Follower Setia SYK

Selasa, 6 Mac 2012

Hikayat Cinta Si Pematah Hati 31

Rayyan selesai menunaikan solat Subuh di dalam biliknya.Kemudian dia segera bersiap untuk ke pejabat.Semalam Uwais yang hantar dia balik.Memandangkan Valqis masih belum balik, dia berpesan pada Wafeen supaya tidak lupa mengambilnya pagi itu.Dia masih teringat bagaimana Uwais tersenyum-senyum memandangnya sewaktu berpesan begitu dan dia buat tak nampak aja.

Dia perlu segera bersarapan.Dia tak nak Wafeen marah kalau dia lambat.Semalam pun Wafeen macam menjauhkan diri daripadanyanya.Dia cukup tak suka dengan keadaan seperti itu.Kehidupan sehariannya takkan lengkap kalau tak mengusik gadis itu.Dia sedar,tidak manis kalau dia selalu mengganggu anak gadis orang.Apatah lagi sepanjang masa nak berada di sisi Wafeen.Mereka berdua bukan muhrim,takde sebarang ikatan pun.Oleh kerana batasan agama itulah dia nekad...dia akan meminang Wafeen! Dia tak peduli,Wafeen suka ke tidak..setuju atau tak,apa yang penting niatnya suci..dia tak mahu orang sekeliling pandang serong padanya.Dia tak mahu hubungan yang tiada sebarang ikatan.Dia nak Wafeen jadi haknya yang sah..baik dalam pandangan masyarakat dan halal di sisi agama.

Rayyan rasa pelik bila dia lihat lampu di bahagian dapur terbuka.Aku rasa malam tadi aku takde turun pun..seingat aku,semua lampu aku tutup!
Rayyan dengar seperti ada pergerakan di dapur.Segera dia ke dapur dan melihatnya.
“Val?”
“Abang…good morning!” Valqis yang sedang menyediakan sarapan menyapa dengan senyuman.
“Bila balik?” Rayyan tarik kerusi.
“Malam tadi…saja malas gerakkan abang,so…macamana kenduri kat rumah Nek Jah semalam? sayang pulak rasanya tak dapat pergi..tak sempat nak call kak Wafeen,dia ada tanya pasal Val tak?
Rayyan tidak menjawab.Memang ada..tapi dia beritahu Wafeen,Valqis pergi jenguk papanya di KL..dia tidak sebut pasal pertunangan Daniel..belum masanya Wafeen tahu,dia kena tunggu isyarat dari Zarynn dulu.
“Balik sorang ke malam tadi? Rayyan kerut dahi.Dia tak suka kalau Valqis berbuat begitu.Kan bahaya seorang gadis memandu di highway sendirian pada waktu malam?
“Taklah…Val balik dengan seseorang…”Valqis meletakkan sekotak susu coklat di atas meja.
“Dengan papa ke?” Rayyan tayang riak terkejut.
“Tak…dengan…”
“Good morning!”
suara yang kedengaran dari arah belakangnya buat Rayyan terkaku.Dia bukan setakat terkejut tapi terlalu terkejut!
“Daniel?” Dahi Rayyan berkerut.Tiba-tiba dadanya rasa berdebar.Serta merta dia teringatkan Wafeen..
“Malam tadi saya temankan Val balik..Dia kata…mesti kena balik juga sebab tentu abang Rayyan nak guna kereta..”
“Haah…sian kat abang Rayyan,hari-hari tumpang kak Wa..
“Val tolong tuangkan abang susu coklat tu!!” cepat-cepat Rayyan memotong percakapan Valqis yang hampir menyebut nama Wafeen di depan Daniel.Sebelum ni,dia ada ingatkan Valqis supaya tidak menceritakan apa-apa perihal hubungan mereka dengan keluarga Nek Jah kepada papa mahupun Daniel atau sesiapa sahaja kerana dia tidak mahu sampai Daniel tahu.Arghhh!Daniel! kau dah bertunang pun masih berani datang sini ke? tu tak lain nak pergi mengayat Wafeen la tu! memang spesis papa dia ni! tak cukup Zarynn..Wafeen pun kau tak nak lepas? kau ingat kau handsome sangat ke? Aku tak rela Wafeen aku jadi mangsa perangai buaya macam kau!
“Its okey Daniel..terima kasih,menyusahkan aja..kau kan semalam ada majlis..” Rayyan bersuara lembut.Sungguh aku tak percaya yang aku mampu cakap macam ni dengan dia..
Rayyan cuba bertenang.Cuba menyembunyikan kerisauannya.Matanya melirik pada jam,mengira waktu kereta volkswagen merah jambu muncul di perkarangan rumahnya.Jangan datang Wafeen!!

“Eh,takpe..lagipun,majlis dah selamat pun..”Daniel senyum padanya.Rayyan memaksa dirinya untuk tersenyum walau pada saat itu dia sedang terdesak berfikir.Macamana kalau pagi tu Wafeen datang mengambilnya dan bertemu muka dengan Daniel? kalau rahsianya diketahui tanpa sempat dia berbuat apa-apa? dia tak tahu nak buat apa kalau Wafeen tahu dia ada hubungan dengan Daniel..kalau Wafeen tahu Daniel pulak menipunya? masih relevankah dia untuk menjadi pilihan sebagai calon suami Wafeen? Kalau Wafeen benci dia? Tak! Dia takkan biarkan usahanya selama ni sia-sia..pengakhiran pada hikayat cintanya mestilah "Bahagia selama-lamanya" walaupun dia tahu..semua tu hanya ada dalam kisah dongeng sahaja.

“Kenapa Abang Rayyan tak datang majlis semalam? kalau tak salah,abang kan baik dengan Zarynn? tanya Daniel yang sudahpun duduk berhadapan dengan Rayyan.
“Err..aku tak berapa sihatlah..lagipun,ada kenduri kat rumah kawan…” Rayyan cuba mengawal getar suaranya sebaik mungkin.Ah..kenapa aku mesti panik depan budak empat mata ni?
“Kawan ke buah hati..”Usik Valqis.
“Buah hati?” Daniel masih murah senyuman.Rayyan pandang Valqis dengan perasaan tidak selesa.Val ni tak boleh diam ke?
“Sebenarnya kan Abang Daniel, Abang Rayyan ni suka dengan seseorang..cantik,pandai serba serbi..baik pulak tu.. tapi sayangnya,hati orang tu dah berpunyalah! sian abang…” Valqis mengusik tapi dia tak perasan usikan itu sebenarnya membakar hati Rayyan.Hati orang tu dah berpunya! Ayat itu cukup buat dia sentap!
“Perempuan tu memang rugilah..Abang Rayyan yang handsome macam ni boleh tak nak?” Daniel menggeleng.Rayyan yang minum susu coklat tersedak hingga mengotorkan sedikit pakaiannya.Dia pandang Daniel.Kalau kau tahu apa yang aku dah buat,kau takkan cakap macam tu Daniel...
“Abang! kut ya pun,janganlah sampai tersedak..”Valqis ketawa.Rayyan menyapu bajunya.Dan kalau kau tahu siapa perempuan tu Daniel…percayalah! kau akan tarik balik kata-kata kau tu,dan mungkin jugak kau akan terlalu menyesal sebab cakap macam tu tapi....aku memang setuju sangat ayat kau tu!
“Abang nak pergi tukar baju dululah…” Rayyan mahu bangun.
“Oh ya, baru saya teringat…kalau tak silap,sepatutnya saya ada appoinmet dengan CEO syarikat InfinityCorp dari Kuantan..tapi sekarang ni,jawatan Pengurus tu..Abang Rayyan yang pegang sekarang..abang dah jumpa ke CEO tu?”
Rayyan yang bangun kerut dahi.Dia tak berminat nak ambil tahu tentang apa-apa urusan di pejabat pada waktu itu.Dalam fikirannya cuma satu..dia nak call Wafeen!
“Tak tahu pun? Val tak cakap apa-apapun kat abang?” Rayyan pandang Valqis.Tak pasal-pasal dia nampak bersikap sambil lewa di depan Daniel! kenapa tetiba aku rasa kecik aja depan Daniel ni? adakah sebab sekarang dia CEO dan aku ni cuma kuli dia aja? Ni yang aku tak suka ni!
Dari dulu dia memang tidak rela bekerja di bawah Daniel tapi Wafeen Wardah punya pasal..terpaksa jugak dia telan pahitnya…Kerana Wafeen,dia sanggup merendahkan egonya di hadapan Daniel.
“Ya Allah! Val terlupalah! Juwita memang ada beritahu pasal tu sebelum ni,PA CEO Infinity tu ada call nak pastikan appointment tu..kalau tak silap,CEO tu akan turun ke Temerloh..sepatutnya appoinmetn tu hari Khamis minggu lepas..” Valqis ketap bibir.Habislah! mesti kena marah kejap lagi!
Daniel tak kata apa.Sekadar merenung Rayyan sahaja.Huh! macam ni papa kata ada pengalaman sangat? baru handle syarikat kecil dah clash appointment? dengan CEO syarikat besar pulak tu..kalau macam ni,takdelah hebat sangat pun..aku lagi bagus buat kerja!Lagak aja lebih..
“Apa ni Val…lain kali cakaplah! hal besar macam ni pun boleh lupa ke?” Rayyan sempat marah sebelum berlalu pergi.Entah kenapa dia rasa malu depan Daniel.Tentu Daniel pandang rendah padanya.Arghhhh!!! kenapa nasib baik tak menjengah lagi …sampai bila nak bersabar ni? Dari dulu sampai sekarang nak kena bersaing dengan dia! Bosan!

Rayyan ke bilik dan menukar baju.Selesai menukar pakaian dia baru teringatkan perihal Wafeen bila melihat frame gambar di atas meja tepi katil.Alamak!! terlupa nak call suruh tak payah ambil…

Bengang dengan sikap cuai Valqis dan rasa malu depan Daniel tadi buat dia terlupa tujuan asalnya.Rayyan capai handset dan menghubungi talian Wafeen.Sayangnya tidak berjawab.Dia cuba lagi..tetap tak berjawab.Telefon rumah pun tidak berjawab.Agaknya,tengah sarapan tak?
“Tolonglah jawab sayang! kalau awak datang jugak…habislah semua planning!”
Rayyan mengeluh.Panggilan tetap tak berjawab.Dia keluar dari bilik dan mengatur langkah ke ruang tamu.Hajatnya nak call Uwais.Rasanya Uwais belum balik Kuantan lagi. Baru nak dail..
Pin! pin! pin!
Dia dengar bunyi hon kereta.Rayyan hampir saja terlepas handset dari genggaman bila Daniel muncul dari arah dapur.
“Abang Rayyan pergilah sarapan balik..biar saya tengok siapa yang datang..” Daniel menawarkan diri.Langkah kakinya sudah menuju ke pintu utama.
“Eh! takpe..takpe..takpe..kawan aku tu!” Rayyan menghalang.
“Its okey…biar saya beritahu yang Abang Rayyan nak sarapan..abang belum makan pun lagi kan..”
Rayyan cekak pinggang.Degil pulak budak empat mata ni! nak aja aku kick dia ni!! Buat baik sangat dengan aku kenapa? Habislah dia dah bukak pintu!Warghhh!! jangan buka pintu tu la sengal!!
Rayyan tak tahu nak cakap apa lagi dah bila Daniel sudah pun membuka pintu dan keluar menjenguk siapa yang datang.Dia rasa macam nak pitam pun ada..musnahlah harapan aku! trick apa pulak yang aku nak guna lagi? dia tak dapat bayangkan riaksi Wafeen bila nampak Daniel di rumahnya! apa aku nak jawab? yang selama ni aku try usha girlfriend adik sendiri?Dia ...bukan adik aku!! Aku tak pernah mengaku dia adik aku!

Semuanya dah takde makna kalau Wafeen tahu..memang habislah kau Rayyan! usahkan nak jadi isteri ke tunang..nak jadi kekasih terang pun tak sempat!
Rayyan terduduk di sofa.Rasanya dia dah tak boleh berdiri.Lututnya terlalu lemah dan tangannya rasa sejuk.Dia tak pernah rasa takut macam tu..terlalu takut kehilangan Wafeen!
"Abang Rayyan!" Panggilan Daniel di muka pintu buat dia terkejut.Rayyan mendongak dan matanya bertemu pandang dengan Daniel...







Daniel menghampiri Rayyan.
"Are you okey?" Dia rasa pelik bila melihat keadaan Rayyan yang nampak gelisah dan sedikit berpeluh.
"Okey je..."Jawab Rayyan.Dia menarik tali lehernya.Terasa sesak nafas.
"Ada orang tunggu abang kat luar.."Beritahu Daniel.
“Si..Siapa?” tanya Rayyan dengan wajah gelisah yang gagal disembunyikan.Wafeen ke? Tapi...kalau Wafeen takkan Daniel nampak cool aja?
“Kawan Abang Rayyanlah,dia nak jumpa abang tu..nak suruh dia masuk ke?”
“Takpe..takpe..kau pergilah sarapan,biar aku jumpa dia..” Rayyan rasa hairan pula bila melihat riaksi Daniel seperti biasa saja.Kawan mana pulak yang datang? kalau Wafeen takkan riaksi dia biasa aja.Dia yakin seratus peratus bukan Wafeen yang datang.Rayyan tanpa berlengah segera bangun dan keluar.
Daniel menurut saja.Dia terus kembali ke dapur.Cuma dia tertanya-tanya, kenapa Rayyan nampak gelisah dan cuak pula.Seolah-olah ada yang tak kena..Perasaan aku aja kot..

Rayyan menghela nafas lega.Alhamdulillah..Hatinya yang tadi cemas semakin lega bila melihat rupanya Uwais yang datang.Tiba-tiba perasaannya rasa lapang dan spontan dia ketawa lalu mendekati Uwais.
“Kau ke Uwais…aku ingatkan siapalah..”Rayyan masih ketawa.Dia rasa bagaikan terlepas dari menggalas beban yang berat.
“Elleh…ingatkan siapa konon…bukan sepatutnya Wafeen ke yang awak tunggu?”
Rayyan senyum.Masih berfikir kenapa bukan Wafeen yang datang.Namun begitu,dia lebih bersyukur kerana bukan Wafeen!
“Memang aku pelik ni,kenapa pulak kau yang datang erk?”Tanya Rayyan seraya menghela nafas lega.Sesaknya hilang...
“Memang Wafeen nak datang tadi…tapi saya ada hal dengan awak..”
“Hal apa?”
“Macam ni, masa sarapan di rumah tadi,saya tanyakan Wafeen pasal alamat ni…betul ke ni syarikat kau? Wafeen cakap kau kerja kat sini..”
Rayyan mengambil kertas yang dihulurkan Uwais.Memang betul,alamat yang tertera adalah alamat pejabatnya.
“Betul…tapi kenapa pulak kau ada alamat ni?”
“Hah,tu la pasal…Hannah tak berapa sihat pagi ni,dia suruh saya jumpa dengan pengurus syarikat ni,katanya ada appointment..bila saya tanya Wafeen dia tahu tak tempat ni di mana, dia cakap..syarikat ni awak yang uruskan…itu sebab saya datang sini..” cerita Uwais.
“Appoinment dengah Hannah? syarikat apa ya?” Rayyan sendiri tidak pasti.Ada banyak appointment sepanjang bulan ni..yang mana satu?
“InfinityCorp…”
“Oh…jadi, isteri kau ke CEO Infinty tu?” Rayyan seperti tidak percaya.Nampaknya,nasib baik memang dah datang menjengahnya pagi itu.Alhamdulillah…
“Iyalah…”
“Aku langsung tak terfikir..mak aih…dasyat la kau Uwais, sekali dapat isteri..CEO tu!” Rayyan menepuk-nepuk bahu Uwais.
“Apa yang hebat sangat? sebab saya ni penjual burger aja ke?”
“Takdelah…Cuma, biasanya..perempuan high class jarang nak pilih lelaki macam kita..”
“Jodoh Rayyan..kena percaya pada takdir Allah” Uwais ketawa kecil.Hmm..memang awal-awal dulu dia tak suka aku pun Rayyan..berbakul-bakul dia sindir aku..tapi Allah tu Maha Adil..
“Eh,kita ni bercakap kat luar aja..emm, aku rasa..elok kita pergi pejabat aku dulu, kita bincang pasal projek tu..lepas tu,kita boleh pergi site..”
“Okey..tapi,awak dah sarapan ke ni? saya ni datang main redah aja..”
“Alah, sarapan kat luar ajalah, aku belanja kau jom..kita pergi gerai mamak nak?”
“Eh,saya dah makan tadi…hari ni,isteri saya belajar buat karipap pusing..hah, dalam kereta ada Wafeen bekalkan untuk awak..amboi…boleh tahan manja erk? nak berbekal bagai..”
Rayyan sengeh dengan usikan itu.
“Satu lagi pesan Wafeen, hari ni takde mangkuk tingkat..”
“Kenapa?”
“Aik? cuak nampak…relekslah,takde tu sebab…dia suruh saya bawa awak makan tenghari kat rumah..ish..ish..ish…ambil berat betul Wafeen kat awak ya? saya jadi keliru pulak, Wafeen ni, buah hati siapa sebenarnya erk?
“buah hati akulah..pengarang jangtung, intan payung..tu pun tak tau ke?” Rayyan angkat kening.Sengeh lagi.Uwais ketawa sambil menunjukkan isyarat thumbs up.Terbaik!!
“Aku ambil beg kejap..kau tunggu sini!”
“Eh,kejap..nak tanya,tadi tu siapa?” tanya Uwais.
“Oh..tadi tu? tukang kebun aku yang baru..”jawab Rayyan selamba dan terus berlalu.Uwais angguk.Tak nampak macam tukang kebun pun?





