“Hari nak hujan ni Wafeen…pergi angkat kain di ampaian cepat!” arah Nek Jah.Angin yang bertiup kuat dari arah sungai menggoyangkan payung hingga terpaksa Valqis memegangnya.
“Kalau hujan,kena bawa semua ni masuk rumah ke nek? tanya Valqis.Dia mengerling awan hitam di langit.Memang nampak macam hari nak hujan.
“Kadang-kadang angin saja kuat..hujannya turun malam..tapi kalau hujan dah menitik nanti..terpaksalah kita masuk ke rumah.Takkanlah kita nak berhujan di gerai ni..orang pun takde nak membeli dalam keadaan hujan Val..” jawab Nek Jah.Walaupun angin kuat masih bertiup.Masih ada juga pelanggan yang datang membeli.
Wafeen sudah mengatur langkah ke ampaian.Dia baru saja mahu mengutip kain batik yang sudah jatuh ke tanah.Namun ada tangan lain yang lebih dulu mengambilnya.
“Biar saya tolong..” Rayyan sudah tercegat di hadapannya.Wafeen tak kata apa.Sekadar angguk dan terus menarik baju-baju kering di ampaian.
“Kaki awak sakit lagi ke? dia bertanya .
“Tak sakit sangatlah tapi lebam masih ada..” jawab Rayyan.Dia membantu Wafeen meletakkan kain kering di dalam bakul.
“Emmm…awak marahkan saya ke?” tanya Rayyan pula.Dahi Wafeen berkerut.
“Kenapa awak tanya macam tu? muka saya nampak marah ke Encik Raiqal…” suara itu walaupun bernada rendah tapi berbaur sindiran.
“Betul la nama saya Raiqal..Rayyan tu pun nama saya juga..”
“Saya ada kata salah ke?”
“Saya Cuma tak nak awak salah faham..manalah tahu kalau awak fikir saya ni penipu ke..”
“Kenapa pulak saya nak fikir awak macam tu..awak dah tolong pulangkan gelang kaki saya hari tu,takkanlah saya nak fikir orang yang jujur tu penipu…kan?” Wafeen mengangkat raga berisi kain kering.Rayyan senyum padanya.
“Jadi awak tak marah saya la kan?”
“Bila masa pulak saya marah..”
“Tapi kenapa awak macam tak nak bercakap dengan saya..macam tak suka aja saya tinggal sini..muka awak pun semacam aja..”
“Sebab saya tak sangka..orang yang halau Valqis malam tu rupanya awak…susah saya nak percaya,muka awak nampak baik tapi rupanya garang..” Wafeen masuk ke dalam rumah.
“Saya tak garanglah!!” tegas Rayyan.Wafeen buat tak dengar saja.Rayyan cekak pinggang..aku garang ke? malam tu Cuma tersalah cakap ajalah!
Wafeen muncul semula.Rayyan terus mendapatkannya.
“Saya tak puas hati…”
“Tak puas hati apa pulak?”
“Pasal saya halau Val hari tu,benda tu tak sengaja..awak janganlah pandang serong pada saya sebab perkara kecil macam tu..”
“Kecil awak kata? kalau malam tu jadi apa-apa dengan dia macamana?”
“tapi hakikatnya tak jadi apa-apa kan? awak yang jumpa dia bukan orang jahat..dan kalau tak ditakdirkan awak jumpa dia.takdelah kami dapat tumpang beraya di sini…awak kena faham..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..cuba tengok sekarang ni..kita dapat eratkan hubungan kekeluargaan..kan?”
Wafeen pandang wajah Rayyan yang bersahaja.Semak aku tengok rambut panjang mamat ni..nak aja aku guntingkan!
“okey! ada betulnya apa yang awak cakap tu..lain kali awak jangan buat macam tu lagi..”
“Sumpah makan karipap pusing 40 biji!! saya takkan halau dia lagi..”Rayyan angkat sumpah.
Wafeen ketawa.Ada ke sumpah makan karipap pusing 40 biji? tapi….karipap pusing? dia pandang wajah Rayyan seketika.Bukanlah! mustahil pulak dia ni budak lelaki tu..
“Tak payah nak bersumpah bagai…tepilah! saya nak pergi kat nenek..”Wafeen mengisyaratkan Rayyan yang menghalang laluannya.
“Laman rumah ni luas..takkan depan saya juga awak nak lalu..” Rayyan sengaja mengusik.Dia masih berdiri di hadapan Wafeen.Cute la awak Wafeen…kenapalah dah ada boyfriend…kan bagus kalau awak ni available..tapi kalau dah cantik,ayu macam ni,usahkan buaya..naga pun takkan tunggu lama!
Wafeen menukar aturan langkahnya .Rayyan pula dengan sengaja beralih tempat.Masih juga menghalang laluan Wafeen.
“Jangan main-main boleh tak?’Wafeen cekak pinggang.Rayyan sengeh dengan muka nakal.
“Apa? nak jalan…jalanlah cik Wafeen..takde pun saya larang..”
Wafeen ketap bibir. Gatal jugak abang Valqis ni! kalau nak mengurat aku cakap ajalah..tak payahlah nak guna tektik tak berfaedah macam ni..sorrylah Encik Rayyan Raiqal,kalau nak mengurat..saya dah ada yang punya!
“Kalau awak halang laluan saya lagi..saya beritahu Nek Jah!”
Rayyan buat-buat tak dengar..bila Wafeen bergerak ke kiri untuk mengubah haluan..dia tetap bergerak juga menghalang laluan Wafeen.
“Nenek!!!!!!” jerit Wafeen.Dia tak kira,dia nak mengadu jugak! Rayyan terus berlari ke arah kereta Volkwagen Bug .Dia berpura-pura membelek kereta itu.
“Eh..eh…comelnya kereta ni..warna pink..” tangan Rayyan menggosok permukaan kereta itu.Wafeen senyum.Poyolah mamat ni!
“Tahu takut..kacaulah orang lagi!” katanya pada Rayyan.
“Apa dia Wafeen?” terdengar laungan Nek Jah.
‘Takde apa..ada semut gatal tadi…”
“Semut gatal pun nak mengadu dengan nenek ke?” dapat dia dengar bebelan Nek Jah dari jauh.
“Bukan semut gatal biasa nek…” Wafeen mengerling Rayyan sebelum mendapatkan neneknya.
Rayyan ketawa kecil bila Wafeen sudah pergi. Adoilah! boleh tahan garanglah Wafeen ni…baru nak acah dah mengadu dengan nenek dia..tu belum mengadu dengan boyfriend dia lagi.Silap-silap lebam pulak kat mata aku ni..aku pun satu hal! yang aku rajin nak usik dia tu kenapa? sebab apa lagi…sebab dia comel la!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Allahumma laka sumna wa bika amanna wa ala rizqika aftorna birahmatika ya arhama rahimin…”
Rayyan membacakan doa berbuka puasa.Sebaik saja doa selesai diaminkan dia terus mencapai segelas minuman soya dan diminumnya sampai habis.
“Abang!..kalau iya pun minum tu perlahanlah,ini minum sampai satu nafas dah habis..gelojohlah Abang ni..”tegur Valqis.Rayyan buat muka tak tau aja.Dia memandang hidangan di atas meja.
“Nek..mana karipap pusingnya? tak ada pun? takkan nenek dah jual semua?”
“Ada…nenek tak lupa..Wafeen,kenapa tak hidangkan karipap pusing Rayyan ni? tadi kan nenek dah suruh kau keluarkan dari almari tu?”
“Lupalah nek..kejap,Wafeen ambil..”Wafeen pandang Rayyan yang sudah tayang muka cemberut.Hantu karipap kea pa dia ni? makanlah dulu kuih lain yang ada tu..tak pun nasi ke..bubur ke..ini tak.Karipap pusing jugak yang dia cari..kalau tak makan boleh berpusing agaknya otak dia tu..
Wafeen meletakkan pinggan berisi karipap pusing betul-betul di depan Rayyan.
“Ini dia karipap awak..makanlah..”
“ini aja?” tanya Rayyan.Lebih kurang ada 10 biji karipap pusing dalam pinggan itu.
“Dah tu? nak banyak mana?”Wafeen terkejut.Uiks..takkan 10 biji tak cukup.Dia pandang wajah yang tak puas hati itu.Dah macam SI Pekan dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup pun ada..jangan dia hentak kaki atas lantai sudahlah..
“Banyak ni mana cukup..balik tarawikh nanti saya nak makan lagi..”Rayyan bercakap sambil mengunyah karipap.
“Abang ni..cukuplah untuk abang sorang aja..kan? kitorang ni bukan hantu karipap pusing macam abang..banyak lagi kuih lain ni hah” Valqis ketawa.
“Esok nenek simpanlah lebih untuk kau ya Rayyan? manalah nenek tahu tak cukup banyak tu..”
Rayyan sengeh.
“Kalau boleh nak yang panas-panas nek..barulah best..ini dah sejuk,tak berapa nak rangup”
“Iyalah..esok,biar Wafeen gorengkan sebelum berbuka..”
“nenek memang bestlah..”Rayyan angkat kening pada Wafeen.
Wafeen yang baru menyua sesuap nasi pandang Rayyan yang menyengeh.Tak pasal-pasal aku pulak yang kena goreng karipap tu..iieeeee…dalam bulan puasa ni kenapalah hantu karipap ni yang tak kena rantai! kalau nak makan sikit takpe..ini nak makan banyak karipap tuh..macam ni kena minta bayar nih!.
hahahha,,wafeen x tau, ni la hantu karipap zmn sek die..
BalasPadam