Cepatlah Abang…terhegeh-hegeh..tahulah puasa!” Valqis mencekak pinggang.Rayyan sedang sibuk menarik beg pakaiannya.Nampak pada kerut di muka abangnya itu.Dia yakin yang beg itu memang berat.Entah apalah yang disumbat dalam beg tu!
“Amboi…sedapnya bahasa..bulan puasa ni,boleh tak bersabar…berat tau beg Abang ni”Rayyan menarik beg pakaiannya.
“Macam nak naik haji..agaknya habis semua baju Abang sumbat dalam beg tu tak?”
“Mana ada…yang Adik ni beriya sangat kenapa? Wei..kita ni nak menumpang beraya rumah orang tau..nenek orang lain…bukan nenek kita..” Rayyan menghidupkan enjin kereta.Valqis mencebir.
“Tak kisahlah..nenek siapapun,yang penting…nenek tu baik! kita ni mana pernah ada nenek..yang di sebelah arwah mama sana tu..bukan kenal kita pun..ntah-ntah tak tahu yang kita ni wujud ke tidak”
“Dah la..tak usah nak cakap perkara yang tak penting..benda tak pernah ada dalam hidup kita buat apa nak fikir..sudahlah,jom pergi..nanti tertunggu pulak Nek Jah..”
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Nek Jah bergegas keluar dari rumah sebaik saja dia nampak kelibat kereta Honda Mugen masuk ke laman rumahnya yang dipenuhi rumput hijau.Dah sampai pun budak berdua ni..
Wafeen yang sedang duduk di sofa sambil membaca majalah sekadar memerhati.Dia tidak berminat untuk menyambut kedatangan tetamu istimewa Nek Jah itu.Kalau Valqis dia memang teruja nak sambut tapi memandangkan abangnya ada sama…dia rasa elok nenek sahaja yang keluar.
“Assalamualaikum Nek Jah…”
“Waalaikumussalam…dah sampai pun,tiap hari nenek tunggu..ingatkan tak jadi nak beraya sini”
“Mestilah jadi nek…lagipun,tinggal lagi 6 hari nak raya kan..bukannya esok..”
“Marilah masuk cepat..”
“Kak Feen mana?”
“Wafeen ada di dalam..marilah!” ajak Nek Jah.
“Apa lagi yang dipandang tu Rayyan…marilah masuk”
“Nak keluarkan beg kejap nek…berat ni..”
“Alah..Abang tu nek..dari tadi lambat..puasa sangatlah! pasal dialah yang sebabkan lambat sampai rumah nenek ni..” Adu Valqis.Rayyan buat muka.Mengajuk cara Valqis bercakap.
“Buatlah macam tu…buruk tahu tak”
“Sudah…asyik nak bercakar aja kerjanya..cepat Rayyan! panas di luar ni..”
“Ye la nek..bukan beg saya aja yang nak kena angkat ni..Tuan Puteri tu,tahu nak mengarah aja..angkat beg sendiri pun tak nak…nak suruh Abang dia ni jugak..”bebel Rayyan sambil menutup bonet kereta.Nek Jah sekadar menggeleng dan tersenyum.
“Lelaki kan? mestilah kena buat kerja berat…”Valqis mengekori Nek Jah masuk ke dalam rumah.Sempat dia menjelir pada Rayyan yang terkial-kial mengangkat beg pakaiannya.Elok buat macam tu..gunting lidah baru tau! mengata beg aku…beg dia lagi berat!dalam beg ni baju ke batu?
“Wafeen? ni..Valqis dah datang..” Nek Jah berlalu ke bilik tetamu.Mahu dipastikan bilik itu selesa.
“Kak Feen buat apa?”
“Takde apalah..kemas rumah aja..”Wafeen baru selesai membetulkan alas meja kopi.Dia bersalaman dengan Valqis.
“Duduklah..”pelawa Wafeen.Mana pulak abang dia tu? tak nampak pun..
“Datang sorang aja ke?”
“Eh..taklah..bawa bodyguard…”Valqis ketawa kecil.Wafeen senyum.Bodyguard?
“Val datang dengan Abang la..tu hah..kat luar lagi..sibuk angkat beg..Abang!!! cepatlah masuk..Abang ni lembablah..macam orang tak pernah puasa..angkat dua beg pun lama ke? “ sengaja Valqis nak provoke Rayyan yang tertunduk-tunduk mengangkat beg pakaiannya.
“Sedapnya mengata ya?..ini hah! beg Adik ni…berat macam beratus kilo!! mayat orang pun tak berat macam ni…” Rayyan tersandar di dinding.Melepaskan lelahnya mengangkat beg Valqis yang sudah diletakkan di atas lantai.Dia memejam mata..Dalam fikirannya hanya nampak segelas minuman sejuk yang sungguh sedap kalau dapat diminum.Tawa Valqis tidak dipedulikan…Air…air…air…
“Sudahlah Rayyan angkat beg tu…nanti sambung balik..duduk dulu..karang bawa beg tu masuk dalam bilik..”Arah Nek Jah.Dia memandang Wafeen yang ralik memandang Rayyan.Wafeen senyap saja tapi dahi cucunya itu berkerut.Apa hal pulak dengan cucu aku ni..lawa sangat agaknya budak Rayyan tu..tak berkelip pulak memandangnya.
“Rayyan…kenalkan..inilah cucu nenek..Wafeen Wardah..”
Wafeen terkejut bila mendengar nama yang disebut neneknya.Rayyan? bukan nama dia…Raiqal?
Rayyan yang tadi kepenatan membuka mata.Hilang gambaran minuman sejuk yang menggoda nafsu makannya..Dia memandang ke hadapannya.Ada seorang gadis bertudung berdiri di situ.
“Hai…”Dia angkat tangan sambil menarik nafas.Beg Valqis diangkat semula.Niatnya nak letak terus ke dalam bilik tapi…apasal aku macam kenal aja? Dia kembali memandang Wafeen.Memang dialah!
“Awak???” Rayyan macam tak percaya sampaikan tangannya terlepas beg yang diangkat.
“Aduh!!!!!!” dahi Rayyan berkerut.Mak aih….sekali terjatuh atas kaki akulah pulak.Abislah hancur kaki aku!!
“Encik Raiqal?? Wafeen spontan mendekati Rayyan dan membantu mengalihkan beg tersebut.Ya Allah! beratnya? apa bendalah dalam beg diorang ni?
“Abang!!” Valqis turut mendekat.Rayyan sudah memegang kakinya.Kalau tak sebab depan perempuan.Mahunya dia menjerit sekuat hati.Sakit wooo…
“Macamanalah boleh jatuh pulak…abang lapar sangat ke?” Valqis boleh pula ketawa.Rayyan memandangnya geram.Abang sakit tahu tak?? kau boleh pulak ketawa Valqis?
“Arrgghhh…”Rayyan memegang kakinya.Memang tidak berdarah atau luka.Tapi kesan lebam berwarna biru jelas kelihatan pada kakinya yang berkulit cerah itu.
“Sakit ke? tanya Wafeen.
“Tak..sedap sangat!” Rayyan mengerling.Ada ke tanya macam tu? memanglah sakit!
Nek Jah yang tadi turut terkejut melihat insiden itu muncul bersama sebotol minyak gamat.
“Sapu ubat ni Rayyan…nanti bengkak pulak..” arah Nek Jah.
“Takpe bengkak Nek..dia kuat..”Valqis masih ketawa.Rayyan ketap bibir.Dia yang sudah terduduk itu meniup-niup kakinya yang semakin lebam.
“Biar saya tolong sapukan” Wafeen sudah mencapai botol minyak gamat dari tangan neneknya.
“Eh..tak payah…biar saya buat sendiri..” Rayyan menggeleng.Minyak di tangan Wafeen diambilnya.Wafeen terkedu.Tiba-tiba dia rasa malu.Bukan aku nak sentuh kau sangat pun…Cuma nak tolong aja..geramlah pulak.Hari tu baik aja..tiba-tiba perangai sombong bagak kenapa? dia sendiri tak sangka abang Valqis yang garang tu rupanya lelaki yang jumpa gelang kakinya tempohari? macam tak percaya!! mana satu aku nak agak perangai dia ni? sombong? baik?garang? jujur? ieee..peninglah!
“Biar adik saya yang sapukan..”Rayyan senyum pada Valqis.
“Tak naklah…minyak tu busuklah..” Valqis geleng.
“Cepatlah Dik…sakit ni..”
“Biarlah kak Wafeen yang tolong..”
“Takpelah..Abang buat sendiri..” Rayyan seperti merajuk.Valqis kerut dahi.Apa ke pelik sangat abang aku ni? orang nak tolong tak kasi…tetiba alim ni kenapa? setahu aku abang aku ni bukanlah warak manapun..sejak bila berubah ni?adakah disebabkan bulan puasa? argghhh…whateverlah! janji aku tak nak pegang minyak tu..sorry ya Abang!
“Val…Kak Feen tolong bawakan beg ni ke biliklah ya?” Wafeen segera bangun.Dia terasa hati dengan sikap dingin lelaki di depannya itu.Menyampahlah pulak aku dengan dia ni..nasib baik kau yang pulangkan gelang aku hari tu..kalau tak..dah lama aku jatuhkan beg tu atas kaki kau sekali lagi..biar padan muka! sombong!
Wafeen membawa beg ke bilik sementara Nek Jah pula ke bilik satu lagi.Bilik itu selalu digunakan oleh Abang sepupunya bila tiap kali datang ke rumah itu.Nek Jah nak suruh sombong tu tidur kat situlah agaknya!
“Abang…kenapa layan Kak Feen macam tu…orang nak tolong biar ajalah! cun tu..” bisik Valqis.Itupun bila pasti Wafeen sudah tiada di situ.
“Shut up!! kau ingat abang ni apa? semua yang lawa aja Abang nak kena usha la? marah Rayyan.Kau tak tahu Val..dia tu dah ada boyfriend la! kalau tak..dah lama abang sendiri suruh dia sapukan ubat ni…nak buat macamana..dah bukan rezeki Abang!
“Huh…sejak bila…”Valqis seperti mengejek.Rayyan buat tak tahu aja.Macamanalah boleh jumpa kat sini ya? hai…apalah nasib aku..hajat di hati nak jauhkan diri..tapi..makin terbelit!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan