Follower Setia SYK

Jumaat, 30 Disember 2011

Hikayat Cinta Si Pematah Hati 5

“Nek…saya nak pergi kerja dah ni…” Wafeen menyalami tangan Nek Jah dan mencium pipinya.
“Budak Val tu dah bangun ke belum?” tanya Nek Jah yang sedang menyidai kain di ampaian.
“Sudah Nek..tapi saya tengok,dia asyik termenung aja..kasihan kan nek? teruk betul abang dia tu!!..ada ke halau adik dia dari rumah? malam - malam pulak tu,kalau jadi apa-apa pada Valqis tu macamana? takde otak ke apa?” geram betul Wafeen bila mengenangkan cerita Valqis malam tadi.Mujurlah dia dan neneknya terserempak dengan Valqis di perhentian bas hujung kampung sewaktu pulang dari solat tarawikh.Pelik juga dia bila melihat seorang gadis bersendirian di situ dengan sehelai sepinggang.Bila perasankan yang gadis itu Valqis,terus dia bawa balik ke rumah.
“Urusan orang,jangan nak masuk campur Wafeen..”
“Bukan nak menyibuk,tapi saya geram tahu nek..memang saya tak boleh tengok perempuan dikasari macam tu.. abang dia ni mesti spesis takde jiwa nek..ieeee..malanglah Valqis dapat abang garang macam tu”
“Kau kenal ke abang dia? bukan main lagi kau komen itu ini..”
“takdelah… saya buat spekulasi berdasarkan cerita Val tu aja..”
“Dia beritahu apa?”
“Ada salah faham katanya…Hai, tak kiralah salah faham macamana pun,tak patutlah halau adik dia kan nek? jahatlah abang dia tu!”
“Abis,yang kau bulan puasa duk mengutuk abang Valqis tu elok sangatlah? kita ni manalah tahu apa yang sebenarnya berlaku.Entah-entah abang dia tu sekarang ni tengah cari dia…tak baik buruk sangka dengan orang Wafeen..nak pulak bulan puasa ni..tak pasal-pasal kau dapat dosa kering.Daripada kau ajak nenek mengumpat,baik kau pergi kerja cepat!”
“Iyalah…amboi nek,baik punya tazkirah pagi ni erk? insaf!!” sentap! betul jugak cakap nenek aku ni..macamlah aku kenal sangat abang Valqis tu yang aku tiba-tiba tak suka..kan orang lama cakap..tak kenal maka tak cinta? huish…lainlah pulak maksudnya tu!
Nek Jah senyum saja.Wafeen menghidupkan enjin kereta Volkswagen Bug berwarna pink miliknya.
“Nek,hari ni saya berbuka diluarlah nek..”
“Hai…tiba-tiba berbuka di luar ni? mata air kau tu ada datang ke?
Wafeen senyum dan angguk malu-malu.
“Nak berbuka dengan pakwe kau lah ya? berbuka soranglah aku hari ni..”
“Val kan ada?”
“Ya tak ya jugak…jangan balik lambat sangat! nanti duk menghadap muka Elhan tu,tak ingat nak solat tarawikh..”
“Ke situ pulak nenek ni..orang nak pergi keluar berbuka puasa aja nek..bukan nak berdating..lepas makan Wafeen baliklah..”
“Eloklah tu..aku ni bukan apa,tak berapa suka sangat kalau kau tu keluar malam-malam dengan lelaki..”
“Faham nek..pergi dulu ya?” Wafeen terus masuk ke dalam perut kereta.Nek Jah masuk ke dalam rumah selepas selesai menyidai pakaian.Dia mahu berbual dengan Valqis.Kasihan budak tu..sudahlah mak tiada,kena pulak halau dari rumah..anak muda zaman sekarang,kalau marah ikut perasaan!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Abang Minta maaf…Abang tahu malam tadi Abang cakap yang tak elok..Adik tahu kan Abang kalau marah Abang akan cakap apa aja..tapi Abang tak maksudkan macam tu…balik ya Dik? beritahu Abang ,di mana Adik sekarang…Abang datang ambil ya?” suara berbaur memujuk itu buat Valqis berhenti menangis.Mulanya dia tidak mahu menjawab panggilan dari abangnya itu tapi bila memikirkan abangnya tentu risau kerana sudah kerapkali membuat panggilan dijawabnya juga.
“Tapia bang halau Val..”
“Abang tak sengaja…kan abang dah minta maaf..”
Valqis diam.Abang dia bukan orang yang mudah meminta maaf.Kalau betul dia meminta maaf bermakna abangnya itu memang kesal dengan perbuatannya.
“Valqis… cakaplah..Val tinggal di mana? rumah Danial ke?” lembut pula suara itu bertanya.
“Tak…rumah Nek Jah..”
“Nek Jah? nenek jual kuih tu? beritahu Abang di mana rumah nenek tu..abang datang sekarang!”
“Abang lalu kawasan perkuburan…lepas pada masjid,abang akan jumpa deretan pondok jual ikan patin sangkar kan? depan lagi ada rumah batu berhadapan dengan sungai..cat warna biru,depan rumah dia ada halaman rumput hijau..pagar kayu..then ada gerai jual kuih..emmm..lagi..”
“Val…mintaklah alamat rumah dengan nenek tu,kan senang abang cari..”
“Nak alamat juga ke? kejaplah..Val cari nenek ya? nanti Val SMS alamat rumah ni..Assalamualaikum..
“Waalaikumussalam…

