Follower Setia SYK

Jumaat, 2 Mac 2012

Hikayat Cinta Si Pematah Hati 30

Gelak tawa dan riuh rendah kata-kata pujian yang datang dari tetamu yang hadir langsung tidak dipedulikan Daniel.Dia rasa dirinya tak ubah seperti robot yang hanya mengikut sahaja setiap arahan yang diberi.
“Daniel..senyum sayang,kan cameraman tengah ambil gambar tu..” suara mamanya tidak berhenti kedengaran sejak dia diarah masuk ke dalam rumah itu.
“Tunjukkan jari tu,biar nampak cincinnya..” arah Datin Ann lagi.
Tanpa banyak membantah Daniel menurut saja.Dia mengerling Zarynn yang duduk di sebelahnya.Wajah itu kelihatan ceria.Entah betul atau tidak dia sendiri tak pasti.Tiap kali dia keluar dengan Zarynn, dia langsung tidak lihat gadis itu kelihatan janggal.Begitu mudahkah bagi Tengku Zarynn menerimanya sebagai bakal suami?
Cantik!. Detik hati Daniel.Pandangan matanya tidak menipu, kecantikan Tengku Zarynn tidak mampu dinafikan.Penampilan dan keanggunannya.Cara tuturkatanya, semua penuh dengan keyakinan.Namun begitu,hatinya tidak sekalipun melupakan siapa pemiliknya.Kalau gadis di sebelahnya ini seanggun bidadari sekalipun, Wafeen Wardah juga yang dia mahukan.
“Kenapa you pandang I macam tu? I tahulah I cantik…” Zarynn sempat berbisik dengan niat berseloroh.Mungkin tetamu yang hadir tak henti mengatakan betapa sepadannya mereka berdua dalam upacara majlis pertunangan itu,tapi dalam hatinya tak henti berdoa supaya majlis itu cepat habis.Ini semua Datin Ann punya planning la ni, majlis bertunang dah macam majlis perkahwinan pulak.Dah tu, tak sedar ke rumah siapa ni Datin Ann oi..agak-agaklah kut ya pun…mummy aku pun tak over macam dia!
“takkan pandang bakal isteri pun tak boleh…lagipun,you cantik sangat hari ni Zarynn..”Daniel senyum.Zarynn turut membalas senyuman itu.Ceh! gatal jugak rupanya dia ni…aku ingatkan setia sangatlah dengan kekasih hati dia tu…aku tak faham kenapa Wafeen tu sanggup tak pilih Rayyan semata-mata untuk lelaki macam ni..baru aku layan sikit dah cair..
“you pun,handsome sangat…boleh pandang I aja tau,jangan pandang perempuan lain macam tu..” balas Zarynn.Wah! biar betul kau Zarynn…ayat tak boleh blah!
Zarynn pegang pipi Daniel dengan mengusapnya perlahan.Terkaku Daniel seketika.Lembutnya tangan Tengku Zarynn buat dia terpesona..Wafeen pun belum pernah sentuh dia sebegitu.Mungkin mustahil kalau dia mahukan Wafeen berbuat begitu,nak pegang tangan pun susah!
“Okey…kalau macam tu,you pun tak boleh senyum dengan lelaki lain macam ni…” Daniel spontan memegang tangan Zarynn dan dikucup perlahan.Kebetulan pula aksi romantic itu dirakam oleh jurugambar.
“Wow…you all ni memang pasangan romantic la..I tak sabar nak snap gambar perkahwinan you all nanti…” puji jurugambar itu.
Zarynn segera menarik tangannya.Memang sah dia ni spesis menggatal jugak! aku ingatkan skema sangatlah..kalau dah namanya lelaki..memang payah nak dapat yang setia.Kalau Wafeen dengar apa dia cakap tadi,maunya makan penampar aku rasa Daniel ni..Demi Rayyan, aku terpaksa jugak terima dia ni jadi laki aku…kalau dengan lelaki lain pun lebih kurang aja!
“Majis bertunang pun anak you dah macam raja sehari Datin Ann…I rasa majlis pernikahan nanti, mesti mesti macam wedding of the year…” puji salah seorang rakan Datin Ann yang mewakili pihak lelaki.
“Mestilah..I akan pastikan temanya ala perkahwinan diraja tau..”Datin Ann senyum bangga.
“Tak macam tu Maria?” sambungnya lagi sambil memandang Tengku Maria yang berdiri di sebelahnya.Sejak dari awal majlis lagi,Tengku Maria hanya berdiam sahaja.Kalau berbual pun hanya dengan belah pihak perempuan sahaja.Upacara menukar dulang pun banyak Tengku Ehsan yang bersuara.Nampak sangat Tengku Maria tak berkenan dengan anaknya.
“Anak I bukan anak raja Mahani…kami ni keturunan aja,kalau setakat yang biasa pun,I tak kisah..yang penting anak I bahagia bila bersuami nanti..” malas Tengku Maria nak melayan kerenah Datin Ann yang lebih sudu dari kuah.Dia tahu suaminya sudah banyak makan budi,tapi yang membantu bukan Datin Ann melainkan Dato’ Syakir…apa yang dia nampak,wanita itu sengaja mengambil kesempatan.Aku kenal sangat perangai kau Mahani, pantang ada peluang!
Tengku Maria berlalu setelah membawa anaknya kembali masuk ke dalam bilik.Cukuplah dia melihat gelagat Datin Ann yang tunjuk lagak dalam rumahnya sendiri.Kalau bukan sebab suaminya yang sudah meletakkan semua urusan pada Datin Ann,takkan dia benarkan wanita itu menjejak kaki ke rumahnya! Meluat betul bila melihat Datin Ann menyarungkan cincin ke jari anaknya tadi.Siap beritahu berapa nilai cincin itu pada tetamunya..memalukan betul!
Datin Ann mencebir.Bukan dia teringin sangat nak berbual dengan Tengku Maria.Hanya kerana mahu menunjukkan pada rakan-rakannya yang kononnya dia dan Tengku Maria sangat mesra.Rupanya tidak mudah juga untuk dia mendekati Tengku Maria. Kau memang tak sukakan aku kan Maria? sebab kau kawan baik perempuan yang dah mereput dalam tanah tu! aku peduli apa, yang penting…aku dah dapat anak kau sebagai menantu aku tak lama lagi…
Daniel memerhatikan langkah Zarynn yang berlalu pergi.Dalam fikirannya kini hanya memikirkan Wafeen pula.Satu sudah selesai.Esok dia akan pergi berjumpa Wafeen pula.Rindunya pada Wafeen sudah tidak terbendung lagi.Tentu Wafeen pun rindukan aku!








