“My sweet Hanny, How I miss you dear….”
Pelukan Fawaz yang mendadak itu tak mampu untuk Hannah elak.Sekejapan sahaja dia sudah berada dalam dakapan Fawaz yang tinggi lampai itu. Ya Allah! abang Fawaz ni biar betul! suami Hanny ada kat sebelah ni abang Fawaz oi…. Awak! bukan salah saya tau! sempat dia memandang raut wajah Uwais yang berubah.
Uwais terpaku menyaksikan aksi di depannya. Honey?? nama dia Hannah la, bukan Honey..suka-suka nak panggil isteri orang macam tu! datang tak dijemput, bagi salam pun tak..tau-tau kau peluk isteri aku.. aku sendiri pun takde peluang nak buat macam tu…siapa dia ni???
Uwais rasa bajunya yang basah boleh jadi kering kerana panasnya melihat kemesraan yang tak pernah dijangkanya itu.
“Err..abang Fawaz pergi mana selama ni? “ Hannah cepat-cepat menolak perlahan tubuh Fawaz. Memang betul mereka rapat, setakat bertepuk tampar tu memang biasa tapi dia memang tak pernah berpeluk dengan Fawaz sebelum ni,usahkan Fawaz..masa dengan Muiz dulu pun setakat berpegang tangan aja..dia pun reti jugak malu walaupun tak mengamalkan budaya Melayu seratus peratus.
“Pergi mana? bawa dirilah..ya la kan, orang tak suka..buat apa tinggal sini lagi..” jawapan Fawaz seperti jauh hati.
“Tak nak jemput masuk ke? Tanya Fawaz.Dia perasan ada lelaki yang tidak dia kenali di situ.Namun begitu, dia tiada hati untuk berkenalan dengan sesiapa ketika itu. Perhatiannya hanya pada Hannah Maryam yang sekian lama dia impikan untuk menjadi suri dalam hidupnya… beberapa hari yang lepas, dia terserempak dengan Tengku Muiz di Dubai..dia tak menyangka perkahwinan antara Muiz dan Hannah tidak pernah berlaku dan Muiz sendiri tidak mahu bercerita kenapa. Dia tidak tunggu lama untuk terus menempah tiket balik ke Malaysia setelah hampir 8 bulan menghilangkan diri daripada keluarganya.. harapannya Cuma satu..kalau Muiz tiada lagi dalam hidup Hannah…jadi, siapa lagi yang lebih layak selain dia untuk menjadi arjuna pelindung seumur hidup Hannah Maryam.
“Masuklah,buat apa berdiri lagi kat sini..” pelawa Hannah.
“Jom..” Spontan pula Fawaz menarik tangannya dan masuk ke dalam rumah.Hannah tak tahu nak kata apa, dia lihat Fawaz begitu teruja sekali tanpa sempat dia nak kenalkan Uwais pada lelaki itu.
Uwais terkebil-kebil melihat Hannah dan Fawaz yang sudah masuk. Habis, aku ni macamana? sampai hati Hannah tinggalkan dia di luar, sudahlah pakaiannya basah..sekarang tak dipedulikan pula..
Baru saja Uwais nak melayan rasa sedih, tiba-tiba Hannah muncul.
“Opsss…sorry, tertinggal pulak..jomlah masuk, mandi dan tukar baju…” Hannah senyum.
“Ingatkan dah tak peduli..” suara Uwais seakan merajuk.
“Ieee… awak cemburu dengan abang Fawaz ya?” usik Hannah.Uwais langsung tak senyum.
“Dia tu abang sepupu sayalah, jomlah masuk… “ pujuk Hannah lagi.Kan dah merajuk Uwais aku ni, abang Fawaz pun satu..agak-agaklah kalau nak peluk tu..aku ni dah jadi isteri penjual burger,mana boleh main peluk sesuka hati.
“Tapi dia peluk sayang tadi..selamba aja…” Uwais cekak pinggang.Memang tak puas hati..suami mana pun akan bengang kalau ada orang peluk isteri dia kan?
“Memanglah,tapi bukan saya yang suruh.. Abang Fawaz tu yang tiba-tiba tarik saya macam tu”
“Memang abang cemburu Hannah… takkan abang nak biar orang peluk sayang abang ni kan? depan abang pulak tu” Uwais memang tak perlu rasa malu untuk mengaku.Sebagai lelaki dan suami,dia mahu Hannah faham rasa hatinya.