Wafeen!!! u'r "darling" miss you...^^
jumpa lunch time nnt kt rmh..jgn pergi mana2..



Wafeen menggeleng bila membaca mesej yang baru diterima daripada Rayyan.Teruk betul la dia ni! Suka hati nak bagi arahan..siapa entah nak panggil dia sayang..perasan! Namun,ada senyuman di bibirnya....rama-rama sedang menari dalam hati!

“Wafeen……”
Panggilan manja Yumni yang kedengaran agak menggedik itu buat Wafeen kaget.Huh…apa kes pulak dengan Yumni ni? semacam aja senyum?
“Apa? kau takde kerja eh? kejap-kejap panggil aku aja kerjanya…” Kacau ajalah!
“Alah kau ni,aku panggil bukan apa..tu hah, macam biasalah, ada jejaka handsome cari kau..pelik ah…ilmu apa kau pakai erk? lelaki handsome terkejar-kejar kat kau..macam makanan yang kena hurung dek lalat..”
“Melampau la statement kau tu!..ingat aku apa…ratu dunia sampai lelaki nak terkejarkan aku..”
“Oh..kau bukan erk?”
“Yumni…kau kalau tak mengarut boleh tak? siapa yang cari aku pulak kali ni?”
“Siapa lagi…buah hati kau lah..hmmm,aku rasa kan,mesti dia rindu gila kat kau kan?” Yumni bersandar di muka pintu.
Wafeen gigit bibir.Dah kenapa pulak dengan Rayyan ni? bukan dia pergi tengok site dengan abang Uwais ke? kut ya pun rindu,kan boleh jumpa tenghari ni? dua tiga jam aja lagi,dah tu…baru semalam jumpa kat kenduri tak hilang rindu lagi ke? Rayyan..Rayyan…kan dah bekalkan karipap pusing,tak boleh bersabar sampai tengahari ke?
Wafeen bangun dari kerusi selepas menutup laptop.Dia berlalu melewati Yumni.
“Dia datang, dengan lenggang-lenggoknya…dia datang..jeng..jeng..jeng..”
“Yum!..siap kau nanti!” Wafeen sempat memberi amaran pada Yumni yang masih galak mengusiknya.
Wafeen memandang sekeliling ruangan kedainya.Dia tak nampak Rayyan di mana-mana.Yumni ni nak mainkan aku ke? baru aku perasan,bukan selalu kalau Rayyan datang..dia main redah aja tingkat atas tu ke? takdenya dia nak tunggu-tunggu kat bawah ni.Sah aku dah kena main dengan Yumni ni!
“I miss you!”
Wafeen terkejut bila dari arah belakang,muncul sekuntum bunga mawar merah untuknya.Bila dia berpaling,Daniel sudah berdiri di hadapannya dengan wajah penuh kerinduan.
“Rindu saya tak sayang?” tanya Daniel.
Wafeen terkebil-kebil.Elhan? kenapa tiba-tiba…
“Wafeen?”
“Hah?”
“awak rindu saya tak?”
“Awak ni,mestilah saya rindu..”jawab Wafeen.Dia tak tahu jawapan itu ikhlas atau tidak kerana dia tak rasa hatinya sekata dengan tuturnya itu.
“Habis tu kenapa awak diam aja bila saya tanya tadi?”
“Saya..terkejut! bila awak balik? kenapa tak cakap?”
“Saja..nak surprisedkan awaklah…hari ni, saya nak jumpa dengan nenek awak..saya nak bincangkan tentang perkahwinan kita..emmm, awak tentu sukakan? tak lama lagi…saya akan jadi milik awak..”
Wafeen tak tahu nak cakap apa.Bukan jawapan tu yang aku tunggu selama ni kan? tapi….kenapa aku rasa macam tak gembira? tak! aku gembira Cuma aku terkejut aja kan? okey..Wafeen, tarik nafas dan bertenang.
“Betul ni?”
“Betul..kalau awak nak, sekarang jugak kita jumpa nenek..ya sayang..”
“Okey!” Wafeen angguk dan senyum..betul ke semua ni? macam mimpi pulak, mimpi yang aku....tak nak!





“Dah pukul 1.30 ni…kita singgah masjid dululah ya Rayyan? lepas solat baru kita balik rumah..” Uwais memperlahankan pemanduannya.Mereka baru sahaja melawat tapak projek perumahan di kawasan Bukit Lada.Perumahan kos sederhana yang sasarannya untuk golongan pertengahan yang bekerja di kawasan pedalaman seperti guru dan pekerja kerajaan.
“Aku sukalah ayat kau tu..lepas solat kita balik rumah..bunyi macam kita ni satu keluarga aja kan?”
“Huh! nampak sangat tak sabar nak jadi adik ipar saya kan?”
meledak ketawa Rayyan.
“Siapa tak nak dapat ipar macam kau, kalau betul, senang jugaklah kerja aku..tender syarikat Infinity tu,tak payah susah-susah aku nak buat proposal kan..kira,bagi ajalah kat aku..”
“Wah! ini dah kira perkahwinan atas sebab perniagaan aja..”
“Taklah! yang tu orang kata..sambil menyelam minum air..kan..kan..”
“Bijak..bijak..memang otak berniaga..”
Mereka singgah di masjid Abu Bakar untuk menunaikan solat Zohor.Kemudian seperti dirancang,Uwais bawa Rayyan ke rumah neneknya untuk makan tengahari.
“Kereta siapa pulak yang baru keluar tu?” Uwais dan Rayyan memandang sebuah kereta BMW yang baru saja keluar dari perkarangan rumah Nek Jah.
Wajah Rayyan segera berubah.Itu kan…kereta Daniel? mulanya bila Valqis cakap dia balik dengan Daniel,Rayyan fikir mereka balik satu kereta tapi pagi tadi dia nampak BMW Daniel di garaj,barulah dia tahu,malam tadi Daniel hanya follow kereta Valqis.Memang cerdik otak dia,kalau dia tak bawa kereta dia..macamana dia nak jumpa Wafeen? Argghh!!!! apa yang kau nak lagi dari Wafeen Daniel? kau dah bertunang dengan Zarynn, kenapa kau masih tak nak lepaskan Wafeen?
“Rayyan?”
“Huh? Rayyan terkejut bila Uwais berada di luar kereta dan sedang mengetuk cermin kereta di tepinya.
“Tak nak keluar ke?” tanya Uwais.Dia pelik dengan perubahan Rayyan yang tiba-tiba itu.Macam orang baru terjaga dari tidur.
Rayyan keluar dan mengekori langkah Uwais masuk ke dalam rumah.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam…abang dah balik pun..penat erk?” Hannah menyambutnya dimuka pintu.Uwais mencium dahi Hannah kejap.Dia lihat tiada siapa di ruang tamu.Rayyan turut masuk dan duduk di ruang tamu.Fikiran Rayyan masih tak menentu sejak melihat kereta Daniel tadi.Apa Daniel buat kat sini?
“Siapa yang datang tadi sayang?”
“Tadi tu? itulah boyfriend Wafeen…dia datang sini jumpa nenek..dia baru aja merisik Wafeen tadi…sekali bincangkan rombongan meminang Wafeen”
“Datang sorang macam tu?”
“Entah, dia cakap..keluarga dia takde kat sini, pergi bercuti ke luar negara…so,dia ajalah yang datang”
Penerangan itu buat Rayyan mengepal penumbuknya.Kurang ajar kau Daniel! berapa banyak tipu helah kau nak guna untuk dapatkan Wafeen! aku tak sangka kau lebih licik dari aku!
“Hah! dah balik pun korang berdua..Rayyan? lapar tak? Mak cik dah siapkan makanan..ajak Uwais makan sekali..” Sarimah muncul dan duduk di hadapan Rayyan.
“Err..Wafeen mana mak cik?
“Wafeen? dalam biliklah..orang hati tengah berbunga-bunga..tak lama lagi, nak bertunang dengan buah hati..”
“Mak dengan nenek setuju ke?”
“Apa pulak tak setuju? orang dah suka sama suka Uwais oi…”
“Alah,kita bukan kenal dia pun mak…”
“Eh,mak dah tanya dia macam-macam tadi bang…tak sangka rupanya,boyfriend Wafeen tu CEO syarikat besar tau..okeylah tu”
“Oh..sebab dia CEO so sesuai sangatlah? memang material!” Uwais tiba-tiba melenting.Pengangan Hannah pada lengannya ditarik.Wajahnya mencuka.Hannah tak tahu cakapnya tadi menaikkan kemarahan suaminya itu.Uwais bukan suka marah-marah .Tapi yang tadi tu…
“Rayyan…jom kita makan” ajak Uwais.
“Abang nak saya temankan ke?
“Tak payah! pergi rehat aja kat bilik…jalan ke hulu ke hilir..tak letih ke?”
“Eh,Uwais…yang kau tiba-tiba nak marahkan Hannah ni kenapa? angin tidak,ribut tidak..kau pulak yang berapi-api..nak mak siram kau dengan air?”
“marah apa pulak mak? saya suruh dia masuk bilik aja..salah ke? mak ni, kalau saya tinggikan sikit suara pada Hannah mulalah tuduh saya marah dia..kalau macam ni, mak jadi ajalah bodyguard dia..”Jawab Uwais.Dia menjeling Hannah yang tayang muka kecik hati!nak nangislah tu...
“Ewah…menjawab pulak kau ya? panjang pulak tu, kau jangan nak buat mak pulak naik angin Uwais..”
“Bukan menjawab mak..”Uwais menunduk bila wajah Sarimah sudah bertukar garang.
“Err..Uwais,jomlah kita makan..”Rayyan tepuk bahu Uwais.Dia nampak Uwais seperti marahkan sesuatu sampai orang lain kena tempiasnya.
“Lain kali,kalau hal besar macam tadi tu mak, boleh tak kalau kita berbincang dulu,kut ya pun nak setuju..tanyalah mak ayah Wafeen tu dulu, tak boleh ke kalau tunggu saya balik? anak mak ni dah tak penting ke dalam keluarga ni…” sempat Uwais meluahkan rasa kecewanya sebelum beredar ke dapur.
Hannah dan Sarimah saling berpandangan.
“Macamana ni mak? abang marah..”Adu Hannah.
“Manalah mak tahu jadi macam ni..lagipun, nenek dah setuju..orang datang bawa hajat baik..takkan nak tolak..”
Sarimah mengeluh.
“Apa yang bising-bising tadi tu Sari? Nek Jah keluar dari bilik.Dia baru selesai solat Zohor.
“Uwais dengan Rayyan dah balik mak..” jawab Sarimah.
“Hah..mana diorang?”
“Kat dapur..makan..”
“Eh,Wafeen pulak mana hilangnya?”
“Dalam bilik agaknya..Dari tadi tak keluar pun”
“Ish budak ni,Rayyan datang dia memerap dalam bilik pulak..”
“Orang tengah gembira nek..” sampuk Hannah.Dia mahu masuk ke bilik.Sudahlah kena marah dengan Uwais.Satu hal pulak nak fikir macamana nak hilangkan marah suaminya itu.Mesti dia fikir aku pun selama ni sukakan lelaki High class..tu pasal sentap sangat hati sayang aku tu!..Wafeen punya kes..aku pulak yang kena tempias!


“Awak okey ke?”
“Hmmm…
“Sabar ajalah Rayyan..kalau jodoh tak ke mana..
“Hmmm..”
"Err..nak aku panggil Wafeen?"
"Tak payah...orang tengah hati berbunga-bunga buat apa nak kacau..Tengok muka aku nanti spoil mood dia aja"
Uwais pandang Rayyan yang sedang makan.Rayyan tak banyak bercakap macam sebelumnya.Kasihan Rayyan! apalah yang boleh aku buat Rayyan….dah lelaki tu pilihan Wafeen! dia pun rasa tak puas hati.Ditambah pulak dengan kata-kata Hannah tadi.Mentanglah budak tu CEO kan? tu tak lain ingatkan bekas tunang dia dululah tu…
Rayyan masih berfikir dan terus berfikir…nak marah tapi tak tahu pada siapa..Daniel? Wafeen? atau keluarga Wafeen yang dah setuju dengan risikan Daniel? Salah dia sebenarnya...sejak awal pun memang salah dia! dah tahu Wafeen sukakan Daniel tapi dia nak paksa Wafeen sukakannya.Bodoh! Aku memang bodoh sebab berharap pada yang tak sudi...inilah balasan pada niat jahat aku nak patahkan hati orang lain,tapi hakikatnya..akulah yang patah hati!!
Dia masih tak boleh terima! korang tak tahu!Daniel dah bertunang, tinggal dua bulan aja lagi nak bernikah dengan Tengku Zarynn!
“Uwais..”
“Hah..”
“Aku ada hal penting nak cakap..”
“Apa dia?”
“Err…emmm…boleh kau hantar aku balik lepas ni?”
“Itu aja?”
“Haah..”
“Ingatkan apalah tadi..” Uwais menyambung suapannya.
Rayyan senyum kelat.Hampir saja dia beritahu Uwais status Daniel tadi.Bukan macam ni caranya!! perlu cara yang paling menyakitkan hati Wafeen.Ya…menyakitkan sampai nama Daniel Elhan pun dia benci nak sebut…Wafeen bukan tunang kau Daniel..bukan juga isteri kau..tak jadi kesalahan untuk aku jadikan dia hak aku yang sah!

13 ulasan:

  1. hailaa.. makin complicated nii..
    eii..sakit hati ngan daniel ni..menipu yer! slma ni ingatkan dia ni baek jer..jd mangse sbb syg kat mak dia.. rupanya dia pon sama negative thinking pasai rayyan. huh..ptt la rayyan meluat kat dia.. dia pon meluat rayyan jugak

    BalasPadam
  2. ya Allah...cian kat rayyan.... napelah daniel ni tak sedar diri yg dia dah bertunang dgn zaryn.... wafeen ni pun satu.... klau dah suka pada rayyan, akui jelah.... tak baik mainkan hati org... ni yg sentap rasa hati ni....

    BalasPadam
  3. hohoho makin mendebarkan...

    BalasPadam
  4. sambung lagi plssssss

    BalasPadam
  5. watkan wafeen sukakan rayyan ... pls ... x nak ngan daniel..

    BalasPadam
  6. kesian daniel..... dia tak bersalah pun dlm cerita ni...sbb bapa dia yg bersalah berduakan isteri.

    Perangai rayyan pun sama macam mak tirinya jugak nak rampas hak orang... nape dia benci daniel padahal bapa dia yang bersalah... rayyan pun bukan baik sgt

    Harap2 daniel bahagia... dia terlalu baik sbb sayangkan emak dia.syurga kan di bawah tapak ibu...

    BalasPadam
  7. Orang lain tak tahu berapa seksa jadi anak perempuan simpanan mcm daniel.... kena lalui sendiri baru tau....semua salah lelaki mcm ayah rayyan lah

    mungkin dlm novel ni je mak tiri/perempuan simpanan jahat tapi dlm kehidupan sebenar mereka terseksa.... suami dtg jumpa anak sendiri pun sekali dlm sebulan (dtg jumpa sorok2)

    dlm novel je mak rayyan itu tinggalkan suami...

    mcm sepupu sy...jumpa bapa pun sekali dlm sebulan... dia ckp dah tak rasa apa itu kasih sayang seorang bapa. mak su sy perempuan simpanan@ isteri kedua lah... masa bercinta dia tak tahu pak su sy dak berkahwin...salah dia ke? mungkin cinta tapi sepupu sy tak bersalah kan dlm hal ini?

    Sy harap daniel bukan jahat sgt pun mungkin dia tersepit antara kasih sayang ibu dan cinta wafeen....harap dia bahagia

    sy hanya luahkan perasaan sepupu sy ni...kesian tengok dia asyik murung je

    BalasPadam
  8. Kenapa aku rs pengomen yg tanpa nama ni w.t.. Hehe.. Sori if I'm wrong.. Tp jgn la sbt istri ke 2 tu pompuan simpanan.. Not nice laa

    BalasPadam
  9. haah la..apasal isteri kedua samakan ngan pompuan simpanan...hihihi,,by the way,lain org lain kisah hidupnya but im rayyan's ally..huhuhu..

    BalasPadam
  10. sian rayyan. rasa mcm tkt nk tgu sambungan dia, tkt wafeen patahkan lg hati rayyan. nape la si rayyan tu sweet sgt

    BalasPadam
  11. lembab r si rayyan ni, samdol
    bet0l..!!! gtau jer sume rhsia daniel kt wafeen, biz citer...

    anyway, go rayyan go...;)

    BalasPadam
  12. Wat tanpa nama pulak, mcmane sedeypun spupu awk 2, org mgkn xkn kesian krn rmai lg yg mnderita dsbbkn mak dia sorg...
    Ppuan smpnan@2nd wife mgkn sbb kawin rahsia...

    BalasPadam
  13. Slots casino site【VIP】 - Lucky Club Live
    Lucky luckyclub.live Club is a great place to play slots games for real money online. This online gambling establishment is powered by SkillOnNet Gaming, which has more than

    BalasPadam