“Kau nak ke mana tu Daniel?” Datin Ann menegur anak terunanya yang terburu-buru mencapai kunci kereta di atas meja kopi.Bukan main lagi dia tengok Daniel siap memakai baju Melayu di hari raya kedua itu.
“Keluar mama…nak pergi beraya rumah kawan..”
“Rumah siapa?” Dahi Datin Ann berkerut.Dia memang hairan bila Daniel begitu mendesak untuk balik segera ke KL walaupun dia keberatan.Memandangkan dia sendiri ada urusan penting,dia ikutkan juga kehendak anak kesayangannya itu.
“Emm..kawan masa di university dulu mama…” beritahu Daniel.Dia tak berani nak beritahu tentang dia mahu ke Temerloh bertemu Wafeen.Kalau dia berterus terang,dia perlukan masa yang lama untuk ceritakan tentang hubungan dia dan Wafeen.Itupun kalau mamanya tidak bersoal banyak.Kalau mama melenting macam mana? kalau mama tak suka? dia tidak mahu merosakkan harinya gara-gara bertengkar pasal Wafeen.Bukan dia tak pernah beritahu mamanya tentang dia sudah ada pilihan hati tapi mamanya mengamuk dan hampir kena strok, kesudahannya dia terpaksa mengatakan yang dia telahpun memutuskan hubungan cintanya itu sedangkan hingga ke hari ini dia masih menjalinkan hubungan kasihnya dengan Wafeen.Macamana dia nak hidup tanpa menyayangi kekasih hatinya itu..dia sendiri serba salah..dia tak nak memilih antara mama dan Wafeen!
“Sudah..sudah..batalkan aja niat kau tu sebab mama nak hari ni kau ikut mama beraya ke rumah Tengku Ehsan..dia ada buat rumah terbuka..tunggu papa kau bersiap kat atas tu,orang tua ni pun satu..apa yang dibuat lama sangat dalam bilik tu? kau pergi panggil papa kau Daniel!”
“Saya dah siaplah ni..yang awak membebel ni kenapa? lagi satu,kalau Daniel ni nak beraya di rumah kawan dia biarkanlah…asyik nak berkepit bawah ketiak awak aja,bosanlah dia…nak juga dia beraya dengan kawan-kawan dia…awak pulak selalu sangat mintak dia ikut awak ke sana sini…”
“Memanglah dia kena dengar cakap saya..saya nak anak saya ni tak bergaul dengan orang yang bukan-bukan…biar berkawan dengan yang setaraf dengan kita.Bukan macam anak awak yang sorang tu,pasal takde maklah perangai dia tak senonoh macam tu,taunya nak bagi malu awak aja…ni,beraya pun merempat rumah orang..entah siapa agaknya yang bodoh sangat nak benarkan Si Penyangak tu beraya rumah dia..”
“Awak kalau bercakap tak libatkan Rayyan boleh tak? tak habis-habis nak hina dia…anak saya anak awak juga..Abang pada Daniel ni…dan jangan panggil anak saya penyagak!” marah benar Dato’ Syakir ketika itu hingga Daniel sendiri tak berani nak menyampuk.
“Sejak bila awak bela sangat Rayyan tu? awak dah lupa ke macamana dia malukan awak sejak dari sekolah lagi? dah lupa macamana awak bersusah payah menutup kes yang dia terlibat dengan kumpulan kongsi gelap tu? dah tak ingat yang Rayyan tu hampir dihantar ke sekolah Henry Gurney kalau bukan kerana awak terpaksa bagi duit pada orang buat dakwaan pecah rumah tu? itulah…kecik jadi penyangak..dah besar..makan duit syarikat!!”
“Sudah!!!!...awak jangan cakap kalau takde bukti! sampai hari ni saya menyesal sebab halau dia dari syarikat gara-gara saya percayakan awak yang Rayyan tu dah lesapkan duit syarikat..tapi bila saya siasat..duit dalam akaun tu bukan duit syarikat tapi duit arwah mama dia..awak dengar tak? nak saya ulang lagi? duit arwah mama dia yang lebih kaya daripada kita!!” tengkingan itu buat Datin Ann terdiam dan terpaku di sofa.Huh! masih ingat lagi ke dengan janda dia yang dah mereput dalam tanah tu? peduli apa aku kalau dia kaya? tak guna betul! apasal budak tak guna tu bertuah sangat hidup dia dapat harta warisan berjuta ringgit dari mama dia yang bodoh tu? patutlah hidup dia goyang kaki aja sampai tak payah kerja! Datin Ann benar-benar sakit hati bila mengingatkan bagaimana suaminya tidak mahu menyumbat Rayyan ke dalam penjara sebaliknya hanya memberhentikan dan menyingkirkan Rayyan dari syarikat.Dia memang tahu bukan Rayyan yang ambil duit sejumlah 1.2 juta itu sebab dialah orangnya yang telah melesapkan duit itu hasil pakatan dia dengan pengurus kewangan.Rayyan hanya jadi kambing hitam bila kebetulan dalam akaunnya terdapat sejumlah wang yang hampir 2.5 juta itu.Rupanya, ketika itu Rayyan baru saja menerima harta warisannya pada ketika Valqis berusia 21 tahun..tapi yang aku hairan tu,kenapa dia diam aja bila aku fitnah dia? tak pulak dia terangkan duit tu bukan duit syarikat…bodoh punya budak!! sama macam mak kau!
“Papa…mama..sudahlah tu,hari baik bulan baik ni tak elok bergaduh..lagipun, tak elok kita ungkit balik pasal hal lama Abang Rayyan tu..kalau dia dengar mesti dia kecil hati.Mama pun sudah-sudahlah bergaduh dengan dia… betul cakap papa tadi, dia Abang saya mama..dan tentu dia anak mama jugak…hal lama tu kita lupakan aja..” Daniel memberanikan diri untuk bersuara.Dia menunduk bila mata mamanya tajam memandang.Dia memang takut kalau mamanya marah.Dari kecil sampailah sekarang,dia tidak pernah berani membantah setiap apa yang mamanya mahukan.Dia juga tahu,mama terlalu sayangkan dia sebagai anak jadi wajar dia sebagai anak menyayangi ibunya itu sekalipun mamanya bukan manusia baik di mata orang lain.
“Jangan kau nak bela sangat Rayyan tu Daniel!...sudah,cakap pasal budak tu buat hilang mood saya aja nanti..jomlah kita pergi!” Dengus Datin Ann.Dia mencapai tas tangan lalu berlalu keluar dari rumah.
Daniel kelihatan resah.Macamana janji dia dengan Wafeen.Tentu Wafeen ternanti-nanti kedatangannya.Patutkah dia beritahu yang dia tak jadi datang? nampaknya dia terpaksa juga batalkan rancangannya hari itu.Takpelah! esok kan masih ada…
“Kenapa Daniel?” tanya Dato’ Syakir bila Daniel masih tercegat.
“Takde apa-apa papa..jom kita pergi..” Daniel mengukir senyum palsu.Dalam hati dia terlalu kecewa kerana terpaksa mungkir janji dengan Wafeen!
“Ingat… sampai anak Datin Ann tu nanti,kau goda dia cukup-cukup sampai dia cair dengan kau…kau tentu tak nak daddy marah dengan kau kan?”
“Abang ni memang tak malu kan? sama aja macam daddy! memang padanlah dengan muka abang sebab tak jadi kahwin dengan Hannah dulu…kalau tak,buat malu aja ada suami macam abang!” Zarynn mengetap bibir.Memang dia geram dengan abang dan daddynya.Kalau dah keluarganya bakal muflis kenapa dia pulak dia yang kena galas bebannya? memanglah dia pun tak nak hidup miskin tapi…kan tak baik kalau dia berpura-pura sukakan anak Datin Ann tu semata-mata nak tumpang kekayaan keluarga tu? supaya hutang keluarganya boleh dilangsaikan dengan bantuan Datin Ann yang dah lama teringin nak bermenantukan dia.Lagipun,Rayyan tentu tak suka dengan semua ni!
“Kau jangan celupar sangat Tengku Zarynn..aku tampar kau nanti! kau ingat aku ni Rayyan nak layan perangai mengada-ngada kau..eh,tak payah nak buat yang kononnya kau tu perempuan suci sangatlah..boyfriend berlambak ada hati nak tunjuk baik..”
“Kalau pun saya ramai teman lelaki tapi saya bukan pelacur sampai nak kena gadai tubuh badan!” Zarynn sesekali mengerling tetamu yang hadir.Suaranya masih dikawal.Dia merenung tajam wajah abangnya Tengku Muiz.
“Kau ni bangang sangat kenapa? aku bukan suruh kau jadi pelacur! Cuma nak kau kahwin dengan anak Datin Ann tu…itu aja? kau nak ke kalau keluarga kita ni merempat tepi jalan? kalau bukan sebab kau dengan Rayyan tu dah macam adik beradik ..dah lama aku nikahkan kau dengan dia..sebab dia tu anak sulung! tapi sekarang ni…takde rotan..akar pun berguna..kau faham tak? aku ni kesiankan kau..kalau daddy tahu kau degil macam ni..naya kau nanti Zarynn..” Tengku Muiz menekan suaranya supaya tidak kedengaran keras.Dia dan daddy memang sudah tidak ada cara lain lagi.Hutang syarikat makin menjerat hingga bakal melemparkan mereka ke lembah kemiskinan.Kalaulah dulu dia tak buat perangai buayanya..sudah tentu sekarang dia dah bernikah dengan Hannah Maryam.Sudah tentulah segala kekayaan Tan Sri Idris dalam genggamannya.Malangnya semua dah berlaku dan sekarang Hannah Maryam sudahpun menjadi milik lelaki lain..penjual Burger pulak tu! Takpe..kau bahagia sangat kononnya dengan lelaki tu kan..tengoklah nanti Hannah, bila urusan hutang keluarga aku selesai nanti..aku akan jahanamkan keluarga kau pulak!
“Abang ni memang tak guna! memalukan aja ada abang macam ni…bersyukur sangat sebab Hannah tak jadi kahwin dengan abang..kalau tak,habis harta keluarga dia abang kikis!!” Zarynn sempat memukul lengan Tengku Muiz hingga lamunan lelaki itu hilang entah ke mana.Tak sempat dia nak bersuara Zarynn sudah tergesa-gesa pergi.Sebab abangnya itulah hubungan dia dengan Hannah dah terputus! malu dia nak menghadap muka Hannah bila tragedy abangnya ditangkap khalwat dan pertunangan Hannah dan abangnya diputuskan hingga memaksa sahabat baiknya itu berkahwin dengan orang lain.Semua salah aku! kalau aku halang hubungan diorang dulu takdelah jadi macam ni! tak kira apa yang dah berlaku dia doakan Hannah bahagia dengan suaminya itu..
Zarynn mencapai gelas minuman.Dia rasa haus pula selepas bertekak dengan abangnya.Kenapalah lelaki -lelaki dalam hidupnya semua jenis yang tak berguna.Dulu dia kasihankan mummy yang terpaksa menahan rasa hati dengan daddy yang kaki perempuan.Kan baik kalau mummy berani seperti arwah Aunty Zahara..tinggalkan saja lelaki hidung belang macam tu! tapi sayangnya,mummy terlalu sayangkan daddy…betul ke cinta tu buta? sebab tu aku benci sangat dengan perkataan cinta ni! satu-satunya lelaki baik yang aku kenal cuma Rayyan sorang aja..tapi aku tak tahu kenapa di mata orang lain dia nampak jahat! buta agaknya diorang ni!
Zarynn fikir lebih baik dia telefon Rayyan.Lelaki itu saja yang boleh menjadi pendengar setianya.Tidak pernah ada rahsia antara mereka.Dia dan Rayyan dah macam adik – beradik kandung bila sejak kecil selalu bersama.Bila mummynya sibuk ,dia selalu ditinggalkan di bawah jagaan mama Zahara.Rayyan dah dianggap macam abang kandungnya sendiri.
“Opsss!!!”
Zarynn terkejut bila dia terlanggar seseorang sehingga minumannya tertumpah pada pakaian lelaki tinggi di hadapannya itu.
“Sorry..sorry..Saya tak sengaja!” Zarynn panik.Dia terus mencapai tisu di atas meja dan menyapu baju Melayu lelaki itu.
“Its okey cik Zarynn…sikit aja” suara garau kedengaran.Zarynn mendongak dan dia melihat wajah di depannya itu tersenyum sambil membetulkan kacamatanya.Alahai! dia ke?
“Awak rupanya Daniel…Saya ingatkan siapa tadi…”Zarynn terpandangkan abangnya Tengku Muiz.Ada isyarat yang memang dia faham sangat…sakit hati betul aku dengan Abang Muiz ni! ingat aku ni perempuan murahan ke nak suka suki goda orang?
“Hai Zarynn…” Tiba-tiba dia dicuit dan dipaut lalu didakap mesra.Zarynn agak kaget sebenarnya namun dia terpaksa juga membalas pelukan Datin Ann yang tiba-tiba muncul itu.
“Aunty Ann…lama tak jumpa kan? wow..Aunty ni makin cantiklah…”puji Zarynn dengan senyuman manis.Uwek!! cantik ke? tegang semacam aja..dah macam tak boleh nak mulut aku tengok! sah-sah orang tua ni cucuk botox ni..tak pun vitamin..errkk! scary la jugak aku tengok!
“Ya ke? alah..biasalah kan..orang perempuan.Zarynn bila balik dari Paris? hari tu Aunty dengar daddy Zarynn cakap yang Zarynn ada buat pameran lukisan kat sana ya? macamana…laris tak jualan lukisan Zarynn tu?”
“Err…bolehlah tahan..maklumlah terpaksa jugak bersaing dengan pelukis lain kan..” Zarynn senyum tawar.Ieee..daddy ni ada aja cerita yang nak dia beritahu dengan Aunty Ann ni…
“Hah..Zarynn,Aunty nak pergi jumpa daddy Zarynn kat sana..Zarynn boleh tak tolong bawa anak Aunty ni pergi makan? boleh ya?”
“Mestilah Aunty…kalau Aunty tak suruhpun Zarynn akan bawa Abang Daniel ni pergi makan..”
Daniel mengerut dahi.Abang? sejak bila dia panggil aku abang?.Setahu aku dia ni kalau bertembung dengan aku bukan nak tegur pun? bukan dia ni girlfriend Abang Rayyan ke? selalu sangat aku nampak diorang berkepit sejak dari sekolah lagi..
“Jom…saya ambilkan awak makanan..” Zarynn spontan menarik tangan Daniel dan dibawa ke meja buffet.
“Err…boleh lepaskan tangan saya tak?” pinta Daniel.Zarynn mencebir.Hek elleh mamat ni,alimlah sangat.
“Sorry…”Zarynn tetap mengukir senyum dan melepaskan pegangannya.
“Takpe..saya boleh ambil sendiri..” Daniel menghalang.Zarynn tetap juga senyum.Ingat aku nak sangat ke ambilkan? kalau tak sebab kau ni anak Datin Ann,takdenya aku nak terhegeh-hegeh..ramai lagi boyfriend aku yang lagi handsome dari kau tau tak! dah la kau tu dah macam Clark Kent aja aku tengok…ieee..malangnya siapa jadi girlfriend lelaki empat mata macam ni..nasib baik kau kaya! kalau tak..boleh blah!
“Okey..awak boleh ambil sendiri kan? jemput makan sendirilah ya.. Saya nak call kawan sekejap..nanti saya datang balik tau..” Zarynn senyum menggoda.Daniel terpaku seketika.Memang dia tak nafikan perempuan di depannya ini cun giler dengan mata galak, rambut panjang dan ikal di hujungnya serta baju kebaya nyonya yang seksi.Lelaki mana yang tak tergoda tapi perempuan macam ni..aku pakai sehari bolehlah..lainlah macam Wafeen! namun di sebalik kacamatanya,Daniel melirik juga pada lenggok Zarynn yang berlalu pergi.
“You kat mana?”
“Kuantan…kenapa ni? suara macam sedih aja…”
“Memang sedih pun..I menyesal balik Malaysia! you dekat mana? I nak jumpa you…urgent!”
“Apa yang penting sangat ni…cuba beritahu”
“Tak sesuailah macam ni…you datang KL ya sayang? please…”
“Emmm..okey I datang,esok okey..dah la,jangan sedih okey...kenapa tak pergi beraya rumah boyfriend you aja..i sure sampai petang you belum habis list lagi..”
“Shut up! I tak kuasalah nak berlawak waktu ni..I tak nak diorang tu semua! tak guna tahu tak..I nak duit diorang je..you yang I nak jumpa..kalau you tak datang..I tak nak sayang you dah!”
“Ye..I datang! kalau you yang panggil I sure datang punyalah!”
“Tahu takpe..kalau you dah ada girlfriend ke…isteri ke…kalau I panggil,you mesti datang jugak!”
“Err…mesti kena macam tu ke? I kenalah dulukan sayang I tu daripada you kan?”
“Hey…dulu you cakap apa? senarai orang yang you sayang…nombor satu mama you,nombor dua adik you..nombor tiga I kan? so..wife you nanti jatuh nombor 4 la..”
“I cakap macam tu ke? bukan dia akan jadi macam ni…nombor satu mama..nombor dua wife i..nombor tiga Val dan nombor 4 baru you..” terdengar gelak di hujung talian.
“Ieee…siaplah you datang esok..i tarik telinga you sampai putus Rayyan!”
“Ieee..takutnye dengar! kalau putus telinga i..tak dapatlah you call I dah sebab I takde telinga nak dengar suara you..”
“You ni kan…stupid!..dah la..bye!!” Zarynn ketawa bila dia mematikan talian.Rayyan..Rayyan..kan bagus kalau aku jumpa lelaki macam dia…tapi Si mata Empat ni pulak yang aku kena hadap..hmmm..
dush!perangai datin muka plastik tu sama gan bapak gila harta tu lah. kesian anak2.
BalasPadamhurm wafeen sure merajuk.
lagi2.hehe pendek la yg ni.