Follower Setia SYK

Ahad, 5 Ogos 2012

Bukan Kerana Aku Tak Cinta 4

“Sampai macam tu sekali budak Musa tu pukul Jebat?” Suara Mak Awa agak kuat tapi diperlahankan bila Sarimah memberi isyarat supaya dia merendahkan suaranya.
“Iya Awa…Abang dia Zali tu pun sama! Geram betul aku masa diorang belasah Jebat tu! Aku yang tua ni dihunusnya parang….” Cerita Sarimah penuh semangat.Mak Awa tekun mendengarnya.
“Kenapa kau tak report polis aja Sari oii…Biar diorang tu masuk lokap sebab menyerang orang”
“Memang kalau ikutkan aku ni nak report polis aja..tapi Jebat tu kata tak payah…”
“Habis tu,apa cerita sebenar pasal duit tabung surau tu?”
“Itulah..Lepas aku ubatkan luka Jebat tu kelmarin, Aku terus pergi jumpa Imam Sufian..aku tanyakan pasal duit hilang tu.Rupanya…Imam Sufian yang keluarkan duit tu dan masukkan dalam akaun bank surau…tapi dia tak sempat nak beritahu Lebai Kudin..itu kisah sebenarnya..” Sarimah menggeleng-geleng kepala.Kesal dengan kejadian yang berlaku di rumahnya beberapa hari yang lalu.
“Kalau macam tu..saja-saja ajalah Jebat tu kena belasah…Memang Zali tu suka buat kecoh dalam kampung ni..Takpe, Tan Sri,Uwais dan Hannah balik dari Jakarta nanti..kita adukan hal ni…Ish…takkan kita nak biarkan macam tu aja.Jebat tu pekerja Uwais..kebajikan dia perlu dijaga..keselamatan dia bawah tanggungjawan Uwais juga Sari”
“Betul tu…Cuma…” Mata Sarimah memandang pada Jebat yang sedang berbual dengan Putera.Kedua anak muda itu sedang sibuk membakar daging ayam dan sate di halaman rumah agam Tan Sri Idris.
Malam tadi, Mastura ada menelefonnya meminta dia datang ke rumah Tan Sri Idris pagi itu.Memandangkan Hannah dan Uwais mengikut Tan Sri ke Jakarta, kedua-dua cucu kembarnya berada dalam jagaan Mastura.Hanya Kauthar saja yang dibawa Hannah ke Jakarta. Kata Mastura, Daqiq dan Nafisa minta dia datang ke rumah kerana rindukannya.Yang Sarimah hairankan,kenapa Mastura sendiri tak bawa Daqiq dan Nafisa pergi ke rumahnya.Padahal, boleh dikatakan setiap hari Mastura akan datang ke rumahnya.Tapi kali ini, Mastura seperti mengelakkan seseorang.Bukan dia…tapi Jebat!
“Cuma apa Sari?” Mak Awa agak hairan dengan perubahan wajah Sarimah.
“Itu hah…seorang di Utara..sorang lagi di Selatan…Masing-masing buat hal sendiri” Sarimah rasa curiga.Dah tak berminat ke budak Mastura ni pada Si Jebat tu? Dia pelik bila Mastura hanya duduk di astaka.Menyibukkan diri dengan menghadap Tab di tangannya.Kemudian entah apalah yang ditulis Mastura pada sebuah buku.Tengok pada gaya bukan main tekun!
“Nenek!!” Teriakan Nafisa kedengaran.Cucu perempuannya itu sedang bermain bola dengan abangnya.Melambai-lambai tangan pada Sarimah dari kejauhan.Sarimah turut membalasnya.
“Mas!!” Teriak Sarimah dengan suara yang kuat.
“Ya Mak Cik?” Mastura menyahut panggilannya.
“Apa sibuk sangat kau tu…marilah sini berbual dengan mak cik!”
“Ada kerja sikir mak cik! Kejap lagi ya?” Sahut gadis itu dari jauh.
“Memang dia sibuk dua tiga hari ni Sari..maklumlah Tuk ayah dengan kakaknya takde..kadang-kadang Awa kesian juga pada Mas tu.Disebabkan nak tolong Alongnya, dia rela kuburkan impiannya nak jadi Majistret…padahal,dia dah dapat tawaran sebelum ni…itupun,ada juga surat temuduga jawatan pendakwaraya yang dia tolak semata-mata dia tak sampai hati nak tengok Hannah bersusah payah menguruskan Infinity.Sekarang ni..syarikat ada masalah sikit..Tan Sri cakap..banyak tender projek yang terlepas..Ada juga pelabur yang tarik diri tiba-tiba..”
“Iya…Uwais pun kadang-kadang bising juga bila Hannah selalu balik lambat..tak habis-habis dengan kerjanya tapi aku nasihatkanlah..dia kena banyak bersabar bila tumpuan Hannah tu kurang sikit pada dia..Maklum ajalah,orang berniaga ni ada pasang surutnya”
“Mas tu pun..satu dua hari ni nampak tension aja…muka kelat macam kopi tak cukup gula..banyak kerja kat officelah tu!” Adu Mak Awa.Memang angin Mastura tidak begitu baik sehari dua ini sampaikan makan pun kadang-kadang tiada selera.
“Itulah…tapi dalam-dalam sibuk..sempat juga menjaga cucu-cucu aku yang aktif tu”
“Budak-budak tu memang manja dengan Mak Ngahnya…”

+++++++++++++++++++++
Mastura menulis sesuatu dalam diarinya.Sesekali matanya mengerling pandang pada Jebat yang sedang berbual dengan Putera.
“Abang Jebat! Putera masuk dalam rumah kejap..nak call awek!” Terdengar jeritan adiknya Putera.Mastura lihat Jebat hanya angguk saja.Memang sakit hati bila melihatkan perangai Jebat yang buat tak tahu padanya.Memang sengaja dia telefon Mak Cik Sari supaya datang ke rumah itu.Dia gunakan anak-anak saudaranya sebagai alasan.Bukan apa,kalau dia sendiri ke sana…Jebat akan anggap dia melanggar syarat kerana berada di “zon larangan”.Bila dia minta Mak Cik Sari datang, dia tahu takde orang lain yang boleh hantar Mak Cik Sari selain daripada Jebat! Bermakna dia masih boleh melihat lelaki idamannya itu di zonnya sendiri .Baik punya planning…Hannah Mastura memang tak pernah gagal! Mungkin lambat…tapi pasti!
Mastura kembali menulis diarinya.

Kenapa dia sangat hot!! Kenapa aku rasa parut di mata dia tu buatkan dia nampak sangat seksi? Mungkinkah ekspresi wajah dia yang misteri tu buat aku jatuh cinta? Atau dia memang lelaki yang ada aura yang berjaya buat aku tertarik padanya? Sampai hari ni aku masih tiada jawapan!
Mastura berhenti menulis.Ada sesuatu yang nakal terlintas di fikirannya.
“Daqiq sayang…sini kejap!” Panggil Mastura.Bergegas Daqiq berlari mendapatkannya.
“Mak Ngah nak apa?”
“Mintakkan ayam BBQ untuk Mak Ngah..”
“Okey..”
Tanpa berlengah Daqiq berlari pula mendapatkan Jebat yang sedang sibuk membakar sate.
“Uncle…Mak Ngah nak ayam tu..” Pinta Daqiq.Spontan Jebat mendongak dan memandang ke arah Mastura.Dia nampak Mastura sedang tekun menulis.wajah gadis itu nampak separuh saja kerana sebahagiannya dilindungi rambutnya yang panjang.Jebat teringat yang dia melarang gadis itu menegurnya,mendekatinya hatta bercakap dengannya pun tak boleh! Patutlah dia suruh budak kecil ni yang mintakkan.Betul-betul dia ikut syarat tu?
Jebat segera meletakkan dua kepak ayam yang sudah siap dibakar di atas piring kecil lalu diberi pada Daqiq.
“Elok-elok bawa tu..”pesannya.Anak kecil itu hanya menurut.Kemudian Jebat menyambung kerjanya.Dia tidak lagi memandang Mastura.
“Uncle…Mak Ngah cakap dia nak tambah sos!” Sekali lagi Daqiq datang padanya.Jebat tetap melayan permintaan anak kecil itu.
“Nah! Satu botol..”Terus diberikan sebotol sos cili supaya Mastura tak menyusahkan anak kecil itu lagi.
Jebat masih tekun melaksanakan tugasnya.Beriya-iya Mak Awa minta dia tolong Putera bakar ayam.Alih-alih Putera tinggalkan dia buat kerja sorang-sorang…
“Pak Ngah!!” Kali ini Jebat sentap.Pak Ngah? Dia pandang Daqiq yang berdiri tidak jauh darinya.Tadi panggil Uncle..apasal tiba-tiba dia panggil aku Pak Ngah?
“Kenapa Daqiq panggil Uncle Pak Ngah?” Jebat bertanya dengan suara perlahan.Bimbang orang lain dengar.Aku agak ini mesti trick pompuan pelik tu lagi!
“Mak Ngah yang suruh…dia cakap..mulai sekarang Daqiq kena panggil Uncle Pak Ngah sebab..Pak Ngah kan bakal suami Mak Ngah…ini ada surat Mak Ngah suruh bagi..” Daqiq yang petah berbicara itu menyerahkan sekeping kertas pada Jebat.
“Surat apa ni?”
“Mak Ngah kata…itu surat cinta untuk Pak Ngah..lagi..”Daqiq menarik T-shirt Jebat.Meminta Jebat menunduk padanya.
“Apa?” Tanya Jebat.Bila memahami maksud anak itu dia perlahan membongkok.Satu ciuman singgah di pipi Jebat.
“Mak Ngah suruh kirimkan kiss ni untuk Pak Ngah…” Kemudian anak kecil itu lari meninggalkannya.Kembali bermain dengan adiknya.Jebat terpaku seketika.
Jebat pandang lagi pada Mastura.Namun seperti tadi,Mastura masih tetap menulis sesuatu pada diarinya.Seolah-olah tiada apa-apa yang sedang berlaku.Pandang sinilah!! Geram hati Jebat kerana dia sangat tertekan dengan perlakuan gadis itu yang selalu berjaya mengawal keadaan!
Jebat membaca kandungan surat.

I LOVE YOU ABANG JEBAT…
Opss..Jangan marah Mas sebab
Ini hanya tulisan..Mas tak bercakap dengan abang kan??
So..Mas tak langgar mana-mana syarat pun.

Jebat menarik nafas.Dia menggeleng.Kenapa Mastura terlalu degil? Gadis secantik Mastura boleh dapat mana-mana lelaki pun,kenapa dia juga yang gadis itu mahukan? Dia tak mahu gadis itu menyesal di kemudian hari! Dia juga tak mahu melukakan hati sesiapa..dan dia tak mahu Mastura melukakan perasaannya satu hari nanti.Dia memang tiada kelayakan untuk dicintai gadis sebaik Mastura!
Spontan dia mengoyakkan kertas itu sehingga menjadi cebisan halus.Jebat tahu tindakannya itu agak melampau.Kalau perempuan lain,sudah tentu putus asa dan berasa malu ditolak berkali-kali tapi kenapa Mastura masih juga tak putus asa?
“Daqiq! Ke sini…”Panggilnya.Daqiq kembali mendekatinya.
“Bagi ni pada Mak Ngah…cakap kat dia..Jangan nak perasan”
Daqiq yang tak tahu apa-apa itu segera mendapatkan Mastura.Terkedu Mastura bila menerima cebisan kertas yang diserahkan Daqiq padanya.
“Pak Ngah cakap..Jangan nak perasan!” Daqiq siap tiru gaya Jebat bercakap padanya tadi.Dengan muka serius dan sorotan mata tajam.Mastura tak kata apa.Dia memandang ke arah Jebat dan kali ini mata mereka bertentangan.Mastura mengecilkan matanya.You stupid! Ingat boleh koyakkan hati aku macam kertas ni? Takpe…takpe..sabar Mastura..sabar…


+++++++++++++++++++++++++++++


“Terima kasih Dato’ sebab setuju menjadi pelabur untuk projek terbaru Infinity..apa-apa hal I akan hubungi Dato’..” Mastura menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan lelaki yang berusia hampir sama dengan Tuk ayahnya.Ketika itu mereka baru saja selesai mesyuarat.
“Mestilah setuju..Siapa yang tak nak bekerjasama dengan perempuan bijak dan cantik macam you ni cik Hannah Mastura…” Mata Dato’ Jaafar melirik pandangan nakal pada raut wajah Mastura.Gadis itu punya pesona lebih menarik dari kakaknya yang sentiasa serius bila bekerja.Jarang tersenyum dan sudahpun berkahwin.Tapi yang ini masih berusia awal 20-an dan mempunyai senyuman mengancam! Hati lelakinya berkocak-kocak setiap kali gadis itu tersenyum padanya.
“Free tak malam ni? Apa kata kalau kita keluar makan? Sambil tu kita boleh bincangkan soal kerjasama kita? Tangan Mastura masih belum dilepaskan.Diusap-usap perlahan.Mastura menahan rasa.Orang tua miang ni memang nak kena dengan aku!
“Sorrylah Dato’…malam ni I ada dinner dengan my future husband…” Mastura membeli alasan.Makan malam dengan Abang Jebat? Huh…mimpilah! Terjun longkang aku kalau hati kering tu setuju nak keluar!
“Oh…errr..okey..” Dato’ Jaafar spontan mencium tangannya.Mastura segera menarik tangannya.Kalau tak disebabkan lelaki itu pelabur penting dalam projek akan datang,dah lama dia layangkan penampar.Tiada siapa yang berhak untuk berbuat begitu,melainkan Abang Jebatnya seorang!
“Tapi kalau Dato’ nak buat appointment keluar main golf dengan Tuk ayah I..boleh aja.Lagipun,sejak dah berusia ni..kesihatan dia tak berapa baik.So..dia pun perlu juga beriadah untuk kuatkan stamina kan..Biasalah orang tua”
Wajah Dato’ Jaafar sedikit berubah.Sensitif bila Mastura sebut perkataan orang tua.Dia dan Tan Sri Idris lebih kurang sebaya aja.
“Fisya…you tolong temankan Dato’ keluar..Maaf Dato’ I ada kerja nak siapkan..Jumpa di next meeting ya Dato’” Mastura terus berlalu.Sewaktu melewati meja kerja beberapa orang eksekutif dia sempat mencapai tisu dalam kotak dan dibersihkan tangannya.
“Silakan Dato’….” Fisya,PA Mastura bertindak menurut arahan.Dato’ Jaafar mencebir.
“Tak payah..I boleh keluar sendiri…” Lelaki berusia itu terus berlalu keluar dari syarikat itu.
“Elleh…tua kutuk! Tangan mak tak nak cium ke? Gebu jugak…” bebel Fisya.Kedengaran tawa beberapa orang pekerja yang melihat aksi lembutnya.
“Apa gelak-gelak…buat kerjalah…” Marah Fisya.Dia terus mengatur langkah lemah gemalainya masuk ke bilik Mastura.Bilik Ketua pegawai operasi.
“Ieeeeeee….gatal tau orang tua tu! Berbulu aja mata mak tengok aksi manja geli dia tu nyah…choi!!” Fisya duduk di atas sofa, berhadapan dengan Mastura.Lama dia memerhatikan Mastura yang sedang menyapu losen pada tangannya.Wajah gadis itu nampak muram.
“Alah nyah…takkan tua kutuk tu cium tangan kau nak sedih sangat sampai macam tu…bukan luak pun! Kalau tak puas hati guna losen tu…kau samak ajalah balik rumah nanti!”
Mastura ketawa.Gila celupar mulut dia ni! Fizal Syah atau dikenali sebagai Fisya itu adalah temannya sewaktu menuntut di UK.Dia dah biasa dengan perangai lembut lelaki itu.Walaupun orangnya lembut dan bermulut celupar tapi setiap tugasannya dilaksanakan dengan baik dan teliti.
“Tak kuasa aku nak sedih pasal orang tua gatal tu…bukan pasal dialah!” Jawab Mastura.
“Habis tu,siapa jantan yang dah menghiris hati bossku ini?” Fisya tersenyum-senyum.
“Abang Jebatlah!” Suara Mastura kedengaran seperti begitu geram.
“Lagi? Errhhh…tak habis-habis lagi ke problem dengan jantan tu? Cari lain ajalah nyah..bersepah-sepah lagi yang gilakan kau kat Kuantan ni…asalkan kau tak caras anak ikan mak sudah..” Balas Fisya.Dah naik semak otak dia menjadi pendengar masalah cinta kawan baik merangkap bossnya itu.Kalau Anis ada kan senang,takdelah mak yang nak kena menanggung semua ni sorang-sorang!
“Fisya..kau kena tolong aku!” Tiba-Tiba Mastura bangun.
