Follower Setia SYK

Isnin, 2 Januari 2012

Hikayat Cinta Si Pematah Hati 11

“Macamana? cantik kan?” Rayyan angkat kening.Lelaki yang berdiri sambil memeluk tubuh itu baru sahaja selesai menghidupkan api pada deretan pelita-pelita buluh yang dipacak di halaman rumah.Rayyan senyum pada Wafeen.Baru tahu betapa kreatifnya Rayyan Raiqal kan..
“Emmm…bolehlah..” jawab Wafeen acuh tak acuh.Dia memerhatikan Valqis yang sedang berbicara dengan beberapa orang kanak-kanak yang datang bertandang.Hebat sangat agaknya pelita-pelita buluh itu menerangi kawasan rumah neneknya itu hingga anak jiran pun boleh datang bermain.
“Memang cantiklah! tak rugi kalau awak ringankan mulut awak tu untuk cakap yang deretan pelita di laman rumah nenek awak ni memang superb..” Rayyan cekak pinggang.Tayang muka tak puas hati tu.Wafeen menarik nafas.Saja aku malas puji,muka berlagak gile!
“Okeylah…cantik..” luah Wafeen.Memanglah cantik,kalah pelita rumah jiran sebelah..
“Hah..macam tu la..tengoklah tangan siapa yang buat..” Rayyan tepuk dada.Bangga tahap tak boleh blah! Wafeen mencebir.Erk…apasal aku rasa nyampah aja dengan ayat tu? dah la paksa orang puji dia..boleh pulak puji diri sendiri tu..
“Masuk bakul angkat sendirilah awak ni..”
“Apa-apa ajalah,yang penting…karipap pusing special untuk berbuka esok…awak dah janji” Rayyan senyum sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam beg plastic di tangannya.Wafeen memerhatikan saja.Dia pun tertanya-tanya sejak tadi.Plastik berisi apalah yang dipegang lelaki itu.Takkan karipap pusing nenek kut? aku tengok dah licin pinggan masa berbuka tadi..
“Saya ada janji ke? malaslah…esok saya busy..” Dalih Wafeen.Hantu karipap betul! takde benda lain ke nak makan? mintaklah kuih lain..kan banyak?
“Awak dah cakap pagi tadi…Tipu berdosa…masuk neraka…” Rayyan tayang telunjuk pada Wafeen.Nampak comel pulak bila lelaki itu berbuat begitu.
“yelah…yelah…” Wafeen senyum.Ayat budak tadika tu jugak yang dia pinjam! tapi memang betul pun kan? nanti tak pasal-pasal aku buat dosa kering sebab mungkir janji.
“Sekarang…masa untuk ini!!!” Rayyan tayang segulung bunga api di tangannya.Macam-macam jenis mercun lain juga ada tapi Wafeen tak tahu apa namanya..yang dia tahu, benda tu merbahaya!
“Uiks!! awak dapat mana benda haram ni hah?” Mata Wafeen terjegeil.Mahunya tak terkejut…
“Syyyhhss..jangan cakap kuat-kuat..nanti saya kena tangkap dengan polis..” acah Rayyan.Tangannya mencucuh sebatang bunga api pada pelita.Percikan bunga api kelihatan.
“Nak bunga api jugak!!!!” Valqis menghampiri Rayyan.
“Nah..kongsi dengan adik-adik tu…”Rayyan menyerahkan dua ikat bunga api bewarna merah belang putih itu.
“Awak boleh ajak adik awak main sekali?” Wafeen cekak pinggang.Tak sempat dia nak tegah Valqis yang sudah berlalu mendapatkan sekumpulan kanak-kanak.
“Alah…cakap ajalah awak nak main jugak..”
“Eh..benda ni bahayalah!”
‘Bunga api aja pun..”
“Okey…tapi yang dalam plastic tu ada macam-macam jenis..saya nampak!”
“Memanglah..ni,ada mercun bola,mercun papan,mercun katak pun ada..belum kira mercun lidi..mercun naga..biasalah tu! saya ni orang lelakilah awak…kira okeylah saya tak pergi main meriam buluh atau meriam busut ke..
