“Terima Kasih doktor…”
“Sama-sama…bila Dato’ balik nanti,sampaikan salam saya pada dia ya?”
Zarynn sekadar angguk.Dia menghantar doktor yang datang memeriksa Datin Ann hingga ke muka pintu.
Zarynn berfikir seketika tatkala doktor itu telah menghilang dari pandangannya.Menurut kata doktor itu tadi,tekanan darah Datin Ann tidaklah naik begitu tinggi hingga mampu menyebabkan dia pengsan.Mungkin disebabkan terlalu letih atau stress.Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.Zarynn mengerut dahi,atau mungkin sebenarnya…dia buat-buat pengsan tak?
“Tengku…”
“Ya?” Zarynn memandang Kak Munah yang berada di anak tangga.
“Datin nak jumpa Tengku…pergilah naik atas,Kak Munah nak siapkan makanan tengahari untuk dia..”
Zarynn melangkah malas mendaki anak tangga.Sudah agak lama dia di rumah itu.Dato’ Syakir pula tak muncul-muncul padahal Kak Munah sudah menelefon memintanya balik segera.Daniel pun sama! dah tahu mama dia ada penyakit sibuk juga nak pergi Temerloh tu!
“Aunty…” Zarynn memaniskan wajahnya sebaik saja masuk ke bilik tidur Datin Ann.Wanita itu membalas senyumannya.Dia lihat wajah itu biasa saja.Tak nampak macam sakit pun! nak kata pucat pun tak..lesu pun tak..keliru betul!
“Mari temankan Aunty…”Datin Ann yang tersandar di kepala katil menggamit Zarynn menghampirinya.Tak sia-sia dia buat-buat pengsan tadi.Setidaknya dia berjaya menghalang Zarynn dari terus pulang dan menurut kata Munah,anaknya dalam perjalanan balik.
“Terima Kasih sebab dah tolong Aunty…kalau Zarynn takde tadi..tak tahulah apa jadi dengan Aunty..”
“Ish..Aunty..jangan cakap macam tu,Aunty kena banyak berehat..”Zarynn menggosok lengan Datin Ann.Seingatnya Kak Munah yang banyak membantu.Nak harapkan dia apalah sangat…Ah! gasaklah dia cakap apapun..iyakan aja!
“Datin..makanan dah siap,Datin makan ya?” Kak Munah muncul bersama sedulang hidangan makan tengahari.
“Saya takde seleralah Munah..”Datin Ann bersuara lemah.Dalam hati dia memang terlalu lapar tapi kerana mahu memantapkan lagi lakonannya di depan Zarynn,dia berpura-pura saja.
“Jangan macam ni Aunty..mesti kena makan,sikit pun takpelah..”pujuk Zarynn.Kalau tak makan nanti bertambah pulak sakitnya …lagi lama pulak aku kat sini!
“Aunty tak larat nak suap sendiri..Zarynn suapkan Aunty boleh kan?” pinta Datin Ann.
“Boleh…tapi,Aunty mesti kena makan banyak tau…” jawab Zarynn.Ieee….nak bermanjalah pulak! tak kuasa betul akulah…mana Daniel ni? cepatlah balik…layan sendiri mama kau ni!
Daniel berlari masuk ke dalam rumah sebaik saja dia tiba.
“Mama mana Kak Munah?”
“Di atas...tak payah risau,doktor kata takde apa-apa..tekanan darah dia naik sikit aja…lagipun,ada Tengku Zarynn jaga Datin di atas..”
“Zarynn? dia buat apa kat sini?” Daniel tayang riak hairan.Patutlah dia nampak ada sebuah kereta di laman rumah.
“Masa Datin pengsan tadi,Tengku ada di sini..dia datang beraya Daniel..baik betul Tengku tu,dari tadi dia temankan Datin,siap suapkan Datin makan…lepas tu dia berikan Datin makan ubat..” cerita Kak Munah.Daniel sekadar mendengar.
“Papa dah balik?” Daniel baru teringatkan papanya itu.
“Belum…tadi setiausaha Dato’ cakap dia ada meeting di luar…tapi Kak Munah dah tinggalkan pesan..agaknya,sekejap lagi sampailah tu..”
