“Abang!”
“Hmm..kenapa?” Rayyan yang sedang membasuh kereta memandang pada Valqis yang sudahpun menghampirinya.
“Tadi papa call…”
“Dah tu kenapa…” mendatar sahaja suara Rayyan.Kalau setakat papa yang call apalah yang nak dihairankan sangat.Memang biasa papa call Valqis untuk bertanya khabar.
“Emmm..papa ada beritahu perkara penting..”
“Perkara penting apa….”Rayyan seperti tidak berminat.Hari minggu begitu,dia hanya mahu melakukan kerja-kerja rutinnya sahaja.Mencuci kereta,mengemas kotej lamanya yang sudah pun dipenuhi dengan habuk serta semakin bersawang itu atau paling tidak dia akan mengganggu Wafeen dengan panggilan telefon atau mesej.Walaupun pada awalnya Wafeen selalu marah dan tidak mahu melayannya tapi sejak dua tiga hari kebelakangan ini,Wafeen seperti sudah lali dengan gangguan “degilnya” itu.Paling tidak Wafeen akan melayan juga panggilannya.
“Abang Daniel…papa cakap..Abang Daniel nak bertunang” beritahu Valqis.Rayyan tersentak.Cepat-cepat dia menutup paip air.Daniel nak bertunang? tapi dengan siapa? mungkinkah dengan Wafeen?
“Macam tak percayakan? senyap-senyap aja Abang Daniel….dah tu,Val memang tak sangka yang dia akan bertunang dengan orang yang kita kenal pulak tu” Valqis kelihatan teruja.
Bertambah berubahlah airmuka Rayyan.Diperah kain tuala kecil di tangannya sekuat hati.Orang yang kita kenal? dah memang betul la Wafeen! tak guna betul!! macamana boleh jadi macam ni? Datin Ann boleh terima pulak Wafeen tu? kata tak nak menantu orang kampung…Argghhh!!! apa aku nak buat ni? macamana aku tak boleh kesan perkara ni? nenek tak cakap apa-apa pun? bila masa papa pergi meminang Wafeen?
“Abang ni kenapa?” Valqis kerut dahi bila melihat Rayyan sedari tadi memerah kain tuala itu sampaikan tiada setitis air pun yang boleh diperah..
Rayyan tak jawab.Dia tersandar pada kereta.Wajahnya bertukar sugul.Kalau Wafeen bertunang dengan Daniel, apa lagi yang boleh aku buat? macamana aku nak terima yang dia tu bakal adik ipar aku?
“Abang…”
“Apa??” Rayyan meninggikan suara.Wajahnya nampak tertekan.Valqis terlongo.Kena sampuk ke apa abang aku ni? tiba-tiba melenting….dia tak suka Abang Daniel bertunang kut…hah,ini mesti jeles sebab dia belum ada awek lagi ni…tu la,sibuk sangat nak tacle Kak Wafeen tu kenapa? buang masa aja mengurat kekasih orang! macam dah takde orang lain…
“Abang ni tiba-tiba nak marah apa kes? “
“Bila masa abang marah?” Rayyan cuba berselindung.Dia menyapu permukaan kereta yang basah dengan tuala.
“Kalau tak marah…yang abang tinggikan suara tadi tu kenapa? Abang jeles sebab Abang Daniel dah nak bertunang ya? relekslah Abang,nanti sampailah giliran Abang pulak kalau ada jodoh..” Valqis seperti memujuk.
Rayyan mencebir.Ada ke dia ingat aku jeles pasal Daniel tu nak bertunang? tak kuasa aku! lantak dia la nak bertunang pun tapi bukan dengan kekasih aku Wafeen Wardah tu! yang tu memang aku bengang tahap tak boleh blah dah ni! hiiii….aku rasa nak aja dajalkan majlis pertunangan diorang ni!
“Oh ya,lupa pulak nak cakap siapa bakal tunang Abang Daniel tu..”
“Arrrgghhh!!! tak berminatlah nak tahu…” tingkah Rayyan.Menyampah.Meluat.Kalau boleh nak aja dia menjerit mengatakan yang dia tak rela Daniel Elhan bertunang dengan Wafeen Wardah!