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



“Masuklah…” pelawa wanita berusia emas itu sebaik saja Rayyan memberi salam dan dia disambut dengan senyuman.
“Terima Kasih nek..”
Rayyan duduk di sofa.Dia memandang sekeliling ruang tamu rumah batu itu.Kemas dan cantik.
“Valqis mana nek?”
“Ada di dalam bilik… tengah bersiap agaknya.Nenek ni,nak buat air pun bulan puasa kan..kita berbual ajalah ya? nenek ni nak juga berkenalan dengan Abang Valqis ni..ini rupa orangnya..”
Rayyan senyum tawar.Aik? nenek ni macam berbahasa dengan aku aja..nak kenal dengan Abang Valqis yang dah halau adik dia ni ke? Emm.. tiba-tiba aku rasa malulah pulak dengan nenek ni..
“Nama cucu ni siapa?”
“Rayyan..”
“Elok sangatlah nama kau Rayyan ya? bulan puasa ni..semua orang nak mengejar ganjaran pintu Rayyan..pintu syurga bagi orang-orang yang berpuasa..”
“Ohh..macam tu ke? saya tak tahu pulak selama ni nama saya ada kaitan dengan puasa nek..” Rayyan terangguk-angguk.Boleh tahan nenek ni..
“Apalah kau ni,nama sendiri pun tak tahu apa maknanya? ish..ish..ish..”
Valqis muncul di ruang tamu itu.
“Val..jom kita balik? ajak Rayyan.
“Ish…cepat sangat nak baliknya…duduklah dulu..” tegah Nek Jah.Rayyan yang mahu bangun duduk semula.
“Valqis…duduk” arah Nek Jah.Valqis duduk di sisi Rayyan.
“Nenek ni bukan nak masuk campur..Cuma nak nasihatkan sikit aja. Kamu berdua ni,adik-beradik..bak kata orang dulu-dulu..air dicincang takkan putus…macam kamu berdualah,bergaduh macamana pun mesti berbaik.. Rayyan, adik kau ni perempuan, sepatutnya kau lindung dia..bukan beri susah…malam tadi, Allah nak takdirkan nenek dengan cucu nenek jumpa dia..kalau orang lain? yang suka ambil kesempatan? macamana? marah sekalipun, fikir dulu..jangan ikut hati..”
Rayyan terkebil-kebil memandang Nek Jah. Apasal aku tengok nenek ni dah macam cikgu sekolah aja? baik punya nasihat tu..
“Saya tahu,saya yang bersalah nek… dan saya dah menyusahkan Adik saya ni.Saya berterima kasih sebab nenek dah baik hati lindungi dan jaga adik saya ni..lain kali,saya janji saya tak buat lagi”
“Nenek tak kisahlah, korang berdua ni lebih kurang sebaya aja dengan cucu-cucu nenek.. Cuma,cucu-cucu nenek tinggal jauh-jauh..yang tinggal Cuma sorang saja dengan nenek.Ada korang berdua..meriah la lagi rumah nenek ni..jadi,nenek minta..korang berdua berbukalah dengan nenek hari ni ya? cucu nenek budak Wafeen tu nak berbuka dengan buah hati dia..sedihlah kalau nenek berbuka sorang-sorang…”
Valqis dengan Rayyan berpandangan.Berbuka kat sini?
“Kesian Nek Jah Abang,kita temankan neneklah ya?”
“Emm..tak menyusahkan ke nek?”
“Apa pulak susah…nenek memang suka memasak..hah,Valqis cakap yang Rayyan suka makan karipap pusing ya? bolehlah nenek buatkan petang ni..”
“Betul ke nek? Rayyan teruja.
“Seronoknya..petang ni,biar Val gantikan kak Wafeen jual kuih..biasa tu Val jadi pembeli..hari ni Val nak tolong nenek pulak lah..”
“Elok jugak tu…

+++++++++++++++++++++++++++++
“Kan saya dah cakap,saya bukan sengaja nak hilangkan..”Wafeen rasa dah hampir kering tekaknya mengulangi jawapan yang sama.Elhan macam sebelumnya juga.Tayang muka tak puas hatinya itu.Bulan-bulan puasa pun nak ajak bergaduh ke? sudahlah kerja aku banyak kat kedai buku ni..mana nak buat inventori stok lagi..yang pekerja aku ni pulak,semua nak balik awal..maklum ajalah bulan puasa!
“Baru sebulan hadiahkan dah hilang…awak ni Wafeen,memang tak pandai jaga barang..” tuduh Elhan.Wafeen yang sedang menyemak akaun mengerlingnya.Ewah..ewah…sedapnya mulut dia menuduh aku macam tu ya?tak faham bahasa ke? tak sengajalah!.. Sabar…sabar…bulan puasa Wafeen..
“Wahai abang Elhanku sayang…gelang kaki tu terjatuh,dah puas saya cari…tak jumpa jugak! tak cukup mata saya ni mencari..Nek Jah yang dah tak berapa nak larat tu pun ikut turun padang menghulur bantuan tau..tapi tetap tak jumpa jugak…faaaahaaamm..” Wafeen menekan kalkulator agak kuat.Elhan mengerut dahi memandang gelagatnya.Marah ke?
“Kalau betul sayang..jagalah barang tu elok-elok! ini tak..terjatuhlah,apalah…kalau awak ni orang yang bertanggungjawab,awak tentu dah pastikan gelang kaki tu sentiasa ada di kaki awak tu..ingat murah ke gelang tu..saya beli dari Dubai tau?”
“Tau!!” jawab Wafeen pendek.Malas aku nak layan bergaduh! dah nak ditakdirkan hilang..aku nak buat macamana?
“Kalau tahu..lain kali..
“Okey..okey…saya salah..saya memang tak pandai jaga barang..saya tak bertanggungjawab..lagi apa lagi?”
Elhan ketawa.Lelaki berkacamata itu merenungnya.
“Saya bergurau ajalah..saja nak tengok muka awak bila marah…comel!”
“Comel? awak ni biar betul!..orang lain suka bila tengok orang senyum..tapi awak suka tengok muka orang marah?..” dia pandang Elhan.Lelaki itu bukan saja segak dan berpakaian kemas.Wajahnya juga tampan dan bila bercakap suaranya sungguh lembut dan selalu tersenyum.
Elhan ketawa lagi.Wafeen menggeleng.Tak faham aku! macamanalah aku boleh pilih dia ni jadi kekasih aku? sampai sekarang aku pun takde jawapan..yang aku tahu aku selesa dengan dia sebab dia baik! Cuma satu aja…sampai sekarang dia masih tak kenalkan aku dengan mak ayah dia walaupun dah berkawan hampir 4 tahun! Elhan..Elhan..kau serius tak dengan aku ni sebenarnya?
“Jomlah kita pergi…dah nak pukul 6.30 ni..” ajak Elhan setelah lelaki itu meletakkan tanda “closed” di pintu kedai buku miliknya.
“Nak makan kat mana?”
“Ada restorant baru ni..saya baru pergi semalam..best tau!”
“Restorant mana?”
“Adalah…jom cepat..saya tolong awak tutup kedai!”
“cakap dulu restorant mana..”
“Rafflesia!!” beritahu Elhan.

1 ulasan: