Suara takbir kedengaran dari luar bilik.Mungkin Valqis membuka televisyen pagi itu.Wafeen senyum mengingatkan gadis kecil itu yang begitu teruja di pagi raya itu.Awal-awal lagi Valqis sudah bersiap dan membantu nenek di dapur.Pagi itu selepas menunaikan solat hari raya mereka akan pergi ke tanah perkuburan untuk menziarahi kubur arwah datuknya.Dia juga pasti Rayyan dan Valqis juga mahu menziarahi kubur arwah mama mereka.
Wafeen sudah berpakaian lengkap.Dia memandang cermin dan membetulkan tudungya seketika.Memandang dirinya di dalam cermin.Pagi itu dia pakai baju kurung yang dibelikan Elhan tempohari.Baju kurung bewarna merah jambu menyelahkan lagi keayuannya.Tiba-tiba Wafeen rasa sedih.Alangkah baiknya kalau Elhan dapat datang ke rumah di pagi mulia itu.Mimpilah! usahkan nak datang..call pun tidak! hmmmm…memang takde line agaknya kat sana..
“Nasib kaulah Wafeen…” dia bercakap dengan dirinya di dalam cermin.Wafeen terpandangkan kotak kecil di atas meja solek.Tergerak hatinya untuk membuka kotak itu.Sebenarnya,kalau dia ada kelapangan,memang dia selalu melihat isi di dalam kotak itu.Bukanlah barang berharga seperti yang selalu dihadiahkan Elhan padanya tapi benda yang disimpannya itu lebih berharga dan mempunyai nilai tersendiri di hatinya.
Wafeen membuka kotak itu.Dikeluarkan beberapa helai plastic gula-gula,batang aiskrim dan kertas pembalut chewing gam.Dia senyum sendirian.Orang mungkin akan ketawa kalau tahu dia menyimpan benda yang dianggap sampah itu.Baginya,sampah itu mengingatkan padanya kenangan manis yang tidak akan dilupakan.Wafeen belek batang aiskrim potong di tangannya.Kemudian plastik gula-gula dan akhir sekali kertas pembalut chewing gum.
Wafeen teringatkan tiga kali pertemuan yang bermakna buatnya.Walaupun dia cuma membawa karipap pusing saja setiap kali berjumpa tapi budak lelaki tu selalu memberinya sesuatu yang berbeza.Kali kedua dia diberikan gula-gula dan chewing gum dan kali terakhir mereka berjumpa budak itu belikan dia aiskrim potong.Wafeen masih tak lupa,waktu tu hari hujan.Mereka berteduh di hentian bas sementara menunggu hujan berhenti.Budak lelaki itu sanggup redah hujan ke kedai berhampiran semata-mata nak beli aiskrim.Makan aiskrim waktu hujan…memang pelik!
“Tak kira walau di mana pun awak berada….saya harap awak sihat,gembira, dan saya nak ucapkan Selamat Hari Raya pada awak..mungkin awak tak dengar,tak tahu..atau tak teringatkan saya pun..”
Wafeen pegang lama batang aiskrim sebelum tumpuannya teralih pada handset yang berbunyi.Dia lihat pada skrin tertera nama “Abah”
“Abah call?” dia senyum lebar.Tentu abah dan ibu nak ucap Selamat Hari Raya! Pagi Raya begitu sudah tentu dia rindukan kedua orang tua serta adik-beradiknya yang lain.Walaupun mereka berjauhan tapi setiap kali pagi raya,mereka tetap akan berhubungan melalui panggilan telefon.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Rayyan mengerut dahi.Dia dekatkan wajahnya di cermin.Dia mengambil sesuatu yang melekat pada matanya.
“Ek elleh…bulu mata rupanya..gugur satu bulu mata aku” omelnya.Dia renung bulu matanya yang gugur itu.Orang cakap kalau bulu mata gugur ada orang yang rindu…
Rayyan sengeh.Siapalah yang nak rindukan aku…papa? huh…anak kesayangan ada dengan dia,buat apa nak ingatkan aku..Wafeen? lagilah tak! bilik dia kat sebelah ajapun.Lagipun,kalau dia nak rindu sangat mesti pada Daniel tu! Huh…lagi-lagi Daniel…macam dah takde orang lain yang nak kena berebut dengan aku..atau…
Handsetnya berbunyi.Rayyan segera jawab bila nama “Zarynn” tertera.
“Selamat Hari Raya Sayang!!!! mmmuuuaaaahhh!!!” terdengar gelak tawa riang di hujung talian.
Rayyan menggeleng sambil tersenyum.
“Selamat Hari Raya Zarynn…you dekat mana ni? Paris? Venice?”
“I ada di Malaysialah…malam tadi I balik..surprised!!”
Rayyan kerut dahi.
“Semalam you cakap you tak nak balik..” dia teringatkan perbualannya dengan Zarynn semalam di bawah pokok jambu.
“Itu semalam…pagi ni I on the way balik rumah mama i…hmmm..maybe I tak dapat datang jumpa you kat sana tapi lepas raya nanti,I nak jumpa you..i tak kira!”
“Okey…jaga diri elok-elok..jangan nakal-nakal…”
“Iya sayang…you tak payahlah nak risau..i bukan isteri you pun..” terdengar lagi gelak tawa itu.
“Sebab you bukan isteri I la..kalau isteri I dah lama ada kat sini..sebelah I tau…”
“Tau takpe..tu pasal sebab you tak nak ajak I jadi isteri you…dah la! I nak call boyfriend-boyfriend I yang lain pulak…bye!”
“Bye!”
Rayyan ketawa kecil.Nak call boyfriend lain? Zarynn…Zarynn…malang sungguh la siapa yang jadi boyfriend-boyfriend you tu!
Rayyan membetulkan samping yang dipakainya.Baju Melayu merah jambu yang dibelinya hari tu memang sesuai dengannya.Hmmm..siapalah yang pakai pasangan baju ni pagi ni…nasib kau sama aja dengan aku wahai baju raya… tak bersatu dengan pasangan sejiwa!
“Arghh!!! pagi raya ni ingatkan muka Daniel tu buat spoil mood aku jek” Rayyan mengambil songkok.Dia menarik nafas panjang.Melihat dirinya di cermin…Dia rindukan arwah mamanya..kalau boleh dia tidak mahu bersedih seperti selalu.Apalah nasib aku ni,orang lain beraya dengan ahli keluarga..tapi aku dengan Valqis tumpang beraya di rumah orang…bezanya,tahun itu lebih baik dari sebelumnya..tiap kali hari raya kebiasaanya hanya Valqis yang akan beraya dengan papa.Sementara dia pula…pasti destinasi luar negara yang menjadi pilihan.Hari raya tidak bermakna buatnya hinggalah hari ini…dia rasa satu perasaan aneh.Seperti Hari Raya ketika mamanya masih ada…dia rasa dadanya lapang,dia rasa mahu tersenyum saja pagi itu dan dia rasa tak sabar nak tengok Wafeen! sejak jumpa Wafeen,dia rasa hidupnya ceria dan dia sendiri tak tahu kenapa bila dengan Wafeen dia rasa seakan dia lelaki paling hebat dalam dunia!
Rayyan keluar dari bilik.Dia lihat ruang tamu sunyi saja.Mungkin mereka di dapur agaknya.Hanya televisyen yang terpasang tanpa ada yang menonton.
“Nek! dah lambat ni…nanti terlepas pulak solat hari raya..”
Rayyan berpaling pada Wafeen yang sedang menutup pintu.Matanya membulat bila melihat baju kurung yang dipakai Wafeen.Pink??
“Omg!!”Valqis yang baru muncul dari arah dapur terkejut dengan apa yang dilihatnya.Baju Abang dengan Kak Wafeen sama!!
“Apahal korang berdua ni?” Wafeen kerut dahi hinggalah dia terpandangkan baju Melayu Rayyan yang berwarna serupa..bukan setakat warna tetapi coraknya juga!
“Hah?” Wafeen dan Rayyan berpandangan.Dia teringatkan kata-kata designer bajunya itu.Baju ni dijahit berpasangan..khas untuk kekasih atau suami isteri..tapi kenapa Rayyan? waaaaaa…..takkanlah aku ada jodoh dengan dia? tak..tak..tak…jodoh aku dengan Elhan! bukan baju yang jadi penentu kan? kan?
Namun dia tak nafikan,Rayyan Raiqarl sangat tampan dan baju itu memang sesuai dengannya..
“Abang!” Valqis panggil Rayyan yang terlongo.
“Apa?” Rayyan pandang Valqis.Macamana boleh sama pulak?
“sama…”
Rayyan diam.Aku tahulah! bukannya buta…dia teringatkankan kata-kata designer baju itu.Jangan ada jodoh dengan perempuan yang beli pasangan baju ni sudahlah…merana pulak kekasih dia nanti!
Adakah memang takdir atau mungkin semua ini adalah isyarat yang dia sememangnya ada jodoh dengan Wafeen? Yiiee haaaa!!!
++++++++++++++++++++++++++++
Satu…dua…Smile!!!
Klik! Valqis melihat skrin kamera digital ditangannya.Cantik!
Rayyan sudah mahu bangun dari kerusi sebaik saja selesai Wafeen mengambil gambar dia,Wafeen dan Nek Jah.
“Eh..nanti dulu!” tahan Valqis bila lihat abannya dan Kak Wafeen sudah mahu bangun dari sofa.Nek Jah pula sudah ke dapur.Mereka baru saja balik dari tanah perkuburan.
“Apa lagi dik…”keluh Rayyan.Aku dah lapar ni! nak karipap pusing!
“Gambar abang dengan Kak Wafeen…please!”
Rayyan pandang Wafeen.
“Emm..okey!” Rayyan duduk semula.Begitu juga Wafeen.Kalau tak ikut nanti kecil hati pula Valqis.