Wafeen terkebil-kebil.Banyaknya? dia ni pembeli ke penjual? hampeh sungguh…muka selamba bagak bercerita pasal mercun!
“Bahayalah! kalau awak main ni..lepas tu putus jari macamana? cacat awak tahu tak?”
“Saya tahulah Wafeen yang awak sayang sangat kat saya…tapi, saya dah lama tak main benda ni sayang..bagilah saya peluang..raya setahun sekali..”
“Apa sayang-sayang? saya bukan sayang awaklah..saya cuma..emm..maksud saya,saya prihatin pada keselamatan tetamu saya..itu aja..” Wafeen tergagap-gagap berbicara.Rayyan pandangnya sambil terangguk-angguk.Hai…takkan aku usha sikit dah menggelabah kut... ini mesti boyfriend dia tak pernah panggil sayang ni..heheh..
“Sekali aja..boleh? yang ni?” Rayyan capai sebiji mercun bola.
“Tak boleh!! saya nak esok awak buang dalam sungai mercun tu..faham?”
“Sebiji ni aja…sekali aja..nanti saya kempunan pulak”
“ingat makanan ke nak kempunan bagai..dah! saya nak awak simpan..nanti meletup pulak!”
“Bunga api? “Rayyan buat muka kesian.Wafeen berfikir seketika.
“Okeylah…bunga api tu aja boleh main…”
“Zalimlah awak ni..ingat saya ni budak-budak ke nak main bunga api aja..”
“Okeylah tu..dah kira baik saya benarkan awak main bunga api tu..kalau saya suruh awak main mercun bawang tu aja macamana?
Rayyan muncung panjang.Wafeen tahan ketawa.Padan muka! sape suruh beli mercun yang bahaya tu? membazir duit aja!
Rayyan cucuh lagi sebatang bunga api dan Wafeen sekadar memerhati.
“Tak nak main ke?”
“Tak nak!!”
“Awak ni boringlah…tak sporting langsung..nah! ambil satu ni..”
“Ewah..paksa orang pulak!”
“Ambiklah…”
Wafeen ambil juga bunga api yang dihulurkan.Ingat aku ni perangai macam budak-budak jugak ke?
“Selamat hari raya…hari untuk kita bersuka ria..minta yang…karipap pusing sepotong..abang mahu makan kerna perut kosong..” Rayyan menyanyi sambil ketawa.Dia hayun tangan yang memegang bunga api.Wafeen ketawa melihat gelagatnya.Adoilah…boleh pulak dia menyanyi lagu raya..siap ubah lirik tu..
“Baik awak hentikan nyanyian awak tu…tak sedaplah!!”
“ Saya tahu..awak nak cakap sedap suara saya kan? awak ni..tak payahlah nak berselindung..terus terang aja..”
“Ieeee…tolonglah! perasan! hah….kan..” Wafeen tadah telapak tangan.Dia dapat rasakan rintik-rintik hujan mula turun..
“Dah hujan!!! itulah..siapa suruh awak menyanyi? macam suara katak awak tahu tak!” ejek Wafeen.Dia segera berlari ke beranda rumah bila hujan semakin lebat.Kanak-kanak lain juga bertempiaran lari balik ke rumah masing-masing.
“Hujan..habis dah padam pelita-pelita tu” Valqis berdiri di sebelah Wafeen memerhatikan hujan yang semakin lebat.Halaman sudah menjadi gelap kerana tiada lagi api pelita.
“Kesian…kesian..kesian..” Wafeen pandang Rayyan yang sedang meraup rambutnya yang basah.Wajah Rayyan kelihatan hampa kerana api pelitanya sudah padam.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Tak nak masuk ke? nenek cakap kat luar ni sejuk..lagipun dah nak pukul 10.30 malam ni..eloklah awak masuk tidur aja..” tegur Wafeen pada Rayyan yang masih duduk di buaian.Rayyan memerhatikan hujan yang masih belum berhenti.
“Wafeen..sinilah..”Panggil Rayyan.Dia menggamit Wafeen yang berdiri di muka pintu supaya duduk di buaian besi itu.Wafeen geleng.Tak nak la…seganlah pulak..
“Bukan saya nak buat apa pun..awak duduk depan saya ni..bukan suruh duduk sebelah..saya tak buat apa-apalah..kat luar ni terang,dalam rumah pun ada nenek dengan Val..saya nak ajak berbual aja..”
Wafeen akhirnya duduk juga di buaian itu.Bukan dia bersangka buruk dengan Rayyan.Tapi…selain daripada Elhan..dia tidak pernah duduk dekat dengan mana-mana lelaki pun..kalau setakat brtegur sapa tu dia dah biasa tapi..nak duduk berdua macam ni..ada nampak macam datinglah pulak! ish..kalau Elhan tahu ni..habis aku! Rayyan ni pulak , memang tak tipu…handsome sangat!
“Awak suka hujan?” tiba-tiba Rayyan tanya.Wafeen dapat agak,Rayyan tentunya seorang yang peramah dan suka berbual.
“Saya tak kisah…hujan ke..panas ke..semua tu rahmat Allah…kat Malaysia ni pun,itu ajalah musimnya..”
“Ya ke? ada musim lain jugak apa..musim durian..musim tengkujuh..musim haji…”
“Eh..itu lainlah..” tingkah Wafeen.Geramlah pulak.Rayyan ketawa.
“Kenapa awak tanya? awak suka hujan ke?”
“Saya suka semua musim..sebab tu,saya suka pergi banyak negara luar..awak tahu bila salji cair jadi apa?”
“Jadi apa? eleh..senang aja soalan tu..budak tadika pun boleh jawab..tentulah jadi air!” jawab Wafeen.
“Kalau awak jawab macam tu,mentaliti awak samalah dengan budak tadika” Rayyan sengeh.
“Apa awak cakap?”
“Gurau ajalah…garanglah awak ni..”
Wafeen sudah mula cemberut.Opss…dia marah ke? Rayyan cuak.
“Bila salji cair..dah tentulah ianya bertukar jadi musim bunga…”Rayyan ketawa.
“Soalan poyo..”marahWafeen.Rayyan masih ketawa.
“Antara musim panas dengan musim hujan…yang mana lebih seronok makan aiskrim?”
“Ieee…suka tau bagi soalan teka teki yang tak membina..mestilah aiskrim seronok makan musim panas…haus kan…” Wafeen jawab jugak.
“Bagi saya tak…aiskrim seronok makan musim hujanlah…”
“Hah? apa pulak macam tu…”Wafeen tak puas hati.Asyik salah aja…
“Iyalah…katakan awak makan aiskrim potong dalam cuaca panas..dah tentu aiskrim tu akan cair sampai ke tangan..kan leceh tu! tapi cuba awak makan waktu hujan macam ni..awak dapat makan dengan selesa sebab cuaca sejuk takkan buat aiskrim tu cair..kan seronok!” Rayyan ketawa lagi.Lelaki itu sudah bangun dari buaian.
“Selamat malam cik Wafeen..lain kali kita main teka teki lagi ya?”
Wafeen terkedu.Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu….hari terakhir dia berjumpa dengan budak lelaki tu…waktu tu hari hujan dan mereka berteduh di hentian bas…hari tu dia bawa karipap pusing dan budak tu belikan dia aiskrim potong..walaupun antara mereka tidak banyak cakap tapi dia masih ingat…budak lelaki tu makan aiskrimnya macam tak ingat dunia! kenapa Rayyan dengan budak lelaki tu..sangat mirip kesukaannya…karipap pusing..makan aiskrim waktu hujan…tapi yang membezakan cuma..dia ni banyak cakap!

2 ulasan:

  1. bila la wafeen nk tau yg budak tu sbnrnya rayyan..

    BalasPadam
  2. bila lagi saye nk dapat bce n3 awak e-man ? kalau bolee saye nak skrg jugakk ! hehehee, saye harap wafeen akan bersama rayyan. bkn dgn tunang dia. tak salah sayalah kann.. dah lme xbce cerita2 awak
    chiyokkk.. berusahaa!

    BalasPadam