“Saya pergi tengok mama dululah..” Daniel segera naik ke tingkat atas.Sebaik saja dia masuk ke bilik mamanya itu dia lihat Tengku Zarynn dan mamanya sedang berbual.
“Mama…”Daniel segera menghampiri dan duduk di birai katil.
“Hmmm..balik juga,mama ingatkan dah tak peduli..” Datin Ann menepis tangan Daniel yang mahu menyalaminya.Malu juga Daniel diperlakukan begitu di depan Zarynn.
“Aunty…Rynn rasa elok Rynn balik dululah…Abang Daniel pun dah sampai” Thanks god! akhirnya…balik jugak anak kesayangan Datin ni…
“Eh,dah nak balik…Rynn pergilah ajak Daniel makan dulu,kasihan Rynn dari tadi belum makan..”
“Takpelah Aunty,lain kali ajalah ya..mummy Rynn pun tentu dah tunggu di rumah…”
“Ye la…”Datin Ann angguk juga.Tanpa berlengah Zarynn segera menyalami tangan Datin Ann.Terpaksa dia biarkan Datin Ann mencium kedua pipinya.
“Balik dulu abang Daniel..” Zarynn senyum menggoda.Terpaku seketika Daniel dibuatnya.Tipu kalau hatinya tak menyentap dengan lirikan anak Tengku Ehsan ini..dia bukannya malaikat, cuma manusia biasa yang ada nafsu..
“Hmmm..terima kasih sebab temankan mama I…” Dia membalas senyuman Zarynn.
“Its okey…Aunty ni dah macam mama I jugak…bye Aunty..”Zarynn sempat melambai sebelum berlalu pergi.
“Kau dengar tu? dia anggap mama ni dah macam mama dia jugak…Zarynn tu,cantik..bijak…baik..penyayang..keturunan pun baik-baik…yang macam ni baru layak jadi menantu mama..bukan perempuan kampung tu!”
“Sudahlah mama…kan mama tak sihat? kalau cakap pasal ni lagi,bertambah pulak sakit mama nanti” Daniel melepaskan keluhan.
“Kau memang tak sayang mama..dari kecil mama bagi kasih sayang pada kau,apa yang mama tak tunaikan selama ni Daniel? tapi permintaan mama yang ni pun kau tak boleh penuhi..”
“Mama,sepatutnya…mama fikirkan kebahagiaan saya..bukan paksa saya macam ni”
“Bahagia? kenapa…perempuan kampung tu aja yang boleh bahagiakan kau? Zarynn tu tak boleh buat kau bahagia?” Datin Ann meninggikan suara.Daniel tertunduk dan tak berani membalas pandangan tajam mamanya itu.
“Bukan macam tu mama…saya nak kahwin dengan orang saya cinta..” perlahan saja suara Daniel.Di ruang matanya teringatkan saat bahagianya melamar Zarynn beberapa jam yang lalu.Dia sudah bersumpah setia..dan sekarang apa yang perlu dia buat dengan desakan mama kali ini?
“Susah sangat ke nak cintakan Zarynn tu? cantik sangat ke pilihan kau tu? baik sangat? mama tak nak yang layan sakit pening mama perempuan yang mama tak suka Daniel! faham tak? kalau kau nak jugak perempuan tu! kau jangan peduli pasal mama lagi…pergi! lebih baik kau keluar aja dari bilik mama ni…pergi!” Datin Ann menolak kasar tubuh Daniel.Memang dari tenaganya itu tidak kelihatan seperti sedang sakit..
“Jangan macam ni mama…saya minta maaf!! mama jangan marah-marah..nanti tekanan darah mama naik lagi..” pujuk Daniel.Dia berusaha memegang tangan mamanya itu.
“Kau jangan nak peduli lagi! kau biarkan aja mama mati daripada kau sakitkan hati mama ni Daniel..pergilah pada perempuan kampung tu..pergi!”
“Mama…saya minta ampun mama…saya tak bermaksud nak sakitkan hati mama” Beriya-iya Daniel merayu.
“Kalau kau kahwin dengan perempuan tu,kau anggap aja mama dah mati!!”
Daniel telan liur.Mustahil untuk dia berbuat begitu.Dia hanya ada satu mama sahaja dan mama adalah anugerah Allah yang terbaik dalam hidupnya.Dia takkan pinggirkan mamanya semata-mata memenuhi kehendaknya sendiri.
“Mama jangan cakap macam tu.Saya sayangkan mama lebih dari dia mama..kalau mama tak sukakan dia..Daniel akan lupakan dia..” Daniel pejam mata.Dia mencium tangan mamanya yang sudah mula tenang mendengarkan kata-katanya itu.
“Kau jangan tipu mama macam dulu Daniel…”
“Tak mama…betul! kalau Zarynn yang mama mahukan sangat..saya akan tunaikan kehendak mama tu” Daniel ketap bibir.Macamana aku nak lupakan kau Wafeen…sungguh aku tak sanggup untuk hidup tanpa hadirnya kau dalam hati ni…
Datin Ann senyum puas.Dia tahu,Daniel takkan berani melawan kata-katanya…
Rayyan memusingkan kerusi empuk yang didudukinya.Berada dalam bilik kerjanya itu,walaupun bukanlah semewah sewaktu dia menjawat jawatan CEO dahulu rasanya lebih menyenangkan.Tak kisahlah bekerja jawatan apapun asalkan dekat dengan Wafeen..
Rayyan merenung frame gambar di atas meja.Gambar Wafeen bersamanya ketika diambil semasa hari raya pertama yang lepas.
“Kau tak tahu betapa sayangnya aku pada kau Wafeen….” Rayyan senyum.Pejabat syarikat baru milik papanya itu terletak hanya beberapa blok dari kedai buku Wafeen.Kalau berjalan kaki hanya memakan masa 15 minit sahaja.
“Memang pandailah kau pilih lokasinya Daniel…tapi sayangnya,bukan kau yang duduk dalam bilik ni…”Rayyan ketawa kecil dan spontan dia mencapai handsetnya.Dia mendail nombor talian tetap syarikat besar di Kuala Lumpur.
“Hai Juwita….”
“Boss!..ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
“Saya nak bercakap dengan Daniel..”
“Tuan Daniel tak datang! takkan boss tak tahu yang Datin Ann jatuh sakit? dah 3 hari pun..Dato’ pun tak masuk kerja..”
“Sakit?” Rayyan tak sangka pula.Memang dia tak tahu pun dan kalau dia tahu sekalipun dia takkan ambil kisah!
“Kalau macam tu,awak bagi saya nombor handset dia..” selama ini dia memang tak pernah menyimpan nombor handset Daniel kerana dia tidak berminat dan tidak pernah teringin untuk menelefon Daniel.
Setelah mendapatkan nombor handset Daniel.Rayyan segera menelefon Daniel.Agak berkali juga dia mendail barulah panggilannya dijawab.
“Siapa ni?” kedengaran suara Daniel bertanya agak kasar.
“Ni aku…Rayyan!” jawab Rayyan dengan nada mendatar.
“Err..abang Rayyan?”
“Kenapa? pelik? aku tak boleh call kau ke?” Rayyan seperti biasa berbicara dengan nada sinis.
“Bu..bukan..cuma..saya terkejut aja” Daniel tergagap-gagap menjawab.
“Tadi aku call office,Juwita cakap kau tak masuk kerja..dia kata mama kau sakit betul ke?”
“Ya bang…mama sakit 3 hari lepas..biasalah,darah tinggi dia naik..emm..ada hal apa abang call saya?”
“Takdelah,aku cuma nak tanya,papa dah beritahu kau ke pasal aku ambil alih syarikat di Temerloh ni?” Rayyan senyum sinis.Kalau Daniel lihat senyumannya ketika itu,tentu Daniel takkan percaya betapa liciknya dia menikam lelaki itu dari belakang.Dia rasa kepuasan yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.
“Dah…” jawab Daniel pendek.Bunyinya seakan kecewa.
“Kau..tak kisah ke?”
“Eh..takpelah! lagipun…Abang kan tinggal sana,lebih mudah untuk abang handle syarikat tu…”
“Aku bukan apa,papa cakap kau beriya-iya nak uruskan syarikat ni…manalah tahu kalau kau kecil hati ke..”
“Taklah…betul! saya tak kisah..”
“Ok..kalau kau dah cakap macam tu..emm..iyalah,mama kau pun sakitkan? kalau kau tinggal jauh siapa nak jaga dia..kau beruntung ada mama lagi,aku ni…mama dah takde,kalau mama aku masih ada dah tentu aku akan jaga dia dengan penuh kasih sayang…”
“Ya..betul cakap Abang tu..saya boleh jaga mama kat sini”
“Kau jagalah mama kau tu elok-elok..kirim salam kat papa ya..bye..”
Rayyan senyum puas.Daniel Elhan! kau ni memang betul anak taat…aku tak nafikan yang kau seorang yang baik.Kalaulah kau bukan anak perempuan perampas tu,takkan sampai hati aku buat macam ni..Daniel..Daniel..dalam pandai ada jugak bodohnya!
"Jagalah mama kau tu Daniel….kau jangan risau pasal Wafeen…sebab ada aku untuk dia di sini…" Rayyan capai frame gambar.Tersenyum-senyum merenung gambar Wafeen.
“Abang!! baik punya berangan nampak..tak nak lunch ke?” Valqis muncul di muka pintu biliknya.
“Pergilah dulu…”
“Tak nak join kitorang ke boss?” Fitri pula kelihatan di belakang Valqis.
“Tak naklah…”Rayyan geleng.
“Nak Adik tapaukan ke?”
“Tak payah…pergilah..”
Valqis dan Fitri berlalu.Rayyan senyum lagi.Apa barang makan dengan korang..aku dah planning baik punya nak makan dengan Wafeen..
Dia teringatkan bagaimana pada awal pagi tadi dia telah menelefon Nek Jah..minta Nek Jah tapaukan makan tengahari dan kirimkan pada Wafeen.Tak kisahlah sejam lepas tu dia dapat mesej dari Wafeen yang mengatakan dia memang muka tembok..
“Ada aku kisah? yang penting…sekarang ni masa untuk kita lunch sama kan sayang?” Rayyan sentuh gambar Wafeen dalam frame.Dia segera bangun dan bersedia untuk berjumpa Wafeen di kedai bukunya.Nak jumpa buah hati mesti kena nampak handsome..
Daniel mencampakkan handsetnya di atas katil sambil bersandar lesu pada kepala katil.Dia melepaskan keluhan berat.Masih terkenangkan perbualannya dengan Rayyan sebentar tadi.Mulanya dia fikir panggilan itu dari Wafeen kerana sudah 3 hari dia tidak menjawab panggilan gadis itu.Bukan sengaja tapi dia tak tahu nak jawab apa lagi kalau Wafeen bertanya itu dan ini.Dia bimbang kalau dia melayan perbualan Wafeen bertambah beratlah rasa hatinya untuk memutuskan perhubungan mereka.
Namun sangkaannya meleset tadi.Rupanya Rayyan yang telefon.Entah mimpi apa tiba-tiba dia telefon aku.Memang pelik..bukan selama ni dia menyampah sangat dengan aku ke? usahkan nak pandang muka aku ni..nak bercakap dengan aku pun dia tak ingin…tapi tadi kenapa dia nampak lain aja? siap tanya pasal mama…dah tu,bagi nasihat lagi…
Daniel mengusap dagunya.Kalau mengenangkan perangai abangnya itu adakala membuatkan dia rasa bosan.Sejak kecil Rayyan memang tak sukakannya.Dia tahu Rayyan tak sukakan mamanya,dan Rayyan selalu saja cemburu dengan apa yang dia ada…tapi bukan salah dia kalau jadi anak kesayangan papa.Pasal ambil alih syarikat di Temerloh itu.Bohonglah kalau dia tak kecewa.Memang dia kecewa bila dapat tahu yang papa serahkan jawatan pengurus itu pada Rayyan sedangkan dia sudah merancang dengan baik untuk menetap di sana bersama Wafeen.Bila mengenangkan apa yang berlaku semalam,dia kembali berfikir mungkin lebih baik Rayyan saja yang menguruskan syarikat itu,kalau tidak mama akan mengamuk lagi.Kira kau bernasib baik aja Rayyan.Kalau bukan sebab halangan mama…dah tentu aku berusaha untuk pujuk papa serahkan juga jawatan tu pada aku.
Memang menjadi kebanggaannya selama ini kerana dia sentiasa berada jauh di hadapan Rayyan.Dia rasa bertuah kerana dia ada apa yang Rayyan tidak ada…dia memiliki keluarga yang sempurna.Dia ada papa dan mama yang sentiasa memberi perhatian padanya.
Bukan mudah juga untuk dia berada pada kedudukan sekarang.Dia masih tidak lupa pada zaman kanak-kanaknya dulu.Ketika kecil dia jarang dapat bersama dengan papa.Maklum saja,mamanya isteri kedua bahkan perkahwinan mama dan papa adalah rahsia.Masa tu,nak tengok papa balik rumah pun susah.Selalu dia nampak papa hantar Rayyan ke sekolah sedangkan dia terpaksa naik bas.Kadang-kadang bila papa terpandangkan dia,papa sekadar senyum dan berlalu pergi.Dia tak boleh panggil papa atau beritahu kawan-kawan itulah papanya dan Rayyan itu abangnya.
Dia bagaikan sesuatu yang wujud tapi tiada identiti hinggalah satu hari mama beritahu,hari yang baik sudah tiba dalam hidup mereka.Barulah dia faham yang rupanya,papa dan mama Rayyan sudah pun bercerai.Sejak itu dia mampu tersenyum dan bercerita dia adalah anak kepada usahawan ternama Syakir Ariffin!
Dia tidak lagi rasa malu dan terpinggir.Dia belajar bersungguh-sungguh dan membuktikan dia adalah anak papa yang terbaik.Oleh kerana sikap Rayyan yang suka memberontak,papanya selalu saja tidak berpuas hati.Baginya,itu lebih baik kerana dia berasa dirinya lebih sempurna.
Entah kenapa,sekalipun dia telah mendahului Rayyan dalam memenangi hati papa ada sesuatu yang buat dia rasa cemburu dengan abangnya itu.Walaupun Rayyan selalu memberi masalah pada papa,selalu kena marah,kena pukul dan dihantar jauh dari keluarga tapi Rayyan hidup bebas dengan caranya sendiri.Dia mampu lakukan apa saja yang dia mahu tanpa kekangan dari sesiapa.Bebas menentukan masa depannya.Tidak ada tekanan dari mana-mana pihak bahkan Rayyan terlalu berani mengambil risiko.Kalaulah dia punya semangat dan kekuatan seperti yang Rayyan miliki untuk menentukan masa depannya…tapi tidak semudah itu! dia selalu berasa takut…takut hidup susah,takut kalau tiada mama memberi sokongan padanya..mungkin selama ini dia terlalu bergantung pada pengaruh mama hingga tidak ada ikhtiar hidup sendiri.Nak buat keputusan sendiri pun dia masih teragak-agak.Dari urusan syarikat hinggalah soal hubungannya dengan Wafeen..dia masih rasa bolak balik.
Mungkin tempohari dia bersetuju dengan mama untuk meninggalkan Wafeen tapi hari ni,bila difikirkan balik..dia takkan sanggup tinggalkan Wafeen apatah lagi melepaskannya pada lelaki lain!
“Daniel?”
“Ya? mama dah balik?”Daniel kaget bila mamanya sudahpun masuk ke dalam biliknya.Wajah mamanya itu kelihatan ceria.Apa tidaknya,baru 3 hari baik dari sakit mama sudah sibuk ke rumah Tengku Ehsan.Tujuannya adalah untuk merisik Zarynn dan menentukan tarikh majlis pertunangan antara dia dan Zarynn.Sudah tidak tahu bagaimana untuk dia membantah lagi.
“Daniel…..mama dengan papa kau dah dapat persetujuan dari Tengku Ehsan.Majlis pertunangan Daniel dan Zarynn akan diadakan 2 minggu lagi…2 bulan lepas tu,terus kamu berdua akan dinikahkan..”
“2 bulan lepas tu? cepatnya mama?”
“Perkara baik mestilah kena cepat…” Datin Ann tersenyum-senyum.Daniel telan liur.Bermakna kurang dari 3 bulan lagi dia akan menjadi suami pada Tengku Zarynn…jadi Wafeen macamana? aku tak sanggup nak lepaskan dia!
