Follower Setia SYK

Rabu, 16 Februari 2011

Suami yang Kubenci 8

“Assalamualaikum…Mak!”
Sarimah yang sedang menjerang air di atas dapur bergegas membuka pintu dapur bila mendengar suara memberi salam di luar rumah.
“Uwais? apa hal pagi-pagi lagi dah terjengul kat sini?”
“Dari surau tadi mak..malam tadi Uwais tidur di rumah Tuk Ayah..” beritahu Uwais.Dia tidak mahu berterus terang yang sebenarnya dia tidur di pondok semasa menunggu buah durian gugur.
“Dari surau? tapi..dari mana pulak kau dapat buah durian ni?”
“Err..malam tadi,Uwais ikut abang Din pergi tunggu buah durian gugur mak..”
“Pulak? ada-ada ajalah kau ni…hah,tu nak ke mana?” Sarimah bertanya bila melihat Uwais bergegas meninggalkan ruang dapur.
“Salin baju mak..”
Uwais masuk ke biliknya.Selepas menyalin pakaian dia ke dapur semula.
“Adik mana mak? tidur lagi?” Uwais membantu maknya menggoreng cekodok pisang.
“Hmmm..lepas subuh tadi tidur balik agaknya,biasalah…Anis tu pukul 2 pagi baru tidur..study sampai ke pagi..tau ajalah,STPM tinggal berapa bulan aja lagi..”
“Mak tak ke pasar ke pagi ni? biar Uwais hantarkan…” Kebiasaanya setiap Ahad,ibunya akan ke pasar membeli barangan basah.
“Nak juga..eloklah kau datang ke mari..mak pun terfikir nak telefon kau tadi…ni,yang kau datang sorang aja kenapa? menantu mak mana? takkan tak sudi menjengah ke teratak buruk mak ni…” Uwais menarik nafas.Apa yang patut dia jawab.Maknya dah mula menyindir.Bukan sekali dua maknya bertanyakan Hannah..tapi dia selalu saja berat hati untuk mengajak Hannah ke rumah itu.Entah Hannah mahu atau tidak..sedangkan dia selalu dihina inikan pula tempat tinggalnya yang sememangnya hanya sebuah rumah papan separuh batu.
“Dia tak berapa sihat mak…”jawapan itu terkeluar.
“Tak sihat? hai…dah berisi ke?” Sarimah mengerut dahi.Pelik? kahwin baru dua minggu dah mengandung? ish..ntah-ntah anak aku ni “Pak Sanggup” tak? sebab itulah beriya sangat Tan Sri Idris tu nak kahwinkan cucu dia dengan anak aku yang Cuma jual burger ni? Dari awal lagi dia curiga dengan kesungguhan Tan Sri itu..apatah lagi bila mengatakan cara itu saja yang akan membalas segala budi baiknya melangsaikan hutang pinjaman pelajaran anaknya dan juga hutang lintah darat..
“Ke situ pulak mak ni…berisi apanya mak..kami kahwin baru 2 minggu..lagipun,Hannah belum bersedia lagi mak..” Uwais segera mereka alasan..mustahil Hannah akan mengandung kalau mereka tidur berlainan bilik.Lagipun,usahkan nak pegang..nak duduk dalam satu kereta pun bertekak sampai nak hilang suara..dia teringatkan kata-kata Hannah malam tadi..
“ieee..saya tak ingin nak tidur satu katil dengan awaklah..” Uwais rasa sedih memikirkan rumahtangganya yang tidak seperti orang lain itu.
“Tak bersedia? ewah..muda sangat ke dia tu sampai tak bersedia? dah nak masuk 25 tahun.Elok sangatlah kalau jadi mak orang…kenapa? sibuk sangat dengan jawatan dia tu..apa ke namanya? CAO? huh..”
“CEO lah mak…”Uwais sempat ketawa.
“Whateverlah! sama aja bunyinya..”
“Uisk..mak dah pandai cakap omputih erk? sejak dapat menantu dari UK ni,dah maju ye?”Usik Uwais.
“Ada la sikit…”Kerling Sarimah.Dia tersenyum.
“Assalamualaikum…Mak Mah..” tiba-tiba ada suara memberi salam di luar rumah.Ketika itu cahaya fajar sudah kelihatan.
“Siapa pulak tu,kau pergi tengok Uwais.
Segera Uwais ke pintu dapur.Dia senyum bila susuk seorang gadis bertudung yang berbaju kurung berdiri di muka pintu.
“Oh..Cikgu Batrisya rupanya..nak jumpa mak ya? masuklah..” pelawa Uwais.
“Takpelah abang,Sya Cuma nak hantar baju yang Mak Mah tempah ni..dah siap jahit.Sya nak cepat ni,nak pergi pasar..”
“Pergi sorang aja?”
“Ha’ah..mak dengan ayah pergi dusun kutip buah durian..”
“La..Sya rupanya,apasal tak ajak masuk Uwais? mari masuk Sya?” Sarimah muncul di sebelah Uwais.
“Dah mak..dia yang jual mahal” Uwais sengaja mengusik.Memang dari dulu lagi dia suka mengusik guru muda itu.Sebenarnya,dari dulu lagi maknya memang berkenan dengan Batrisya untuk dijadikan menantu tapi mungkin dah takde jodoh..dia pun tak tahu apa perasaan cikgu itu padanya..
“Mana ada,pandai aja abang Uwais ni..Mak Mah,Sya nak hantar baju ni hah..nak cepat ni,nak pergi pasar..”
“Dah siap jahit ya? Kalau iyapun,masuklah dulu…kita sarapan sama-sama..lepas tu boleh kita pergi ke pasar tu bersama..kami ni pun nak ke sana..”
“Sya drive sendiri Mak Mah..”
“Iyalah..tak sudi naik kereta buruk Uwais la tu mak..” Uwais tayang muka cemberut.
“Apalah abang Uwais ni..Sya suka apa kereta tu,comel..macam kereta Mr.Bean..nasib baiklah tuannya handsome” sempat pula Batrisya membalas usikan nakalnya.
“Sudah,tak payahlah kau nak mengusik dia Uwais..bukan main lagi kau usik anak dara orang pagi-pagi ni ya? nampak dek isteri kau baru tahu langit tinggi rendah..” Sarimah sudah menarik lengan Batrisya.
“Alamak..Sya lupalah,abang Uwais dah kahwin…” Batrisya menutup mulutnya.Macamana aku boleh lupa ?
“Eh..memanglah,tapi abang ada tiga kuota lagi tau..” Uwais sengeh.Dapat isteri garang macam Hannah,entah macamanalah dia nak bahagia…dah nasib aku agaknya..
“Iee..gatal!!” Batrisya masuk juga ke dalam rumah tapi dia tak nampak pula isteri lelaki itu.Bertuahlah perempuan tu dapat bersuamikan abang Uwais yang handsome dan baik hati pulak tu..kenapalah dia tak pinang aku dulu? nak buat macamana..takde jodohlah tu..maklumlah,isteri dia lagi cantik..kaya pulak tu.


________________________________________________


“Morning guys…” sapa Hannah sebaik saja dia turun untuk bersarapan.Tapi dia masih tak nampak kelibat Uwais sedangkan adiknya Putera Baihaqi sedang menikmati sarapannya.
“Morning Along…”jawab Mastura yang sedang menyapu jem pada roti.
“Putera..bila balik? bukan malam tadi pergi dusun ke?”
“Dah balik subuh tadi lagi..”jawab Putera acuh tak acuh.
“Oh..err,tapi Along tak nampak abang Uwais pun? Putera tak balik dengan dia ya?”
“Balik dengan dialah…itulah Along,bangun lewatlah tu sampai suami pergi solat kat Surau pun tak tahu…”
“Ewah…suka-suka kau aja cakap Along macam tu ya?” Hannah mencubit pipi Putera.Sekarang baru dia tahu,rupanya Uwais solat di surau..mungkin singgah di rumah ibu mertuanya barangkali.
“Tuk Ayah mana? tak turun lagi? Hannah menarik kerusi.Dia memandang hidangan di atas meja.Inilah yang dia malas nak balik ke rumah itu..apa tidaknya,kalau sarapan aja mesti nasi lemak..tak pun..mee goreng..roti..buah-buahan seperti strawberry,kiwi atau epal langsung tiada..
“Tuk Ayah dah keluar..biasalah,pergi jogging..lagipun hari ni kan kita dah planning nak memancing” jawab Putera yang sudah selesai sarapan.Dia mahu menyiapkan beberapa kerja sekolah yang diamanahkan gurunya.
“Mak Awa, salad buah-buahan saya mana? Mak Awa tahu kan,saya tak makan makanan berat macam ni waktu pagi..nanti rosaklah diet saya…” keluh Hannah.Mak Awa,pembantu rumah yang sudah bertahun berkhidmat dengan Tuk Ayahnya itu bergegas datang dari dapur.
“Maaflah Hannah..buah-buahan semua dah habis..buah durian adalah..”
“Ish..ada ke Mak Awa nak suruh saya makan buah scary tu? untuk sarapan pulak tu..takpelah,nanti kita pergi pasaraya..”
“Alah Along ni..Mas ni hari-hari makan nasi lemak..tak gemuk pun? tetap maintain aja..”
“Mas lain..as a student..banyak aktiviti di sekolah..Along ni lain,kerja sampai malam..menghadap computer..meeting..tu semua kan duduk aja? mana ada masa nak riadah atau pergi gim..kalau Along tak control diet..habislah!”
“Along kan dah memang cantik..lagipun,bukan Along tak kahwin lagi..dah dapat suami handsome pun..buat apa nak risau sangat?” Mastura menghulurkan sekeping roti pada Hannah.Diambil juga huluran adiknya itu.Kemudian dia menuang susu Anlene ke dalam mug.Kenapalah Mastura sibuk nak kaitkan Uwais dengan dietnya? langsung takde kena mengena..Handsome tapi jual burger buat apa? isteri seorang CEO tapi suami? penjual burger….ibarat buah epal diletakkan di sebelah buah durian..kan tak sesuai tu?
Tapi pagi tadi? ya…dia teringatkan peristiwa pagi tadi..sebelum dia tersedar dari tidur.Itulah tidurnya yang paling lena selepas kemalangan ngeri yang meragut nyawa kedua ibubapanya..tidurnya yang sentiasa dalam terang kerana dia takut pada kegelapan..dia bermimpi,tapi bukan mimpi biasa yang dia alami..biasanya dia akan mimpikan arwah mama dan papa..dia akan mengigau dan bangun dalam keadaan berpeluh.Malam tadi..dia lena dan dia mimpi sesuatu yang dia tak pernah inginkan dalam alam nyatanya..dia berjalan berpegangan tangan dengan Uwais di satu kawasan padang yang hijau..dipenuhi taman-taman bunga dan pokok-pokok rending..Yang peliknya,dia nampak gembira dan mesra dengan lelaki tu..hinggalah bila Uwais mengucup dahinya..dia rasa tersentuh..dia rasa selamat..dia rasa satu perasaan yang dia tak pernah rasa sebelum ni..rasa memerlukan Uwais dalam hidupnya..dan bila dia terjaga..dia masih dapat rasakan kehangatan ciuman itu di dahinya tapi tiada sesiapapun di bilik itu..hanya dia sendirian..ternyata dia hanya bermimpi..Dia tak sukakan perasaan tu…Benci! benci!benci! kenapa boleh mimpi macam tu pulak?? bye the way ..nasib baik mimpi aja..tak rela aku kena cium dengan Si Penjual Burger tu..Never!

__________________________________________________________________________________

“Perlu ke kita singgah kat sini Mak Awa?” Hannah bertanya sebaik sahaja dia memakirkan kereta Mercedez Benz di hadapan pasar Tani yang terletak berhampiran Stadium Darul Makmur.Mak Awa meminta dia singgah di situ sebelum pergi ke pasaraya untuk membeli beberapa keperluan.
“Mestilah..Mak Awa nak kena beli ayam,daging,ikan..kalau tak,Hannah dengan keluarga nak makan apa nanti? takkan Hannah nak makan ikan di kolam Tan Sri tu?”
“Di pasaraya kan ada?”
“Tak fresh…”
“Okeylah…tapi Mak Awa jangan lama-lama tau..panas dalam kereta ni..” Hannah terpaksa bersetuju.Dia tak dapat bayangkan betapa mualnya kalau terpaksa memakan ikan air tawar itu.
“Eh,marilah kita masuk sama…temankan Mak Awa..Takkan Hannah nak tengok Mak Awa bawa barang-barang berat tu sorang-sorang..biasa tu, Mastura yang tolong..” ajak wanita separuh umur itu.
“Bukan tak nak Mak Awa..tapi,pasar tu busuklah…Hannah geli la tengok tempat basah,hanyir macam tu..lagipun,ramai orang..rimaslah..” Hannah segera menolak.Untuk datang ke tempat itu pun dia separuh rela,inikan pula nak kena masuk dalam pasar tu?
“Bukan lama,sekejap aja…ya? pujuk Mak Awa.Dia memang faham perangai cucu Tan Sri Idris yang seorang ini..memang cerewet dan berbeza sekali dengan adik-adiknya.
“Okey..tapi sekejap aja tau?” Hannah kasihan juga bila memikirkan wanita tua itu bersendirian membeli barang keperluan.
“Iya..” Jawab Mak Awa sambil keluar dari perut kereta.Hannah turut keluar.Mujurlah dia berpakaian santai saja pagi itu.Hanya memakai t-shirt dan jeans serta berkasut snikers.
Dia dan Mak Awa segera masuk ke dalam pasar.Bunyi bising mula kedengaran.Hannah menutup sedikit hidungnya bila bau hanyir darah mula melekat pada hidungnya.Dia sekadar memerhatikan Mak Awa memilih beberapa ekor ketam dan udang.
“Beli ayam cik? seekor 18 ringgit aja..nak potong berapa?” Tiba-tiba dia ditanya oleh seorang pemuda di gerai bersebelahan.Lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya itu mengukir senyum. Hannah buat tak tahu sahaja.Bila masa pulak aku nak beli ayam?
Matanya memandang sekeliling.Ramainya manusia buat dia mula rasa rimas.Nak berjalan pun susah bila lantainya berair dan kotor.
“Jom kita pergi beli ikan kat belah sana?” ajak Mak Awa setelah selesai membayar belian ketam dan udang.Hannah terpaksa ikut juga.Entah berapa kali dia bersigung bahu dengan orang lain.For Got sake,inilah kali terakhir aku masuk tempat macam ni!
“Mak Awa..cepatlah…” rengeknya sambil menarik sedikit baju wanita tua itu.Mak Awa senyum saja.Dia baru saja hendak memilih ikan.Susah betul kalau ke pasar dengan Hannah..kalau Mastura tentu sudah sibuk bertanya itu dan ini..jenis ikan dan sayuran.Hannah pula sebagai isteri sepatutnya belajar cara belian sebegitu,tapi iyalah..dah lama sangat tinggal di negara barat sana.Bau hanyir sebegitu pun sudah tidak boleh ditahan.
“Iya..tinggal nak beli daging dengan ayam saja..lepas tu sayuran kampung..adik-adik Hannah suka semua tu..”
“Whateverlah Mak Awa,yang penting kita cepat dapat barangan tu semua..saya dah rasa nak termuntah bau hanyir kat sini..” Tungkas Hannah.Matanya terpandang seseorang yang dia memang kenal.Berjalan bersama seorang wanita hampir sebaya Mak Awa..tak lain suami yang dibencinya..Uwais Ukasyah dan Ibu Mertuaku? alahai…macamana boleh terserempak kat sini pulak?
Hannah memerhatikan Uwais yang sedang mengambil bakul dari tangan seorang gadis bertudung.Berkerut-kerut dahinya..Hai,rasanya itu bukan Anisah? dah perempuan mana pulak ni? Uwais begitu mesra dengan gadis itu.Bukan main lagi bergelak ketawa,sekali dengan mak mertua aku pulak tu…yang aku ni pulak,apasal rasa semacam aja..takkanlah aku…cemburu? dengan perempuan kampung macam ni? takde sebab aku nak cemburu..nak pulak pasal Uwais..please!!
“Hannah?? kenapa tercegat lagi? Jom kita ke bahagian sayur..” ajak Mak Awa.Dia turut memerhatikan arah yang dipandang gadis itu bila panggilannya tidak bersahut.
“Eh..itukan Uwais? Puan Sarimah pun ada…” Mak Awa terus sahaja mendekati mereka tanpa sempat Hannah nak menghalang.Sebolehnya dia tidak mahu Uwais tahu dia di situ.Malangnya,Mak Awa dah pun menegur ibu mertuanya dan terpaksalah dia memainkan wataknya sebagai menantu terbaik..
“Mak pun ada kat sini?” Hannah tanpa berlengah memeluk Sarimah kejap.Itupun bila ibu mertuanya itu sudah perasan kewujudannya di situ. Uwais hampir tak percaya Hannah boleh datang ke pasar itu? kira hebat jugalah Mak Awa sampai boleh buat isterinya itu “mencemar duli”.
“Hannah..kenapa tak ikut Uwais balik ke rumah? katanya tak sihat? ini kenapa pulak datang ke pasar ni…kan elok berehat aja..” Sarimah merasa terharu bila menantunya itu mencium dan memeluknya tadi.
“Abang tak cakap pun nak pergi rumah mak..lagipun,Hannah cuma penat aja mak.Hmm..abang ni memang suka tinggalkan Hannah sorang-sorang mak..” Hannah spontan memukul perlahan lengan Uwais.Lelaki itu seperti terkejut dengan jawapannya.Apa? ingat aku suka nak panggil kau abang? terpaksa tahu tak?
Uwais berasa begitu kagum dengan lakonan Hannah.Memang sedikit pun tidak kelihatan cacat celanya.Senyuman mesranya bahkan tuturkata bukan main manja lagi…macamlah aku ni suami kesayangah kau kan Hannah?
“Hannah..berbual la dengan mak kamu ni,Mak Awa pergi beli sayur kejap ya?” Mak Awa terus sahaja berlalu.
“Mak nak beli apa? Mak pilih aja..biar Hannah bayarkan..” dia cuba mengambil hati mertuanya itu.
“Ish..mak dah belipun,dah nak balik pun hah..Cuma temankan cikgu Batrisya ni beli sayur..”
“Cikgu Batrisya?”
“Lupa pulak nak kenal..ini Batrisya, anak kawan mak…dia ikut temankan mak ni..”
“Ohh..hai..”Dia bersalaman dengan gadis itu.Dia mengerling Uwais yang sedari tadi hanya diam sahaja.Apahal dengan Uwais ni? dari tadi tak bercakap pun..marah pasal malam tadi kut..
“Mak..jomlah kita balik,lagipun..Sya dah siap beli sayur..” ajak Uwais.Malas dia nak melayan lakonan Hannah yang kononnya begitu mengambil hati ibunya.Kalau dah aku kau benci..mesti mak aku pun kau tak suka kan? detik hatinya.
“Mak balik dulu ya Hannah? nanti kalau senang..datanglah rumah mak..”
“Iyalah mak..” Hannah membalas senyuman wanita itu.Dia rasa sebal pula bila Uwais seperti acuh tak acuh dengannya.Mentanglah ada cikgu tu..ingat aku kisah?
“Balik dulu Hannah…” Batrisya menuruti langkah Uwais yang sudah jauh.Hannah memerhatikan mereka pergi.Gedik pulak aku tengok cikgu tu…yang sibuk mengekor suami aku tu kenapa? Argghh!! apasal aku fikir macam ni? lantak dioranglah…dia betul-betul tak suka dengan perasaan yang dia rasa sekarang…cemburu!

9 ulasan:

  1. besttt, bile hanna nak ade feeling ni??
    uwais pon sama, jgn duk mengalah je, ego hanna tinggi melangit, ajar sikit hanna tu cara layan dan hormat suami, dosa tau hannah,,,

    BalasPadam
  2. hak3...ntah la..tgh duk fikir la ni...bila erk?

    BalasPadam
  3. alulu... hahaa.. bilalah agaknya mereka nak berbaik ni ye... asyik berprasangka aje!!!!

    BalasPadam
  4. biaselah manusia..usnu zon..hahah..tp dont worry la KS..biarlah diorang gaduh2 dulu..kan..sudi2 je la singgah kt sini..:)

    BalasPadam
  5. suka suka..da ada chemistrty nampaknya...turunkan lah ego tu..kamu cuma seorg isteri..besar sgt ke..jawatan CEO tu..nasib di lahirkan keluarga kaya..

    BalasPadam
  6. best plak dorg gaduh2 cmni hehe sweet

    BalasPadam
  7. uish!!!!! geram tol ngn si hannah ni..aish~~~~~~~~~~~~~~hohohoho~~uwais??? comel thp gaban!!!!!

    BalasPadam
  8. cet hannah, macam kat ober-c tu takde ikan. berlagak btul lah.

    BalasPadam
  9. wah .... jaz found this website ... best lah ceritanya ... all this while ...reading this novel@Penulisanu2u.my ... salam from brunei

    BalasPadam