“Banyak duit nak belanja Abang berbuka kat restorant ni?” Rayyan memerhatikan dekorasi restorant yang diberi nama “Rafflesia” itu.Warna material dindingnya adalah bertemakan warna bunga yang terbesar di dunia itu.Terdapat juga gambar-gambar bunga itu yang digantung di dinding.
“Makanan di sini..sedap tau Abang..tip top!”
“Hmm..apa menu utama di sini? jangan-jangan sup bunga Rafflesia tak? Rayyan bersuara perlahan.Dia ketawa kecil bila Valqis mengerutkan dahinya.Yark!!!
Pelayan datang membawa hidangan yang sudah ditempah oleh Valqis.Sampai penuh satu meja.
“Banyaknya..kita nak makan berdua aja kan?” Rayyan lihat hidangan itu agak berlebih untuk dua orang makan.Ada macam-macam jenis lauk dan yang dia tak suka pun ada..Tom Yam? jangan-jangan…
“Val…kenapa tempah meja untuk tiga orang? Val ada jemput kawan ya?” tanya Rayyan.Baru dia perasan yang meja itu untuk tiga orang.Satu kerusi kosong di sebelahnya pasti ada yang punya.
“Yup” Valqis senyum ceria.Dia melirik jam di tangan.Dah nak pukul 7 malam ni..kenapa tak sampai lagi? kata petang tadi dah sampai Temerloh?
“Siapa?” tanya Rayyan.
“Cuba teka?”
“Nak main teka-teka pulak…kalau kawan,kita baru saja balik sini..Val pun baru habis study ..kawan bukan..kawan sekerja pun bukan..siapa ni?
“Assalamualaikum!!” Suara garau di belakangnya buat Rayyan terdiam.Ya Allah!! Valqis ajak dia rupanya! kalau tak kerana dia berpuasa,mahu saja dia meluahkan kemarahannya.
“Waalaikumussalam..”Jawab Rayyan seakan terpaksa.Rayyan merenung tajam pada Valqis.Kalaulah dia tahu,dia lebih rela berbuka di tepi jalan! bukankah Valqis tahu yang dia tidak suka duduk satu meja dengan Danial? dalam keadaan apa sekalipun dia tidak mahu berkongsi apa-apa dengan anak ibu tirinya itu!
“Abang sihat?” soalan Danial itu tidak dijawab.Dia buat tak tahu sahaja,berpura-pura membelek sudu.
“Emm..kenapa Abang Danial lambat?”
“Jalan sesak tadi..maaflah..” Danial senyum.
Rayyan mencebir.Macamana pulak dia ni boleh datang sini? jangan dia nak tidur di rumah aku malam ni sudahlah! tak ingin aku nak pelawa..
“Abang tinggal di rumah yang papa beli tu ya?”
“Haah…ada projek baru di kawasan ni…sebab tu abang kena datang sini..”
Rasa nak bernanah telinga dia mendengar.Okey! papa belikan dia rumah..takpe! belilah…nak beli istana kat anak emas dia ni ada aku kisah? tapi..kenapa mesti beli di daerah yang sama dengan tempat aku nak tinggal? Kuala Lumpur tu dah kehabisan rumah ke nak beli? Betul-betul dia rasa sebal,menyampah,sakit,hati dan semua rasa yang tidak enak..tengok muka Danial pun dia meluat sebab dia akan teringatkan mak tirinya! Kalau dah mak dia aku menyampah,anak dia pun samalah! tak kiralah dia ni anak kandung papa aku pun tapi dia bukan adik yang lahir dari rahim mama!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Abang,tunggulah…”Valqis cuba menyaigi langkah Rayyan yang mendaki anak tangga.Paggilannya tidak dipedulikan.
“Abang!”
“Adik nak apa lagi?” Rayyan berhenti betul-betul di depan biliknya.Matanya tajam memandang Valqis di depannya.
“Tak baik abang buat Abang Danial macam tu..dia Cuma nak berbuka dengan kita tapi abang buat dia macam tak wujud.”
“Enough!!!!!” herdik Rayyan.Suaranya yang tinggi itu buat Valqis terkejut.
“Tak faham lagi ke? hah? susah sangat ke nak faham? Aku tak suka dia Valqis!! tak suka! Aku benci tahu tak? mama dia tu pemusnah keluarga kita…dia tu,keturunan orang yang dah buat mama kita menderita…yang kau panggil dia abang tu kenapa?? eh…kalau kau nak makan sangat dengan Danial tu..jangan ajak aku!” Rayyan membuka pintu bilik dan dihempas kuat.Valqis terkaku di depan pintu.Tak pernah abangnya itu marah sampai begitu sekali.Salahkah apa yang dia buat?
Ternyata dia silap perhitungan.Dia fikir mereka bertiga akan dapat makan semeja dengan tenang tapi Abang Rayyan tak berhenti menyindir dan menyakitkan hati Abang Danial.Sekalipun Abang Danial diam,tetap juga dilayan seperti dulu..kenapa sampai besar pun Abang Rayyan masih berdendam? Abang Danial tak salah! Dia baik..rendah diri.Tak sama macam mak tirinya yang sombong.
“Val sayangkan Abang Rayyan..dan Val sayangkan abang Danial jugak..”Valqis bersuara kuat supaya Rayyan dengar dan faham.Jangan jadikan dia mangsa keadaan yang tersepit di tengah-tengah.
“Kalau macam tu..Kau pergi berambus pada Abang Danial kau tu!!
Valqis menangis bila mendengar laungan jawapan itu.Sampai hati Abang halau Adik! Sedih dia mendengar kata-kata kasar Rayyan itu..
“Val sayangkan Abang lebih dari nyawa Val sendiri…sayang Val pada Abang Danial sebab dia sedarah dengan kita…tapi Abang Rayyan abang kandung Val…tentu Abang lebih istimewa…”
“Aku tak nak dengarlah!!! kau berambus boleh tak??”
Valqis menangis teresak-esak.Mana perginya Abang dia yang dulunya penyayang dan tidak sekasar itu.Selalu jadi pelindung.Kenapa Abang Rayyan biarkan benci menguasai dirinya..sampai marah hingga menghalaunya dari situ!
++++++++++++++++++++++++++++++++
Pagi itu Rayyan bangun hampir pukul 6 pagi.Nampaknya dia terlepas sahur.Kenapa Valqis tak kejutkan dia seperti selalu?
“Valqis…buka pintu ni!” Rayyan mengetuk beberapa kali pintu bilik Valqis.Tiada tanda-tandan pintu itu akan dibuka.
“Adik…bangunlah! buka pintu ni..” teriaknya.Dia lekapkan telinga pada pintu.Senyap aja.Biasa Valqis selalu bangun awal pagi lagi.Siapkan sarapan dan mengemas rumah.Rayyan mula fikir kalau-kalau Valqis sudah keluar.Tapi ke mana pula Valqis nak pergi.Takkan ada temuduga kerja kut?
Rayyan memulas tombol pintu.Rupanya tidak berkunci.Bila dia membuka pintu,dilihatnya bilik itu kosong.Katilnya rapi sahaja.Mana Valqis ni? dia turung ke tingkat bawah.Di dapur juga tiada.Dia mula bimbang.Semalam dia berkasar dengan adiknya itu.Mungkinkah Valqis merajuk dan keluar dari rumah?? Ya Allah!! apa yang dah aku buat ni?? dia kesal dengan sikapnya semalam.Memang dia panas baran tapi dia tak pernah marahkan Valqis seperti apa yang dia lakukan malam tadi.
Rayyan ke bahagian garaj.Dia bertambah hairan kerana kereta Valqis ada di situ.Kereta itu dia hadiahkan sebelum dia meninggalkan Malaysia beberapa tahun yang lalu.
Rayyan picit dahi.Mana Val pergi ni? jangan buat Abang risau macam ni dik…dia masuk semula ke dalam rumah.Dia mencari handsetnya di bilik dan membuat panggilan ke talian Valqis tetapi tidak berjawab.Taliannya juga sibuk atau Valqis menutup handsetnya.Sakit hati dia dengar suara operator yang menjawab.
“Kalau aku marah pun,takkanlah dia keluar betul? aduh…mana aku nak cari ni?”
Rayyan buntu.Mungkin Valqis pergi rumah Danial? tapi dia tak tahu pulak mana rumah baru Danial tu..kalau aku tahu dia pergi sana siaplah! aku heret dia bawa balik! Mana dia nak dapatkan alamat Danial? patutkah dia call papa? nanti orang tua tu marah aku pulak! mana boleh usik anak lelaki manja dia tu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan