Follower Setia SYK

Khamis, 26 Januari 2012

Hikayat Cinta Si Pematah Hati 19

Rayyan menyimpan hanset di dalam poket seluar jeans sebaik sahaja dia habis berbicara dengan Zarynn.Entah apalah yang Zarynn nak adukan padanya.Rayyan merenung lautan di hadapannya.Sebenarnya dia baru sahaja balik dari kedai potong rambut.Bukan suka hati dia nak potong rambut panjangnya itu tapi kalau esok dia pergi menghadap papanya dengan keadaan begitu,bukan setakat nak jadi pengurus..jadi dispatch boy pun belum tentu dapat.
Balik dari kedai gunting rambut dia melepak di pantai itu.Bukan jauh sangat pun,rumah bapa saudaranya itu menghadap laut,dia hanya perlu menyeberangi jalan sahaja.Rayyan senyum sendirian.Kalau rumah Nek Jah dihadapannya sungai tapi rumah Ayah Ngah pula menghadap laut.Siap tempat rekreasi di mana orang ramai boleh berkunjung bila-bila masa.
Rayyan pandang sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di playground berdekatan dengan tempat dia duduk.Rayyan menyeluk poket seluarnya.Dia mengeluarkan beberapa keping sampul duit raya dan mendekati kumpulan kanak-kanak itu.Diberikan mereka sampul duit raya itu.Berlari-lari anak-anak kecil itu mendapatkan ibu bapa mereka.Mungkin bercerita betapa seronoknya mereka mendapat duit itu dari Pak Cik yang tidak dikenali.Dari jauh seorang lelaki mengangkat tangan kepada Rayyan dan mereka berbalas senyuman.
Rayyan kembali duduk di kerusi kayu yang disediakan di kawasan itu.Sesekali dia melihat pada beberapa buah keluarga yang singgah di pantai itu.Kawasan itu memang agak jauh juga dari bandar,mungkin tidak seramai pengunjung di Teluk Cempedak,tidak ada deretan kedai-kedai makanan segera mahupun yang menjual cenderahati.Letaknya pula di dalam kampung sahaja.Namun bagi Rayyan,kawasan Pantai Sepat itu ada keistimewaannya.Walaupun di musim perayaan sebegitu,masih ada yang berjualan di tapak parkir kereta.Rata-ratanya menjual makanan seperti goreng pisang,satar,,keropok lekor dan minuman.Sekadar untuk pengunjung mengisi perut sambil bersantai sahaja.Apa yang dia suka,kawasan itu redup kerana dipenuhi pokok-pokok teduh yang tinggi dan rendang.Kebersihannya juga sangat dititiberatkan kerana setiap pagi pekerja dari MPK akan datang membersihkan kawasan itu.Bahkan kemudahan seperti surau dan tandas juga disediakan,jadi tidak ada masalah bagi pengunjung yang mahu berlama di situ.
Dan yang lebih menyenangkan,sukar untuk dilihat mana-mana pasangan kekasih yang duduk di kawasan sunyi dan melakukan aksi yang mencolok mata.Begitu juga kumpulan bermotor yang selalunya mudah membuatkan sesuatu tempat itu menjadi hingar bingar.Mungkin kerana tempatnya agak terbuka dan rata-ratanya pengunjung yang bekerluarga.Apa yang pasti kawasan rekreasi itu sangat selesa dan menenangkan.
“Assalamualaikum!” Rayyan berpaling pada gerangan yang memberi salam.Dia mengerut dahi.Siapa pulak lelaki ni? Lelaki berjanggut sejemput itu senyum padanya.
“Waalaikumussalam…”jawab Rayyan.Dia dan lelaki yang menegurnya itu saling berpandangan.
“Hai..takkan tak kenal kut…” Lelaki di depannya itu ketawa.Rayyan kerut dahi.Memandang lelaki yang memakai jeans lusuh dan T-shirt itu.Macam kenal la pulak..
“Uwais? Betul kau ni Uwais?” Rayyan turut ketawa dan tanpa berlengah dia memeluk Uwais sambil menyengkeh kepala lelaki itu.
“Aduh! Sakitlah…”Uwais rasa kepalanya pedih.Rayyan menepuk-nepuk bahunya.
“Wallamak…kau dah tua ya Uwais? Ada janggut kambing pulak dah..Style baru ke? Takdelah nampak skema macam dulu tu..”Usik Rayyan.
“Saya macam ni ajalah..takde yang berubah sangat pun..handsome macam dulu jugak” Jawab Uwais sambil angkat kening.Rayyan sengeh.Uwais..Uwais..masih membahasakan diri "saya"..tak boleh blah!
“Kau dari mana ni?” Rayyan pandang plastik merah di tangan Uwais.Nampak macam satar.
“Saja jalan-jalan bawa orang rumah..” Jawab Uwais lagi.
“Orang rumah? Mak kau ke? Mana? Rayyan pandang sekeliling.Tapi tak nampak pulak di mana Mak Cik Sari.Rindu jugak nak dengar suara loud speaker wanita itu.
“Orang rumah tu maksudnya isterilah..”
“Isteri? Kau..Kau dah kahwin ke? Rayyan sedikit ternganga.Dia ketawa makin kuat.
“Adalah dekat setahun..”
“Tak boleh jadi ni…Kau lagi maju dari aku..apa ni kahwin tak cakap pun! Ni aku nak marah ni..”
“Macamana nak beritahu..Awak tinggal di mana pun saya tak tahu..hilang macam kena telan bumi..” Sindir Uwais.Rayyan garu kepala.Tayang muka bersalah.
“Nantilah aku cerita.Kalau ada masa aku datang beraya di rumah mak kau..okey?”
“Jangan cakap aja..Entah-entah terus lesap..”
“Takdelah…Aku mesti datang punya..Ini,beli banyak sangat ni,siapa yang nak makan?” Rayyan tunjuk pada bungkusan plastik di tangan Uwais.
“Isteri sayalah..Biasalah,orang prengnant kenalah layan kehendaknya..”
“Pregnant? Hmm..Boleh tahan kau ya…Tahniah..Tahniah..”Rayyan capai tangan Uwais dan digenggamnya.
“Dah berapa bulan?”
“Nak masuk lima..itu yang macam-macam nak makan…” jawab Uwais.Lama dia merenung wajah Rayyan.Dia masih ingat kali pertama Rayyan masuk ke sekolah..dia bukan pelajar baru yang ramah.Tak suka senyum dan bercakap dengan sesiapa.Selalu duduk sendirian di tempatnya.Jangan sekali-kali cuba memanaskan hatinya kerana Rayyan akan membelasah tanpa berfikir dua kali.Pada awalnya,tiap kali dia menyapa Rayyan hanya jelingan saja yang dibalas.Kadang-kadang langsung takde riaksi.
Kawan-kawan lain selalu kata yang dia buat kerja sia-sia untuk cuba berkawan dengan kera sumbang seperti Rayyan.Namun begitu,hanya dia tahu betapa jauh di sudut hati Rayyan yang keras itu ada naluri kebaikan yang orang lain tak nampak.Pernah satu ketika dia tidak ada duit untuk membeli buku rujukan hingga dia ditegur guru di depan pelajar kelas yang lain.Keesokan harinya,sewaktu tiba di kelas dia lihat di atas mejanya ada sebuah buku rujukan yang masih baru dan bila dia buka sudah tertulis namanya di situ.Tapi siapa yang belikan? bila dia siasat,ada pelajar yang ternampak Rayyan telah meletakkan buku itu di situ..itulah Rayyan Raiqarl yang dia kenal.Kebaikan baginya bukan untuk ditunjuk di depan orang..
Dia bukan ramai sangat kawan tapi dia ada dua orang yang paling akrab dengannya ketika di alam persekolahan dahulu dan lelaki di depannya ini salah seorang daripadanya.Cuma lepas STPM Rayyan senyap tanpa khabar berita.Kali terakhir dia dapat tahu Rayyan dihantar ke UK oleh ayahnya.
“Dah tu,mana isteri kau?” pertanyaan itu buat Uwais tersedar.
“Dalam kereta,saya tak bagi keluar…nanti tak pasal-pasal dia nak pergi main air laut tu..” Uwais ketawa.Rayyan angguk dan menepuk bahunya lagi.Dia tak sangka boleh jumpa Uwais di situ.Salah dia juga kerana tidak pernah menghubungi Uwais dahulu.
“Tak sangka kau dah kahwin…lama betul tak jumpa,lepas habis sekolah kau pergi Jordan kan? hah…kau sekarang mesti dah jadi ustaz kan?”
“Ustaz? takdelah…saya..saya jual burger aja..” Uwais sengeh.Rayyan sedikit terkejut.Jual burger?
“Jual burger okey apa…setidaknya,kau cari rezeki halal..titik peluh sendiri”
“Awak pula kerja apa sekarang?
“Aku pergi belajar di Imperial College..ambil kejuruteraan tapi cuma diploma aja,kau tahu ajalah…aku ni bukan pandai sangat pun…Malas pun ya jugak..Bosanlah! Kau takde, Ayyad takde..Aku bukan suka cari kawan pun..Dan orang lain pulak bukan senang nak tahan dengan perangai aku ni kan..bila balik aku kerja dengan family..itupun 2 tahun lepas aku berhenti..” Cerita Rayyan.Bukan berhenti tapi diberhentikan..Lagi tepat..Kena halau!
“Sekarang kau kerja dengan Syarikat keluarga kau lagi ke?” Uwais angguk tanda faham.Dia tahu Rayyan anak seorang ahli korporat berpangkat Dato’.
“Taklah…aku tak kerja pun,aku penganggur je..Kau ada jawatan kosong ke kat stall burger kau tu? Kerja bancuh air pun okeylah..Aku terror apa buat air” Selamba Rayyan offer diri.
“Alah…menganggur pun tak apa..awak kan anak Dato.Takkan anak Dato’ nak kerja buat air kut..”
“Uiks..yang Dato’ tu ayah akulah…bukan aku..kalau tak kerja miss soru jugak..” Rayyan mengekek ketawa.
“Gerai kecil ajalah…belum mampu nak gajikan ramai pekerja..” Uwais rasa serba salah.
“Aku bergurau ajalah tadi..”Rayyan rasa kelakar dengan sikap Uwais yang kadang-kadang lurus tapi boleh tahan kelakar macam maknya jugak.
Tiba-tiba handset Uwais berbunyi.
“Kejap ya Rayyan..”Uwais menjawab panggilan itu.
“Sayang kat mana? apasal lama sangat,beli keropok ke goreng keropok? panaslah dalam kura-kura ni..” terdengar suara Hannah di talian.Uwais pandang Rayyan yang memerhatikannya.Alamak! lama sangat ke aku berbual dengan Rayyan?
“Dah..dah beli dah…abang jumpa kawan kejap..sayang tunggu ya?”
“Patutlah lama…cepatlah! kalau saya pergi main air laut tu abang jangan nak marah pulak..sape suruh lama sangat?
“Okey…okey..okey..abang datang la ni…tengah berlari ni hah..”
“Ye la tu!..beri masa lima minit…kalau tak…saya keluar dari kereta..” talian dimatikan.
“Rayyan..saya balik dululah…isteri saya dah tunggu tu..”
Rayyan angguk dan mereka sempat bertukar nombor telefon sebelum Uwais berlari mendapatkan keretanya yang agak jauh dari situ.
“Sampai berlari kau Uwais? takut bini ke apa dia ni..”Rayyan senyum.Uwais pun dah kahwin…aku bila lagi ya? Rayyan teringatkan Wafeen.Semalam dia tak bercakap dengan gadis itu sebelum balik.Agaknya Wafeen ingat tak kat aku ya? Alahai..rindulah pulak nak dengar suara Wafeen!
Kalau Zarynn panggil.Esok aku datang..tapi kalau Wafeen mintak aku balik Temerloh..Sekarang pun aku sanggup….tak kira hujan ke ribut..aku rela redah Wafeen kalau semata-mata untuk kau..
Rayyan belek handset di tangan.Nak call ke tak? kalau dia tak jawab? kalau dia tak nak layan?Ahhh!! cuba ajalah,mana tahu nasib aku baik…



