Follower Setia SYK

Jumaat, 17 Februari 2012

Hikayat Cinta Si Pematah Hati 27

Zarynn merenung lama pakaian yang dihamparkan di atas katil.Baju yang ditempah minggu lalu sudahpun siap dan hanya tunggu untuk dipakai sahaja pada majlis pertunangan yang hanya tinggal beberapa hari lagi.
Tiba-tiba dia rasa tangannya sejuk.Zarynn duduk di atas katil.Lepas majlis pertunangan nanti bermakna dua bulan kemudian dia akan bernikah dengan Daniel Elhan.Secara rasminya dia akan bergelar seorang isteri dan bermakna hilanglah kebebasannya untuk hidup bebas mengikut kehendak hatinya sendiri.Bukan sahaja dia perlu menukar corak hidupnya sebagai gadis yang selalu dikejar lelaki bahkan semua teman lelakinya yang selama ini ditipu sana sini terpaksa dilupakan begitu sahaja.
Betul ke apa yang aku buat ni? aku akan berkahwin tak lama lagi sedangkan jiwa aku ni tak pernah percaya pada bahagianya perkahwinan…Argghh!! tak kira dengan lelaki mana pun aku berkahwin,sekalipun bukan Daniel Elhan…aku tetap takkan rasa bahagia tu!
“Zarynn….”
“Ya mummy..” Zarynn yang tadinya jauh termenung mengukir senyum pada ibunya Tengku Maria yang sudahpun masuk ke dalam bilik tidurnya itu.Wanita separuh umur yang masih kelihatan cantik itu duduk di sebelah anaknya.
“Kenapa terperap dalam bilik saja ni….tak keluar ke? selalu tu sayang dah takde di rumah waktu macam ni..sayang mummy ni tak sihat ke?”
Tengku Maria menyentuh dahi Zarynn tapi cepat saja anaknya itu mengalihkan tangannya.
“Rynn okeylah mummy…nak keluar ke mana..tak lama lagi kan Rynn dah nak kahwin,mana boleh nak keluar berpeleseran sana sini lagi mummy..kenalah belajar duduk di rumah kan?” Zarynn ketawa kecil.Dia memeluk bahu ibunya itu dan kemudian dia berbaring di ribaan Tengku Maria.
Tengku Maria melepaskan keluhan.Dia membelai rambut anak kesayangannya itu.Dia kasihankan Zarynn.Anak itu selalu saja dipaksa melakukan sesuatu diluar kemahuannya.
“Rynn…mummy kenal anak mummy macamana..ketawa Rynn tadi tu nampak sangat dibuat-buat..mummy tahu Rynn tak mahu kahwin dengan Daniel tu kan? semua ni sebab daddy…sayang, kalau tak nak..cakap tak nak! biar mummy bercakap dengan daddy…mummy rela hidup susah asalkan hidup anak mummy tak musnah..”
“Mummy cakap apa ni…bila pulak Rynn cakap tak suka…seronok apa kahwin dengan CEO..anak Dato’ pulak tu..kaya raya kan..tak payahlah daddy susah hati lagi,Abang Muiz pun,tak payah pening kepala nak fikir syarikat kita tu bakal melingkup ke tidak…” Zarynn bangun dari baringan dan menghadap Tengku Maria.Wajahnya tetap nampak ceria walaupun Tengku Maria yakin itu hanyalah sekadar menutup apa yang tersirat dalam hati anaknya itu.
“Mummy minta maaf…” suara itu kedengaran lirih.
“Kenapa pulak mummy nak minta maaf ni…” Zarynn mengerut dahi.Dia tak suka melihat wajah sedih itu.
“Sebab mummy biarkan daddy lakukan semua ni pada Rynn…sepatutnya Rynn bahagia berkahwin dengan lelaki yang Rynn cinta..bukan kena paksa macam ni..”
“Mummy…Rynn tak rasa kena paksa pun,Rynn rela mummy…lagipun..siapa cakap seseorang tu akan bahagia berkahwin dengan orang yang dicintai..buktinya,mummy dengan daddy…kahwin atas dasar cinta juga kan? Rynn nak tanya..mummy bahagia ke?”
Tengku Maria terdiam dan tidak menjawab soalan itu.Memang bahagianya hanya seketika hinggalah suaminya berubah perangai menjadi kaki perempuan sebaik sahaja berjaya dalam perniagaan.Selama ini dia bertahan demi anak-anak dan mungkin juga dia tidak seberani arwah Zahara yang memutuskan lebih baik hidup sebagai ibu tunggal daripada bersuamikan lelaki penipu!
“Arwah Aunty Zahara…berkahwin sebab cinta juga kan mummy? tapi kenapa mereka bercerai… sebab cinta perlukan kesetiaan mummy…cinta tanpa kesetiaan..sama aja tarafnya macam sampah..” Zarynn mengetap bibir.Sungguh dia bencikan lelaki hidung belang…yang pandai menabur kata di bibir sekadar menggoda hati wanita tapi hakikatnya..bukan cinta tapi nafsu! Sikap kebanyakan lelaki sama aja!
“Rynn tak mahu fikir apa yang akan berlaku pada masa akan datang..apa yang Rynn tahu,kita manusia hanya merancang mummy..Allah yang tentukan..siapa tahukan,Rynn akan dapat juga bahagia tu sebagai isteri Daniel..” kata-kata itu agak berat untuk keluar dari mulutnya.Takpelah…yang penting mummy tak risaukan perkara ni..
“Mummy harap hidup anak mummy ni akan bahagia selalu..mummy risau sayang,dulu..abang Muiz tu beriya-iya nak bernikah dengan Hannah..mummy pun sukakan Hannah tu tapi tak sangka pulak lain jadinya..kalaulah Abang Muiz tu tak buat perangai..tentu mummy dah bermenantukan Hannah Maryam tu..”
“Sudahlah mummy..benda dah jadi.Elok juga tak jadi majlis tu..kalau tak,mummy faham-faham ajalah macamana jadinya hidup Hannah tu..Alhamdulillah dia dah bernikah dengan orang lain..harap-harap dia bahagia kan mummy”
“Eh..Rynn tak jemput dia ke majlis ke nanti?”
“Emmm..tengoklah nanti..” Zarynn menyelak rambutnya yang panjang.Nak jemput Hannah ke? dah lama aku tak hubungi dia..entah dia ingat aku lagi ke tidak..maklumlah,Abang aku dah malukan dia..entah-entah dengan aku sekali dia menyampah!
“Kalau mummy tanya Rynn sesuatu boleh?” Tiba-tiba ibunya bertanya.Zarynn angguk sahaja sambil bangun dan mengambil hanger di dalam almari pakaian.
“Apa dia mummy…tanya ajalah..” Zarynn mengambil baju yang diletakkan di atas katil dan disangkut di dalam almari pakaiannya.
“Rynn pernah jatuh cinta dengan sesiapa?”
“Rynn jatuh cinta? mana ada…” Zarynn ketawa.Apa kes pulak mummy ni tiba-tiba nak tanya soalan macam ni..tak pernah-pernah pun..
“Betul?”
“Iyalah…yang selalu keluar dengan Rynn tu pun Cuma suka-suka ajalah mummy”
“Dengan….Rayyan?”
Zarynn ketawa kecil.
“Apa mummy merepek ni…Rynn dengan Rayyan tu dah macam adik beradiklah…Rynn anggap dia abang aja..”
“Manalah tahu…kalau-kalau Rynn suka dia dalam diam…”
“Takdelah mummy…sejak kecil lagi,Rynn dah memang anggap dia macam abang sendirilah..”
“Kalau macam tu lega hati mummy sebab..kamu berdua serasi sangat,mummy bukan apa..kalau betul..rasa macam kesal pulak….”
"Oh..mummy ada hati nak bermenantukan Rayyan erk?.." Zarynn ketawa lagi.Tengku Maria senyum saja.
“Okeylah..mummy nak keluar dulu,jangan terperap aja dalam bilik ni..cubalah keluar juga,ataupun pergi ajak bakal mak mertua Rynn tu keluar shopping” saran Tengku Maria.
“Ajak Aunty Ann? tak naklah!..”
“Hai..dengan bakal mak mertua kenalah berbaik..” Tengku Maria tersenyum bila melihat beriya-iya anaknya menggeleng kepala.
“Mummy tu cakap orang..apa tak mummy aja yang keluar dengan dia..”
“Mummy nak keluar dengan Datin Ann tu? lebih baik mummy keluar dengan bibik lagi baik..” Tengku Maria berlalu keluar dan dia masih dapat mendengar gelak tawa anaknya itu.







“Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…”
“Hai…lama senyap bakal pengantin…busy buat persiapan ke?” Rayyan berbaring di sofa.Dia baru saja balik dari menghantar Wafeen.Penat mula terasa tapi dia perlu menghubungi Zarynn bertanyakan soal pertunangan gadis itu dengan Daniel Elhan.
“Wah…tu perli ke nak ucap tahniah erk?” Ada tawa kedengaran.
“Apsal you tak cakap dengan I?” Rayyan bertanya serius.Zarynn akan berkahwin dengan Daniel itu bukan perkara mudah untuk dia terima.Dia tak pernah terfikir perkara itu boleh terjadi.
“Saja nak buat surprised..” jawapan itu kedengaran bersahaja.Rayyan menghela nafas berat.Zarynn ni tak habis-habis nak buat kerja gila!
“Memang kejutan sangat pun…hampir-hampir I kena serangan jantung tahu tak? kalau kejutan elektrik..dah lama I rentung!..you kalau betul nak kahwin pun,carilah lelaki yang sesuai..dah habis ke lelaki dalam dunia ni sampaikan Daniel tu yang you pilih? tak faham betul!..apsal semua orang sukakan dia?”
“Aik…marah nampak? tak suka I jadi adik ipar you ke? Zarynn ketawa kecil.Rayyan langsung tak rasa itu lucu.
“Memang tak suka..selama ni you tu penyokong kuat I..sekarang you nak kahwin dengan lelaki yang I paling meluat dalam dunia ni…habis tu,lepas ni you nak jadi penyokong siapa hah?”
“You ingat ni perlawanan bola sepak ke apa hah? I bukan pom-pom girl tahu tak? I buat semua ni untuk you jugak..kalau I tak nikah dengan Daniel..macamana you nak dapat Wafeen?” Zarynn bersuara lebih lantang darinya.Rayyan telan liur.Zarynn kalau melenting dia pun kalah..memang dia tak pernah menang kalau bertekak dengan Zarynn.
“Untuk I? idea bodoh apa yang you fikir ni Zarynn? I tak nak you buat sesuatu yang gila macam ni sebab I…”
“Gila apa pulak..i nak jadi isteri CEO tahu tak..okeylah tu! tak payah I kerja susah payah sebab suami I banyak duit..” jawab Zarynn.Rayyan tak puas hati.Dia tak tahu apa yang bermain di fikiran Zarynn.
“Zarynn..tolonglah!..jangan buat semua ni sebab I..you tak cintakan dia Zarynn”
“I memang tak cintakan dia..so what?”
“You takkan bahagia nanti..” Rayyan menekan suaranya.Dia mahu Zarynn faham,soal kahwin bukan main-main.
“Kalau dengan orang lain pun sama aja…kalau macam tu I tak payah kahwinlah jawabnya..eh,ini uruskan i..suka hatilah I nak kahwin dengan sesiapapun…”
“Rynn…mama Daniel tu,you pun tahu kan orang tua tu macamana..” Rayyan teringatkan Datin Ann.Meluat betul dia bila teringatkan wajah ibu tirinya itu.Baginya,Datin Ann adalah perempuan paling jahat di dunia!
“I tahu..sebab tu I nak kahwin dengan anak dia..”
“You biar betul! you sanggup ke dapat mak mertua macam tu?”
“Rayyan..you lebih tahu Datin Ann tu macamana..so sekarang I nak you fikir….Wafeen tu jadi isteri Daniel..dapat pulak Datin Ann jadi MIL dia..you rasa dia akan bahagia tak?
Rayyan senyap.Tak sanggup dia nak bayangkan semua tu.Usahkan betul nak fikir pun dia tak rela.
“You tahu..Datin Ann sendiri nak I jadi menantu dia..Dia sayangkan I Rayyan..sebenarnya kalau ikutkan memang I pun tak rela bila ingatkan perangai dia tu tapi I nak manfaatkan semua ni untuk you Rayyan..dengar sini,dia takkan pernah terima orang macam Wafeen sebagai menantu..you nak ke Wafeen menderita nanti?”
“I tak tahu apa rancangan you ni Rynn..I tak pernah terfikir pun..”
“You ikut aja..bila Daniel dah kahwin dengan I nanti,tentu you ada peluang untuk dapat Wafeen kan?”
“Rynn..tak semudah tu..sekarang pun dia tak tahu you nak kahwin dengan Daniel..”
“Okey..wait and see..you tak perlu bimbang..i akan uruskan Daniel..you teruskan pikat Wafeen tu..kalau mereka masih berhubung tanpa Wafeen tahu tentang pernikahan kami ,I tahu macamana nak buat..”
“I tak sedap hati Rynn..rasa macam I pergunakan you..”
“Shut up..you jangan cakap banyak okey..kalau you cakap lagi macam tu,I takkan bercakap dengan you sampai bila-bila..silap-silap I pulak lancarkan perang dengan you…nak macam tu?”
“Iyalah..iyalah…tapi kalau Daniel buat you sedih beritahu I..kenapalah you mesti jadi isteri dia..” Rayyan seperti rasa terkilan.
“Diamlah!..you nak pening apa…kalau I tak bahagia atau rasa tersiksa dengan perkahwinan tu..I mintak ajalah cerai..you jangan jadi bodoh boleh tak?” suara Zarynn seperti bengang dengan kata-katanya tadi lalu Rayyan terus diam seketika.
“Okey..okey..”
“You datang tak majlis nanti”
“Tak naklah…tak rela I tengok you jadi tunang dia..majlis perkahwinan you nanti pun I kena fikir seratus kali nak datang”
“Ieeee..teruklah you ni! tak baik tau layan adik ipar macam ni..”
“Rynn..bila you jadi isteri Daniel nanti..you akan lebihkan siapa?”
“Mestilah suami I..lagipun,you kan dah Wafeen masa tu…takkan tak cukup kasih sayang lagi kut..” seperti awalnya Zarynn tetap ketawa.Gembira sangat ke nak jadi isteri Daniel tu?Rayyan masih dengar Zarynn ketawa galak.Dia sekadar senyum tawar.
“Tapi kalau I nak mengadu..I masih boleh jumpa you ke? sebab selama ni…you aja yang jadi pendengar setia I..you dah macam cermin I la Rynn..tak tahulah I boleh bercerita dengan Wafeen tentang semua perkara macam I luahkan pada you..”Rayyan seakan rasa kehilangan pula.
“Hallo…walaupun satu hari kita dah jadi datuk dan nenek orang…I tetap akan jadi cermin you tau..bila-bila you perlukan I…I akan sentiasa ada untuk you..kecualilah kalau satu hari I dah mati…”
“Kalau you dah mati pun I akan tetap ingatkan youlah!..you antara yang terbaik yang pernah berlaku dalam hidup i..youlah adik dan kawan paling baik yang pernah I ada..I sayang you Zarynn..”
“Iyalah…tapi you lagi sayangkan Wafeen kan..”
“Wafeen I sayang..you pun I sayang..tapi sayang I pada Wafeen tak sama macam I sayang you..dia buah hati pengarang jantung tapi you..mutiara hati i..faham?”
“Faham..okeylah! I ada banyak kerja ni..bye!”
Rayyan kaget.Cepatnya dia letak? nak kata merajuk macam okey aja..tapi jarang pulak dia letak macam tu aja..betul-betul sibuk agaknya.Zarynn…aku tak rasa gembira dengan semua planning kau ni tapi aku harap kau tak rosakkan hidup sendiri.Daniel tu,kalau dia tak bahagiakan kau..siaplah! jangan harap dia dapat jadi CEO..mat dispatch pun belum tentu! nasib baik jugak dia dapat kau sebagai isteri dia Zarynn..selama ni aku dah rancang nak campak dia dengan mama dia tu jadi pengemis tepi jalan aja lagi bagus! dendam aku ni masih boleh aku simpan…kalau bukan sebab dua gadis kesayangan aku ni..kau akan tahu penangan aku Datin Ann…”Hutang” mama aku masih belum kau bayar!









“Awak lambat!” Wafeen tayang muka cemberut sebaik saja Rayyan keluar dari perut kereta Volkswagen miliknya.Dah la pinjam kereta orang lepas tu suka hati dia aja datang jemput lambat!
“Sorry! sorry! sorry!..”Rayyan merapatkan kedua belah telapak tangannya sambil mengukir senyum.Wafeen cekak pinggang.
“Apa sorry? ieeee….lain kali beli kereta sendirilah! nama aja pengurus syarikat tapi kereta pun nak pinjam yang orang..” Wafeen geram melihatkan muka selamba Rayyan yang masih tersenyum-senyum..sukalah tengok aku tercangak menunggu dia datang kan..
“Amboi…ayat kedekut tak boleh blah la sayang ni…lambat sikit aja pun,lagipun…sayang jugak tak bagi drive kereta laju-laju kan..so,saya bawa slowlah..” Rayyan sedikit pun tidak kisah dengan amarah Wafeen.Wajah mencuka gadis itu kelihatan bertambah comel pula dimatanya.
“Ada aja alasan awak kan..satu lagi,dekat sini jangan nak mengada bersayang-sayang sangat ya..kalau nenek dengar ,apa pulak dia fikir nanti..lain kali tolonglah tepati waktu,saya tak sukalah tunggu-tunggu macam ni..” marah Wafeen.Dia menyarung kasut tinggi dan segera mendekati kereta.
Rayyan mencebir.Wafeen mengecilkan matanya.Lagak Rayyan tu seolah-olah mengejeknya.
“Suka sangat marah orang…saya lambat ambil nak pergi kerja aja kan…lainlah kalau saya lambat datang sessi akad nikah kita ke..logik jugaklah nak marah-marah..” ketawa Rayyan kedengaran.Merona merah wajah Wafeen bila Rayyan kata begitu.Mamat ni memang selamba badak!
“Akad nikah apanya..siapa nak nikah dengan awak?” Wafeen rasa wajahnya mula rasa panas.Ada ke cakap macam tu! terus saja dia membuka pintu kereta.Baru saja dia mahu masuk,namanya dilaung dari dalam rumah.
“Wafeen….ni mangkuk tingkat kenapa tinggalkan kat atas meja? nanti tengahari Rayyan nak makan apa?” Nek Jah muncul di muka pintu bersama mangkuk tingkat di tangannya.
“ Selamat Pagi Nek Jah!” sapa Rayyan.
“Hah…dah sampai pun kau Rayyan..amboi,bukan main segak cucu nenek ni..” puji Nek Jah bila melihat Rayyan memakai kemeja putih bertali leher merah jambu itu.
“Segak ke nek?” Rayyan ketawa lagi.
“Iya…”
“Hmm..nenek ajalah yang pandai menilai rupanya..selama saya naik kereta dengan orang tu nek..tak pernah dia cakap saya handsome..” Rayyan melirik pada Wafeen yang sudah menghampiri Nek Jah dan mengambil mangkuk tingkat.
“Siapa? kau ke Wafeen?” tanya Nek Jah.Wafeen pandang Rayyan yang angkat kening.Saja nak kenakan akulah tu…memang la aku tak pernah cakap tapi hari-hari aku rasa dia handsome ..kalau aku beritahu kat dia kang perasan pulak!
“Alah..perlu ke nak cakap dia ni handsome nek..feen rasa kan nek..monyet Pak Mail yang panjat pokok kelapa kita semalam lagi handsome daripada dia nek..” Wafeen pula ketawa sambil menutup mulutnya.Mahunya dia tak gelak bila Rayyan membulatkan matanya tanda tak puas hati.
“Ish budak ni..tak baik cakap macam tu..”
“Takpelah nek..sedar saya ni Hantu Karipap..manalah nak handsome”
“Ya Allah…sedar diri rupanya..Alhamdulillah..” Wafeen senyum comel dan mahu berlalu ke kereta.
Rayyan tetap tersenyum juga dengan gelagat Wafeen itu.Sukanya dia…nasib baik aku sayang kau Wafeen..Aku relakan aja kau kutuk aku…dan nasib baik jugak kau belum lagi jadi isteri aku..kalau tidak, memang takde harapanlah kau nak pergi kedai buku hari ni..tahulah aku nak buat apa..heheh!
“Cepatlah awak..dah lambat ni..saya ada appointment dengan pembekal hari ni..”
“Iyalah sayang…sabarlah”
“Hai..bukan main lagi korang berdua ni bersayang-sayang ni..ada apa-apa ke?” Nek Jah yang mendengar panggilan mesra Rayyan pada cucunya itu kelihatan sedikit terkejut.Bukan dia tak perasan yang Rayyan terlebih memberi perhatian pada cucunya itu tapi setahunya selama ini Wafeen bercinta dengan Daniel Elhan..sejak bila pulak cucunya dah berpaling tadah ni? Ish…kalau betul,aku memang suka sangat…lapang dada aku ni kalau budak Rayyan ni yang jaga cucu aku..
“Err..mana ada nek..biasalah Hantu Karipap ni..otak dia tak berapa nak center pagi-pagi macam ni nek..nanti dia makan Karipap Pusing nenek tu okeylah!” jawab Wafeen lalu memboloskan dirinya ke dalam perut kereta. Rayyan ni memang nak kena! orang dah pesan masih jugak dia panggil aku macam tu..degil betul!










