Follower Setia SYK

Ahad, 26 Februari 2012

Hikayat Cinta Si Pematah Hati 28

“Esok saya tak pergi kerja,so…awak tak payahlah ambil saya kat rumah.Kalau nak pakai kereta saya tu pakai ajalah..tapi jaga elok-elok tau,saya sayang kereta tu..” beritahu Wafeen.Ketika itu dia lihat Rayyan sedang asyik mengunyah karipap pusing.Tiap kali dia tengok Rayyan makan karipap mesti dia nak tergelak tapi ditahan saja.Kecik ati pulak kang!
“Mestilah saya jaga kereta tu baik-baik sebab saya sayang tuan dia..” Rayyan senyum nakal.Wafeen malas nak layan.Kalau aku layan lebih-lebih nanti dia mesti fikir aku bagi dia harapan..ish! susah jugak ya kalau ada admirer ni..serbasalah!
Wafeen tak kata apa-apa.Dia hanya menghalakan pandangannya pada sungai yang terbentang di hadapan mereka.Angin bayu dari arah sungai bertiup lembut buat mereka rasa selesa makan tengahari di situ.
“Tapi kenapa awak tak pergi kerja esok? kalau macam tu,saya pun malaslah nak kerja” Rayyan menutup tupper-ware berisi karipap pusing.Eh? dah kenyang ke?”
“Dah tak nak makan ke? selalu tu makan sampai habis,serdak pun tak tinggal”
“Hilang selera..”
“Dah kenapa pulak..”Wafeen bersuara lembut sambil tersenyum.Riak wajah Rayyan agak melucukan.Macam budak-budak!
“Ye la,kalau awak tak kerja esok…saya nak lunch dengan siapa? awak tahu tak,saya bersemangat nak kerja sebab saya boleh jumpa awak..kalau awak takde,hmmm…saya pun malas nak kerja..awak sumber inspirasi saya tau..”
Wafeen mencebir.Huh! boleh percaya ke?
“Iyalah tu,awak jangan nak melebih-lebihlah…saya bukan suka hati tak nak pergi kerja.Esok..mak saudara dengan abang sepupu saya nak datang..jadi saya kenalah ada di rumah sambut kedatangan diorang tu..awak janganlah sampai tak nak pergi kerja pulak..”
“Habis tu,saya nak lunch dengan siapa? kalau saya mati tak makan macamana?”
“Awak ni! takkanlah saya takde ..awak sampai tak nak makan pulak”
“Mestilah! saya nak makan dengan awak…tak kira,saya wajib lunch dengan awak jugak!”
“Okeylah…okeylah…ieeee,awak ni teruklah! suka paksa-paksa orang!..esok waktu lunch,awak datang rumah saya..kita boleh lunch sama-sama.Bolehlah saya kenalkan awak dengan ahli keluarga saya yang lain..”
“Hah…macam tu la bakal isteri abang…”
“Hah? tolong sikit erk..jangan nak perasan.Tak payah cakap macam tu la,saya ni bakal isteri orang lain…awak tolonglah faham..”
Rayyan mencebir.Huh! iyalah…kalau kau bakal isteri Daniel tu,maknanya kau bakal dimadulah!
“Emmm..kita cakap pasal lain lah!..saya tak sukalah topic awak bakal isteri orang lain tu..” Rayyan memerhatikan Wafeen mengemas mangkuk tingkat.Itupun bila dia menggeleng bila Wafeen memberi isyarat sama ada dia masih mahu makan atau tidak.
“Nak cakap pasal apa..”
“Adik beradik awak? hah…ceritalah..awak tak pernah cerita pasal keluarga awak yang lain..mulanya dulu,saya hampir fikir yang awak ni anak yatim piatu tau!”
“Uikss…saya masih ada mak ayah lah…”
“Oh..maknanya,saya masih berpeluang ada mak dengan ayah mertualah kan? syukur Alhamdulillah..”Rayyan sengeh bila Wafeen menggeleng dengan gelagatnya.Degil betul mamat ni! gasak kaulah…tak kuasa dah aku nak cakap banyak kali..
“Awak ada berapa orang adik beradik?”
“Empat…dua lelaki dua perempuan..”
“Awak anak sulung?”
“Tak, saya anak kedua,saya ada abang dan dua orang adik..”
“Lagi?”
“Abang saya dah berkahwin,dia ada dua orang anak..adik saya yang perempuan baru habis belajar dan yang bongsu umurnya 17 tahun..”
“Mak ayah awak? ceritalah pasal diorang..”
“Emmm..ibu dengan Abah saya bekerja di kedutaan Malaysia..dah lama dah pun,tak lama lagi pencenlah..perkhidmatan mereka di Cape Town pun tinggal berapa tahun saja lagi.Emmm..tapi saya tak rasa yang mereka akan balik menetap di sini sebab keluarga saya ada perniagaan pusat peranginan dan ladang burung unta di sana..semua tu,abang saya yang uruskan..”
“Kenapa awak tak tinggal di sana?”
“Sebab saya suka tinggal kat sini..saya suka tempat ni,mungkin bukan bandar besar..tapi bagi saya,tempat ni adalah yang terbaik buat saya dan nenek…kalau satu hari nenek dah takde pun,saya tetap akan tinggal di sini..”
“Samalah…saya pun suka tempat ni..sebab..sayang suka tinggal di sini…asalkan dia ada,dekat mana pun adalah tempat yang terbaik buat saya..”
Wafeen berpandangan dengan raya.Aduh! kenapalah dia suka buat aku terharu macam ni? tolonglah hati..pujuklah perasaan aku supaya tak terus terpengaruh dengan godaan manusia depan aku ni!
“Emmm..Wafeen!”
“Hmmm?”
“Awak suka tempat tinggal yang macamana? maksud saya,rumah idaman awaklah..”
“Rumah idaman? emmm…sebenarnya,saya teringin nak ada rumah berdepan dengan pantai,tapi..memandangkan kat kawasan sini cuma ada sungai aja..saya sekadar berangan ajalah..” Wafeen ketawa kecil.
“Takpelah…katakan,awak berjaya ada rumah berdepan dengan pantai…awak nak rumah yang macamana?”
“Kena beranganlah ni?”
“Ya sayang..awak berangan ajalah” Rayyan pula ketawa bila Wafeen tayang muka comelnya.Aduhai Wafeenku! sebab kaulah aku dah macam pungguk rindukan bulan..bilalah agaknya kita akan bersatu,usahkan rumah berdepan dengan pantai..kalau kau nak rumah di tengah pulau pun aku sanggup tunaikan!.
“Saya tak nak rumah banglo..saya nak rumah tradisional melayu yang kotemporari.Bersesuaian dengan peredaran masa,tak nak la yang macam zaman dulu sangatkan…mesti ada taman,ada banyak pokok bunga matahari dan yang penting ada buaian..rumput hijau..depan rumah tu pantai yang ada lautan biru..ieeeee,mesti cantikkan?” Wafeen pejam mata sambil membayangkan rumah impiannya.Rayyan mengambil peluang itu untuk menatap raut wajah polos gadis itu.
“Memang cantik….” jawab Rayyan yang matanya tidak lari dari melihat raut itu.
“Mesti seronokkan kalau dapat makan aiskrim sambil duduk atas buaian tu kan sayang?”
“Hmmm..seronoknya..” Wafeen angguk dengan mata yang masih terpejam.
“Dan lagi seronok kalau abang dapat main layang-layang kat kawasan rumput hijau tu dengan anak-anak kita..kan sayang?”
“Mestilah seronok.. kan angin kuat masa tu…” jawab Wafeen spontan tapi wajahnya berkerut dan dia segera membuka mata.
“Awak cakap apa tadi?” dia pandang Rayyan yang senyum dengan riak wajah nakalnya.
“Cakap apa?”
“Tadi tu awak cakap yang seronok kalau dapat main layang-layang dengan….”Wafeen malu nak meneruskan ayatnya.Wajahnya memerah menahan malu.Rayyan buat muka selamba.
“Dengan siapa sayang…”
“Tak sukalah macam ni..tak naklah berbual dengan awak lagi dah!” Wafeen rasa mukanya panas.Malunya!!rasa macam nak terjun sungai!
“Apa? tiba-tiba nak marah ni kenapa? tadi sayang juga yang cakap memang seronok kan? kira setujulah tu dengan pendapat saya..hmmmm..jadi tak sabar pulak nak realisasikan rumah impian sayang tu..ada taman,bunga matahari,rumput hijau,anak-anak yang comel..main layang-layang..what the amazing dream!
Rayyan angkat kening padanya.Dia lihat senyuman Rayyan berbeza dari kebiasaannya.Arggg!! sejak bila aku boleh bezakan senyuman dia ni!
“Rayyan….tak nak lah!” Wafeen terlalu geram hingga mencapai sebatang ranting kayu dan memukul perlahan lengan Rayyan.
“Adoilah!..apa rotan orang pulak ni.."Rayyan sengeh.Digosok perlahan lengannya.
“Padan muka! menyampah!” Wafeen bangun sambil mencapai plastik merah berisi sisa makanan.
“Nak pergi mana?”
“Buang sampahlah…kenapa,nak saya buang awak sekali ke?”
“Uiks..ganas tu sayang…tak sesuailah dengan awak”
Wafeen hanya mengerling sambil berlalu ke arah tong sampah yang agak jauh dari situ.Macamanalah aku boleh tak perasan dengan ayat dia tu tadi? yang aku setuju kenapa? macam ya aja aku nak jadi isteri dia! Tapi kenapa aku rasa macam suka jugak? Haish...dah kronik ke aku ni?






