Follower Setia SYK

Isnin, 16 Januari 2012

Hikayat Cinta Si Pematah Hati 14

“Dari tadi asyik tengok handset aja…tunggu call ke? tanya Rayyan.Sakit mata dia tengok gelagat Wafeen yang sedari tadi tak lekang dengan handset di tangan.Tunggu call Daniel la tu…aku mintak sangat yang kat kampung Si Skema tu takde line..biar padan muka Daniel! hahahaa..
Wafeen cepat-cepat menyimpan handset dalam poket seluar track.Dia pura-pura membetulkan tudung dan kemudian menjenguk periuk berisi ketupat yang sedang direbus.Nampak sangat ke yang aku macam tengah tunggu call?
“Jenguk periuk tu buat apa.Belum masak lagi..kan baru saja hidupkan api? periuk tu baru aja letak..” Rayyan menolak kayu api supaya makin terus dibakar api.Asap api dari kayu itu buat sedikit terbatuk dan matanya pedih.
“Saja nak tengok..tak boleh?”
“Tak boleh!!” Jawab Rayyan sambil tersengeh.
“Awak ni…suka tinggikan suara kat orang..” Wafeen mula mencuka.Rayyan kerut dahi.Ai..takkan terasa kut..alalalala..comelnya buat muka macam tu! geram aku nak cubit..
“Ye la…saya tak tinggikan suara,bergurau ajalah..”
“Kasar!”
“Amboi…yang awak tampar saya tadi tak kasar ke?”
“Tak sengaja! awak tu….marah saya malam tadi,apa salah yang saya buat? tiba-tiba nak marah orang…tak sukalah orang kasar dan suka marah-marah..” jawab Wafeen pula.
“Ye la sayang….lain kali abang tak marah lagi dah…”Rayyan senyum nakal.Kata nak berlemah lembut kan..
Wafeen terbatuk-batuk kecil.Entah kerana asap atau kerana ayat yang disebut Rayyan itu.Hi…yang tu macam mengada-ngadalah pulak! suka suki kau je nak panggil aku sayang kan?
“Kalau macam tu caranya,saya lagi rela awak cakap kasar..”
“Kenapa pulak? kata suruh lemah lembut…takkan panggil sayang pun tak boleh..tahulah dah ada boyfriend..”
“Awak jangan nak sindir saya pulak…apa kena mengena pulak dengan saya dah ada boyfriend?”
“Ye la…siapalah saya ni, Cuma menumpang aja beraya kat sini…cakap kasar tak boleh…cakap berlembut pun orang tak suka..”Rayyan seperti jauh hati.Wajahnya nampak sedih.Wafeen cuak.Apa kes pulak mamat ni tetiba nak merajuk?
“Rayyan!” Wafeen pegang hujung lengan baju Rayyan.
“Awak nak pergi mana?”
“Orang tak suka buat apa duduk sini lagi” Rayyan tak sangka pulak Wafeen akan menahannya.Aku nak masuk dalam rumah aja pun..tapi,kalau nak tahan abang berdua dengan sayang kat sini pun takpe..peduli apa aku yang dia ni kekasih Daniel! yang penting sekarang..dia ada dengan aku..Daniel boleh blah! bagus jugak kalau tacle awek dia ni…biar padan muka Daniel bila kekasih kesayangan dia ni jatuh cinta dengan aku! kenapa aku baru terfikir yang Wafeen ni senjata terbaik aku untuk sakitkan hati Daniel tu!
“Siapa pulak tak suka awak….jangan salah faham boleh tak?”
‘Maknanya awak suka saya la?”
“Sukalah…maksud saya,sebagai kawan..” Wafeen melepaskan pegangannya yang agak lama pada lengan baju Rayyan.Opss…sorry!
Rayyan senyum.Kawan? takpe…kita kawan dulu..lepas tu,kau tahulah apa aku nak buat dengan kau..kalau tak jadi isteri aku,kau takkan jadi isteri Daniel atau mana-mana lelaki pun! pilihan jawapannya cuma satu..Rayyan Raiqal!
“Abang!!! ada orang call…”Valqis keluar dari rumah dengan membawa Handset Rayyan yang asyik berbunyi saja.Terpaksa juga dia tolong jawabkan.
“Siapa?”
“Entah…tapi perempuan..”
“Perempuan?” Rayyan segera mengambil handsetnya dan mengatur langkah ke arah pokok jambu yang sedang berbuah lebat.Ada pangkin di situ dan dia duduk sambil berbicara di talian.
“Perempuan mana la pulak yang call abang tu..banyak kali pulak tu” bebel Valqis lalu dia kembali ke dalam rumah.Banyak lagi kerja yang perlu dia lakukan di dapur.
Wafeen menolak kayu untuk memarakkan lagi api.Sesekali dia pandang Rayyan yang bukan main tergelak-gelak berbicara di talian.Huh…bukan main suka nampak? perempuan yang call…girlfriend dia kut…
Wafeen menghela nafas.Kenapalah Elhan tak call..esok dah nak raya…takkanlah takde line kut? dia pandang Rayyan lagi.Entah kenapa dia rasa kurang senang dengan kegembiraan yang terpamer di wajah Rayyan itu.
Rayyan mematikan talian.Dia lihat Wafeen sedang tekun menjaga api yang sedang marak.Perlahan-lahan dia mendekati Wafeen.
“Hah!!!!” disergahnya gadis itu.
“Oi Ketupat belum masak!!”
Ketawa Rayyan kedengaran.Wafeen cekak pinggang.
“Awak ni..jahatlah!!”
“Muka cantik dah tapi ada penyakit latah la pulak…”Rayyan pegang perut menahan tawa yang tak berhenti.
“Eh..bukan penyakitlah! bukan selalu pun…ieeee…dahlah ketawa!” Wafeen capai ranting kayu dan mahu dipukulnya Rayyan tapi lelaki itu pandai mengelak.
“Rayyan!! jangan bergeraklah!” Wafeen tak puas hati.Rayyan mematungkan diri.
“Okeylah..okeylah..hah,saya tak bergerak ni..”
Wafeen pukul perlahan lengan Rayyan dengan ranting kayu itu.
“Puas hati?”
Wafeen mencuka.Ranting kayu dibuangnya.
“Alah…melatah pun saya tetap sukalah sayang..”Rayyan buat lagi perangai menggodanya.
“Ieeee..jangan panggil sayang boleh tak?”
“Suka hati sayalah…mulut saya..”jawab Rayyan selamba.Handsetnya berbunyi lagi.Dia menjawab talian.Siapa pulak ni? Rayyan pandang Wafeen seketika sebelum kembali ke bawah pokok jambu seperti tadi.
“Hallo…hai..lama tak call? haah..dekat mana? malam ni…okey..i miss you too la..” Rayyan masih berbicara di talian,lebih lama dari tadi dan lagi kuat gelaknya..
Wafeen mengecilkan mata.Perempuan mana pulak kali ni? siap I miss you too pulak tu.Spesis playboy ke apa dia ni? patutlah senang sangat mulut dia nak panggil orang sayang..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Jadi korang semua dah kena tukar ke sini la?”
“Betul boss…takkan Dato’ tak beritahu yang dia ada buka anak syarikat baru kat Temerloh ni..belum ada pengurus lagi boss..sebab tu la,Tuan Daniel tu selalu kena datang sini..sebab site kat sini takde orang pantau..” beritahu Fitri.Rayyan berfikir seketika.Patutlah Daniel tu siap beli rumah kat sini..entah-entah dia rancang nak nikah dengan Wafeen dan tinggal kat sini?
“Boss…”panggil Fitri.Dia pandang teman sekerjanya Iskandar.
“Boss..”panggil Iskandar pula.
“Huh? eh..korang ni panggil aku boss aja..aku bukan boss korang lagi dah..” Rayyan ketawa.Dia masih tak lupakan Iskandar dan Fitri.Pengikut paling setianya di syarikat dulu.Sebelum dia meletakkan jawatan kerana sekian lama dia berkhidmat dengan papanya tapi hasil kerjanya tidak pernah dihargai.
“Tak kiralah boss dah tak kerja dengan Dato’ pun..tetap kitorang nak panggil boss jugak.Dulu,masa kami ni takde kerja..boss yang ambil kami..kalau tak,sampai sekarang kami berdua ni kerja jadi jurujual aja..” Fitri pandang Rayyan.Dia lihat bekas majikannya itu dah tak macam dulu lagi.Seperti orang biasa saja.Sudah tidak segak dengan pakaian mahal..
“Siapa nak belanja aku ni?pasal aku ni bukan boss lagi,aku dah tak banyak duit..” Rayyan sengaja menduga.
“Saya belanja boss berbuka malam ni..pasal dah lama tak jumpa boss.Kenapa balik tak beritahu..nasib baik Kak Munah orang gaji rumah Dato’ tu beritahu saya masa saya hantar dokumen ke rumah Dato’ pagi tadi..lagipun,kami datang sini tengok rumah sewa..lepas ni,bolehlah melepak dengan boss kan Is?”
“Aku ni tak kerja,bolehlah melepak..korang nanti banyak kerja,jangan nak buat hal pulak..tak pasal-pasal kena buang kerja..”
“Boringlah boss kerja bawah Tuan Daniel tu..dia tu,tak sporting langsung..skema aja..semua nak kena ikut etika..tak mesra dengan pekerja pulak tu”
“Huh…dia kerja okey ke?”
“Okey apa benda…mak dia Datin Ann tu asyik masuk campur aja..kita orang ni tak tahulah sebenarnya bawah arahan siapa..Tuan Daniel tu asyik ikut aja arahan mak dia..”
“Boss..apa kata kalau boss kerja balik dengan Dato’? “
“Aku tak naklah…kan Daniel tu CEO korang..kerja ajalah dengan dia..nak melingkup ke apa..itu urusan dia..malas aku nak ambil tahu..”
“Tak pun,boss jadilah pengurus kat sini..kan Fitri?”
“Haah boss…kan boss dah tinggal sini..”
Rayyan diam.Berfikir seketika.Ya tak ya jugak…kalau aku ambil alih syarikat baru ni,maknanya..tak payah Daniel tu menyibuk kat sini lagi..nak jumpa Wafeen pun susah kan? maknanya…senanglah kerja aku nak mengurat Wafeen tu..tak sia-sia aku ada pengikut setia macam ni! otak pun bergeliga..
“Macamana boss?”
“Nanti aku fikir,yang penting…korang belanja aku berbuka..cepatlah order..dah nak berbuka ni”
“Beres..boss punya pasal..apa pun boleh!”
“Bodek ke apa ni?”
“Mana ada boss..kami berdua ni setia boss..”
Rayyan senyum.Dia rasa hatinya bagai berlagu riang…Daniel…Daniel…kau tengoklah nanti! Wafeen tu jadi isteri aku tak lama lagi..lagipun,dia bukan tunang kau..isteri jauh sekali..kalau setakat kekasih,bukan tiket untuk kau kata dia hak kau…

+++++++++++++++++++++++++++
“Assalamualaikum..” Rayyan memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.Dia lihat Wafeen berada di ruang tamu dan sedang menyusun bekas kuih raya di atas meja.
“Waalaikumussalam…”jawab Wafeen.Dah balik pun..berbuka dengan siapalah kat luar tu agaknya.Sebelum Rayyan keluar petang tadi dia ada juga bertanya lelaki itu mahu berbuka dengan siapa tapi Rayyan kata rahsia! elleh….cakap ajalah dengan girlfriend! nak berahsia sangat.
“Val mana?”
“Kat dapur…tolong nenek lap pinggan..”jawab Wafeen.Dia membetulkan alas meja.Rayyan yang duduk di sofa selamba saja membuka penutup bekas kuih raya.Baru saja mahu diambil sebiji kuih Almond London,Wafeen pukul jarinya.
“Raya esoklah!” Wafeen ketawa bila Rayyan membulatkan matanya.Terkejut sebenarnya bila jarinya dipukul perlahan.
“Kedekut…sebiji aja..”pinta Rayyan.Wafeen sudah menutup semula bekas kuih itu.
“Tak boleh!”
Handset Wafeen di atas meja berbunyi.Wafeen capai handsetnya.
Dia pandang Rayyan yang sudah mengambil semula bekas kuih tadi.Rayyan tayang bekas kuih di tangannya..Dia angkat kening dan senyum nakal sambil membuka dan mengambil sebiji kuih itu.Rayyan tanpa berlengah menyumbat kuih Almond London ke dalam mulutnya.
Wafeen ketap bibir.Ieee…teruklah dia ni..orang cakap jangan makan dia makan jugak!
Wafeen tak mampu nak marah bila terpaksa menjawab panggilan.Terpaksalah dia biarkan saja Rayyan buat perangai nakalnya itu.
“Hallo…abang ya? kenapa dah lama tak call?”
terdengar suara manja Wafeen.Rayyan pandang dengan perasaan cemburu.Tak guna betul!! mesti Daniel tu kan? siap panggil abang lagi…geli aku dengar!
Rayyan capai bekas kuih.Mahu ditutupnya.
Prang!!!
Mungkin kerana pegangannya terlalu kuat atau kerana dia sedang menahan rasa cemburu dan marahnya menyebabkan bekas kuih daripada kaca itu pecah.
Rayyan sendiri terkejut..dia lihat tapak tangannya sudah berdarah kerana luka.
“Rayyan?” Wafeen kaget bila dia selesai berbicara di talian dan menghampiri Rayyan,dia lihat lelaki itu sedang memegang tangannya yang luka.Kuih bersepah di atas meja.Rayyan sempat mencapai tisu untuk menghalang darah daripada menitis dam merosakkan alas meja.
“Tangan awak luka..”Wafeen segera membuka almari hiasan dan diambilnya kotak kecemasan.Segera dia keluarkan iodine dan kain anduh serta pembalut luka.
“Macamana boleh jadi macam ni? itulah…makan tak dapat izin..kan dah luka” Wafeen segera membersihkan luka itu.Rayyan sekadar memerhatikan saja.Dia langsung tak kisah dengan luka itu.Namun begitu,dia rasa bahagia bila Wafeen dengan teliti membalut lukanya itu.
“Sakit tak? tanya Wafeen.Rayyan geleng.Sakitnya kat dalam Wafeen..awak takkan nampak…
“Siapa yang call tadi?” tanya Rayyan.
“tadi tu?…Abang sepupu saya yang tinggal di Kuantan.Sebab dia tak dapat balik beraya di sini..dia call la,tanya khabar..lagipun,dia tu baru aja kahwin..biasalah,nak raya dengan keluarga isteri dia..”
“Oh..sepupu awak?” Rayyan senyum.Hihihi..aku ingatkan boyfriend skema kau tu yang call..
“Iya..kenapa?”
“Takde apa..” Rayyan geleng.Fuh…lega! berbaloi jugak aku luka..Rayyan masih merenung Wafeen.
“Hmm..lain kali hati-hati..awak ni,nak makan kuih pun luka..asyik dapat cedera aja..” pesan Wafeen.
“Takpelah..awak kan ada..kalau awak yang balutkan luka saya..hari-hari pun saya sanggup luka”
Wafeen dan Rayyan berpandangan.Wafeen melarikan pandangan matanya dan segera bangun untuk menyimpan kotak kecemasan bila rasa kelainan di hatinya.Rasa yang dia perlu elakkan!

4 ulasan:

  1. hadei la..hamik!cedera sebab jeles. haha. tapi berbaloi tu.hehe tuan putri yg tlg balut kan. terbaeeekkkklah eman!hehe tp tak puas je, pendek.haha

    BalasPadam
  2. minta maaf!! kenapa dengan novel awak ni terlalu menykitkan hati tau tak!! sama ngan suami yang ku benci!

    dahlah nama heroin buruk!! wafeen... please... buruknya nama...

    isk... tak tau nak cakap apa lagi dah..

    BalasPadam
  3. thumbs up sis...
    saya dah baca novel yang first..
    best...
    nama hero & heroin lain dari yang lain tetapi maksud dia baik...
    sekarang ni sedang ikuti semua novel awak di blog...
    ada cadang nak terbit x?

    BalasPadam