Rayyan melangkah masuk ke dalam rumah agam yang sentiasa menghadirkan rasa tidak selesa dihatinya.Dia tidak pernah suka berada di dalam rumah itu.Entah kenapa dia bersetuju untuk datang.Memandu sejauh berates kilometer semata-mata untuk memenuhi satu panggilan.
Mungkin kerana panggilan itu dari papanya.Mungkin juga kerana papanya memberitahu hanya akan ada mereka berdua saja di rumah itu.Rayyan berasa hairan, kenapa papa nak jumpa dia seorang sahaja.Kenapa papa pesan supaya tidak mengajak Valqis?
“Tuan pergilah ke bilik bacaan.Dato’ tunggu tuan di sana..”beritahu Kak Munah,pembantu rumah yang bekerja di situ sejak dia remaja lagi.
“Emm..Kak Munah,err..Datin mana?”
“Datin dah balik kampung Tuan..”
“Dah balik kampung? papa tak ikut ke?” Rayyan mengerut dahi.Patutlah sunyi aja rumah ni.Biasa tu kalau aku masuk aja..mesti mak datin tu awal-awal lagi dah bersedia nak cari pasal..elok juga dia takde,kalau tak mesti kurus pahala puasa aku!
“Dato’ balik dengan Tuan Daniel hari esok..”
“Daniel mana?” Rayyan memerheati segenap ruang tamu.Agaknya memang papa dengan pembantu-pembantu rumah saja yang ada di rumah itu.
“Dia dah keluar..jumpa kekasih dia agaknya..”Kak Munah ketawa kecil.Rayyan mencebir aja.Ada ke perempuan yang nak dengan budak skema tu?
“Tuan pergilah jumpa Dato’..Kak Munah nak pergi sediakan juadah berbuka puasa..dah tak lama dah ni..” Kak Munah minta diri.
Rayyan mengatur langkah ke bilik bacaan.Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu.Sebaik saja pintu dibuka,dia lihat papanya sedang membaca buku sambil duduk santai di sofa.Mata mereka berpandangan.
“Hah…dah sampai pun anak papa..mari duduk Rayyan..sementara nak tunggu waktu berbuka..”ajak Dato’ Syakir.Tanpa banyak cakap Rayyan duduk di sofa.
“Kau tentu penat memandu jauh kan? takpe..emm..papa dah suruh Kak Munah kau masak makanan kesukaan kau untuk berbuka malam ni..” Dato’ Syakir mengukir senyum.Sejak balik dari luar negara,Rayyan tidak sekali pun datang bertandang ke rumah itu.Bulan puasa dah sampai ke penghujung pun,Rayyan tetap tidak menghubunginya.Memang hubungan antara dia dan anak sulungnya itu tidak begitu mesra.Sejak akhir-akhir ini dia mula rasa kesal kerana telah banyak mengabaikan perasaan anaknya itu.
“Ada apa papa beriya sangat nak jumpa saya ni?” Rayyan sedikit pun tidak membalas senyuman papanya.Huh! bila dah takde orang dalam rumah ni baru nak ajak aku? mana pergi anak kesayangan dia tu? lebihkan perempuan daripada ayah sendiri?
Dato’ Syakir tersentap dengan pertanyaan itu.Perlukah ada urusan penting baru mereka boleh berjumpa?.Apa tak faham ke anaknya itu,tujuannya sekadar mahu berbuka bersama-sama.Memang sengaja dia tidak mahu mengajak Valqis dan Daniel kerana selama ini,Rayyan saja yang selalu berjauh hati dengannya.Bukan dia tidak tahu bagaimana perasaan dingin Rayyan pada anak keduanya Daniel.Pantang berjumpa pasti ada yang tak kena di mata Rayyan.
“Kau ni masih tak berubah juga.Papa fikir bila kau dah pergi merantau bertahun ke negara orang..kau akan jadi lebih matang.Tengoklah pakaian kau ni..seluar jeans lusuh..baju T-shirt..rambut panjang…Rayyan, kau ni dari keluarga ternama..boleh tak kau jaga status keluarga kita?”
Rayyan buat tak tahu saja.Status konon…yang Dato’ tu papa..bukan saya…
“Kalau papa nak harapkan perubahan daripada saya…maaf, saya akan terus macam ni..dengan cara hidup saya sendiri.Lagipun,bukan papa dah ada anak yang papa mahukan ke? yang papa banggakan..yang boleh jaga status keluarga ni..buat apa papa nak peduli pasal saya pulak? Rayyan senyum sinis.
“Biadap…kasar..degil..sampai bila Rayyan? dulu, kau tak macam ni…” Dato’ Syakir melepaskan keluhan.Bila usia sudah semakin berusia,dia rasa perasaan makin sensitif.Dulu Rayyan seorang anak yang manja.Ya,mereka sangat rapat dahulu..sewaktu Arwah Zahara masih menjadi isterinya..mereka hidup dalam suasana yang bahagia sekalipun Zahara tidak pernah tahu rahsia yang dia sebenarnya mempunyai isteri yang lain.
Semuanya berubah bila rahsianya terbongkar.Walaupun dia tidak mahu rumahtangganya dengan Zahara musnah tapi takdir sudah tertulis begitu.Dia menghormati hati wanita Zahara yang tidak lagi mampu menerima penipuannya.Kalaulah dia tahu yang Zahara sakit,sudah tentu dia tidak akan biarkan perceraian terjadi.Memang dialah yang merosakkan kebahagian yang selama ini dirasai Rayyan…sejak itu dia bukan lagi papa yang dibanggakan.
“Kau masih marahkan papa kan? perkara tu dah lama Rayyan….dah terlalu lama.Kenapa kau masih nak berdendam dengan papa..bulan yang mulia ni,tak bolehkah kau maafkan papa dan mama Ann kau?”
Rayyan ketawa.Mama Ann? papa..papa…gelilah aku nak sebut! nama Mahani nak panggil Ann!
“Saya bukan budak-budak yang marah sebab tak dapat gula-gula papa..saya berhak marah sebab apa yang papa dan isteri kesayangan papa tu rampas dari kehidupan mama saya dulu..Tolnglah papa,jangan ungkit soal ni sebab saya tak nak bertengkar dengan papa..sebab saya sedang berpuasa papa..dan papa tahu macamana perangai saya kan?
“Baik…papa takkan cakap pasal hal lama tu lagi tapi satu papa mintak..tolong balik kerja dengan papa di syarikat..papa dah tak sanggup nak tengok kau buat macam-macam kerja! kau ada pelajaran Rayyan..kenapa nak kerja yang bukan-bukan? adik kau dah selalu sangat beritahu yang kau ni kerja apa-apa aja? sampaikan kali terakhir papa dapat tahu kau jadi kelasi kapal? “
“Kan saya dah cakap..jangan campur urusan hidup saya? saya tahulah nak hidup macamana?”Rayyan bangun dari sofa.Dia berdiri menghadap tingkap.Memang dia paling tidak suka apa yang dia lakukan dipersoal..suka hati akulah nak hidup macamana!
“Okey..kalau sebab papa lantik Daniel jadi CEO buat kau marah sangat…papa akan tukarkan jawatan tu ,papa akan lantik kau jadi CEO..asalkan kau balik semula ke syarikat..”
Rayyan senyum pada papanya.Dato’ Syakir berharap tawarannya itu diterima.Dulupun dia terlalu ikutkan kehendak isterinya supaya melantik Daniel tapi sayangnya pengalaman Daniel terlalu cetek berbanding Rayyan yang pernah menjadi pengurus di salah satu anak syarikatnya.
“Tawaran yang menarik papa..”
“Ya…dan papa percaya yang kau akan jadi CEO yang baik..”
“Kenapa? Daniel tak boleh jadi CEO yang baik ke? bukan dia anak kebanggaan papa ke? dia bijak..dia anak yang sopan,hormat orang tua..tak jahat macam saya ni,suka buat hal sana sini…
Dato’ Syakir bungkam.Terasa pedih juga dengan sindiran itu.Rayyan mengungkit pula khilafnya dulu..ya! memang dulu dia selalu membandingkan Daniel dengan Rayyan.Puncanya kerana sikap Rayyan yang terlalu memberontak.Sejak remaja lagi,tidak ada satu hari yang Rayyan lepaskan untuk menambahkan masalah dalam keluarga.
“Yang sudah tu sudahlah Rayyan…”
“Tak…asal papa tahu satu perkara yang selagi saya hidup..saya takkan pernah ambil apa-apa bekas pun daripada anak kesayangan papa tu! saya bukan pengemis!!” Rayyan mahu beredar dari bilik itu.Lebih baik dia pergi sebelum kemarahan menguasai dirinya.Kenapa baru sekarang papa nak dia balik? kenapa dulu papa tak pernah adil padanya? kenapa?
“Tunggu Rayyan…dah nak waktu berbuka ni…kau tak kasihankan papa ke berbuka sorang-sorang” rayu Dato’ Syakir.Rayyan berhenti di muka pintu.Sebak pula dia rasa mendengarkan lirih suara itu.Kasihan? anak mana yang tak kasihkan ayahnya…tapi pernah tak papa fikirkan apa pula rasanya anak yang dibeza-bezakan?
“Saya bukan nak balik..saya nak tengok Kak Moon masak apa untuk berbuka malam ni..”Rayyan meneruskan langkahnya.Dato’ Syakir rasa lega.Anak itu memang keras hatinya tapi dia tahu jauh di sudut hati Rayyan ada kelembutannya..
+++++++++++++++++++++++
“Mana abang Rayyan ya? call tak dapat…sejam lagi nak berbuka tapi tak balik-balik lagi…”
“Dia tak cakap nak pergi mana?” tanya Wafeen.Dia pun hairan bila sejak petang tadi dia tak nampak Rayyan.Dia memang perasankan Rayyan keluar dengan memandu kereta Hondanya tapi dia tak fikir begitu lama Rayyan pergi.
“Memang perangai dia macam tu kak Wafeen..kalau dia nak pergi ke mana-mana dia takkan beritahu,kadang-kadang dia hilang macam tu aja..dia balik pun,suka hati dia aja..”
“Cubalah call lagi..tak pun,dia berbuka dengan kawan tak?”
“Kawan? entahlah…Val pun tak kenal sangat kawan-kawan dia..nak pulak kat kampung ni..ada ke? emm..Kak Wafeen pakai cantik-cantik ni nak ke mana?”
“Emm..Kak Wafeen nak berbuka di luar dengan kawan..kejap lagi dia datang ambil..on the way..”
“Oh..boyfriend ya? hmmm..sayanglah kak Wafeen dah ada boyfriend..melepaslah nak jadikan kakak ipar…”usik Valqis.
“Ish…ada-ada ajalah Val ni…abang Val tu kan handsome,tentu ramai perempuan yang jatuh hati dengan dia kan? tak lama lagi tentu dapat kakak ipar yang cantik..”
“Habis..kak Wafeen pun perempuan jugak kan? tak jatuh hati dengan abang Val yang handsome tu ke?” Valqis ketawa kecil.
“Valqis!! mari tolong nenek sekejap!”
Perbualan mereka di beranda itu terhenti bila terdengar panggilan nenek.
“Alah, kena tolong nenek..tak dapatlah nak mengintai muka boyfriend kak Wafeen..”
“Tak payah intailah…memang sure handsome orangnya..”jawab Wafeen sambil tersenyum.
“pergi dapur dulu ya..bye! jangan balik lambat tau…”
“Iyalah adikku sayang..oh ya, jangan lupa simpankan karipap pusing yang kak Wafeen buatkan untuk abang Rayyan ya? nanti dia balik mesti dia tanya…tak larat pulak akak nak jawab soalan hantu karipap tu..” Dia terbayangkan wajah Rayyan.Mana dia pergi ya? dah nak berbuka macam ni..kalau iyapun,beritahulah nak pergi mana..buat orang risau aja!
“Okeylah kakakku sayang…ingat jugak kat abang kita..”
“Mestilah ingat…sebab dia kan hantu karipap” Wafeen ketawa.Valqis pun…comelnya kak Wafeen ni..kalaulah jadi isteri abang Rayyan kan sesuai..hmmmm…bertuahlah lelaki tu!
Wafeen lihat jam di tangannya.Mana pulak Elhan tak sampai lagi ni..kenapa dia tak balik kampung mama dia lagi ya? Wafeen terkejut juga bila pagi tadi mendapat panggilan daripada Elhan yang lelaki itu akan berbuka puasa dengannya malam itu.Rindukan akulah tu….Wafeen senyum sendirian.Kalau dia boleh datang masa pagi raya kan lagi bagus?..tapi nak buat macamana,dia mesti kena ikut cakap mama dia..
++++++++++++++++++++++++
Honda Mugen yang dipandu Rayyan keluar dari tol lebuhraya pantai timur ketika jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam.Lepas berbuka dan solat maghrib dia terus pulang ke Temerloh.Dia mahu segera sampai kerana ada sesuatu yang istimewa untuknya sedang menunggu.Karipap pusing istimewa yang dibuat Wafeen! hahaha..mesti sedap punya…jangan dia tak simpan untuk aku sudah.. aku mengamuk nanti..
