Follower Setia SYK

Khamis, 1 Mac 2012

Hikayat Cinta Si Pematah Hati 29

“Kau memang bertuah la Uwais…kau ada keluarga yang bahagia,semua ahli keluarga kau sayangkan kau..kadang-kadang aku rasa,alangkah baiknya kalau aku pun bahagia macam kau..tapi, kau pun tahu pasal keluarga aku kan? selalu aku fikirkan kenapa aku lebih selesa dengan orang yang takde pertalian darah dengan aku berbanding dengan keluarga aku sendiri? dalam rumah besar tu, aku rasa terasing, bosan,kosong…tapi dalam rumah nenek kau yang tak semewah mana ni, aku rasa aman…aku berterima kasih pada keluarga kau,setidaknya aku dapat rasa sedikit indahnya bekerluarga..”
Rayyan senyum kelat.Matanya memerhatikan Wafeen dan Hannah yang sedang berbual di bawah pangkin sambil mengusik Nek Jah dan Mak Cik Sari yang sedang menjolok buah jambu air.
Petang itu dia masih lagi di rumah Nek Jah.Dia tidak pulang ke pejabat sebaliknya dia mahu berbual panjang dengan Uwais di beranda rumah itu.Dia memang tak ramai kawan..apatah lagi masa sekolah dulupun, tak ramai yang suka nak berkawan dengannya.Kalau ada pun boleh dikira dengan jari…yang rapat dengannya pun Uwais dengan seorang lagi kawannya yang dah lama dia tak jumpa. Ayyad..
“Awak masih lagi tak berbaik dengan keluarga awak ke? Uwais kerut dahi.Aduhai…kasihan Rayyan, dulu dengan sekarang pun masih sama rupanya..masih jugak mencari kebahagiannya.
“Berbaik? dengan siapa? mak tiri aku tu?Huh.. kalau aku hilang ingatan pun belum tentu aku terima dia dalam hidup aku..” Rayyan merengus.
“Tak baik berdendam Rayyan..dulu lagi saya dah ingatkan, kebahagiaan takkan datang kalau kita masih simpan perasaan benci dan dendam..apatah lagi kalau kita memutuskan silaturrahim..Hadis nabi pun ada bersabda, tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim” Nasihat Uwais.Rayyan senyum sinis dan menggeleng.
“Uwais..Uwais…kau ni masih jugak nak bagi aku tazkirah ya? Aku tahu kau berniat baik..aku tak pernah pandang nasihat kau tu sebagai satu bahan lawak atau kau nak tunjuk alim depan aku..sebab aku tahu siapa kau Uwais..dalam ramai-ramai pelajar di sekolah yang menyampah tengok muka dan perangai aku ni, kau masih jugak nak berkawan dengan aku..masih jugak nak nasihatkan aku..hakikatnya, pahit kehidupan aku ni payah nak aku lupa, marah aku takkan hilang…siksanya perasaan aku…Allah saja yang tahu Uwais..Kalaulah memaafkan tu semudah kata-kata kau, aku takkan macam ni”
“Kalau awak terus macam ni, awak akan terus tenggelam dengan dendam tu…manusia sentiasa buat kesilapan, kalau betul mak tiri awak bersalah biar Allah saja yang menghukum..benci takkan bawa kita ke mana melainkan lebih merumitkan hidup kita..memang betul,susah untuk memberi kemaafkan dalam keadaan kita masih ada rasa marah.Hilangkan perasaan marah tu Rayyan, kemudian awak tentu takkan rasa susah untuk beri kemaafan.Memaafkan orang yang kita benci takkan menjatuhkan maruah kita seperti mana Allah memaafkan segala dosa hambanya yang bertaubat sedangkan Allah itu pencipta kalau nak dibandingkan dengan kita sesama manusia...kedudukan kita bukanlah hebat manapun..”
Rayyan diam seketika.Kata-kata Uwais itu begitu menusuk dalam hatinya.Adakah dia begitu angkuh dan sombong hingga merasakan dia lebih betul dan tidak bersalah?
“Susah aku nak lupa Uwais..pada hari aku sendiri lihat…manusia yang selama ni aku anggap paling hebat,paling baik,paling penyayang tapi rupa-rupanya…Kau tak rasa apa yang aku rasa Uwais..Kau ada keluarga yang bahagia,kau ada mak yang penyayang,arwah ayah kau tak pernah curang tapi papa aku? Apa salah arwah mama? Apa kurangnya dalam diri dia sampaikan segala pengorbanan dia dikhianati..dia menderita sakit tapi takde suami di sisi yang boleh bagi kekuatan, dan aku tak mampu nak buat apa-apa..sampai sekarang aku masih rasa yang aku ni anak yang tak berguna! ” Rayyan begitu emosi meluahkan rasa hatinya. Dia meraup wajahnya beberapa kali.Uwais yang mendengar spontan menepuk perlahan bahunya.
“Sabar Rayyan…Apa saja yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada hikmahnya..setiap orang diuji berbeza tapi tidak ada seorang pun yang diuji melebihi tahap kemampuannya.Kadang-kadang bila kita diuji,kita hanya tahu mengeluh dan menyalahkan itu dan ini..mencari di mana kekurangannya tapi kita lupa yang kita lebih suka mengeluh pada orang lain berbanding mengadu kesusahan kita pada Allah.Rayyan,susah mana pun kita diuji,Allah tempat kita bergantung...” Uwais tak tahu nak kata apa.Dia bangun dari buaian.Dia menepuk perlahan belakang Rayyan.
"Terima Kasih Uwais..kau banyak ingatkan aku pada perkara yang mudah aku lupa"
“Saya ke dalam, ambilkan awak air ya?” Uwais sudah berlalu.Rayyan tak sempat nak tegah.Uwais memang baik.Rasa bertuah dapat kawan macam Uwais.Patutlah, Hannah yang selalu dikatakan sombong tu pun boleh berubah bila berkahwin dengannya.Cuma yang dia hairan,dalam ramai-ramai perempuan muslimah dalam Malaysia ni, macamana pulak Uwais boleh pilih Hannah Maryam tu? kalau dah jodoh kan..maknanya,aku yang tak berapa nak baik ni pun sesuai jugaklah dengan Wafeen tu kan?
Rayyan menghela nafas berat.Tiba-tiba saja dia teringatkan kisah silam bila mendengar gelak tawa Wafeen bersama keluarga meriahnya itu..







“mama!! tengoklah..kek coklat yang Abang buat ni, jadilah mama…cepatlah mama tengok!”
“Iya sayang…mama datanglah ni..” Zahara bergegas menghampiri anak lelakinya itu.Hari itu hari ulangtahun suaminya.Beriya betul pagi itu Rayyan minta ajarkan cara-cara nak buat kek..untuk papa katanya! Anak berusia 13 tahun itu begitu teruja sekali.Anak kesayangan papalah katakan..dia faham sangat betapa rapat suaminya dengan satu-satu anak lelakinya itu.Dia juga rasa besar hati melahirkan anak lelaki yang selalu diimpikan suaminya.
“Iya ke menjadi keknya..entah-entah keras macam batu tak?..baling ke dinding pun tak pecah” sempat dia mengusik anaknya itu.Rayyan tarik muka.Tak puas hatilah tu.
“Taklah…cuba mama rasa kalau tak percaya!” Rayyan cekak pinggang.Mukanya agak comot dengan kesan tepung dan coklat.Zahara ketawa melihat gelagat Rayyan.Anak lelakinya ini,kalau melibatkan papanya sanggup buat apa saja sampaikan hari itu pun sanggup masuk ke dapur nak belajar buat kek.
“Amboi…cakap macam sedap sangat aja kan…” dia tersenyum dan membiarkan Rayyan memotong kek itu.
“Mama rasalah…”
“Okey,mama rasa ya…” Zahara segera membuka mulut lalu kek itu disuapkan Rayyan ke mulutnya.
“Hmmm…sedapnya, tak sangka anak mama ni ada bakat buat kek coklat..” Puji Zahara.
“Kan dah cakap, so..kek harijadi papa dah siaplah!” Rayyan senyum bangga tapi dahi Zahara berkerut.
“Err…sayang nak bagi papa kek yang dah dipotong ni ke? takkan nak bagi papa kek yang macam ni?”
“O..O..” mulut Rayyan terlopong.Zahara mula ketawa lagi.Comel betul bila anaknya itu menggaru kepala sambil memandang kek yang dah dipotong itu.
“Itulah..tadi exited sangat..”
“Macamana ni mama? petang nanti papa balik, nak buat semula ke? alah…dah penatlah!”
“Don’t worry sayang, yang ini kita makan,simpan untuk papa..nanti suruh papa rasa kek buatan anak dia ni..sekarang, ikut mama keluar..kita pergi cari kek untuk papa nak?” Ajak Zahara.Muka Rayyan yang sedih bertukar ceria.
“Wah..best..best idea mama..nak bawa adik ke ma?”
“Adik tengah tidur..biar Mak Senah aja yang jaga dia..jom cepat!”
Zahara mengambil tas tangan dan kunci kereta.Sempat dia berpesan pada Kak Senah, pembantu rumahnya supaya menjaga Valqis,anak perempuannya itu.Dalam ramai-ramai pembantu rumah yang dia ada,hanya Kak Senah dan Abang Majid saja yang setia sampai sekarang.Sudah ramai yang datang dan pergi,lama dulu ada juga seorang pembantu rumahnya yang rajin dan baik.Dia suka dengan keramahan dan cara kerja pembantu itu.Namanya Mahani,tapi akhirnya Mahani berhenti juga , katanya nak pulang ke kampung jaga keluarga.Nak buat macamana,dia pun tak boleh nak paksa.
Zahari menuruni anak tangga.Tiba-tiba dia merasakan perutnya sakit.Hampir saja dia rebah di anak tangga.Zahara menahan perit di bahagian perutnya.Kanser yang dihidapinya semakin hari semakin parah..dan dia masih merahsiakan penyakitnya itu dari pengetahuan suami dan anaknya kecuali Kak Senah saja yang mengetahui sakitnya itu.
“Mama!! cepatlah!!” Teriakan Rayyan diluar kedengaran.Zahara sedikit lega bila perit yang dirasa makin hilang.
“Iya…mama datanglah ni..”Zahara menggeleng kepala.Rayyan memang anaknya yang manja, macamanalah kalau suatu hari dia tidak lagi ada untuk anak itu...Dia makin hari makin tidak sihat..Banyak perkara yang perlu dia uruskan untuk melindungi kepentingan anak-anaknya nanti.Sejak akhir-akhir ini,Suaminya semakin sibuk dengan urusan kerjanya.Jarang sekali mereka dapat berkumpul sekeluarga.Dia jugak sudah semakin susah untuk berbicara dengan Syakir.
“Hai, nak ke mana Za? kalut sangat tu…” satu suara menegur.Zahara melemparkan senyuman pada Tengku Maria yang sedang menyiram pokok bunga.Mereka bukan setakat berjiran tapi berkawan baik semenjak dari kolej lagi.
“I nak pergi beli kek..hari ni hari lahir Syakir..itu yang Rayyan ni sibuk sangat nak surprisedkan papa dia..”
“Oh, patutlah..kebetulan, I pun bercadang nak keluar beli barang..so, bolehlah I ikut you sekali kan?” Tanya Tengku Maria.
“Jomlah…Rynn mana?”
“Ada kat dalam rumah, biasalah main dengan alat make-up dia tu…sehari anak dara I tu tak menghadap cermin,bukan dialah tu..you tunggu ya..I bersiap kejap..”
“Okey..”




Zahara dan Tengku Maria meninjau jenis-jenis kek yang sesuai untuk diraikan buat harijadi Syakir.Sedang dia sibuk memilih, Rayyan datang mendekatinya.
“Mama…Abang dengan Rynn nak pergi KFC kejap boleh mama? kejap aja..nanti kami datang balik ya?
“Jangan lama-lama tau..satu lagi,pegang tangan Zarynn tu kemas-kemas..nanti hilang pulak..”Pesan Zahara.
“Okey!” Rayyan senyum dan berlari mendapatkan Zarynn yang sudah menantinya.
“Jom!” dia menarik tangan Zarynn dan digenggam kemas.Mereka berdua mengatur langkah ke arah kedai makanan segera yang bersebelahan dengan kedai Kek itu.
Rayyan memesan kentang goreng dan burger.Tiba-tiba Zarynn di sebelahnya menarik bajunya dengan kuat.
“Rayyan…tengok sana tu, papa awaklah tu..kan?”
“Mana? takkanlah papa saya,awak mesti salah orang ni..” Rayyan tak percaya.Waktu itu papanya tentu sedang sibuk bekerja.
“Kita kenal la rupa papa awak..” Tegas Zarynn.
“Yang mana..papa saya sekarang kat ofis dia la..” Rayyan malas nak melayan Zarynn.Dia sibuk membuat bayaran.
“Tengoklah..hah! papa awak kan?” Tunjuk Zarynn.
Rayyan bungkam.Di satu sudut meja yang agak tersorok , dia nampak papanya sedang bergelak ketawa dengan seorang wanita berpakaian seksi.Langsung berbeza dengan mamanya yang selalu memakai jubah dan bertudung.Di sebelah papanya pula ada seorang kanak-kanak lelaki yang mungkin lebih muda beberapa tahun darinya.Papa sedang menggosok mesra kepala budak lelaki itu.Dia makin rasa tidak senang bila wanita seksi di depan papa menyuapkan kentang goreng ke mulut papanya itu. Siapa..mereka tu? kenapa papa mesra sangat dengan orang tu?
“Jomlah pergi dekat papa awak tu Rayyan..tengok tu,ada kek besarlah!” Zarynn menarik-narik tangannya.
“Jangan!” Rayyan menegah.Dia tak tahu nak buat apa melainkan segera menarik Zarynn supaya beredar dari situ.
“Rayyan…kenapa lama sangat?” Zahara lega bila Rayyan muncul semula.Dia agak hairan bila melihat wajah anaknya itu nampak muram saja sedangkan sebelumnya Rayyan begitu teruja.
“Aunty Za…tadi kan,kitorang nampak Uncle Syakir kat dalam KFC tu tau!..” Beritahu Zarynn.Rayyan hanya diam saja.
“Hah?” Zahara mengerut dahi.Dia berpandangan dengan Tengku Maria.
“Betul ke Rayyan?”
Rayyan tak jawab apa-apa.Zahara tak tahu kenapa anaknya bersikap begitu.
“Betul Aunty Za..Uncle dengan perempuan cantik..kan Rayyan?” sampuk Zarynn lagi.
Zahara rasa tak sedap hati.Bukankah sepatutnya Syakir berada di pejabatnya waktu itu? jam di tangannya masih menunjukkan pukul 2.30 petang!
“You tunggu sini dengan anak I ya Maria? I nak masuk dalam KFC tu sekejap..
“Za..” Tengku Maria tak tahu nak kata apa.Dia pandang wajah anaknya.
“Betul ke Rynn?”
“Buat apa nak tipu pulak..alah,kita pun kan biasa nampak papa dengan perempuan lain mummy,Uncle Syakir pun sama agaknya kan mummy?Selamba anak itu berbicara.
Tengku Maria terkedu! mulut anaknya itu memang becok.Dia dah biasa dengan perangai suaminya yang banyak skandal di luar rumah tapi Syakir? takkanlah...
“Rayyan nak pergi mana tu?” dia terkejut bila Rayyan sudah berlari mengekori langkah mamanya.Tengku Maria tak sempat menghalang.
Sebaik sahaja pintu KFC itu dikuak, mata Zahara segera mencari kelibat Syakir dan memang betul apa yang dikatakan..dia benar-benar terkejut! Kemesraan yang terpampang di depannya..memang betul itu Syakir dan bersama suaminya seorang perempuan yang dia sangat kenal..Walaupun jauh berubah penampilannya tapi dia masih boleh cam dan kenal..Mahani?
“Mama..” Zahara segera menyeka airmata yang mengalir.Rayyan sudah berdiri di sebelahnya.Lama dia berdiri di situ hingga Syakir perasan kewujudannya.Mata mereka bertentangan dan riak wajah Syakir mendadak berubah!
Kenapa? adakah sebab dia tidak seksi seperti mula-mula perkenalan mereka.Adakah setelah dia memeluk islam dan berubah,dia tidak lagi cantik di mata suaminya hingga mencari wanita lain? adakah dia bukan lagi isteri yang baik buat suaminya hingga dia diduakan! Tiba -tiba dia rasa seluruh kebahagiannya hancur!






Rayyan rasa kelopak matanya hangat. Selepas kejadian tu, dia melihat pertengkaran yang tidak pernah sekalipun berlaku dalam keluarganya.Dia mendengar setiap ucapan penghinaan papa pada mamanya.Ya! kerana mama tidak lagi seperti wanita yang mula-mula papa cintai..kerana papa selalu rasa mama terlalu banyak berubah.Mama tidak lagi semoden dulu..mama seperti wanita konservertif.Tahukah papa…di matanya,tidak ada wanita secantik mamanya! dalam setiap sudut manapun..Datin Ann tidak akan pernah setanding dengan arwah mama! sanggup papanya menduakan mama dengan wanita sejahat Datin Ann..papanya ego! ego sebagai seorang suami..papa kata papa berhak bernikah lebih dari satu selagi dia mampu, mama tak boleh halang kehendaknya…dan akhirnya jadilah perceraian kerana mama tidak sanggup lagi hidup dengan papa yang sebenarnya sudah berubah.Bukan mama! Kenapa? kenapa cinta mesti berubah bila mula nampak kekurangan dalam diri? Tak bolehkanh seseorang itu dicintai seadanya dia..kalau mula hidup susah bersama,bila senang kenapa mesti cari orang lain? dan itulah yang mamanya dapat setelah berkorban segala-galanya pada papanya..
“Awak! kenapa duduk sorang-sorang kat sini..jomlah makan buah jambu ni, sedap tau!”
Wafeen muncul tiba-tiba bersama setangkai buah jambu air.
“Awak? kenapa ni? awak….menangis ke?” Wafeen terkedu.Rayyan cepat-cepat menyeka matanya yang bergenang.
“Bila pulak saya menangis? Tolong sikit erk! Muka macho macam ni nak menangis apa kes.. ini sebab saya batuk tadilah!” Rayyan mereka alasan.Kebetulan pula Uwais muncul bersama segelas air kosong.
“Hah! dah sampai pun air…” Rayyan tanpa berlengah mencapai gelas di tangan Uwais yang kaget.Habis diminum air itu.
“Huh..barulah lega..kalau tak asyik nak batuk aja..sampai berair mata..Eh,Uwais..jomlah join isteri kau makan jambu..aku pun teringinlah!”
“Okey jugak tu!”
“Eh..aku nak bercakap dengan isteri kau kejap boleh?”
“Nak cakap apa?”
“Adalah…”
“Semacam jek..”
“Aik? muka jeles tu…tak sesuailah dengan kau!” Rayyan ketawa sambil beriringan dengan Uwais.
Wafeen ditinggalkan dengan penuh tanda tanya.Aku ni bukanlah bodoh sampai tak boleh agak yang tadi tu dia macam menangis kan? tapi…takkan kut..memang muka dia macho gila..apa kes nak menangis kan? alah! orang macho pun ada perasaan jugak!..hmmm…betul agaknya tadi dia batuk-batuk..tapi aku tak nampak pun? keliru betul! dia ada problem kut? muka dia macam sedih aja…apasal aku pulak yang cuak? tak sesuai betul!




“Siapa ni?”
Zarynn yang berbaring di atas sofa rasa malas nak jawab panggilan yang diterima.Acuh tak acuh saja dia menjawab panggilan yang nombornya tidak ada dalam senarai.
“I lah…dah kenal suara I ke?”
“Ya Allah!..you ke Hannah? you kan? betul kan..you Hannah?”
Terus saja Zarynn terbangun.Moodnya seharian itu yang kepenatan dengan urusan persiapan majlis pertunangannya rasa kembali pulih.
“Ingat pun..so, how are you my dear?”
“I sihatlah…dan happy sangat sebab hari ni kawan baik I call!”
“Iyalah..kalau nak tunggu you call, sampai bila pun tak call kan?”
“Sorrylah..bukan tak nak tapi I malu…you mesti benci I kan..”
“Kenapa pulak?”
“Sebab apa yang abang I dah buat pada you..”
“Itu urusan dia dengan I..kalau I menyampah pun dialah..bukan you..”
“Betul you tak marah?”
“Iya…kita kan kawan..”
“Leganya…”
“You tahu tak sekarang ni kat sebelah I siapa?”
“Hmmm..mestilah suami you kut..”
“memanglah! ada lagi..cuba you dengar suara ni!
“Hallo!!! kenal saya tak?” Suara garau kedengaran.Macam kenal!
“Hey!..Rayyan?” Zarynn sedikit terjerit.
“Hah…dialah yang suruh I call…”
“Macamana dia boleh ada dengan you?”
“Panjang ceritanya,baik kita cakap pasal kita aja dulu..so,you apa cerita?”
“I…oh,I dah nak bertunang hari Ahad ni,you datang ya?”
“Really? Ahad ni? Alah….rumah nenek hubby I pun ada kenduri la…tak dapatlah kut,lagipun I sekarang tengah pregnant 6 bulan lah..tak larat jugak kadang tu”
“Hah? serius? Ya Allah! dah nak jadi mak orang rupanya! ieeee..mesti you nampak chubby kan?”
“Agaknya kut..tapi still cantik okey!” tawa Hannah pula kendengaran.
Zarynn ketawa.Tengku Maria dan Tengku Muiz yang baru saja mendekati ruang tamu pelik melihat gelagatnya yang terlalu gembira.
“Takpelah..tapi,majlis perkahwinan nanti mesti datang tau!!..
“InsyaAllah..okeylah,kirim salam dengan mama you..bye!
“Bye!”
Zarynn mematikan talian.
“Siapa Rynn? happy sangat mummy tengok?” tanya Tengku Maria.Tengku Muiz hanya menonton TV.
“Hannah mummy…”
beritahu Zarynn.Muiz segera berpaling padanya.Hannah?
“Dia kirim salam…”
“Waalaikumussalam..dah lama tak dengar khabar dia..sihat ke dia?”
“Alahamdulillah..dah pregnant pun ummi..6 bulan..wah! tak lama lagi,jadi ibulah dia..”
“Ajak dia datang kenduri kita tak?”
“Dah..tapi dia tak dapat datang..ada kenduri di rumah nenek suami dia..”
Zarynn masih tersenyum.Tengku Muiz menjeling adiknya.Tak guna!! dah mengandung rupanya perempuan tu! ceh! kahwin paksa pun boleh bahagia ke? sial betul!!!!... aku tak kira! kalau aku tak bahagia..kau dengan penjual burger tu pun takkan boleh bahagia! kita tengok nanti Hannah Maryam..betul ke kau akan jadi ibu? Tengku Muiz senyum penuh maksud tersirat yang jahat! Dia memang makan hati kerana tak jadi berkahwin dengan Hannah.Alang-alang aku dah tak dapat jadi suami kau..apa aku kisah kalau aku jahanamkan keluarga kau Hannah! Biar padan muka kau! sombong sangat dengan aku!

7 ulasan:

aisy berkata...

jahat gler muiz ni..

Tanpa Nama berkata...

Patut la Rayyan marah kt papa dia.Rupanyer cam tu papa dia wat kt mama dia.Smpai hati Datuk Syakir,mmg jht la Si Mahani aka Datin Ann ni.Dgn Datuk Syakir skali jht.Sedih nyer kisah hidup Rayyan.Patut la dia x suka kt Elhan tu.

NurAtiZa berkata...

Bencinye ngan Muiz...ggrrr

Aida Sherry berkata...

ciannya Rayyan..... adatlah...hati kalau dah berubah...cinta dah jadi benci...yg manis dah jadi sepahit hempedu...memang patutpun Rayyan bencikan papa, mak tiri dan Elhan... tapi sebenarnya Elhan tak salah....
Wafeen... hanya awak seorg yg boleh melembutkan hati Rayyan dan memberikan kebahagiaan padanya....
T.Muiz.... masih tak sedar2 lagi... bilalah nak sedar dia ni...
Uwais... tlg jaga Hannah baik2... jgn biarkan T.Muiz sakiti dan hancurkan rumahtangga diorang...

Tanpa Nama berkata...

memang patut pun rayyan benci danial,mak tiri and papa dia!klau sye pon msti bnci dorng.huhu

YONG JIAO XIU berkata...

kesian rayyan..takpe nti happy gan wafeen.

mizz acu berkata...

owh..
harap rayyan dgr ckp uwais dan insaf.. biarlah sape yg wt jht kat mama dia tu dpt balasanNya.. herm