“Mama keluar dululah,banyak perkara lagi nak mama uruskan ni….”Datin Ann bangun dari katil.Bahagia betul dia dengan persetujuan Tengku Ehsan walaupun pada airmuka Tengku Maria seakan tidak sudi dengan keputusan itu.Aku peduli apa dengan Maria..bukan aku ambil anak dia free aja…bukan senang juga aku nak pujuk suami aku bagi tender berjuta ringgit pada Tengku Ehsan sedangkan syarikatnya tu berhutang keliling pinggang.Kalau tak sebab aku,dah lama muflis suami kau tu Maria!
Yang penting sekarang,dia dapat bermenantukan Zarynn dan anaknya akan dapat isteri dari keturunan baik-baik,cantik,bijak dan paling penting Zarynn pandai mengambil hatinya.
Daniel urut dahi yang semakin pening.Macamana aku nak buat ni? kalau kahwin dengan Zarynn…Wafeen aku nak letak kat mana? aku dah berjanji dengan dia..patutkah kalau aku rahsiakan semua ni daripada Wafeen? lagipun..aku belum pernah kenalkan dia dengan keluarga aku lagi.Kalau aku bayar sesiapa untuk berlakon jadi parent aku dan masuk meminang Wafeen pun tentu dia takkan tahu…aku kan lelaki? takde salahnya kalau aku beristeri dua..mama dapat Zarynn jadi menantu dia dan aku dapat Wafeen sebagai isteri.Kalau sorang di KL dan sorang lagi di Temerloh,tentu takkan terhidu punya.Kalau papa boleh kahwin dua,kenapa aku tak boleh?
Daniel senyum.Nampaknya dia dah dapat jalannya.Tiba-tiba handsetnya berbunyi lagi.Bila dilihat tertera nama Wafeen terus saja dijawabnya..
“Awak…kenapa dua tiga hari saya call awak tak jawab pun? Wafeen terus bertanya sebaik saja panggilannya dijawab.
“Sorrylah sayang…saya sibuk,saya minta maaf sebab tak sempat beritahu yang sekarang saya ada di Singapore..ada urusan kerja kat sini,lebih kurang tiga minggu lagi baru saya boleh siapkan urusan saya ni..nanti bila balik,saya datang jumpa awak ya?”
“Patutlah…hmmm..pekerja awak yang cedera hari tu dah okey ke?”
“Oh…okey dah,cedera ringan aja…”
“Takpelah,saya tak nak ganggu kerja awak…tapi janji tau,bila awak balik nanti datang jumpa saya kat sini..”
“Iya…janji sayang….bye!”
Wafeen senyum sendirian.Patutlah dia tak jawab call..sibuk dengan kerja dia rupanya..
Wafeen merenung cincin di jarinya.Daniel kata nak hantar rombongan meminang tapi sampai sekarang masih takde perkembangan..agaknya dia nak tunggu lepas urusan di Singapore tu siap agaknya…
“Wafeen!!!”
“Ya Allah! apa kes kau ni Yumni? kalau iyapun nak jumpa aku..boleh tak jangan main terjah aja?” marah Wafeen.Yumni yang secara tiba-tiba menerjah masuk biliknya itu kelihatan termengah-mengah.
“Kus semangat! berdesup aku berlari naik tangga..”
“Yang kau berlari kenapa?”
“Maunya tak…tu,kat bawah ni…ada orang nak jumpa kau..”
“itu aja? selama ni…ada jugak orang nak jumpa aku tapi takde pulak sampai kau berlari naik tangga panggil aku..” Wafeen menggeleng melihat gelagat Yumni.Dia menyimpan handsetnya dalam handbeg.
“Memanglah selama ni aku tak berlari bila nak panggil kau..tapi kali ni lain,yang datang nak jumpa kau ni..dia cakap kau kekasih dia! selama ni…aku bukanlah tak ingat rupa paras boyfriend kau yang pakai cermin mata tu tapi yang ini… Ya Allah,handsomenya Feen…sejak bila kau ada kekasih gelap ni? cuba kau story kat aku? boleh tahan jugak kau ni ya?” Yumni pandang Wafeen dari atas sampai bawah kemudian menggeleng.
“Hoi! kau merepek apa ni? sedap mulut kau aja ya kata aku ada kekasih gelap!”
“Habis tu..yang kat bawah tu siapa? hah..jawablah?”
“Kau ni kan…takpe,biar aku tengok dulu..kalau kau saja nak main-main dengan aku..aku sumbat mulut kau dengan buku!” Wafeen segera keluar dari bilik.Siapa pulak mulut takde insurans yang datang ke kedai aku lepas tu suka suki cakap aku ni kekasih dia? kalau Daniel mustahil pulak sebab Daniel cakap dia di Singapore dan mengikut kata Yumni tadi,orangnya bukan Daniel..dah tu siapa?
Wafeen mengintai siapa gerangannya.Yumni berada di belakangnya.
“Mana?” tanya Wafeen pada Yumni.
“Tu…yang duduk kat ruangan bacaan,pakai kemeja pink tu hah..”tunjuk Yumni.Wafeen terkesima sekejap.Rayyan? alahai..macamana aku boleh tak terfikir hantu karipap muka tembok ni orangnya!
Dia pandang Rayyan yang memakai kemeja pink dan disinsing lengannya hingga siku.Kebetulan pula Rayyan nampak dia dan terus lelaki itu memanggilnya.
“Sayang!” Rayyan lambai padanya.Wafeen rasa mukanya dah memerah.Aduh! memang tak boleh blah la dia ni…suka suki aja dia panggil aku sayang kat dalam kedai ni…memang saja nak cari nahas la hantu karipap ni! aku malu tahu tak! awak lainlah..muka tembok!
“Amboi…siap panggil sayang lagi…apa makna semuanya ni wahai Cik Wafeen,nak nafikan lagi?” Yumni angkat kening.Wafeen ketap bibir.Dia tarik tangan Yumni dan berbicara di kaki tangga.
“Kau jangan salah faham ya..dia tu,bukan kekasih gelap ke terang ke..aku takde apa-apa dengan dialah!” Wafeen menafikan.
“Elleh..kalau takde,macamana dia boleh cakap kau kekasih dia? siap panggil sayang lagi..”Yumni mencebir.Menegakkan benang yang basah!
“Memanglah aku kekasih dia…”
“See…aku salah dengar ke?” ejek Yumni.
“Aku belum habis cakap lagilah! kau dengarlah dulu..”Wafeen menekan suaranya supaya perbualan mereka tak kedengaran di telinga orang lain.
“Mamat tu sukakan aku…lagipun,dia tu cucu angkat nenek aku la…itu aja”
“Cucu angkat nenek kau ke…boyfriend angkat kau…”
“Ya Allah Yumni..aku kan dah ada Daniel Elhan..Rayyan tu perangai dia memang macam tu,dia main cakap aja kalau dia nak..kau janganlah pelik kalau dia panggil aku macam tu..”
“Nama dia Rayyan erk…betul ke dia dengan kau takde apa-apa?
“Betul la…”
“Handsome macam tu kau boleh tak nak? tapi…bagus jugak,ada peluanglah aku nak jadikan abang Rayyan tu kekasih gelap aku pulak kan?”
“Oit! bukan kau dah bertunang ke? kurang asam jawa betul!
“Handsome macam tu kalau nak kat aku,rela aku say good bye kat tunang aku..”
“Yumni! kau nak pergi mana tu?”
“Nak perkenalkan diri pada bakal kekasih baru aku tu la..”
Wafeen geleng kepala.Ieee…tak boleh dibiarkan ni! Yumni ni bukan boleh percaya..boleh tahan gatalnya!
“Hai…nama saya Yumni..” Yumni sudah menghulur tangannya pada Rayyan untuk bersalam.Rayyan sedikit terpinga-pinga.Wafeen terus saja menarik tangan Yumni dan menghalang mereka berjabat tangan.
“Sorry la Yum…dia ni tak sentuh perempuan bukan muhrim..”Wafeen mereka alasan.Entah kenapa dia tak suka perangai menggatal temannya itu.Nak salam dengan Rayyan pun dia nak halang.
“Oh..ya ke..”Yumni sekadar senyum pada Rayyan yang mengerut dahi.
“Awak…pergi tunggu saya kat atas..”
“Hah?”
“Tunggu saya kat atas..ada bilik tingkat atas..awak tunggu kat situ..saya ada kerja sikit..”
