Follower Setia SYK

Khamis, 10 Mei 2012

Hikayat Cinta Si Pematah Hati 41

Sudah beberapa kali handset yang berbunyi dibiarkan tidak berjawab.Rayyan membuka sedikit matanya sambil menguap beberapa kali.Dia memandang jam di atas meja tepi katil.Sudah pukul 10 pagi rupanya.Lepas solat Subuh tadi dia tidur semula.Terasa begitu mengantuk kerana malam tadi dia tidur lewat.
Handset berbunyi lagi.Rayyan mencapai handset dalam keadaan dia masih berbaring.Dia lihat tertera perkataan “Sayang Abang” pada skrin.Dah agak mesti dia yang call…tadah telingalah jawabnya..
“Assalamualaikum sayang..Selamat Pagi!”Sapa Rayyan.
“Waalaikumussalam Abang sayang…baru bangun tidur ya…” Nada suara Wafeen agak berlainan.Manja jauh sekali,lebih kepada satu sindiran halus…
“Aik? mana sayang tahu? oh..sayang teropong abang erk..” gurau Rayyan.Tawanya meledak.
“Ieee..banyak lagi kerja lain nak buat daripada teropong abang tau..dengar suara pun dah tahu baru bangun tidur..ni mesti terlepas Subuh kan?” suara itu kedengaran agak garang.
“Taklah!..abang solat tadi lepas tu abang tidur balik..” Rayyan menafikan.
“Ya ke…” terdengar pula ketawa Wafeen.Mesti muka dia comel masa ni..
“Tak baik tau buruk sangka, kenalah percaya dengan suami sendiri..”
“Tak malulah abang ni! Belum lagilah… hah,ingat pun nak jadi suami orang kan? lain kali jangan tidur lepas Subuh, tak baik…Feen tak nak suami yang tidur lepas solat”
“Nak buat macamana..dah mengantuk,kenalah tidur kan..malam tadi abang kena siapkan kerja di ofis yang berlambak tu..tu la pasal,lambat sangat nak ada isteri kat sebelah..kalau tak,sure tidur awal punya..” Rayyan mengekek ketawa bila Wafeen terjerit kecil.
“Gatal!! “
“Betul apa..abang dah tak sabar ni nak tunggu ada orang kejutkan pagi-pagi..ada orang buatkan sarapan dan yang paling penting, ada orang nak jaga bila abang sakit kan..kan..”
“Val kan ada..”
“Val lainlah…feel dia tak sama..abang nak orang yang bercakap ni…” Rayyan masih bersemangat mengusik.
“Wahai Rayyanku sayang…”
“Iya Wafeenku sayang..”
“Dua bulan aja lagi..”
“Dua bulan tu macam dua tahunlah…”
“Ayat sebelum kahwin memang sedap didengar….lelaki!”
“Itu lelaki lain..ini Rayyan lah…Apa yang abang cakap,itulah yang abang akan buat” Suara Rayyan meninggi.Betul punya tak puas hati bila Wafeen seperti curiga.
“Okey! saya percaya..saya percaya…Cepatlah bangun! pagi ni kita kena pergi butik..kan nak kena ambil
“Nak bangunlah ni…”
“Kejap lagi Feen datang ambil abang””
“Jangan lupa bawa karipap pusing ya?”
“Hmmm..tak habis-habis dengan karipap dia..”
“Saayang tunang abang…Assalamualaikum”
“Sayang abang jugak..Waalaikumussalam”
Rayyan senyum sorang-sorang.Adoilah! angau aku dibuatnya…2 bulan aja lagi…