Rayyan mengeluarkan handset dari dalam saku seluarnya.Dari jauh dia melihat Wafeen sedang membuang sampah.Dia membuat panggilan ke talian peribadi bapa saudaranya di Kuantan.
“Assalamualaikum Ayah ngah…”
“Waalaikumussalam..kenapa Rayyan? lama tak call?”
“Busy sikit Ayah Ngah..emm..macam ni,saya nak minta tolong ni..”
“Minta tolong apa?”
“Boleh tak Ayah Ngah cari,kalau-kalau ada orang nak jual tanah di kawasan Pantai Sepat tu? kalau boleh..tanah yang berhadapan dengan pantai..tak kiralah berapa harga,yang penting Ayah Ngah carikan..boleh?”
“Boleh…kalau tak silap memang ada orang nak jual tanah dekat kawasan ni,maklum ajalah..sekarang ramai orang berminat nak buat chalet ataupun tapak perkhemahan..kalau kau nak,Ayah Ngah carikan orangnya..”
“Terima Kasih Ayah Ngah..”
“Sama-sama..”
Rayyan mematikan talian.Yess!! harap-harap boleh dapat….sabar ya sayang! InsyaAllah,ada rezeki kita, dapatlah rumah impian tu satu hari nanti. Bila Wafeen menghampirinya dia masih tersenyum.
“Apasal senyum-senyum?” Tanya Wafeen.Selebihnya dia rasa kesal dengan keterlanjuran angan-angannya tadi.Tak ke macam bagi dia harapan?
“Hai,senyum pun tak boleh ke?”
“Awak mesti nak gelakkan saya kan?”
“Mana ada…tak baiklah buruk sangka..”
Wafeen ketap bibirnya.Mesti dia gelakkan aku kan? sebab aku silap setuju dengan angan-angan dia tu…memanglah sweet,tapi…bukan dia calon suami aku!! bukan!bukan!bukan!











