“Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…”Wafeen mendongak.Yasin di tangan ditutup.Dahinya berkerut bila seorang lelaki berdiri tidak jauh darinya.Lelaki berambut panjang separas bahu itu dipandang lama.Macam pernah nampak?
“maaf kalau saya ganggu..tapi saya ada sesuatu nak tanya cik”
“Err..nak tanya apa?” Wafeen bangun.Dia rasa lelaki itu lelaki yang dia nampak hari tu..lelaki yang duduk di kubur berhampiran..betul la! memang dia…aku kenal rambut dia panjang ni..
Wafeen pelik pula.Ada urusan apa lelaki ni sampai nak bertanya bagai.Namun,riak airmuka lelaki itu jelas menunjukkan dia ada sesuatu yang mahu disampaikan.
“Ini..barang kemas ni..cik punya ke?” Rayyan menunjukkan gelang kaki yang dia jumpa tempohari.Mujurlah dia dapat lagi bertemu gadis itu di tanah perkuburan itu.Dia tak tunggu lama untuk mendekati gadis itu yang sedang membaca Yasin.Walaupun dia rasa mungkin dia mengganggu tapi kalau dia tidak bertindak segera takut nanti tidak ada lagi peluang lain untuk bertemu.
“Ini memang saya punya,dah seminggu saya cari..” Serta merta Wafeen mengambil gelang kaki dari tangan lelaki di depannya itu.Alhamdulillah..jumpa juga akhirnya!
“Awak jumpa di mana?”
“bawah pokok sana..” beritahu Rayyan.Dia dapat lihat kegembiraan di wajah gadis itu.Terpegun dia lihat senyuman yang terukir.
“Terima Kasih..”
“Sama-sama..cantik gelang tu”
Wafeen angguk.Rayyan lihat gelang itu digenggam kuat.Seakan begitu sayang sekali akan gelang itu.
“Tentu gelang tu istimewa pada awak kan?” teka Rayyan.
“Hmmm… hadiah daripada teman lelaki saya..saya fikir dah tak jumpa lagi dah..”
Zap!!! Rayyan rasa seakan hatinya ditusuk..tiba-tiba rasa kecewa! dah ada boyfriend ke? hmmm..aku baru niat nak usha..awek orang la pulak!! dia membatalkan niatnya untuk bertanyakan nama gadis itu.Tak payahlah!
“Emm..baguslah kan gelang awak dah balik pada awak kan..saya pun,nak pergi dululah..”Rayyan mahu beredar.Buat apa nak tunggu lagi.Nak mengayat pun takde makna! usha hak orang tak mainlah..banyak lagi perempaun lain yang single! terpaksalah dia memujuk hati.Prinsip hidupnya.Jangan sekali-kali rampas hak orang!
“Encik…” Rayyan berhenti melangkah.Dia berpaling.
“kenapa?”
“Emm..boleh saya tahu nama ? tanya Wafeen.Orang yang baik hadir dalam hidupnya.Sekalipun mungkin takkan berjumpa lagi,setidaknya dia tahu nama…dia tak mahu pisang berbuah dua kali.Cukup sekali seorang yang dia hargai dalam hidupnya hilang begitu saja..
“Raiqal..”Jawab Rayyan dan terus pergi.Raiqal? kenapa ringan pulak aku nak guna nama tu…memang nama penuhnya Rayyan Raiqal..tapi dia jarang gunakan nama akhirnya itu.Mungkin kerana rasa kecewanya.Dia rasa biarlah itu saja yang gadis itu tahu.Dia tidak berharap lagi untuk bertemu di lain hari!
Wafeen melihat lelaki berambut separas bahu itu berlalu pergi.Raiqal… hmm..sedap namanya..orangnya pun baik dan jujur.Apapun,dia sangat berterima kasih pada lelaki itu,kalau tak bertemu lagi sekalipun..dia puas hati kerana dia tahu nama lelaki itu..Raiqal!
++++++++++++++++++++++++++
“Wafeen…bulan puasa macam ni,tak elok marah-marah tau” Elhan mengejar langkah Wafeen yang semakin laju.Marahlah tu..baru saja waktu berbuka tadi Wafeen ceria bercerita yang gelang kaki hadiah darinya sudah dijumpai.Hanya kerana sepasang baju Melayu,tiba-tiba Wafeen jadi panas hati dan merajuk.
“Awak tu,kalau awak tak banyak kerenah..takdelah saya nak marah macam ni..”
“Pasal baju aja pun..dah saya tak suka baju tu nak buat macamana? saya tak suka baju melayu leher teluk belanga macam tu.Kan saya pun beli baju raya jugak? awak pun dah dapat baju yang awak suka tu kan?
“Tak sama…dah tu,awak sanggup bayar dua kali ganda tu kenapa?”
“Ya Allah..sebab saya sayang awaklah..Awak pun..kenapalah nak serupa sangat? macam boria!”
“Tapi baju yang saya suka ni pasangan dia dengan baju yang awak tak nak tu..apalah salahnya kalau awak pun beli baju Melayu kat butik tu tadi..”
“Awak percaya sangatlah auta designer tu..dia nak jual baju dia..memanglah dia cakap macam-macam..ada jodohlah..apalah..jodoh kita bukan baju yang tentukan..”
“Saya bukan nak percaya cakap designer tu,tapi saya suka rekaan tu..cantik,sepadan…kalau awak dengan saya pakai baju tu kan cantik..”
“Yang beriya sangat kenapa…macamlah kita ni beraya sama-sama…takkan awak lupa yang saya akan beraya di kampung mama saya…so,tak payahlah nak sedondon sangat..biar ajalah orang lain yang beli baju Melayu tu..”
Wafeen terdiam.Dia berhenti mengatur langkah bila sudah sampai di tempat Elhan memakirkan keretanya.Betul juga! aku aja yang teruja lebih.Dia pulak? balik-balik raya di kampung mama dia! bukan aku nak suruh dia beraya di rumah aku pun! tapi setidaknya kalau dia di KL dia masih boleh datang jenguk aku kat sini..tapi Batu Sangkar tu bukannya dekat! kenapalah aku dapat kekasih orang Minang!
“Kenapa diam pulak?
“Nak cakap apa lagi?”
“awak marah saya ya?”
“Habis tu nak marah siapa lagi?” Wafeen membuka pintu kereta BMW milik Elhan.Dia memboloskan dirinya.Cepat-cepat Elhan masuk juga ke dalam keretanya.
“Saya tahu..awak marah sebab baju tu..sebab saya tak dapat beraya dengan awak..kan?”
“Dah tahu nak tanya buat apa? lagipun,saya nak marah awak apa kes..bukan awak suami saya pun!”
Elhan senyap.Betul punya marah ni..
“Wafeen Wardah,Allah saja yang tahu betapa sayangnya saya pada awak.Tapi,mama saya jauh lebih penting..Awak tahukan,saya ni anak..saya kena utamakan mama saya berbanding orang lain.Saya janji yang saya akan call awak setiap hari semasa saya kat sana..i swear!!”
“Bersumpahlah..berjanjilah..cakap bukan main sedap mulut.Lembut gigi dari lidah.Sayang konon..dah nak masuk 4 tahun Elhan…sejak dari Universiti lagi saya dengar awak cakap awak sayang saya tapi..sampai sekarang awak tak pernah bawa saya jumpa parent awak..kenapa?”
“Belum masanya…”selamba saja jawapan itu diberikan.Elhan menghidupkan enjin kereta.Bukan dia tak mahu.Kalau ikutkan hati..sudah lama dia mengahwini Wafeen tapi masalahnya…mamanya tentu tak suka! mama dari awal lagi dah ada pilihan sendiri tapi dia yang selalu mengelak sebab dia cintakan Wafeen.
“Bila masanya?” desak Wafeen.
“Bila saya dah beritahu mama dan papa pasal kitalah..”
“So,diorang memang tak pernah tahu lagilah?”
“Apsal serius sangat ni? come- on lah..bukan kita ni tua sangat sampai nak kahwin cepat” Elhan cuba mengelak.
“Selama ni awak tak serius lah?”
“Siapa cakap?” Elhan mula rasa tertekan.
“Mungkin betul cakap nenek saya..”Wafeen merenung ke luar tingkap.Agaknya,Elhan malu sebab dia orang kampung..
“Nenek cakap apa?”
“Takde apalah…”
Wafeen Cuma mahu segera sampai di rumah.Lagipun,dah dua kali dia berbuka dengan Elhan.Kasihan nenek hari ni berbuka sorang.Kalau tempohari ada Valqis dan abangnya,tidaklah nenek sunyi sangat.
“Esok saya dah balik KL…” beritahu Elhan tapi Wafeen buat tak dengar saja.Elhan rasa bersalah.
“Wafeen..saya minta maaf..percayalah! saya tulus cintakan awak..”lafaznya.Wafeen tetap diam.Cakap saja..siapapun boleh..janji itu ini.Yang dia mahukan Elhan buktikan dengan kenalkan dia pada orang tuanya…bukan janji bulan bintang semua tu!
“Tak payah minta maaf..saya tak marahkan awak pun..”Wafeen tak mahu memanjangkan pergaduhan.Dia ukir senyum tapi semanis biasa!
+++++++++++++++++++++++++++
Adam melilau dalam butik pakaian yang diberi nama “Inspirasi Anggun” itu.Aku beli baju kat sini ajalah..tangkap muat aja mana yang padan..malas dah aku nak mencari..raya pun tinggal seminggu lagi ni…
“Abang!! betul ke nak beli kat sini? tak nak cari tempat lain?” Valqis turut masuk ke dalam kedai itu.
“Sini ajalah..dah lewat ni,dekat pukul 8 malam hah..kedai-kedai kat sini tentu tutup awal..sini bandar kecil aja..bukan bandar besar nak buka sampai lewat malam..”
“Boleh saya bantu?” seorang wanita berbaju kurung menghampiri mereka berdua.
“Saya nak cari baju Melayu yang sesuai dengan saya..memandangkan saya ni dah lama sangat tak beli baju Melayu..jadi,saya pun tak pasti ukuran baju yang sesuai..”
“Oh..takpe.Encik jangan risau..di kedai saya ni..macam-macam saiz ada..lagipun,susuk badan macam encik ni..tak susah pun saya nak dapatkan yang sesuai..tak tinggi tak rendah..mari..ikut saya tengok koleksi pakaian yang kami ada..”
“Emm..kalau boleh warna biru atau…hitam..”
“Oh..rasanya,warna tu dah habislah..”
“Tadi kata semua ada..”
“Saiz..bukan warna encik..”
Pulak!..Rayyan ikut saja.
“Nak leher cekak musang atau teluk belanga?”
“Err..saya tak suka cekak musang..panas!”
“Okey..ini ada pilihan yang boleh awak tengok..cubalah” wanita itu menunjukkan koleksi baju Melayu Johor yang tergantung kemas dan rapi.Rayyan membelek satu persatu.
“Abang!!” panggil Valqis..
“Apa dia?”
“Sini kejap..tengoklah ni…cantik!”
Rayyan menghampiri Valqis.Adik aku ni nak beli baju lagi ke? aku rasa baju yang dia beli dah boleh penuh satu kereta!
“Tengoklah..cantik kan?”
Valqis sedang memegang baju Melayu Johor yang berwarna merah jambu.Kainnya juga lembut dan coraknya tidak keterlaluan.
“Cantik…tapi…pink! tak berapa sukalah…macam lawak aja!”
“Cantiklah!”
“Orang perempuan memanglah suka pink!
“Apa salahnya warna ni…sekali sekala cubalah semua warna..balik-balik biru atau hitam..macam takde warna lain!”
“Suka yang itu ke?” tanya wanita tadi.Rayyan tak kata apa.
“Sebenarnya baju ni saya jahit sepasang dengan baju kurung.Kainnya saya beli dari Kahsmir..Rayyan sekadar mendengar.Dari Kashmir ke dari orang Kashmir?
“mana baju kurungnya?” tanya Valqis pula.
“Dah dibeli tadi..tapi pasangan dia tu tak nak baju Melayu ni..mulanya saya tak nak jual sebab dia nak baju kurung aja kan..tapi perempuan tu suka sangat sampaikan kekasih dia tu sanggup bayar harga mahal..jadi,sayapun jual ajalah..”
“Kalau kami nak beli yang ni..harganya mahal jugak ke?” tanya Valqis.
“Eh..takdelah..harga asal..tapi baju ni berpasangan..saja saya buat untuk pasangan suami isteri atau kekasih tapi dah terpisah pulak.Kalau Encik nak beli…jangan ada jodoh dengan perempuan tadi..sudahlah! merana pulak boyfriend dia..”wanita itu mengusik.
“Ish…merepeklah! macam tak masuk akal aja”
“Orang kata kalau dah jodoh..sorang utara..sorang selatan boleh bertemu tau..”
“cantik ke kak perempuan yang beli baju kurung tu..”tanya Valqis sambil ketawa kecil.
“Memang cantiklah..”
“Iya? tak nak ke Abang?”
“Okey..saya beli tapi bukan sebab perempuan tu cantik okey.Sebab saya suka baju ni..dan adik saya ni suruh saya cuba warna pink ni..”
“Okey apa pink..tak semestinya untuk perempuan..” sampuk wanita itu.
Rayyan tak kata apa.Alah..nak suruh aku beli cakap ajalah..Autalah akak ni!
“Tak nak cuba dulu?”
“Tak payahlah..kalau tak padan saya hantar balik..boleh tukarkan?”
“Boleh…”
“Berapa harga?”
hahahha..raya pakai sedondon la jawabnyer..
BalasPadam