Rayyan sudah bersiap dan keluar dari bilik.Dia lihat kereta Valqis tiada di garaj.Biasanya kalau hari minggu Valqis memang selalu keluar,kalau tak pergi gim tentu pergi keluar dengan kawan-kawan di pejabat.Di bandar itu,Valqis bukan ramai kawan selain dari rakan di pejabatnya sahaja.
Baru saja Rayyan nak masuk semula dalam rumah,dia terdengar bunyi hon kereta.Rayyan kerut dahi.Takkan Wafeen sampai cepat sangat? Rayyan melangkah ke arah pagar rumah yang tertutup rapat.Kereta BMW hitam sudah berhenti di hadapan pagar.Daniel? Argghhh!! waktu ni jugak kau nak datang!
“Abang Rayyan…nak keluar ke?” Daniel bertanya sebaik dia keluar dari perut kereta.
“Err..takdelah..masukkan kereta kau tu dulu..”Rayyan segera membuka pintu pagar.Masak aku macam ni! buatnya Wafeen on the way sekarang ni..Bila-bila masa aja Wafeen akan sampai ke rumahnya.
Sementara Daniel memakirkan keretanya,Rayyan segera meraba poket seluar jeansnya.Dia segera membuat panggilan ke handset Wafeen.Lega hatinya bila panggilan itu dijawab.
“Sayang! dah on the way ke?” Rayyan berbicara perlahan.Sesekali memerhatikan Daniel yang masih belum keluar dari kereta.
“Abang ni kenapa? main terjah aja bertanya? tak reti nak bagi salam?”
“Sorry..Assalamualaikum..sayang dah on the way ke?”
“Feen baru aja panaskan kereta..kenapa abang ni,tak sabar nak jumpa Feen erk?” Tawa manja kedengaran.
“Yang tu dah semestinya tapi abang ada benda nak cakap ni..”
“Apa dia..abang ni ada-ada ajalah..”
“Sayang tak payah ambil abang ya?”
“Dah kenapa pulak?”
“Emm..Fitri datang rumah, ada nak bincang pasal kerja..sayang pergi dulu ke butik, nanti abang datang sana ya? kalau sayang dah siap ambil ukuran tapi abang masih belum sampai,sayang pergi kedai ya? kita jumpa kat sana..”
“Okeylah..”
“Bye sayang…”
Rayyan rasa lega.Minta maaf sayang…Rayyan merenung handsetnya.Dia dipagut rasa bersalah kerana menipu lagi.Sampai bila aku nak tipu dia? Hubungan yang bermula dengan penipuan tentu tak berkat.
“Cakap dengan tunang ke?” Daniel muncul di belakang Rayyan.
“Aa? err..haah..”Rayyan pura-pura ketawa.
“Teringin jugak nak kenal tunang abang tu..bila nak kenalkan?”
“Alah..orang biasa aja..” Rayyan member i alasan.
“Takpelah…takkan tak nak kenalkan kut..”
“Dia busy..”
“Orang kampung pun busy ke?”
“Kau ingat apa? orang kampung takde kemajuan ke? Rayyan memberi pandangan tajam.Daniel terkedu sekejap.
“Eh..takdelah..saya cakap aja..” Jawab Daniel.Bergetar jugak dadanya melihat wajah serius Rayyan yang tiba-tiba itu.
“Yang kau ni,bukan hujung minggu depan nak akad nikah ke? apa kes kau datang sini?” Rayyan masuk ke dalam rumah dan diekori Daniel di belakangnya. Menyibuk aja datang sini!
“Macam tak suka saya datang aja..”
“Takdelah..aku pelik aja, dah dekat nak menikah kau merayap ke rumah aku ni..nanti marah pulak mama kau tu..aku takde hal punya!” Bosan aku asyik nak berpura-pura aja depan kau! bukan style akulah! tapi Wafeen punya pasal aku layankan jugak, kalau tak..takdenya aku nak menghadap muka kau macam ni..buat sakit hati aku aja!
“Saya…” Daniel garu kepala.Tak tahu nak cakap macamana.
“Kau ni ada masalah ke?” Rayyan ke dapur dan membuka fridge.Dia mencapai sebotol oren twister dan dihulurkan sebotol pada Daniel.
“Memang pun..”
“masalah apa?”
“Sebenarnya..Saya tak nak bernikah dengan Zarynn..” Beritahunya.Rayyan menutup kuat pintu peti ais.
“Hah? kau dah gila ke apa?” Rayyan rasa nak aja dia tumbuk muka Daniel waktu tu.Macam aku tak tahu kau ada niat lain datang sini kan?
Daniel telan liur bila Rayyan memberi riaksi kurang senangnya.Aku pun satu hal..aku terus terang dengan dia buat apa? silap-silap aku kena bantai dengan dia ni..Argghh!! aku datang sini bukan nak cari gaduh dengan kau Rayyan..aku datang sini nak cari Wafeen! aku rindukan dia…
“Kau tak boleh buat macam ni Daniel…kau ingat Zarynn tu apa? takde perasaan kau nak buat sesuka hati kau? kau ingat, kalau kau tarik diri macam ni…papa boleh maafkan kau? kau nak mama kau tu kena strok ke? fikirlah!” Rayyan mula mengatur buah caturnya.Tak boleh jadi! Saat akhir macam ni,dia dah buat hal balik…
“Tapi Abang Rayyan..kalau saya kahwin dengan Zarynn takde gunanya kalau hati saya pada orang lain…saya cintakan orang lain, ini..abang tengok!” Daniel mengeluarkan walletnya.Bergetar hati Rayyan bila gambar Daniel bersama Wafeen ditunjukkan padanya.Sekarang Daniel dah tunjukkan siapa kekasihnya..perlukah dia juga mengaku yang Wafeen sekarang tunangnya? dia tak sangka terlalu cepat pula semuanya berlaku tanpa dia sempat berfikir!
“Dia cantik kan?..bukan cantik aja tapi dia baik..Cuma saya aja yang salah langkah,semua sebab masalah mama yang nak jodohkan sangat saya dengan Zarynn..” Daniel dah terang-terang menunjukkan gambar Wafeen.Diambil gambar yang dihulur.Lama dia renung gambar Wafeen dan Daniel.Dia tak sukakan ekspresi keduanya dalam gambar tu.Menggigil tangannya menahan perasaan cemburu yang berkobar-kobar.Sedaya upaya menahan diri yang begitu teringin mengoyakkan gambar itu.
Rayyan meraup wajahnya.Macamana aku nak buat sekarang? Daniel memang dah gila! dah tu, gilakan tunang aku pulak tu…Dia tak suka membayangkan,sudah tentu Daniel saban hari melihat gambar Wafeen!
Rayyan tutup Wallet Daniel dan diletakkan di atas meja makan.
“Aku tak nak tahu dengan siapa kau bercinta! Oh..jadi kau nak batalkan perkahwinan kau sebab “orang lain “ yang kau cakap tu? okey…kalau macam tu, kau bersedia untuk hidup merempat tepi jalan sebab aku yakin..papa akan tarik semua kemudahan yang kau ada sekarang…kau nak jadi macam aku dulu ke? kau sanggup makan gaji dengan orang lain? otak kau tu fikir baliklah…sekarang ni,kau dah cukup sempurna..apa lagi yang kau nak? “
“Cinta tak boleh dipaksa…”
“Huh…Cinta tak boleh dipaksa konon…nah! kau ambil handset aku ni,kau call papa dengan mama kau..kau cakap apa yang kau cakap pada aku sekarang…buatlah?” Desak Rayyan.Dihulurkan hansetnya pada Daniel.
Daniel terpaku.Merenung handset Rayyan.Namun begitu, tidak berani diambilnya.
“Kau tak berani kan? nak buat benda macam ni…kena berani tanggung risiko..Kau sanggup? kalau kau tak sanggup,aku nasihatkan kau balik aja sekarang..bukan aku tak bagi kau datang sini tapi sekarang ni kau sepatutnya buat persiapan untuk pernikahan kau yang tinggal berapa hari aja lagi…” Rayyan menepuk perlahan bahu Daniel.
“Tak boleh ke abang bagi saya tinggal sehari dua aja..” Rayu Daniel.Wajahnya nampak kusut.Rayyan cepat-cepat menggeleng.
“Daniel…untuk kebaikan masa depan kau,aku bercakap sebagai seorang abang…Kau dengarlah nasihat aku ni. Jangan ikutkan rasa hati kau ni, nanti kau juga yang rugi…Aku tak nak kau hidup macam aku..kau tak kasihankan mama kau ke? Zarynn tu budak baik..tak berbaloi kau rosakkan semuanya disebabkan cinta kau yang sia-sia tu…
Daniel rasa terharu pula dengan sikap ambil berat yang ditunjukkan Rayyan itu.Lain pula dengan keadaan Rayyan waktu itu.Dia rasa kepalanya sakit nak memikirkan cara untuk dia mengelak dari rahsianya terbongkar.Belum masanya! tinggal 2 bulan lagi aku nak bernikah dengan Wafeen!
“Takpelah bang..saya minta maaf sebab dah buat perkara bodoh macam ni..saya tertekan sekarang ni..nasib baik abang dah sedarkan saya..” Daniel terangguk-angguk.Rayyan rasa agak lega.
“Eloklah kalau kau sedar..lebih baik kau balik KL sekarang,nanti mama kau risau..” Berambuslah kau cepat sikit.Buat sakit kepala aku aja!Nak kena menipu satu hal… kalau Wafeen tahu kau ada kat dalam rumah aku ni..kantoi semua! baru aku nak rasa tenang sikit,kau datang aja buat spoil kan? Apapun tak boleh!
“Hmmm..”Daniel angguk tanda faham.Balik? aku takkan balik selagi tak jumpa Wafeen…manalah tahu kalau aku masih ada harapan pujuk Wafeen kahwin lari..kalau aku tak nak Abang Rayyan tahu,aku mesti tinggal di hotel aja..
Daniel senyum pada Rayyan…tak sangka dia ambil berat juga pasal aku..rasa macam betul-betul ada abang!
Aku betul-betul tak percaya aku boleh cakap sebaik ni dengan kau Daniel..Ada hati nakkan tunang aku! berani dekat dengan Wafeen..aku belasah kau Daniel!




Wafeen menutup pintu kereta.Dia mahu segera masuk ke dalam butik kerana dia pasti dia sudah agak lewat.Sebaik saja dia mahu membuka pintu butik, dia terpandangkan seseorang yang baru keluar dari klinik berhampiran.
“Abang Fitri!!” Panggil Wafeen.Dia segera mendapatkan Fitri yang menyedari panggilannya tadi.
“Wafeen…buat apa kat sini? Sorang aja? Boss mana?” Tanya Fitri.
Wafeen rasa pelik.Kenapa Fitri tanya dia macam tu? Bukankah sepatutnya Fitri ada dengan Rayyan di rumah tunangnya itu? Takkanlah Rayyan menipu aku…ataupun,aku yang salah dengar tadi? dia malas nak fikir.Lebih baik dia tanya semula pada Rayyan nanti…
“Emm..Nak pergi buat tempahan baju pengantin kat butik tu.Abang Rayyan datang sekejap lagi.Nampak tadi Abang Fitri keluar dari klinik.Sakit ke?
“Haah…demam sikit.Malam tadi lagi dah.Itu yang pagi-pagi lagi terus ke klinik ni”
“Oh…Emm..takpelah,Feen masuk butik dululah.Abang Fitri makan ubat ya,banyakkan minum air masak..”
“Iyalah…Jumpa boss nanti,kirim salam kat dia ya?” Pesan Fitri sebelum pergi.Wafeen angguk.Dia masih rasa hairan.Rasanya aku memang tak salah dengar tadi.Abang cakap Fitri yang datang ke rumah dia…




“Kenapa abang tak datang butik? Lama Feen tunggu kat sana, Dah malas tunggu..terus orang datang sini..” Wafeen lihat wajah Rayyan sedikit berpeluh dan wajahnya nampak gelisah.Rayyan sedang bersandar pada kereta Volkswagennya dan seakan memikirkan sesuatu.
“Sorrylah..kan abang dah cakap,abang ada hal kerja…Sayang datang sini buat apa? Kan Abang suruh tunggu di kedai?” suara Rayyan kedengaran lemah sahaja.
Rayyan menarik nafas panjang.Terima Kasih Ya Allah…dia datang waktu Daniel dah pergi..berjaya jugak aku suruh sengal tu berambus balik!
“Tadi kan..saya ada nampak Fitri kat klinik berhampiran butik pengantin,kalau tak salah..bukan abang cakap,Fitri datang rumah ni ke?”
“Hah..Fitri? abang cakap Fitri ke? bukan Fitrilah…Iskandar! biasalah tu,abang kan selalu dengan diorang berdua tu,sampai nama pun bertukar..” Rayyan ketawa sambil menepuk dahi. Dah sampai ke mana kau sekarang Rayyan? sampai bila kau nak tipu dia?
“Patutlah Feen rasa pelik aja…Abang ni muda-muda lagi dah macam orang nyanyuk aja..”
Rayyan hanya mampu tersenyum pahit. Sungguh aku tak sampai hati tapi kalau aku cakap yang betul..aku takut dia tak boleh terima..kalau dia bencikan aku? Kalau dia tinggalkan aku? aku rela kalau satu dunia ni membenci aku tapi bukan dia…Abang tak sanggup sayang!
“Abang?”
“Huh?”
“Kenapa ni? Abang okey ke? macam ada masalah aja?” Wafeen pandang Rayyan.Dia perasankan reaksi Rayyan yang nampak tak gembira saja.
“Takde apalah..jom kita pergi butik balik…ukuran abang belum ambil lagi ni..lagipun lama-lama kat rumah ni berdua kan tak manis orang nampak..nanti orang cakap apa pulak..” Ajak Rayyan.
“Haah kan…nak pulak berdua dengan orang gatal kan..bahaya!” Wafeen sempat berseloroh dan Rayyan ketawa mendengarnya.Hilang semua rasa resahnya tadi.Kalau ditakdirkan sampai masanya dia tahu..apa yang patut aku buat? boleh tak waktu tu sayang maafkan semua dosa-dosa penipuan abang ni?





Rayyan merenung kad jemputan perkahwinan di tangannya. Lama dia memerhatikan nama yang tertera.Akhirnya! apa yang dia mahukan hanya tinggal beberapa hari saja lagi.Ya, pernikahan Daniel dan Zarynn.
Tapi kenapa aku tak rasa gembira? Kenapa aku rasa bersalah pada Daniel…tapi kalau bukan sebab aku pun, dia memang dah tak dapat restu nak bercinta dengan Wafeen…
Rayyan menghela nafas berat.Dia memusingkan kerusi yang didudukinya.Tak sampai hati pula bila memikirkan nasib Zarynn pada masa akan datang.Kalau dia tak bahagia macamana? dia mula makin diasak rasa bersalah.Semuanya bermula bila dia iri hati dengan Daniel..apatah lagi bila dia jatuh cinta dengan Wafeen.Hasrat untuk memiliki itu yang mendorong dia untuk lakukan apa saja hingga sanggup dia terima cadangan Zarynn walaupun dia tahu besar risikonya.
Sekarang macamana? nak mengaku depan Wafeen yang selama ni dia berpakat dengan Zarynn untuk putuskan hubungan Wafeen dengan Danial? tapi sikap penipu Daniel juga membantu meretakkan hubungan mereka kan? bukan salah aku jugak diorang putus kalau Daniel berniat nak madukan Wafeen. Lagipun, belum tentu Datin Ann boleh terima Wafeen jadi menantu dia..
Rayyan Cuma membina kembali keyakinan bahawa bukan dia yang menyebabkan putusnya hubungan Wafeen dan Daniel.Bukan dia seratus peratus puncanya! jadi Wafeen tak boleh salahkan aku jugak kan?
“Assalamualaikum sayang…jauhnya termenung, orang ketuk pintu pun tak dengar erk?”
Rayyan tersentak hingga terjatuh kad perkahwinan di tangannya. Segera dikutip dan diletakkan di atas meja. Dia bangun dan mendekati Wafeen yang baru tiba di pejabatnya tengahari itu.
“Aik? sayang abang dah datang rupanya..tak perasan..”Rayyan mengukir senyum.Dia cuba menghilangkan rasa gusar di hati.
“Dah orang tu jauh sangat fikirannya memanglah tak perasan..entah ingatkan siapa agaknya..”
Wafeen meletakkan mangkuk tingkat di atas meja kopi lalu duduk.Rayyan duduk di sebelahnya.
“Ingatkan siapa lagi..ingatkan tunang abang ni la..tu sampai tak sedar diri tu..macam kena hipnotis..” Rayyan ketawa kecil bila Wafeen mencebir.Kemudian wajah itu direnung lama.Kalau aku terus terang dengan dia macamana? lebih baik aku cakap sekarang daripada dia tahu kemudian hari..aku takut kalau dia bencikan aku sebab tipu dia selama ni..
“Tengok apa? nak makan nasi ke nak makan orang ni..” usik Wafeen.Rayyan ketawa juga dengan usikan itu.
“Masak apa hari ni?”
“Emm..ketam masak lemak cili api..”
“Wow..mesti sedap kan?”

“Abang nak makan nasi dulu ke karipap dulu? tanya Wafeen tapi dia tak dapat jawapan Rayyan.Bila dia menoleh dia lihat Rayyan jauh termenung.Apa kes pulak tunang aku ni…aku ada sebelah ni pun takkan nak berangankan aku kut…
“Abang!..” panggilnya.Sedikit kuat.


