BAB 6
“Bila kamu senang..datanglah selalu ke sini Uwais.Tuk Ayah ni pun kadang-kadang rasa bosan juga bila duduk sorang-sorang..Mastura dengan Putera sekolah,Maira dengan Atikah pun hari minggu saja datang ke sini..cucu-cucu yang lain tinggal jauh.Bila usia dah senja macam ni,rindu pulak nak bermesra dengan cucu-cicit..” bicara Tan Sri Idris dibalas dengan anggukan.Usai solat mereka semua duduk di meja makan untuk menikmati makan malam.
“Hah..hidangan kita malam ni istimewa tau? Tuk ayah tempah khas dari hotel Swiss Garden,tapi masakan kampung..ikan bakar dari Ana Ikan Bakar pun ada…” Putera mencelah.Matanya sudah membulat memandang hidangan di atas meja.
“Wow…ikan bakar dengan petai…dah lama Mastura nak rasa ni..”
Hannah menyiku Mastura yang duduk di sebelahnya.
“What?”
“Are you mad? benda tu berbau la..”bisik Hannah.Dia rasa nak menjerit melihat hidangan di atas meja..ikan terubuk dan ikan siakap bakar kelihatan masih berasap.Baru dihantar barangkali.Ada juga hidangan makanan laut seperti ketam dan udang.
“Yang ni,khas untuk Uwais.Ikan patin masak tempoyak..betul tak?” Mak Ngah Suri baru saja meletakkan semangkuk besar gulai itu.
“Hah,yang ini..Suri masak ke?” tanya Pak Ngah Halim pula.
“Iyalah bang..saya buat khas untuk menantu kita ni hah..”
“Terima Kasih Mak Ngah…susah-susah aja…” Uwais berbahasa.
“Apa pulak susah..bukan selalu..lagipun,Mak Ngah exited pasal inilah first time kita buat makan malam keluarga macam ni..biasa tu, ala French la,Italian..mexican..muak jugak..kan bang?
“Betul tu..Hah,Sara? boleh makan ke makanan ni semua,kalau tak sesuai…don’t worry,sebab abang ada order spangetti dengan pasta..”
“Ish..apasal tanya Sara pulak? Sara dengan anak-anak tak kisah bang…kami ni pun orang Malaysia jugak..” Mak Usu Sara menjawab.Hannah sekadar mendengar.Apasal aku rasa macam diorang ni sindir aku jek?
“Sudahlah…kalau sibuk bercakap aja,nanti sejuk pulak makanan ni..hah,Putera..kamu baca doa makan..”
“Err..saya ke Tuk?” Putera buat-buat terkejut hinggakan adik-adik sepupunya yang masih kecil ketawa melihat gelagatnya.
“Ish budak ni…main-main pulak dia…”
Putera menyengeh saja.Dia segera menadah tangan.Begitu juga yang lain..selesai baca doa mereka menikmati makan malam itu dengan penuh selera kecuali…
“Sayang? kenapa tak makan? “ tanya Uwais dengan suara penuh romantic.Hannah memandangnya.Uwais senyum walaupun ketika itu pandangan Hannah seperti mahu menelannya.Senang untuk dia faham pandangan itu membawa isyarat “ Don’t called me sayang!”
“Ah..ah…kenapa Hannah? kamu tak selera dengan lauk-pauk kampung ni ke? kan ada seafood tu..” tegur Tan Sri Idris.
“Takdelah Tuk Ayah…Hannah dah kenyang..”
“Owh…”
“Kenyang ke diet? tanya Putera.Hannah geram pula dengan perangai putera yang dah sebijik macam abang iparnya..aku sumbat mulut dengan crab baru tahu..kenapalah korang tak perasan yang aku tak boleh bau “tempoyak”? dah tu…letak mangkuk tu betul-betul depan aku…gulai ikan sungai pulak tu..ieeeeee…
“Sedap gulai tempoyak ni Mak Ngah…sama macam yang mak saya buat..”
“Iya?..hah,kamu di rumah macamana? Hannah ada masak gulai kampung ni semua?” Mak Ngah Sara menyoal.Hannah yang baru menjamah sesuap nasi tersedak.Mujurlah sempat ditutup mulutnya.Uwais segera menghulurkan minuman padanya.Hai…terkejut ke?
“Kadang-kadang ada jugak” tipu Uwais.Takkan dia nak berterus terang yang Hannah tak pernah sekalipun memasak untuknya? kalau ada memasak pun,spaghetti atau pasta..kadang-kadang Hannah hanya makan salad sayur-sayuran sahaja..dah macam vegetarian pulak aku tengok..nasi? dia rasa sepanjang 2 minggu tinggal bersama..inilah pertama kali dia nampak Hannah makan nasi.
“Iya ke? sejak bila pulak Hannah pandai masak masakan kampung ni?” Usik Mak Usu.Wanita itu senyum penuh makna.
“Hannah belajar dengan mak abang Uwais Mak Usu..” jawab Hannah.
“O…baguslah…” Hannah rasa lega bila Mak Usu seakan percaya.Tak pasal-pasal pulak mak mertuanya yang tak tahu apa-apa tu dikaitkan.
“Malam ni,tidur sini ajalah Uwais ya? esok kan hari minggu..Tuk Ayah nak ajak kamu pergi memancing di kolam ikan…hah,nanti bolehlah kamu bawa hasilnya tu pada mak kamu..”
“Wow..best tu Tuk..bolehlah Putera join skali..”
“Fateh pun nak jugak” anak Mak Usu Sara yang baru berumur 6 tahun itu turut bersorak seperti Putera.
“Tidur sini?” Hannah spontan bersuara.Tan Sri Idris mengerut dahi.
“Kenapa? kamu dah ada apa-apa rancangan ke?”
Dia memandang wajah Uwais yang hanya berdiam.Tidur sini bermakna aku kena tidur satu bilik dengan mamat ni? naik satu kereta pun aku tak nak inikan pulak satu bilik dengan dia? no way!!
“Boleh...apa salahnya Tuk Ayah..lagipun,kami takde apa-apa rancangan minggu ni..kan sayang?” Uwais bersuara.Hannah rasa nak aja dia cubit peha Uwais yang duduk di sebelah kanannya itu.Sesuka hati aja buat keputusan erk?
“Emmm…mestilah,lagipun dah lama Hannah tak tidur sini..” namun kerana menghormati Tuk Ayahnya itu…setujulah jugak!
“Eloklah tu…”Tan Sri Idris senyum puas hati.Mulanya tadi,dia sedikit kecewa dengan riaksi Hannah.Entahlah,sebenarnya dia masih bimbang kalau-kalau Hannah masih marah kerana terpaksa mengahwini Uwais tetapi dilihat pada kemesraan keduanya,perasaan syak itu mula hilang.
“Awak memang nak ambil kesempatan kan?”
“Kesempatan apa pulak ni?” Uwais memang tak faham dengan maksud Hannah.Ketika itu mereka berada di bilik sebaik sahaja semua yang lain sudah pulang.Memandangkan Pak Ngah Halim sekeluarga tinggal di Kuala Lumpur dan Mak Usu Sara pula di Melaka mereka tidak dapat tinggal lama di kampung itu.Kuantan dan tempat tinggal mereka bukannya dekat.
“Tak payahlah buat-buat tak faham..awak memang cari peluang untuk tinggal satu bilik dengan saya kan? sebab tu awak setuju sangat bila Tuk Ayah suruh kita tidur sini kan?Ieee..tolonglah, saya takde hati tau nak tidur satu katil dengan awak”
“Ek eleh…perasanlah pulak awak ni..saya tahu awak tak sukakan saya Hannah..tapi saya pun ada maruah ,kalau orang dah tak nak…bukan prinsip saya nak memaksa..Kalau awak tak setuju..saya lagi tak hingin!” geram pula Uwais bila acapkali dipandang serong.
“Ohh…nak tunjuk baiklah konon,mana ada kucing yang tolak ikanlah!” Hannah merenung sambil mencebir padanya.
“Ada! siapa cakap takde? kalau ikan depan kucing tu ikan masin,kucing gila pun tak nak makanlah” Uwais semakin hilang kesabaran.Bergetar suaranya kerana ditahan supaya tidak kedengaran terlalu kuat.
“Awak jangan melampau ya?” Hannah rasa terhina pula bila disamakan dengan ikan masin..please!!
“Siapa yang melampau? awak cakap saya nak ambil kesempatan kan? awak belum cukup cantiklah sampai nak menggoyah iman saya ..lagipun,takde istilah ambil kesempatan dalam hubungan kita ni..kalau awak yang tak nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri itu urusan awak dengan tuhan…dan untuk malam yang kesekian kalinya,awak bersedia ajalah untuk terima kutukan dari para malaikat sehingga ke pagi Hannah…” Uwais mahu segera keluar.Tak sanggup lagi rasanya dia menerima tuduhan Hannah yang selalu saja menghina dirinya.Kalau haknya sebagai suami dinafikan,dia takkan melenting kerana dia tahu..Allah pasti tahu apa yang terbaik..setiap satu yang terjadi ada timbal baliknya..Sakit hati bila Hannah masih dengan perangai angkuh dan egonya terlalu tinggi.Langsung tiada sedikitpun rasa hormat padanya.Kalau orang lain,mungkin dah lama Hannah makan penampar!
“Saya takkan tidur dalam bilik ni..tadi saya planning dengan Putera nak ikut abang Din pergi tunggu durian gugur di kebun buah-buahan..subuh nanti InsyaAllah saya balik…” Uwais menutup pintu.Perlahan dan suasana menjadi sepi dalam bilik tidur itu.Hannah terduduk di katil.Terngiang-ngiang suara Uwais tadi…untuk malam yang kesekian kalinya,awak bersedia sajalah untuk menerima kutukan dari para malaikat hingga ke pagi… dadanya berdegup kencang.Dia rasa jemarinya mula mengggigil..begitu sekalikah beratnya dosa yang dia lakukan hanya kerana dia tidak mahu dipaksa menjalankan tanggungjawab sebagai isteri? tak…aku rasa dia memang saja nak takutkan aku…
Hampir pukul 5.45 pagi Uwais tiba semula di rumah bersama Putera.Abang Din, penjaga dusun buah-buahan Tan Sri Idris tidak pulang bersama mereka.
“Abang Long,Masuk bilik dulu ya? mengantuklah..”Putera menguap beberapa kali .Dia sudah memegang tombol pintu biliknya yang hanya bersebelahan dengan bilik Hannah.Uwais hanya angguk.
“Kejap lagi masuk waktu Subuh..Putera solat dulu,kemudian barulah tidur ..”
“Okey bro..”sempat Putera Baihaqi memberikan tabik spring padanya.Uwais menggeleng..dalam mamai pun boleh melawak lagi budak ni..
Tiba di depan pintu bilik Hannah,Uwais berdiri lama di situ.Kalau dia masuk,adakah dia akan mengganggu tidur Hannah.Tapi dia mahu mandi dan menukar pakaian.Kemudian dia akan terus ke Surau kampung,dan dari sana dia mahu ke rumah maknya.Dia tidak sedikitpun mahu mengganggu kententeraman Hannah pagi itu.
Dipulas tombol pintu seperlahan mungkin.Mujurlah tidak dikunci.Uwais masuk dengan mengatur langkah berhati-hati.Di sebalik tirai yang menutupi katil yang diperbuat dari kayu jati itu,dia dapat melihat sosok Hannah yang sedang lena.Uwais menyelak perlahan tirai jarang berwarna putih itu.Kalaulah waktu itu Hannah terjaga,tentu dia dimaki hamun atau mungkin Hannah akan salah anggap padanya.
SubhanAllah….Uwais terpaku sebaik melihat raut wajah Hannah yang sedang lena.Walaupun sudah biasa memandang wajah itu tapi apa yang dilihatnya ini berbeza.Wajah itu tampak polos sekali,tidurnya yang begitu lena dengan rambutnya yang panjang menutupi sebahagian wajahnya.Uwais memberanikan diri untuk menyelak rambut itu.
Sungguh dia tidak mampu menafikan,betapa sempurnanya wajah ciptaan Allah yang satu ini..hidungnya yang mancung,bibirnya yang merah,dan dia tak lupa pada anak mata coklat hazel isterinya itu.Patutlah Hannah begitu sombong dan angkuh dengan kesempurnaannya tapi sayang…kenapa aku hanya mampu menghayati kecantikan ini saat kau pejam mata Hannah? kerana sebaik saja kau terjaga…wajah polos ini akan hilang? yang ada hanya kebencian kau pada aku…dan segala kecantikan ini tiada maknanya bagiku Hannah…tapi walau sebenci manapun kau pada aku..walau sehina manapun pandangan kau pada aku…aku tetap ampunkan segala kesilapan tu..aku tetap maafkan kau Hannah..kerana kau isteriku…dan aku sayangkan kau tak kira dalam keadaan kau sempurna atau tidak..kerana bagi aku, Allah telah menciptakan kau untuk aku di dunia ini..dan di akhirat sana…Semoga Allah memberikan kesabaran dan hidayah buat kita sayang..
Dengan lafaz bismillah dia mengucup dahi Hannah.Kejap dan kemudian dia segera bangun kerana bimbang Hannah akan terjaga.Dia tidak mahu pergaduhan berlaku di kala waktu Subuh akan tiba bila-bila masa.Uwais segera membuka Almari pakaian.Mujurlah ada beberapa helai tuala bersih yang boleh dia gunakan.Harap-harap Hannah tak marah kerana menggunakan tualanya dan kalau marah pun nak buat macamana..mereka memang tak merancang untuk bermalam di situ…
saya baca bab 5 di Penulisanku..terima kasih krn memberi laluan blog ini utk kami yg amat meminati nukilan awak ni..saya teruja setiap kali membaca plot plot dan rentetan peristiwa yg awak garapkan..bila membaca bab ini..hati saya lirih dan sedih betapa baiknya seorg suami yg bernama uwais..mema'afkan dan redha ngan isteri yg angkuh egoistik dan sombong tu..tahniah buat anda..
BalasPadamsetuju dgn ida.
BalasPadamkenal cerita ni d penulisan2u. Cerita yg best! cari blog penulisnya utk baca bab seterusnya.. :-)
semoga kesabaran dan kemaafan yg diberikan oleh Uwais kepada isterinya Hana akan mencairkan tembok ego Hana dan menjadi seorang isteri yg solehah kelak.
saya suka bhg part ni... =)
BalasPadamOMG!! I like this post. Seyes! Aku suka watak Uwais... So cool, gentle, warak, pyabar, tegas... nice writing... Luv dis post. Congrats writer...
BalasPadambaik sungguh lelaki ni...
BalasPadamhmm bagus la uwais ni jenis sabar.