“Tak jadi datang? tapi awak dah janji!” Wafeen menahan rasa marah.Spontan matanya melingas pada hidangan di atas meja.Sia-sia aku buat makanan kegemaran dia tapi dia tak dapat datang!!!
“Iya….tapi mama saya ajak temankan dia awak…cuba faham boleh tak? kasihan kat mama saya kalau saya tak pedulikan dia..”
“Okey…saya tahu awak anak soleh..sejuk perut mak awak kandungkan awak kan? tapi saya siapa nak kasihan? saya dari awal pagi lagi dah turun dapur nak buatkan nasi ayam..awak juga yang nak makan kan? sekarang ni macamana? “
“Wafeen..hal kecil aja pun..nasi ayam punya kes pun awak nak marah ke? awak bagi ajalah kat jiran..lagipun kan saya cakap nak datang esok..kalau awak tak masak pun takpe,saya makan kuih raya aja..yang penting saya datang kan?”
“Macam ni la…elok awak tak payah datang aja Elhan! “ Wafeen mematikan talian.Dia menghela nafas dan melepaskan rasa kecewanya.Kenapa Elhan tak faham? susah sangat ke nak cakap kat mama dia yang dia nak beraya di rumah teman wanitanya? orang lain tu boleh aja pun..dia tak faham dengan Elhan! janji menggunung tapi nak kotakan setinggi busut pun tak nampak!
“Kenapa Wafeen?” Nek Jah menegur Wafeen yang tersandar di sofa.
“Takde apa nek..”jawab Wafeen perlahan.Nek Jah nampak Wafeen seperti menyeka airmata.Dah kenapa pulak cucu aku ni,pagi tadi bukan main lagi ceria.
“Kenapa Elhan tak datang lagi ni? makanan pun dah sejuk dah tu..dah telefon dia Wafeen?”
“Dia takkan datang nek…dia ada hal lain..” Wafeen rasa nak aja dia menjerit sekuat hati untuk memberitahu betapa sakit hatinya dengan perangai Daniel Elhan itu.ada ke dia kata pasal nasi ayam pun aku nak marah? ini bukan pasal nasi ayam,ini pasal janji…kalau tak pandai nak tunaikan tak payahlah berjanji!
Handsetnya berbunyi.Dibiarkan saja.Kemudian berbunyi lagi.Tetap dibiarkan kerana dia tahu pasti Elhan yang call semula.
“Wafeen..kan handset kau berbunyi tu…jawablah..”
“biarlah nek..buat sakit hati aja jawab”
“Tak baik buat orang macam tu” nasihat Nek Jah .Neneknya itu berlalu masuk ke bilik. Habis tu,apa yang Elhan buat kat cucu nenek ni baik ke? sampai hati dia nek..bukan nak hargai apa yang dah orang buatkan untuk dia..dia salahkan kita balik..
Handset berbunyi lagi.Perasaan makin menjadi-jadi di hatinya.Akhirnya dicapai handset itu dan terus dijawab panggilannya.
“Awak nak cakap apa lagi? dah tak boleh datang kan? tak payah datanglah! saya faham sangat yang awak kena ikut cakap mama awak tu..saya memang terharu dengan sikap anak mithali awak tu tapi satu yang saya nak ingatkan..lain kali,jangan pandai berjanji dengan saya sebab saya dah mula bosan dan muak dengan semua janji-janji awak!!! awak boleh pergi ikut mama awak tu! apasal awak diam? dah takde suara nak bercakap?
“Errr…saya nak cakap apa ya? mama saya dah lama meninggal dunia..saya pun tak tahu ajal saya bila..
Erkkk!!! Wafeen telan liur.Alahai….salah orang ke?
“Wafeen? apsal awak diam ni…awak marah siapa..awak marah saya ya? awak nak saya tunaikan janji? takpe..nanti saya hantar rombongan meminang..kita bertunang lepas tu kita kahwin..saya janji awak sure bahagian dengan saya”
Wafeen kerut dahi.Hah? ieee..apa pulak Rayyan merepek ni! aku bukan tagih janji kau la…kenapalah boleh salah cakap tadi.
“Awak merepek apa ni Rayyan? saya salah oranglah! yang awak call saya ni nak apa?” Wafeen bertanya agak kasar.Apatah lagi dia memang sedang marah.
“Takpelah kalau awak tak nak layan….saya minta maaf sebab ganggu awak..Assalamualaikum..”
Tut..tut..tut…
Wafeen terpempam.
“Hallo…Rayyan?” dia pandang skrin handset.Panggilan sudah dimatikan.Wafeen dipagut rasa bersalah.Ish…rasa tak patutlah pulak aku cakap dengan dia macam tu.Dah la aku tak pasal-pasal salah orang lepas tu aku marah dia pulak..
Wafeen membuat panggilan ke talian Rayyan.Sekejap saja terus panggilannya dijawab.
“Rayyan…”
“Waalaikumussalam…” jawab Rayyan.
Aik? macam perli aja!
“Err…Assalamualaikum..” Wafeen bersuara lembut dan tidak dengan perasaan marah.
“Waalaikumussalam sayang…”
Tu la dia…pantang kalau aku bagi muka mulalah dia nak tunjuk aksi menggoda dia tu…mana aku tak marah!Gatal dan sangat mengada-ngada..
“Saya nak minta maaf…tadi saya salah orang lepas tu sebab saya tengah marah saya marahkan awak pulak…awak jangan ambil hati ya?
“Memang saya nak ambil hati pun..”
“Alah Rayyan…kan saya dah minta maaf..”
“Saya maafkan sayang..tapi memang saya nak ambil hati,saya nak ambil hati awak! kalau tak bagi saya nak curi…
“Awak ni kan….memanglah!” aku nak cakap apa sebenarnya ni?
“Memanglah apa?”
“memang pandai main kata-kata..awak tolonglah jangan nak mulut manis dengan saya,kalau dah namanya lelaki memang pandai bagi janji aja..”
“Itu lelaki lain bukan saya…”
“Tak payah autalah!” Wafeen terbayangkan Daniel Elhan.Huh…sakit hati betul bila aku ingatkan dia..
“Betul! try me!”
“Okey..awak kat mana sekarang?”
“Kuantanlah! kan dah beritahu..”
“Betul kat Kuantan?”
“Iya sayang…tak percaya boleh call Valqis..kitorang kat rumah Ayah Ngah ni…takkanlah saya nak tipu awak..”
“Kalau macam tu,saya nak awak ada depan saya dalam masa 2 jam dari sekarang..” cabar Wafeen.Betul ke apa aku buat ni? Entah kenapa dia berbuat begitu.Mungkin kerana dia mahu pastikan adakah Rayyan akan lakukannya.Entah-entah dia sama aja macam Daniel!
“Hah?”
“Apa hah? kata tadi awak bukan jenis yang mungkir janji kan?”
“Memanglah! Cuma saya tak puas hati aja…apsal dua jam? lama tu..awak bagi saya satu jam pun cukup sayang…tunggu ya? kejap lagi kita makan tengahari sama-sama..i’m coming!! bye..”
“Rayyan…” Wafeen tak sempat cakap apa-apa Rayyan dah matikan lagi talian.Satu jam? gila ke apa mamat tu? kalau ikut Highway pun makan masa satu jam lebih kecualilah kalau memandu melebihi had laju.Habislah! kalau dia kena tahan dalam operasi OPS SIKAP macamana? buatnya kemalangan ke..Ish..mintak dijauhkan.
Wafeen mula dipagut rasa risau.Menyesal aku suruh dia buat macam tu! kalau jadi apa-apa kat dia macamana? Wafeen mendail semula talian Rayyan.Lebih baik dia batalkan saja.
“Ya Allah..dia off handsetlah pulak” Wafeen mula rasa tak sedap hati…Ya Allah,berikanlah keselamatan pada dia…


Sejam kemudian,Honda Mugen bewarna hitam memasuki laman rumah Nek Jah.Wafeen yang sememangnya menunggu di beranda mengucapkan kesyukuran.Alhamdulillah dia tak apa-apa.
“Kan saya dah cakap…saya akan makan tengahari dengan awak..satu jam tepatlah sayang!” Rayyan yang baru keluar dari perut kereta tersenyum dengan wajah bangga.Wafeen tak cakap apa-apa.Dia masuk ke dalam perut kereta Rayyan dan mencari sesuatu.Wafeen jumpa dua surat saman bertarikh hari tersebut.
“Biasalah tu..” Selamba Rayyan bersuara bila Wafeen membelek surat saman itu.Kalau dah memandu melebihi had laju memanglah kena saman kan?
“Lain kali awak jangan buat macam tu lagi..” Wafeen keluar dari kereta.Dia berdiri di depan Rayyan.Sedikit terkejut bila rambut lelaki itu sudah pendek.Handsome! tapi aku nak marah dia jugak! ingat seronok ke satu jam dalam keadaan risau dan tak tahu apa jadi kat awak?
“Alah..”
“Jangan pandu melebihi had laju..awak dengar tak?” Wafeen meninggikan suara.Rayyan terkedu bila lihat Wafeen sebegitu marah.Dia lihat mata Wafeen seakan berkaca.
“Okey..saya janji!” jawab Rayyan sambil angkat tangan kanan seperti mengangkat sumpah.
“Wafeen mengatur langkah.Rayyan masih tercegat.
“Berdiri lagi kat situ kenapa? cepatlah masuk!” arah Wafeen.Rayyan cepat-cepat mengekorinya.Wafeen senyum tanpa dilihat Rayyan.Tak sangka dia buat betul!

4 ulasan:

  1. baguih rayyan niii.. nak mengorat punya pasaiiii.. hehe

    BalasPadam
  2. hehe pakwe yg ideal, yg sy nak cari tp tak penah jpa.huhuhu. sebab tak pernah cari lagi. mana nak cari?hehe pas rayyan kat sini lah.(merapu)
    hehe kan hensem pakai rambut pendek, wafeen pun puji tu, jap lagi blh la dpt wafeen tu.
    e-man sok satu ya. hehe.cam order mknan plk. pls ya e-man. bla buku nak keluar ni ya?bulan brp?

    BalasPadam
  3. walaupun dh pernah bce n3 ni,tetap nk kate rayyan sgt suweeeett,like candy..kui3..hanye rayyan yg sanggup buat cmtu utk kau wafeen..si elhan tu??kim salam!!

    BalasPadam
  4. wah! mesti makin hensem kan ? aish ,... >_<

    Wafeen ada ciri-2 nak jadik queen control .. ha ha

    BalasPadam