“Tolong apa? Hah..kau nak mak bagi tips cara-cara menggoda jantan kan? Alah..susah-susah,kau perangkap aja Hang Jebat tu! Kau cakaplah kat Tan Sri yang dia dah pregnantkan kau…sah-sahlah korang terus kena kahwin…kelasss kan idea mak?
Pap!! Botol losen dibaling ke arah Fisya.
“Awwww….sakitlah!” Fisya tarik muncung.Nasib baik kena tepat pada lengan.Kalau kena batang hidung,habis kemik…
“Idea paling teruk pernah aku dengar! Kau nak aku kena amuk dengan Tuk Ayah? Nanti tak pasal-pasal dia masuk IJN lagi…kau ingat Along aku nak bertepuk tangan kalau dengar aku pregnant sebelum kahwin?” Mastura kembali ke meja kerjanya.
“Alah…orang bagi idea aja…siapa suruh kau gilakan jantan hati kering macam tu! Kalau kau goda tua kutuk tadi tu dah sah-sahkan melutut kat kaki kau…ada jugak hasilnya pasal orang tua tu kaya raya.Ini,kuli abang ipar kau ajapun..bukan main lagi sombong mamat tu! Kacak sangat ke dia?” Fisya dah mula membebel.
“Jangan hina dialah… Hati kering macam tu pun dia baik! Its okey Fisya..orang kata,yang payah nak dapat tulah yang paling berharga..”
“Whateverlah nyah…sekarang ni,kau nak mak buat apa nyah….” Fisya dah malas nak komen.Orang kalau dah jatuh cinta, apa-apa pun boleh! Tapi bila dah tak suka jawabnya boleh blah!
“Hmmm…jom,ikut aku pergi restoran abang Uwais..” Mastura senyum-senyum.Entah apa yang dia fikirkan.Dia sangat mengetahui jadual kerja Jebat..bila Jebat berada di kolam ikan dan bila Jebat berada di restoran.Tak kisahlah orang nak cakap dia stalker atau apapun!
“Kau nak belanja mak lunch ke? Alhamdulillah…” Fisya menadah tangan dan kemudian menyapu wajahnya.
“Bukan setakat belanja..tapi kalau kau berjaya buat apa yang aku suruh…aku up gaji kau 2k…”
“Sumpah tak tipu?” Bulat mata Fisya mendengarnya.
“Iya…” Jawab Mastura sambil mencapai handbegnya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jebat melirik mata pada Mastura yang sedang berbual dengan abangnya.Dari awal Mastura masuk ke dalam restoran Sarimah Selera Kampung itu,dia langsung tidak dipandang mahupun ditegur.Jebat meneruskan kerja-kerjanya mengangkat pinggan dan cawan dan mengelap meja.Rasa lain pula bila gadis itu buat tak tahu padanya.Argghh…apasal pulak aku nak berharap dia tegur aku? Lagipun, aku yang suruh dia jangan bercakap,jangan pandang,jangan tegur…Haish!! Baik aku buat kerja aku aja…
“Mas nak makan sekarang ke?”
“Tak bang! Mas tunggu orang..nanti bila dia sampai,abang hidanglah ya?”
“Ok..kalau macam tu Mas duduk dulu…”
“Okey…” Mastura meninggalkan Wahab di kaunter.Dia duduk di meja yang letaknya di tengah-tengah restoran. Memang sengaja dia pilih meja itu.Mana pulak Fisya ni…kalau tak masuk siap! Aku dah suruh dia hafal skrip…kalau tak menjadi planning aku,sia-sia aja!
Jebat masih meneruskan kerjanya membersihkan meja yang kotor.Sesekali dia mengerling Mastura yang sedang bercakap menggunakan handsetnya.Walaupun dia cuba menidakkan kewujudan Mastura di situ tapi matanya tetap juga nak mencuri pandang!
“I dah sampai…dah tunggu lama…cepatlah datang!” Bukan main manja suara Mastura di pendengarannya.Entah dengan siapalah gadis itu bercakap.Siapa memintal-mintal hujung rambutnya yang ikal.
Beberapa minit kemudian,muncul seorang lelaki berpakaian formal lalu duduk di hadapan Mastura.Orangnya sangat bergaya dan kacak.Dari lagaknya boleh tahan maco!
“Sorry sayang…Janganlah merajuk..I lambat 10 minit aja kan…” Suara garau itu begitu lembut memujuk Mastura.
Berderau darah Jebat bila melihat aksi lelaki itu mencuit hidung Mastura.Kalau tadi dia sekadar melirik tapi sekarang matanya langsung tak beralih dari memandang ke arah pasangan itu.Tak sedar meja yang sedang dilap sudah bersih sebersih-bersihnya.
“Janji tak lambat lagi…” Kali ini Mastura pula yang mencuit hidung lelaki itu.Aksi Manja Mastura yang menopang dagu sambil mengelus tangan lelaki itu menimbulkan satu perasaan halus dalam diri Jebat..Dia gigit bibir! Memang dasar perempuan penggoda! Aku dah agak dia memang sengaja nak main-mainkan aku aja selama ni…Tiba-tiba dia rasa nak marah!
“Janji sayang…” Jawapan pemuda itu buat Jebat rasa meloya! Dia paling geli nak panggil perempuan “sayang”. Jiwang karat!
“Jebat!! Berapa lama kau nak lap meja tu? “ Teriak Wahab.Jebat tersentap bila Mastura dan pemuda itu memandang ke arahnya.Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya pada Wahab.
“Lepas lap meja tu, kau pergi belakang…buang sampah!”Arah Wahab.
“ Aku tahulah!!” Jawab Jebat bengang sambil menghempas tuala kecil di tangan ke atas meja.
Bergema suara tingginya ke segenap ruang restoran.Wahab terkebil-kebil.Aik? Angin semacam aja? Dah apa kena dengan budak Jebat ni!
Mastura dan Fisya berpandangan.Ada senyuman di bibir mereka berdua.Fisya merapatkan wajahnya dan berbisik perlahan pada Mastura.
“Itu ke Jebat ? Handsomenya buah hati kau nyah! Mak rasa macam nak offer jadi anak ikan mak!” Fisya kelihatan teruja.Selama ni dia hanya mendengar cerita dari Mastura saja.Memang di wajah lelaki itu ada parut.Namun begitu masih tidak mampu mencacatkan wajahnya yang ada iras Louis Koo itu.
“Kau nampak garfu atas meja ni? Kalau kau nak jadi Kassim Selamat, try la usha…aku belum cakap “cut” lagi..kau jangan balik pada keadaan asal pulak…cover maco macam tadi!” Marah Mastura.Nanti tak pasal-pasal Jebat tahu lelaki maco depannya adalah spesis “Sutun”.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jebat berlalu pergi.Dia ke belakang kedai.Membawa plastik-plastik sampah yang penuh dengan sisa makanan.Dia terbayangkan pemuda bersama Mastura tadi.Kalau nak dibandingkan dengan dia memang jauhlah…
Dum!!! Tiba-tiba dia menendang tong sampah.Geram punya pasal!
Woi!!! Terdengar suara melaung.Di lorong belakang kedai itu,bukan dia sendirian tetapi ada beberapa orang lelaki.Jebat kaget bila sedar ada pergaduhan berlaku di lorong itu.
“Kau tak nampak kitorang ada kerja ni? Kau buat bising apa hal?” Tengking salah seorang dari mereka.Jebat ketap gigi.Aku tengah angin korang nak cari gaduh pulak? No hal!
“Suka hati akulah! Aku sepak tong sampah bukan kepala bapak kau!” Balas Jebat.Hatinya yang memang tengah panas melihat aksi Mastura dan kekasihnya tadi buat dia tak keruan.
“Nak cari pasal ke der?” Jawab lelaki itu lagi.
“Ada berani marilah!” Cabar Jebat.Tiga orang daripada empat lelaki itu mendekatinya.Jebat senyum sinis.Lelaki – lelaki yang membawa parang itu memang bertuah kerana bakal menjadi alatannya senamannya.Dah agak lama dia tak merengangkan otot-otot dalam badannya.Sesekali bersenam apa salahnya!
“Kau memang cari jalan nak mampus ke?” Teriak salah seorang lelaki yang sudah mendekat.Jebat Spontan menanggalkan bajunya.
“Kalau kau nak tunjukkan jalannya…aku terima aja” Dia senyum sinis.
Langkah lelaki-lelaki itu terhenti.Mereka terkaku memerhatikan susuk tubuh Jebat yang tidak berbaju.Bahkan mereka berpandangan sesama sendiri.Ada riak terkejut di wajah mereka.
“Lari woi!!! Blah!blah!blah!” Tiba-tiba mereka melarikan diri sebelum sempat bertindak.Jebat ketawa kecil.Bodoh!! tadi berlagak sangat!
“Pengecut!! Belum mula dah lari ke?” Jerita Jebat.
“Jebat!!”
Panggilan itu buat Jebat berpaling.Wahab sudah berada di belakangnya.Wajah abangnya sungguh serius.
“Kau buat apa ni?”
“Takde apa …” Jawab Jebat selamba.
“Pakai baju tu cepat!!” Marah Wahab.Adiknya tak sepatutnya membuka baju sesuka hati.Jebat diam saja dan terus memakai kembali T-shirtnya.
“Ingat Jebat! Kau dah bertaubat! Jangan buat kerja tak berguna tu lagi! Jangan bergaduh dengan sesiapa!”
“Aku tak buat apa-apalah…” Jebat kembali menyusun plastik-plastik sampah.
“Dah! Masuk!” Wahab menarik nafas.Dia terlalu bimbang.Nasib baik Jebat tak buat apa-apa tadi.Kalau tidak..entah apalah yang dilakukan Jebat pada kumpulan samseng itu tadi.Jebat bukan boleh diusik sedikitpun dan adiknya itu bukanlah orang yang mudah melepaskan musuhnya pergi dengan selamat!
Semua salah dia…kalaulah dulu dia bertangungjawab sebagai seorang abang..Jebat takkan terjebak dengan Uncle Kwan dan Double Dragon!




p/s its ok malas letak komen tp minta jasa baik
klik kotak survey kat bwh...terima kasih ^^

43 ulasan:

  1. nk tny..story ni berat ke? ala2 abg manja? syk? atau mcm rayyan?

    tq

    BalasPadam
  2. Suka dialog Fisya tu..kelassss mak

    BalasPadam
  3. Atkah

    kah3...kelasss ko fisya..kikiki

    BalasPadam
  4. mcm rayyannn..adui..kes berat la ni yer...awl2 ni ada la gaya2 romantik komedi...hahahha..ok2

    BalasPadam
  5. alahai, jebat! tahu pula kau nk marah ya... cemburu tgk mastura dengan 'nyah' tu.. kikiki... kak e-man sufi, cpt2 smbg... dup dap dup dap jantung nk tau next episode! 'wink'

    BalasPadam
  6. Suka laaa...cpt smbng ;)

    BalasPadam
  7. best citer nie....e-man terbaek! nak tahu sgt2 ksudahannya...

    BalasPadam
  8. mak oi, suka suki je mastura upgrade pangkat uncle jadi pak ngah ye? si Daqiq pun pasrah je kena jadi posmen tak bergaji. hahah

    apa jadik bila uwais balik ni kang.

    BalasPadam
  9. nak kata berat x juga..story saya xdelah sampai tahap pecah kepala..hahah...kat bwh ni genre yg cuba sy buat tp x tau org suka ke tidak sbb setakat ni syk aja yg berjaya...yg lain blum publish

    syk -romantik/komedi
    hikayat - romantik/tragis
    brvsj - romantik/komedi
    BKATC -romantik/ tragis
    BAC - romantik /psychopath

    BalasPadam
  10. hajar : suka suki jugak kirimkan kiss n surat cinta pastu buat-buat x tau...hahaha..kaciwa surat cinta kena koyak...hahaha

    BalasPadam
  11. Hai tak bleh bla tengok Mastura dengan Fisya berlakon jadi couples...#^_^

    BalasPadam
  12. kalau jebat tau siapa lelaki maco ngan mas tu maunya gelak guling2..hahahha

    BalasPadam
  13. Nampak citer nih agak berat jugaklah dengan kisah silam jebat tuh yang ada kaitan dengan sejarah uwais dan hannah...

    Tambah2 kalau tengku muiz tu masih bernyawa, kalau dia dah jadi hantu x da la berat sangat sebab saksi dah dihapuskan...

    Lama x masa yang mas gunakan untuk menjerat musang jebat nih masuk perangkap...

    ~w.t~

    BalasPadam
  14. muiz hantu tu da dpt balasan dlm hikayat...mmg betul jebat terlibat dlm kes ank uwais tp bukan dia terlibat sepenuhnya...

    lama ke x itu sy pun blum pasti..huhuhu..kdg2 draf asal lari bila idea dtg byk..keh3..

    BalasPadam
  15. hahaha nasib lah kau jebat..
    jebat jeles ngan sutunnnn!
    hahaha

    BalasPadam
  16. Nampaknya jebat ada rakan subahat dalam kes tu...
    Mmg susah la dia nak lepas sebab saksi masih ada selain tengku tu...

    Tragis la yer kisah mas/jebat lepas lembaran silam terbongkar...

    Dah jadi menantu orang kaya, mesti la kawan2 lama nak tumpang senang...
    Apa guna kawan kalau x boleh minta tolong...

    ~w.t~

    BalasPadam
  17. sbb genre romantik tragis...jln citanya pun mestilh tragis...huhuhu

    BalasPadam
  18. bestlah citer ni... macho tul ler abg jebatku.... hehe

    -Ika Hatika-

    BalasPadam
  19. ika : tu yg cik mastura x nk lepas abg jebat..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tp kan... yg bestnye, abg jebat blh sabar lg waktu kena belasah sbb kena tuduh mcuri tp bila tgk si mas tu ngan sutun. naik angin smpi nk belasah org siap buka bj tu.... haiii... cinta dlm diam... tu lh jgn benci sbb nanti jatuh lentok... kui kui kui

      Padam
  20. waaahhhh...abang Jebatku jgn jelez2, x kan 2 pon nak marah der...relax r tp kan padan muka....mastura dah show of suka2 kat abg jebat tp abang jebat jual mahal...Daqiq memeang terbaek la...sayang lebih la kat Daqiq...meyh sini nak kiss sikit muah3 hahahhaha

    BalasPadam
  21. hatika : dia x bencikan mastura..cuma dia sedar diri aja..x padan nk berjodoh dgn mastura..tu pasal dlm hati ada taman jugak...abg jebat muka lagend tp hati cute...hahaha

    BalasPadam
  22. maya : dik..daqiq tu bkn tau papepun..ikut ajalah arahan mak ngah dia..x pasal2 kena panggil uncle jebat pak ngah..haha

    BalasPadam
  23. hahhaahhahah... abg jebat dah cemburu 2... pandai betul la mastura nie... bikin hati abg jebat panasss

    BalasPadam
  24. lyna'im : panaslah...encik sutun siap pggil syg...:P

    BalasPadam
  25. Ada typo la,ayat Jebat takkan tercebak dengan uncle Kwan. Perkataan 'tercebak' tu sebetulnya 'terjebak', barulah menggambarkan makna 'terlibat'

    hamidahmawar

    BalasPadam
  26. ok..mmg typo..biasalh byk nk type..huhuhu..tqvm mawar..:)

    BalasPadam
  27. jeles arr nampak nye jebat tue .. hehe ... sambung lg sis

    Cik Do

    BalasPadam
  28. awesom bangat.....cerita yg lain dr yg lain...belum pernah jumpa jln citer cenggini..tahniah...idea E-man Sufi yg sentiasa segar & baru....terbaik dr ladang....teruskan...moga ada kebaikan yg dpt dikongsi....

    BalasPadam
  29. Br dapat baca... best
    Jebat.. nama yg sgt gahhh...

    BalasPadam
  30. eppy : kan? x tau why sy pilih nama jebat bukan tuah..hahaah..

    BalasPadam
  31. cite nie ade kaitan dgn syk k ? bes laaa . tp ....... bole ta akak masuk kan entri byk2 sikit :p kalau ta keberatan laaa :) hehehehe

    BalasPadam
  32. Jebat ada tattoo kat badan ek?

    BalasPadam
  33. eceh..abg jebat ni jeles lak ngan fisha 'sutun' ni..kira plan mastura menjadi la kannn..hehe

    BalasPadam
  34. unikkk sgt2 cite ni..sukee!tp mmg sedikit mls utk comment..huhu..tp bkn mls sbb xbest,tp sbb tenet slowwwwwww kalah siput sedutzzzz!!

    BalasPadam
  35. waaa...mst jebat ni ex gangster nih...agak2 si mas tau cmner lah tu...hehehe

    BalasPadam
  36. hahaha....nak tergolek2 gelak...
    hebat jgk si sutun tu belakon yer...
    huhu tp menakutkan jgk ya dgn jebat..mesti dia ada tatu naga...tu pasal bebudak tu trus cabut..bestttt

    BalasPadam
  37. aduh eman sufi nye cter smua mst gmpak2 kn ni yg tk sbr nk bli ni.Trbaik (^_^)

    BalasPadam