Follower Setia SYK

Khamis, 19 Januari 2012

Hikayat Cinta Si Pematah Hati 17

Wafeen termenung di pembaringan.Valqis di sebelahnya sudah lena dibuai mimpi.Penat sangat agaknya seharian ikut neneknya pergi beraya.Kalau Valqis ni budak kecil, mesti dah banyak dapat duit raya.Wafeen senyum sendirian.
Jam di atas meja tepi katil menunjukkan pukul 10.30 malam.Wafeen menghela nafas.Susah pulak nak tidur malam ni..Lantas dia mencapai handset yang diletakkan di sebelah jam.Lama dia menatap skrin handset itu.Tiba-tiba hatinya rasa sayu.Alangkah baiknya kalau ada khabar dari Elhan.Kalau tak dapat call,satu mesej pun jadilah…tipu kalau dia tak rindukan kekasih hatinya.Empat tahun menjalinkan hubungan cinta.Sejak dari Universiti lagi,sudah tentulah dia mengharapkan ada hubungan itu diakhiri dengan ikatan perkahwinan.
Jujur dia katakana Elhan bukanlah lelaki idamannya selama ini.Selama dia belajar dulupun, bukan tiada lelaki yang cuba memikatnya.Entah macamana dia boleh terima Daniel Elhan.Mungkin kerana kesungguhan lelaki itu yang tidak pernah putus asa memikatnya atau mungkin juga kerana dia sudah bosan dikejar lelaki lalu dia putuskan untuk menerima salah seorang daripada mereka.Cintakah aku pada Elhan? kalau tak cinta kenapa aku masih setia di sisinya?Dan kalau cinta kenapa sampai sekarang aku masih rasa kosong dan sentiasa bosan dengan harapan yang dia bagi?. Bukan tiada lelaki lain yang masih mencuba memiliki hatinya walau ketika  itu dia sudah memilih Elhan.Dia bukan jenis perempuan yang seronok mendapat perhatian lelaki.Baginya,jika dia sudah membuat pilihan dia tidak perlukan pilihan lain lagi.Kalau Elhan yang dia putuskan untuk menjadi bakal suaminya,makan itulah harapannya.
Cuma sejak akhir-akhir ini…ada sesuatu yang bermain di fikirannya.Sesuatu yang buat dia rasa resah bila mengingatinya.Tidak pernah ada lelaki yang mampu menggoyahkan kesetiaannya pada Elhan tetapi lelaki yang satu ini mampu menggegarkan tembok setianya pada Elhan!
Kenapa dia mesti hadir waktu ni? kalau dia tak muncul kan bagus? aku lagi rela kalau terus simpan saja rasa suka tu tanpa kenal siapa dia? tapi sekarang macamana? dia dah ada depan mata! mustahil baginya untuk dia tinggalkan Daniel Elhan semata-mata lelaki yang dia admirer selama ni…kenal pun baru sebulan takkan aku nak percaya dengan ayat godaan dia tu? Cuma satu dia tak boleh bohong..memang dia suka bila bersama Rayyan.Macamana  nak cakap ya? hmm..dia  selamba,dia kelakar,dia romantic,dia handsome,kadang-kadang dia comel,adakala dia suka senyum adakala dia buat tak peduli…perempuan mana yang tak jatuh cinta dengan lelaki macam tu? aku tak nak lelaki yang jadi rebutan  ramai perempuan!  jadi jawapannya…lebih baik dia pergi goda perempuan lain sebab aku dah ada Elhan yang setia dengan aku! titik!
Tiba-tiba handsetnya berbunyi nada isyarat mesej.Elhan ke? cepat-cepat Wafeen buka kotak inbox tapi satu nombor yang tiada dalam senarai tertera.Elhan pakai nombor siapa? mak dia kut…

Hai Sayang…dah tido?

Wafeen kerut dahi.Seingatnya,kalau Elhan hantar mesej dia takkan guna panggilan sayang melainkan namanya saja.Nak dengar Elhan panggil sayang pun,rasanya..tak pernah kut! seingat akulah..takkan dia buang tebiat pulak? tapi kalau yang suka sangat panggil aku sayang tu tak lain tak bukan Si Hantu Karipap tu je la…memang sah dia la ni! mana pulak dia dapat nombor aku ya? ini mesti Valqis yang kasi kat dia..
Wafeen pandang Valqis yang begitu lena tidurnya.Adik dengan Abang memang suka berkomplot! Hmmm…nak balas ke tak ni? lama Wafeen berikir.Kalau aku tak balas mesti dia ingat aku dah tidur kan? tapi…macam menipulah pulak!

Belum…awk nak apa Rayyan
x reti2 nak tido ke?

Balas Wafeen.Tak perlu lama dia tunggu mesejnya sudah berbalas.

Aik? macamana awk tahu sy yg send msg erk?
Haa..mesti awk ada save nombor sy kan? :P

“Ieee..perasanlah hantu ni!” omel Wafeen.Bila masa aku nak simpan nombor dia? tak terfikir langsung!