“Huh?” Rayyan terkejut lagi.
“Kenapa ni…asyik termenung aja,abang ada masalah ke?”
“Emm..adalah jugak sikit..” Rayyan rasa berdebar pula.Nak cakap ke?
“Masalah apa? cuba cerita..manalah tahu boleh tolong..Feen ni pandai tau..”Wafeen ketawa dan tersenyum comel.
“Err..macam ni..abang kan ada sorang kawan..”Aduh!! apasal aku cakap lain pulak ni…susah rupanya bila nak bercakap benar ni..nak menipu senang pulak!
“Dah tu? Wafeen masih menanti cerita selanjutnya.
“Dia ada adik…tapi dia tak baik dengan adik dia tu..so, masalahnya sekarang dia jatuh cinta dengan kekasih adik dia tu dan dia buat rancangan untuk pisahkan diorang..” Cerita Rayyan.
“Ieeee…Jahatnya kawan abang tu!” Wafeen kerut dahi.Reaksi Wafeen itu buat Rayyan berdebar.Gulp! jahat? Rayyan meraut wajah beberapa kali.Nasib baik aku cakap kawan aku..kalau aku cakap aku orangnya tadi?
“Dia tak jahat…dia buat semua tu sebab cinta..lagipun,adik dia bukan baik sangat pun…”
“Tak jahat apa nak rampas kekasih orang…tak kiralah adik dia tu baik ke jahat ke…pokok pangkalnya, dia dah menganiaya adik dia tu..sebab cinta konon! itu pentingkan diri namanya..Bayangkan kalau diorang tu merancang nak berkahwin, kan dah menghancurkan harapan orang namanya tu”
“Tapi sayang, keluarga dia tak sukakan kekasih dia tu..kalau diorang kahwin mesti menderita perempuan tu…Lagipun,kawan abang tu niatnya ikhlas.Dia nak kahwin dan bahagiakan perempuan tu”
“Dah tu apa bezanya? kata diorang adik beradik..pusing ikut lain pun dapat keluarga tu jugakkan?..takkan kalau nikah dengan Si Abang tu tiba-tiba dapat restu daripada keluarga pulak? soal bahagia ni, bukan kita tahu pun..entah-entah kalau adik dia kahwin dengan perempuan tu hidup mereka bahagia aja…apapun, Feen tak sukalah cara kawan abang tu..sanggup dia buat macam tu kat adik dia? Macam tu ke sikap seorang abang…”
“Adik tirilah!” Rayyan seperti tak puas hati.Tiba-tiba dia meninggikan suaranya.
“Abang pulak nak marah Feen kenapa? pasal orang lain pun abang nak ambil serius.. Feen cuma bagi pendapat aja.. ” Wafeen tarik muka.Merajuk bila kena tengking.
“Abang bukan marah sayang, tak sengaja..Abang lapar sebenarnya..”Rayyan ketap bibir.Tak pasal-pasal aku teremosi pulak tadi.Aduh! macamana ni….aku baru cerita macam tu dia dah tak suka.Kalau dia tahu aku orangnya? Habis!…
“Nak tanya boleh?” Wafeen kembali senyum.
“Tanya apa sayang?” Rayyan mencapai botol minuman.Dia rasa tekaknya sudah kering.Badannya rasa panas dan rimas.
“Sekarang ni macamana hubungan adik kawan abang tu dengan kekasih dia?”
“Dah putus, sekarang ni perempuan tu dah bertunang dengan abang dia..” lambat saja Rayyan menjawab.Dalam hati rasa macam nak tercabut jantung sebab dah tak tahu nak buat apa.
“Tapi kan,apa pulak kena mengena dengan abang sampai nak fikir problem dia?” Wafeen tayang muka pelik.Rayyan kaget.Huh, nampak sangat sayang aku ni tak suka dengan cerita ni!
“Err..dia nak ..dia nak abang bagi pendapat macamana dia nak berterus terang dengan tunang dia pasal hal tu”
“Ish..sampai macam tu? abang pun, takde orang lain ke nak dibuat kawan? dia dah buat khianat dengan adik dia,sekarang dia nak menyusahkan abang pulak? tak payahlah abang fikir pasal masalah orang…kalau Feen jadi perempuan tu,menyesal sebab bertunang dengan lelaki macam tu.. sure putus tunang kalau dapat tahu..nasib baik sayang saya ni baik kan? takdelah perangai busuk hati macam kawan dia tu,kan?..” Wafeen senyum dan menatap wajah Rayyan dengan penuh rasa kasih.

Uhuk!! tersembur sedikit air dari mulut Rayyan bila dia tersedak.Menyesal? nak putus tunang? gilalah! memang tak jadi aku nak mengaku kalau macam ni…
“Abang….kenapa ni, Ya Allah…kan dah kotor baju tu..” Wafeen segera bangun dari sofa untuk mengambil kotak tisu di atas meja Rayyan.
Sewaktu dia menarik kotak tisu,Sekeping kad terjatuh ke lantai.Segera dikutipnya .Matanya tertarik pada kad jemputan perkahwinan yang sungguh cantik dan menarik tu.
“Eh..eh…kad kahwinlah…siapa yang kahwin ni abang?” tanya Wafeen seraya tangannya membuka kad itu.Dia membaca nama yang tertera pada kad itu…
Rayyan yang sedang menanggalkan tali lehernya terkejut.Kad kahwin? Pantas dia berpaling pada Wafeen.Serta merta wajahnya pucat lesi.Kalau ditoreh mukanya mahunya tak berdarah! membulat mata Rayyan bila nampak Wafeen sudah pun mengambil kad di atas meja itu. Ya Allah! macamana aku boleh lupa nak simpan kad tu?






P/S entry ni adalah entry terakhir yg dipos di blog ini.Terima Kasih atas kesudian pembaca yg x jemu menanti entry baru.Manuskrip insyaAllah akan siap dan akan dihantr tuk dinilai.Ada rezeki publishlah HCSPH...Bila? Akan diinfo kemudian. selamat menunggu buku keluar okies...Sekian..^^

E-man Sufi

18 ulasan:

  1. erkssss... jeng jeng jeng!!!
    cekgu saje je kan kasik ending yg suspen... uwaaaaaaaaaa...
    sian rayyan cmna nti kalo da tau ek.. adeyyy!!
    daniel2.. ai xsuka la kat u.. huh! nyampah!!

    BalasPadam
  2. cenggitu la...hahaha...harap rela bersabar...^^

    BalasPadam
  3. Huhuhu...T_T
    Sedihnye dah last entry...
    Kantoi lah pasal kad jemputan tu...
    Plus lagi 1bab lagi x boleh ke sis???
    Tak sabar nak tau apa yang jadi lepas Wafeen baca kad jemputan kahwin Daniel tu...#^_^

    BalasPadam
  4. wah kak x sabar nk tggu buku nie.....apa la reaksi wafeen bila thu nnt....die marah x kat rayyan...argh..penasaran nk tggu...

    BalasPadam
  5. x sabar nk tunggu HCSPH nak dibukukan....tp sedih nie entry terakhir..............

    BalasPadam
  6. semoga HCSPH akan cepat diterbtkan....

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. ala..ini yg xsuka ni. xsuka xsuka xsuka. xsbqnya nk tngu! apa pun u r da best. i follow...

    BalasPadam
  9. ala..ini yg xsuka ni. xsuka xsuka xsuka. xsbqnya nk tngu! apa pun u r da best. i follow...

    BalasPadam
  10. uwaaaaaaaaaaaaa suspen giler nie....ape jd kat rayyan aduiiii wafeen jgn tgglkan rayyan ...

    BalasPadam
  11. yeay!!cepat la terbit..xsabr ni

    BalasPadam
  12. waa....tolong la publish cpt2...
    sian kat rayyan....mcm kejam je statement wafeen tu...fuhh terus nk putus tunang tu...

    BalasPadam
  13. banyak sangat kona2...susahnya jadi rayyan... camna la wafeen tu ye bila tau kisah sebenar... ni yg buat tak sabar ni...

    BalasPadam
  14. harap2 nvel nie konflik ringan2 je mcm suami yg kubenci..sure beli :)

    BalasPadam
  15. huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhhuhuhu....

    ble r nk kuar novelnyer nih...

    BalasPadam
  16. Ada lg x novel ni? Kalo ada nk bl sbb br bc dlm blog

    BalasPadam