Wafeen mengumpulkan kesemua barang-barang pemberian Elhan di dalam kotak.Terlalu banyak sebenarnya kerana dalam tempoh 4 tahun ini,apa juga pemberian lelaki itu masih kukuh dalam simpanannya.Mungkin kerana dia seorang yang menghargai sesuatu yang bermakna dalam hidupnya.Namun sekarang,apa gunanya dia simpan pemberian itu kalau hanya untuk menyakitkan hatinya saja bila memandang.
Wafeen mengerling cincin berlian di atas meja solek.Dia akan pulangkan cincin tu pada Elhan nanti.Dia tidak mahu apa-apa lagi.Selama ni bukan nilai cincin itu yang menyebabkan dia memakainya tapi dia sangkakan Elhan ikhlas menyintainya.Sekarang baru dia sedar,dia hanya manusia yang naïf kerana menilai kebaikan seseorang bukanlah sesuatu perkara yang mudah.Dia tak pernah menyangka tergamak Elhan menipunya.
“Penipu!!” Wafeen mengeluarkan kesemua gambar-gambar dia dan Elhan dari dalam album.Satu pun dia takkan simpan lagi.Kalau boleh dia nak keluarkan semua kenangan dengan lelaki itu dari dalam kotak ingatannya tapi dia tahu sudah tentulah tak boleh melainkan dia hilang ingatan..buat apa aku nak minta hilang ingatan semata-mata lelaki tak guna ni!
“Wafeen! kau buat apa ni? kenapa masukkan ke dalam kotak semua barang-barang kesayangan kau ni Wafeen?” Nek Jah duduk di birai katil.Dia terkejut dengan tindakan cucunya itu.
“Dah tak guna simpan nek…lelaki tu dah banyak sangat menipu Feen nek! dia perbodohkan Feen sampai tahap macam ni..4 tahun nek, Feen berharap pada dia..kalau ikutkan hati ni nek..nak aja Feen tembak dia dengan senapang gajah!"
“Sabar Wafeen…yang penting,kau dah tahu apa yang terjadi sebenarnya..kita batalkan aja majlis pertunangan tu,nenek pun memang dari awal tak suka..tapi kau yang mahukan sangat..”
“Manalah Feen tahu nak jadi macam ni.Selama ni dia baik nek…betul! dia baik sampai tak sangka yang dia tergamak nak bertunang dengan Feen dalam masa yang sama dia tu dah jadi tunang orang lain …,kenapa dia tak cakap dia cintakan orang lain nek..Feen rela berpisah dengan dia daripada Feen digelar perampas tunang orang!” Wafeen terlalu geram hingga mengoyakkan beberapa keping gambar hingga menjadi kepingan halus.
“Semuanya dah hancur nek…takde makna lagi dah..Saya dah takde hati lagi dengan dia..bila tunang dia tu ceritakan semuanya..saya rasa,apa yang saya impikan selama ni..hilang macam tu aja..nak menangis pun,dah tak berguna kan nek?
“Nenek pun tak tahu nak cakap apa..kau yang lebih lama kenal dia..”
“Dalam tempoh 4 tahun ni Feen anggap dia lelaki yang terbaik,Bila Rayyan cakap dia sukakan Feen,rasa tak tergamak Feen nak lukakan perasaan Elhan sampaikan Feen sanggup hancurkan harapan Rayyan.."”
“Kau teringatkan Rayyan ya?”
Wafeen mula menangis teresak-esak bila mengenangkan Rayyan.Dia kalau dah menangis memang payah nak berhenti..Kalau Rayyan tahu apa yang berlaku tentu lelaki itu akan ketawakan kebodohannya.
“Feen malu dengan dia nek…selama ni Feen banggakan sangat Elhan depan dia..yang kononnya cinta Feen ni satu-satunya untuk lelaki tak guna tu..kalau Rayyan tahu yang Feen dah dimainkan macam ni..tentu dia fikir Feen ni memang layak kena tipu..sebab Feen ni bodoh kan nek..bodoh sebab percayakan lelaki macam tu..Feen menyesal nek..” Wafeen menangis di ribaan Nek Jah.
“Sudahlah..jangan menangis macam ni..kenapa nak salahkan diri? bukan kau yang salah, silapnya cuma kau berkenan dengan orang yang salah..tak berbaloi menangis untuk lelaki macam tu..lagipun,takkanlah Rayyan tu nak fikir macam tu Wafeen…entahlah,nenek pun rasa bersalah sebab terima aja masa Elhan tu merisik”
Wafeen mengesat airmatanya.
"Takpelah nek.Semuanya dah berlaku..yang penting Feen tak jadi mangsa lelaki penipu tu"Dia bangun dan membawa kesemuan gambar-gambar yang telah dikeluarkan dari album.
“Nak ke mana pulak?”
