“I tanya siapa perempuan ni?” Zarynn membulatkan matanya bila Rayyan terkebil-kebil memandangnya.Zarynn ketawa lalu duduk di sebelah Rayyan.
“Biar I teka…you suka perempuan ni kan?” teka Zarynn.Dia kelihatan teruja.Tak pernah-pernah dia letak gambar perempuan jadi wallpaper skrin handset dia..ini mesti ada rahsia aku tak tahu ni…
“Mana ada..”Rayyan buat tak tahu,pura-pura pandang ke langit.Kemudian jari-jarinya mengira bintang di langit.Zarynn mencebir.Mana ada konon..
“Dah.. tak payah nak buat poyo macam tu..”Zarynn menampar perlahan pipi Rayyan.
“Aduh!..sakitlah…”
“I tanya betul-betul ni…siapa perempuan cantik ni..”
“Cantik ke?”
“Mestilah…sebab tu I nak tahu..”
“Emmm…”Rayyan seperti malu-malu.
“Hek elleh…dengan I pun nak malu ke? cakap ajalah,kekasih you ya? bukan main lagi you kan…sejak balik Malaysia ni,dah ada girlfriend pun tak nak beritahu..tak nak kawan!” Zarynn pura-pura merajuk.Dia letak handset Rayyan atas meja.
“Bukanlah Rynn…bukan kekasih I..” Rayyan berterus terang.Zarynn tak puas hati.
“Kalau bukan kenapa you simpan gambar dia?”
“Sebab..sebab I suka dia..”
“Suka? sebab suka aja you simpan gambar ni?”
“Maksud I..I…errr..” Apasal aku rasa segan pulak nak beritahu Zarynn ni..buatnya dia gelakkan aku karang..
“I…I…I apa? ni sejak bila dah jadi gagap ni?”
“I dah jatuh cinta..”
Zarynn ketawa.Dia pegang kedua pipi Rayyan.
“Tengok sikit muka orang jatuh cinta…Oh,macam ni rupanya…”
“Gelaklah…gelak puas-puas! Rayyan tari k muka.Zarynn tutup mulutnya.Tak mahu gelaknya membuatkan Rayyan kecil hati.
“Okey…okey..I tak gelak.So?”
“So?” Rayyan kerut dahi.
“Iyalah…jatuh cinta sudah…simpan gambar pun sudah…tapi,apa seterusnya? dia tahu tak you cintakan dia ni sebab tadi you cakap dia bukan kekasih you..ceritalah! tak suka tau tertanya-tanya macam ni!”
“Dah cakap…” jawab Rayyan pendek.
“Dia terima tak?”
“Nak terima apanya…dia dah ada boyfriend!” Rayyan seakan tidak mahu menjawab soalan itu.
“Dah ada boyfriend? Ya Allah! dalam banyak-banyak perempuan single dalam dunia ni,apasal pulak girlfriend orang yang you nak ni?
“Kalau dah nak jatuh cinta..nak buat macamana? you apa tahu,you tu bukan percayakan cinta pun..”
“Amboi…sensitive pulak dia!” Zarynn sengeh.Kalau perempuan cantik macam ni,siapa tak jatuh cinta kan?
“Jadinya you ni kena tolaklah? rugi betul perempuan ni kan? hai..I punyalah selama ni cari lelaki macam you tapi tak jumpa,you yang dah ada depan mata dia pulak boleh kena reject..ish..ish..ish..I rasakan…mesti boyfriend dia ni sepuluh kali ganda bagus daripada you kan..kan..”
“You ni perli ke apa?” Rayyan tayang muka serius.Zarynn masih boleh gelakkannya.Geram pulak dia dengan Zarynn yang memang suka mengusiknya itu.
“I rasa aja..kalau tak,takkanlah dia reject you..dua sebab aja,sama ada boyfriend dia memang bagus sangat ataupun perempuan ni tak berapa nak clear mata dia kut..”
“You tahu tak siapa boyfriend dia?”
“Manalah I tahu…dia ni pun baru I tengok gambarnya tak sampai setengah jam..kenapa,you dah kenal ke?”
“Memang I kenal…dari kecil lagi I dah kenal..”
“Hah? siapa?”
“Daniel..”
“Daniel? adik you tu?”
“Sorry erk…tang adik tu kena betulkan” marah Rayyan.
“Opss..sorry!..Daniel anak papa you tu? anak manja Datin Ann tu ke?”
“Daniel mana lagi? I bukan kenal ramai orang nama Daniel”
“Omg!! ieeeee…you ni! biar betul! you cintakan kekasih Daniel?
“Betul la…masa I kenal dia ni..I tak tahu pun yang dia kekasih Daniel..entah magic apa Daniel tu ada boleh pulak dia ni terpaut” Rayyan menghela nafas berat.Zarynn pandang wajahnya.Kasihan Rayyan!
“You betul-betul sukakan perempuan ni?”
“Hmmm..Wafeen..nama dia Wafeen”
“Oh..nice name..tapi, macamanalah dia boleh bercinta dengan mamat empat mata tu? I tarik balik tekaan I tadi..kalau setakat Daniel anak manja tu, memang tak patut kalau you yang kena reject!” Zarynn mengambil semula handset.Gambar Wafeen direnung lama.Hai Cik Wafeen! kau ni reti ke tidak bezakan antara kaca dengan permata? Suka suki kau aja tolak cinta Rayyan erk?
“Tahu takpe…” Rayyan mengeluh lagi.
“You serius nakkan Wafeen ni?”
“Iya…berapa kali I nak cakap..pernah ke you nampak I serius dengan mana-mana perempuan? harapan I nak jadikan dia ni isteri,kalau tak berjaya..I tak nak kahwin!”
“Dasyat tu! sampai tak nak kahwin?”
“Tak nak!”
“Nak kahwin dengan Wafeen ni jugak?
“Yes! Cuma Wafeen sorang aja yang layak jadi kakak ipar you!”
“Okey..I doakan Impian you jadi kenyataan..” Zarynn senyum.Dia pegang pipi Rayyan yang turut senyum.You jangan bimbang…I akan pastikan you kahwin dengan perempuan ni!
“Eh..you cakap ada hal penting nak beritahu I..apa dia?”
“Takde apalah! saja I reka cerita nak suruh you datang” Zarynn ketawa.Sorry Rayyan..I tak jadi nak beritahu pasal daddy suruh I kahwin dengan Daniel..kalau I cakap you mesti tak suka…mesti you tak setuju dan you akan bantah semua rancangan gila ni…memang itu I harapkan..sebab I tak cintakan empat mata tu! tapi kalau I tak kahwin dengan Daniel tu… macamana I nak pastikan Wafeen ni jadi isteri you kan?
“I dah agak…” Rayyan tarik pipi Zarynn.
“You tidur mana malam ni?”
“Entah..check in hotel kut..”
“Tak payah nak mengada…macam tak biasa tidur sini..tadi mummy dah suruh bibik kemaskan bilik tamu untuk you..lagipun,daddy dengan abang Muiz kalau keluar,pagi esok belum tentu balik lagi…selalu tu,kami aja ada di rumah..kalau apa-apa jadi pun,bukan diorang nak ambil peduli pun..kalau you ada, rasa selamat Rayyan..”
Rayyan angguk.Kadang-kadang dia memang rasa nak marah dengan sikap lelaki-lelaki di dalam rumah agam itu.Dia teringatkan Valqis.Sepanjang dia datang ke KL itu,dia tinggalkan Valqis di rumah Ayah Ngah,setidaknya ada orang lelaki yang memang Allah ciptakan sebagai pelindung wanita untuk menjaga adiknya.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam…”Juwita yang sedang sibuk mencatat sesuatu mendongak.
“Eh..boss ke ni?”
“Boss? saya bukan boss awak lagi dah…” Rayyan membalas senyuman setiausaha syarikat milik papanya itu.Juga pernah menjadi setiausahanya sebelum diberhentikan beberapa tahun dulu.
“Lama tak nampak boss..makin handsome..” puji Juwita.Dia memandang Rayyan yang berkemeja stripe putih itu tanpa berkelip.
“Kenapa pandang saya macam tu?”
“Takdelah…lama tak jumpa boss..rindulah!”
“Awak ni Juwita..ada-ada aja…papa saya dah sampai ke?”
“Dato’ awal pagi lagi dah sampai…tadi dia dah pesan kalau boss dah sampai,Dato’ suruh masuk aja terus ke biliknya..”
“Jangan panggil saya boss..saya bukan CEO lagi dah..”
“Tapi bakal kan…tak lama lagi boss kerja sini jugak kan..”
Rayyan mengerut dahi.Bila masa aku nak datang sini balik? takdenya aku hard up jawatan CEO tu dah!
“Saya masuk dululah..”
“Okey..” juwita sempat melambai padanya.Ya Allah! selamatkan hati aku dari terus syok kat boss aku tu!
Rayyan mengetup pintu sebelum masuk.Bila pintu dikuak,dia lihat papanya sedang membaca akhbar.
“Papa…” panggil Rayyan.Dato’ Syakir menghentikan bacaannya.Dia terpegun seketika melihat wajah baru anaknya itu.Sudah berambut pendek dan kemas berpakaian formal.Barulah senang hatinya melihat perubahan itu.
“Rayyan….duduklah..dah sarapan belum?”
“Dah..tadi sarapan di rumah Mak Engku” jawab Rayyan sambil duduk.
“Kamu tidur di sana ke?” Dato Syakir sedikit sentap.Anak itu lebih rela tidur di rumah orang lain daripada tidur di rumah ayah kandungnya sendiri.Dia sedikit rasa kecil hati.
“Haah…saya tidur kat sana..” jawab Rayyan tanpa berselindung.
“Semalam kau call papa kata nak bincangkan perkara penting.Papa jangkakan yang kau dah bersetuju nak terima jawatan CEO tu semula…betul kan?”
Rayyan terdiam.Terima balik jawatan CEO.Dia rasa papanya sudah salah faham.
“Err…kan sebelum ni saya dah beritahu yang saya takkan terima balik jawatan tu papa?”
“Tak nak terima? kau masih berdegil?” riak wajah Dato’ Syakir berubah.Rayyan telan liur.Dia tak boleh buat papanya melenting kalau dia mahukan rancangannya berjalan lancar.
“Papa..bukan saya berdegil tapi..kan Daniel dah jadi CEO..apa salahnya kalau terus kekalkan dia..kalau masalah dia tak begitu pandai mentadbir,saya rasa…dia perlu diberi peluang memandangkan dia masih baru dan tak banyak pengalaman..kalau tak diberi peluang,macamana dia nak cipta pengalaman tu..” Rayyan mula bermain kata-kata.Huh! ikutkan hati tak nak aku cakap macam tu!
“Betul apa yang kau cakap tu tapi ini permintaan Daniel sendiri…dia nak kau ambil alih jawatan CEO tu sebab dia nak jadi pengurus di anak syarikat kita di Temerloh tu..beriya-iya benar dia harapkan kau Rayyan..”
Wajah Rayyan pula berubah.Nak jadi pengurus di syarikat baru tu? kurang ajar kau Daniel! awal-awal lagi kau memang dah rancang nak tinggal kat sana kan? sebab kau nak kahwin dengan Wafeen kan? aku dah agak! kau jangan harap aku akan biarkan..
“Papa…kan saya pun tinggal di sana..papa pun tahu hajat saya nak tinggal di rumah arwah mama tu,kalau saya di sini..siapa nak tinggal di sana..Valqis tu,siapa pulak nak jaga?”
“Daniel kan ada? dia boleh jaga Valqis..lagipun,Daniel dah beli rumah..dan,dia pun ada beritahu papa yang dia mahu bernikah dengan orang sana..walaupun mama dia menentang tapi bagi papa..siapa saja yang boleh bahagiakan dia..papa terima..jadi papa minta kau bertolak ansurlah dengan dia ya Rayyan?
Rasa nak tercabut jantung Rayyan dengan permintaan itu.Kenapa papa selalu fikirkan kebahagian Daniel saja? habis saya ni siapa papa? bukan anak papa ke? saya tak berhak bahagia ke? kenapa saya juga yang kena beralah sedangkan saya lebih dulu putuskan untuk tinggal di sana?
Sungguh dia rasa bagaikan ditikam dengan seribu pisau.Ikutkan rasa sakit hatinya mahu saja dia luahkan segala kekesalan yang terbuku dihatinya itu.Namun demi untuk mencapai impiannya memiliki Wafeen dia perlu banyak bersabar dan bertindak sehalus mungkin.Ibarat menarik rambut dalam tepung..rambut tak putus,tepung tak berselerak.
Rayyan bangun dan spontan dia melutut depan Dato’ Syakir.Terkejut Dato’ Syakir dengan tingkahnya itu.
“Rayyan?’
“Papa…selama ni,saya tak pernah minta apa-apa..sekalipun saya minta,jarang sekali papa tunaikan..tapi kali ni saja papa,saya minta sangat..tolong jangan paksa saya supaya terima balik jawatan tu..saya datang ni bukan nak jadi CEO..permintaan saya lebih kecil dari tu..saya nak kerja balik dengan papa..tapi bukan jadi CEO..Saya cuma nak jadi pengurus di syarikat baru tu..itu aja! saya nak jaga rumah mama…saya nak tinggal di sana papa..kasihanlah pada saya papa” Rayyan merayu.Kalau bukan kerana hanya dia berdua saja di dalam bilik itu takkan sekali-kali dia bertindak begitu.Mujurlah yang di depannya itu ayahnya sendiri,tidaklah dia berasa egonya jatuh tapi demi Wafeen,dia sanggup buat apa saja.
“Bangun nak…papa kata bangun!” Dato’ Syakir mengarahkan Rayyan bangun.Dia rasa tersentuh dengan rayuan anaknya itu.Memang betul selama ini dia jarang sekali memenuhi kehendak Rayyan dan sememangnya anak yang ini tidak meminta-minta padanya.
“Baik…papa benarkan..kau janganlah susah hati,mulai minggu depan..kau uruskan anak syarikat baru kita tu,papa akan beritahu Daniel tentang hal ni kemudian…”
“Betul ke papa?” Rayyan senyum lega.Yesss!!! kalau boleh aku rasa nak melompat aja ni! padan muka kau Daniel!! takde harapanlah kau nak tinggal sana..jumpa Wafeen pun susah lepas ni!
Rayyan segera bangun.
“Kalau macam tu,saya nak balik dululah papa..”
“Dah nak balik?” Dato’ Syakir turut bangun.Rayyan angguk.Dia mahu terus melangkah pergi tapi dia berhenti dan memandang Dato’ Syakir.
“Ada apa-apa lagi ke?” Dato’ Syakir senyum.Tak pernah dia tengok Rayyan senyum gembira seperti itu.
Rayyan mendekati Dato Syakir dan memeluk papanya itu.
“Terima Kasih papa…” ucap Rayyan dan kemudian dia berlalu pergi.Dato’ Syakir terpaku.Dia rasa sebak dan terharu.Bila kali terakhir dia merasakan hangatnya pelukan anak lelakinya itu…sudah terlalu lama rasanya dan hari itu dia telah dipeluk Rayyan semata-mata hajat kecilnya ditunaikan.
“Sama-sama…”Dato’ Syakir senyum…hari itu sungguh dia rasa lapang dan tenang.
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!! hate!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! rayyan perampas!!!! perampas!!!! ta suka!!! rayyan jahat!!!!!!!!!!!
BalasPadamHaha suke je dengan rayyan nih.jahat + romantik seh..
BalasPadamahhahahhhahahahhahahahahhaha....yes akhirnya rayyan mau gak belembut....Cik writer, plz nak rayyan ngan wafeen gak....
BalasPadamsuka suka suka!!! jadi lelaki mesti berani! yeah, go rayyan! merampas bukan bererti jahat. lagipun wafeen tu terima daniel dulu bukan sebab dia jatuh cinta giler...kan kan kan...pastu dia sebenarnya masih teringat2kan si budak tu...yang blanja makan aiskrim bila hari hujan...apa kes?
BalasPadambestnya rayyan buat macam tu demi wafen....cinta budak nakal...nak rayyan ngan wafen
BalasPadamwaaa....best tul...suka sgt2...
BalasPadambiar rayyan dgn wafeen...daniel dgn zarynn...daniel baik tp dia tak pandai jg hati wafeen sgt cam rayyan...suka...
waaa....best tul...suka sgt2...
BalasPadambiar rayyan dgn wafeen...daniel dgn zarynn...daniel baik tp dia tak pandai jg hati wafeen sgt cam rayyan...suka...
haha bijak2 rayyan ni. hurm, harap la zarynn pun blh tundukkan daniel. kesian kat zarynn klo tak. suma watak lelaki baik dlm ni. takdir dah begitu, zarynn ada kat kl sama cam daniel dah. rayyan blh la dok pahang terus gan wafen nti.
BalasPadamyess akhirnyA rayyan menang!seriously ska rayyan dripda daniel
BalasPadamgo rayyan go, huhuhu... mcm nme bf i, emmm i like... ;)
BalasPadamprangai pun nk sme, nkl but romantik...
Dlm baik daniel tu buaya.dah niat psg dua wlpun br btunang.x sensitif lgsg dgn perasaan prmpuan.fikir perasaan dia je
BalasPadam