Hannah melihat wajahnya di cermin.Dia mengeluh bila perasankan matanya yang kelihatan sedikit bengkak .Kenapalah dia menangis malam tadi? tapi nak buat macamana..perasaan sedihnya tidak dapat dibendung.Sampai hati Uwais…ikutkan rasa kecewanya semalam memang menyakitkan hatinya sendiri.Kenapa? kenapa? kenapa? kalaulah Uwais tu tahu aku menangis sebab dia malam tadi..jatuhlah airmuka aku..bodohnya kerana semalam dia meletakkan harapan yang Uwais akan datang membantunya.Semuanya sebab perasaan yang mula bertandang sejak di rumah Tuk Ayah tempohari. Bukan mudah untuk dia mengakui semalam dia memang berharap dan nampaknya tujuan Uwais nak balas dendam padanya memang tersangat berjaya dengan cemerlang!
Hannah mencapai botol SK 11 dan disapukan pelembab itu ke wajahnya,dengan bantuan kosmatik dia berjaya menghilangkan kelesuan di wajahnya tadi.Dia tak nak Uwais perasan yang matanya bengkak kerana menangis.Tak mungkin dia akan bagi markah tambahan untuk lelaki itu.Takpe..semalam hari kau Uwais..hari ni..esok,lusa sampai bila-bila..semuanya hari aku!
Dia sudah bersedia untuk ke pejabat hari itu.Pagi Jumaat itu dia rasa kurang berminat untuk ke pejabat.Tapi kalau dia tinggal di rumah pun buat apa? tak kuasa dia nak menghadap muka Uwais yang dah macam burger tu..kalau aku boleh makan..dah lama aku makan!
Hannah menuruni anak tangga.Matanya melilau mencari kelibat Uwais.Mintak-mintak dia takde kat dapur..dia bercadang untuk bersarapan.Kebiasaannya Uwais akan keluar dari biliknya selepas dia pergi kerja.Jarang sekali mereka bertembung pada waktu pagi kerana Uwais selalu berniaga pada waktu malam dan tidur pada sebelah siang.
“Hah..awak dah nak pergi kerja ke?”
Hannah hampir saja terjerit bila bertembung dengan Uwais di anak tangga berhampiran ruang untuk ke dapur.Alahai..macamana awal pulak dia bangun hari ni?
Hannah tak menjawab.Dia menuju ke almari kasutnya.Sesekali matanya mengerling Uwais yang mundar mandir seperti tiada arah tujuan itu.
“Awak tak nak sarapan ke? saya dah siapkan sarapan awak..saya dah potongkan buah-buahan untuk awak Hannah..malam tadikan awak tak makan..err..awak tak lapar ke? Uwais berharap Hannah akan bercakap dengannya.Malam tadi puas diketuk bilik Hannah dengan tujuan memujuknya tapi yang dia dapat Cuma sebiji bantal yang dibaling ke mukanya sebaik saja pintu dibuka dan ungkapan “Get Lost! “
Hannah masih buat tak tahu.Dia sudahpun menyarung kasut.Nak ambil hati aku konon…kalau kau potong semua buah-buahan dalam peti ais tu pun belum tentu aku makan..ingat aku ni burung ke apa nak makan buah aja kerjanya?
“Hannah…”Uwais memanggilnya tapi Hannah terus sahaja keluar dan menghidupkan enjin kereta.Uwais hanya mampu memandang kereta Audi A4 itu berlalu pergi.Macamana lagi dia nak buat,dah direndahkan semua egonya sebagai lelaki malahan tidak sekalipun dia menggunakan kuasanya sebagai suami..tapi Hannah masih juga dengan perangainya.Mujurlah dia bukan lelaki panas baran,kalau tidak..tahulah nasib kau Hannah Mariam.
Telefon rumah berbunyi.Tidak mahu terus melayan perasaan Uwais segera mengangkatnya.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..Uwais ya?”
“Mak…ada apa mak call pagi-pagi ni mak? “Uwais agak cemas.Tidak pernah ibunya itu menelefon seawall pagi begitu kecualilah pada hari Ahad.
“Takdelah, yang kau cemas aja kenapa? mak Cuma nak beritahu yang mak nak ke rumah kau..ambil mak petang ni ya? pasal adik kau pergi ke KL..katanya ikut kem motivasi..mak fikir,daripada mak tinggal sorang aja..lebih baik mak pergi rumah kau..dapatlah mak rapatkan diri dengan menantu mak tu hah..”
“Mak nak datang Bukit Istana ni?”
“Iya…kenapa? tak boleh?”
“Boleh..apa pulak tak boleh mak…petang ni Uwais ambil mak ya?” di fikiran Uwais sudah membayangkan wajah Hannah nanti bila tahu yang mak mertuanya nak datang!
“Jangan tak datang pulak..”
“Iya mak..”
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumussalam..”Uwais meletak gagang. Habislah!!! sekali mak aku nak datanglah pulak..kalau mak aku tahu yang aku dengan Hannah tidur lain bilik macamana? mahunya bergegar rumah ni nanti! Dia tak sanggup membayangkan amukan maknya nanti..Nak pulak kalau buka peti ais yang penuh dengan label pada makanan.Itu semua bukan kerjanya..Hannah yang pandai-pandai letak label pada makanan yang dibelinya.Macamlah aku nak sangat makan makanan dia,konon tak nak termakan makanan yang aku belilah..alasan! Ego tak bertempat! sekarang siapa yang susah?
Uwais kembali mencapat gagang.Dia perlu beritahu Hannah segera.Tapi berkali-kali dicuba Hannah tidak juga mengangkat handsetnya.
“Jawablah Hannah!! nanti aku jugak yang kau salahkan…” omelnya.Akhirnya dia berputus asa..Kemudian dia mendapat idea untuk menghantar mesej sahaja.Dia mengambil Handsetnya di dalam bilik tapi sayangnya… kredit prepaid pulak habis!!!
“Puan…”
“Ada apa Aisyah,kan saya dah cakap..saya tengah sibuk sekarang ni…saya tak nak diganggu..” Hannah memandang Aisyah yang seperti biasa menayangkan muka bersalahnya.Takut kena marahlah tu..
“Hmm..ada apa Aisyah?”
“Di luar ada orang nak jumpa Puan” beritahu Aisyah.
“Kan saya dah cakap..saya tak nak jumpa sesiapa..hari ni saja saya dah hadiri tiga mesyuarat dan melawat 4 tapak projek..boleh tak waktu rehat macam ni,bagi saya lapangkan fikiran saya ni?” Hannah mengeluh,wajahnya nampak sedikit tegang dan kepenatan.Waktu baru menunjukkan pukul 2.30 petang..tinggal setengah jam saja lagi waktu rehat akan tamat.
“Tapi..yang di luar tu suami puan..”
“Siapa?” Hannah yang tadi bersandar pada kerusi empuknya spontan bertanya.
“Suami puan..nak jumpa katanya,ada hal penting..”
Hannah terkaku seketika.Mimpi apa pulak sampai dia datang cari aku kat pejabat ni?
“Suruh dia masuk…” Hannah memberi kebenaran.Sebaik Aisyah pergi dia sempat ke bilik air untuk melihat wajahnya di cermin.
Bila Uwais masuk,Hannah kaget dengan penampilan lelaki itu.Dia datang office aku pakai macam ni..ieee…memang saja nak malukan akulah!
“Hannah..kenapa awak off handset? puas saya call..”
“Saja..sebab saya tak mahu diganggu..”
“Bersusah payah saya cari Wisma ni..nasib baik saya dapat call Maira..”
“Awak nak apa? yang awak datang pakai macam orang nak pergi bernikah ni kenapa? bersongkoknya..nasib baik tak bersamping..dah macam nak berhari raya pun ada..” Hannah menggeleng sambil memerhatikan sosok Uwais dari atas ke bawah.
“Kenapa pulak? kan hari ni hari Jumaat..saya baru balik dari masjid..dah tebiat apa pulak saya nak bernikah lagi..ada isteri macam awak pun dah cukup tersiksa,tak mahunya saya tambah..lainlah kalau dapat yang solehah..” Uwais selamba saja duduk di sofa.
“Elleh…nak dapat yang solehah konon..macamlah awak tu baik sangat..” gumam Hannah.Pasal semalam pun belum berbalas,dah cari topic baru nak bertengkar?
“Penatlah bertengkar dengan awak ..bukan nak hidangkan saya air pun..apa punya servislah syarikat awak ni..” komplen Uwais.Gila besar bilik dia…patutlah berlagak sangat..
“Kalau setakat datang sini nak minum baik tak payah..” Ingatkan nak pujuk aku lagi,baru aja nak terharu dah spoil..geram betul aku dengan dia ni..tengoklah,muka tu macam tak bersalah aja.
“Okeylah..saya tahu awak tak suka saya datang kan? sebenarnya saya nak beritahu..Mak saya nak datang rumah awak..dia nak tinggal sampai hari Ahad”Beritahu Uwais.
Hannah merenung Uwais dengan riak kurang senang.Bukan pasal apa yang diberitahu..kalau Mak mertuanya nak datang,apa yang dihairankan sangat? tapi dia terusik dengan ayat Uwais yang menyebut “rumah awak” bukan rumah kita..sedangkan rumah itu dihadiahkan pada mereka berdua oleh Tuk Ayah.
“Awak dengar tak?”
“Dengar..saya belum pekak..”
“Awak tak risau ke? kan kita tinggal lain bilik..kalau mak saya tahu macamana? nanti silap-silap Tuk Ayah awak boleh tahu tau?”
Bila Uwais beritahu begitu barulah dia sedar.Omg!
“Mak awak nak datang bila?” Hannah mula kalut.
“Petang ni saya nak pergi ambil dia..”
“Macamana ni? saya ada meeting penting petang ni…apasal awak tak beritahu awal-awal? marah Hannah.Dah tu datang pun muka macam tak panic pun..selamba aja..
“Kan saya dah call..awak yang tak nak jawab..” Uwais memerhatikan Hannah yang mula kelihatan cemas.Tahu pun panic..saja je aku nak buat cool..
“Tak boleh jadi..kalau mak awak tahu habislah saya..lagipun,bilik awak tu bilik tetamu..”Hannah mengeluarkan sesuatu dari handbegnya.
“Awak ambil kunci bilik saya ni..awak pindahkan semua pakaian awak tapi dengan syarat…jangan sentuh apa-apa pun barang saya..okey? barang awak letak dalam almari pakaian saya di bahagian kanan..saya rasa muat untuk awak letak semua barang awak tu untuk sementara waktu..”
“Awak pasti ke ni?” Uwais pelik.Tak rasa geli ke pakaian aku nak letak dalam almari dia..
“Buat ajalah..balik cepat,nanti tak sempat..”Hannah menarik tangan Uwais supaya bangun.
“Lagi satu,jangan pandai-pandai nak membelek apa-apa pun barang saya..kalau teralih satu barang pun..siap awak”
Uwais sekadar angguk.Takut sangatlah aku dengan amaran dia tu..
Sebaik saja Uwais pergi Hannah termenung.Betul ke apa aku buat ni? dia dalam bilik aku? tapi…kalau mak dia tahu lagi teruk! takpelah..bukan lama pun,nanti pandai-pandailah aku buat sempadan…jangan dia ambil kesempatan sudah!
tak sabar nak tau bila diorgb berdua kongsi bilik..hehe
BalasPadamhihih..sabar erk..tunggu....
BalasPadami suka..part ni...byk suprise lo...
BalasPadam:-) Bagus gak mak Uwais datang..biar Hanna ni berlakon jadi isteri dan menantu kesayangan.. kalau tak, payahlah nak layan Uwais dgn baik kalau takde org lain di samping mereka...
BalasPadamhohoho tu la lain kali on la hp tu. kan dah kena.
BalasPadam