“Okey..okey..abang Fawaz tak sengaja agaknya… lain kali saya akan pastikan ,abang aja yang boleh peluk saya..” Alamak! terlepas cakaplah pulak.
“Apa dia?”
“Takde apalah…” Hannah menggeleng.Wajahnya memerah kerana Uwais memang dengar dengan jelas apa yang dia cakap tadi. Saja je kan..nak buat aku rasa berdebar-debar..
Uwais senyum nakal.Nampak macam dia baru saja dapat isyarat lampu kuning…takpe..takpe…sabar tu separuh daripada iman..lambat atau cepat dia yakin, Allah akan memberikan ruang yang terbaik untuk dia dan isterinya itu.Hannah menarik tangannya dan mereka masuk ke dalam rumah. Pedulikan siapa Fawaz..saat itu Uwais hanya mahu detik-detik dalam hidupnya hanya dengan Hannah!
+++++++++++++++++++++++++++++++
“Pergi mandi..nanti saya letak baju awak atas katil ya?”
Hannah menghulurkan tuala pada Uwais .Tanpa banyak cakap Uwais mengambilnya.
“Tolong bukakan butang baju abang boleh tak sayang?” Uwais sengaja nak bermanja.
“Ai.. dah tak pandai nak buka sendiri?” Hannah dapat rasa Uwais memang sengaja.
“pandai tapi rasanya sayang abang ni lagi expert bab buka butang baju ni..” Uwais cuba mengingatkan saat kali pertama mereka tinggal satu bilik dulu.
“suka mengada-ngadakan…cubit baru tahu..” Hannah mengusap sedikit dagu Uwais.
“Tak nak la cubit..sakit, kalau nak cium ke lainlah..anytime..”Makin galak Uwais mengusik.
“Ya Allah, gatalnya…suami siapalah ni..”
“Suami Hannah Maryam lah..yang handsome tu..”
Hannah ketawa.Tangannya membuka butang baju kemeja Uwais satu persatu.
“Sayang…”
“Hmmm…”Hannah yang tadi hanya memandang kea rah butang baju Uwais mendongak.Mata mereka bertentangan dan dia lihat Uwais senyum.Lesung pipit kelihatan terselah di kedua pipinya.Ya Allah… handsomenya suami aku ni..aku tak rela kalau ada perempuan lain yang nak rebut dia daripada aku..macam ni ke rasa jatuh cinta?
“Sayang tahu tak..abang kan, suka sangat tengok mata sayang ni..cantik!” puji Uwais. Mestilah kena puji..biar Hannah tahu, aku ni romantiklah juga walaupun penjual burger..
Hannah terpaku,jiwanya dah mula terbuai dengan pujian Uwais… saya pun suka tengok senyuman abang…macam nak tercabut jantung tau! Uwais merapatkan lagi jarak antara dia dan Hannah.Makin rapat…Hannah tak mengelak..Uwais makin berani…rapat lagi hingga hidung mereka hampir berlaga. Saat bibir mereka hampir bertaut….
Tuk! tuk!tuk!
“Hanny!!...” terdengar laungan suara kasar dari luar bilik.
“Siapa pula tu?” Uwais mengerut dahi. Kacau daun betul!
“Abang Fawaz agaknya..”
“Memang dialah tu,kan dia sebut Honey.. suka-suka panggil isteri orang macam tu..”
“H.A.N.N.Y…Hanny… dah memang dia panggil macam tu dari kecil.. takkanlah nak jadi isu..”
Uwais mencebir.
“Biar abang pergi jumpa dia? nak apa sibuk sangat cari sayang ni? eh, dia tak reti nak berehat ke?”
“Tak payahlah… nanti dia ingat kita buat apa pula dalam bilik ni..tengoklah keadaan awak tu” Hannah tunjuk pada baju kemeja Uwais yang sudah terbuka luas. Alahai,seksinya suami aku ni..
“Baguslah, biar dia tahu…kita pun nakkan privacy..”
“Ish..tak naklah, buat malu aja”
“Nak malu apa..bukan buat maksiat pun..inilah dia,kalau dengan suami aja ada dalih..kalau dengan bukan muhrim tu,berpeluk tak kisah pulak ya? depan suami pulak tu..”
Hannah membulatkan matanya bila disindir Uwais. Amboi… aku jugaklah yang salah…
“Faham..tak payahlah nak ungkit, lain kali saya takkan biarkan perkara macam tu jadi lagi..
“Hanny!!!” terdengar lagi laungan itu.Uwais cekak pinggang.Aku memang tak boleh blah dengan abang Fawaz ni, dia ingat isteri aku ni apa? dah macam isteri dia pulak!
“Awak pergilah mandi…” Hannah menolak tubuh Uwais supaya masuk ke bilik air.Terpaksa jugaUwais turutkan.Ikutkan hati nak aja dia bercakap sendiri dengan Fawaz.. Hannah ada suami yang perlu diberi perhatian.. sendiri mau ingatlah!
Hannah buka pintu.Fawaz sudah berdiri di depannya.
“Sorrylah ganggu..err..nak minta tolong dengan Hanny..hantar abang pergi rumah Maira boleh? dah lama abang tak jumpa adik dan anak-anak saudara abang tu..”
“Diorang tak tahu abang balik ke?
Fawaz geleng.
“Tapi hari dah lewat petang ni..”
“sekejap aja..please..” rayu Fawaz.
Hannah agak keberatan.Dia baru sahaja nak berbaik dengan Uwais..nanti kalau Uwais cari dia macamana? kalau Uwais merajuk? marah ke? tadi pun Uwais dah tak puas hati..maunya tak, hampir saja ciuman pertama mereka terjadi Fawaz dah buat spoil..
“Okey..abang tunggu kat depan rumah ya?”
Fawaz angguk.Hannah tutup pintu.Perlu ke cakap kat Uwais? tapi dia tengah mandi… sekejap aja takpe kut..Hannah keluar dari bilik setelah meletakkan pakaian bersih untuk Uwais di atas katil.
20 minit kemudian Uwais keluar dari bilik air dengan hanya bertuala.
“Hannah?” panggilnya tapi dia lihat bilik itu kosong saja.Hannah tidak kelihatan di mana-mana. Uwais menghampiri katil dan dia lihat terdapat sehelai baju T-shirt Polo Sport dan sehelai kain pelekat. Uwais senyum sendirian.Nampaknya Hannah sudah tahu yang kebiasaan dia memakai kain pelekat untuk memudahkan dia solat Maghrib nanti.
“Agaknya dia tunggu aku kat meja makan kut” walaupun hari sudah hampir pukul 6.45 petang tapi dia masih belum makan dan terasa lapar.Uwais segera menyarung baju.Kemudian dia keluar dari bilik.Kebetulan dia bertembung dengan Putera yang juga baru keluar dari biliknya.
“Putera nampak Along tak?” tanya Uwais.
“Along? oh, dia suruh Putera beritahu Abang Long..dia pergi hantar abang Fawaz ke rumah Kak Maira..” mereka sama-sama duduk di ruang tamu.
“Buat apa?” tanya Uwais lagi. Dia memang tak suka cara Fawaz yang sesuka hati mengajak Hannah ke sana sini. Sepatutnya mintalah izin darinya dulu.
“Kak Maira tu kan adik Abang Fawaz.. dia rindukan adik dia tu agaknya..”
“Emmm.. Abang Fawaz tu rapat ke dengan Along?” aku kena siasat ni..
“Memang rapat pun,kira macam bodyguard Alonglah.. satu sekolah dengan Along tu bang..dari sekolah rendah sampailah ke University..tapi, lepas Along bertunang.. dia terus lesap.. sekarang baru dia ada balik.. Putera pun pelik..apa yang sebabkan dia balik tiba-tiba…” Cerita Putera lagi.Uwais menghela nafas berat. Kalau baik dari kecil sekalipun,hormatlah sikit..Hannah tu isteri orang.. memang tak manis kalau ada yang nampak Hannah ke sana ke mari dengan lelaki lain..Memang wajar sangatlah kalau dia nak cemburu,Fawaz abang sepupu bukan abang kandung!