“Kan nenek dah dengar…berapa kali nak cakap,kalau depan nenek jangan panggil saya macam tu..kan dia dah salah faham!” Wafeen meluahkan rasa tak puas hatinya sebaik saja Rayyan memandu kereta.
“Selama ni awak macam tak marah pun saya panggil macam tu…”
“Kalau saya marah pun tak guna..awak tetap panggil jugak kan?”
“Awak tak suka?” tanya Rayyan sambil memandu dengan kelajuan perlahan.
Wafeen tak tahu nak jawab apa.Tak suka ke? entahlah…tiap kali dia panggil sayang..aku rasa macam satu perasaan halus meresap dalam hati aku ni..susah nak cakap,rasa hati tu tak sama bila dengar Elhan yang panggil..cara Rayyan sebut tu,macam dia terlalu sayang sangat kat aku ni..kalau aku jawab aku suka, tak ke aku akan bagi dia harapan sedangkan aku dah pilih Elhan? aku tak nak dia kecewa sebab dia baik sangat!
“Lain kali kalau awak nak panggil macam tu,bila kita berdua aja ya? kalau depan ahli keluarga saya..tolonglah jangan panggil macam tu sebab ..saya tak nak mereka salah faham dan saya pun tak boleh nak paksa awak supaya berhenti mencintai saya kan? Wafeen agak malu nak cakap begitu.Aduss..nampak macam hipokritlah pulak…dah tu, aku ni dah betul-betul macam jadikan dia ni kekasih gelap aku aja kan? tidak!!!...somebody help me!! boleh tak sesiapa tolong keluarkan aku dari dilemma yang kompleks ni…Aku dah janji nak kahwin dengan Elhan tapi kenapa aku layan Hantu Karipap ni? tolonglah percaya..aku bukan pengkhianat cinta!
“Okeylah…yang penting saya boleh panggil awak sayang sampai bila-bila..”
“Tapi janji tau…waktu kita berdua aja..depan Yumni tu pun,kalau boleh jangan..nanti jadi gossip pulak kat kedai tu..kalau Elhan tahu,habislah saya..”
Wafeen kelihatan cuak dan riak wajahnya nampak seperti risau.Rayyan tak suka dengan kata-kata Wafeen itu.Kalau boleh aku nak dia tahu Wafeen! aku nak dia tahu yang aku lebih cintakan kau berbanding dia..tapi bukan sekarang..aku nak dia tahu pada saat kita sudah sah sebagai suami isteri..masa tu,aku nak tengok muka dia macamana..mesti seronok bila aku memiliki sesuatu yang dia gagal miliki..
sorry sayang saya terpaksa gunakan awak untuk dendam ni tapi percayalah saya cintakan awak sampai mati!
“Awak ada cakap apa-apa ke?” Wafeen yang sedang memandang ke luar tingkap menoleh.
“Hah? takde..” Rayyan geleng.Wafeen kerut dahi.Aku jauh sangat melamun agaknya..aku rasa macam dengar dia cakap sesuatu tadi..
“Sayang…hari ni kita makan kat Esplanade ya?”
“Kenapa pulak nak makan kat situ..”
“Rindulah…”
“Rindu?”
“Hmmm…tiba-tiba saya teringatkan masa zaman sekolah dulu.Saya pernah ceritakan…yang saya pernah selamatkan budak perempuan tu..”
“Bukan awak kata budak tu tak penting ke?”
“Maksud saya tak penting untuk saya cari..tapi saya tetap ingatkan dialah…bukan apa,entah-entah dia dah berkeluarga ke..dah kahwin ke..rasa macam,tak nak lah ganggu hidup dia..”
“Macamana kalau dia single? awak nak ngurat dia ke?”
“Taklah…buat apa saya nak ngurat dia pulak…awak kan tahu saya cintakan awak aja..lagipun,sayang saya ni kan pandai buat karipap pusing jugak kan?”
“Tapi saya dah nak kahwin dengan orang lain..”
“Belum kahwin lagi kan…selagi belum,saya tetap ada peluang..”
“Awak ni memang tak putus asa kan?”
“Memang pun,baik awak bersiap sedia untuk jadi isteri saya sebab…insyaAllah doa saya dimakbulkan ..hmmmm,apa kata kalau awak belajar panggil saya “Abang”? saran Rayyan.
“Apa? awak jangan nak mula Rayyan..saya dah tak larat nak layan kerenah awak yang macam-macam ni..” Wafeen gigit bibir.Ish! nak panggil dia Abanglah pulak..Ieee..Elhan pun tak pernah mintak macam tu..suka suki dia aja!
“Okey apa..Macam sekarang ni,saya panggil awak sayang…awak panggil saya abang..cuma waktu kita berdua aja..apa bezanya kan..”Rayyan senyum menggoda.Waktu itu dia sudah memakirkan keretanya di hadapan kedai buku.
“Maaf…panggilan tu khas untuk lelaki bergelar suami saya aja, jangan harap saya nak panggil awak macam tu..awak ni,makin dilayan makin menjadi-jadi kan Rayyan Raiqarl?..”
“Takpelah..lambat laun saya dapat dengar jugak awak panggil saya Abang..” begitu yakin sekali bicara Rayyan.Dia tidak tercuit mahupun tersentap dengan rasa tidak puas hati Wafeen itu.Hari ni Wafeen boleh berlagak dengan cinta agungnya yang palsu tu!
Bila Wafeen tahu kebenarannya nanti,pada hari tu dia akan pastikan…sekalipun Wafeen sendiri menolak,dengan cara apa sekalipun..gadis di depannya ini akan bergelar isterinya! sebab dia tahu, kalau Wafeen tak pernah ada perasaan padanya kenapa Wafeen melayannya juga.. Kebiasaannya,kalau orang tak suka buat macamana pun dia tetap takkan suka..buat apa pulak nak dilayan lagi.Dia percaya, Wafeen pun rasakan apa yang dia rasa Cuma Elhan saja penghalangnya! takpe…sabar Rayyan, dah tak lama aja lagi….Rayyan meyakinkan dirinya sendiri.
“Dalam mimpi pun awak takkan dapat..saya dah beritahu banyak kali yang saya akan kahwin dengan kekasih saya..dan kekasih saya bukan awak Rayyan..jangan salahkan saya kalau awak kecewa nanti sebab saya dah ingatkan awak pasal ni..” segera Wafeen keluar kerana dia sudah tidak sanggup untuk melawan pandangan Rayyan yang selalu buat dia berdebar-debar.
“Wafeen…” panggil Rayyan sebaik saja mereka keluar dari kereta.Wafeen berpaling dan merenung wajah Rayyan yang tetap selamba sahaja.Seakan-akan tak masuk langsung apa yang dia cakapkan tadi dalam fikirannya.Tak marahkah dia? takde pulak dia nak mengamuk ke melenting pada aku padahal banyak kali jugak aku kutuk dan marahkan dia..sebab dia dah berjanji dengan aku ke?
“Jangan lupa tengahari ni..saya tunggu di tepi sungai..kalau awak tak datang,saya takkan makan hari ni..” ujar Rayyan dan terus berlalu tanpa sempat Wafeen berkata apa-apa.
Rayyan sudah menyeberangi jalanraya dan menghilang di sebalik block bangunan-bangunan kedai dua tingkat.Wafeen menghela nafas berat. Sempat lagi dia ugut aku tu… sudah tentulah dia akan datang sebab dia juga rindu nak makan di tepi sungai tu..dia juga rindukan saat-saat bersama heronya di situ..











“Jadi ke kita balik esok mak?”
“Mestilah jadi…kau nak nenek kau tu mengamuk kalau kita tak balik? kau jangan nak buat pasal Uwais..macamlah kau kerja jual burger tu kena apply cuti…”
“Amboi mak…perli nampak…”
“Tak payah nak buat muka terasa..kau tu dah nak jadi bapak orang pun..buruk benar mak tengok muncung kau tu Uwais..”
“Abang…Hannah kena ikut ke?” Tanya Hannah sebaik saja Uwais duduk di sebelahnya.
“Mestilah…mana ada abang mestilah ada sayang kan..kenapa?” Uwais membiarkan Hannah memaut lengan dan bersandar di bahunya.
“Takdelah,lusa sepatutnya saya ada appointment dengan pengurus syarikat binaan yang sub kontrak projek kita di Temerloh tu..kalau alang-alang kita ke sana..baik jumpa pengurus tu di sana aja kan?”
“Okeylah tu tapi kalau boleh tak payah jumpalah,abang tengok sayang ni aktif sangatlah..kurang-kurangkanlah kerja tu”
“Alah..baru 6 bulanlah abang..orang lain tu, dah nak bersalin sangat pun boleh aktif lagi apa…abang tu aja,itu tak boleh..ini tak boleh..kan mak? macam warden penjara aja..”
“Biarlah dia nak kerja Uwais..lagipun,kau tu sepanjang masa nak berkepit dengan dia..sampaikan pergi ofis pun kau tunggu dia..mahunya dia tak rimas…tahulah Hannah ni beranak sulung tapi takkanlah kau nak pantau dia 24 jam..”
“Bukan apa mak…tak cukup dengan kerja pejabat dia bawa balik..tu hah, sekejap aja..kalau terlepas pandang..dia dah menghilang ke rumah Batrisya..”
“Orang nak tolong buat bunga telur aja,salah ke? sian Sya tu kan mak? tinggal sebulan lagi dia nak nikah..apa salahnya saya tolong..”
“Kalau sayang tu tak bawa perut takpe la jugak..nak duduk sana sampai berjam-jam pun abang boleh terima lagi tapi sedarlah sayang oi…yang dalam perut ni anak abang,kenalah abang jaga betul-betul..” Uwais mengusap perut Hannah tapi spontan pula Hannah mengalihkan tangannya.
“Anak Hannah jugak..macamlah Hannah tak jaga kesihatan..abang aja yang over sangat! menyampahlah cakap dengan Abang ni!..” Bahu Uwais dipukul beberapa kali.Uwais geleng kepala sambil menahan sakit.
“Tengok tu,cakap sikit nak merajuk..tangan tu tahu nak pukul abang aja..cubit pipi tembam tu baru tahu..” Usik Uwais.
“Ieeeeee….orang tengah geram dia boleh buat lawak!” Hannah segera bangun dari kerusi.
“Nak kemana pulak tu? duduk aja tak boleh ke?”
“Orang nak masuk bilik..nak berehatlah ni..” Hannah tarik kuat hidung Uwais kerana terlalu geram.Uwais menyeringai sakit.Padan muka abang!
“Kan dah merajuk menantu mak tu..kau ni,memang nak kena seligi dengan mak ke Uwais? memang betul pun kau tu over sangat…biarlah dia nak pergi tolong Sya tu, dapat jugak dia bergaul dengan orang dalam kampung ni..takkan nak mengadap muka kau aja sepanjang masa” Sarimah menyudahkan lipatan kain baju yang baru diangkat dari ampaian.
“Okey apa mak…muka suami la kena tengok sepanjang masa..bertaut rasa kasih tu mak,nanti anak saya handsome macam saya jugak…mak,saya sayang dia mak..salah ke saya kawal dia untuk kebaikan?” Uwais tak rasa pun dia berlebihan.Hannah tu saja yang keras kepala.Kadang-kadang kalau dia temankan Hannah di pejabat,kerap kali isterinya suruh dia balik tapi dia buat tak tahu saja.
“Orang lain pun ada bini jugak..tapi takdelah melampau macam kau ni,nanti kat rumah nenek tu kau jangan nak buat pantang larang banyak sangat pada Hannah tu nanti…kau tu bukan boleh kira,Wafeen tu pun kau asyik nak komplen itu ini…sampai sekarang budak tu tak bernikah lagi pasal kau tu asyik komen yang boyfriend dia tu sombong la..berlagak la..macam mak tak tahu kau nak jodohkan dia dengan Hafiz tu kan?” Sarimah terbayangkan wajah bersih Hafiz yang memang satu kampung tahu budi bahasanya tinggi dan hormat orang tua.Siapa yang tak nak buat suami budak tu tapi Wafeen tu pulak boleh tak nak? hai..rugi betul!
“Sesuai apa..daripada anak Dato’ tu..apa nama budak tu mak? Elhan ya? pernah dengar nama aja..tapi jumpa pun tak pernah..dah 4 kali rayalah mak..sekalipun Wafeen tak pernah kenalkan budak tu..alah! anak orang kaya mak..memang berlagak macam tu,mentanglah kita ni orang kampung aja..”
“Ehem!Ehem!...cakap kuat sikit boleh tak? tak berapa dengarlah sayang…” suara Hannah dari dalam bilik kedengaran nyaring.
Uwais senyum dan ketawa kecil.
“Takut lintah tapi telinga dia macam telinga lintah mak..boleh pulak dia dengar ya mak?”
Sarimah menggeleng saja.Macam-macamlah perangai anak menantunya itu.
“Kita balik pagi ke esok mak?”
“Haah..tapi hantar adik kau ke rumah Tan Sri dulu,dia kan ada kelas tambahan hari Sabtu dan Ahad ni..”
“Anis tak pergilah?”
“Tak lah..nak buat macamana,exam dia dah nak dekat..” Sarimah pergi ke dapur setelah menyimpan pakaian.Tinggal Uwais saja berbicara sendirian di ruang tamu.
“Kalau macam tu saya nak periksa keretalah dulu”
“Abang nak bawa kura-kura tu ke?” Hannah muncul semula di ruang tamu.
Aik..kata nak berehat? Uwais tahu sangat,Hannah memang selalu tak selesa dengan kura-kuranya.
“Kura-kura tu okeylah..2 jam aja..bukan lama pun..”
“MPV kan ada..buat apa nak bawa kereta tu..buatnya rosak kat highway macamana?Abang nak ke saya tunggu tepi jalan dalam keadaan macam ni? tak boleh ke tinggalkan kura-kura tu..”
“Iyalah sayang…kita bawa MPV..nanti abang pergi ambil kat rumah Tuk Ayah..” Uwais seperti terasa hati.
“Abang marah ya?”
“Mana ada..” Uwais tayang muka serius dan buat tak peduli Hannah yang berdiri di tepinya.
“Ya abang marah..macamlah saya tak tahu perangai abang..dah la,tak sukalah muka abang macam tu..” Hannah senyum melihat gelagat Uwais.Pantang kalau orang kutuk kereta dia tu..
Hannah cuit hidung Uwais yang pura-pura merajuk.Uwais tersenyum juga bila Hannah mencium pipinya sebelum berlalu ke dapur mencari mak mertuanya.

6 ulasan:

  1. hahahaha... pape pon,i'm with u rayyan! chaiyok2! hrp2 nti wafeen x la salah faham pasal hubungan rayyan n daniel..kang kate gunakan wafeen lak..bese la pompuan sensitip!

    BalasPadam
  2. sgtlah salah faham! maunye dia x bengang bila dpt tau...sungguh kesian rayyan mase tu..heheh...

    BalasPadam
  3. hooooaaaaaa rindu plk gan makcik sarimah n uwais yg sengal2 ni.haha. nak tau eman? kawan sy yg mmg tak baca novel penulis baru, amat suka sangat gan novel awak tu.hehe sy promote kat dia. mmg tak sia2 beli.
    huhuhu harap la rin bahagia gan daniel tu ya. tak de masalah. er so eman, nak kerjakan org tua ahli sihir tiri tu tak?cam best je rancangan rayyan tu.hehejadi jahat kejap.

    BalasPadam
  4. eh rindu ngan uwais..cute sgt..suke ngan die n hannah..

    BalasPadam
  5. kesian daniel..... dia tak bersalh pun dlm cerita ni...sbb bapa dia yg bersalah berduakan isteri.

    Perangai rayyan pun sama macam mak tirinya jugak nak rampas hak orang... nape dia benci daniel padahal bapa dia yang bersalah...

    Harap2 daniel bahagia... dia terlalu baik sbb sayangkan emak dia

    BalasPadam
  6. go rayyan go... ;)

    terbaeeekkk!! Uwais, Hana & Makcik Sarimah the Great, huhuhu...

    BalasPadam