“Oi!!...jauh menung?”
Rayyan terkejut bila bahunya ditepuk.Alah! Uwais ni kacau ajalah… gerutu hati Rayyan.Dia sebenarnya dari tadi dia tengah berangankan Wafeen.Huh! hari ni, Zarynn bertunang dengan Daniel..maknanya,tunggu masa aja Wafeen jadi hak aku kan…kan best kalau aku pun bertunang dengan Wafeen..lepas tu kahwin..heheh!
Rayyan sempat pandang pada Wafeen yang sedang berbual dengan beberapa orang kawannya yang masih belum pulang.Majlis kenduri doa selamat itu sudah pun berakhir.Rata-rata tetamu juga sudah ramai yang balik.Hanya tinggal beberapa orang jiran yang membantu mengemas dan membasuh pinggan mangkuk.
“Cantik kan?” Uwais bersuara perlahan.Rayyan angguk.
“Memang pun…” jawab Rayyan.Dia pandang Uwais yang sengeh.Erk! terlepas cakaplah pulak!
“Kau cakap pasal apa?”
“Saya cakap pasal kereta Wafeen..Awak pulak cakap pasal apa?” Uwais tunjuk pada kereta Volkswagen di depan mereka.
“Samalah…” jawab Rayyan selamba.
“Elleh…tipulah tu,awak cakap pasal kereta ke..pasal tuan punya kereta..” Uwais ketawa.
“Aku cakap pasal kereta la..”Rayyan mula buat ayat cover! rasa merah telinga sebab dah terkantoi pandang Wafeen lama-lama.
“Nak petua memikat tak? kalau nak..mengaku dulu…”
“Mengaku apa?”
“awak nak usha Wafeen kan..kan..”
“Kalau betul kenapa?”
“Kan betul…mesti tak dapat kan?”
“Mana kau tahu?”
“Sebab dia dah ada boyfriend la..hahah..melepas..”
Rayyan mencebir.Hampeh Uwais…suka suki dia gelakkan aku.
“Kau cakap ada petua memikat? boleh percaya ke kau…budak baik terror ke mengayat..” Rayyan pandang Uwais macam tak percaya.
“Tengok isteri sayalah siapa…bukti tu!
“Oh..ya tak ya jugak erk? kalau tengok kau memang aku tak percaya,tapi bila tengok siapa isteri kau..memang aku tabik spring la..Uwais,kongsi la..rahsia memikat kau tu..
“Senang aja,tak payah pening kepala..kau masuk aja meminang..tu la petuanya..”Uwais gelak.
“Apalah kau,boleh aja..tapi kalau kena reject macamana?”
“Tu la,orang kata, kalau nak anak..kena pikat mak bapak..tapi, isteri saya tu..mana ada parent dah..so,saya pikatlah Tuk Ayah dia…hahah..kan dah dapat..awak pulak, Wafeen tu,parent dia takde kat sini..jadi,awak pergilah usha nenek saya dulu…kalau nenek suka,Wafeen pun tak boleh cakap apa..percayalah!”
“Wah,kau biar betul...aku ni nak kahwin dengan Wafeen bukan Nek Jah la..apa punya petua la kau ni”
“Tak nak ikut sudah…kalau nanti boyfriend Wafeen masuk meminang,kitorang terima aja…padanlah muka awak…”
“Abang!!!” Dari jauh Hannah melambai pada Uwais .Dia yang duduk diatas pangkin bersama Rayyan segera bangun.
“Apa hal pulak sayang saya tu…tunggu ya, permaisuri saya panggil..”
“Elleh..blah la kau Uwais..menunjuk!”
Uwais angkat kening pada Rayyan yang tayang muka jeles.Dia berlari-lari mendapatkan Hannah yang keluar ke beranda.
“Kenapa?” tanya Uwais.
“Ayyad call…” Hannah menghulurkan handsetnya pada Uwais.Ayyad kawan Uwais yang juga merupakan peguam yang menguruskan urusan pendaftaran syarikat baru milik Uwais dan Abang Fawaz.
Lama juga Uwais berbicara dengan peguamnya.
“Ayyad nak datang,dah ada dekat bandar…”
“Datang sorang?”
“Dengan isteri dan anak dialah..”
“Wah,rindulah dengan anak dia yang comel tu…”
“Anak kita pun InsyaAllah comel nanti sayang..”
Hannah senyum.
“Abang…boringlah duduk dalam bilik..tolong nenek kat dapur boleh? tak pun,bagilah saya berbual dengan kawan-kawan Wafeen kat bawah khemah tu..”
“Tak boleh…dah,sayang pergi rehat dalam bilik..bacalah buku ke apa” jawab Uwais dan terus berlalu mendapatkan Rayyan.Hannah terkebil-kebil.Ewah..ewah…macam tu aja? Hannah mengeluh hampa.
“Hai..panjang muncung,boleh ikat!” Wafeen menghampiri Hannah.Kawan-kawannya sudahpun balik.
“Boring…” jawab Hannah.
“Jom pergi dapur? tolong nenek nak?”
“Abang tak bagilah..dia tu dah macam diktator tahu tak!” rungut Hannah.
“Takpelah..tak payah buat kerja..tengok aja..jom..”Wafeen menarik tangan Hannah.




“Kau biar betul! Ayyad kahwin dengan Awatif? anak pengetua tu?”
“Iyalah…apa yang tak betulnya..tak percaya? tengoklah bila dia datang nanti..”
Rayyan masih ketawa dan ketawa.Uwais garu kepala.Apa yang kelakar sangat?
“Dalam banyak-banyak perempuan…apa hal pulak Awatif tu yang dia pilih? bukan Awatif tu menyampah kat dia ke?”
“Itu dulu,apa..awak ingat kalau orang menyampah tak boleh jadi suka ke? “
“Taklah…Cuma tak sangka aja…kalau Ayyad tu aku tak hairan sangat pun..tapi Awatif tu,Ya Allah…aku memang tak lupa yang dia tu pantang dapat peluang mesti nak cari pasal dengan Ayyad..dah tu,kuat mengadu dengan ayah dia…mentang-mentanglah anak pengetua”
“Rayyan…masa tu dia budak lagilah…sekarang diorang tu dah ada anak pun…awak ni,gelakkan orang…setidaknya,diorang tu dah ada anak.saya pun tak lama lagi dapat anak..yang awak ni,bila lagi nak kahwin…orang bagi petua gelak..tak nak ikut..”
“Amboi, kau kalau bab perli tak kalah dengan mak kau kan? boleh tercabut telinga..
Pin! Pin!
perbualan mereka terhenti bila sebuah kereta Honda City muncul di halaman rumah Nek Jah.
“Hah..dah sampai pun,nasib baik jumpa rumah…jomlah! awak tak percaya sangat tadi kan?” Uwais ajak Rayyan menyambut kedatangan Ayyad yang sudah keluar dari perut kereta.
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam…”Uwais bersalaman dengan Ayyad.
“Hah!! kaulah yang aku nak jumpa sangat! kebetulan pulak kau ada erk? makin handsome kau bro.."Ayyad menarik Rayyan dan mereka berpelukan seketika.
Awatif turut keluar sambil mendukung anak mereka Nuwaira yang baru berusia setahun.
“kau pun tetap bermuka poyo macam dulu dan selamanya..
“Apa kau cakap?”
“Bukan aku cakap..Atif yang selalu cakap macam tu..”Rayyan gelak besar.Awatif senyum saja.Erk? apasal Awatif begitu ayu dan bersopan santun? tak macam Awatif yang dulu tu..macam singa!
“Dia tak percaya yang korang ni dah jadi suami isteri..dia lagi tak percaya Awatif nak kat awak Ayyad..”
“Uwais…kau ni,janganlah report!..” Rayyan cuak.Malulah pulak depan Awatif.
“Orang lain mungkinlah berubah Rayyan..tapi kau perasan tak Uwais ni..dari dulu sampai sekarang,kalau bercakap mesti awak..saya…adoilah! lelaki Melayu terakhir dia ni…aku pun segan kadang tu…”
“Tak payah segan…Dia memang skema sebenarnya….” Rayyan nakal mengusik Uwais.Mentanglah Uwais bukan jenis pemarah.
Pecah tawa Rayyan dan Ayyad.Uwais cekak pinggang,apa pulak skema? aku ni kira sopan santun berbahasalah!
“Korang berdua pulak,memang kaki buli….” balas Uwais.
“Betul..setuju sangat dengan Abang Uwais tu...Tak cukup kawan,isteri pun nak dibulinya”sampuk Awatif dan sempat menyindir suaminya. Ayyad buat muka selamba dengan riak tak bersalah.







“Comelkan? Iee..geram nak cubit pipi tembam dia….biarlah saya pulak yang dukung..” pinta Wafeen.
“Mana boleh…dia tak suka orang perempuan dukung dia..dia nak orang lelaki handsome aja dukung dia..” Rayyan tak membenarkan Wafeen mendukung Nuwaira.Sementara Ayyad dan Awatif menjamu selera,dia meminta izin untuk mendukung Nuwaira.
“Rayyan…naklah dukung sekejap..” Wafeen tarik lengan baju Rayyan.
“Tengoklah Aunty Wafeen tu Aira.Dia buat muka macam tu nampak comel aja kan? macam Aira jugak..”
Rayyan buat suara budak kecil.Wafeen tak puas hati.
“Bolehlah…asyik awak aja dukung dia dari tadi..sebelum tu Hannah,sampai tak nak lepas..nasib baik abang Uwais ajak temankan dia makan..sekarang saya tak kira,giliran saya pulak! Kalau tak nak bagi, saya tak nak bercakap dengan awak” Wafeen berkeras.Siap ugut lagi..
“Ye la..ye la…sayang ni cepat merajuklah” Rayyan menyerahkan Nuwaira pada Wafeen.Dia terpegun melihat wajah ceria Wafeen ketika mendukung Nuwaira.Subhanallah,kalaulah dia pilih aku, esok pun aku sanggup masuk meminang..
“Comelnya….” Wafeen mencium pipi gebu Nuwaira yang hanya berdiam saja.Anak itu tidak banyak ragam.
“Anak saya nanti kan...InsyaAllah, comel macam ni la” Rayyan sengeh.
“Mana awak tau?” Wafeen mencebir.Rayyan ketawa melihat riaksinya.
“Saya tahulah…sebab mak dia cantik,ayah dia handsome..” Jawab Rayyan.
“Perasan…kan Aira? Uncle Rayyan ni suka puji diri sendiri..tak malu!” kutuk Wafeen.Rayyan tetap senyum.Kutuklah berbakul pun Wafeen...tak marah pun!
“Tak percaya?kejap..saya tanya Aira..” Rayyan mendekatkan wajahnya pada Aira.Wafeen terpaksa mengelak sedikit kerana jarak mereka agak hampir.Rayyan selalu begitu,suka bertindak di luar jangkaannya.
“Aira…Aunty Wafeen ni cantik tak? kalau cantik..Aira senyum ya? “tanya Rayyan.Kebetulan pula Aira senyum dan ketawa seperti diagah.
“Hah..kan betul..Aira pun setuju yang ibu bakal anak-anak saya,cantik..insyaAllah..anak saya pun comel nanti..kan Aira?”
Aira ketawa lagi.Makin galak seperti digeletek.Wafeen terkebil-kebil.Pandainya dia main dengan baby?
“Kan..kan…sekarang percaya tak sayang?” Rayyan angkat kening.Memang Wafeen cantik dimatanya.Dia tak peduli pandangan orang lain..Wafeennya yang sentiasa menjaga aurat,yang sentiasa menjaga batas pergaulannya,yang mahal nilai jati dirinya.berdikari,menjaga maruah dan yang paling penting...pandai buat karipap pusing!
“Nuwaira…tak payah kita layan Uncle Rayyan ni kan..Bila masa Aunty cakap nak jadi isteri dia..jom kita pergi dekat ummi…” wajah Wafeen sudah merona merah.Rayyan ni kan,selalu macam ni tau!Kadang-kadang dia sendiri tak tahu apa yang patut dia buat.Tak layan nanti kecil hati,kalau dilayan takut dicakap beri harapan...paling dia takut,kalau jadi fitnah orang-orang kampung dek kerana kerap sangat Rayyan ke rumah neneknya.Mulut orang bukan boleh ditutup,asal nampak aja mula bercakap itu dan ini..pantang ada peluang nak buat berita hangat,satu kampung boleh jadi bahan gossip..
“Aik…apasal nak mengelak pulak..saya tahu awak pun setuju kan?”
Wafeen buat-buat tak dengar.Dia segera masuk ke dalam rumah.Memang apa yang Rayyan gambarkan tadi sedikit sebanyak mencuit hatinya.Namun begitu,memberi riaksi positif pada lelaki itu tentu lebih memburukkan keadaan sedangkan dia dah buat pilihan.
"Wafeen.."Panggil Rayyan tapi gadis itu langsung tak berpaling.Tiba-tiba dia rasa kecil hati dan kecewa.Wafeen marah ke? tak suka dengan apa yang aku cakap tadi? Tapi Wafeen,memang itulah yang aku harapkan dan takkan pernah berhenti berdoa dan putus asa..





“Masuklah abang Daniel..apa tercegat lagi kat luar tu? Valqis yang sudah membuka pintu menggunakan kunci yang dibawanya mengajak Daniel masuk.
“Abang seganlah Val,Abang Rayyan tak kisah ke kalau abang tidur sini?”
“Kenapa pulak dia nak marah,hari tu Abang Daniel cakap dia dah boleh berbual dengan abang kan? siap bagi nasihat lagi..maknanya dia dah okeylah tu..kalau dia marah pun,Val kan ada..inipun rumah Val jugak..masuklah,Val takkan benarkan abang Daniel tidur di hotel…lagipun,abang mesti penatkan dengan majlis siang tadi,lepas tu kena temankan Val balik malam-malam macam ni..”
Daniel senyum lalu segera masuk.Sebenarnya dia mencari alasan sahaja untuk menghantar Valqis pulang.Mujurlah papanya tidak menghalang walaupun riaksi mamanya jelas tidak suka.Dia berasa lega kerana papa sangat bersetuju dia menemani Valqis balik ke Temerloh malam itu.Sekarang,dia rasa selesa untuk bertemu Wafeennya…
“Sunyi aja…Abang Rayyan dah tidur agaknya, biar Val kejutkan dia kejap..”
“Eh,jangan Val…biarlah dia tidur,esokkan dia nak kerja..pagi esok pun Abang Daniel boleh jumpa dia..” Halang Daniel.Kalau Rayyan tak suka dia datang,lain pulak jadinya nanti.Hari dah lewat malam,dia sendiri pun dah penat untuk cari tempat penginapan lain.
“Kalau macam tu,mari Val bawa abang ke bilik tetamu..abang pun mesti penat sangat kan?”
Daniel menuruti langkah Val ke tingkat atas.Dia sendiri sebenarnya agak janggal berada dalam rumah itu.Bukan apa, dia dengan Rayyan memang tidak pernah rapat.Rayyan pula,selalu menunjukkan rasa tidak sukanya secara terang-terangan..hanya sejak akhir-akhir ini saja,Rayyan kelihatan agak mesra dengannya.Dia berharap,kehadirannya di dalam rumah itu tidak membuatkan Rayyan merasa kurang senang.Bila Rayyan tidak hadir ke majlis pertunangannya siang tadi,dia agak berkecil hati juga..sedangkan dia tahu Rayyan memang rapat dengan Zarynn.Dia tak suka aku bertunang dengan Zarynn ke? atau..dia tak nak bertemu muka dengan mama?
"Abang rehatlah ya?Selamat malam.."
Valqis meninggalkan Daniel.Dia memerhatikan suasana bilik yang kemas dan luas itu.Apa lagi yang tak cukup Rayyan? Kau ada semuanya...mama kau meninggal pun bukan tak tinggal apa-apa...tapi aku? Mama aku bukan anak jutawan macam mama kau..mama aku tak warisi apa-apa daripada keluarga..jadi apa salahnya kalau kami nak hidup senang?
Apa yang pasti, dia tak kisah sangat dengan riaksi Rayyan padanya.Dia tahu,menjadi anak kesayangan papa tentulah mendatangkan rasa cemburu di hati abangnya itu.Bukan salah dia kalau dia menjadi kesayangan papa.Rayyan patut lebih berusaha untuk menarik perhatian papanya bukan menyalahkan orang lain.
Soal perasaan Rayyan bukanlah keutamaannya.Kalau dah Rayyan nak cemburukannya,apa boleh dia buat.Macam tu la jadinya kalau tak boleh terima hakikat yang aku lebih bagus daripada dia..
Lebih baik dia fikirkan situasi dia dengan buah hatinya Wafeen. Tujuan dan hasratnya lebih penting.Esok dia akan bertemu keluarga Wafeen dan menyatakan niat sucinya untuk memperisterikan gadis itu..

5 ulasan:

  1. wohooo... abg manja da jd daddy lar.. hehehe..
    erm.. xsuke la daniel ni..cm riak lak eh gayanya.. plg xbley blah mama dia.. eiiii!
    cepat la sket rayyan usaha sesi mengorat tu.. hailaaa

    BalasPadam
  2. rayyan cepat sikit masuk meminang wafeen... takut nanti awak gigit jari bila daniel mulakan langkah dulu...

    BalasPadam
  3. eh ayyad dh de baby?hmm danial nie ng mak dia xthu brsykr btul.haih prngai ikt ayh dia la.

    BalasPadam
  4. Rayyan sila cepat bertindak!!! Kasi kantoi je si danial tu.
    Heheheee...abg manja dah ada baby gurl..tahniah.

    BalasPadam
  5. hehe suma berkumpul. hope ending cter ni suma blh duduk melepak ramai2.

    BalasPadam