“Okey..tapi cepat tau..saya laparlah!” Rayyan terus berlalu pergi.Wafeen baru teringatkan mangkuk tingkat yang dititipkan nenek padanya pagi tadi.Jangan lupa bagi Rayyan makan…itulah pesan neneknya yang terpaksa juga dia ikut.
“Hai…seingat aku,Elhan pun kau tak pernah suruh masuk bilik kau tu..ini siap suruh tunggu lagi..”
“Kau jangan fikir bukan-bukan boleh tak? dia datang sebab nenek aku bekalkan makanan kat dia”
“Okey..okey…aku gurau ajalah..tapi Feen,kau mintakkan aku nombor phone dia boleh tak?”
“Sorry okey,kau ingat aku apa..operator pertanyaan? jangan harap aku nak bagi”
Wafeen segera meninggalkan Yumni terkebil-kebil.Kata bukan kekasih kau…boyfriend angkat pun bukan…tapi aku tengok,kau bukan main jeles lagi erk? macam aku nak mengurat laki kau pulak kan? Wafeen…Wafeen…ada ke kau jadi kekasih dua orang lelaki? memang tak patut betul kau ni…setidaknya,bagilah petua kat aku macamana nak dapat boyfriend handsome macam tu…
“Awak ni memang muka tak malu kan? lain kali jangan panggil saya sayang depan orang boleh tak? marah Wafeen sebaik saja dia berjumpa Rayyan yang sudah menunggu di biliknya.
“Apa salahnya,dah memang saya sayang awak..”
“Susah betul cakap dengan orang degil ni”
“Tak payahlah membebel sayang,cepatlah bukak mangkuk tingkat ni..saya dah laparlah” rengek Rayyan.Wafeen cekak pinggang.Memang aku rasa macam nak aja aku pulas telinga dia ni!
“Lapar..lapar…dah la tak malu suruh nenek orang tapaukan nasi dengan lauk…nak makan free la tu” Wafeen mengerling Rayyan yang tayang muka selamba.
“Iyalah…tak payahlah bagi saya makan..orang tak suka kan,kalau makan nanti jadi darah daging pulak..makan benda yang orang tak redha ni boleh jadi haramkan..”Rayyan segera bangun dari kerusi.Wafeen jadi cuak.Niatnya Cuma bergurau aja.
“Awak nak pergi mana?”
“Balik…”
“Eh…kejaplah! awak jangan nak mengada ya..karipap pusing dengan nasi ni siapa nak makan? Wafeen segera menolak Rayyan dan memaksa lelaki itu duduk semula.
“Awak kan tak suka saya suruh nenek tapaukan..tak nak saya makan…”
“Saya berguraulah…sorry okey! awak suka makan karipap pusing kan?”Wafeen cuba memujuk dengan menunjukkan karipap pusing dalam bekas mangkuk tingkat.Rayyan nampak saja karipap pusing it uterus tak kata apa.Diambil dan segera dimakannya.
“Sedap tak?”
“Hmmm…”Rayyan angguk tanpa bercakap.Terus menikmati karipap itu.Wafeen pandang gaya makan Rayyan yang mengingatkan dia pada kenangan dulu.Masih tak berubah! kalau makan karipap macam tak ingat dunia.Wafeen ketawa.
“Kenapa awak ketawa?” Rayyan kerut dahi.Kenapalah karipap ni sedap sangat…dapat pulak makan dengan tuan punya karipap..memang terbaiklah lunch hari ni..tak makan nasi pun takpe!
“Takde apa..”Wafeen geleng.Saya ketawa sebab awak nampak comel bila jadi hantu karipap..setakat ni,hantu paling comel yang pernah saya jumpa..awaklah!
Alamakkkk.. Awat daniel nk jd xjujur ni.. X respect la cmnii!! Out of list sudaaa.. Rayyan wif wafeen pleaseee!! E-man sufi, bila rayyan nak dpt tau wafeen tu awek karipap ms dia kecik dolu2..?
BalasPadamyg tu...ade..dia tau tp lmbt lg..huhuhu..
BalasPadamnak pasang 2 daniel ...awal2 dah x jujur ngan wafeen ...siap plan cmtu...x suke2 biar rayyan ngan wafeen...
BalasPadamgo rayyan go, huhuhu....
BalasPadamda dekat dah...