“Nak pergi bakar semua gambar-gambar ni…Feen benci semua ni nek, Feen boleh maafkan segala kesalahan dia nek..tapi Feen takkan sanggup lagi tengok semua benda ni ada depan mata..mujurlah Feen ni masih ada perasaan pemaaf nek…ikutkan rasa sakit hati, muka dia pun Feen tak nak tengok”
Nek Jah hanya mampu memandang Wafeen keluar dari bilik.Kesian cucu aku…kalaulah ibu dengan abahnya tahu ada orang buat anaknya macam ni,mahunya disaman budak Elhan tu!. Nek Jah teringatkan anak lelakinya.Walaupun berjauhan dengan Wafeen,Awaluddin tak pernah mengabaikan anaknya itu,begitu juga dengan menantunya Raihanah.Kenapalah Daniel Elhan buat cucu aku macam ni..apalah kurangnya cucu aku dibandingkan dengan Tengku Zarynn tu..kalau sebab Wafeen membesar di kampung,tak bermakna dia kolot dan tak setaraf nak jadi menantu Dato’ ke Datin.Anak dan menantu aku pun ada status VIP..dah lama Awaluddin tu dapat pangkat Dato’ Sri, tapi dah memang perangai Wafeen..bukan dia nak berbangga sangat pun siapa Abah dia…takdelah nak dicanang satu negara yang dia anak VIP..itulah hasil didikan aku, tak pernah aku ajar cucu aku bangga diri..takpelah Wafeen, kau tak mati kalau tak bersuamikan lelaki macam tu! Nanti nenek carikan yang lagi bagus..
“Abang ni …dari tadi asyik ke hulu ke hilir ni kenapa? pening Adik tengok..”
“Takde apalah” Jawab Rayyan.Dia melihat jam di tangan.Terasa sudah terlalu lama masa berlalu tapi Zarynn tak juga muncul.
Dia mendengar bunyi kereta masuk ke halaman rumah.Bergegas dia meluru keluar.Rayyan rasa lega bila melihat kereta Zarynn di halaman.
“Ai..kut ya pun, takkanlah sampai meluru keluar…takut pulak I tengok riaksi terlebih you ni..” Zarynn menutup pintu kereta.
“Macamana? dia okey ke?”
“Emmm..kejap I ingatkan balik erk?” Zarynn senyum sambil buat aksi berfikir.
“Cepatlah Rynn..janganlah main-main..” Rayyan tak sabar.
“You ni..tak menyempatlah! okey…I dah beritahu semuanya,rahsia sulit adik you tu dah terbongkar..so,are you happy now?”
“Yang tu I dah boleh agak,takde apa yang you tak boleh buat…Wafeen tu,dia okey ke?”
“Wafeen? emmm..I tak nampak pulak dia menangis tapi,I rasa dia tengah marah sekarang ni. I tak tahulah apa yang dia akan buat pada bakal suami I yang “sweet” sangat tu..”Zarynn ketawa kecil.Mereka berdua bersandar pada kereta.Rayyan menghela nafas berat.Dia nampak risau.
“I nak pergi jumpa Wafeen..” Rayyan dah tak sanggup berdiam saja.
“Eh..jangan! you ni,nampak sangatlah pelikya…tiba-tiba jumpa dia waktu ni, padahal you beritahu Wafeen you tak nak jumpa dia kan? kalau boleh..you tunggulah lagi dua tiga hari ke..kalau you datang sekarang,dia mungkin tengah sedih dan tak nak jumpa sesiapa..biarlah dia cool dulu,barulah you masuk jarum..jangan nampak gelojoh sangat boleh tak? “ Zarynn tarik telinga Rayyan.
“Sakitlah…”
“Tau pun..geramlah I..degil sangat,tak pasal-pasal planning kita kantoi nanti..penat aja i berlakon kalau akhirnya sia-sia”
Rayyan geleng.
“Rynn…terima kasih..you dah banyak tolong I..I tak tahu nak buat apa kalau you takde..”
“Small matter la,tak payahlah nak buat babak terharu pulak..takde dalam skrip I” Zarynn berseloroh.
“I serius ni..you memang terbaiklah..sebagai kawan,sebagai adik,sebagai orang yang istimewa dalam hati I..takde orang yang boleh ambil tempat you dalam hati I..Cuma..”
“Cuma apa?”
“I risaukan masa depan you..”
“Kenapa pulak?”
“I takut you tak bahagia dengan Daniel..kalau dia sia-siakan perempuan sebaik you..”
“Alah..you ni,banyak fikir tau..tahulah I nak hidup macamana..” Zarynn mengeluarkan handset dari dalam beg tangannya.
“Rynn..apa kata you lari aja keluar negara? I akan uruskan semuanya..asalkan you tak jahanamkan masa depan you dengan lelaki miang tu..”
Zarynn ketawa dengan cadangan Rayyan itu.
“You ni rindukan Wafeen sangat ke? I rasa otak you dah masuk air..nak I ketuk kepala you dengan high heel I ke? Ting tong...”
“I serius ni…you lari okey?” Rayyan begitu bersungguh-sungguh.
“Rayyan, you nak papa you kena serangan sakit jantung ke kalau dapat tahu anak dia tak jadi kahwin sebab bakal isteri dia dah lari..lepas tu,daddy I pulak akan mengamuk dan lepaskan geram dia pada mummy I?badan Mummy I bukan muda lagi nak kena sepak terajang dengan daddy I tu. Rayyan, I tak buat persetujuan sebab you semata-mata okey..I setuju sebab I tak nak daddy I tu salahkan mummy I nanti..tolonglah faham Rayyan, kita semua ada masalah masing-masing dan perlukan penyelesaian..”
“You ni kan…I tak tahu nak cakap apa,kenapalah you nak korbankan diri demi orang lain Zarynn..you berhak hidup dengan keinginan you sendiri..” Rayyan menyentuh pipi Zarynn.Senyuman tetap terukir di wajah itu.Zarynn juga berhak untuk memiliki suami yang betul-betul sayangkannya.Nak harapkan Daniel.Wafeen pun sanggup dijadikan mangsa!
“Apa yang paling I nak..orang yang I sayang bahagia Rayyan..tu pun dah cukup..Eh,dah lah..I tak boleh lama kat Temerloh ni,nanti..my future husband cari,tak pasal-pasal dia dapat tahu pulak I datang sini..you pergilah masuk..adik you pun, tentu pelik tengok kita berbual kat luar ni..kalau dia dapat tahu projek rahsia kita ni pun boleh kantoi tau..kalau pun nak kantoi,biarlah tak nampak yang I mastermindnya kan..
“Okey..you bawa kereta tu hati-hati tau..”
“Taulah..” Zarynn menolak perlahan bahu Rayyan.
“Rayyan!”
“Hmmm..ada apa lagi?” Tanya Rayyan.
“I doakan you bahagia dengan Wafeen..I nak you tahu, I sayang you sangat-sangat..jaga diri you baik-baik, lepas ni..kalau ada masalah jangan mengadu dengan I lagi tau..nanti Wafeen cemburu pulak..bukan semua orang boleh faham hubungan kita..” Zarynn memegang pipi Rayyan yang senyum padanya.Kemudian dia terus membuat panggilan ke talian Daniel.
“Bye!” dia melambai pada Rayyan lalu masuk ke dalam perut kereta.Rayyan membalas lambaian Zaryyn.Dia rasa sedih pula bila memikirkan,masa untuk dia bergurau senda dan berkongsi cerita dengan Zarynn sudah semakin berkurangan dan mungkin satu hari,dia perlu terima hakikat..mereka berdua sedang menuju ke satu titik perubahan dalam kehidupan.Terima Kasih Zarynn...
Daniel tak tahu kenapa setiap panggilannya tidak berjawab.Dia telefon talian rumah,Nek Jah yang menjawab tapi bila beritahu dia yang membuat panggilan.Gagang telefon diletakkan.Kenapa? macam ada yang tak kena aja!
Geram pulak dia pada Wafeen.Naik penat dia buat panggilan ke talian handset Wafeen tapi tak berjawab juga.Kesudahannya hanya operator yang menjawab bila ternyata talian itu telah ditutup.
“Apa kena dengan Wafeen ni?” rengus Daniel.
Tiba-tiba handsetnya berbunyi dan ternyata panggilan dari Zarynn.Hish! lain yang aku harapkan lain pulak yang call! gerutunya dalam hati.Namun talian dijawab juga.
“You nak apa?”
“Kenapa ni sayang..macam tak suka aja I call” terdengar suara manja Zarynn di talian.
“Taklah…I tengah siapkan kerja I la..” Fuh! suara dia..mengancam jiwa.Mabuk aku macam ni..nak marah pun tak jadi..
“Hari minggu pun kerja ke yang..”
“Biasalah..you ingat senang ke jadi CEO..nanti beberapa hari lagi I kena out-station ke JB..” Iyalah..sebenarnya aku nak pergi bertunang dengan buah hati aku..cinta mati aku Wafeen Wardah! kalau pun kau jadi isteri pertama aku Zarynn..sayang dan cinta aku hanya untuk dia..dah semestinya aku sayang dia lebih!
“Oh..busynya you kan?”
“Mestilah..i kena kerja kuat untuk masa depan kita..”
“Bertuah I dapat suami rajin macam you..”
“Dah tentu...you memang bertuah sayang..”
“Sayang,emm..esok kita keluar pergi shopping boleh?”
“Esok? tak bolehlah..esokkan I kerja..lagipun,I kena turun Temerloh esok..” Shopping? kau takde lain asyik nak ketuk duit aku aja,tapi memang seronok berjalan berdua dengan kau,mata yang memandang mesti kagum tengok betapa cantik dan bergayanya kau di sebelah aku..lelaki mana yang tak cemburu pada lelaki yang berjaya mendampingi Tengku Zarynn..akulah orangnya!
“Buat apa? you selalu sangat pergi sana…”
“Oh..I kenalah pantau projek dekat sana..”
“Bukan Rayyan ke pengurus syarikat kat sana..”
“Err..memanglah Abang Rayyan tapi I pun kena tengok kerja dia..” lupa pulak aku Abang Rayyan tu dah macam tali barut dia..nasib baik aku ni CEO dan Abang Rayyan tu bawahan aku aja..
“Hmm.okeylah..nanti kalau jumpa Rayyan,kirim salam kat dia ya..bye sayang..I love you..”
“I love you too..” Jawab Daniel.I love you too? huh! setakat nak ambil hati perempuan tu bolehlah..nasiblah kau cantik Zarynn.Kalau tak..geli aku nak cakap macam tu..
Daniel mematikan talian.Kemudian dia cuba menelefon Wafeen semula dan kali ini Wafeen menjawabnya.
“Sayang…kenapa tak jawab tadi?”
“Tadi saya di dapur..memasak..Mana dengar bunyi hanset” suara itu mendatar dan kedengaran serak basah.
“Kenapa suara awak semacam aja? awak sakit ke?”
“Emm..sakit tekak..”
“Esok saya datang jumpa awak ya sayang? saya tahu,awak mesti rindukan saya betul tak? sebab tu sampai nak demam kan? Hai..sabarlah Feen..hujung minggu ni kita nak bertunang.Dua tiga hari aja lagi" Daniel ketawa.
“Hmmm....memang tak sabar pun nak jumpa awak Han...Nenek pun sama"
“iya?..Okeylah..awak tak sihat kan..sakit tekak mesti susah nak bercakap kan? kesian sayang saya ni..takpe,nanti bila kita kahwin saya akan jaga awak baik-baik..awak tahukan,saya sayangkan awak..sampai saya tak sanggup hidup tanpa awak Wafeen..”
“Elhan..boleh tak kita cakap esok aja..”
“Hah? Oh..Okey..okey..awak makan ubat ya? jaga diri..Assalamualaikum..”
Tit..tit..tit..
Daniel kerut dahi.Tanpa menjawab salamnya Wafeen sudah memutuskan talian.Ah..dia tak sihat kan,mestilah mood dia tak baik..esokkan boleh jumpa..hai,tak sabar rasanya nak jumpa Wafeen..nak jadikan dia isteri aku..Lelaki mana yang tak mahukan isteri macam tu.Sopan,Lemah lembut,bijak,berdikari..dan yang penting..kecantikan dia cuma untuk aku sorang aja..siapa lagi yang bertuah kalau bukan aku! kau memang hebatlah Daniel Elhan..kau CEO syarikat besar dan bakal memiliki dua wanita yang menjadi idaman lelaki..perfect!
Nampaknya daniel x sedar lagi dia nak kena parang dengen nenek wafeen tuh...
BalasPadamSifu makcik sari, pastinya lebih brutal...
N3 kat sini sampai ep berapa yer...
Dekat blog lama dah baca sampai ep.54 kalau x salah...
hahaha..tau xpe..
BalasPadamhahahhaa.. harap2 ms daniel dtg mak cik sari xbalek umah dia lg.. hehehehe.. mesti terbawk nye kna tibaiii..
BalasPadamsian gak ngn zaryn nih.. hrp dia bahagia laaa..
nice ! lmbt lagi ke rayyan masuk jarum ni ? hahaha . .
BalasPadamsuke dgn zaryann . . hope die pon temu kbhgian kan ..
--> blh thu link blog lame x? hehe
daniel2...sbor jewla..rayyan harap2 la dpat pjuk feen 6t...nk sngat tngok rayyan n wafeen...
BalasPadamFuh!!gila meroyan si daniel ni..perasan sunggyh.
BalasPadamAwal2 da jdi pewaris buaya darat.
Padan muka..tahulah nasib dia nnti!!
Best..hehe..
izah..blog lm dh ditutup..tu pasal repost blk kat blog ni...:)
BalasPadamberangan lebih...ko x tau nasib yg menunggu..ko hahaha padan muka...
BalasPadamcptlh smbung cter nie...best arr...
BalasPadamsila sambung atau sila keluarkan novelnya - ini adalah ugutan!..hahaha
BalasPadamcepatla.. dua hari dah settle baca sambil2 buat keje opis..sekarang merana sbb nak tau end story ni camne..harap2 daniel tu jatuh cinta dgn zaryn dan hargai die lebih dari segala2nya..happy ending =p
=)