SUATU KETIKA DAHULU…….
“Nak ?”
“Kan aku dah cakap,kalau nak buat kerja ni..bukan dekat sini la! kalau tahu dengan pengetua habis kita..kau ni,bengap betul la…kau bawak benda ni kat sekolah buat apa?” Ayyad menyengkeh kepala Rayyan .Tergaru-garu Rayyan sebab rasa pedih kat atas kepalanya.
Ayyad meninjau-ninjau sekeliling mereka.Buatnya Cik Pengawas tu ada lalu kat sini..Habislah aku! dah la dia tu suka mengadu dengan Walid dia…satu hari nanti kena jugak cium anak pengetua tu dengan aku!
“Kau ni takut sangatlah…tak payahlah nak baik sangat..kau budak baru kat sekolah ni..siapa nak suspect kau buat kerja ni Ayyad..kelmarin aku nampak kau pergi kedai apek beli benda ni kan?” Rayyan sudah mengeluarkan sebatang rokok dari kotaknya.Tak sabar betul dia nak menelan asap rokok tu dan menghebusnya macam naga!
“Memanglah aku pun ambil benda ni tapi aku tak buat kerja ni kat sekolah la wei…kena tangkap dengan pengawas nanti masuk dalam kita tau tak?”
“Takkan hisap rokok pun masuk penjara? lawak sarkis la kau…aku dah kira otai la buat kerja ni..”
“Kepala hotak kau penjara! masuk bilik pengetua la bodoh! itulah..banyak sangat hisap rokok kau ni, merokok membahayakan kesihatan mental kau tau tak?”
“Kau lagi bangang…kalau kau tahu buat apa kau hisap jugak?” Rayyan tunjal kepala Ayyad.
Ayyad sengeh.Dia garu kepala dan ketawa.
“Line clear ni…belakang tandas ni bukan ada orang lalu..kau tengok tepi tembok ni banyak semak samun,siapa nak datang? kau nak tak? waktu rehat dah 10 minit tamat...nanti Cikgu Selamat tau kita ponteng ..tak selamat kita!” Rayyan mengekek ketawa.Dia sudahpun menyedut rokok yang terkepit di celah bibirnya…Aduh..nikmatnya…
“Ni kau punya pasal la! yang kau bawa aku melawat belakang tandas bangunan lama ni buat apa?”
“Buat apa lagi…ni hah! pekena sebatang baru feel nak belajar..cepatlah! nak ke tidak?” pelawa Rayyan lagi dengan penuh ayat godaan.Ayyad gigit bibir..bukan tak nak tapi…Ceh! Rayyan memang dajal! pandai la kau nak goda aku hisap benda ni,kalau kena tangkap ni…mampus aku! pengetua tu dah la bakal Pak Mertua aku ,Cik Pengawas tu pulak tunang aku walaupun dia tak tau!…Aishh!!! payah..payah…rosaklah reputasi aku sebagai bakal menantu dan suami..
Ayyad pandang kotan rokok yang dihulur.Memang menggoda jiwa betul…hanya perokok saja yang tahu betapa lazatnya menghisap rokok.Demi rokok, apa pun boleh!
“Meh la sebatang…aku pun sejak semalam tak pekena lagi nih…duit belanja bulanan aku dah kopak la..”
Akhirnya….Ayyad ambil juga sebatang rokok.Selama ni Abah dia pun tak tahu yang dia mula merokok.Sejak dari sekolah lama lagi,dia sudah mula menghisap kerana ajakan kawan-kawan tapi pandai makan pandai la simpan kan? betapa banyak stok Listerine yang dia ada untuk menghilangkan bau rokok dari penafasannya..gosok gigi 10 kali sehari pun takpe asalkan rahsianya ini tak pecah!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Dekat mana?”
“Belakang tandas..”
“Betul ni?”
“Betul…aku dah skodeng apa diorang berdua buat sejak dari waktu diorang rehat lagi..kebetulan aku pergi tandas bangunan lama tu,aku nampak Abang Rayyan dengan Abang Ayyad pergi belakang tandas..memang sah diorang hisap rokok!”
Aduan Munif,ketua kelasnya itu benar-benar buat Awatif teruja.Kalau betul … inilah peluangnya aku tangkap mangkuk tingkat tu buat kerja haram kat sekolah! ingat diorang senior Tingkatan 6 aku takut? siaplah!! lagipun sekarang ni waktu rehat student tingkatan 1 hingga 5..inilah masanya!
“Apa lagi? kau pergi panggil Cikgu Zul..biar aku dengan Qayyah pergi tangkap mangkuk-mangkuk tu..”
“Okey,sekarang jugak aku pergi!”
“ apa kata kalau kita adu pada Abang Uwais aja? dia kan ketua pengawas? aku takutlah Awatif..lagipun diorang tu senior..” Ruqayyah kelihatan gelisah sambil membetulkan tudungnya.
“Banyaklah kau punya takut! cepatlah!” Awatif pantas menarik tangan Ruqayyah supaya mengikutnya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Woi!! ini kerja korang berdua erk? baik punya hisap rokok…”
Awatif sudah bercekak pinggang.Huh! akhirnya…berjaya jugak aku tangkap kau mangkuk tingkat…abislah kau kali ni…
“Tau jek…dah macam gunung berapi nak meletup! berkepul-kepul asap…ieeeee….teruklah!”
Sampuk Ruqayyah.Mereka berdua datang tepat pada masanya..
Rayyan terbatuk-batuk kerana tertelan banyak asap rokok.Ayyad pula spontan mencampakkan batang rokok di tangannya yang sudah tinggal separuh ke luar tembok. Walamakk!!!! kantoi la pulak!!!
Ayyad rampas batang rokok di tangan Rayyan.Begitu juga dengan kotak rokok lalu dibalingnya ke dalam semak.Tak cukup itu,dia cepat-cepat seluk poket seluar Rayyan dan dilontarnya pemetik api itu lebih jauh ke dalam semak samun di luar tembok.
“Hei!!! “Awatif rasa sakit hati kerana dia terlambat merampas bahan bukti tersebut.Hampeh betul!! ini mesti dah biasa buat kerja macam ni,tahu aja dia macamana nak lupuskan bahan bukti…
“Bila masa kitorang hisap rokok kan Rayyan?” Ayyad tayang muka selamba.Buat muka tak bersalah.
“Haah..mana ada? berdosa wei buat fitnah..masuk neraka hukumnya…” jawab Rayyan.Dia mengeluarkan chewing gum dari dalam poket seluar .Satu diberikan pada Ayyad dan mereka mengunyah sambil bersiul-siul.
Awatif tak puas hati.Ikutkan hati nak aja aku redah semak samun tu tapi….takut ada ularlah pulak..bukan senang jugak aku nak panjat tembok tu…Waaaa!!! gagal lagi misi aku nak kantoikan dia…Ayyad Kashfillah!! kau memang jahat tahap cipan!!
“Ingat kitorang buta ke? tadi korang berdua hisap rokok kan?”
“Eh Kiah! kau jangan nak main tuduh-tuduh erk? apa bukti kitorang hisap rokok?” Ayyad pandang tajam muka Ruqayyah selepas membaca name tag pengawas itu.Cepat-cepat Ruqayyah berselindung di belakang Awatif kerana takut.
“Bukti korang dah campak dalam semak…Hei Ayyad! kau jangan ingat senang nak bodohkan kitorang erk?” siaplah kau..aku mengadu dengan walid aku nanti!
“Nama dia Qayyah la..bukan Kiah! suka hati mulut busuk kau aja kan?” sambung Awatif lagi.
“Mana kau tahu mulut aku busuk? kau pernah cium aku ke?” Ayyad dan Rayyan gelak besar.Merah padam muka Awatif.Ieeee…tak senonoh!
“Kau ni memang mulut jahat!”selamba Awatif menjawab.Mana Munif ni? suruh panggil Cikgu Zul pun lambat!
“Sumpah mulut aku tak bau Atif…sebab aku tak merokok…tak percaya? kau bagi aku cium kau…sure kau puas hati punyalah” Ayyad ketawa lagi.
“Kau merokoklah! aku nampak! siapa yang teringin nak cium kau hah? kau pergilah cium orang gila!”
“Hek Elleh…sombong bagak budak kecik ni! baru tingkatan 3 dah nak tunjuk berani..aku lempang kang!” Rayyan cekak pinggang tapi Ayyad menahannya dari menghampiri Awatif.Rayyan ni bukan boleh kira,nanti tak pasal-pasal dia lempang betul..tunang aku tu!
“kau belum kena cium dengan aku lagi memanglah kau cakap macam tu…” sempat lagi Ayyad mengusik.
“Tak senonoh la kau ni!!..benci betul aku kat kau la!!!” jerit Awatif.Geram dengan perangai dua lelaki di depannya itu.Ketika itu juga Munif muncul bersama Cikgu Zul yang merupakan guru disiplin sekolah.
“Apahal ni Awatif?” tanya Cikgu Zul yang mukanya memang menggerunkan.Siapa tak takut dengan Cikgu itu…sekali dia tengking aja dah boleh kecut perut!
“Ayyad dengan Rayyan ni merokok cikgu!” Adu Awatif.
“Mana ada cikgu..” nafi Ayyad.
“Betul Cikgu..saya nampak,Ruqayyah pun nampak..”
“Mana bahan bukti?” Tanya Cikgu Zul.Awatif terkedu.Macamana nak tunjuk kalau benda tu dah dibuang?
“Dia buang dalam semak cikgu..”Cerita Awatif.Ruqayyah angguk mengiyakan.
“Bila masa pulak kami buang? kalau betul..pergilah redah semak samun tu..tengok kalau jumpa!” Ayyad mencabar Awatif.Takde beraninya dia…
“Ha’ah…pandai-pandai dia aja reka cerita, kalau betul kami merokok..tunjuklah bukti!” Rayyan mencebir.Awatif menjelingnya.Ikutkan hati nak aja lempang dua-dua sekali!
