BAB
1
"papa
cepatlah! Pea dah lapar ni"
"Sabar,sayang...papa
nak hidang la ni..."
Andika segera menutup api dapur. Lempeng di dalam
kuali segera diangkat lalu diletakkan ke dalam pinggan.Kemudian segera
dihidangkan di atas meja. Anak kesayangannya Sofea menjerit girang.
“
Yey, lempeng Pea dah siap!”
Andika ketawa melihat gelagat anaknya. Setiap pagi
itulah rutin hariannya.Bezanya di hari minggu begitu dia turun ke dapur agak
lewat kerana Sofea tidak ke sekolah.
“ Setiap hari anak papa ni sarapan makan lempeng
cicah sardin, tak bosan ke?
Anak itu geleng kepala. Mulut Sofea yang comot disapu dengan tangannya.
“ Lempeng papa sedap…Cikgu Pea kat sekolah pun cakap
sedap…”
“Alah…Pea bagi cikgu makan masakan papa ke? Malu la
papa…” Andika pura-pura tutup muka. Sofea ketawa lagi.
Andika suka dengar tawa anaknya itu. Si Comel yang
menjadi satu-satu gula hatinya, penyeri hidupnya setelah warna-warna pelangi
dalam hati kian pudar dari sehari ke sehari. Walaupun raut wajah comel itu
mengingatkan kepada seseorang yang dia benci.Namun jauh di sudut hatinya dia
tahu, Allah jadikan raut itu persis ibunya kerana dengan cara itu dia tidak
mampu membenci Chempaka Iris.
"how
sweet...”
Suara itu
membuatkan Andika berpaling.Dia tersenyum kepada adiknya, Raihana yang muncul
di dapur. Raihana menarik kerusi lalu menongkat dagu.Memerhatikan abangnya yang
kembali menyambung kerja-kerjanya di dapur. Matanya ralik memandang Andika yang
masih memakai apron itu begitu lincah mengemas dapur.
“manalah
kawan-kawan Ana tak cair bila tengok abang Ana ni...handsome, pandai jaga
anak...pandai memasak, patutlah diorang panggil abang duda hot!” Raihana sempat
mengusik sambil tangannya mencubit sedikit lempeng yang sedang dimakan Sofea
tetapi tangannya ditepis Sofea.
“ Jangan
ambil Pea punya… Acik goreng la lempeng sendiri… Ni semua, papa masak untuk
Pea..” Sofea tayang muncung panjang. Raihana menahan tawa.
“ Eieee…
Pea kedekut dengan Acik erk..Tak nak kawan dengan dia….”
Sofea turun dari kerusi.Tangannya mencapai pinggan
berisi lempeng.
“ Nak ke mana pulak tu?”
“Pea nak makan sambil tengok tv… Nanti kalau Pea
makan kat sini, Acik ambil lempeng Pea…”
Raihana geleng sambil ketawa.Dia tersengeh melihat
gelagat anak saudaranya yang berusia lima tahun itu..Kedekut!
“ Abang Andi… Tolonglah gorengkan lempeng untuk Ana…
Lempeng abang paling tip top!”
"Sudah...
tak payah nak membodek, kalau nak tunggu anak dara dalam rumah ni memasak,
ibarat tunggu kucing bertanduk.Mati kebuluran orang dalam rumah ni” Andika
malas melayan perangai manja adik bongsunya itu. Arwah ibunya meninggal selepas
melahirkan Raihana.Mereka tiga beradik dibesarkan oleh ayahnya sehingga ayahnya
meninggal empat tahun yang lalu. Sebagai anak sulung, dia banyak menggalas
tanggungjawab menjaga adik-adiknya dan Raihana yang paling manja. Ya lah..Manja
sampai tak pandai buat kerja rumah!
"Eleh...nak
kata orang ni anak dara pemalas la tu..."
"Ana yang
cakap....Abang tak cakap apa-apapun... Ni, tuan puteri dah mencemar duli turun ke dapur, putera raja tak bangun lagi
ke?"
Raihana jungkit bahu.Dia faham sindiran Andika itu
untuk abangnya Arjuna Ikhwan.Kalau hari cuti begitu, abang yang dipanggilnya
putera raja itu takkan ke mana-mana melainkan memerap di dalam bilik tidurnya.
Hantu tidur!
"Belum la
kot....Hari ni kan cuti, membuta ajalah kerja dia..." Jawab Raihana.
"kau orang
berdua ni kan... tak ada disiplin langsung. Kalau cuti sekalipun bangunlah
awal. Ini semua kerja abang nak kena buat..." Andika masih belum berhenti
membebel.
Raihana gigit
bibir.Dia memang tak suka bila abangnya berleter.Sudahlah abangnya ini selalu
bersikap diktator dan posesif, bila naik angin memang sejam dua belum habis
ceramahnya. Dulu abangnya seorang yang periang dan kelakar.Namun semenjak
bercerai empat tahun yang lalu, agak susah untuk melihat abangnya ketawa dan
tersenyum kecuali dengan Sofea. Andika lebih suka berdiam dan selalu bersikap
sinis dengan orang sekelilingnya.
"Sorry la
abang Andi...malam tadi Ana tidur lewat nak siapkan design landskap rumah
client baru tu.Kalau client komplain lambat, Ana juga yang kena marah dengan
abang Juna"
Andika terdiam.Dia faham kesibukan kedua-dua adiknya
itu semenjak arwah ayah meninggal dunia, syarikat yang diwariskan kepada mereka
tiga beradik diruruskan oleh Arjuna. Nak harapkan dia, memanglah tak boleh
diharap.Dia tidak ada kelulusan dalam bidang senireka landskap. Dia hanya
menguruskan ladang sawit dan getah serta rumah sewa. Selain itu, dia selalu
menghabiskan masa di bengkel ubah suai kereta miliknya.
“
Assalamualaikum!!!... “
Tiba-tiba
mereka terdengar suara memberi salam. Raihana dan Andika saling berpandangan.
"Siapa
pulak yang datang awal pagi macam ni...Pergi tengok Ana" Arah Andika. Dia
kembali memanaskan kuali. Nak harapkan Raihana buat lempeng sendiri,
silap-silap jadi lempeng rentung.
"Pergh....patutlah
dari luar lagi bau wangi harum semerbak.Rupanya kau masak lempeng kelapa.Nasib
baik aku belum sarapan lagi.Kiranya langkah kanan la ni kan?"
Rupanya Ayaz, abang iparnya yang datang. Abang ipar?
Andika rasa nak ketuk dahi dengan sudip di tangan. Sampai sekarang dia masih
anggap Ayaz abang iparnya walaupun hakikatnya dia dah empat tahun bercerai
dengan adik lelaki itu.
"Apa kes
kau datang tak beritahu ni Ayaz? Biasa kalau hari minggu kau pergi gym? Mimpi
apa kau malam tadi, tiba-tiba muncul kat sini" Tanya Andika. Ayaz tak
terus menjawab.Dia menarik kerusi lalu duduk. Raihana tidak kelihatan.Fikir
Andika, tentu adiknya itu sudah naik ke biliknya untuk mandi.
"Aku dah
call subuh tadi lagi...Kau yang tak jawab.." Ayaz tanpa dipelawa terus
mencapai lempeng kelapa yang baru dihidang Andika;
"Aku tak
dengar la tu...lepas solat aku terus sibuk kat dapur ni..." Andika
membancuh teh untuk Ayaz. Lelaki itu bukan saja, bekas abang iparnya malahan
mereka berkawan sejak kecil lagi.Sebab itulah, hubungan mereka masih rapat
walaupun antara dia dan Iris sudah tidak ada apa-apa ikatan lagi.
"Kau
ni...tak kira hari kerja atau cuti, sibuk memanjang" Begitu berselera Ayaz
makan. Andika adalah lelaki paling sempurna untuk dijadikan suami.Orangnya rajin dan tak pernah mengeluh
tentang penat bekerja.Bila memikirkan Andika bukan lagi adik iparnya dia rasa
marah dan sakit hati.Entah di mana silapnya, Iris tergamak memilih melepaskan
lelaki sebaik Andika semata-mata untuk mengejar cita-cita.
"Aku nak
harapkan siapa lagi Ayaz... “ Jawapan itu terlalu mendalam untuk diluahkan.
"Dari dulu
lagi aku nasihatkan...Kahwin aje lagi..Tak guna kau nak tunggu Iris lagi…”
“ Kau tak
faham Ayaz… Sejak kita di bangku sekolah lagi, Impian aku Cuma Iris… Aku
harapkan dia juga impikan aku dalam hidup dia…Manalah aku tahu yang selama ni…
Aku bukan sebahagian daripada impian dia…Susah untuk aku Ayaz..”
“ Aku
faham Andi…Kau jangan ingat aku tak faham perasaan kau…tapi kau kena fikirkan
Sofea… Kau tak kasihankan dia ke? Dia makin membesar, dia perlukan kasih dan
sayang seorang ibu… “
"Kahwin
lagi? Kau ingat mak tiri boleh ambil tugas mak kandung ? Ayaz, sedangkan mak
dia pun tak ambil peduli.Macamana aku nak percayakan ibu tiri boleh jaga dia..."
Wajah Andika jelas menahan kemarahan. Ayaz menarik
nafas panjang.Dia tahu bukan mudah untuk Andika melupakan adiknya. Kalaulah dia
boleh heret Iris dan balik kepada Andika, dah lama dia buat. Soal hati dan
perasaan, dia tak boleh nak paksa. Kalau Iris betul cinta mati terhadap Andika,
tentu empat tahun yang lepas mereka tak bercerai.
"Andi...Kau
tak boleh terus macam ni...Aku cuma nak kau teruskan hidup" Ayaz masih
cuba menasihati Andika.Sebenarnya, dia ada perkara penting nak disampaikan
kepada Andika. Namun sejak tadi, mulutnya terasa berat nak meluahkan.
"Empat
tahun Ayaz...Kau nampak aku hidup merana ke? Muka aku ada berubah macam zombi?”
Andika
ketawa sinis. Dia memadam api dapur. Air untuk Ayaz sudah disiapkan.Hanya
tunggu untuk dihidang.
"Tapi kau
masih belum lupakan Iris kan? Kau berharap yang dia akan balik pada kau...”
Soalan itu tidak dijawab Andika. Ayaz menarik nafas
dan dihela perlahan.
“Kalau Iris
balik ke sini sekalipun, dia takkan pilih kau, Andi..."
"Kau nak
cakap apa sebenarnya Ayaz..." Andika baru perasan reaksi Ayaz sejak tadi
seperti ingin mengatakan sesuatu kepadanya.
"Aku datang
ni sebenarnya nak beritahu kau...Iris call aku malam tadi...Dia nak balik ke
Malaysia Andi...tapi dia balik sebab nak kenalkan bakal suami dia..."
Gelas berisi air the untuk Ayaz terlepas dari
tangan. Gelas kaca itu pecah berderai di
atas lantai.
“Ba..Bakal suami?”
“ Itu yang dia cakap malam tadi tapi kau jangan
risau Andi… Aku takkan terima..Mak ayah aku pun tak setuju..Bagi kami, Cuma kau
aja yang layak jadi menantu dalam keluarga…” Ayaz rasa bersalah. Dia Nampak
Andika mengenggam kuat tangannya.
“ Dia nak kahwin? Jadi… memang betul la dia dah
lupakan aku dan Sofea…” Suara itu kedengaran begitu perlahan…
“ Itu yang
dia beritahu…Tapi selagi dia tak bernikah dengan lelaki lain, kau masih ada
harapan untuk dapatkan dia balik. Aku, mak dan ayah akan sokong kau…Kami akan
pujuk Iris supaya balik pada kau…Mungkin dia akan setuju bila dia berjumpa
dengan Sofea…Orang selalu kata, hati seorang ibu akan lembut bila berkait
tentang anak….
“ Empat
tahun aku tunggu…Aku harapkan bila dia dah capai apa yang dia nak, dia akan
balik ke sini dan balik pada aku… Aku sangkakan, cinta dia masih ada…Cuma dia
marah aje sebab aku tak pernah pujuk dia…Manalah aku tahu yang dia akan jumpa
orang lain yang dia boleh jadikan pengganti aku…”
Ayaz hanya mampu memerhatikan Andika yang berbicara
sayu sambil mengutip serpihan kaca di lantai… Iris, kenapa tergamak kau sakiti
hati lelaki sebaik Andika…
Assalammulaikum, cita sambungan dari cita yg mana ya?
BalasPadamKmas
bukan sambungan.. story baru.. tk sudi baca.
PadamBest. Harap2 selalu la update :)
BalasPadamwah ad cerita baru, sedap nama Andika dgn Arjuna tu, hehe
BalasPadam