Follower Setia SYK

Khamis, 22 Mac 2012

Hikayat Cinta Si Pematah Hati 33

Rayyan merenung sepasang suami isteri yang sudah berusia tidak jauh dari tempat dia duduk.Rayyan senyum pada wanita separuh umur yang kebetulan bertemu mata dengannya.
“Nak pisang goreng nak?” pelawa wanita itu yang sedang santai minum petang bersama suaminya.Rayyan menggeleng.Tanda tidak mahu.Namun tetap menghadiahkan senyuman kepada pasangan itu.
“Takpelah Mak Cik.Terima kasih…”
Wanita itu angguk saja dan terus berbual dengan suaminya.Rayyan tersentuh melihat kemesraan keduanya.Walaupun dah berusia masih tetap menghabiskan masa bersama.Dalam fikirannya,berapa ramai pasangan yang kekal begitu agaknya? yang cinta mereka tidak pernah kurang sedikit pun mengikut peredaran masa..malahan makin bertambah dari hari ke hari..
Rayyan teringatkan arwah mamanya.Mungkin sebelum berkahwin dengan papa,mamanya juga berharap supaya cinta dan kasih sayang mereka kekal hingga tua.Tapi apakan daya, belum pun mama tua papa dah main kayu tiga!
Dan sekarang,anak kesayangannya lebih dasyat lagi…belum pun seminggu bertunang dah ada planning nak bertunang lagi? agaknya apa yang Daniel rancangkan? tak lama lagi nak bertunang dengan Wafeen kononnya tapi dalam tempoh dua bulan lagi, Daniel nak bernikah dengan Zarynn..habis tu,bila pulak turn Wafeen nak sampai? dua bulan lepas tu? banyak handsome muka dia!! ikutkan hati nak aja dia belasah Daniel sampai patah riuk..biar langsung tak dapat kahwin dengan dua-dua sekali..
Rayyan menarik tali lehernya.Angin yang datang dari arah sungai melegakan rasa hatinya yang panas.
Dia teringatkan peristiwa semalam.Ketika Wafeen tiba-tiba muncul dan menyapanya.Entah kenapa dia tanpa rasa bersalah memberikan riaksi dingin pada gadis itu.Padahal dia sendiri terlalu ingin berjumpa Wafeen.Mahu berbual,mahu mengusik,mahu mendengar suaranya,mendengar gelaknya..melihat senyumannya.
Rayyan menggeleng seketika.Dia sedar keinginannya itu tidak betul.Untuk apa keinginan itu kalau hakikatnya Wafeen takkan jadi miliknya.

“Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…” Rayyan berpaling ke sebelah kirinya.Dia agak terkejut dan seperti tidak percaya bila tiba-tiba sahaja seseorang muncul dan duduk agak jauh darinya.Wafeen?
“Jauh termenung?” tanya Wafeen.Kebetulan dia lalu di kawasan itu untuk pulang ke rumah.Dia terpandangkan Rayyan yang duduk di tempat biasa mereka makan tengahari.Dia memberhentikan kereta dan dia tidak teragak untuk menyapa lelaki itu.Walaupun semalam Rayyan telah mengguris hatinya,masih dia tak mampu menahan rasa hati untuk berbicara dengan Rayyan.
“Orang takde teman macam ni la…sorang aja kan, nak buat apa lagi..termenung ajalah” jawab Rayyan bersahaja.Dia seperti acuh tak acuh saja.Kenapa Wafeen? Kenapa mesti awak datang? Awak sedar tak,waktu ni bila awak dekat dengan saya..awak hanya akan buat saya tersiksa!
“Kenapa awak beritahu pada nenek jangan bekalkan makan tengahari?” tanya Wafeen.Dia pandang Rayyan yang sejak tadi langsung tidak memandangnya.Pandangan lelaki itu tetap ke arah sungai di hadapan mereka.
“Saja…tak nak menyusahkan orang..” Jawab Rayyan.Suaranya agak perlahan dan kedengaran sayu.
“Bila pulak semua tu menyusahkan? kenapa baru sekarang awak fikir macam tu? sebelum ni,takde pun awak nak fikir menyusahkan ke tidak?” soal Wafeen.Jelas dia tidak berpuas hati.Wafeen kelihatan seperti marah.Rayyan buat muka tak bersalah.Dia pandang Wafeen dan tersenyum sinis.
“Sebab sebelum ni awak tak sibuk..sekarang,awak dah sibuk kan..Saya tak nak menyusahkan bakal isteri orang” sindirnya.
“Ada ke saya kata saya sibuk? selama ni pun,kerja saya berlambak kat kedai tu tapi saya tetap boleh bawakan awak makanan kan? Awak sebenarnya marahkan saya kan Rayyan? Awak marah sebab saya nak kahwin dengan orang lain?” Wafeen meninggikan sedikit suaranya.Rayyan ketap bibir.Matanya tajam membalas pandangan Wafeen.Kalau dah tahu buat apa nak tanya!
"Saya tak marah tapi saya kecewa..." Rayyan cuba berlagak tenang.
"Oh..so sebab tu awak cakap awak tak kenal saya lagi?
"Betul..Saya hanya kenal Wafeen saya dan awak bukan Wafeen saya lagi.."
"Awak ni kan..susah nak faham keadaan orang,awak nak orang ikut kehendak awak aja kan? awak buat saya bengang tahu tak?
“Yang awak nak marah sangat kenapa? patutnya awak senang hati..tak payah susah-susah nak kena buat karipap pusing..tak payah nak kena bawa mangkuk tingkat tu…jimat pulak tu,tak lagi kena tanggung orang yang suka makan free macam saya ni..”
“Sampai hati awak cakap macam tu Rayyan…awak ingat selama ni saya buat tu sebab terpaksalah?”
“Habis tu sebab apa? sebab awak sayangkan saya ke? Kalau awak sayangkan saya..awak tentu setuju nak kahwin dengan saya..”
Wafeen terkedu seketika.Mencari jawapan yang terbaik.
"Memang saya tak boleh jadi isteri awak tapi tindakan awak tak patut...sebab saya tak pilih awak,tergamak awak pinggirkan saya dan nenek..tak boleh ke kalau kita berkawan?
Rayyan ketawa tapi Wafeen perasan mata lelaki itu berkaca.
"Saya tak nak jadi kawan awak!!" Rayyan menggeleng.Wafeen rasa kecil hati.
"Awak memang takde perasaan..awak jalinkan ikatan dengan keluarga saya,kemudian awak nak putuskan macam tu aja?
Rayyan terus menggeleng.Sungguh dia tak faham dengan keinginan Wafeen.Kalau awak tak mahu saya kenapa mesti mendesak saya terus berhubung dengan awak Wafeen?

“Awak nak saya buat apa lagi Wafeen? awak seronok tengok saya merayu awak setiap hari? awak nak saya hidup dalam pura-pura? panggil awak sayang tapi hakikatnya awak tak sayang saya…hari-hari kita jumpa dan habiskan masa bersama,tapi apa maknanya semua tu pada awak Wafeen? saya ni…kekasih gelap awak ke? tempat awak hilangkan rasa sepi awak bila kekasih awak tu tak beri perhatian pada awak? dan sekarang, awak dah nak bertunang dengan dia…kenapa awak mesti nak lagi saya jumpa dengan awak…Wafeen, saya memang selama ni buat bodoh aja bila awak selalu tak pedulikan rayuan saya..macamanapun,saya ada perasaan Wafeen… awak tahu apa yang saya rasa bila tahu awak nak bertunang? saya rasa hati saya sakit..saya nak menjerit pada dunia..tolong jangan biarkan lelaki tu ambil sayang saya…tapi saya dah malu Wafeen..sebab pilihan awak bukan saya..macam awak selalu cakap..saya bukan calon suami awak kan? setidaknya,jangan bersikap zalim dengan meminta saya terus tersiksa dengan berjumpa awak macam selalu.." Rayyang tunduk.Dia menahan rasa sakit dihatinya

Wafeen menyeka matanya yang mula berkaca.Kata-kata Rayyan menyentuh lubuk hatinya.Dia rasa cukup bersalah kerana tanpa dia sedar dialah punca kesedihan lelaki itu.

"Saya akui saya ni jahil Wafeen,tapi saya tahu ilmu agama awak lebih mendalam daripada saya...Saya percaya awak tahu apa yang kita lakukan selama ni tak betul..saya selalu kacau awak,saya selalu nak jumpa awak..dan saya tahu,awak cuba mengelak tapi sayalah yang buat tak kisah..Saya tak nak buat sesuatu yang salah..Saya nak lakukan dengan cara yang betul tapi saya tak dapat peluang..Saya nak sangat-sangat panggil awak sayang dengan ikatan yang sah.Saya nak datang kedai awak,makan masakan awak sebagai seorang suami..saya nak tengok wajah awak hari-hari tanpa rasa berdosa...tolonglah Wafeen,jangan tambah siksa saya sedangkan awak sendiri tak membuka sebarang peluang untuk saya..Wafeen,saya tak nak hidup berpura-pura..saya bukan jenis lelaki yang suka berseronok.Bila saya jatuh cinta,saya serius...bukan main-main.."
Rayyan berhenti berbicara bila dia terdengar esakan di sebelahnya.Alamak! dia menangislah pulak…Rayyan terkejut sebenarnya tapi dia tetap mengawal keadaan dengan bersikap tenang.
“Jadi..maksud awak, awak dah tak nak jumpa saya lagi?” Wafeen cuba tahan rasa sebaknya.Ya Allah, kenapa aku tak boleh berhenti menangis ni?
“Awak nak saya jumpa awak lagi ke…cuba faham Wafeen, awak dah nak jadi tunang orang…dah tak sesuai lagi jumpa saya..”
“Takkan berkawan pun tak boleh?” Sesungguhnya dia juga manusia biasa yang sukar melawan kehendak hati.Dia rasa tersentap bila Rayyan mengatakan dia sepatutnya lebih tahu kekerapan mereka berjumpa sebelum ini bukanlah cara yang betul.
“Berapa kali saya nak cakap..Saya nak awak jadi isteri saya..bukan kawan.Saya tak boleh sekadar berkawan sebab sayang saya pada awak lebih daripada tu…tolonglah,jangan siksa perasaan saya lagi..awak dah buat pilihan dari awal..sayalah yang bersalah sebab degil selama ni..saya fikir,satu hari awak akan jatuh cinta dengan saya.."
“Saya tak berniat nak buat awak macam tu..saya minta maaf..” Wafeen rasa suaranya hampir tak terkeluar.Dia dah tak peduli kalau ada mata yang memandang dengan situasinya sekarang.
Rayyan bangun.Wafeen masih menyeka airmatanya.Dia dah nak pergi ke? boleh tak kalau awak jangan pergi? saya…saya…saya tak rela tahu tak? betul! sayangnya tak terkeluar pulak suaranya!
“Kalau awak perlukan saya untuk apa sebab sekalipun,saya sentiasa ada untuk awak…sayang saya pada awak takkan hilang Wafeen..saya masih berharap satu hari,awak akan cari saya dan masa tu..awak akan cakap..sayalah calon suami awak..walaupun harapan tu mungkin datang dalam mimpi aja"
"Awak kejam!" Wafeen meluahkan rasa marah dan sakit hati.
"Cakap ajalah apa yang awak nak...tapi saya nak awak fikir Wafeen.Kalau betul awak cintakan dia, kenapa awak mesti ada di sini..kenapa mesti awak menangis..kenapa awak mesti berharap untuk terus berjumpa saya..Saya faham kalau awak tak nak mengaku.Biar saya beritahu awak,terpulang pada awak untuk mengaku ataupun tidak.Awak sebenarnya cintakan saya Wafeen..bukan dia.Saya tak bercakap sebab saya perasan atau syok sendiri..buktinya dah jelas tapi awaklah yang sebenarnya kejam..awak tipu saya dan lebih buruk lagi,awak tipu diri sendiri..." Rayyan berlalu pergi.

Wafeen masih menangis.Menelan perit kata-kata Rayyan.Dia menyesal sebenarnya.Lebih teruk lagi,dia tidak mahu mengaku kebenaran kerana dia malu dan egonya untuk membenarkan kata-kata lelaki itu.Dia dah buat keputusan dan dia takkan merubah keputusannya sekalipun jauh di sudut hati dia mengaku...Dia cintakan Rayyan bukan lagi Daniel Elhan!






Hari minggu itu terasa hari yang paling membosankan dalam hidupnya.Kebiasaannya pagi lagi Rayyan akan telefon bertanyakan sama ada hari itu dia dan nenek mahu ke pekan sehari atau tidak.Kalau tidak Rayyan yang datang,dia yang akan mengambil lelaki itu di rumahnya. Dia sebenarnya suka bila Rayyan ikut.Suruhlah buat apa saja..bawa barang sampai penuh tangan pun tak apa..sikit pun tak membantah.Rayyan pun suka tanya macam-macam bila beli barang...paling dia suka tanya pasal makanan..neneklah yang akan bercerita jenis-jenisnya.Memang suka makan kuih..terutama karipap pusing..Cuti sekolah pun dah bermula dan tak sampai seminggu aja lagi,majlis pertunangan dia dah Elhan bakal berlangsung..tapi kenapa Rayyan jugak yang aku ingatkan? Dia dah terlajak bersetuju dengan Elhan.Tak tergamak dia memungkiri janji,tak sanggup dia digelar perempuan curang walau hakikatnya,Rayyan pemilik hatinya sejak dulu lagi...Rayyan cinta pertamanya!

“Wafeen…apa lagi kau termenungkan tu? kan nenek suruh bawa masuk barang-barang tu..”
Nek Jah menggeleng melihatkan Wafeen yang masih tercegat di sisi keretanya dengan boot yang masih terbuka tanpa dikeluarkan barangan yang dibeli.Kalau Rayyan ada,tak susah nak mengarah itu ini..cepat aja bawa masuk dalam rumah..Hmmmm, kenapalah budak tu dah lama tak datang..
“Astaghfirullah…Wafeen! dengar tak nenek cakap ni?” dia memukul bahu Wafeen perlahan.
“Apa dia nek?” Wafeen seperti baru sedar.
“Kenapalah budak ni…cakap berkali-kali pun tak dengar lagi? bawa barang ni masuk..” arah Nek Jah.
“Iyalah..” jawab Wafeen seperti tak bermaya.Kalau Rayyan ada kan best….ieeeeee!!! Rayyan..Rayyan..Rayyan..buat apa ingat dia lagi? dia pun dah tak nak jumpa aku kan? tapi… nak jumpa dia jugak!!!!!
“Eh…siapa pulak yang datang tu Wafeen?” Nek Jah dan Wafeen melihat sebuah kereta mewah jenis Lexus masuk ke kawasan rumah.
“Entah…tak pernah nampak pun kereta ni nek?”
Seorang gadis berbaju kurung dan berambut panjang separas bahu keluar dari perut kereta.Memakai sunglasses dan berkasut tinggi .
“Assalamualikum…”
“Waalaikumussalam…cucu ni siapa?” tanya Nek Jah.Terpegun tengok gaya dan kecantikan gadis itu yang tersenyum padanya.Mereka bersalaman seketika.
“Saya Tengku Zarynn..saya nak jumpa dengan Cik Wafeen..boleh?”
“Nak jumpa saya? tapi…atas urusan apa ya?” Wafeen hairan..rasanya dia tak kenal perempuan cantik itu.Apatah lagi mana-mana perempuan bernama Tengku..
Zarynn lama memandang raut wajah ayu di depannya.Orangnya berkulit cerah dan polos.Bertudung dan tingkahnya sangat sopan dan murah dengan senyuman..patutlah Daniel pun tak sanggup nak lepaskan kau!

“Apa-apapun masuklah dulu..mari..”Wafeen mempersilakan gadis itu masuk.
“Nek..nanti barang tu saya bawa masuk kemudian ya?”
“Iyalah..”Nek Jah angguk.
“Sebenarnya apa tujuan Tengku ya? tanya Wafeen sebaik saja mereka duduk di ruang tamu.
“Emm..panggil Zarynn aja..”
“Oh..okey..” mereka berbalas senyum.
“Memang saya ada hal penting sangat..saya rasa awak tentu kenal dengan Daniel Elhan kan?”
“Ya..saya kenal tapi kenapa? apa pulak hubungan awak dengan dia?”
“Awak dengan dia kekasih ke?”
Wafeen berpandangan dengan Nek Jah.Soalan aku dia tak jawab tapi aku pulak yang banyak ditanya.
“Ya..kami pun dah rancang nak bertunang minggu ni..”
“Oh..patutlah saya nampak hantaran tu dekat sudut tu..” Tengku Zarynn sempat merenung hantaran yang diletakkan di satu sudut.Dia pun beberapa hari ni lihat Daniel sibuk ke sana ke mari..pernah dia ekori Daniel diam-diam..lelaki itu membeli cincin di sebuah kedai emas tapi bukan untuk urusan perkahwinan mereka kerana bila dia siasat,cincin yang dibeli cincin belah rotan..nampak sangat nak bertunang!
“Boleh tak kalau awak terus terang tujuan awak ke mari?” Wafeen sudah semakin berdebar.
“Berbual dululah ya,nenek nak ke dapur buat air..”
“Takpe nek..tak payah susah-susah..lagipun,saya dah lama hilang selera makan dan minum sejak dapat tahu yang tunang saya nak bertunang dengan orang lain..”Zarynn buat muka sedih.Memang betul-betul sedih hingga dia mengeluarkan sapu tangan dari handbegnya dan menangis.

“Maksud awak? saya tak fahamlah!” Wafeen mengerut dahi.Dah kenapa pulak dia menangis ni? tunang dia nak bertunang dengan orang lain,apa pulak kena mengena dengan aku?Nek Jah turut hairan melihatnya.
“Awak tak faham lagi ke Wafeen? Daniel Elhan Dato’ Syakir tu tunang saya…baru 2 minggu lepas kami bertunang..”
Wafeen terkesima.Dia berpandangan dengan Nek Jah.
“Tak..saya tak percaya!!dia cakap mak ayah dia ada diluar negara..”
“Luar negara? Datin Ann dengan Dato’ Syakir ada di KL..mereka sibuk uruskan majlis perkahwinan kami tak lama lagi..” Zarynn mulakan langkah membocorkan rahsia Daniel.
“Saya tak datang dengan niat nak buat fitnah..ini saya bawakan buktinya..” Zarynn mengeluarkan pula gambar-gambar pertunangannya.Wafeen membelek satu persatu.Sungguh! dia rasa jantungnya macam kena tikam seribu pisau! Sungguh susah dia nak percaya!

“Patutlah dia selalu sangat ke bandar ni..urusan kerja katanya..tapi satu hari,saya jumpa gambar awak dalam bilik dia..saya tak tahu selama ni dia ada perempuan lain..kemudian saya upah penyiasat dan dapatkan alamat rumah ni..” Okey! yang ni memang aku reka cerita sebab aku tahu semuanya dari Rayyan..sorry ya Wafeen!

“Perempuan lain? maksud awak,saya ni perampaslah? saya kenal dia sejak 4 tahun lepas..saya tak pernah tahu yang dia bertunang..kalau saya tahu,saya pun tak rela nak biar diri saya diperbodohkan macam ni!” Wafeen mencampakkan gambar-gambar pertunangan Daniel dan Zarynn di atas meja.

“Saya tak sangka Elhan buat saya macam ni…” Wafeen menggeleng.Kenapa boleh jadi macam ni? kenapa dia tipu aku? kenapa?
“Nenek pun tak sangka…muka budak tu baik aja..dalam diam nak pasang dua? ingat cucu aku ni dah tak laku sangat sampai nakkan tunang orang?” marah Nek Jah pula.Zarynn masih menyeka airmatanya.

“Tolonglah Wafeen..kasihankan saya dan keluarga saya,dua bulan lagi kami nak bernikah..saya tak tahu pulak dia ada rancangan bertunang dengan awak..saya tak rela dimadukan..apatah lagi dengan perempuan secantik awak..takkanlah takde orang lain, saya percaya ramai lelaki yang sesuai dengan awak..lepaskanlah tunang saya..”Rayu Zarynn.
“Saya tak pernah nak rampas dia dari sesiapa..saya bukan orang macam tu.Bertahun saya tunggu dia lamar saya…saya percaya yang dia ikhlas cintakan saya..saya tak tahu,Demi Allah…saya tak tahu Zarynn..kalau saya tahu..dah lama saya tinggalkan dia..”
Wafeen renung gambar kemesraan Daniel mencium tangan Zarynn.Kalau mereka ni tak saling mencintai,kenapa mesti gambar tu begitu mesra? kasihan juga perempuan ni…huh! pandai pulak dia,konon kata mak ayah dia kat luar negara? rupanya…taste mak ayah kau yang bertaraf Tengku kan? patutlah malu sangat nak kenalkan aku pada diorang!

“Saya bukan nak tuduh awak perampas..tapi saya ke sini demi maruah keluarga saya..mama dia Datin Ann pun tak tahu hal ni..saya rahsiakan semua ni supaya benda ni tak kecoh..saya tak sangka kita berdua akan jadi mangsa lelaki macam ni..apapun saya kena terima hakikat,dia bakal suami saya Wafeen..ibu bapa kami dah begitu gembira dengan perkahwinan ni..Daniel janji dengan saya macam-macam..sayangkan saya satu-satunya,tapi saya tak sangka..dalam masa yang sama..dia ada awak..nak putuskan hubungan,saya dah jauh melangkah..lagipun,saya sayangkan dia Wafeen..saya rasa,awak sajalah yang tarik diri..” Tak payah banyak fikir Wafeen…dah ada orang pun yang tunggu kau..

“Kalau awak tak minta pun saya akan buat macam tu…saya pun tak mahukan lelaki macam ni..sebab awak masih nak bertahan..saya doakan,awak boleh bahagia dengan lelaki penipu ni! tapi satu saya minta..izinkan saya berjumpa dengan tunang awak ni untuk kali penghabisan..sebab,dia ada hutang maruah dengan saya!”
Wafeen ketap bibir.Dia rasa tak sabar nak jumpa Daniel Elhan.Serentak dengan itu dia menanggalkan cincin berlian yang pernah diberikan lelaki itu padanya.Memang dasar lelaki tak guna!! sebab kau aku sanggup lukakan perasaan lelaki sebaik Rayyan! aku menyesal sebab dah bazirkan masa aku selama ni untuk setia dengan lelaki buaya macam kau Elhan! aku benci kau Daniel Elhan!!
Inilah balasan pada dirinya.Dia melukakan perasaan orang lain dan sekarang..dia pula yang dipermainkan..

“Errr..awak pun..tolong jangan beritahu dia..semua ni awak tahu dari saya..manalah tahu,kalau dia mengamuk,tak pasal-pasal kami bergaduh..Macam saya cakap tadi,walaupun kami ni dijodohkan orang tua tapi saya berharap saya akan bahagia dengan dia..” Zarynn begitu pandai mempamerkan wajah sedih untuk menarik simpati Wafeen.
“Yang tu awak jangan bimbang..sebelum dia apa-apakan awak…saya yang akan kerjakan dia dulu…” Jamin Wafeen.Aku takkan lepaskan lelaki miang tu!Siap kau Elhan!
“Kalau macam tu saya balik dululah ya? terima kasih sebab awak memahami..”
“Gambar ni tolong jangan tinggal di sini ya,saya takde hati nak buat koleksi..” Wafeen menyerahkan gambar-gambar yang hampir ditinggalkan Zarynn.
Zarynn segera mengambil gambar-gambar itu.Uiks…boleh tahan garang dia ni erk? habislah you Daniel...Dan Rayyan...tentu dah boleh senyum semula!

11 ulasan:

  1. hbis la elhan lpas ni... zarynn mmg trbaik..xsbr nk bca episod strusnya..:)

    BalasPadam
  2. pergh..sedih bila baca pasai rayyan..hati akak terus bersimpati kat dia..
    yes..zaryn..u mmg hebat..
    teruja nak tahu kesinambungan mamat daniel tu..apa jadi ek..dijetus jetus kepala dia ke..
    well macam mana pulak nanti ek..wafeen nak minta balik kasih dan cinta rayaan balik..

    BalasPadam
  3. huhu, best2. chaiyok rayyan

    BalasPadam
  4. Zaryn.... memang pelakon yg baik.... good job....
    Rayyan.... sungguh tulus hatimu.... buat ku terjatuh cinta.... hahahaha...
    Wafeen.... rasakan pula..... kadang2 dgn cara kejam baru boleh buat seseorg itu sedar akan khilaf dirinya...

    BalasPadam
  5. huhuhu.. sedihnya luahan hati rayyan..
    n daniel ~ ur payback time,,hehehe..
    dia pon nak tiru cm ayah dia jugak..haishh..
    nak support rayyan ~~ go go go rayyan!
    tapi... kalo nti wafeen tau daniel tu adik tiri rayyan cmne agaknya ekk..

    BalasPadam
  6. riaksi time wafeen tahu rayyan n daniel adik bradik...tunggu..heheh..

    BalasPadam
  7. Dah baca dah kat blog lama sampai ep 5+ , nak tunggu kat sini jer ada sambungan x lepas pada ep yang wafeen tau rayyan tuh abang daniel...

    Atau part tuh cuma masuk dalam buku jer...

    BalasPadam
  8. sebenarnya,sy dah byk ubah manuskrip di blog lama...dan ada juga bab yang ditambah sebab sy rasa manuskrip lama tu masih ade kekurangan...

    BalasPadam
  9. sian rayyan..sedihnya

    BalasPadam
  10. go rayyan go...;)

    tp rsenyer wafeen akn dpt tau jgk yg rayyan rncg sume ni...huhuhu...
    mcmane agknyer..?

    BalasPadam