Follower Setia SYK

Jumaat, 30 Disember 2011

Hikayat Cinta Si Pematah Hati 1

“Wafeen!! oo Wafeen Wardah! dah dibawa ke kuih nenek ke depan? hari dah petang ni..nanti tak laku pulak kuih nenek tu sayang oi…” Hati Nek Jah tertanya-tanya.Ke mana pulak perginya budak Wafeen ni? rasanya dia ada di dapur sebelum aku solat tadi.
Wafeen yang sudah menyusun bekas-bekas kuih di atas meja memandang ke arah rumah.Nenek ni…orang dah ada bawah ni hah..
Dia membetulkan payung besar yang digunakan untuk berteduh dari panas.Waktu sudah pukul 5.00 petang.Nasib baik dia balik kerja awal hari ni,dapatlah dia tolong neneknya berniaga.Nenek ni pun satu hal…Abah dengan ibu dah kirim duit dari Cape Town pun masih nak berniaga lagi..nak juga suruh orang makan kuih dia..tapi kuih nenek memang sedap..
“Ish…kita ni beriyalah teriakkan dia,dah di sini rupanya..” bebel Nek Jah.Wanita berusia 73 tahun itu masih kemas mengatur langkah.Wafeen senyum saja.
“Nek…tak elok tau teriak-teriak macam tu..nanti tak laku..” dia mengusik.Nek Jah ketawa menampakkan gigi palsunya.
“Jangan nak buang tebiat.Usia macam nenek ni,dah padan beribadah ajalah…takdelah nenek nak hairan pasal laku ke tidak.Bukannya orang muda macam kau Wafeen oi..janganlah menjerit-jerit nanti lari pulak mata air kau tu..apa ke nama budak tu ya? Han..Han..
“Elhan..”
“Hah…itulah yang nenek nak sebut..nanti lari pulak budak Elhan tu”
“Amboi nek…ke situ pulak dia…”
“Tak payah nak malu-malu kucing…sekilas aja nenek tengok kau dengan dia jeling menjeling..pandang memandang..senyum-senyum..nenek dah tahu..”
“Tahu apa nek..dia tu datang sekali sekala aja ke sini..bila masa pulak sempat nenek skodeng ni”
“Elleh..orang kalau bercinta bercakap pun dah macam tak keluar suara..masa di kedai buku kau hari tu…nenek tengok,bukan main lagi dia tolong kau ya? masa tu la nenek tahu yang kau dengan dia tu ehem..ehem…”
“Nenek ni..ada-ada ajalah…kalau betul pun dia dengan saya ada apa-apa..nenek suka ke tidak?”
“Asalkan dia bahagiakan kau..nenek suka aja..Nenek ni,hanya ada kau aja yang temankan kat rumah ni..mujurlah Abah kau tu izinkan nenek ni bela kau…kalau dia bawa kau sekali ke Afrika tu dulu..tinggal la nenek sorang-sorang..”
“Nenek ni lebih-lebih la…kan Mak Usu Sari dengan Abang Uwais ada? dia selalu jugak kan jenguk nenek kat sini..”
“Emmm…setahun sekali, dulu masa Uwais tu belum kahwin bolehlah…sekarang dah ada isteri..takdenya nak ingatkan aku…lagipun,diorang tu jauh di Kuantan sana..”
“Kuantan dengan Temerloh ni bukan jauh pun…nenek nak saya call Mak Usu ke? suruh dia beraya di sini tahun ni?”
“Tak payah…menyusahkan dia aja..cukuplah kita berdua aja Wafeen.Lagipun,Mak Usu kau tu isteri arwah anak nenek aja..tak payahlah…”Nek Jah seperti berjauh hati.Dah lama juga Sari tak telefon…
Wafeen sekadar angguk.Ahh..bulan Ramadhan datang lagi.Seperti biasa hanya mereka berdua saja yang menyambut bersama.Di tahun-tahun yang lalu,ada juga ibu saudara dan abang serta adik sepupunya itu pulang beraya tapi tahun ni, tentu mereka sambut raya berdua saja.Semua orang ada kehidupan masing-masing.
“Itu macam ada orang nak singgah beli kuih aja…” Nek Jah memanjangkan lehernya.Ada sebuah kereta mewah berhenti berhampiran gerainya itu.
“Apa yang terintai-intai tu nek..bukanlah jauh sangat kereta tu” tegur Wafeen sambil membetulkan tudungnya yang sedikit senget.
“Nenek nak tengok orangnya..bukan main kereta dia ya..tak pernah pulak nampak kereta besar macam ni lalu dalam kampung kita ni Wafeen..orang baru gamaknya ya?
“Agaknyalah..”Wafeen malas nak fikir.Tak kisahlah siapapun yang datang asalkan nak beli kuih buatan neneknya itu.
“Ui…cantik budaknya Wafeen…”
Wafeen mendongak.Hmm..cantik! tapi kecil saja orangnya.
Seorang gadis berambut panjang dan memakai jeans dan blause itu menghampiri.
“Beli kuih cik?” tanya Wafeen lembut.
“Emm..karipap pusing ada tak?” tanya gadis itu.
“Takdelah cik..emm..karipap biasa ada” jawab Wafeen.
“Alah..takde ke..saya malas pulak nak drive ke bandar..payah nak parkir kereta..Baazar Ramadhan kat situ ramai sangat orang.Masa lalu sini tadi nampak macam ada gerai..itu yang saya singgah ni..” cerita gadis itu.Ramah pulak orangnya! detik hati Wafeen.
“Emm..apa kata cik beli aja karipap biasa ni..sama aja rasanya..lagipun,kuih yang nenek buat sedap tau..tak percaya cubalah”
“Oi..bulan puasalah ..jangan kau nak buat pasal Wafeen oi..”
“Eh..terlupalah nek..sorry ya..”
“Takpe..bulan puasa biasa la lupa kan? emm..saya belilah,bagi 2 ringgit..”
“Karipap aja ke? banyak kuih lain ni..tepung bungkus ada..tako ada..roti jala..banyak ni”
“Hah,saya suka popia basah ni..bagi dua ringgit jugak”
“Tu aja?” Wafeen bukan main lagi buat promosi kuih..
“Itu ajalah..lagipun,saya berdua dengan abang saya aja..”
“Oh..abang tu maksudnya suami ke?
“Eh..bukan..abang kandunglah!”
“Cucu ni tinggal di mana? tanya Nek Jah pula.
“ Sebelum ni saya tinggal dengan Ayah di Kuala Lumpur..sekarang ni abang saya dah balik dari merantau..itu yang kami pindah ke sini..rumah banglo hujung kampung sana..itulah rumah peninggalan arwah mak saya..
“Oh..jadi cucu ni,anak arwah Zahara tu ya? ish..dah lama rumah tu takde orang tinggal,selalunya Si Majid tu yang bersihkan rumah tu..” Nek Jah angguk.Wafeen kerut dahi.Nenek aku ni kenal ke? kenal la agaknya…aku ni aja yang tak kenal orang!
“Iya nenek..itulah,sebab dulu masa kecil..Ayah bawa saya dengan abang tinggal dengan dia..sekarang,abang saya putuskan nak tinggal di sini..”
“Oh..macam tu ya..eloklah tu,rumah pusaka jangan dibiarkan usang..jaga elok-elok …borak punya borak..apa namanya cucu ni?
“Nama saya Valqis Aulia..panggil Val aja cukup..”
“Val kalau nak karipap pusing tu..esok nenek buatkan..datanglah ke sini ya?”
“Terima Kasih nek..sebenarnya,abang saya tu yang nak berbuka makan kuih tu..kuih kegemaran dia nek…”
“Eloklah tu..datang esok ya?” bersungguh betul Nek Jah.
“Balik dulu ya nek..”Valqis berlalu setelah membayar harga kuih.
“Yang kau termenung ni kenapa pulak Wafeen? bulan puasa pun kau nak tringatkan budak Elhan tu?” tegur Nek Jah bila sedari tadi cucunya itu diam sahaja…pelik!
“Takdelah nek…”Wafeen geleng.Sebenarnya dia terkejut bila perbualan Valqis dan neneknya itu berkisarkan karipap pusing yang disukai abang kepada Valqis itu.Dia teringatkan seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya bertahun-tahun yang lalu….budak lelaki yang dia sendiri tak pernah tahu namanya..yang dia tahu,budak tu suka sangat kuih karipap pusing.Tiap kali balik dari kelas tuisyen,budak lelaki itu akan tunggu dia di tepi sungai Pahang yang sekarang dah jadi taman rekriasi..Di bawah pokok tempat selalu dia tunggu van sapu..Hanya semata-mata nak makan karipap pusing yang selalu Nek Jah bekalkan setiap kali ke kelas Tuisyen UPSR…kenapalah aku tringatkan dia! entah-entah…takkan kut! satu hari budak lelaki tu tidak muncul lagi.Padahal budak tu pun ambil Tuisyen PMR di tempat yang sama dengannya.Walaupun dia setia menunggu di perhentian bas..tapi sampai sekarang…dia tak muncul lagi!

2 ulasan:

  1. ayah yg valqis cakap tu mst bukan papa kandung dia en...
    dlm cite ni ade pasal watak SYK skali ek...

    BalasPadam
  2. Ini rayyan yang dalm cite OMG! Dia ke suami aku? Huhu.... antara ayyad, uwais dan rayyan. Saya suka ayyad lagi.

    BalasPadam