Ketika keretanya baru sahaja membelok simpang untuk ke rumah Nek Jah,sebuah BMW memotong keretanya dengan agak laju.Rayyan terpaksa membelok ke pinggir jalan dan berhenti.Lagipun dia dalam keadaan berkhayal ketika memandu.Nak marah pun salah dia juga.Keretanya berhenti di luar pagar kayu rumah Nek Jah.
Dahi Rayyan berkerut bila melihat kereta mewah itu masuk ke halaman rumah Nek Jah.Lebih mengejutkannya bila dia memang kenal akan kereta berwarna hitam itu.Itu kan….kereta…
Dalam kegelapan malam itu Rayyan keluar dari perut kereta.Melalui lampu limpah di pinggir jalan dan cahaya daripada pelita buluh yang menerangi laman rumah Nek Jah,dia dapat lihat Wafeen keluar dari perut kereta itu bersama seorang lelaki..
Wajah Rayyan berubah.Mustahil!! takkanlah lelaki itu teman lelaki Wafeen? Dia tahu Wafeen dah berpunya dan dia tidaklah begitu kecewa walaupun hakikatnya dia sedikit berharap kalau berpeluang memikat Wafeen.Bila difikirkan tidak baik mengambil hak orang,dia pendamkan saja rasa sukanya pada gadis itu.
“Tapi kenapa mesti dia Wafeen?” Rayyan menahan perasaannya.Dia dapat lihat pasangan kekasih itu sedang berbual seketika sebelum lelaki yang menghantar Wafeen kembali masuk ke dalam perut keretanya.Rayyan masuk ke dalam keretanya dan memadamkan lampu serta enjin kereta.Dalam kegelapan malam dia hanya mampu melihat kereta BMW itu berlalu pergi.
“Memang sah itu dia!!!” Rayyan menghentak stereng kereta! kenapa dalam banyak-banyak lelaki dalam dunia ni…Daniel Elhan tu yang kau pilih Wafeen? Tiba-tiba dia dipagut rasa cemburu dan marah.Kenpa Daniel selalu aja dapat perhatian? dulu papa..sekarang Wafeen!
Rayyan menghidupkan enjin kereta dan memandu masuk ke laman rumah Nek Jah.Dia menghempas pintu kereta sekuat hati.Bila dia mengetuk pintu rumah ternyata Wafeen yang membukanya.
“Hah..dah balik pun..awak pergi mana?” tanya Wafeen.Rayyan tak jawab.Dia tak nampak Nek Jah dan Valqis.Dah tidur agaknya..
“Awak dari mana? tanya Rayyan serius.Dia lihat Wafeen begitu cantik malam itu.Keluar dengan kekasih poyo buat apa?
“Saya keluar tadi..dengan..”
“Boyfriend” sambung Rayyan.Dia terus saja mahu masuk ke bilik.
“Awak..emmm..tak nak makan karipap pusing ke? saya ada buat untuk awak tau” beritahu Wafeen.Dia rasa lega Rayyan dah balik.Risau juga kalau berlaku yang bukan-bukan pada lelaki itu.
“Tak nak…”
“Tak nak? tapi..awak beriya suruh saya buatkan…kan awak suka? Wafeen pelik.Hantu karipap dah tak nak jadi hantu ke?
“Kalau iyapun kenyang, cubalah rasa..penat tau saya buatkan..” Wafeen senyum.Rayyan terpaku dengan senyuman itu.Huh! mesti dia selalu senyum kat Daniel macam tu…Arghhhh!!!! kenapa kau yang jadi kekasih Daniel hah??
“Saya kata tak nak..tak naklah!!!..tak faham Bahasa Melayu ke?” tengking Rayyan.Wajahnya memerah menahan marah.Wafeen terkedu.Rayyan segera masuk ke bilik.Kenapa dengan dia? tiba-tiba nak marah orang…
Wafeen rasa matanya bergenang.Dia memang tak suka kena tengking..sentap tahu tak? orang nak buat baik tapi kena marah…
miss la plk blog lama tu,nak ulang baca.huhuhuhu.best2.
BalasPadammesti rayyan nk rebut wafeen pasni..
BalasPadamwhat?? daniel?? why!!!!sian rayyan :(
BalasPadam