“Duduklah Tengku,biar Kak Munah panggil Datin ya?”
Tengku Zarynn angguk sambil tersenyum.Dia menyelak rambutnya yang menutupi sedikit wajahnya.Kak Munah yang menyambut kedatangannya tadi menghilang.Seketika kemudian Datin Ann muncul di ruang tamu itu.
“Zarynn…kenapa nak datang tak call Aunty? nasib baik Aunty tak keluar hari ni..”Datin Ann begitu gembira dengan kehadiran Tengku Zarynn itu.Dia segera memeluk dan mencium kedua pipi gadis itu.Alahai…over la Datin ni..
Zarynn memaniskan wajahnya.Memang dia sengaja nak datang sebab kedatangannya ada makna.
“Rynn datang ni nak beraya tau Aunty..and then,kalau boleh nak ajak abang Daniel temankan Rynn pergi shopping..” beritahu Zarynn.Ketika itu Kak Munah menghantar minuman dan menghidanginya di atas meja.
“Alah…Daniel takdelah Rynn..awal pagi lagi dia dah ke Temerloh..nak tengok projek perumahan di sana” beritahu Datin Ann.Dia lihat wajah Tengku Zarynn berubah suram.Hampa agaknya.Geram betul aku dengan Daniel ni! aku cakap jangan pergi sana nak juga dia pergi.Mesti perempuan kampung tu dah hasut anak aku…ieeeee….peluang baik ni! bukan senang Tengku Zarynn ni nak ajak anak aku keluar!
“Oh…awalnya dia masuk kerja Aunty?” Zarynn tetap tersenyum.Hish…takdelah pulak Daniel ni..aku baru aja nak ketuk duit dia! ni tak lain mesti pergi jumpa Wafeen ni…alahai,kesian Abang Rayyan aku tu!
“Aunty pun tak suka dia masuk kerja awal…tengoklah sekarang ni,Zarynn dah penat datang sini nak ajak dia keluar,dia pulak takde!” Datin Ann meluahkan rasa kecewanya.
“Eh..takpelah Aunty,dia kan kerja…Rynn faham..kalau jadi CEO mesti sibuk kan?”
Datin Ann membalas senyuman Zarynn.Baik betul budak ni,iyalah..keturunan baik-baik, beruntung kalau keturunan aku berdarah raja macam ni..aku tak kira,aku nak Tengku Zarynn ni jugak jadi menantu aku!
“Cantiklah baju Aunty…Rynn suka tengok” puji Zarynn.Sekadar mengambil hati.Maklum ajalah,nak jadi menantu kan..kenalah ambil hati walaupun hakikatnya aku memang tak tahan jugak dengan perangai Datin ni..
“Iya? kain ni Aunty beli masa bercuti di Itali..harga lebih kurang 5000 ringgit aja..”
“Oh..patutlah..memang nampak elegan sangat Aunty…” layan ajalah! Zarynn senyum buat-buat.Kalau Daniel tu takde,buat apa aku berlama-lama kat sini kan? silap haribulan beku aku duduk kat sini dengan Datin perasan nih…adoilah! takde orang lain ke boleh jadi mak mertua aku?
“Minumlah Zarynn…ni hah,kuih raya banyak Aunty beli nih…”
“Beli aja ke Aunty? tak buat sendiri…”
“Ish Zarynn..Aunty nak buat kuih sendiri? rosaklah kuku Aunty nanti.”
“Ya tak ya kan…” Zarynn mula rasa meluat pula dengan lagak wanita di depannya itu.Mummy cakap,Aunty Ann ni pernah jadi orang gaji dulu,masa tu dia tak fikir ke kuku dia rosak ke tidak? berlagak! mummy aku pun buat kuih raya sendiri,takde pulak nak fikir macam tu…
“Aunty…Rynn rasa elok Rynn balik dululah…lagipun,Rynn nak pergi shopping ni,nak ajak abang Daniel dia takde…”
“Eh…nak balik dah ke? sekejap sangat Aunty rasa”
Zarynn senyumlah jugak.Sekejap erk? apsal aku rasa macam lama sangat..macam panas aja! tu yang tak tahan tu..maklumlah Datin,telinga saya ni sensitive dengan suara orang berlagak…kalau saya tahan pun dengan kawan baik saya aja,tapi dia takdelah berlagak setinggi level Datin!
“Lain kali Rynn datang lagi ya Aunty..”
“Iyalah…lain kali Aunty akan pastikan Daniel tak kemana-mana ya? sian Zarynn…”
“Its okey..”
Datin Ann benar-benar tak puas hati dengan ketiadaan anaknya.Apatah lagi Tnegku Zarynn tidak mahu berlama di situ.Mesti Zarynn kecewa sebab anak aku takde! ini semua budak kampung tu punya pasal…geram!!!
“Eh..kenapa Aunty? are you okey?” Zarynn kerut dahi bila Datin Ann memegang kepalanya.
Datin Ann rasa kepalanya pening.Nampaknya,darah tingginya mula naik semula bila memikirkan soal Daniel.Bahkan,rasa marah dan geramnya juga menjadi factor sakitnya itu menyerang tetapi sekadar pening sahaja.Namun begitu,dia rasa lebih baik dia manfaatkan rasa kurang sihatnya itu untuk menahan Zarynn dari terus balik lalu Datin Ann berpura-pura pengsan.
“Aunty!!” Zarynn segera bangun dari sofa dan mendapatkan Datin Ann.
“Kak Munah! tolong! “teriak Zarynn.Kak Munah tergocoh-gocoh datang dari arah dapur.
“Kenapa Tengku?”
“Tak tahu kak..tiba-tiba Datin jatuh pengsan…”
“Darah tinggi dia naik kut…mari kita angkat dia ke atas..”
“Hah? mesti kena angkat ke?”Zarynn telan liur.Tengok pada badan Datin Ann yang agak gempal itu,dia rasa boleh tahan beratnya.Dia dan Kak Munah belum tentu larat nak angkat.
“Dah tu? nak buat macamana lagi Tengku…err..Tengku tunggu sini kejap,saya call Dato’ dengan Tuan Daniel..”
“Err…bukan patut call doktor dulu ke? tak pun call aja ambulan..”
“Tak payah..Datin dah biasa pengsan macam ni kalau dia marah-marah..dia sedar nanti okeylah..Cuma kena makan ubat aja”
“Oh..ya ke..”Zarynn angguk saja.Dia pandang wajah Datin Ann yang pengsan.Nampaknya dia kena tolong juga Kak Munah angkat Datin Ann ke biliknya.
+++++++++++++++++++++++++
“Ya Kak Munah…apa? ya..ya..saya balik sekarang..” Daniel mematikan talian.Handset disimpan dalam saku seluar.Dia memandang Wafeen yang sedang berbicara dengan Yumni.
“Awak…”panggil Daniel.Wafeen berpaling kepadanya.
“Saya kena balik KL sekarang..”
“Nak balik? bukan awak cakap dengan saya awak nak datang rumah saya? kata nak jumpa nenek..” Wafeen mula menunjukkan wajah kurang senang.Daniel telan liur.Nampaknya dia kena memberi alasan lagi.Kalau dia cakap mamanya jatuh sakit,sudah tentu Wafeen mahu menziarahi mamanya.Kalau mama pula tengok Wafeen,silap haribulan bertambah parahlah sakit darah tingginya itu.Dia dah dapat agak kenapa mamanya sakit kalau bukan kerana pertengkarannya pagi tadi sebelum berangkat ke Temerloh.Dia tetap berdegil walaupun mamanya melarang.Daniel mula rasa kesal.Kasihan mama…kalau aku tak degil pagi tadi tentu dia tak jatuh sakit..
“Bukan tak nak datang..tapi ada kes kecemasan di sana..”
“Kecemasan? kenapa?”
“Emm..ada pekerja binaan yang jatuh dari bangunan,jadi saya kena pergi tengok” Daniel mereka-reka cerita.
“Kalau macam tu awak kena pergi cepatlah,kasihan pekerja awak tu..tentu banyak urusan yang awak kena bantu dia..”
“Haah..memang pun..saya pergi dululah ya?”
“Okey..bawa kereta hati-hati tau…”
“Iya sayang…”Daniel segera keluar dari kedainya.
Wafeen masuk ke pejabatnya.Dia terpandang handset yang diletakkan di atas meja.Segera dia capai bila ada kerdipan cahaya biru menandakan ada pesanan ringkas masuk.
Kak Wafeen blk keje blum?
blh x sggh rmh ambil Val nnt
nk ikut akk blk rmh,rindu nk jmpa
nenek..
Wafeen tersenyum.Bagus juga kalau Valqis tidur di rumahnya.Dah beberapa hari tak jumpa,rindu nak mendengar celoteh anak gadis itu.Tapi kenapa dia tak suruh aja abang dia yang hantar ke rumah ya?
Wafeen lihat jam di tangan.Sudah pukul 2 petang.Dia memang sudah merancang untuk balik awal tadi kerana Elhan mahu singgah ke rumah.Memandangkan Elhan tak jadi datang,lebih baik dia singgah di rumah Valqis.Lagipun,alang-alang singgah baik dia beraya terus.Tempohari kedua beradik itu dudah beraya di rumahnya jadi sudah masanya dia pula bertandang ke sana.
Wafeen segera mencapai tas tangannya dan keluar dari bilik.
“Yum…aku balik dululah ya?”
“Okey…”Yumni melambai padanya sebelum dia berlalu pergi.
Wafeen memandu perlahan Vokswagen miliknya sehingga sampai di halaman rumah banglo dua tingkat yang terletak di pinggir kampung.Sebaik saja dia keluar dari keretanya,dia lihat kereta Honda Mugen yang selalu dipandu Rayyan ada di halaman rumah.Baru sahaja Wafeen nak mengatur langkah dia terasa terpijak sesuatu.
“Eh….bunga matahari?” Dia menunduk dan mengambil bunga itu yang sudah sedikit layu dan agak lunyai kerana dipijak.Baru Wafeen tersedar rupanya banyak lagi bunga itu yang bergelimpangan di halaman rumah.Siapa punya kerja ni? bunga cantik macam ni boleh dibuang aja?
Wafeen mengutip satu persatu bunga itu sehingga tiada satu pun yang ditinggalkan.Dia teringat Val ada bertanya tentang bunga kesukaannya dan dia beritahu yang dia sukakan bunga matahari.Sememangnya dia terlalu sukakan bunga itu..baginya bunga itu unik dan terlalu cantik.Namun begitu,Elhan selalu hadiahkan dia bunga mawar.Memang dia tak pernah beritahu dia tidak begitu sukakan bunga mawar tapi untuk berkata begitu,bimbang pula Elhan kecil hati.
“Kasihan kau bunga..siapalah yang jahat sangat buang kau merata-rata..kalau aku tahu siapa orang tu,aku lunyaikan dia macamana dia buat..” sempat pula dia mengomel sebelum melangkah ke pintu utama rumah itu yang tertutup rapat.Wafeen segera menekan butang loceng dan memberi salam.Seketika kemudian pintu terbuka dan Valqis tercegat di muka pintu.
“Kak Wafeen! masuklah..”
“Val…kenapa sepahkan bunga-bunga ni di luar? tengok ni..dah nak layu pun..sayang aja tau”
“Bunga? bunga apa pulak ni kak..”Valqis kerut dahi.Bila masa aku beli bunga? dia pandang bunga-bunga matahari yang banyak di tangan Wafeen.Bunga matahari? tiba-tiba dia teringatkan abangnya..
“Abang!! “ panggil Valqis.Ketika itu Rayyan sedang menonton siaran bola sepak di televisyen.Dia terkejut juga kerana Wafeen datang ke rumah.Lebih cuak bila di tangan Wafeen,kelihatan bunga-bunga matahari yang dibuangnya di tengah laman sewaktu mengamuk tadi.Alamak!! macamana dia boleh datang pulak?
“Abang ke yang buang bunga-bunga ni kat halaman rumah?” tanya Valqis.Rayyan buat tak tahu saja.Wafeen datang pun tidak dilayannya.Tapi dalam hati Rayyan,dia sedang mengawal perasaannya bila teringatkan apa yang dia nampak di kedai dan matanya sempat mengilas pandang jari Wafeen yang jelas sekali ada cincin berlian.
“Bukan buang..saja nak jemur sampai kering..siapa suruh awak kutip?” Rayyan bangun dan mendekati Wafeen.Bunga -bunga itu diambilnya tanpa meminta.
“Jemur? apasal pulak nak jemur..bunga cantik macam ni nak biarkan kering buat apa? banyak pulak tu” jawab Wafeen.Dia geram juga bila Rayyan boleh ambil macam tu aja bunga itu.
“Suka hati sayalah nak jemur sampai kering ke..sampai rentung ke…yang awak sibuk kenapa?” Rayyan campak bunga atas meja.Valqis kerut dahi.Apasal pulak dia nak marah kak Wafeen ni? bukan dia beli untuk Kak Wafeen ke? tak faham betul aku!
“Kak Wafeen duduk dulu ya…Val pergi buat air..abang! bukalah penutup bekas kuih tu,sibuk aja dia tengok TV..kan ada tetamu datang rumah ni…” sempat Valqis menegur Rayyan yang kembali menonton.Macam takde perasaan pulak aku tengok!
“Duduklah..buat apa tercegat aja..”Rayyan bersuara perlahan.Wafeen duduk juga.Dia agak kecil hati dengan cara Rayyan bercakap dengannya tadi.
“Banyak bunga matahari ni awak beli…nak satu boleh?” Wafeen cuba berbual dengan Rayyan kerana lelaki itu diam saja.
“Tak boleh! bunga tu untuk kekasih saya…”jawab Rayyan acuh tak acuh..matanya masih pada TV.
“Awak kata awak takde kekasih?” Wafeen mengerut dahi.Lelaki! memang susah nak percaya..
“Saya ada kekasih ke tidak itu urusan peribadi saya…”Rayyan bangun dan mengambil kesemua bunga-bunga matahari itu.
“Makanlah kuih tu…”sempat Rayyan mempelawa sebelum dia naik ke tingkat atas.
Wafeen terpaku.Dia rasa kelainan pada sikap Rayyan.Dingin dan tiada senyuman seperti biasa.Tidak nakal mengusik mahupun banyak bicara..seperti dia ada buat salah atau memang Rayyan tak suka dia datang? yang dia pasti..dia tak sukakan situasi itu apatah lagi bila Rayyan berkata bunga-bunga matahari yang cantik itu untuk kekasihnya…kenapa aku rasa,alangkah baiknya kalau aku yang dapat kesemua bunga tu…
Rayyan duduk di atas katil.Dia meraup wajahnya seketika.Bunga-bunga matahari diletakkan di atas katil.Lama dia merenung bunga itu.Dia kasihan pula pada Wafeen.Tak pasal-pasal aku marahkan dia sedangkan aku sakit hati dengan Daniel..
Dia cepat-cepat naik ke bilik kerana bimbang rasa cemburu yang sedang membakar hatinya akan dilampiaskan bahangnya pada Wafeen.Dia memang tak boleh ubah sikap panas barannya tapi dia takkan sanggup kalau Wafeen yang jadi mangsa.Lebih baik dia tenangkan diri terlebih dahulu.
Rayyan melepaskan nafas perlahan.Kedengaran seakan mengeluh.Payahnya bila jatuh hati dengan kekasih orang..apatah lagi Daniel orang yang dia cemburu sejak kecil.Dia selalu merasakan Daniel terlalu bertuah.Daniel ada mama yang sayangkannya,yang boleh berikannya perhatian setiap hari sekalipun Datin Ann bukanlah manusia yang berakhlak baik.Sedangkan dia terpaksa menerima hakikat bahawa mamanya sudah tiada lagi.
Daniel juga menjadi kebanggaan papa.Dia bijak,dia anak yang taat dan selalu saja pandai mengambil hati papa berbanding dengan dia yang selalu ketinggalan dalam pelajaran,dia tidak ada kelebihan untuk menarik perhatian papanya.Disebabkan itu dia selalu saja buat hal di sekolah,walaupun dia selalu kena marah,setidaknya waktu itulah dia dapat melihat papa peduli padanya.Sekalipun sakit kena rotan atau ditampar,dia tak kisah kerana setidaknya,tangan papa pernah juga menyentuh wajahnya.
Sikap memberontaknya bukan kerana dia cenderung untuk melakukan kejahatan tapi itu cara yang dia pilih untuk menarik perhatian papanya.Pernah juga dia berusaha untuk cemerlang dalam bidang sukan.Satu hari dia balik dengan membawa piala kemenangan untuk ditunjukkan pada papanya,tapi sayang…papa tak peduli pun kerana pada hari yang sama,Daniel pulang dengan result PMR yang cemerlang.Papa tak henti-henti memuji Daniel hingga pada malamnya Daniel dirai dengan penuh kasih sayang.
Sampai bila dia mahu berasa terpinggir dengan lelaki bernama Daniel Elhan ini? kadang-kadang dia rasa bersalah dengan apa yang terjadi.Kenapa aku mesti cemburukan dia sedangkan dia tak pernah buat salah pada aku? dia masih tak jumpa jawapannya kerana dalam hatinya hanya ada rasa benci dan iri hati yang tak pernah padam.Payahnya untuk membuang rasa sakit hati itu kerana dia hanya manusia biasa .Mudah untuk menasihati sesiapa saja untuk bersikap baik tapi orang yang melihat tidak berada dalam situasinya .Tidak merasa segala penderitaan yang dia tanggung..
Wafeen…. gadis itu juga tidak bersalah.Dia membenci Daniel Elhan dan mamanya,jadi kenapa pula dia mesti melibatkan Wafeen dalam api dendamnya? hanya kerana Wafeen kekasih Elhan atau memang kerana dia mahu memiliki Wafeen? bukankah jika kita cintakan seseorang,yang perlu kita fikirkan adalah kebahagiannya? kalau Wafeen bahagia dengan Daniel…jadi,apa hak dia untuk meragut segala kebahagia itu? egokah dia kerana mementingkan diri sendiri…kalau sekalipun dia berjaya pisahkan Wafeen dan Daniel,apa jaminannya yang Wafeen akan bahagia bersamanya? yang dicinta Wafeen itu Daniel bukan aku…..
Rayyan merebahkan dirinya di atas katil.Dia merenung syiling.Perlu ke aku jauhkan diri aku dari dia? tarik diri aja..dan cari saja perempuan lain..buat apa kalau aku berusaha tapi akhirnya aku juga yang kecewa?
Rayyan geleng.Tak boleh! perempuan lain tak sama dengan dia…yang aku nakkan Wafeen..bukan perempuan lain! tapi Wafeen tak cintakan aku….Rayyan berfikir lagi.Buat dia jatuh cinta ? tapi kalau dia tak jatuh cinta jugak macamana?
Rayyan bangun dari katil dan merenung dirinya di cermin.Sejak bila kau hilang keyakinan dengan diri sendiri hah? yang di bawah tu Wafeen Wardah! kau nak buang masa kau macam tu aja? peluang tak datang banyak kali Rayyan..walaupun hanya sesaat dapat kau bersama dengan dia,tak sepatutnya kau biarkan waktu tu macam tu aja…
Tuk! tuk! tuk!
Rayyan tersentak bila terdengar ketukan di pintu biliknya.Dia segera membuka pintu.Valqis sudah tercegat di depannya.
“Abang…Adik nak tido di rumah Kak Wafeen malam ni..Abang nak ikut tak?”
“Tak naklah!” Rayyan geleng.Dia fikir malam nanti dia mahu berjumpa dengan Fitri dan Iskandar.
“Hmm..oklah,tak nak..tinggal sorang-sorang…” Valqis mahu berlalu tapi ditahan Rayyan.
“Adik nak pergi mana tu?”
“Kemas pakaianlah..”
“Err..Kak Wafeen mana?”
“Dekat bawahlah…”
“Adik!”
“Hmmm..”
“Packing baju tu lama sikit ya…”
Valqis kerut dahi.Apa-apa ajalah!
Rayyan tanpa berlengah kembali ke katil.Dia memilih tiga kuntum bunga matahari yang masih belum layu dan kelihatan cantik.Kemudian dia berlalu turun ke tingkat bawah.Di ruang tamu,dia lihat Wafeen sedang membaca majalah.
Rayyan membetulkan rambutnya dan kolar baju .Dia menarik nafas seketika sebelum mendekati Wafeen.
“Wafeen…”panggilnya.Gadis itu mendongak dan ada riak hairan di wajahnya.Rayyan senyum semanis mungkin.Wafeen pandang wajah Rayyan yang berbeza pada awal kedatangannya tadi.Dah okey agaknya…
“Ada apa?” tanya Wafeen.Rayyan seperti menyembunyikan sesuatu di belakangnya.
“Tadi awak kata nak bunga ni kan?” Rayyan menunjukkan tiga tangkai bunga matahari di tangannya.
“Awak cakap untuk kekasih awak kan…”Wafeen mengerling Rayyan.Dia kembali menatap majalah di tangannya.Kalau tadi Rayyan yang bersikap acuh tak acuh,dia rasa sampai masa giliran dia pula.Tadi orang nak kedekut!
Rayyan mendekat dan dengan lagak selamba dia duduk melutut di depan Wafeen.Mahunya Wafeen tak terkedu dengan lagak Rayyan itu.Mereka saling berpandangan.
“Saya Cuma jatuh cinta dengan seorang gadis aja…nama dia Wafeen wardah..jadi dialah kekasih saya”
“Tapi saya kan dah..
“Saya tahu hati awak dah dimiliki orang lain..saya tak paksa awak cintakan saya Wafeen tapi awak juga tak boleh halang saya dari terus mencintai awak..ini hati saya,hak saya untuk memilih siapa yang berhak berada di sini…dan saya pilih awak sebagai penjaga hati saya..tolong jangan bertindak zalim dengan menghalang saya dari terus merasakan indahnya perasaan ni..”
Wafeen tak tahu nak kata apa.Kalau bukan kerana dia sudah mengikat janji dengan Elhan..dia tak nafikan dia sudah pastinya jatuh cinta sepenuhnya dengan lelaki di depannya ini…apatah lagi,sejak dulu..lelaki inilah yang selalu hadir dalam ingatannya.Perasaan itu datang lagi..dan bukan mudah juga untuk dia menepis.
“I….” Rayyan menghulurkan setangkai bunga matahari dan dia menanti Wafeen menyambutnya.Agak lambat tapi bunga itu akhirnya bertukar tangan juga.
“Love…” Rayyan senyum tatkala bunga kedua juga diterima.
“You…” dan dia memberikan bunga yang ketiga.Wafeen terima kesemuanya.
“Awak ni memang degil kan? saya terima bunga ni sebagai tanda persahabatan..bagi pihak saya”
Rayyan angguk juga.Takpe! we will see sayang…
“Ya..saya memang degil dan…haus” Rayyan pandang gelas berisi minuman oren jus di atas meja.
“Hah?” Wafeen mengerut dahi.
“Saya haus dan saya nak minum..”spontan Rayyan capai gelas di atas meja dan diteguknya air itu.
“Rayyan! itu air sayalah….” Wafeen tak sempat menahan.Rayyan sudah minum sampai habis.
“Hmmm…luar biasa sedapnya air ni..agaknya kalau minum air dari gelas buah hati ni,rasa dia memang macam ni ya sayang? Rayyan ketawa nakal.Wafeen mengecilkan matanya.Dia memukul muka Rayyan dengan bunga matahari di tangannya.
“Mengadahlah awak ni!..lain kali buatlah air sendiri..”
“tak nak..lain kali saya nak minum air dari gelas awak jugak..
“Tak malu..”
“Memang kalau dengan awak saya tak malu pun…”
haisshhh.. xtau nak kata cemana.. sungguh la cinta itu butaa.. daniel xsalah rayyan pon xsalah.. sian gak ngan daniel.. tp pape pon, still vote wafeen wif rayyan..sbb ade rs yg dorang kongsi bersama... :P
BalasPadamsetuju ngan mizz acu....dua2 kesian tp daniel mcm x jujur lak..bgtw je le yg mama dia sakit....apa2 pun still nak wafeen ngan rayyan....
BalasPadammmg sentiasa terbaik lah. hehe. hope la org tua tu sedar diri nti.
BalasPadamgo rayyan go, huhuhu... ;)
BalasPadampmpuan mmg suke lelaki yh nkl, klaka but romantik, t0l x kengkawan..?