++++++++++++++++
“Abang Fawaz pergilah rehat ya..tadi petang Hanny dah suruh Mak Awa kemaskan bilik abang..” Hannah menutup pintu kereta.
“Eh, lepas abang mandi nanti temanlah berborak ,dah lama kita tak berbual” Fawaz segera menyamai langkah Hannah yang mahu masuk ke dalam rumah.Lama juga mereka di rumah Maira..hampir pukul 9 malam barulah Maira benarkan mereka balik.Cuma tadi dia pelik bila Maira ada bertanya Hannah kenapa seseorang bernama Uwais kalau dia tidak salah..ya! Uwais..kenapa tidak ikut mereka berdua datang sekali..siapa pula Uwais?
“Esok ajalah bang, dah pukul 9 malam ni.. Hanny penatlah”
“Okey..sorry..abang happy sangat dapat jumpa Hanny..banyak benda nak tanya..esok ya?”
Hannah angguk.Mereka masuk ke dalam rumah.Hannah nampak Putera sedang membuat kerja sekolah di meja studynya.
“Rajin adik abang study? “Fawaz sempat menepuk bahu Putera sebelum dia berlalu ke biliknya.
“ Putera..Abang Long mana?” tanya Hannah.
“ entah..dalam bilik Alonglah agaknya”
“Tadi dia makan malam tak?”
“Makan..tapi abang Long macam badmood aja,Along tu lah..sian dia tunggu Along tak balik -balik..apasal lama sangat?”
Hannah tak jawab.Bukan dia nak lama-lama di rumah Maira,lagipun setiap hari dia berjumpa dengan Maira di pejabat tapi Fawaz yang begitu lama bercerita itu dan ini pada Maira, dia pun tak sampai hati nak ajak Fawaz balik cepat.
Hannah masuk ke bilik tidurnya.Dia lihat Uwais terlena di sofa .Pen merah masih berada di jarinya.Hannah menyusun buku-buku kerja pelajar Uwais di atas meja. Tanda buku kerja sampai tertidur..sian Uwais aku ni..mesti penat, nasib baiklah dia tak pergi gerai malam ni..
“Awak…bangunlah! kenapa tidur macam ni?” dia menggerakkan Uwais.Perlahan Uwais membuka matanya.
“Emmm..sayang dah balik? dah pukul berapa ni” Uwais menggosok matanya yang terasa silau kerana cahaya lampu.
“Pukul 9 malam..” jawab Hannah.Dia duduk di sebelah Uwais.
“Mengantuknya..” Uwais melentokkan kepalanya di bahu Hannah. Aik? sempat lagi landing atas bahu aku?
“Bangunlah…tidur atas katil..” Uwais spontan mengangkat kepala.
“Tidur kat mana?”
“Atas katil..” Hannah sudah bangun dan membuka almari.Uwais masih mamai.
“Katil sayang tu ke?”
“Iya sayang….katil mana lagi”
“sayang?” Tanya Uwais lagi.Hannah senyum kerana dia rasa seperti soalan itu pernah dia tanyakan pada Uwais sebelum ni..sekarang dah terbalik pulak?
“takkanlah saya nak tidur dalam bilik air..sebelah awaklah..” Hannah mengeluarkan tuala dari dalam almari,dia mahu membersihkan diri.Hannah menuju ke bilik air.
“Habis tu,kenapa sayang bawa selimut tu?”
“Ini tuala mandi lah..”Hannah ketawa.Mamailah tu!
“Ooo…nak abang tunggu sayang ke? mata Uwais dah membesar. direnung Hannah dengan pandangan penuh makna.Amboi..amboi..tadi aku nampak macam mengantuk sangat! dah tak ngantuk ke? penat semua dah hilang? Hannah membalas dengan jelingan menggoda.
“Tunggulah kalau sudi..” Hannah segera masuk ke dalam bilik air.Uwais turut tersenyum.Yes! tadi tu nampaknya isyarat lampu hijau kan? …Alhamdulillah.. akhirnya! err..kejap..aku nak ingatkan balik doa malam pertama tu..
apesallah si fawaz tu berat mulut sgt nak tanyer...ish2....
BalasPadamkan elok kalau hannah panggil 'abang' kat suami.... hrmm... lagi lebih romantis... lembut menyental telinga... ahahaha.... dah ada pglaman ke uwais??? minta diajuhkan dari syaitan.. itu jer.... fawwaz mesti kacau daun pasni...
BalasPadamhahahaa...kelakar la uwais..gedik jugak ekk...hihihi...tp xpe...dgn wife jugak...hihi..sweeett sgt..;p
BalasPadamei, suka suki jer nk peluk wlupon kezen sndri,gggrrrrr....erm, perubahan y sgt bsar, hannah dpt terima uwais scr trg-trgan, lau x asyik nk brdalih jer ngan uwais,hehe..suke3..:) hadoi, tp msalah tol la c fawaz 2,ble la c fawaz ni nakal tau eh??
BalasPadamMemang menariklah e-novel e-man nie..Tahniah, boleh menjadi penulis berbakat dikemudian hari
BalasPadamhahaha lawaklah uwais...
BalasPadamdoa malam pertama konon.. :)
nk ingt doa mlm pertama? kekeke :P
BalasPadamgatal noh uwais ni...baru sibuk2 nak ingat doa mlm pertama...hahaha...green light dr hannah 2...
BalasPadamso sweet..agak2nya fawaz kacau lagi tak??
BalasPadamKahkahkah
BalasPadamgatal jugak ekk uwais ne;)
ternyata keDatangan fawaz
ada membawa hikmah jugak,
merapatkan hubungan uwais dan hannah,, sweEtnya diorang, heE;)
hahhaha...gatal la uwais nie...tp sweet..
BalasPadamyay,..dah makin baik. :) cuma si fawaz tu je yg nyibuk. eii, xsuka fawaz!
BalasPadamklakar la si uwais ni..tegelak2 baca part last 2 haha
BalasPadamheheh..best jer bace..wow..hannah dh tunjukkn kemesraan die..x leh tahan nk gelak part doa tu..hehe..ade ke doa mlm pertama??..
BalasPadamhaha doa malam pertama??
BalasPadamrasa2nya jadi ke tu??
tapi nak sgtla dorg tu sama2
sweet
Cikgu Liz : cm korro ckp la..nk elak gangguan syaitan jek..biase la Uwais tu.over exited sbb dpt green lite hannah.. tu yg galak sgt tu..hik3...
BalasPadammlm pertama tu sure la jd.. psl sy pun dh penat tgok they all ni asyik gaduh jek..ahakzz..
comel sgt hannah n Uwais
BalasPadamwakakakaka uwais ni la, amboi amboi amboi :-) .... siap ingatkan doa tuuu...
BalasPadamwahh suka2 uwais gan hannah...cpt2 sambung k...best2
BalasPadameei... cutelah dia orang ni, gedik suamiisteri takpe, cuma dengan mawaz tu,eer... boringnya menyebok je!
BalasPadamE-man saya betul2 suka cita awak, follow ari2 kat ofis.thanks hasilkan novel yang lagi menarik, saya sokong sebab saya suka baca novel mcm ni.
wei..suka suka..minta minta adalah malam pertama..mcm u cakap da letih mrk ni gaduh...gua caya la lu..gd job..
BalasPadamNur : tqvm..terharu nih..hihihi..
BalasPadamida : mmg penat pun tgok diorg gadoh kan tp...jeng..jeng..jgn lupa Hannah ni siapa..mustahil org yg bongkak,angkuh,sombong,ego boleh buang sikap ni mcm tu jek.. pelik la plak kan? tetiba je drastik cmtu..betul dia cinta Uwais tp x bermakna dia dh berubah...wahahaha...camno tu?? tunggu....
amboi penulis..,kate2 yg penuh makne tu..,jeng jeng jeng..,hik3
BalasPadamserius la kelakar plak uwais tu terus je celik..,siap nk engt kn blik doa mlm pertame 2... psl fawas tu mmg la mnyebok tp ade watak die pn bezt jgk..,mgeratkan lg hbngn uwais ngn hanna..:) so sweet cter ni..,hope ade novel2 yg lain drpd penulis...,good job...:)
Hanna dah tunjukkan rasa syng kat uwais eik...bagus la...tapi fawaz tue pulaz kacau daun..dier tak tau hanna tue dah kawen ker...uwais aper lagi..sound sikit fawas tue...lebih2 lak dier...huuhuhhuuhhu
BalasPadamDia : mmg fawaz x tahu sbb dia ni sengal...hahah..suka-suka jek..xpe nnti dia tahu gak..pastu ape jd? jeng..jeng..jeng...fawaz ni bukan watak baik cam batrisya erk..dia ni mmg penyebok tahap tak bleh blah...keh3..
BalasPadamhari ni, sy baca citer ni dari bab1-bab29.....mmg best sgt....jalan citer ok, bahasa ok....
BalasPadammoga2 dorang berdua tu tabah hadapi halangan dan rintangan slps ni...especially uwais nk defend diri dr penyebok x boleh blah tu.....
Bagus gak ada Fawaz ni, buatkan Hannah lebih prihatin nak jaga hati Uwais and layan suami dgn lebih baik dr sebelum ni... jangan pulak Fawaz datang ketuk pintu sat lagi..mmg penyibuk tahap gabanlah... :-)
BalasPadamsume ok cita ni cuma..besar kecik tulisan tu kalu boleh diimprovekan lg supaya lebih selesa membaca.Anyway teruskan ya..saya mahu baca lagi!
BalasPadambest...
BalasPadamdua2 nk menggatal bersama
ada penerimaan disitu
bila nk kua n3 30 ni huhu sabar menanti
BalasPadamHua3... cepatnye berbaik. keke... timing kene lak tu, fawaz datang dorang nank berbaik.. mesti lps ni mslh besar lak dtg..
BalasPadamwah...wah..wah.. terus tak jadi tido ye uwais?
BalasPadamhmm fawaz...fawaz..kesian dia.
weee...sweet sgt2 cter nie..mane smbungan dy lagI??alaaa xsabar laa..hehe..hanna n uwais sweett..
BalasPadammana sambungan nye?? xde ke??
BalasPadammana episod yg lain? dpt tau citer ni dh abis hingga episod 69...
BalasPadammana episod 30-69? tak dapat cari dan tak buka. tak best lah tergantung pembacaan...
BalasPadambez la... swetz ni.. suka la tg0k d0rg b;tikam lidah tpi swetz lg masa d0rg b'baik.. hihi.. smbg la lgi eps0d seterusnya... x sbr nk bca... t'baikkk!!!
BalasPadamTahniah!! baca citer nie buat saya seneh sorang2... layannn... x sabar nk jd kan koleksi novel ker 5 ratus lebih saya. x sabar tnggu bln 11. penerbit bukunya aper ek?
BalasPadamwah best sgt lar...kelakar sgt...asyik ketawa je...ahhhahaaa...bila nk sambung ya...hihiihaa
BalasPadamdh hbis baca...cpt2 publish...hehehe..suke giler ngan SYK ni...
BalasPadamkelakar..best sgt..hehe..dh bis bca..bila nk ada sambungan ni..
BalasPadammner smbungan nyer nieyh . . ?
BalasPadamsambung laaa..... pliiiiiizzzzzzzzzzzz.....
BalasPadamharap happy ending..
BalasPadambila nak sambung ? best gila novel ni
BalasPadambila nak sambung next chapter nieee..dah lama tunggu..best sgt citer nie
BalasPadammauxsedap...story x disambung la pasal dh terang2 kat atas buku dh dikeluarkn...silalah cari di kedai2 ya klu nk tau kesudahan....harap maklum..tqvm sbb follow..:)
BalasPadambest sgt cter nie...dah khatam banyak kali dah...sampai sekarang masih setia layan novel nie...sweet sgt Uwais n Hannah....lg 1 cter nie klakar lah...n yg penting...diarong nie romantik...hehehehe
BalasPadambest
BalasPadamsinopsis penuh tengok di:http://tauhusumbat.com/index.php/2011/11/suami-yang-kubenci/
BalasPadamcepatlah sambung!!!!!
BalasPadamcari kat bookshop takde
XD
sambung laaa , please ?
BalasPadamkelakor n sesweet habissss......:D
BalasPadamSaya Harap, akan ada sambungan utk cerita in atau pengembangam cerita,sbb dh Gila admire cerita ni,walaupon dh Baca byk Kali still tk puas.so Harap akan ada smbungan or penmbhn cerita
BalasPadam