“Alah…duduk dekat sikit tak boleh ke? macam sedepa…” marah Valqis.Rayyan pandang Wafeen lagi.Dia tengok Wafeen macam sudah mula cuak.
“Dekat lagilah…” arah Valqis.Lagak macam jurukamera professional.
Rayyan duduk rapat lagi.
“Tangan abang…atas kepala sofa boleh? macam kaku aja kalau letak atas peha.Macam orang nak bersanding..tahulah baju sama!” Valqis ketawa.
Rayyan letak juga tangan kirinya atas kepala sofa.Seakan dia memeluk bahu Wafeen.
“Okey…senyum…”
Klik!!
“Omg!! cantiknya….macam bukan hari raya tapi majlis perkahwinan..” jerit Valqis.Begitu teruja melihat gambar di skrin.Wafeen sudah merah padam mukanya.Dia tak berkata apa-apa bila matanya bertentangan dengan Rayyan.Cepat-cepat Wafeen bangun dan berlalu ke dapur.
“Kak Wafeen nak pergi tolong nenek kejap ya..”
Valqis angguk.Malulah pulak Kak Wafeen ni..tapi betul apa aku cakap..
“Adik jangan lebih-lebih boleh tak…” bisik Rayyan.
“Habis tu,nak cakap apa lagi…bukan Adik sorang cakap macam tu..Kat masjid tadi,ramai yang tanya Nek Jah..abang ni tunang kak Wafeen ke? diorang hairan sebab takde pun dengar cerita Kak Wafeen tu bertunang ke kahwin..semuanya sebab baju ni la! sedondon sangat…penat Nek Jah nak jawab..diorang cakap abang dengan Kak Wafeen macam pinang dibelah dua”
Rayyan senyum.Dia suka bila ada yang fikir macam tu.Padan muka kau Daniel!! tengok? orang cakap aku sepadan dengan Wafeen…heheh..
“Val…ajak Abang Rayyan kau tu pergi makan..Nek Jah nak pergi hantar rendang dengan ketupat ke rumah saudara mara..”
Pesan Nek Jah yang berlalu ke muka pintu dengan membawa mangkuk tingkat.
“Abang pergilah makan dulu,Adik nak pergi touch up kat bilik jap”
“Iee…inilah orang perempuan,melawa lagi penting dari makan..”
“Mestilah..”
Valqis masuk ke bilik.Rayyan terus ke dapur.Yes!!! masa untuk bersama bakal isteri…
“Laparlah!” Rayyan tarik kerusi.Wafeen sedang menyusun pinggan di atas meja.
“Lapar makanlah…”
“macamana nak makan..tengok tangan saya ni!” Rayyan tunjukkan tangan kanan yang masih berbalut.
“Tangan kiri ada,makanlah pakai sudu”
“Mana boleh makan pakai tangan kiri..” Rayyan sengeh.Wafeen kerut dahi.Ada-ada aja jawapan dia!
“Dah tu…nasib awaklah..tengok ajalah makanan ni semua..”
“Sampai hati…”
“Dah tu,saya nak buat macamana?”
“Awak suapkanlah..”
“Hah?”
“Pakai sudu..boleh kan?”
“Mengada-ngada..”Wafeen ketap bibir.
“Nak makan apa?”
“Karipap pusing..”
“Mana ada..hari raya orang tak nak makan karipap..banyak lagi benda lain yang istimewa..”
“Takde…kenapa tak buat?”
“Mana saya tahu…nenek tak buat,kalau saya buat kan tak sedap..”sindir Wafeen.
“Saya nak karipap..”Rayyan tarik muka.Muncung panjang.
“Awak ni yang suka sangat karipap ni kenapa? “
“Awak tak tahu..dulu masa saya tinggal sini,saya ada kawan perempuan yang selalu bawa karipap pusing untuk saya.Dia baik,kalau saya suruh bawa tak pernah dia tak bawa..bukan macam awak! saya nak makan tapi takde…” Rayyan bangun dan berlalu.Merajuk sebab tak dapat makan karipap pusing!
Wafeen tak sedar sudu di tangannya terlepas! hingga tak terkeluar suaranya untuk memanggil Rayyan .Dia cakap…dia ada kawan perempuan yang selalu bawakan dia karipap pusing?
bestttttttttttttttttttttttt next2
BalasPadamwahhh...x sabar nk tggu next en3..msti lg best
BalasPadambest...best...
BalasPadamsis nak tanya
ni diedit semula ke..bukan haritu pernah upload sampai bab 60 ke
just asking...
emannnnnnnnnnnn best sangat!!!!!!!!!!haha masin mulut org kampung nanti, org kata klo ada 40 org doakan benda sama dalam masa sehari, benda tu blh berlaku. haha grenti dah lebih 40 org doa tu.
BalasPadamigt td wafeen sempat suap pastu, vee amik pic depa. wahhhhhh sweetttt bila imagine it. haha thanks ya, u make my day lah.
hahah...yup..masin mulut org kampung erk...heheh
BalasPadam