“Ish abang ni! dengarlah dulu…”
“Tak berminat!!” marah Rayyan.Dia terus masuk ke dalam rumah.Valqis garu kepala.Tak faham akulah dengan perangai Abang aku yang sorang ni…
Wafeen pandang jam di pergelangan tangannya.Dah pukul 1 tengahari ni….selalunya, pukul 12.30 dia dah terjengul dalam kedai ni…busy ke?” dia fikir mungkin kerana hari itu hari Isnin,permulaan hari bekerja tentu Rayyan sibuk.Nenek pun satu hal..sekarang ni,dah jadi rutin pulak bekalkan makanan kat Hantu Karipap tu…akulah jugak yang terpaksa melayan!
“Aku tengok kan….dari tadi,dekat sepuluh kali kau duk tengok jam tangan kau tu…lagi satu,kekasih gelap kau tu pulak tak timbul-timbul lagi…apa kes? gaduh erk…” Yumni mula mengusik.Apa tidaknya,sepanjang minggu lepas sahaja tiap-tiap hari Rayyan datang makan tengahari di situ.Lebih menghairankan lagi,Wafeen pulak sekarang ni dah jadi macam kembar mangkuk tingkat,mana ada mangkuk tingkat adalah Wafeen..kalau nampak Wafeen datang kerja,memang sah dia bawa mangkuk tingkat..dah tu,aku nak cakap apa lagi? nak kata kekasih dia, Wafeen cakap dia bercinta dengan Daniel Elhan..makin dia jadi keliru,tak pernah pulak Wafeen bawa mangkuk tingkat setiap kali Daniel Elhan datang ke kedai tu…jadi sekarang ni,mana satu kekasih dia sebenarnya? takkanlah Daniel Elhan tu spesis yang tak sukakan tapau menapau ni?
“Kau ni Yumni…memang sadis tahu tak! sesedap mulut kau aja kan? berapa kali aku nak cakap,dia bukan kekasih aku..kekasih gelap apatah lagi! penatlah asyik cakap benda yang sama..dia tu
“Tahu..cucu angkat nenek kau kan…” Yumni senyum seakan mengejek.Wafeen tayang muka cemberut.
“Kata bukan kekasih…tapi gaya kau tunggu Abang Rayyan tu,ish….tak ubah macam kau tunggu suami kau balik makan tengah hari..” Yumni ketawa .Wafeen masih merenung pintu masuk kedai.Tiap kali pintu itu terbuka,dia akan pandang tapi bukan Rayyan yang muncul sebaliknya pelanggan yang datang untuk membeli buku.
“Eh…aku cuma ikut pesanan nenek aku aja…nenek aku yang suruh beri dia makanan tu..takkan aku nak cakap tak boleh pulak? bagi orang makan ni dapat pahala tau..”
“Elleh…dapat pahala konon…alasan aja tu,entah-entah..kau bagi dia makan sebab kau nak dapat cinta Abang Rayyan tu tak? ha…ha…” Yumni makin galak mengacah sambil dia memeriksa akaun dalam laptop.
“Kau jangan sampai aku gam mulut kau Yumni…” Wafeen mengecilkan matanya.
“Hah…tu pun Abang Rayyan!!”
Wafeen segera berpaling dan memandang pintu masuk.Kedengaran tawa Yumni bila rupanya dia hanya diacah sahaja.
“Cepat aja kau pandang pintu tu kan? hai…rindu ke..”
“Ieee….whateverlah!!! ni, sejak bila pulak kau panggil dia Abang Rayyan hah?”
“Saja….aku rasa feeling pulak bila panggil dia macam tu tau,macam ada satu perasaan halus yang menusuk hati aku ni…”Yumni tersengeh-sengeh.Saja nak tengok riaksi Wafeen.
“Mak oi….macam pompuan miang aja aku tengok! kucing betina pun tak menggedik macam kau Yum..” Wafeen rasa nak termuntah pulak mendengarkan ayat Yumni itu.
“Whateverlah!! yang pasti,cara kau sound aku tu….nampak sangat Feen…cemburu kan? mengaku ajalah! tak payahlah kau buat aku keliru,dah lama aku tak nampak Elhan datang sini, entah-entah korang dah clash tapi kau tak nak bagitahu aku kan? Abang Rayyan tu…boyfriend baru kau kan?”
Wafeen hampir tenganga dengan spekulasi tahap tak sayang mulut itu.Aku cemburu? pasal Rayyan?
“Pandai-pandai kau aja kan? bila masa aku putus dengan Elhan? dia tak datang sebab dia ada kat Singapore atas urusan kerja…ni,cincin kat jari aku ni…kau tahu kan yang tak lama lagi dia nak pinang aku” Wafeen cuba meyakinkan Yumni.Namun jauh di sudut hati,dia sendiri tak yakin dengan jawapannya itu.Macamana nak yakin? Elhan pun tak muncul-muncul lagi,kalau call aja asyik cakap dia busy!
“Wafeen…cincin kat jari kau ni,takde maknanye..bukan cincin tunang pun,setakat cincin yang dia bagi sebab nak menyedapkan hati…kalau cincin aku ni baru betul,rasmi ikut adat tau! yang ini baru namanya cincin pertunangan…aku bukan apa,sebagai kawan..bukan aku tak nampak apa yang Elhan tu buat pada kau…janji tabor sana sini tapi habuk pun tarak…sekarang dia dah bagi kau cincin macam style orang barat tu,suka hati nak main sarung aja kat jari,kalau betul nak bagi cincin..ikut adatlah..ini tak! dia bagi kau cincin macam ni aja…kau dah percaya bukan main…aku nak tengok, betul ke tidak dia nak pinang kau….dah bertahun aku tunggu..macam tu la jugak! “
Yumni tidak berniat untuk menyindir atau buat Wafeen terasa tapi dia yang melihat ni pun dah naik muak dengan perangai Elhan yang dah berbakul-bakul menabur janji..itulah…inilah…Wafeen pun satu hal, main ikut aja..percaya macam lembu kena cucuk hidung.Masalahnya Wafeen ni manusia bukan lembu!
Wafeen terdiam.Dia renung cincin dijarinya.Memang betul pun apa yang Yumni cakap.Cincin itu tiada makna apa-apa…mungkin kalau dia nak hargai pun sekadar cincin yang melambangkan kasih sayang Elhan sahaja tapi tetap bukan cincin tanda yang membuktikan dia adalah tunang mahupun rasmi bakal isteri lelaki itu.Pokok pangkalnya,tidak melalui agama dan adat Melayu.
Tiba-tiba dia berasa sedih dan kecewa.Elhan..cepatlah balik! cepatlah masuk meminang dan kemudian kita nikah supaya saya tak perlu lagi tanggung malu pada kawan-kawan dan tak terus mengharap macam ni…dan saya makin takut Elhan!...entah kenapa sejak akhir-akhir ni saya rasa dah banyak perkara yang berubah!
“Kau nak ke mana?” tanya Yumni bila Wafeen bangun dari sofa.
“Aku nak pergi pejabat Rayyan..nak hantar makanan dia…sibuk agaknya sampai tak boleh datang..”
Wafeen berlalu meninggalkan sudut bacaan itu.Yumni sekadar memerhati sahaja.Daripada pemerhatiannya,dia merasakan Wafeen begitu mengambil berat dengan Rayyan…tak pernah pun Wafeen macam tu kalau dengan Elhan.
Jemari Rayyan mengetuk-ngetuk meja kerjanya.Pandangan matanya melirik pada jam tangan.Dah sepatutnya dia ke kedai buku Wafeen untuk makan tengahari.Pejabatnya sudah lengang kerana pekerja-pekerjanya sudahpun keluar makan tengahari.
Valqis pula ke Kuala Lumpur pagi tadi selepas menghantarnya ke pejabat.Dia malas nak ambil tahu untuk apa Valqis mengambil cuti.Mungkin juga ada kaitan dengan pertunangan Daniel dan Wafeen.Tentulah Valqis tumpang gembira dengan pertunangan itu.Tentu Valqis pun tak sangka yang selama ni Wafeen tu kekasih Daniel.Tengok airmuka Valqis pun dia dapat agak.Dia tak boleh nak paksa Valqis bencikan Daniel sama sepertinya.Kalau dah Valqis sayangkan Daniel ,apa yang boleh dia buat..memang semua orang sayangkan Daniel pun..termasuklah Wafeen.Aku aja susah orang nak sayang…aku ni jahat sangat ke?
Mengenangkan majlis pertunangan itu hatinya jadi rawan.Sedih bukan kepalang.Nak marah pun dia sudah tak larat nak mengamuk.Buang masa aja!.Disebabkan itu juga dia tidak pergi ke kedai buku.Kalau Valqis sibuk menguruskan Daniel,sudah tentu Wafeen juga sibuk dengan persiapannya.Entah ingat ke tidak dengan makan tengahari aku tu…
Rayyan mengurut dahi.Susah betul dia nak percaya…macamana dia boleh tak tahu? sepanjang minggu lepas dia sangkakan semuanya berjalan lancar.Dia pasti dengan laporan Juwita yang mengatakan Daniel memang sentiasa sibuk dengan kerjanya.Apatah lagi Datin Ann tak berapa sihat jadi bila masa pulak isu pertunangan ni boleh terjadi?
Lamunan Rayyan terhenti bila handset di atas mejanya berbunyi.Dia segera menjawab bila panggilan itu dari talian tetap rumah Wafeen.
“Assalamualaikum…”terdengar suara Nek Jah memberi salam.
“Waalaikumussalam nek..”jawab Rayyan.Dia senyum tawar.
“Rayyan di mana tu? kedai Wafeen ya? dah makan ke bekal makanan yang nenek kirim tu?”
“Errr…belum nek,saya sibuk sikit hari ni..belum pergi jumpa Wafeen lagi..” jawab Rayyan.Jadi maknanya Nek Jah ada kirimkan mangkuk tingkat seperti biasa.Agaknya,Wafeen tengah tunggu aku ke? tapi kalau betul..kenapa dia tak call? Wafeen nak call? bertuahlah…selama ni pun aku yang beriya-iya call dia..
“Belum? eh..dah pukul berapa ni? kenapa belum makan lagi?” bebel Nek Jah.
“nanti saya pergilah nek..”
“Maknanya Wafeen tak beritahu lagilah ya?”
“Beritahu apa nek?” Dahi Rayyan berkerut dan dadanya makin berdebar.
“Hujung minggu ni,kami nak buat kenduri…”beritahu Nek Jah.Berubah airmuka Rayyan.Kenduri…jadi memang tak salah lagi tekaannya.
“Jangan tak datang pulak ya Rayyan? Nenek nak kena pergi rumah jiran ni,nak ajak diorang datang kenduri tu nanti..Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..”Jawab Rayyan lemah.Dia tersandar pada kerusi.Direnung gambar Wafeen lama..pandangannya tajam.Spontan Rayyan mencapai frame gambar itu dan mahu dibalingnya ke dinding tapi tindakannya itu terhenti.Tak sampai hati dia nak buat begitu sekalipun dia rasa hatinya sakit.Diletakkan semula frame gambar.Masih direnung…sepatutnya dia jadi hak milik aku tapi Wafeen akan jadi tunang Daniel…tunang Daniel!!
“Argghhhhh!!!!”
Rayyan menolak apa saja yang berada di atas meja.Habis kesemuanya jatuh termasuk telefon dan susunan fail kecuali laptop dan frame gambar.Dia terduduk semula di kerusi.Belum hilang juga rasa marahnya lalu ditumbuk pula meja beberapa kali.
Dum! dum! dum!
bila dia rasa sakit di tangannya barulah dia berhenti.Rasa nak aja dia tumbuk muka Daniel seperti itu..baru puas hatinya!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Tak dapat?” Wafeen mengomel sendirian sambil merenung skrin handsetnya.Dah dua kali dia cuba call talian handset Rayyan tapi gagal dihubungi.Dia menolak daun pintu kaca pejabat syarikat Rayyan bekerja.Pertama kali dia datang,kalau tengok pada nama syarikat di pintu masuk,rasanya dia tak salah tempat.Sebaik dia masuk,seorang gadis yang bertugas di kaunter pertanyaan senyum padanya.
“Encik Rayyan ada?”
“Rasanya ada sebab takde pulak dia keluar sejak tadi..” jawab gadis itu.
“bilik dia di mana ya?”
“Bilik pengurus di tingkat dua..cik nak jumpa dia ke?”
“Haah..ni,nak hantar makanan…” Wafeen tunjuk mangkuk tingkat di tangan.Gadis itu sekadar angguk
“Saya rasa dia ada di bilik dia..cik pergilah naik..”
“Terima Kasih…”Wafeen terus mendaki anak tangga.Luas juga pejabatnya.Bangunan dua tingkat itu sudah pun diubah suai,dia lihat ada banyak meja kerja dan beberapa bilik tetapi tiada sesiapa pun kelihatan kecuali gadis tadi.Barangkali semua orang sudah keluar makan tengahari.
Dum! dum! dum!
Wafeen terkejut mendengar bunyi dentuman kuat sebaik saja dia sampai di tingkat dua itu. Aish..siapa pulak yang bertukang dalam pejabat ni? Rayyan ni biar betul!
Wafeen berhenti di depan pintu yang terdapat tanda nama “Pengurus Besar”.Segera dia mengetuk pintu.Tiada jawapan.Diketuk lagi..
“Siapa? masuk ajalah!!!”
Wafeen kerut dahi.Amboi! garangnya….dia terkejut bila mendengar suara Rayyan sekasar itu.Wafeen segera buka pintu.
“Astaghfirullah…”Wafeen terpaku melihat fail dan kertas yang bertabur di lantai.Apa kes ni? macam kena serang garuda aja?
“Kenapa ni Rayyan? tanya Wafeen.Rayyan sendiri tak sangka yang datang ke biliknya itu adalah Wafeen.Dia tak jawab apa-apa.
“Awak buat apa datang sini?” Rayyan buat tak kisah saja dengan keadaan bilik kerjanya yang tunggang langgang itu.Dia bangun dari kerusi dan duduk di sofa.Dicapainya majalah massa dan berpura-pura membaca.Boleh tak kalau setiap kali saya mengamuk awak jangan datang? kalau tak nanti,saya tak boleh nak kawal marah saya ni sayang…tak pasal-pasal awak yang jadi mangsa..
“Nak hantar makanan awaklah…lama saya tunggu,saya fikir awak sibuk sampai tak dapat datang..jadi saya hantarkanlah..kalau tak,siapa yang nak habiskan nanti..”Wafeen letak mangkuk tingkat atas meja kopi.
“Awak baru lepas mengamuk ya? awak ni panas baran sangatlah! cubalah bawa bersabar kalau iya pun ada masalah kerja..” Wafeen mengutip fail dan kertas yang bertaburan.Satu saja perangai Rayyan yang dia tak suka.Lelaki itu kalau marah..Ya Allah! menakutkan…
“Jangan sibuk hal saya boleh tak? tak payahlah kutip semua tu,bukan kerja awak pun nak buat semua tu…saya yang buat,saya tahulah nak kemas balik…” Rayyan kurang senang bila Wafeen menegur sikapnya.Memang saya nak mengamuk! sebab awaklah! sebab awak yang nak bertunang dengan Daniel bodoh tu!!
“Saya Cuma nak tolong kemaskan..”Wafeen masih bersuara lembut.Dia tak faham kenapa Rayyan nak marah-marah.Tekanan kerja agaknya..takpelah,dia tak sengajalah tu…
“Tak payah!! awak dah hantar mangkuk tingkat ni kan…so tunggu apa lagi,baliklah!” Rayyan pandang wajah Wafeen yang tenang.Kenapa awak nampak cantik sangat? sebab muka awak berseri-seri kan? sebab awak dah nak bertunang dengan Daniel! lepas ni…saya tak tahu nak buat macamana lagi Wafeen! saya dah rasa penat berharap pada yang tak sudi..
“Hari ni nenek masak asam pedas ikan patin tau..karipap pusing pulak saya yang buatkan,inti sardine..awak suka inti sardine kan?”
“Ada ke saya tanya? tak kiralah inti apa pun,saya tetap makan habis..yang awak beriya sangat beritahu menu apa nenek masak kenapa? bukannya saya bodoh sangat sampai tak tahu ..
Walaupun Rayyan bercakap agak kasar dan menyakitkan hati,Wafeen seperti tidak kisah.Dia sudah boleh membiasakan diri dengan perangai angin lelaki itu.Valqis juga ada beritahu,Rayyan kalau sedang marah..cara bercakapnya memang begitu.Wafeen bersedia untuk membuka mangkuk tingkat.Bukan apa,dah memang kebiasaannya dia akan menghidangkan makanan itu pada Rayyan.Macam dah terbiasa pulak..
“Takdelah..saya Cuma..”
“Wafeen..awak balik aja boleh tak? saya nak makan,saya tahulah macamana? hari ni awak tak payah susah nak hidang ke apa..saya tahu buat sendiri”
Wafeen terpaku.Kali ni dia memang tak boleh buat tak kisah saja.Sejak tadi Rayyan memang sudah menunjukkan tanda-tanda tidak sukakan kedatangannya.Kenapa awak selalu macam ni Rayyan? apa salah saya sampai selalu kena marah tanpa sebab? awak kata….awak sayangkan saya,tapi kenapa awak selalu nak marah-marah tanpa sebab?
Ya Allah! kenapa aku rasa sedih sangat ni? kenapa setiap kali dia macam ni aku rasa nak menangis aja? kenapa aku tak boleh terima kalau dia tak pedulikan aku? kenapa perasaan aku selalu lebih mengharapkan dia berbanding Elhan? aku tak nak kecewakan Elhan..aku bukan jenis yang tak setia tapi hati aku ni…
“Awak tak suka saya datang ke?” Tanya Wafeen.Mata mereka bertentangan.
“Saya bukan tak suka awak datang tapi saya nak awak balik..tu pun susah nak faham ke?”
Wafeen ketap bibir.Ingat aku ni apa? takde perasaan ke? muka dia selamba aja…macam tak bersalah langsung halau aku balik! tapi bila nak mengurat…sanggup pulak berlutut? tak faham! tak faham! tak faham! benci awak hantu karipap!! takpe…nak sangat saya balik kan? fine!
Wafeen segera bangun dan mahu keluar.Dia berpaling pada Rayyan.
“Nenek ada pesan…hujung minggu ni kami nak buat majlis kenduri…
“Dah tahu!!...tadi nenek ada call,tak payahlah beriya sangat nak beritahu…”
“Err..boleh tak kalau awak tolong nanti?” tanya Wafeen.Nenek bercadang nak buat kenduri arwah untuk arwah datuknya yang sudah lama meninggal.Maklum sajalah,di rumah mereka tiada tenaga lelaki.Kalau nak harapkan Abang Uwais tentulah kena tunggu sepupunya itu datang beberapa hari lagi.Kalau boleh Rayyan tolong untuk selesai beberapa kerja berat, dia dan nenek akan rasa sedikit lega .
Rayyan senyum sinis.Aku nak tolong? awak nak bertunang dengan Daniel tu…saya yang kena tolong Wafeen? awak ni memang takde perasaan ke? awak tahu tak macamana perasaan saya sekarang ni? kecewa awak tahu tak? dunia saya ni dah macam nak tunggang terbalik!
“Entah…minggu ni saya busy!” jawab Rayyan selamba.Tak hingin aku datang!
“Takpelah…orang dah sibuk nak buat macamana kan?”Wafeen pantas keluar dan menutup pintu bilik.Rayyan meraup wajahnya.Lantaklah dia terasa hati! dia sakitkan hati aku takpe pulak? sia-sia aja aku sayangkan dia sepenuh hati tapi Daniel tu jugak yang dia nak!
Rayyan pandang mangkuk tingkat.Bukan dia tak hargai susah payah Wafeen menghantar makanan itu.Alangkah baiknya kalau berita buruk itu dia tak tahu..dan takkan berlaku.Tentu kedatangan Wafeen akan disambut dengan penuh bahagia…tentu Wafeen dah jadi mangsa usikannya..dia suka bila Wafeen marah-marah bila disakatnya,dia suka tengok Wafeen senyum padanya,kalau boleh dia nak Wafeen senyum padanya sorang saja,dia mahu Wafeen Wardah jadi hak miliknya tapi kenapa Wafeen tak pilih dia?bukan Wafeen tak tahu perasaan cintanya itu..
“Aku buat macamanapun,kau juga yang menang Daniel! dari dulupun….tetap kau juga yang mendahului aku..takkan aku perlu lenyapkan kau dari muka bumi ni baru aku boleh dapat apa yang aku nak Daniel? takkanlah aku perlu jadi sekejam tu baru aku boleh menang? aku tak nak jadi macam tu..aku tak sejahat tu..sekalipun aku bencikau kau,aku tergamak sampai nak membunuh..kalau dah memang dah takdir macam ni…terpaksa juga aku telan pahitnya..”
Rayyan melepaskan keluhan.Kalau macam ni! elok aku pergi aja dari Malaysia ni…kalau tak nanti,entah apalah yang aku sanggup buat!
“Sorry boss ganggu!” pintu tiba-tiba terkuak.
“Ada apa Nurul?” tanya Rayyan pada kerani syarikatnya itu.
“Ini ada kad jemputan yang dihantar dari HQ di KL…baru sampai tadi,staf lain semua saya dah berikan..ini untuk boss..mungkin boss dah tahu tapi,ini memang dihantar untuk Pengurus setiap anak syarikat..” Nurul meletakkan sampul putih di atas meja kopi.
“Awak kemas bilik saya ni…”arah Rayyan.Nurul angguk.Wajahnya sedikit berkerut melihat fail yang bersepah di lantai.
Rayyan mencapai sampul putih itu.Dia segera membuka dan membacanya.Matanya mengecil bila mengetahui itu kad jemputan majlis pertunangan CEO syarikat.Huh!! nak bertunang aja pun,tapi mengalahkan nak bernikah! nak mengabiskan harta papa aja kerjanya..tak lain kerja mama dialah ni!
Rayyan malas nak baca.Langsung dia koyakkan dua kad jemputan itu.
“Kenapa boss koyak?”
“Suka hati akulah!”
“Err..boss tak suka ke CEO kita tu bertunang? saya rasa Tengku Zarynn tu mesti cantik kan boss?”
“Siapa?”
“Bakal isteri CEO kita tu lah…Tengku Zarynn namanya,itulah..boss belum baca dah koyak tu kenapa?”
Rayyan terlongo.Tak pasal-pasal kena perli dengan keraninya itu.Dia segera membaca kad yang sudah terkoyak dua itu.Memang betul nama Tengku Zarynn Tengku Ehsan tertera di situ.
“Zarynn?” Rayyan betul-betul terkejut.Apa semua ni? kenapa Zarynn tak cakap apa-apa? dan…Wafeen?
Rayyan tepuk dahi.Aku dah salah faham ke? Ya Allah! apa aku dah buat dengan Wafeen ni? tak pasal-pasal aku sakitkan hati dia…
“Kenapa boss?”
“Takde apa…”Rayyan menggeleng.Zarynn…apa benda yang you nak buat ni? nak bertunang dengan Daniel? dia perlu dapatkan kepastian Zarynn tapi dia lebih perlu mendapatkan Wafeen untuk memujuknya..apalah aku bodoh sangat? bukan dengan Wafeen rupanya! padan dengan muka aku! menyesal!! minta-mintalah sayang aku tu tak marah sangat tadi!
Rayyan betul-betul menyesal.Rasanya tadi tahap melampau juga cara dia layan Wafeen..inilah padahnya kalau tak kawal panas baran!
Haiii.. Tu la rayyan cepat benor nak marah.. Kan xpasal2 wafeen kck ati.. Dh la nak ngorat payah.. Iskh3x.. Best!
BalasPadamtau xpe...dah elok2 ngayat pergi buat spoil...heheh..
BalasPadambaran nye rayyan... huhuhu... cian kat wafeen kene marah... x sabar nak tnggu rayyan g pujuk wafeen... hehehe...
BalasPadamhohoho biar la jap lagi, rayyan gtau terus wafen tu, baru pdn muka daniel tu, ada hati nak main2kan hal kawin. hehe, tetiba otak jahat plk. sbnrnya suka daniel yg baik tu, cuma benci mak dia je. tp tu la, ada org ckp, klo kita benci gan ort tua, sekali gan anak dia pun terkena tempias. it happened gan my neighbour, dia tak suka gan pakcik setaman sy,dia suka gan anak pakcik tu, tapi sebab tak suka gan pakcik tu, dia tak jadi nak perkenalkan anak saudara dia anak pakcik tu.
BalasPadamhohoho...kelakar giler rayyan ni...kasar tapi dalam hati ada taman...hehe...i like...
BalasPadamdaniel...daniel...tu la org kata...don't judge a book by its cover...nampak baik...tapi...alahai...semut pun lari lintang pukang kalau terserempak...takut mati ooo...
go rayyan go, ... ;)
BalasPadam