“Bila boleh makan ni nek? orang dah lapar ni,sudahlah penat drive tadi..” Uwais mengeluh sambil meneguk minuman yang disediakan Wafeen sebaik mereka sampai tadi.
“Budak bertuah ni….cuba bersabar sikit.Kan Wafeen kata kawan dia nak makan tengahari dengan kita..tunggu ajalah” Sarimah membebel melihat gelagat Uwais yang tak sabar-sabar.
“Betul cakap mak tu..abang ni, sabarlah sikit..mengalahkan bulan puasa pulak..”
“Lambatlah! dah pukul 1 petang pun..”
“Kalau lapar,Uwais pergilah makan dulu…nanti kena gastric pulak” Nek Jah kasihan pula melihat cucunya itu.Agaknya Uwais memang terlalu lapar agaknya.
“Tunggulah Abang Uwais,dia tengah on the way..kejap lagi sampailah…” Wafeen seakan memujuk.Hannah mencuit lengan Uwais.
“Apa?”
“Abang ni buat malu ajalah…”
Uwais mencebir.Biarlah! dah memang aku lapar kan?
“Siapa tetamu istimewa ni nek? ingatkan..sayalah tetamu istimewa hari ni…”
“Perasan! istimewa apabendanyalah kau tu Uwais oi…nenek dah selalu sangat tengok muka kau kat rumah ni…sebab itulah nenek kau ni dah ambil cucu angkat,kan mak? Sarimah berpandangan dengan ibu mertuanya yang duduk bersebelahannya.
“Cucu angkat? biar betul nek…”
“Iya…alah,budak tu baik Uwais…selalu tolong nenek dengan Wafeen ni..orangnya ramah,baik hati,pendek kata..berkenanlah di hati nenek ni..” Nek Jah mula bercerita.Uwais kerut dahi.Sejak bila nak bercucu angkat ni? aku nak bagi cicit dia pulak nak tambah cucu?
“Berkenan? ai..semacam aja bunyinya ni? nenek , kalau iyapun nak cari pengganti…takkan muda sangat nek..” Uwais menyengeh.Hannah hampir terlopong dengan ayat suaminya itu. Ish..takkan kut..
“Kau tengok anak kau ni Sari…kalau tak mengusik aku tak sah!..ada ke kata aku nak cari pengganti? kalau nenek berkenan pun Uwais,bukan untuk nenek tapi untuk anak dara dalam rumah ni hah..entah bilalah nak bernikah..aku ni makin lama makin tua Sari,esok lusa kalau aku mati..siapa yang nak jaga dia?”..
“Eh…mak jangan bimbang…ada jodoh tu tak lama lagi..” pujuk Sarimah .Dia lihat ibu mertuanya itu kelihatan gusar.
“Apa pulak tiba-tiba kaitkan Wafeen pulak nek..”Wafeen tarik muka.Uwais ketawa kecil.
“Memang pun! bila lagi ni Wafeen? boyfriend kau budak KL tu takde hati nak masuk meminang lagi ke? “
“Abang…apa ni tanya macam tu..tak baiklah gelakkan orang” tegur Hannah.
“Bukan gelak tapi geli hati aja…dia dari dulu sibuk menunggu budak KL tu, tapi takde apa-apa pun..itulah kau Wafeen,abang nak jodohkan kau dengan Hafiz kau jual mahal…”
“Dah orang tak suka..mana boleh paksa-paksa..” jawab Wafeen.
“Siapa kata tak boleh…”
“Ieee..nikah paksa ni banyak masalah la Abang Uwais..belum tentu bahagia..”
“Siapa cakap? ada apa yang bahagia..
“Siapa? cuba abang Uwais bagi contoh?”
“Err..adalah…”
“Tipulah!” Wafeen langsung tak percaya.Uwais dan Hannah berpandangan .Ada lirikan penuh makna pada pandangan isterinya. Kita boleh je bahagia kan sayang?Diorang aja tak tahu..
“Susah-susah..kau nikah ajalah dengan cucu angkat nenek tu Wafeen..nenek pun dah berkenan ya nek? Uwais memberi cadangan.
“Haah..kalau budak baik..apa salahnya” sampuk Sarimah.
“Aku pun harap macam tu..tapi nak buat macamana, dia dah berkenan ke orang lain…tak nak la memaksa..” Nek Jah seakan kecewa.Wafeen buat tak tahu saja.Dah berjanji dengan Elhan kan,kenalah tepati janji walaupun aku tak nafikan..aku pun berkenanlah jugak dengan Hantu Karipap tu!
“Wafeen…sampai bilalah kau nak tunggu kekasih kau tu pinang kau..” Uwais menghela nafas berat.Bukan dia tak tahu setianya Wafeen pada kekasihnya itu sampaikan cadangannya nak jodohkan dengan Hafiz ditolak mentah-mentah.
“InsyaAllah…dia balik dari Singapura nanti,dia nak bincang pasal tu la…bagilah dia masa..” Wafeen kurang senang bila Uwais masih juga tidak berhenti dengan isu soal jodohnya itu. Nasib baiklah Hannah tak kata apa.Buatnya Hannah pun ikut bagi sokongan,satu keluarganya menolak kehadiran Elhan Daniel sebagai calon suaminya.Susah la pulak!
“Tunggu..tunggu..umur pun meningkat jugak..” bebel Nek Jah lagi.
“Dengar macam bunyi kereta aja tu bang..cucu angkat nenek dah sampai agaknya..”Hannah menepuk peha Uwais.Cepat saja Uwais bangun dari kerusi.
“Eh,itu bukan kereta kau ke Wafeen?” Uwais meninjau di muka pintu.Dia nampak kereta Volkswagen merah jambu berhenti di laman rumah.
“Haah..dia pinjam ..”
“Hai, takde kereta sendiri ke?”
“Dia baru aja kerja Abang Uwais..tengah kumpul duitlah agaknya..” Jawab Wafeen bersahaja.
“Eloklah kumpul duit..kalau tak dapat beli kereta,elok dia pinang kau aja..buat hantaran kahwin..”sempat Uwais mengekek ketawa.Wafeen mengerling Uwais dengan muka cemberut.Suka sangat nak jodohkan aku dengan hantu karipap tu erk?



“ Subhannallah…awak ke Rayyan?”
“Aik? macamana kau boleh ada kat sini Uwais? pelik ni…” Rayyan garu kepala.Wajahnya nampak keliru.Uwais masih ketawa dan segera memeluk tubuhnya.
“Abang Uwais kenal ke dia ni?” tanya Wafeen.Dia lagilah pelik bila Uwais dan Rayyan sudah saling berpelukan.
“Mahunya tak kenal…dia ni satu sekolah dengan Abang dulu..samseng kampung Dusun ni..” Uwais menepuk-nepuk bahu Rayyan yang turut ketawa.
“Oit..agak-agaklah…jatuhlah reputasi aku..”
“Awak ada reputasi erk? wah..pakai tali leher ni..smart macam orang korporat dah saya tengok..bukan awak kata hari tu,awak penganggur ke?”
“Takkan selamanya nak mengganggur kan..baru dapat kerjalah..makan gaji aja,biasalah..bolehlah nak hidup..”
“Baguslah….kerja apa?” Tanya Uwais lagi.
“Pengurus biasa aja…”
“Okeylah tu, bukan setakat boleh tanggung hidup sendiri aja,dah boleh tanggung anak orang tu..” Uwais angkat kening pada Wafeen.Ish…Abang Uwais ni,sempat pulak bagi isyarat tu!
“Buat apa berbual kat luar pulak..Abang Rayyan ajaklah Uwais masuk…eh, silap…Abang Uwais ajaklah Rayyan masuk..” Adoilah! tersalah cakaplah pulak.
“Haah..masuklah Rayyan..aku kenalkan kau dengan isteri aku..mak aku kau dah kenal kan?”
“Mak kau pun ada? wajah Rayyan nampak seperti takut. Hah? mak cik brutal tu ada sekali ke?
Rayyan masuk ke dalam rumah.Uwais mendekati Wafeen lalu berbisik.
“Abang Rayyan ke?”
“Ieee…dah la Abang Uwais ni..suka tau ejek orang!” Wafeen cubit lengan Uwais kerana geram.
“Adoi!! sakitlah…Hannah pun tak cubit kuat macam ni tau..”
“Tak tau..padan muka!”
“mengadu kat isteri abang…”
“Mengadulah…tak takut pun..”








“Mak cik tak sangka pulak cucu angkat yang Nek Jah kau cakap ni..rupanya kau Rayyan…lama betul tak jumpa ya? dah besar panjang pun kau nak oi…makin handsome” puji Sarimah sebaik saja anak muda itu duduk di sofa.
“Haah mak cik..lama tak jumpa kan? saya pun tak sangka yang Wafeen ni anak sedara mak cik..” Rayyan tersenyum-senyum.Sesekali matanya melirik pada wanita hamil yang duduk di sebelah Uwais. Macam kenal aja? kalau tak silap, dia ni kawan Zarynn kan? tapi…setahu aku kawan Zarynn tu tak pakai tudung..ingat-ingat lupalah pulak rupa kawan Zarynn tu.
“Kau ingat mak cik lagi tak?”
“Mana boleh lupa mak cik…sampai mati pun saya ingat..”Rayyan ketawa.
“Mestilah dia ingat mak.. kalau saya jadi dia pun saya takkan lupa, sekotak rokok mak sumbat dalam mulut dia suruh makan…” Uwais mula mengingatkan peristiwa sewaktu di zaman persekolahan mereka.Suatu hari dia ajak Rayyan datang ke rumahnnya.Entah macamana,Rayyan boleh kantoi ketika merokok di belakang rumah.Maknya apa lagi, mengamuk sampai kejar Rayyan.Tak cukup tanah Rayyan lari..dia pun naik gerun bila Rayyan kena paksa makan rokok..sampai mengalir airmata kena paksa kunyah rokok tu..mak aku ni memang ganas mengalahkan tentera Jepun!
“Iyalah mak cik..nasib baik tak pecah perut saya sebab pedas makan tembakau tu,panas tu mak cik..”
“Tahu pun kau,apa bezanya kau makan dengan hisap rokok tu..dua-dua takde faedah..saja mak cik nak kau rasa rokok tu sebenarnya sedap ke tidak..”
“Awak merokok ke? sampuk Wafeen.Rayyan kaget dengan soalan itu.Alamak! pecah rahsia!
“Mana ada say….err..mana ada saya merokok,itu dulu..lepas kena paksa makan rokok tu saya serik dah..”Rayyan menggeleng. Hampir saja dia nak cakap “mana ada sayang…” bila teringat pesanan Wafeen, terus dia cover line..
“Eh lupa pulak nak kenalkan…Rayyan,inilah isteri saya..Hannah Maryam..”
“Patutlah macam kenal aja tadi…Hannah rupanya..” Rayyan senyum pada Hannah yang turut tersenyum padanya.
“Haah…saya pun rasa macam kenal..Abang ni kawan Zarynn kan?"
“Aik? kenal ke?” Uwais pula yang terkejut.
“Kenal bang…Abang Rayyan ni dulu pun senior Hannah masa di Imperial College..Lagipun dia kenalan rapat dengan kawan baik Hannah..Tengku Zarynn,adik Tengku Muiz..”
“Tengku Muiz..bekas tunang Hannah tu ke?” Hannah angguk. Uwais baru faham.Patutlah...

“Kecil aja dunia ni kan Hannah…tak sangka pulak awak ni isteri Uwais…” Rayyan menggeleng seketika.Perasaannya rasa bahagia tiba-tiba..Alangkah baiknya kalau dia menjadi sebahagian daripada keluarga itu.
“Saya pun tak sangka yang awak ni cucu angkat nenek…kira kita ni sepupu angkat la ya? lepas ni mana tahu dapat gelaran lain pulak..tak naklah angkat-angakat kan..kalau boleh biarlah yang “sah”" Uwais senyum penuh makna.Ada yang tersirat pada kata-katanya.
“Maksudnya?” Rayyan kurang faham.Wafeen dah agak.Uwais bukan boleh kira.Kalau dah berkenan di hati..sampai jadi dia mahukan.Macamana boleh kawan Abang Uwais pulak ni? tak pasal-pasal dia dapat green light nanti!
“Asyik berborak aja kan? jomlah kita makan..tadi ada orang tu kata lapar sangat kan!”
“Haah..dah jumpa kawan dia..kenyang pulak ke sayang” Hannah menarik goatee Uwais.Suaminya ketawa kecil.
“Alah..jumpa kawan lama,mestilah happy kan Rayyan?”
Rayyan angguk saja.Dia pun memang gembira.Tak sangka pulak dia…betapa kecilnya dunia!
“Iyalah…orang kata,yang jauh kita dekatkan..yang dekat..kita rapat-rapatkan lagi…yang rapat,tak salah kalau kita ikat-ikatkan..betul tak mak?”
“Iyalah tu Uwais..malas mak nak melayan kau..mak pun nak ke dapur ni hah..” Sarimah tersenyum saja.Dia sempat melirik pada Rayyan dan Wafeen.Memang sesuai!
“Awak…emmm..jom pergi makan,mesti awak pening dengan Abang Uwais ni kan? dia memang suka berkias-kias sampai orang pun tak faham..kiranya,dengar boleh..percaya jangan..” Wafeen segera mengajak Rayyan ke meja makan bila Uwais makin menjadi-jadi.
“Hannah pun tak fahamlah bang..” Hannah kerut dahi.Pening pulak aku fikirkan ayat tadi tu..
Uwais yang dah bangun duduk semula.Yang lain sudah ke dapur.Tinggal dia dan Hannah.Akal nak mengusiknya mula datang.
“Sayang tak payah fahamlah sebab bahasa abang ni tinggi..bukan taraf sayang nak faham..itu maknanya abang ni lebih pandai dari sayang kan?” Uwais ketawa.Dicuit hidung Hannah.Bukan main suka dia tengok muka tak puas hati isterinya.
“Iee….suka hati aja cakap macam tu tau..perasan! hakikatnya Hannanh CEO abang tu penjual burger aja.. ”Balas Hannah.Sengaja dia nak buat mood mengusik Uwais mati terus.Huh! mesti kejap lagi dia marah...
“Penjual burger pun CEO berlagak tu nak jugak cium..tiap malam pun suruh tutup kedai awal,kalau tak nanti mulalah dapat panggilan "black out"”
"Apa abang cakap?" Hannah mula geram.Argh!! kenapa selalu aku jugak yang kena?
Uwais sempat jelir lidah dan segera melarikan diri ke dapur bila Hannah dah mencapai bantal kecil di atas sofa.Selamatkan diri!!

9 ulasan:

  1. best2..lpas ni mkin senang la keje rayyan nk pikat wafeen,da ad pyokong..:)

    BalasPadam
  2. suke3x...
    nak Rayyan dengan Wafeen...

    BalasPadam
  3. kihkihkih.. adoiii sume geng kaki ngusik.. abg manja je xdtg join lagi
    terbaek ah rayyan! susah2 suro je m.cik sari bg tazkirah kat wafeen tu,, haa..br dia ada akai!
    pasni mesti hannah yg gtau wafeen pasai daniel da nak kawen.. hehehehehee.. syokknyeerr!

    BalasPadam
  4. best...best...
    wafeen pilih jer rayyan...semua dah setuju......

    BalasPadam
  5. bestnye lame dh tggu entry ni... suka wafeen dgn rayyan... comey sgt... and dpt lps rindu dkt uwais, hannah and paling penting mak cik sari....hehehehe... x sbr nk baca next entry....

    BalasPadam
  6. cam biasaaaa..terbaekkkkkkkkkk pya!!!!! hehe. lawak2, telan rokok eh? igt cter ayah aku dlu kala, dia kata masa kat kem tentera, kwn dia merokok sedangkan tak dibenarkan merokok. sekali bos dia jpa rokok, pakat taknak mengaku. satu platun kena usung rokok tu pergi tanam cam tanam mayat sudah. seminggu je ayah aku dpt bertahan,pastu dia cabut lari.huhhuuhu mmg la dia tak kuat semngat.hehe.

    BalasPadam
  7. argh novel ni dah best..tmbh ade uwais makin best..suke sgt..e cepatlah rayyan kawin ngan wafeen ..ley sedara ngan uwais:D

    BalasPadam
  8. uhhhhh . . syok nya dpt lepas rindu kat uwais ngan hannah . . rindu sngguh kat 2 org ni. .

    BalasPadam