“Kalau tak,kamu berdua buat apa pulak kat sini?”
“Kitorang pergi tandas lepas tu kitorang saja duduk kat sini..menikmati keindahan alam cikgu” jawab Rayyan.Ayyad rasa nak ketawa dengan jawapan itu.Iyalah tu!
“Huh! sekarang ni masa apa sampai korang nak menikmati keindahan alam sangat?”
“Diorang ni ponteng cikgu!” beritahu Munif pula.Ayyad ketap bibir sambil merenungnya.Kurang asam jawa punya budak! melingkup jugak aku depan pengetua ni karang!
“Oh…ponteng ya? ikut saya ke bilik pengetua sekarang!!!” arah Cikgu Zul.Rayyan dan Ayyad berpandangan.
Awatif senyum sinis pada Ayyad.Walaupun dia tak puas hati pasal kes merokok yang gagal dibuktikan tapi satu hari nanti,dia percaya…dia akan berjaya juga kantoikan Ayyad!
+++++++++++++++++++++++++++
“Walid tak adil!”
“Kenapa pulak?”
“Sepatutnya walid gantung sekolah budak jahat tu! ini tak…walid rotan dia aja?” Awatif meluahkan rasa tidak puas hatinya.Sebaik saja Walidnya balik ke rumah,terus saja dia duduk menghadap walidnya yang sedang menonton TV.
“Dia Cuma ponteng kelas..…” jawapan walid yang bersahaja itu tambah menyebalkan hatinya.
“tapi dia merokok walid!”
“Mana buktinya?”
“Ieeee…walid tak percaya dengan Atif ke? Demi Allah Walid…dia hisap rokok! Atif nampak sebelum dia buang benda tu..” Beriya-iya Awatif mengadu.Ingatkan kalau dia bercakap sendiri dengan walidnya,tindakan gantung sekolah pasti dikenakan pada Ayyad tapi…
“Awatif…Walid nak tanya,mana lebih baik..menghukum atau memaafkan kemudian menasihati…Atif jalankan tugas sebab dengan niat nak puaskan hati Atif atau Atif nak banteras kesalahan disiplin tu?
“Setiap kesalahan ada hukuman kan walid? kita kalau buat salah pun dapat dosa dan hukumannya masuk dalam neraka…”
“Betul…tapi Allah juga bagi keampunan supaya hambanya bertaubat..hukuman hanya pada orang yang tak mahu berubah..Walid dah bercakap dengan Ayyad tu dan dia mengaku yang dia merokok…dia minta maaf dan berjanji takkan lakukannya lagi..sebab itu Walid tidak menggantung persekolahannya..lagipun,dia nak ambil STPM tahun ni,kalau dia digantung…macamana dengan persekolah dia nanti..”
Awatif diam.Ieeeee…apasal la walid selalu sangat bagi muka dengan mangkuk tingkat tu? tak puas hati betul!!!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
SEKARANG……
Awatif tekun menggosok baju kemeja Ayyad untuk dipakai ke pejabat esok.Dah 3 bulan mereka bernikah.Memanglah masih susah dia nak percaya dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni,Si Mangkuk Tingkat Ayyad Kashfillah ni jugak yang jadi suami aku…Opsss…dah jadi suami aku kan? tak boleh nak panggil dia macam tu lagi dah!
Inilah namanya takdir…yang aku menyampah sangat tu la yang jadi suami aku…
“Sayang….gosok baju ke berangan..berlubang pulak baju abang tu karang..” tegur Ayyad bila perasan isterinya jauh termenung.
“Mana ada berangan…” Awatif mengerling Ayyad yang tersenyum padanya.
“Kalau tak berangan..kenapa jauh sangat menungnya cik pengawas?” Ayyad yang berbaring di atas katil ketawa kecil.Awatif membalas senyuman suaminya itu.Omg! macam tak percaya sekarang aku senyum kat dia..kalau dulu,tengok muka dia pun aku nak muntah!..Ingat lagi dia dengan panggilan tu!
“Teringatkan abang lah..”
“Tu la..dulu sombong sangat, hari-hari cari salah abang kan? tengok muka abang pun meluat..orang serabai la katakan..muka macam kasut sekolah la..mangkuk tingkat la..sekarang dah depan mata pun teringat-ingat lagi…”
Awatif mencebir.Dah mula nak perasan la tu..
Ayyad bangun dari baringan.Dia sebenarnya sejak tadi gelisah kerana lepas makan malam,dia masih belum berjaya merokok walau sebatang pun.Macamana aku nak merokok kalau sayang aku ni dari tadi ada dalam bilik..gosok bajulah,lipat bajulah..bila aku pergi dapur pun dia ada kat situ jugak? basuh pinggan la..cuci lantai la,tak reti duduk diam ke? kalau aku keluar kang dia tanya pulak nak pergi mana? payah…payah….payah… kalau dia tahu aku merokok, mahunya meletup satu rumah ni aku rasa…takkan aku lupa perangai dia yang macam singa tu..tapi,sepanjang jadi isteri aku ni,takde pulak dia melenting..cool aja aku tengok…
“Abang nak pergi mana?”
