen menggeleng.Mereka bertentang mata dengan riak wajah serius.
“Ya..memang saya tipu,tapi saya terpaksa! mama saya nak saya bernikah dengan pilihan dia..sedangkan saya cintakan awak..saya takde pilihan! saya tersepit Wafeen..antara cinta awak dan taatnya saya pada mama saya tu..awak beritahu saya,apa pilihan yang saya ada!” Daniel langsung tidak rasa dia bersalah.Wafeen patut tahu betapa dalam cintanya hingga tak sanggup melepaskan Wafeen pergi dari hidupnya.
“Kahwin dengan pilihan mama awak..sebab dia lebih layak didahulukan..dia yang besarkan awak..” mudah saja jawapan Wafeen.
“Tapi saya tak sanggup hidup tanpa awak Wafeen..” kenapalah Wafeen masih tak faham! Daniel rasa benar-benar tertekan sedangkan Wafeen seperti tiada perasaan saja memandangnya.
“Oh..jadi awak boleh hidup dengan memadukan sayalah? macam tu? “
“Awak kata awak cintakan saya..tak boleh ke kalau awak berkorban..saya tak cintakan dia, sekalipun saya beristeri dua..saya hanya akan cintakan awak saja Wafeen..”
“Mulanya saya sangka awak ni penipu aja..sekarang baru saya nampak lebih jelas..awak ni pentingkan diri sendiri,ego,tamak,dan tak tahu malu…kelayakan apa yang awak ada untuk berbini dua Elhan? nak kahwin pun awak menipu sana sini..macam ni nak jadi suami? usahkan dua isteri,satu pun belum tentu awak boleh bimbing…saya tahu awak anak yang baik..tapi,awak bukan lelaki terbaik untuk saya..cukuplah Elhan,dalam hidup kita ni..tak semua perkara yang kita nak..kita boleh dapat..” Wafeen dah malas nak bertengkar.Dia mahu segera masuk ke dalam rumah.
Daniel tak mahu kelihangan Wafeen.Tak! aku takkan benarkan semua ni berlaku..macamanapun dia mesti jadi isteri aku.
“Wafeen! tolonglah sayang..jangan buat saya macam ni!..awak tak nak bermadukan? okey..okey..sekarang jugak, saya akan putuskan pertunangan saya..kita kahwin ya sayang? saya tak peduli mama saya suka awak ke tidak,yang penting..kita bahagia berdua..saya sanggup tinggalkan semuanya demi awak..” Daniel menahan Wafeen.Dia sudah melutut di atas tanah.Lelaki itu ternyata menangis ketika merayu padanya.
Wafeen hampir ternganga kerana tidak menyangka sampai ke tahap itu Daniel Elhan sanggup buat?
“Saya baru aja nak anggap awak ni anak yang taat dan sekarang awak dah nak belakangkan mama awak pulak? awak ni…takde pendirian ke apa? awak dah gila ke Elhan? mana ada bahagia bagi anak yang belakangkan orang tua? keredhaan anak tu terletak pada keredhaan ibu bapa..kalau dah mama awak tak redha hubungan kita..Allah pun takkan redha tahu tak?”
“Saya tak peduli!!! memang saya gila..saya gilakan awak..dan kalau awak tinggalkan saya,saya betul-betul akan jadi gila!”
“Suka hati awaklah Elhan! saya dah tak kuasa nak layan awak lagi dah…saya dah takde perasaan pada awak,awak balik ajalah..rayuan awak ni tak berkesan lagi di hati saya yang dah hancur ni..” Wafeen buat tak tahu.Kalau Daniel menangis keluar airmata darah pun dia takkan peduli.
“Wafeen!!saya takkan benarkan awak buat saya macam ni! Daniel segera bangun dan memeluk Wafeen dari belakang.
“Hey! awak ni kenapa Elhan? lepaslah!..saya tak suka awak buat macam ni…lepaslah bodoh!! nenek!! tolong nek! ” Wafeen menjerit bila Daniel memeluknya kemas.Dia berusaha melepaskan diri.
“Saya cintakan awak Wafeen! tolonglah jangan tinggalkan saya..” Daniel tak rela Wafeen pergi dari hidupnya.Dia tidak terfikir rancangannya akan gagal!
Wafeen menyiku perut Daniel sekuat tenaganya.Senak perut Daniel hingga dia membongkok mengaduh kesakitan.Geram dengan tindakan tidak senonoh lelaki itu, Wafeen memberi sebiji penumbuk ke muka Daniel .Tersembam Daniel mencium tanah!.
“Itu untuk lelaki yang tak pandai hormat perempuan macam awak ni…menyesal saya kenal awak selama ni..sekarang,awak berambus dari sini Daniel sebelum saya panggil polis!”
“ Hoi! budak tak guna..kau nampak parang ni? kau nak apakan cucu aku? kalau kau tak pergi dari sini..aku kerat-kerat badan kau..nanti,orang lain makan karipap..kau pulak aku jadikan inti karipap kau nak?” Nek Jah muncul bersama parang panjang di tangannya.Dia sudah agak dari tadi bila terdengar pergaduhan cucunya dengan lelaki penipu itu.
“Sabar nek…saya..saya..minta maaf..” Daniel rasa menggigil bila parang panjang itu dihalakan di depannya.Nek Jah sudah berdiri di hadapan Wafeen.
“Berambus dari tanah aku ni!! kau nak rasa sangat parang aku ni kat leher kau?” Nek Jah sudah memekik hingga menggenggarkan kawasan rumahnya.Mungkin ada jiran yang mendengar jeritannya itu.
“Ba..baik..baik nek..saya pergi!” Daniel segera mengambil cermin matanya dan berlari masuk ke dalam kereta.Dia langsung tak menyangka.Semua harapan dan impiannya musnah sekelip mata. Wafeen Wardah! Arghhhh!!!! jahanam! siapa yang beritahu dia? Kurang dari satu minit.BMW itu memecut keluar dari perkarangan rumah Nek Jah.
“Baru dia tahu sapa Nek Jah! berani nak buat tak senonoh kat cucu aku…”
Wafeen pandang neneknya.Biar betul nek!..nak jadikan inti karipap? agak-agaknya…Rayyan sanggup tak makan karipap pusing inti daging manusia? ieeee….nasib baik kau sempat lari Elhan..kira baiklah kau makan penampar,siku dan penumbuk aku tadi..macam tu baru berbaloi..
Huh…Mahunya Elhan tak cabut lari..parang tu panjang tak boleh blah!.
Wafeen menghadap kotak kecil di atas meja solek.Dikeluarkan kesemua isi di dalamnya.Maka berseleraklah segala khazanah yang masih baru dan lama itu.Wafeen menupang dagu.Wajah Rayyan dah bermain-main di fikirannya.
"Patut ke aku minta maaf?
Wafeen menggeleng.Kalau dia tahu aku tak jadi bertunang dengan Daniel.Tentu dia fikir yang aku ni jadikan dia pilihan kedua.Pasal lelaki tak guna tu dah tipu aku barulah aku nak pilih dia....
"Tapi bukan macam tu...Saya dah lama sukakan awaklah!Awak aja tak tahu.." Wafeen bercakap dengan batang aiskrim di tangannya.Seolah-olah dia bercakap dengan Rayyan pula.
"Nak buat macamana ya?" Wafeen garu kepala.
"Pujuk dia...." Dia mengambil satu batang aiskrim dan diletak ke tepi..
"Tak payah pujuk dia.." diambil satu lagi batang aiskrim...sampailah habis semua khazanah simpanan itu hinggalah tinggal pembalut chewing gam yang terakhir.
"Pujuk dia...." pujuk dia??? Wafeen gigit bibir.Tak nak! Aku nak cakap apa? Rayyan...boleh tak awak maafkan saya...saya dah putus dengan dia sebab dia tu penipu! Boleh tak awak pinang saya...jadi suami saya nak?
"Yark!! Apasal ayat tu cam gatal jek? Desperate sangatlah!" Wafeen beriya-iya menggeleng.Dia mengambil kotak kecil dan digoncang-goncang..mana tahu ada yang tertinggal.
Pap! Jatuh sebatang tangkai aiskrim.
"Yesss!!!!!" Jerit Wafeen.
"Tak payah pujuk..."Leganya....Tersenyum-senyum sendirian.
Ring! Ring!
Telefon rumah kedengaran.Wafeen segera bangun.Dia baru sampai di muka pintu bilik tetapi Nek Jah terlebih dahulu menjawab.
"Waalaikumussalam....Rayyan! Nenek sihat...."
Wafeen memasang telinga.Dia mengintai di sebalik langsir.Rayyan call? Tiba-tiba jadi bertambah teruja nak mendengar perbualan neneknya dengan Rayyan.
"Datanglah rumah nenek..Lama tak datang..Apa,sibuk? Oh....kalau ada masa datanglah,nenek buat karipap pusing special..haah..iyalah..Err..tak nak bercakap dengan Wafeen? Tak nak? Emm..iyalah...Waalaikumussalam.
