Follower Setia SYK

Isnin, 2 Januari 2012

Hikayat Cinta Si Pematah Hati 10

“Buat apa tu?” tanya Wafeen pada Valqis yang sedang duduk di buaian.Dia keluar ke beranda rumah.
“Baca majalah ni…”Valqis tunjuk majalah Solusi padanya.Wafeen angguk saja.Mana pulak abang dia ya? aku tak nampak pun dalam rumah.
“Wafeen!!!” tiba-tiba dia dipanggil.Rayyan muncul dengan rambutnya yang diikat.Dia lihat Rayyan muncul dari sebelah kanan rumah.Datang dari mana pulak dia ni? macam askar aja aku tengok!
Rayyan memakai seluar beggy separas lutut dan T-Shirt hitam.Siap bertopi lagi . Di pinggangnya tersisip sebilah parang.Uiks…nak mengamuk ke apa?pagi-pagi lagi dah bawa parang ni?
“Mana pokok buluh? Nek Jah cakap ada…tapi saya cari sampai ke belakang rumah..takde pun!” Rayyan membetulkan topinya.
“Cari pokok buluh nak buat apa? takkan nak buat lemang kut..eh,raya lima hari lagi la..” jawab Wafeen.
“Nak buat layang-layang…boleh saya ajak awak main layang-layang tu…”
“Main layang-layang apanya dah besar bagak macam ni….awak ni biar betul!”
“Saya bergurau ajalah…saya nak buat panjut!”
“Hah? nak buat pelita buluh? aih…pandai ke..”Wafeen mencebir.Ada hati nak buat panjut!
“Kenapa? tak percaya ke?”
“Tu hah…depan sana..seberang jalan..kat tebing sungai tu,bukan pokok buluh ke? cari belakang rumah buat apa? bukan nenek ada tanam pun..”
“Patutlah tak jumpa…kat situ rupanya…Jom! teman saya…”
“Tak naklah! awak pergilah sorang…”
“Ek elleh…macamlah tempat tu semak samun…depan rumah aja,Valqis pun boleh nampak kita dari sini…bukanlah saya nak buat apa-apa kat awak pun…tolong saya,tak boleh ke?”
“Awak ni…kalau beli aja pelita buluh tak boleh ke? berlambak jual kat bandar tu..”
“Awak ni memang tak kreatif la..”
“Takde maknanya nak kreatif..takpe! saya nak tengok…pandai sangatlah awak buat kan…kalau awak berjaya buat panjut tu…saya buatkan karipap pusing special untuk awak”
“Betul ni? jangan cabar…”
“Val tak nak ikut?”
“Tak naklah…nak tolong Nek Jah buat kuih kat dapur..”Valqis sudah bangun dan pergi.
Wafeen sarung selipar.Dia mengekori Rayyan menyeberangi jalan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Awak yakin ke awak boleh buat?” tanya Wafeen.Dia senyum sinis.Berlagak tu…
Dia pandang Rayyan yang mencekak pinggang memandang kea rah rimbunan pokok buluh di depan mereka.
“Tak berapa yakin….”Rayyan berterus terang.Dia pandang Wafeen dan tersenyum.
“Tapi belum cuba belum tahu kan?” sambungnya penuh bersemangat.Wafeen rasa tak sedap hati pula.Buatnya jadi perkara yang tak ingini macamana?
“Awak ni ada pengalaman ke buat kerja tebang-menebang ni?..saya bukan apa,saya tak nak lah kalau terjadi apa-apa pada awak nanti…” Err..betul ke ayat aku tadi? nanti dia salah faham pulak!.
“Pernah jugak..tapi dah lama dulu,Err..parang ni nak guna macamana ya? kena tetak pada batang buluh tu la kan?” tanya Rayyan.Dia sudah mengeluarkan parang dari sarungnya.
“Ish…awak ni,guna parang pun teragak-agak..takpelah.Biar saya aja yang tebang pokok buluh tu…awak punggah aja ke laman rumah..”
“Mana boleh!!..ini bukan kerja orang perempuan..saya ni lelaki,biar saya yang buat..awak tengok aja.Tak pun,awak pergi ajalah balik..duduk kat dapur tolong Nek Jah buat kuih..”
“Tadi awak juga yang ajak kan? saya tak nak pun ikut..”
“Dah…dah..balik aja..”Rayyan mengisyaratkan dia supaya balik.Wafeen mengecilkan mata.Ewah…suka hati kau aja halau aku balik ya? ingat aku ni adik kau ke nak main arah itu ini…geramlah pulak aku dengan dia ni!
“Awak nak guna parang pun tanya saya..tak payah nak berlagak boleh tak? jadi sesuatu kat awak nanti macamana? saya jugak yang kena marah dengan nenek..”
“Saya tahulah…awak balik ajalah..nanti dah siap,saya sendiri tunjuk pada awak..”
Wafeen masih tak puas hati.Keras kepala betul! nak guna parang pun tanya orang,tapi tetap berlagak jugak lagi… takpe! aku nak tengok..
“Okey…saya balik ni,kalau ada apa-apa..awak jerit aja kuat-kuat tau” pesan Wafeen.Rayyan ketawa mengekek.
“Jerit? macamlah saya ni perempuan..”Rayyan sudah menghampiri rumpun buluh.
“Rayyan..err..Raiqal..”Mana satu aku nak panggil ni?”
“Rayyan aja..apa lagi awak nak? saya tengah sibuk ni”
Wafeen mencebir.Bukan main lagi dia…sibuk sangatlah!
“Saya nak pesan..buluh tu miang..”
“Saya tahulah!”
“Buluh tu pun tajam..kalau tergores sikit aja pun awak boleh luka..” beritahu Wafeen.Aku nak ingatkan aja…jadi apa-apa jangan salahkan aku pulak!
“Saya tahu…eh! awak boleh jangan kacau kerja saya tak? saya tahulah awak sayangkan saya..janganlah nampak sangat yang saya ni macam lelaki kesayangan awak pulak..” Rayyan sengeh.Wafeen rasa sentap pulak bila Rayyan kata begitu.
“Ieee…tolonglah! jangan nak perasan ya…saya lagi rela pergi dari sini daripada dengar ayat “perasan” awak tu…”
Wafeen sudah mula mengatur langkah.
“Hati-hati melintas jalan ya sayang…” usik Rayyan.Wafeen sempat capai batu kecil dan dibalingnya pada Rayyan.Nasib baik berjaya dielak.Uiks!! garang tu…marah yang memikat!
“Wafeen!!! jangan lupa karipap pusing special tu!!” jerit Rayyan.Ketika itu Wafeen sudah berada di seberang jalan dan sudah masuk ke kawasan rumah.
Rayyan pandang rumpun pokok buluh.
So..now what? untuk apa aku susah payah tercangak kat sini sebenarnya? betul jugak cakap Wafeen tu..baik beli aja pelita buluh yang berlambak jual kat bandar tu.Kreatif konon… ini semua sebab kaulah Wafeen! nak tunjuk terror punya pasal..tapi ganjaran dia lumayan jugak ya? karipap pusing special tu… kalau dah nenek dia yang tahap warga emas tu buat sedapnya tak terkata…inikan pulak cucunya yang ada senyuman tahap membunuh tu! adoilah!! pagi lagi ni…apasal aku dah rasa macam lapar aja ni..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Warghh!!!! makan budak!!!
“Argghhh!!! mangkuk ayun kau..ambik ni!!”
Pap!! span yang penuh dengan buih sabun pencuci pinggan di tangan Wafeen melekat ke muka Rayyan dan ditenyehnya penuh geram.Dia terkejut bila lelaki itu tiba-tiba muncul di ambal tingkap tempat dia mencuci pinggan.Rayyan yang menyergahnya dari luar itu tak sangka yang Wafeen akan mencuci mukanya pula!
“Adoi!! pedihlah…apa ni!” Rayyan cepat-cepat membasuh mukanya di sinki.Dibuka paip air sekuat mungkin.Pedih gila!
“Awak takde kerja lain ke? yang awak sergah saya kenapa? kan dah kena..”Wafeen urut dada.Nak luruh rasa jantung.Dia dengar ketawa dari arah belakangnya.Valqis berdiri di sebelah Wafeen.Rayyan meraup mukanya yang basah.Ditenyeh matanya seketika.
“Padan muka abang! buat lagi kerja tak berfaedah…” kutuk Valqis.
“Orang nak bergurau aja..” Rayyan tayang muka tak puas hati.Dia menanggalkan T-shirt hitam yang dipakainya dan disapu mukanya dengan baju itu.
“Ni apa pulak tanggal baju depan orang ni? abang ni…tak malu ke?”
“Nak malu apanya? “ Rayyan tayang muka selamba.Wafeen pulak yang naik malu dengan gelagat Rayyan.Apalah dia ni….muka selamba badak!
“Kenapa badan abang tu? penuh dengan calar? “tanya Valqis bila lihat lengan Rayyan penuh kesan calar dan memerah.
“Alah..calar sikit..yang penting tak kena calar kat muka…asset penting ni!”
“Iee…gelilah dengar macam tu,cakap macam gigolo!”
“Huissh..Adik! bulan puasa ni cakap senonoh sikit la..Abang bukan lelaki murahan ..Abang ni lelaki yang jual mahal tau..”
“Elleh…ayat tak boleh blah la Abang ni..kalau jual murah pun..takde yang nak la Abang…tak payahlah buat statement maut macam tu” Valqis gelak sakan.
“Malaslah Abang nak layan ayat dengki macam tu..layan Wafeen lagi baik…kan Wafeen?”
Wafeen kerut dahi.Dia berpandangan dengan Valqis.
“Val..siapa dia ni? kenal ke?”
“Entah…tiba-tiba je muncul tepi tingkap ni… tak handsome pulak tu..macam pengemis pun ada..Tengoklah Ya Allah,kesiannya..baju pun takde kak..”
Valqis dan Wafeen ketawa lagi.Rayyan ketap bibir dan menahan sabar.Nasib baik korang perempuan!
“Argghhh!!! dah la,buang masalah layan korang berdua..Wafeen! ada area TV lama tak? yang dah tak guna..”
“Nak buat apa?”
“Banyak tanyalah sayang ni..ada ke takde?” tanya Rayyan lagi.Dia menyapu bajunya pada badannya yang sudah berpeluh.
“Uikss..abang! sayang??” Valqis pandang Wafeen.Abang aku ni,syok dengan Kak Wafeen ke?
“Kau diamlah..”Rayyan buat tak tahu.Dia pandang Wafeen yang wajahnya sudah merona merah.Nak aja aku tenyeh muka dia dengan span ni sekali lagi! jangan panggil aku sayanglah!! kalau Elhan aku dengar ni.. habis tahu tak!!!
“Ada ke takde…” tanya Rayyan dengan nada lembut.Wafeen terkedu.Mata mereka berlaga.Cepat-cepat dia berpura-pura membasuh pinggan kotor yang masih berbaki.Apasal aku rasa gementar aja ni!
“Dalam stor agaknya..pergilah cari..”
“Kalau cakap dari tadi kan senang..”Rayyan mahu berlalu tapi dia mematikan niatnya seketika.
“Adik!! nah ambil ni..buat perfume!!” dibalingnya baju ditangannya itu tepat ke muka Valqis.Kemudian Rayyan melarikan diri.
“Abang!!!!! tak senonoh tau!!!” jerit Valqis.Bau peluh abangnya itu melekat pada hidungnya.Wafeen tutup mulut.Dia menahan tawa melihat baju yang masih melekat di muka Valqis.Ieeee..Yark!!! nasib baik dia tak baling kat muka aku..kalau tak mahunya trauma aku!
“Apa yang riuh sangat ni? sampai ke depan sana nenek dengar..”Nek Jah muncul di ruang dapur itu.
“Takde apalah nek..Rayyan tu,suka sangat menyakat kitorang nek..”Adu Wafeen.
“Dia tu kan lelaki…biasalah…” bela Nek Jah.Wafeen tak kata apa lagi.Ada aja peguam belanya!

1 ulasan:

  1. hahaha..rayyan siap bersayang2 lg ngn wafeen..abislah wafeen mesti jatuh cinta kt rayyan pasni..hehehe

    BalasPadam