“Bilik air..” jawab Ayyad pendek.Aku tak kira..aku nak merokok jugak! tak sanggup aku nak berpuasa lagi dah…
Awatif kerut dahi.Memanglah takde masalah kalau Ayyad nak pergi tandas tapi yang dia hairan tu..suaminya kalau masuk tandas,Ya Allah..punyalah lama..kalah nak mandi,nak kata laki aku ni metroseksual..takde pulak aku tengok alat kosmetik lelaki dalam bilik air…Cuma,kalau setiap kali keluar,tandas tu mesti wangi gila..maunya setengah botol dia guna spray pewangi tandas tu..tak larat jugak aku asyik kena beli yang baru aja..pelik!
++++++++++++++++++++++++++++++++
“Balik makan tengahari tak?”
“Tengoklah nanti…hari ni abang kena pergi court..tapi sayang tak payah tunggulah”
Ayyad mencium pipinya sebelum masuk ke dalam perut kereta.
Awatif angguk saja.Dia yang hanya menjadi suri rumah sepenuh masa hanya duduk di rumah saja.Bukan Ayyad tak beri dia bekerja tapi dia sendiri yang belum terfikir nak bekerja..lagipun,gaji Ayyad sebagai peguam dah cukup untuk hidup mereka berdua.Setakat 3 bulan ni,apa yang dia mahu,Ayyad tak pernah gagal belikan..cakap ajalah apa saja,tinggal ada depan mata aja..Tak sangka pulak aku, best jadi isteri Ayyad ni..dan yang paling penting..suaminya bukan perokok macam dulu lagi…dia tak pernah nampak Ayyad merokok maknanya betul la yang walid cakap dulu..Ayyad dah berubah..lega hati aku!
Kalau benda lain aku memang boleh bersabar lagi tapi kalau bab rokok ni memang pantang keturunan aku!
+++++++++++++++++++++++++++++++++
“Rindukan abang ya sayang?”
sempat Ayyad melaung sebelum kereta Honda City yang dipandunya hilang dari pandangan Awatif.
“Wargghhhh!!!!! lega betul bila dapat keluar rumah…” Ayyad bercakap sendirian.Dia mengeluarkan sesuatu dari beg kerjanya.Sekotak rokok Dunhill!
“Wahai rokok kesayanganku..susah betul kita nak bertemu..kau tahu ajalah sayang aku tu..dia tak suka perokok!
Ayyad dengan gembira tak terkata menghisap rokok yang sudah terkepit di celah bibirnya dengan sepuas hati.Dia tidak perlu terlalu tergesa memastikan bau rokok di dalam kereta sama seperti dia terpaksa memastikan bau rokok tidak ada di dalam tandas sebaik saja dia selesai melaksanakan projek “besarnya” itu.Sebolehnya bukti mesti dilupuskan..yang penting isterinya tak tahu..bukan senang jugak nak tutup kesan daripada rokok tertutama bau pernafasannya.Berapa kali dia gosok gigi dan berkumur dengan Listerine…Antara rokok dengan Awatif…susahnya nak buat pilihan!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Lepas mengemas ruang tamu,Awatif masuk ke bilik tidur.Dia menggeleng apabila melihat tuala yang digunakan Ayyad hanya diletakkan di atas katil.
“Selalu macam tu tau,bukannya reti nak sangkut balik lepas guna..kalau tak aku yang buat,tersadai kat situ jugaklah tuala tu..”Awatif membebel sendirian.Ayyad memang begitu,sejak bernikah semua benda dia nak kena buat..Ayyad Cuma tahu cakap..
“sayang,boleh tolong tanggalkan stoking abang..sayang,tolong ambilkan tuala,sayang…hauslah..ambilkan abang air,sayang itu…sayang ini…”
Awatif duduk di birai katil.Walaupun kadang-kadang dia rasa Ayyad sepatutnya boleh buat sendiri saja perkara remeh sebegitu,tapi bila dia fikirkan balik..mungkin Ayyad nak bermanja dengannya..lagipun,sebagai isteri memang tugas dia untuk melayan suami..diapun tidak bekerja,hanya di rumah saja..Ayyad tentu lebih penat darinya..
Awatif kembali mengemas apa yang patut.Dia memang tak suka duduk diam saja di rumah.Apatah lagi sejak berpindah ke rumah yang dibeli Ayyad,dialah yang lakukan semua kerja rumah.Sewaktu dia membuka laci almari untuk menyimpan stokin dan tali leher Ayyad yang sudah dilipat,dia terasa seperti ada sesuatu yang keras diantara susunan stoking yang sedia ada.
“Benda apa pulak ni?” Awatif kerut dahi seraya menarik benda tersebut.Membulat matanya sebaik melihat kotak bewarna merah gelap itu. Kotak rokok?
“Siapa punya benda alah ni?” dia ketap bibir.Dalam rumah ni,Cuma aku dengan Ayyad aja yang tinggal..bilik ni pun,bilik tidur kami..aku memang sah-sahlah tak merokok..takde lain, ini mesti suami aku yang punya!
“Ieeeeee….memang nak kena abang ni! dari sekolah sampai sekarang dia tak boleh berpisah dengan benda ni erk? siap dia balik nanti!”
++++++++++++++++++++++
“Apasal sayang senyap aja ni?” Ayyad rasa pelik.Sejak dia balik kerja petang tadi sampailah ke malam..isterinya kurang bercakap.Biasa tu banyak sangat tanya..dia marahkan aku ke?
“Senyap ke? takdelah..kan saya tengah baca majalah ni..” jawab Awatif selamba.Sebenarnya dari petang tadi dia tunggu Ayyad balik kerana nak bertanya pasal rokok yang dia jumpa tapi bila tengok muka penat Ayyad..dia tak jadi nak marah.Kalau aku marah,agaknya dia marah aku balik tak? bukan boleh kira suami aku ni,kalau dulu masa sekolah..sepatah aku cakap,dia pulak bercakap sampai tak nak berhenti..dah tu,bukan nak mengaku salah dia!
“Sayang baca majalah apa?” tanya Ayyad.Dia mendekati Awatif yang bersandar di kepala katil.Sempat dia mencium pipi gebu isterinya itu tapi spontan pula Awatif menyapu kesan ciumannya itu dengan tangan.Ayyad mengerut dahi.Aik? macam tak suka aja aku cium dia..
“Majalah pasal kesihatan..baguslah info satu artikel ni bang..” Awatif pandang Ayyad dengan senyuman penuh makna.
“Artikel apa?”
“Ni…pasal bahaya merokok..”
Gulp!! Ayyad rasa nafasnya hampir tersekat.Rokok?
“Rupanya,bukan sikit bahaya merokok ni kan bang? selain memudaratkan kesihatan perokok..boleh juga membahayakan orang lain yang menghidu asap rokok ni..”
“Betul..betul…” Ayyad angguk.Adus! kalau dia tahu aku merokok…habislah!..
“Kalau ibu yang mengandung terhidu asap rokok pun boleh memudharatkan kandungan kan bang? kalau ada suami yang macam ni,nampaknya tak ambil berat pasal isteri dan anaklah kan bang?” Awatif membaca riak wajah Ayyad.Hmmm..muka macam tak bersalah pun..
“Sayang mengandung ke?”
“Ish abang ni,orang cakap kalau ibu mengandung hidu asap rokok atau merokoklah! apa kena mengena pulak dengan abang tanya soalan tu?”
“Manalah tahu sayang mengandung,bolehlah abang ambil langkah-langkah supaya sayang tak terhidu asap rokok..”
“Hah? abang ni cakap macamlah abang merokok..abang merokok ya?” okey,sekarang masanya nak tengok Encik peguam ni nak mengaku ke tidak..
“Abang merokok? mengarutlah sayang ni! mana ada abang merokok,pernah ke sayang nampak abang merokok? abang cuma nak ambil langkah berhati-hati aja,manalah tahu sayang keluar dari rumah,terserempak dengan orang hisap rokok ke kan..bahaya tu!” Alamak! nyaris kantoi!
“Saya memang pernah nampak abang merokok pun…”
“Bila?” Ayyad rasa berdebar-debar.Setahu aku,aku memang dah pastikan dia takkan nampak aku merokok..dan kalau boleh aku tak nak dia syak pun..
“Dulu,masa kat sekolah..abang ingat lagi tak? masa saya tangkap abang merokok kat belakang tandas? abang tak nak mengaku! padahal abang buang rokok tu dalam semak..teruk betul perangai!”
“Oh..yang tu…alah yang,itu dulu….dah lama kan..sekarang mana ada abang merokok”
Awatif tak tahu nak kata apa.Masih tak nak mengaku tu! geram pulak aku…kalau aku tunjuk kotak rokok yang aku jumpa tu,entah apa pulak alasan dia! takkanlah aku baru nak masuk 3 bulan kahwin dengan dia ni bergaduh sebab pasal rokok aja pun..eh! ini kes berat apa..merokok membahayakan kesihatan!..siapa tak sayang suami kan?
“Abang nak pergi mana? tanya Awatif bila Ayyad kembali turun dari katil.
“Bilik air…”
Awatif ketap bibir.Huh! mesti dia selama ni yang duk lama sangat dalam bilik air tu,sebenarnya merokok kan? sebab tu la tiap kali keluar,bilik air tu wangi gila! nak hapus buktilah tu! takpe…takpe…terror sangat kan..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Ummi tak ke klinik hari ni?” tanya Awatif sambil duduk di sofa.Pagi itu dia datang bertandang ke rumah orang tuanya.Memandangkan umminya yang bekerja sebagai seorang doktor itu ada di rumah,dia agak hairan juga.
“Pergi..tengahari nanti. Atif call kata nak datang,ummi tunggulah…bukan senang anak ummi ni sekarang nak balik rumah ummi dia ni…busy jadi suri rumahlah katakan..” usik Khadijah.Anak perempuannya itu hanya tersenyum saja.
“Busy apanya,kadang-kadang bosan jugak…”
“Kalau bosan..bekerjalah..takkanlah Ayyad tak izinkan..”
“Dia okey..tapi,tunggulah dulu..emmm,ummi…tanya sikit boleh?”
“Nak tanya apa?”
“Sepanjang ummi berkahwin dengan walid kan,ada tak tabiat yang walid buat ummi tak suka?”
“Eh…banyak..tipulah kalau kata takde..contohnya,dulu…Walid tu suka sangat tidur lewat,mandi malam..banyak minum kopi,baca buku dalam cahaya yang kurang terang..banyak lagilah,tu belum masuk sikap dia yang suka letak barang merata-rata..lepas tu mulalah tanya ummi ada nampak ke tidak barang-barang dia..manalah ummi tak membebel..”
Awatif ketawa saja dengan celoteh umminya itu.
“Sepanjang usia Atif ni,rasanya belum pernah Atif nampak ummi dengan walid bergaduh..takkanlah ummi tak marah langsung dengan tabiat walid tu?”
“Awatif…mana ada pasangan yang tak pernah bergaduh.Cuma, ummi dengan walid tak bergaduh depan anak-anak..kan tak elok kalau anak-anak tengok.Tapi, bukanlah bergaduh besar sampai nak melayang semua pinggan mangkuk,bantal selimut semua tu…orang kata apa? marah-marah sayang…sebagai suami isteri ni,kita kena banyak berbincang dari hati ke hati,kalau nak tegur tu..biarlah berhemah.Lagipun,bukan walid aja ada tabiat yang ummi tak suka..dia pun ada tak suka tabiat ummi..tapi kita berbincanglah elok-elok..saling nasihat menasihati..kita buat tu kan untuk kebaikan…sebab itu sekarang,walid tu dah tak buat lagi tabiat buruk tu..”
“Walid pernah tak tipu ummi?”
“Ada…manusia Awatif,tak lari dari buat kesalahan..kalau silap,kita sama-sama maafkan,bukan orang lain..suami sendiri..kita pun,kadang buat silap juga dan nak orang maafkan kita..Atif tanya kenapa? Atif dengan Ayyad bergaduh ke? Khadijah mengerut dahi.Dia risau juga kalau Awatif masih tak boleh menyesuaikan diri dengan perkahwinannya.Maklum sajalah,suami pilihan orang tua…bukannya mereka bercinta dari mula lagi.Takut juga dia kalau Awatif tak suka dan terpaksa.
“Takdelah,saja tanya..kami okey ajalah ummi..” Awatif senyum tapi dalam hati Allah saja yang tahu betapa dia geram dengan Ayyad kerana masih tak mahu mengaku yang dia masih merokok.Takkanlah aku nak ajak bergaduh pulak,kalau melayang semua pinggan mangkuk kat dapur tu..huh! kiranya aku memecah tradisi keturunan aku la erk?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Tengok cerita apa?” Ayyad duduk di sebelah Awatif.Dia baru saja keluar dari bilik air.Awatif memang dah perasan dari tadi Ayyad tak muncul-muncul.Duduk dalam bilik air sampai setengah jam apa kes tuan peguam?
Ayyad kerut dahi.Apasal sayang aku ni,sejak akhir-akhir ni tak banyak cakap ni? Pandangan isterinya terarah pada skrin Tv.Ayyad mengusap rambut isterinya.Sesekali pipi isterinya dicium lembut.
“Bau apa ni?” Awatif buat-buat tercium bau sesuatu.Padahal dia tak bau apa-apa pun..saja nak tengok riaksi Ayyad.
“Bau apa pulak?”
“Bau macam asaplah!..” Awatif mendekati Ayyad.Dihidu pakaian suaminya yang berbau pewangi tandas sebenarnya.
“Mana ada? ni apa pulak,hidu-hidu abang ni? “Ayyad cuak.Aku rasa aku dah cium bau baju aku tadi? mana ada bau rokok?
“Iya ke? bukan bau pakaian abang ke?”
“Merepeklah sayang ni…jiran sebelah kita tu, tadi ada bakar sampah depan rumah dia..bau asap tu la kut..” Ayyad memberi alasan.Uik! nyaris kantoi!
“Agaknyalah kan..” Awatif kembali menonton TV.Huh! macamanalah aku nak buat dia mengaku dengan sendirinya? aku tahulah..dia memang pergi merokok tadi!
“Eh..eh…tengoklah iklan tu bang..” Awatif memukul perlahan bahu Ayyad yang sedang termenung.
Ayyad pandang skrin TV.Rupanya iklan katakan tak nak pada rokok!
“Iklan rokok pun nak hairan ke?” Ayyad buat acuh tak acuh..
“Apalah abang ni! patutnya,kita ambil iktibar iklan ni…merokok tu kan merbahaya..”
“Sayang ni,dua tiga hari ni asyik cakap topic rokok aja…sayang,tak payahlah risau..abang tak merokoklah!”
“Siapa cakap abang merokok? saya Cuma tertarik dengan iklan tu aja..bagus apa mesej dia..” Awatif perasan Ayyad tak suka bercakap pasal merokok.Tak merokok konon..kalau tak,apasal aku tengok rokok yang disorok dalam laci tu makin hari makin berkurang?
“Sayang…jomlah tidur! boringlah cerita malam ni..” Ayyad pegang tangan Awatif.
“Malas lagilah! abang pergilah tidur dulu!” Awatif menarik tangannya.Biarkan! geram aku…asyik tak nak mengaku aja…hah,rasakan..pergilah tidur sorang-sorang!
Ayyad ketap bibir.Perlahan-lahan dia capai alat kawalan jauh dan menutup TV.
“Abang! orang tengah tengok TV lah…”
“Takde..takde..masa untuk tidur sekarang ni..”
“Dengkilah abang ni..” dipukul lengan Ayyad yang senyum nakal padanya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sudah dua minggu berlalu.Awatif masih gagal buat Ayyad mengaku.Dia pun dah takde idea nak digunakan lagi.Malam semalam pun Ayyad hampir marah bila dia masih juga lagi bercakap pasal bahaya merokok.Alah! orang kalau tak buat salah buat apa nak marah kan?
Malam itu.Awatif nekad.Apa nak jadi..jadilah! dia sudahpun membuat keputusan.Ayyad mesti sedar yang dia sudah tahu tabiat buruknya itu.Dia mahu Ayyad tahu,dia tak sukakan lelaki yang merokok dan Ayyad mesti berhenti dengan cara apa pun..tapi,dia tidak berniat untuk memulakan pergaduhan.Dia masih mengambil langkah-langkah selamat untuk mengelak dari pertengkaran.Lagipun,ada sebab yang lebih besar kenapa dia mahu Ayyad berubah.
Selepas makan malam.Ayyad seperti biasa naik ke bilik.Awatif pula, pura-pura sibuk di dapur.Dalam hati dia berdoa supaya rancangannya berjaya.
Ayyad kunci pintu bilik.Lega bila malam itu,isterinya tak masuk awal dalam bilik.Kalau tidak,nak ambil rokok pun susah.Ayyad buka laci almari dan mencapai kotak rokok yang dia sorokkan di situ.Dia tak sangka,selama benda itu berada di situ,Awatif tak pernah terjumpa kotak rokok itu.Kalau jumpa,tentu dia dah mengamuk!
Sebaik pintu bilik air dikunci.Ayyad segera membuka kotak rokok.Dia terkejut kerana tiada sebatang rokok pun di dalamnya.Aik? mana perginya? rasanya baru semalam aku beli yang baru? takkanlah isteri aku pulak yang hisap? Ayyad beriya-iya memeriksa kotak rokok itu tapi yang dia dapat hanya secebis lipatan kertas.
“Kertas apa pulak ni?”
Dibuka perlahan lipatan itu.Ada sesuatu tertulis pada kertas itu.
Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik buat suamiku Ayyad Kashfillah.
Abang, rokok ni tak pernah sayangkan abang seperti mana abang sayangkannya.Ianya hanya memberikan kemudaratan bukan kebaikan.Tetapi saya cintakan abang sepertimana abang cintakan saya.Saya sentiasa mengharapkan abang dalam kesihatan yang baik.Saya tak marah kalau abang mengaku yang abang merokok tapi saya kecewa kalau ditipu.Bagi saya,abang segala-galanya…kalau abang sayangkan saya..berhentilah daripada tabiat buruk ni..saya tak rela dimadukan apatah lagi dengan rokok!
Ayyad terkedu.Erk? maknanya dia dah tahu? tapi….kenapa dia marah pun? bukan dia suka marah-marah ke? macam masa sekolah dulu tu?
Ayyad tak jadi merokok.Lagipun,sebatang rokok pun dah takde.Dia pun tersentuh dengan surat kiriman tak rasmi isterinya itu.Huh! sejak bila dia tukar tektik pakai surat ni?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
“Hmmm…peliklah,apasal bilik air ni tak bau wangi sangat ya? abang belum masuk bilik air ya? tanya Awatif.Ayyad yang sedang membaca majalah di atas katil tak jawab apa-apa.Baik punya perli nampak?
Awatif tak pasti sama ada suaminya sudah masuk ke dalam bilik air itu atau belum.Kalau belum,maknanya dia tak bacalah surat tu?
Awatif berdiri di hadapan cermin sambil menyisir rambutnya.Hmmm…gagal jugaklah misi aku kali ni..
“Sayang…” Awatif terkejut bila tiba-tiba pinggangnya dirangkul kemas dari belakang.Ayyad sudah memaut dagunya pada bahu Awatif.
“Abang nak minta maaf..”
“Minta maaf? untuk apa?” Awatif sudah dapat agak.Ya Allah! maknanya,dia baca surat tu ke?
“Sebab ni…” Ayyad letak kotak rokok atas almari solek.
“Memang abang merokok pun..abang tak pernah berhenti,abang hisap sorok-sorok belakang sayang..sebab,abang takut kalau sayang tahu,sayang marah abang..”
“Memang saya marah pun! tapi saya tak sampai hati nak marah…lagipun,kita bukan budak sekolah lagi bang..zaman bergaduh,bertekak,saling mengejek tu dah lama berlalu..abang suami saya sekarang,tak kiralah siapa abang pada saya sebelum ni.Saya sayangkan abang, salah ke kalau saya nak kebaikan untuk suami sendiri? saya tak peduli kalau suami orang lain merokok..itu penerimaan masing-masing tapi bukan suami saya..suami saya bukan perokok!”
“Abang janji..abang akan berhenti merokok..”
“Mesti buat tau sayang,sebab…tak lama lagi abang akan jadi ayah..” Awatif meletakkan tangan Ayyad di perutnya.
“Hah? iya ke sayang? serius ni?”
“Takkanlah nak main-main…orang dah pergi jumpa ummi pagi tadi..saya pregnant..sebab itulah,abang kena berhenti merokok..bukan asap aja..kotak rokok ni pun,saya tak nak ada dalam rumah ni..”
“Okey..okey..nanti abang buang ya?” Ayyad betul-betul gembira.Dia tak peduli lagi pasal sedapnya merokok!
“Abang mesti berhenti tau,tak nak tipu saya lagi..saya tak sukalah..”
“Abang janji..sungguh ni,lepas ni abang tak tipu dah..bukan abang sengaja pun,nak berhenti susah jugak sayang tapi untuk sayang dan anak kita..abang sanggup buat apa saja”
“Ingat tau,merokok takde satu manfaat pun…abang sayang saya ke rokok?”
“Mestilah sayang isteri abang..”
“Hmm..pandai pun..” Awatif cuit dagu Ayyad yang ketawa.Akhirnya! tak payah susah-susah nak bertengkar..ummi kata mesti berhemah kan? kan dia dah mengaku sendiri…
Ayyad cium dahi Awatif.Selamat tinggal wahai rokok! antara kau dan sayang aku ni..dah tentulah aku pilih dia! merokok membahayakan kesihatan dan rumahtangga…
wahhhh,besttt la..sambung lagi..
BalasPadamtulah....xsuke perokok yg merokok dpn public...bhye lbih kt org xmerokok tu....eii
BalasPadamkite pon xsuke gak ngan perokok.MMG XSUKE SGGUH2!..hihii,cter nie best..
BalasPadamsweet btul couple ni.. best..
BalasPadamBAGUS! bijak bijak...
BalasPadamkatakan taknak kpd rokok!
BalasPadamsweetnyaaaaaaa...
BalasPadammmg sgt sweet cra awatif tgur ayyad..
kpd laki di luar sna..
please stop smoking ye..:))
wah,,,... bestnya,., cikgu nak lagi,, best sangat2
BalasPadamwahhh story yg sgt2 bes n ada mesej yg t'sendri ingin d smpaikan....pndai la e-man ni..hehe
BalasPadamhehee..jadi cikgu mesti kena mau pandai...:P
BalasPadam~terbaiklah~
BalasPadamcara yg paling sweet tuk mnegur..
'mana lebih baik? menghukum atau memaafkan kemudian menasihati..' hehe
betul3...pandai ank murid cikgu..hik3..
BalasPadamserius cerita ni memang best giler..
BalasPadamtahniah writer..
cerita yang ada mesej untuk disampaikan..terbaiklah!!
menarik dan kelakar
BalasPadamBest...
BalasPadamSuke, suke:-)
sweet...erm bgs ada tektik baru..
BalasPadampenyelesaian rumah tgga yg baik...
mst kna guna psiko jgk kn...huhu
thumb up...
BalasPadambest2...
cara r!!!!...cool beb!!!so, jgn terburu2 dlm mengambil sesuatu tindakan.kena berhemahhh!betul cikgu?? bagus rrr..
BalasPadamsufi (",)
hmm...kena cuba ni cara berhemah nk tegur si perokok.....
BalasPadamahahahaaa...
BalasPadamcomel la cerpen ni..
best la cikgu...
i like... :)
best sgt ... siap citer zaman sekolah rayyan n uwais lg..hehehe... tbaik la..
BalasPadamThanks e-man...satu ilmu yg sgt berguna.....
BalasPadamBest cerpen nie.. :)
BalasPadami like it... e man mmang ptut pun jdi novelist......
BalasPadam