Wafeen tarik muka. Tak nak cakap dengan aku? Kenapa tak nak cakap dengan aku? Mana aci macam ni...tak adillah dia cakap dengan nenek aja..
Wafeen tak puas hati.Menghentak-hentak kakinya seraya melangkah ke katil.Kecewa!!
Wafeen merebahkan diri di atas katil.Dia pejam mata..tidur lagi baik..tapi bila tutup mata,muka Rayyan jugak yang dia nampak.Uiks!
Wafeen buka mata.Kenapa boleh jadi macam ni pulak? Dia kembali bangun.Spontan tangannya membuka radio.
Angin bayu membawa diriku
sepintas lalu kuterkenangkanmu
memori silam meresap malam
Wafeen tersenyum-senyum.Huish...radio ni macam tau-tau je aku teringatkan hantu karipap tu...Dia ikut bernyanyi-nyanyi kecil.Wafeen capai bantal atas katil.Siap menari sambil memeluk bantal...terus asyik menyanyi.Sampai tahap terlebih feeling!
"Walaupun kau pergi jauh dari diri ini..cintaku masih bersemadi dihati.."
Dia langsung tak sedar neneknya masuk ke dalam bilik.
"Wafeen? Astaghfirullah.....Kau buang tebiat ke apa? Menyanyi malam-malam buta ni?" Sergah Nek Jah.Tercengang tengok gelagat Wafeen.Sekali tengok gelagat Wafeen itu dah sama macam perangai menantunya Sarimah masa muda-muda..
"Mana ada nek...Feen tepuk-tepuk bantal ni hah..berdebu nek..ini mesti sebab kita tak jemur bantal ni kan nek? Esok kena jemur bantal ni..biar kekabu dia kembang balik.." Apa aku merepek ni? Malunya!! Nenek nampaklah pulak.Wafeen bersungguh-sungguh menepuk bantal.Cover..cover..
"Kau ni sihat ke tidak..Kau jangan bagi risau aku Wafeen oi..Kot iya pun putus cinta, jangan ikutkan perasaan...nenek tak nak kau jadi gila..Sudah! Mari tolong nenek buat inti karipap..." Arah Nek Jah.Tak pernah-pernah dia tengok cucunya berperangai begitu.Risau pulak aku! Nampak gayanya..tak boleh tunggu lagi ...kena cari pengganti budak penipu tu sebelum cucu aku lagi teruk!
"Iya..nak tutup radio kejap.." Wafeen menutup radio.Apalah nenek ni...baru nak ambil feel angau dah terbantut..
Keesokan harinya sewaktu Wafeen sedang menyidai kain.Sebuah Honda Mugen Legend berwarna hitam masuk ke dalam kawasan rumah Nek Jah.Wafeen mengecilkan mata.Dah kereta siapa pulak ni? Apasal pulak sejak akhir-akhir ni kereta yang mewah dan tak dikenali suka sangat bertandang ke rumah neneknya.
Sebaik saja pemandunya keluar.Mata Wafeen bagai nak trkeluar.Rayyan!!!!!!!!!!!!!
Hampir saja dia menjerit memanggil nama lelaki itu.Tarik nafas Wafeen.Cover teruja! Buat tak tahu..
Wafeen terus menyibukkan diri.Kononnya tekun sangatlah menyidai kain.Padahal matanya terjeling-jeling menanti Rayyan menghampirinya.
"Assalamualaikum! Nek!.."Rayyan memberi salam.Tercegat di depan pintu dapur yang terbuka.Wafeen mengibas-ngibas kain batik sekuat hati.Ai..tak nampak ke aku yang tercangak kat ampaian ni?
"Assalamualaikum...Nek!" Rayyan memberi salam sambil membelek-belek plastik merah yang dibawanya.
"Waalaikumussalam..Nenek kat belakang rumah..menyapu sampah" sahut Wafeen.
"Eh..Feen..tak ke kedai hari ni?
"Tak..." Buat-buat terkejut pulak.Dah lama aku tercegat kat ampai kain ni mustahil tak nampak.Ke buat-buat tak nampak?
"Nak apa datang sini? Tanya Wafeen.Apsal aku rasa pertanyaan aku tu macam tak kena?
"Emm..takde apa..Sebenarnya,saya nak ke pejabat.Tadi lalu kat gerai jual ikan patin..Saya belilah tapi,takde orang yang boleh masakkan..Val,dia bukan tahu pun..lagipun,dia dah pergi kerja" Rayyan garu kepala.Apasal rasa macam janggal aja bercakap dengan dia ni? Macam robotlah pulak.
"Oh...takpelah,nanti saya beritahu nenek..tengah hari nanti,awak datanglah ambil"
"Awak tak boleh hantarkan ke?"
"Ah? Err...saya busylah! maksud saya, emmm..saya banyak kain nak kena lipat,lagi..pokok-pokok bunga tu bukan bersiram lagi.."
Rayyan kerut dahi.Takkan buat kerja tu semua sampai tengah hari pun belum siap lagi?
"Oh...takpelah,nanti apa-apa hal awak call saya ya?"
"Okey..nanti saya suruh nenek call"
Sekali lagi Rayyan kaget.Saya nak awak yang call bukan nenek!
"Emm..saya pergi dulu.." Rayyan sudah bersedia untuk pergi.
"Okey..emm..Rayyan.."
"Yup?" Berpaling bila namanya dipanggil.
"Cantik kereta...baru beli ke?" Wafeen bertanya.Sekadar nak melengahkan lelaki itu.
"Haah...." Rayyan angguk.
"Oh...hati-hati drive..jangan bawa laju-laju,bahaya..."
"Okey..." Rayyan senyum.Aku dah patut pergi kan?
"Err..Rayyan.." panggil Wafeen lagi.Sekali lagi Rayyan membatalkan hasratnya.
"Iyaa..." Asyik duk panggil aja.Ajaklah masuk.Sekurang-kurangnya bagilah aku makan karipap pusing ke..belum makan lagi ni..lapar!
"Emmm...tu.." Tunjuk Wafeen ke arahnya.
"Apa?" Rayyan pelik.
"Leher awak.."
"Leher saya?"
"Bukan...emmm..pegang kejap" Wafeen mendekat dan menyuruh Rayyan memegang plastik merah itu.
"Tali leher awak tak kemas...." Wafeen membetulkan tali leher Rayyan yang senget.Rayyan terpaku.Jangan rapat sangat please!!! Rayyan pejam mata.
"Okey dah handsome..tunggu apa lagi,pergilah kerja"
Wafeen mengambil semula plastik di tangan Rayyan dan cepat-cepat masuk ke dalam rumah.Dia tersenyum-senyum tanpa dilihat Rayyan.
Rayyan terpinga-pinga.Macam tu aja? Hampa bila tak diajak masuk.Takpelah...janji aku dapat tengok dia hari ni..Yang paling penting,dia okey..tak apa-apa disebabkan lelaki macam Daniel tu! Sorry Zarynn...I tak boleh tunggu banyak hari..Ikan yang dibawanya cuma alasan saja..
hahahahaa... chumell laaa.. ingat rayyan nak mogok lagi..
BalasPadamwafeen da pandai menggatal ek.. hehehe...
daniel~ pdn muka hang!
Hahaha.....Wafeen dah angau dah....
BalasPadamhahaha..sgt comel..iman cepatlah kuarkan novel ni..mst sy ulang2 bace mcm suami yg kubenci..best sgt..xsabar la nk bace smpi abis..adusss
BalasPadamsaya fhm..sy pun nak sgt cepat2 publish..tp sy ade kekangan byk sgt..hehehe..sabar ya...
BalasPadamsemakin best xsbr nk bc next en3..hehe
BalasPadamHahaha..pndai cari alasan pdahal 2*5 ja hehe..
BalasPadamMmg padan muka daniel..siap kena belasah lg..cayalah wafeen..hehe..
Nmpknya lepas ni akan ada aksi pikat memikat antara wafeen n rayyan..
Siapa yg kena pikat siapa ya lepas ni..dua2 da line clear ni huhu...
wah..macam menang loteri minah dan mamat tu..pergh gila..sekejap nampak nya rayyan..giler angau..rasa rasanya terubat rindu kut bila nampak minah wafeen tak nampak keciwanya..apatah lagi..terkezut pulak kan..bila dia membetulkan tali leher minah tu..romantik..beb..
BalasPadamapa terjadi ..adakah minah tu ajak mamat sengal rayyan lepak dan makan kat tempat biasa tu..
hahaha. sweetnya dorang ni. bila nk kuar buku cik eman
BalasPadamhahaha. gedik ko wafeen. x pe kita tetap suka..lepas nie kena buat karipap pusing special plk..
BalasPadamtapi cian daniel gak kan, jadi mangsa keadaan... apa2 pun still suka combination rayyan n wafeen.. hope dpt baca sambungan dia... tak sabar...
BalasPadam