“Hannah minta maaf kalau apa yang Hannah cakap tadi dah buat abang marah..” Hannah bersuara lembut sebaik saja Uwais masuk ke bilik.Suaminya itu baru pulang dari menghantar Rayyan balik.
“Abang tak marah pun..Cuma tak puas hati aja bila sayang cakap macam tu..bila sayang nampak suka sangat dengan pilihan Wafeen tu sebab lelaki tu CEO..abang rasa kecil hati..itu abang, tapi Rayyan yang dengar tadi tu tentu lagi berkecil hati…sebab dia ada perasaan pada Wafeen..”
“Kenapa pulak abang nak kecil hati..” Hannah tanya dengan riaksi bersahaja.Uwais segera duduk di birai katil.Menghadap Hannah yang duduk sambil memeluk teddy bear.Tengok? tak sensitif langsung!
“Sebab..abang sedar abang ni tak sepadan dengan sayang kan..abang ni siapalah..penjual burger ajapun,tak macam abang Fawaz..tak macam Tengku Muiz..tak macam...."Ayat Uwais terhenti bila terasa sentuhan lembut di pipinya.
“Syyhhhh…abang ni banyak sangat bercakap tau! mari sini Hannah tengok muka abang..” Hannah pegang pelipis Uwais,dibelek wajah Uwais kiri dan kanan lalu ketawa.
“Ni kenapa ketawa pulak ni…kecik ati tau!” Uwais tarik muka.
“muka jeles..patutlah semacam aja cakapnya…”Hannah masih ketawa.Dia mencuit hidung Uwais yang masih tidak berpuas hati.
“Yelah…sedar diri ni…” Hwaaaa.....kenapalah aku dapat isteri yang sangat "prihatin"
“Abang ni kelakarlah kan? marah pun macam tak marah aja..tu yang buat Hannah Maryam sayang sangat tu, mana nak dapat penjual burger macam ni…handsome,penyabar,lemah lembut,romantic…bukan CEO pun takpe...” Hannah menarik pipi Uwais.
“Ayat nak sedapkan hati oranglah tu..” Haah...kelakar sangatlah..ingat aku MR. Bean ke apa?
“Ehh..betul apa..Hannah sayang abang tau! abang tu yang tak patut nak cemburu..dah nak jadi papa pun nak kecik ati ke? ”
“Mestilah…abang takut tau kalau sayang tinggalkan abang sebab nakkan lelaki high class...” Bukan main serius muka Uwais.Hannah tetap tersenyum.
“Takkanlah Hannah nak tinggalkan lelaki macam abang.Kalau betul Hannah buat macam tu,berduyun yang berbaris nak ambik tempat Hannah kan?Euwww...tak nak!!” Hannah menggeleng dan memaut lengan Uwais lalu dipeluk kemas.Uwais ketawa kecil.Comel pulak dia buat macam tu!
"You have no idea how much i crazy about you"
Uwais pandang Hannah tanpa berkata apa-apa.Tak kuasa betul aku bila "cakap omputih" dia tu keluar..Ini kalau mak aku yang dengar mesti dia salah faham yang menantu dia "gila"
"Kenapa?"Hannah kerut dahi bila Uwais tak berkelip memandangnya.Tersenyum-senyum pulak tu.
"Takde apa..terharu.." Spontan dia mencium dahi Hannah.
“Abang marah lagi tak?”
“Bila masa pulak abang marah…sayang lagi adalah!”
Hannah senyum.Uwais selalu memberi jawapan itu kalau ditanya marah lagi ke tidak…
“Tapi…abang masih tak puas hati pasal hal tadi…entahlah, mungkin sebab abang lebih sukakan Rayyan daripada lelaki tu..Lagipun,abang lagi kenal hati budi Rayyan tu..”
“Kita kena hormat pilihan Wafeen bang..dia yang nak kahwin,jangan nak samakan hal kita dengan dia..kalau dia suka Abang Rayyan,dah tentu dia pilih Abang Rayyan kan? kenapa mesti kita nak paksa dia..”
“Abang cuma nak Wafeen dapat suami yang betul-betul sayangkan dia..dan orang yang kita kenal hati budinya..yang kita percaya boleh jaga dan bahagiakan Wafeen..ini tidak,pilihan Wafeen ni buat apa rasa tak sedap hati..tak pernah jumpa,tak pernah kenal..keluarga dia pun kita tak kenal..datang merisik macam tu aja..masa abang nak kahwin dengan sayang dulu,walaupun kita saling tak kenal..setidaknya,abang kenal Tuk ayah dan Tuk ayah kenal abang..sebab bila kita berkahwin..kita bukan saja kena terima pasangan kita tapi seluruh ahli keluarganya..sekarang ni abang tengah fikir..keluarga lelaki tu,setuju ke tidak? dah kenal Wafeen ke belum sebab Wafeen sendiri pernah cakap..sepanjang mereka kenal..sekali pun lelaki tu tak pernah bawa jumpa mak ayah dia..dah macamana?” Uwais menghela nafas berat.
“Abang janganlah banyak fikir sangat…manalah tahu hari bertunang nanti,dia bawa orang tua dia sekali..Dah lah, daripada abang pening kepala fikirkan masalah Wafeen tu baik abang beri perhatian pada isteri abang ni..” Hannah mengalih tajuk perbualan.
"Hai..tak cukup lagi ke perhatian yang abang beri selama ni?
"Tak..." Hannah geleng.
"Tak?" Uwais membulatkan mata.
"Kejap lagi kita keluar pergi shopping ya?Nak jalan-jalan kat bandar Temerloh.. Nak beli baju baby..."
"Kan dah beli? Banyak mana lagi nak sayang oi..bukannya baby kembar pun..Lagipun,kat bandar tu mana ada pakaian jenama high class"
"Mana cukup!.." Ewah...tang jenama high class tu macam perli aja...
"Tak cukup apanya..satu almari dah penuh dengan baju baby.." Uwais menggeleng.Hannah kalau membeli belah.Suami pun lupa! apatah lagi wallet aku....kalau jatuh depan dia pun entah dia tahu ke tidak itu wallet aku..maklumlah,nipis semacam aja..
"Hi...abang ni,bawak ajalah..bukannya nak beli pakai duit abang.." OPSSSS...Hannah ketap bibir.Tidak!!Hwaaa...kenapa aku cakap ayat tu!!
Uwais dah agak.Kalau bergaduh pasal shopping...itu memang dah jadi "tagline" Hannah.
"Baby...nanti kalau keluar,jangan jadi macam mama tau,suka buat papa kecik ati" Uwais usap perut Hannah.Bercakap dengan bayi di dalamnya.
"Sorry!Sorry!Sorry!...orang tak sengaja!"
"Takpe..tunggu papa banyak duit ya baby? nanti masa tu, mama tak bising-bising pasal papa takde duit..." Sindir Uwais lagi.
"Sorry....tak payah pergi shoppinglah,kita duduk rumah je erk?" Hannah peluk Uwais.Nampaknya terpaksalah dia mendengar sindiran Uwais sepanjang hari..mental punishment!
“Wafeen!!..oit, Wafeen!!..”
Yumni garu kepala.Apa kena dengan Wafeen ni? dah banyak kali aku panggil tak menjawab.Yumni pandang Wafeen yang sedang menyusun buku-buku novel di rak.Kalau boleh dikatakan susunlah, yang dia nampak buku tu dah bercampur aduk dengan tajuk yang berbeza.Itulah! bukan kerja sendiri nak buat…
“Wafeen Wardah Awaluddin!!! kau dengar tak aku panggil ni? Yumni menguatkan suaranya.Wafeen yang fikirannya jauh melayang tersentak dengan jeritan itu.
“Kau ni kenapa Yum? kalau panggil tu tak boleh perlahan ke? macamlah aku ni sebatu dari kau” marahWafeen.
“Maunya aku tak memekik..dari tadi aku panggil kau tapi kau buat tak tau aja..takutlah jugakkan kut gegendang telinga kau tu dah expired..”
“Tak lawak pun..” Wafeen meneruskan kerjanya.
“Aku rasa kan,elok kau berhenti aja buat kerja tu..cuba kau tengok betul-betul rak tu..”
Wafeen pandang rak di tepinya.Dia baru perasan,banyak buku yang salah tempat dan ada juga yang bercampur.Bukan aku susun betul ke tadi? macamana boleh salah ni?
“Dah, tak payah nak buat muka pelik…memang dah salah letak pun…kau kalau tak sihat ke..stress ke, baik kau tak payah datang kedai..kau rehat aja,kau tu tinggal beberapa hari aja lagi nak bertunang kan? aku fahamlah kau rasa berdebar-debar ..aku pun pernah bertunang jugak apa…”
Wafeen tak kata apa.Dia menghela nafas berat.Berdebar? tapi aku tak rasa apa- apa pun sebenarnya…yang aku fikirkan sekarang ni pasal dia! ya…memang pasal dia yang dah lama tak datang sini! kau faham tak Yumni? aku tengah fikirkan dia yang dah tak minta lagi aku bawakan mangkuk tingkat..dia yang dah berhenti dari merayu aku supaya jadi kekasih…dia yang aku dah tak nampak dasyatnya makan karipap pusing..dia yang dah lama aku tak dengar panggil aku sayang…dia Yumni! Rayyan Raiqarl tu…kau boleh faham tak kenapa aku jadi macam ni? aku tak tahu nak buat apa,nak fikir apa,nak cakap apa..aku yang sepatutnya fikirkan Daniel Elhan tapi boleh pulak fikirkan orang lain? Tak! Dia bukan orang lain...dia lebih istimewa daripada setiap insan yang ada dalam hati aku.. Siapa yang boleh faham Yumni? Takde! Sebab aku malu nak mengaku! Aku malu nak cerita...
“Kau ada apa-apa nak cakap dengan aku ke? tanya Yumni bila Wafeen terkebil-kebil memandangnya tapi langsung tak bersuara apa-apa.Wafeen menggeleng dan mahu berlalu dari situ.
“Wafeen,aku tanya sikit boleh?”
“Apa?” Wafeen menghela nafas berat.Orang tengah tension,ada aja soalan nak tanya..
“Dah lama aku tak nampak Abang Rayyan datang sini..adalah dekat 2 minggu kan? kenapa ya Wafeen? sebab kau dah nak bertunang ya?”
Yumni bertalu-talu menyoalnya.Kata nak tanya sikit…
“Dia sibuklah tu…”
“Alah,selalu tu kalau dia sibuk dia datang jugak..sekarang ni langsung tak menjengah..apa,dia dah berhenti makan karipap pusing kau ke? Tak pun patah hati sebab kau nak bertunang..”
“Malaslah aku nak jawab soalan kau tu! aku nak pergi stor ni,kalau ada yang cari..kau beritahu aku..” Wafeen jelas tak mahu menjawab soalan Yumni.
“Hai..macam berharap ada yang cari jek? oh,kau tunggu abang Rayyan datang erk? kau jangan Feen..dah tak lama tau kau nak jadi tunang orang..lupa-lupakanlah kekasih gelap kau tu!”
Wafeen terus berlalu sambil menutup telinga.Tak mau dengar! tak mau dengar! tak mau dengar!
"Feen!! Kau nak panadol? Aku boleh ambilkan...." Sempat lagi Yumni mengusik dari jauh.
"Shut up! Jangan sampai aku potong gaji kau bulan ni!!!!" Yumni ketawa sebaik saja mendengar jeritan dari dalam stor.
"Patahlah hati..membawa derita..sayang..." Sengaja Yumni menyanyi sekuat suaranya.
"Yumni!!!!!"
Dia gelak...dan terus gelakkan Wafeen.Wah..Betul punya tension tu!
“Bolehlah bang..please!please!please! kejap aja…” Valqis bersuara manja.
“Tak naklah! suruhlah orang lain!” Rayyan buat tak tahu.Tetap tekun menghadap laptop.
“Semua orang busy..boss aja yang tak busy,daripada termenung sana sini,baik tolong PA abang ni kan..lagi berfaedah”
“Ini siapa PA siapa boss ni?Suka hati cakap orang takde kerja”
“Aik? takkan marah kut…selalu tu,kalau sebut aja kedai buku tu..berdesup macam lipas kudung..kalau lunch pulak,tak sempat ajak keluar makan dah hilang..tapi sekarang, dah pandai pulak nak suruh orang tapaukan lunch dia..ini,bila suruh pergi kedai buku tu dah macam kena paksa pulak..sudahlah tu bang,dah abang yang cari pasal dengan kekasih orang kenapa? bukan abang tak tahu yang kak Wafeen tu dah berpunya..sekarang ni bila orang tu nak bertunang,abang tunjuk muka macam projek perumahan tak siap! kalau abang sorang nak tunjuk protes takpe..ini tak, dengan Val sekali abang ajak boikot kak Wafeen tu..tak bagi pergi rumah dialah..call dia lah..kesian Nek Jah asyik call kita tanya bila nak datang..tak pasal-pasal kena bagi alasan yang kononnya kita ni sibuk sangat…”
“Dah? dah habis membebel? nak suruh pergi beli stationary aja kan? okey! sekarang abang pergi…tapi,Val pergi buat kerja sekarang!" Arah Rayyan yang dah bangun dari kerusi dan mencapai kertas putih yang diletakkan Valqis di atas meja kerjanya.
“Err..”
“Apa lagi? pergilah!” Marah Rayyan.Valqis tertegun sekejap.Wahh!!! Seriusnya muka dia!
“Nak pergilah ni…hangin ajalah abang ni”
Rayyan menarik tali lehernya.Disinsing lengan baju hingga ke siku.Panas! Matanya tajam memerhatikan Valqis berlalu dari bilik itu. Ingat aku suka boikot Wafeen sepanjang dua minggu ni? terseksa tahu tak? Tambah lagi tak dapat karipap pusing!
Sebaik melangkah keluar handsetnya dalam poket berbunyi nada menerima mesej.
I dah bersedia…x lama aja lagi..
Drama Queen dah tak sabar nak beraksi!
Rayyan tersenyum membaca mesej itu.Semuanya adil dalam cinta dan peperangan.The Best Man Win..Daniel!
“Abang Rayyan!! Ya, Allah…lamanya tak datang sini!..nak jumpa Wafeen ya?”
“Eh..tak! Abang bukan nak jumpa dia, Cuma datang nak beli barang aja..” Rayyan menghulurkan senarai peralatan yang perlu dibeli pada Yumni.
“Oh..emmm..betul bukan nak jumpa Wafeen?”
“Tak..”jawab Rayyan bersahaja.Namun matanya sesekali melilau kalau-kalau ada Wafeen di situ.Dia di atas agaknya…
“Abang Rayyan tunggu dulu ya?”
Rayyan angguk.Kemudian dia duduk di ruangan bacaan kanak-kanak.Seperti biasa waktu itu kelihatan beberapa anak kecil berada di situ.Dia sudah boleh ingat wajah-wajah comel yang selalu ditemani Wafeen atau Yumni sementara menunggu diambil ibu bapa mereka.
“Uncle…boleh bacakan buku cerita tak?” Rayyan terasa lengannya dipukul perlahan.Dia pandang raut wajah comel di tepinya.
“Cerita apa sayang?” tanya Rayyan sambil mencubit pipi comel itu.
“Emmm..entah,dah banyak dengar ceritalah…Uncle ceritalah apa-apa aja..” jawab anak itu.Adik-beradiknya yang lain turut mendekati Rayyan.
“Ceritalah Uncle..” pinta mereka serentak.Rayyan telan liur.Masak aku! nak kena bercerita pulak dah..dia pandang Yumni yang hanya tersenyum sambil menjungkit bahu padanya.Rayyan capai sebuah buku di rak..buku apa ni? dia pandang buku itu dengan dahi berkerut.Himpunan Cerita Kanak-kanak?
“Okey..tapi dengan syarat..korang jangan intai buku ni,Uncle aja yang boleh baca buku ni..”
“Okey!!!” jawab kanak-kanak itu sambil ketawa.Rayyan senyum.Boleh pulak ikut ya?
“Tajuknya….Putera Malang dengan Puteri Bidadari…”
“Ohhh…”
Pada waktu itu Wafeen muncul setelah keluar dari stor.Dia terpandangkan Rayyan di sudut bacaan kanak-kanak.Bila Yumni mahu memanggail Rayyan,Wafeen cepat saja memberi isyarat supaya Yumni tidak memberitahu kehadirannya di situ.Wafeen hanya berdiri di sebalik rak stationary yang berhampiran.
“Pada satu ketika..ada seorang Putera yang nasibnya selalu dirundung malang…ibunya telah lama meninggal sementara ayahnya pula berkahwin lain..dia tidak suka tinggal dengan ibu tirinya lalu membawa adiknya tinggal jauh dari istana ayahnya..”
“Oh..mesti ibu tiri dia jahatkan Uncle? tanya Si Comel yang bertocang dua.
“Entahlah..dia tak cerita dalam ni..”Rayyan sengeh saja.
“Pada suatu hari, Putera Malang itu berjalan-jalan di sebuah taman yang sungguh cantik..dia tidak tahu taman itu kepunyaan siapa..tiba-tiba,dia bertemu dengan gadis yang sangat cantik! dia tak pernah tengok gadis seayu dan secantik itu lalu dia jatuh hati..Putera itu bertanya kepada gadis umpama bidadari itu..Rupanya itu adalah Puteri Bidadari..
“Wahai gerangan bidadari..mahukah kau mengikut aku pergi? kalau kau ikut aku,aku akan jaga kau dengan baik..aku akan menjaga kau dengan penuh kasih sayang..” Rayyan berhenti seketika.
“Lepas tu..dia jawab apa?” kali ini,Kanak-kanalelaki yang duduk di sebelah Rayyan pula bertanya.Anak itu seakan cuba melihat kandungan buku tapi Rayyan awal-awal lagi mengelak buku itu dari dilihat.
“Gadis itu menjawab…Wahai Putera budiman, aku meminta maaf kerana aku sudahpun dimiliki..kekasihku telah menyediakan taman yang indah ini untuk aku tinggal..tapi, dia yang memiliki aku selalu tiada di sini..aku sering ditinggalkan seakan tidak berpunya..” Rayyan lihat anak-anak kecil di depannya sudah tidak sabar menunggu.
“Alangkah bodohnya kekasihmu itu..kalaulau aku memilikimu,tidak akan sekalipun aku membiarkan kau sendirian..apa gunanya kau tinggal di dalam istana dan taman indah ini kalau sering kau diabaikan..marilah pergi bersamaku..aku berjanji yang aku akan jaga kau lebih baik darinya..tapi, aku tidak mampu menjanjikan taman mahupun istana yang indah buatmu kerana aku tidak sehebat dan sekaya pemilikmu ini..hanya kasih sayang yang dapat aku berikan padamu wahai puteriku…”
“Pergilah kau dari sini wahai Putera budiman kerana aku tidak mahu berpaling dari kekasihku..aku telah berjanji dengannya untuk sehidup semati…jawab Puteri itu”
“Alangkah malangnya nasibku..tuan Puteri Bidadari yang aku mahukan tidak sudi denganku..dia lebih rela tinggal di dalam istana itu biarpun selalu diabaikan…akhirnya,Putera Malang itupun membawa diri jauh dari situ dengan harapan,satu hari Puteri itu akan menyesal dan mencarinya..TAMAT!” Rayyan segera menutup buku.
“Ieeee…tak sukalah cerita ni!” budak berambut tocang tarik muka.
“Kenapa pulak?” Rayyan senyum saja.
“Iyalah…puteri tu tak patutlah..kesian Putera Malang tu!” sampuk kakaknya pula.
“Alah,namapun Putera Malang kan Uncle? lagipun…Puteri Bidadari tu mesti materialistic..biasalah perempuan!” abangnya pula ketawa terbahak-bahak.
“Abang Rayyan..ini barang yang abang pesan..” Yumni mendekatinya.Dia sempat mengerling Wafeen yang masih bersembunyi.Berperang dingin ke apa? nak main sorok-sorok pulak? Keluar ajalah!
“Okeylah..Uncle pergi dulu ya..lain kali kita jumpa lagi..”
“Bye Uncle..” mereka melambai-lambai pada Rayyan yang sudah meletakkan buku cerita di atas meja.Rayyan mahu ke kaunter dan ketika itulah Wafeen keluar dan muncul di depannya.Mereka saling berpandangan.
"Awak...Bila sampai? Buat apa kat sini?" Wafeen tak tahu kenapa dia rasa janggal untuk menegur Rayyan.Lelaki itu berdiri betul-betul di depannya.Kenapa awak nampak kurus?
"Do I know you miss?" Rayyan serius bertanya.Pandangannya kosong.Wafeen terpaku.Sentap!!Errkk!!
Bila keadaan sunyi sepi Rayyan berlalu melewati Wafeen yang dah macam tiang bendera.Tegak tak bergerak.Kenapa dia macam tu?
Selesai Rayyan membuat bayaran Yumni sempat mengusik.
“Tak nak kirim salam dengan Puteri Bidadari ke? manalah tahu,dia tengah tunggu Putera Malang…”
Rayyan menggeleng dan terus berlalu keluar dari kedai buku itu.Wafeen hanya mampu memerhati.Waktu seakan terhenti dan yang terngiang-ngiang dalam kotak fikirannya..Do I know you? dan raut wajah Rayyan yang tanpa perasaan...dingin! dia tidak dipedulikan!
Yumni mendekati Wafeen yang sudah terduduk di sofa.Wafeen mencapai buku yang dibaca Rayyan tadi,dia mencari-cari tajuk cerita yang dibacakan tapi tiada!
“Tak payah cari…nampak sangat dia reka sendiri cerita tu…kesian Putera Malang…”
“Kau diam sekejap boleh tak? Wafeen hempas buku atas meja.Yumni terkedu.Wafeen mengawal perasaannya bila tingkahnya diperhatikan kanak-kanak yang masih berada di situ.Terpaksa ukir senyum paksa.
“Okey….okey..sentaplah tu!...Hai,sejak tak makan karipap kau..dia dah hilang ingatan kat kau tak? Do I know you?” Yumni menggeleng.Kesian....bila selama ni jadi perhatian tapi sekarang dah tak kenal pulak? hambik kau!
Wafeen rasa sebak.Kenapa pulak aku nak sedih dengan cerita tu? budak-budak ni pun tak nangis aku pulak yang feeling lebih! waaaaaa…memang kesian Putera Malang!..haruskan aku mengatakan Puteri Bidadari tu bodoh? takkan aku nak membodohkan diri sendiri?…Do I know you? Kejam! sebaris ayat yang bagaikan sejuta pisau menikam jantung! sekuat mana lagi dia mampu bertahan?
hheee...cian wafeen....kejam lh rayyan nie..tapi best x sabar nk tggu entry sterusnye..:)
BalasPadamrayyan saja buat tataw...hehehe...
BalasPadambest3..! sdih la plak cite putera malang dengan puteri bidadari neh yer..hehehe.. akak cpt2 smbung yer..:)
BalasPadamsalam dik..wah..nampkanya Rayyan dah buat reverse pysaikologi kat minah poyo tu..kan dah ko tersentap..tak pasai pasai..tu ..la..dulu org beria ia cuba tckle ko..taknak..nak kan juga mamat sengal tu yg dah tipu ko hidup hidup dah bertunang pun..tapi tak nak declare..sengal betui la wafeen ni..
BalasPadamTapi akak sgt sgt sedih bila mamat poyo Rayyan tu bercerita pasal putera malang ngan Puteri Bidadari..citer nyA WALAUPUN PUN KEBUDAK BUDAKAN TAPI MAKSUDNYA DALAM SAMPAI KEJANTUN GHATI AKAK DPT RASAKAN..sungguh sinis..ayat yg dituturkan walaupun untuk menceritakan pada budak budak yg tak tahu apa apa tu..tapi ..itu merupakan luahan hatinya yg paling dalam dilontarkan untuk melegakan perasaannya..dan tersentap akak bila mamat sengal tu juga menanya soalan "Do I know U" kat Minah sengal tu..
adakah ini bermakna cinta dihatinya telah hilang..buat si gadis itu..
wafeen nk tunang juga ke ke ngan daniel.....dia masih x tahu ke yg daniel tu dah bertunang ...sian wafeen ditipu daniel......kejam betul....nak rayyan ngan wafeen...sambung lg iman
BalasPadameeee...
BalasPadamkejam tul abang rayyan ni...
sian kt putera malang 2...huhu
sambung lagi cikgu..
kak ida : mmg cite tu cam dongeng budak2 kan? tp tu la..senang nk cite tp maksudnye trus pd point..huhuhu..cinta rayyan kat minah poyo sentiasa ade cuma dia nk luahkan perasaan geram yg teramat sgt..huhu..saje nk bg sentap..:) tau je la..dh biase org tu terhegeh2 kt dia,sekali ignore trus sentap..
BalasPadamHuhu..tu laa..time rayyan ada buat x tau..
BalasPadamNi dah berjauh hati ni mcm mana?
Huhu..kasihan betul wafeen ngan rayyan ni..satu x tau nak
buat pilihan..sorang lg makan hati hehe..
Best..rindu ngan hannah dan uwais..
Sweet couple..
Kesian dekat Rayyan...
BalasPadamWafien x sepatutnye terima Daniel Elhan...
Grrr...geramnye!
wahhh..!!! besnya... xsabar nk tgggu smbungan....
BalasPadamouch! sakitnya..hati luka..huhuhu. kesian rayyan. igt td, rayyan nak cter pjg2 pasal ibu tiri putera malang tu, so wafeen tau cter rayyan. hehe hope cpt la wafeen tau pasal kisah malang rayyan.
BalasPadamAhaks! Pdn muka hang wafeen! Slalu kata rimas la.. Xsuka laa.. Ha ni rayyan wt xpeduli hang plak tercari2? Hailaaa.. Tp sentap betoiii!! Ahaks.. Tp rayyan yg sebenaqnya pon mesti lg sentap.. Menahan rasa jer tu.. Pity rayyan
BalasPadamgo rayyan go...;)
BalasPadam