Jgn nak perasan ya? sy serkap jarang jek..
Awk nk apa ni? sy nk tido dh ni…


Beberapa saat kemudian mesej baru masuk.

Sy nk bgtau yg esok sy dan Val dah nk blk..

Wajah Wafeen berubah.Dah nak balik? dia pandang lagi wajah Valqis yang tidur.Kenapa Val tak cakap pun? kenapa awal sangat nak balik? Ish…lantak diorang la nak balik,yang aku sentap sangat apa kes? tak suka betul aku bila rasa macam ni!

So? apa perlunya awk bgtau sy? ckp kat nenek aja sudahlah..

Wafeen hantar mesej balasan itu.Ayatnya jelas seakan dia tidak peduli.Jual mahal pun ya jugak!

Sy x hrpkan awk sedih sbb sy tahu awk mmg x kisah pun..
Siapalah sy di hati awk kn? tp sy x peduli..awk suka ke tdk sy
ttp nk ckp sy sygkan awk..awk adalah syg sy utk slamanya..
I LOVE YOU!!!  xpe klu x nk percaya yg pntg sy x tipu perasaan sy sndiri..:)



Errkk!!!  Wafeen rasa susah nak bernafas pulak bila baca mesej itu.Ayat hujungnya tu macam perli aja? Yang penting saya tak tipu perasaan sendiri? suka hati kaulah! ada aku kisah? perasaan aku pada Elhan..kalau kau dah sukakan aku,nak buat macamana kan? aku pun tak boleh nak halang..tapi kalau aku tolak kau jangan makan hati pulak wahai Si Hantu Karipap!

Awk nk sy buat apa? terima aja cinta awk yg x smpai seminggu tu?
Kekasih sy  yg dh 4 tahun tu nk campak ke mana? dlm Sg. Pahang?
awk fikir sy ni prempuan jenis apa? boleh terima dan buang cinta mcm barang!
Sorry to say! simpan aja cinta awk kt prempuan lain..sy bukan utk digoda lelaki mcm awk!

Tanpa rasa bersalah atau menyesal Wafeen menghantar mesej itu pada Rayyan.

Campak dlm Sg. Pahang? bagus jugak..macam tu pun boleh!
kn sy dh kata..sy x peduli awk suka ke x…yg awk emo sgt knp?
yg sy tahu..awk “syg” sy…xpelah klu sy bukan “syg” awk..
Cara mia, ti voglio bene...

Wafeen ketap bibir.Degilnya dia ni!!! aku tak nak jadi “syg” kau lah!!! tak faham ke? cukuplah kau nak menggoda aku…aku ni manusia biasa tahu tak? kalau aku terpikat kang jadi satu masalah pulak! tak sanggup aku nak lukakan hati Elhan tu… Ya Allah! kuatkanlah iman hambamu ini…nasib baiklah esok dia dah nak balik,aku pun dah tak tahu macamana cara nak selamatkan hati aku ni!!
 Wafeen kerut dahi bila membaca ayat terakhir yang ditulis Rayyan.
“Apa bendalah mamat Itali ni tulis gamaknya…ingat aku ni pandai 10 bahasa ke?’ Bebel Wafeen.
“Kak Feen…tak tidur lagi ke? Valqis terjaga.Wafeen gigit bibir.Kuat sangat ke aku bercakap tadi.
“Belum….emmm..Val, akak tanya sikit boleh?” Alang-alang dah terjaga baik aku tanya Val.
“Apa kak?”
“Ni hah..apa makna…err..akak tak pandai nak sebut tau..Cara mia ti voglio bene?” Payah..payah…nasib tak terbelit lidah aku…” Wafeen membaca masej yang dihantar Rayyan tadi.
Tiba-tiba Valqis tergelak.Wafeen kerut dahi.Teruk sangat ke bunyi sebutan aku? Maaflah ye…lidah melayu.
“Bukan cara..tapi sebutannya “kara”…Cara mia ti voglio bene tu maksudnya…Honey,I love you so much…sayang,saya sangat cintakan awak  ...Hai,mamat Italian mana pulak yang mengurat akak malam-malam buta ni? Tanya Valqis.
Wafeen dah merah muka.Menyesal aku tanya!! Aku ingatkan ayat tu nak mintak buat karipap pusing ke apa….malunya aku kat Valqis!
“Oh..O…Abang Rayyan ke? Meledak tawa Valqis bila tekaannya mengena.Wafeen terus menepuk-nepuk bantal.
“Akak mengantuklah..Selamat Malam…”  Wafeen terus berbaring.Tarik selimut sampai tutup seluruh badan.Valqis menahan tawanya.
“Buenas noches cara mia…(Selamat malam sayang…) ”Perli Valqis.Wafeen buat tak tahu saja.Tak mau tanya dah walaupun aku tak faham!



3 ulasan: