Follower Setia SYK

Sabtu, 11 Jun 2011

Cerpen : OMA! Dia ke suami aku?

“Nama?”
Senyap.Pertanyaannya tidak dijawab. Awatif merenung raut wajah selamba di depannya.Dengan baju tak masuk dalam seluar,kasut dia tak payah cerita la..aku rasa kalau baling dalam tasik sekolah mahunya mati semua ikan!
“Saya tanya nama awak apa? tak reti nak jawab ke? ? bisu? xde suara?” marahnya.
“Pengawas bodoh!”
“Apa?”
“Aku cakap…kau pengawas bodoh! pekak ke? takde telinga? mata lelaki di depannya itu terjegil.Kurang ajar! memang dasar mulut jahat! ieeee…kenapalah tiap kali aku bertugas kat pagar ni,muka dia aja yang datang lambat? apsal hari lain yang aku tak bertugas kat sini,dia boleh pulak datang awal??
“Lain kali,kalau orang tanya…boleh tak awak jawab elok-elok? saya tanya kasar ke?” Awatif tak puas hati.
“Kalau tanya soalan cerdik tu bolehlah terima…betul apa aku cakap..kau memang bodoh!..ini first time ke aku datang lambat? aku rasa kau dah memang tahu nama aku kan? lagipun…ni, tak nampak name tag kat baju aku ni? Ayyad…tak reti baca ke? “ Aku cium jugak anak pengetua ni karang! bagi ajalah aku masuk!
Awatif terkedu.Waaaaa….kenapalah ada manusia macam ni di sekolah! memanglah aku tahu nama kau tapi salah ke kalau aku tanya nama kau? jawab ajalah nama kau Ayyad! mangkuk tingkat! apsal dia ni tak kena buang sekolah aja? apasal Walid tak pernah ambil tindakan dengan mamat serabai ni? bukan dia anak menteri pun!
“Tulislah!! aku dah lambat ni..kalau nak mengurat aku pun..buatlah hari lain…”
Nak tercabut jantung Awatif mendengarkan kata-kata Ayyad itu.Sumpah aku tak hingin!! tengok kasut kau dululah baru nak cakap macam tu..perasan!!!!
Awatif menulis nama Ayyad dalam buku laporan.
“Awak ni dah datang lambati 3 kali…”
“Dah tu kenapa? kau nak suruh aku datang berapa kali? sepuluh kali?”
Ayyad senyum sinis dan berlalu pergi.Awatif ketap bibir.Ayyad memang hampeh!! kenapalah pelajar baru itu perangainya menyakitkan hati.Sudahlah datang lambat..serabai..sombong pulak tu! siapalah ada hati dengan dia…muka aja boleh tahan tapi perangai hampeh! menyampah sejuta kali aku kat kau Ayyad!!


+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tahun 2011

“Hah? betul ke ni ummi…tipulah!” Awatif rasa tak percaya.Apasal tiba-tiba?
“Tipu apa pulak..”
“kenapa baru cakap sekarang?”
“Sebab sekarang,sayang dah berumur 23 tahun,dah habis belajar dan sekaranglah masanya kami beritahu yang Atif dah kami tunangkan sejak kecil lagi…”
“Tapi….mesti kena kahwin jugak ke?”
“Tak nak kahwin ke?”
“Bukan macam tu..errr…maksud Atif,mesti kena kahwin dengan lelaki tu ke Walid?”
“Dah tu…dia tu kan tunang Atif..kami dah berjanji dengan mak ayah dia dari kamu berdua kecil lagi”
“Tapi Atif tak kenal dia ummi….walid…”
“Apa masalahnya,ummi dengan Walid dulupun tak kenal jugak…lepas bernikah,sampai sekarang bahagia…percayalah! pilihan kami yang terbaik buat Atif” Walid meyakinkan.Atiff angguk jugak…Waaaa….aku redha ajalah!”

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Awatif rasa tangannya sejuk sewaktu menanti di bilik pengantin.Sebenarnya,masa akad nikah malam tadi dia dah lihat siapa suaminya..orangnya memanglah handsome tak boleh blah.Sekali dia senyum aja boleh buat aku cair tapi kenapa mesti dia???OMG!! dia ke suami aku? tak nak! tak nak! tak nak!
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…”
“Dah lama tunggu abang?”
Awatif tak menjawab.Suaminya sudah duduk di sebelahnya.
“Rasanya takpe kut sayang tunggu lama-lama…macam tak biasa kan..maklumlah,isteri abang ni kan dulu pengawas..tak nak tanya nama ke?”
Awatif tetap diam.Dia mengerling saja Ayyad yang masih ketawa.Waaaaaaaa…..dia ke suami aku? macam tak percaya jek?
“Apasal diam aja ni…nerves erk? relekslah sayang…” Ayyad baru menyentuh tangan Awatif tapi isterinya cepat-cepat menepis.
“Kenapa ni?” wajah Ayyad berubah.Awatif yang segera bangun dari katil.
“Kenapa awak kahwin dengan saya?”
“Perlu ke abang jawab? kan kita dah bertunang dari kecil”
“Mana boleh! kalau awak tahu kenapa awak setuju? awak tahu yang saya memang menyampah dengan awak..awak jahat!” Awatif mahu keluar tapi Ayyad segera menahannya.
“Jangan harap nak lari dari abang!”
“Lepaslah…” Awatif rasa nak menangis bila Ayyad sudah memaut pinggangnya dan mereka terduduk di atas katil.
“Syhhhh…diamlah sayang! nanti kalau orang kat luar dengar,diorang ingat abang ni ganas sangat..” terdengar suara tawa Ayyad di telinganya.Awatif berhenti meronta.
“okey..okey..abang tahu,masa sekolah dulu abang jahat! abang panggil sayang bodoh kan? abang selalu ejek sayang..sebenarnya,abang memang sengaja buat macam tu..abang dulu suka sangat kat sayang…abang ni bukan Mat Romeo sayang nak bagi surat cinta..itu ajalah cara abang nak tarik perhatian sayang..”
“Iya ke?” Awatif kerut dahi.Patutlah aku tengok dia selalu datang lambat tiap kali aku bertugas aja..ceh! apa punya teruklah cara dia nak mengurat aku erk?
“Cara awak tu langsung tak memikat tahu tak!”
“Tahu…abang dari dulu dah tahu kita ni tunangan..macamanapun pun,sayang dah memang abang booking..saja nak sayang ingatkan muka abang yang handsome ni,orang kata…lagi kita benci lagi kita ingat orang tu…dan kalau dah benci sangat lama-lama boleh bertukar sayang tau..”
“handsome apanya…muka macam mangkuk tingkat aja..serabai macam penagih dadah! kasut sekolah dengan muka abang macam sama aja..”Awatif ketawa kecil.Aik? dah tak nak lari ke? detik hati Ayyad.Comelnya dia ketawa…tercapai jugak impian aku nak beristerikan kau Humaira Awatif!
“apa dia sayang?”
“Muka abang dengan kasut sekolah abang dulu lebih kurang aja!”
“Bukan yang tu..sayang panggil apa tadi?
Awatif gigit bibir.Alahai…perlu ke dia nak tanya.Dah jadi suami aku kan? lagipun Ayyad yang sekarang dah berubah..makin handsome dan romantic..ish..cair dah cik pengawas ni tau!
“marah abang lagi? tanya Ayyad sambil mendekatkan wajahnya ke wajah Awatif.Isterinya menggeleng.
“Abang dah tak jahat kan?”
“tak..” Ayyad makin mendekat.Bibir mereka semakin hampir.
“Tak nak panggil saya bodoh lagi tau..”
“Takkan…sekarang abang nak panggil “sayang” sampai mati”
Dan akhirnya bibir mereka bertemu tanpa Awatif ada niat nak melarikan diri!
++++++++++++++++++++++++++++++++

“Macamana Atif? okey tak suami pilihan kami ni?” tanya ummi pada Awatif sewaktu berada di meja makan pagi itu.
“Bolehlah….”
“Bolehlah?” Ayyad tak puas hati.Awatif senyum dan ketawa.
“Terbaekklah….puas hati?” sempat dia mengusap pipi Ayyad yang mula tayang muka cemberut.Alahai..macam ni rupanya perangai sebenar dia..ingatkan brutal sangat!
“Walid rasa..Atif kenal dengan Ayyad kan?”
“kenal sangat Walid…dia ni la,selalu menyusahkan Atif masa sekolah dulu”
“Hmmmm..hari-hari balik rumah mengadu Ayyad buat itulah…inilah…lepas tu tak puas hati sebab Walid tak buang dia dari sekolah kan?”
“Memang pun…”
“Hmmm..takkanlah Walid nak buang bakal menantu walid…lagipun,dia memang selalu cakap alasan dia buat macam tu sebab nak tarik perhatian anak walid ni….”
“Abang cakap macam tu?”
Ayyad angguk.
“Biasalah…kami memang kamcing kan walid? masa tiap kali walid panggil masuk bilik pengetua..kami Cuma borak kosong aja! “
“Tak kena rotanlah?” Awatif rasa tertipu.Beriya-iya dia berpuas hati tiap kali dia pergi report pasal Ayyad yang selalu cari pasal dengannya pada Walid.Tiap kali keluar dia tengok muka Ayyad sedih gila! dah tu siap beritahu kawan-kawan dia kena lempang dan rotan dengan pengetua..rupanya nak kenakan aku aja? Huh! menantu dengan mertua sama aja komplot! nasib baik aku dah jatuh sayang kat suami aku ni…OMA! dia memang suami aku dan aku sayang dia!

29 ulasan:

contengan jalanan berkata...

best3 !!

Iman Kyuhee berkata...

wau.. best sgt2! :)

mimiefarhana berkata...

best!!!

Tanpa Nama berkata...

bestnya !! TERBAEKKKK

cik n.haliban berkata...

haha...puas hati sgt walaupun pendek...sweet je

afifah berkata...

pendek tapi sangat menarik!!

kalau boleh buatlah novel utk cerpen ni..hehehe..

Ayie a.k.a Yizuue berkata...

Best sangat sangat!!!
=))

E-man Sufi berkata...

Adeh...nk buat novel pasal ni? hahaha..hcsph pun x abis lg..:P

Tanpa Nama berkata...

Best !!
Tpi lagi best kalau di buat jdi novel,
hehehehe
ya ya ya, buat jdi novel ya?? :)

cactaceous opuntia berkata...

gile perasan kate awatif nk ngorat die mse kt pagar skola tu...haha...xley bla..rupe2nye taktik nk bg atif inagat dia...ceh...

miznza84 berkata...

best bangat... tp pendek sangat... tak puas....

just KD berkata...

hahahaa..

E-man Sufi berkata...

OMG..DKSA mmg pendek pun..sengaja sy ringkaskan scene sbb malas nk pnjg cerita..hik3..ringkas tp padat n yg pntg readers faham ape yg sy nk storykan..idea spintas lalu jek..^_^

emerald berkata...

cute je cite nie... (n_n)

linas berkata...

syok sangat...

Ema Emaharuka berkata...

Huwaa bestnye..
Tpi pendEk sangat kak, mcm tak puas b'canya~ ngEe:-P

buatlah yg panjang kak, he..
Biar puas b'canya..
Banyak2 buat cerpen jea kak, hahaha:-D

ezz an berkata...

hahaha.....kutuk lg kan dah jadik laki ko Atif......

Apapun mmg best...ringkas dan padat...

dewdrop berkata...

haaa..suke dgn idea kt ats tu..hehe..jdkn novel plak la lps abes HCSPH..cm syok je :D

neway,nice cerpen cik e-man...tringt plak kt syuib(sepah) mhrja lwk..OMG..OMG..hahaha..xmemasal!

faiicie berkata...

cayahlah cgu e-man...
terbaekkkkkkkkk punya!! huhu

maziah berkata...

perrgghhh best gilerr wlaupun..jalan citer die..sempat phm gak..hahhahaha..

YONG JIAO XIU berkata...

sense of humour yg terbaik dari ladang lah. tapi pendek sangat lah. kasi panjang mesti lagi best nak gelak.hahaha

E-man Sufi berkata...

dont worry...ade sequel nnti...hahaha..:)

Aisyah Qaisyiah berkata...

wahhhh mmg terbaekkkkk sgt e-man...walaupun pendek tpi cukup mbuatkan sy feeling....mudah2an ada la lg cerpen mcm ni ya e-man...hehehe

Hafizah berkata...

best!!!! hahaha..... =)
kelakar gile lah ,hahaha...
anyway....SYK the best!!!....;)
p/s..karya cik e-man nie berdasarkan kisah benar ekk??...
5 thumbs up for the cerpen...
sekuelnye bile nak keluar?

SyAz n HaNi berkata...

memang best la.... kelakar... nape jd cerpen? xbt novel ke??? sonok gak jln citer nie...

nurf berkata...

best!

sentuhan e-man sufi mmg menjadi-jadi!

tang kelakar lagilah.....:)

Dr.LoVe berkata...

mmg terbaekklah.....thanks E-man Sufi

aleyamaira berkata...

comel sangat cite nie... like2~ =)

akueker berkata...

best2.. wat r novel plak.. hehe