Follower Setia SYK

Khamis, 17 Februari 2011

Suami yang Kubenci 9

Hannah sekadar memerhatikan sahaja pemuda yang memakai sut lengkap yang berdiri di hadapan layar lebar itu.Bilik mesyuarat hanya kedengaran suara lantang arkitek senior yang tekun membuat perbentangan.
Melihat tak semestinya mendengar..dan mendengar tak semestinya faham..apatah lagi bila fikiran jauh melayang..
Hannah sebenarnya tidak langsung memberi tumpuan pada perbentangan yang sedang berlangsung.Dia sedang memikirkan kemusykilan yang bermain di fikirannya..tentang Uwais Ukasyah. Kenapa aku asyik teringat kat dia aja? dalam banyak-banyak perkara yang aku kena ingat,apasal penjual burger tu juga yang aku asyik fikir? pelik ni…ntah-ntah, aku dah kena guna-guna kut? ish…takkan kut, mengarut aja semua tu..takkanlah dia nak buat macam tu?
Dah tu, langsung tak nak bercakap dengan aku tu apa kes? marah sangatlah konon pasal malam kat rumah Tuk Ayah tu..Eleh,aku yang tak suka kat dia ni pun kira baik apa masih jugak nak bertegur sapa..walaupun asyik bergaduh aja dengan dia,okeylah tu daripada tak bercakap langsung..ini tak, tiga hari tak bercakap..nampak aku pun buat-buat tak nampak aja? tak rindu ke nak bertengkar dengan aku ya? apa dia ingat aku kisah sangat ke dia buat macam tu? takpe..aku nak tengok,sampai bila dia nak puasa bercakap dengan aku..ingat aku ni apa? tugu negara? tiang bendera?
“Puan Hannah? are you okey?” suara garau kedengaran.Mematikan lamunannya.
“Yup? Oh,dah habis ya?” Dia terus membetulkan kedudukannya.Danial angguk.
“Dah puan..sebab tu saya tanya ,apa pendapat puan dengan pembentangan proposal saya tadi?
Alahai…dia ada tanya ke? aku nak jawab apa ya? aku bukan dengar pun..
“Emm..saya belum boleh buat apa-apa komen atau persetujuan lagi dengan proposal awak ni..”
“Tapi puan,kan tadi saya dah…”
“Kan saya dah cakap,saya belum boleh buat keputusan sekarang..lagipun,saya kena teliti dulu proposal awak ni..nanti hantarkan hard copynya ke meja saya ya?”
“Kalau macam tu,apa gunanya saya buat presentation ni puan kalau puan masih tak boleh putuskan apa-apa..” Danial kelihatan kecewa.Kalau boleh,dia mengharapkan proposalnya akan tersenarai dalam salah satu projek mega syarikat itu.
“Hey! sekarang ni,awak atau saya CEO di syarikat ni? Saya habiskan masa saya untuk duduk dalam bilik mesyuarat ni pun dah cukup baik tau? awak patut fikir,di sini saya ada 20 orang arkitek senior yang lebih bagus dari awak…kalau awak terpilih untuk buat presentation di depan saya..itu tak bermakna awak boleh tunjuk pandai dengan saya ya? dah bagi muka nak tunjuk belang pulak..” Hannah segera bangun dan mengisyaratkan Aisyah ,setiausahanya membawa semua dokumen ke biliknya.Suasana bilik sunyi sepi,tiada siapa yang berani buka mulut.Masing-masing hanya mampu memandang simpati pada Daniel yang baru sahaja dimarahi.


Hannah masuk ke biliknya dengan wajah serius.Aisyah mengekorinya dari belakang.
“Aisyah,saya dah takde apa-apa appointment kan?”
“Takde puan..Cuma ada beberapa cek yang perlu puan tandatangan..Pagi tadi,sebelum Puan pergi site Puan Maira ada tinggalkan beberapa keping cek yang perlukan tandatangan puan..”
“Esok sajalah…saya nak balik ”
“Puan tak sihat ke?”
“Takdelah..” Hannah geleng.Dia mencapai beg tangannya.Kemudian terus keluar dari bilik.
Hannah memandu dalam kelajuan sederhana.Dia berkira-kira untuk singgah di East Coast Mall sebelum pulang ke rumah.Dia masih ada beberapa tempahan pakaian yang belum diambil dari butik.Entah apa silapnya,sesampai sahaja di kawasan China Town, keretanya sedikit bergegar.Dia memberhentikan kenderaan di petak parkir.Rupanya,tayar keretanya pancit!
“Dekat sini jugak kau nak buat hal? nama aja kereta mahal..” Hannah mencekak pinggang.Apa aku nak buat ni? bawa kereta aku tahulah..tapi kalau bab tukar tayar ni memang takde orang lain,mekanik ajalah yang boleh settle.
Mekanik mana pulak yang aku nak panggil? bukan aku ada contack pun..Seingatnya,inilah kali pertama kereta itu pancit tayarnya.Entah benda apalah yang dilanyaknye sampai hilang semua angin dalam tayar itu.
Hannah terpaksa menebalkan muka bila ada mata yang memandang.Bukan nak tolong pun diorang ni..Dia memandang sekeliling.Kalau tak salah, gerai burger Uwais bukan jauh sangat dari kawasan itu.Dia memutuskan untuk membuat panggilan ke talian suaminya itu.
“Assalamualaikum..” Suara Uwais kedengaran.
“Ehem..Walaikumussalam…” Hannah berdehem seketika.lega bila Uwais jawab panggilan.Apasal aku rasa berdebar aja ni? sebab aku dah 3 hari tak bercakap dengan dia kut..
“Hah..ada apa apa awak call saya ni?” sungguh tidak mesra suara Uwais ketika itu.Geram pula hatinya,ingat aku nak sangat ke call kau?
“Awak kat mana?”
“Kat tempat kerja sayalah…”
“Gerai burger tu ya?”
“Iyalah..takkan kat menara KLCC pulak..”
“Emmm…sebenarnya..saya..” berat betul mulutnya nak minta tolong.Kalau dengan orang lain aku boleh terima tapi dengan dia ni apasal susah sangat ya?
“Sebenarnya apa? cepatlah! saya ramai pelanggan yang tunggu ni..awak lainlah,duduk kat tempat ada aircond,buka aja mulut arah itu ini..semua pekerja awak boleh uruskan..
Hannah ketap bibir.Ai? sempat pulak dia bebelkan aku ya?
“Macam ni,errr..kereta saya..”
“Hah? kenapa dengan kereta mahal dan cantik awak tu? takkan kena tarik kut..”
“Awak dengar dulu boleh tak? dah la saya tengah berdiri kat tempat panas ni.. jangan awak pulak nak panaskan hati saya ni..”
“Okeylah Hannahku sayang…ada masalah apa dengan kereta awak? Suara Uwais kedengaran lembut. Hannah tersenyum.Hah..kalau macam ni kan bagus..tapi, apasal pulak aku suka ni? siap senyum pulak lagi..nasib baik dia tak nampak..
“Tayar kereta saya pancit…” beritahu Hannah.
“Dah tu kenapa? kalau pancit tukar ajalah!”
“Awak ni kan,kalau saya boleh tukar sendiri takdelah saya nak call awak mintak tolong” Hannah tak sedar yang dia sudah terlepas cakap juga akhirnya.
“O… nak mintak tolong ya? ish…ish…ish…kesiannya, dah takde duit nak mintak khidmat mekanik ke?” perli Uwais.
“Awak nak tolong ke tak? banyak cakaplah awak ni..”
“Tak nak!!..awak buatlah sendiri..saya busy!”
Tut..tut…tu..
Talian dimatikan.
“Hallo..Uwais?? Hallo!!”
Hannah melepaskan nafas berat.Kenapalah aku dapat suami macam ni? langsung tak prihatin! rungutnya.Langsung dia tak sedar yang selama ini dialah yang tidak pernah memperdulikan Uwais.Dia tidak melihat mahupun memikirkan hidup sebagai suami isteri bukan sekadar satu perkongsian tetapi juga saling memerlukan.Pendek kata…bahagianya sebuah rumahtanga bukanlah kerana material semata-mata.

++++++++++++++++++++++++++

Uwais melihat jam di dinding. Sudah hampir pukul 7 malam.Hannah masih belum pulang.Dia mula dipagut rasa risau. Menyesal pula kerana bertindak tidak memperdulikan Hannah siang tadi.Dia sendiri arif dengan perangai Hannah yang tidak pernah meminta darinya.Kenapa petang tadi bila Hannah memerlukannya dia tegar tidak mempedulikan kesusahan Hannah? Suami jenis apa aku ni? kalau jadi apa-apa kat dia macamana? kalau ada orang nak ambil kesempatan ?
Kerisauan Uwais hilang bila Audi A4 muncul di perkarangan rumah mewah yang dihadiahkan Tan Sri Idris kepada mereka berdua itu.Uwais segera keluar.Derapan kasut Hannah kedengaran.Mereka bertembung di muka pintu.
“Hannah..saya minta maaf..”
“Tepilah! saya penat ni..saya takde hati nak bertengkar dengan awak”
“Hannah…”Uwais terdorong sedikit ke belakang bila Hannah menolaknya.Kasihan pula dia lihat Hannah yang kelihatan penat.Entah siapalah yang tolong tukarkan tayar keretanya.
“Saya minta maaf..saya ingatkan..”
“Ingat apa? “ Hannah mematikan langkahnya yang sudah di anak tangga.
“Saya cuma nak bergurau aja..tak,saya nak balas balik apa yang dah awak buat pada saya..saya Cuma nak awak rasa..macamana bila awak perlukan seseorang tapi awak tak dipedulikan..” Uwais berterus terang.Dia tahu dia tidak sepatutnya mengambil mudah perkara itu.Kerana dia terlalu marah dengan sikap Hannah beberapa hari lalu.Sikap pura-pura Hannah di depan ibunya, dan semua penghinaan yang akhirnya buat dia hilang sabar dan makan hati..hasilnya,dia mengambil peluang petang tadi untuk menyakitkan hati isterinya itu.Nampaknya,dia perlu lebih banyak bersabar kalau tidak,inilah padahnya..makin bertambahlah benci Hannah padanya.
“Nak balas dendamlah?” Hannah mencekak pinggang.
“Bukan…saya tak berdendam pun Hannah..” sangkal Uwais.
“Tak payah nak tunjuk baik okey..kesilapan saya hari ni sebab saya dah minta tolong dengan orang yang tak berguna macam awak..dan untuk pengetahuan awak..bukan awak aja yang wujud dalam dunia ni yang boleh berikan bantuan..” Hannah terus naik ke bilik.Sungguh dia tak pernah rasa menyesal seperti apa yang dia rasakan hari itu.Perasaan suka yang mula berputik dalam hatinya serta merta hilang dek kerana bencinya dia dengan perbuatan Uwais petang tadi.Mahu tak mahu dia terpaksa meminta bantuan Maira untuk menghubungi khidmat bantuan mekanik.Dia kecewa sebenarnya.Kalaulah Uwais datang…tapi dia tak pernah silap..lelaki tu memang tak berguna..Uwais memang layak dibenci!
Uwais menghela nafas berat.Satu lagi perkara yang telah memburukkan lagi hubungan mereka.Dia tersilap langkah kali ini.Kerasnya hati Hannah tak mampu dibentuk dengan mudah.Sepatutnya dia datang membantu Hannah petang tadi..itulah yang sepatutnya. Dan sekarang? peluang apa lagi yang dia ada? masa yang berlalu mustahil untuk diputar balik..dia mengharapkan,ada lagi peluang untuk dia buktikan..yang dia bukan seperti disangka Hannah..dia memang tak berduit tapi dia mampu membuat Hannah rasa lebih selamat di sisinya.Dia bukan lelaki tidak berguna!

6 ulasan:

  1. citer ni best...tp boleh x kalau warna tulisan tu gelapkan n besarkan skit coz susah sgt nk baca...tq

    BalasPadam
  2. ok nnti sy ubah klu ade mase yek? tp wat mase skang sy x smpat nih..tq la sudi gak bace walaupun susah...sian kat awak..

    BalasPadam
  3. Mekanik mana pulak yang aku nak panggil? bukan aku ada contack

    errata: contack -> contact

    BalasPadam
  4. crita yg pling best!! sgt2 tidak membosankn..truskn~ best!

    BalasPadam
  5. adeh kenapa la uwais tu tersilap langkah.. cuba byng kan klo dia sentiassa bersabar..grenti la hannah menyesal lyn dia teruk kan.

    BalasPadam
  6. urm..kan ke errata tu sebenarnya plural form of erratum? salah just satu je la aizan. hehehe

    BalasPadam