Follower Setia SYK

Isnin, 7 Mac 2011

Suami yang Kubenci 27

Uwais mematikan enjin kereta sebaik sahaja mini cooper itu diparkir.Matanya terarah pada beberapa orang pelajar perempuan berseragam putih biru yang melewati keretanya.Waktu masih awal pagi ketika itu.Suasana sekolah mula dibanjiri dengan beberapa kereta yang keluar masuk di perkarangan sekolah.
“Abang, Anis masuk kelas dulu ya?” Anis yang duduk di sebelah sudah membuka pintu kereta.Uwais angguk sahaja.Dia masih bersandar di kerusi bahagian pemandu dan langsung tidak berniat untuk keluar dari kereta.Mata Uwais hanya memerhatikan Anis menghilang di sebalik bangunan bercat kuning putih itu.
Uwais menguap dan pantas tangannya menutup mulut.Sebenarnya dia masih lagi rasa mengantuk kerana tidurnya yang tidak lena malam tadi. Balik sahaja dari gerai burger,dia hairan bila melihat rumah gelap gelita.Hatinya rasa tak sedap kalau-kalau berlaku bekalan elektrik putus sedangkan Hannah takut berada dalam gelap.
Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah terus dipanggilnya Hannah tapi tidak berjawab.Bila dia memetik suis lampu ternyata bekalan elektrik ada seperti biasa.Barulah dia sedar yang rupanya Hannah betul-betul keluar dari rumah.Ke mana dia tak pasti.Kalau Hannah balik ke rumah Tuk Ayah ternyata Hannah memang telah menyahut cabarannya.Memang keras kepala dan tak nak mengalah… sanggup pulak dia tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah besar tu..
Uwais mengeluarkan Handset Nokia C3 dari dalam saku seluarnya.Dah banyak kali dia call Hannah tapi tak berjawab.Memang sengajalah tu! paling dia geram bila dihantar sms bertanya ke mana Hannah pergi boleh pula dibalas dengan teks yang menyakitkan hati.
Awk ni sp? do I know u?
Padahal Hannah memang ada nombor talian prabayar miliknya.Kalau aku dapat dia nanti siaplah… Uwais cuba lagi mendail nombor talian Hannah tapi tetap tidak dijawab.
“Takpe…takpe… tak nak angkat ya? “ Uwais mengurut goatee.Berfikir-fikir di mana kedudukan Hannah… mustahil Hannah berani balik rumah Tuk Ayah kalau dia tak ikut sekali.Pelik… takkan dia pergi tidur kat hotel kut? kat rumah mak aku pun takde… manalah isteri aku ni?
Uwais keluar dari perut kereta. Dia melihat kea rah pintu pagar sekolah.Matanya membulat bila ternampak sebuah kereta mercedez Benz 64 K yang berhenti di perkarangan sekolah.Dia memang kenal kereta tu.Salah satu daripada kereta milik Tan Sri Idris. Namun begitu,Uwais nampak bukan Tuk ayah yang berada di sisi kereta mewah itu tapi isterinya Hannah Maryam.Kelihatan Putera dan Mastura bersalaman dengan Hannah.
Tanpa berlengah Uwais bergegas mengatur langkahnya ke arah kereta itu. Walau macamanapun dia mesti berjumpa dengan Hannah. Mungkin kerana dia terlalu gopoh dan tanpa sengaja dia terlanggar Cikgu Batrisya yang entah dari mana tiba-tiba muncul bersama sekotak kertas soalan peperiksaan.
Berterabur semua kertas soalan peperiksaan di atas jalan.
“Sorry..sorry Sya, abang tak sengaja..” Uwais segera membantu Batrisya mengutip kertas soalan yang jatuh.Beberapa orang pelajar yang lalu lalang turut membantu.
“Ya Allah, kenapa kalut sangat ni Cikgu Uwais?” Batrisya tersenyum melihat Uwais yang kelam kabut mengutip kertas.Uwais membantu Batrisya menyusun semula kertas soalan itu.
Sehelai daun gugur dan jatuh di atas kepala Cikgu Batrisya yang bertudung biru hari itu.Spontan Uwais mengambil daun itu dan dibuangnya.
“Ada sesuatu atas kepala Sya..” beritahu Uwais.Dah macam iklan syampoo aja aku rasa.
“Ya ke?” Batrisya menyapu perlahan bahagian kepalanya yang ditutupi tudung.
“Abang dah buangkan..”
Uwais senyum juga sekadar menutup malunya kerana kekalutannya tadi.Dia memandang lagi ke arah kereta Mercedes Benz .Kali ini dadanya berdegup kencang bila matanya bertemu pandang dengan Hannah. Alahai….dia nampak aku dengan Batrisyalah pulak..
+++++++++++++++++++++++++
“Petang ni kitorang ada aktiviti kokurikulum, Along atau Abang Din yang nak ambil kitorang hari ni? Putera bertanya pada Hannah yang sedang membetulkan tali lehernya.
“Along busy hari ni..” Hannah menghulurkan tangan dan Putera segera menyalaminya.
“Kitorang balik dengan Abang Long ajalah kak…ya? pinta Mastura yang sudah pun menggalas beg sekolahnya.Beberapa buku rujukan STPM digenggam kemas.
“Suka hati koranglah” jawab Hannah.Dia bersemangat nak menghantar adik-adiknya ke sekolah pagi itu.Tujuannya bukan apa,manalah tahu terserempak dengan Uwais.Malam tadi hampir 20 panggilan Uwais tidak berjawab.Sms yang banyak dihantar pun hanya satu yang dibalas.
“Kitorang masuk kelas dulu ya Along? beritahu Mastura dan mengatur langkah kecuali Putera yang masih berdiri di hadapannya dan menadah tangan.
“Apa?” Hannah mengerut dahi.Tak faham.
“Nak duit…”
“Duit saku yang Tuk Ayah bagi dah habis?”
Putera angguk.Hannah segera mengambil beg tangan dan dikeluarkan not 50 dari wallet.
“Nah… nanti aktiviti kokurikulum tu,janganlah berjemur sangat tengah panas..dah makin gelap kulit adik Along ni..” sempat dia mengusap pipi Putera yang tersengeh.
“Okey …pergi dulu Along” Putera melambai tangan pada Hannah.
Hannah memerhatikan kelibat Putera menghilang.Hmmm mana Uwais aku ni? tak nampak pun.. dia mencari-cari kereta Uwais antara kereta-kereta yang diparkir di kawasan berhampiran.
“Huh, ada pulak kura-kura tu kat situ tapi mana pulak tuannya?” matanya nampak mini cooper Uwais tidak jauh dari situ .Hannah mengeluh bila dia gagal mencari kelibat Uwais dalam kalangan pelajar yang lalu lalang.
Baru sahaja dia nak masuk ke dalam kereta,pandangannya terarah pada seseorang yang memakai kemeja biru laut.Tengok pada sosok dan rambutnya dia kenal sangat yang itu adalah Uwais dan yang seorang lagi tu…
“Cikgu Batrisya?” spontan dia keluar balik dari kereta. Ni yang buat mood baik aku hilang pagi-pagi macam ni. Hannah hampir ternganga melihat aksi mesra tak ingat Uwais yang mengusap kepala Batrisya.Sepertinya Uwais membuang sesuatu yang jatuh ke atas kepala cikgu itu.Daun barangkali..Siap senyum-senyum pulak tu… ieee… buat aksi mesra kat perkarangan sekolah? suami siapalah yang gatal sangat tu? kan bagus kalau ada yang report kat pengetua,biar padan muka Cikgu Batrisya kena ambil tindakan.Uwais pulak, buang aja daripada jawatan guru ganti tu..bagus juga,biar dia terima aja jawatan yang aku tawarkan tu… geramnya!!!! kepala aku kan ada, yang sibuk nak usap kepala perempuan tu kenapa? menyampah!
Hannah rasa nak aja dia panggil Uwais waktu tu tapi ditahan rasa cemburunya.Mata mereka kebetulan bertentangan.Dengan wajah cemberut dan lemparan jelingan maut Hannah terus masuk ke dalam kereta dan dihidupkan enjinnya. Baru sahaja dia memasukkan gear,Uwais sudah pun membuka pintu di sebelah penumpang dan masuk.
“Awak tak jawab call saya kenapa? Uwais termengah-mengah kerana dia terpaksa berlari sepantas mungkin untuk masuk ke dalam kereta yang hampir meluncur pergi.Nasib baik sempat.Loceng berbunyi dan dia nampak Batrisya sudah mengatur langkah ke bilik guru.Dia tak peduli dengan loceng permulaan pembelajaran itu..
Hannah tak menjawab.
“Jawablah! dah tak nak bercakap dengan saya lagi dah? ooo…ini pasal ugutan semalam la ya? hmm..berani pulak awak balik rumah Tuk Ayah ya? “
Hannah masih tak menjawab. Wajahnya masih cemberut.
“Awak ni kenapa? saya bercakap dengan awak ni kan? Uwais mengeluh.Hannah mencapai Blackberry dalam beg tangan dan ditaip sesuatu.Kemudian ditayangkan skrinnya pada Uwais.
“sy dh lmbt nk pg krja.. so, get out from my car..” baca Uwais.Amboi..sedapnya bahasa! menghalau tu… aku ni punyalah rindu kat dia..
“Kalau saya tak nak?” Uwais sengeh.Hannah mengecilkan matanya.Dah la pakai baju sama warna dengan cikgu tu, ieeee… memang dah berjanji agaknya!
Hannah terpaksa menaip lagi teks yang baru kerana dia memang tidak mahu bercakap dengan Uwais.Sebab itulah semua panggilan Uwais tak dijawabnya.

Awk dh patut msuk kls kn..pgilah cepat!

Uwais ketawa bila membaca teks itu.
“Best pulak bila awak tak bercakap kan? takdelah penat saya nak bertengkar dengan awak..”
Hannah ketap bibir.Kalau dia lama lagi dalam kereta ni, mahunya aku langgar pantang ni karang…
“Okeylah, tapi.. bila awak nak balik rumah? bosanlah saya kalau awak takde.. takkan saya nak bergaduh dengan teddy bear awak pulak kan..”
Hannah geleng.Dia terus menaip menggunakan Blackberrynya.

Sy xkn balik selagi awk x terima twrn tu!

“Macam tu sekali? awak tak takut Tuk Ayah marah ke?”

I don’t care!! now..get out!! x faham bhs Melayu ke?

“Nak faham apa? kan awak type dalam bahasa Inggeris?” Uwais sengeh.Suka pulak dia tengok Hannah tahan marah dan boleh pulak tak bercakap.Bagus juga erk? boleh dia belajar bersabar..
Hannah hampir sahaja tergelak sebenarnya.Ada sahaja akal Uwais nak kenakannya.Cepatlah keluar, memang tak romantiklah suami aku ni,ada ke nak pujuk aku balik dalam kereta? kat sekolah pulak tu?
“Nanti saya datang rumah Tuk Ayah.. kalau nak merajuk pun,janganlah lama sangat…saya rindulah nak dengar suara awak..” Uwais berterus terang.Dia membuka pintu kereta.Hannah buat muka tak tahu. Takde perasaanlah konon… Uwais masih juga belum keluar.Dia seperti memikirkan sesuatu.
“Hannah…” panggil Uwais lembut.Hannah memandangnya.Tanpa dia sangka Uwais mendekat dan satu ciuman hinggap dipipinya.
“Abang pergi dulu ya sayang…Tunggu abang datang tau” Ucap Uwais dan kemudian keluar.Sempat dilambai tangannya pada Hannah sebelum berlari anak menuju ke arah bangunan yang tidak jauh dari situ.Hannah terkaku seketika. Omg!! dia kiss pipi aku ke tadi?? aku tak mimpi kan?

28 ulasan:

  1. sorry n3 x pjng tp oklah kan..huahuahua..lagu pun dh tukar la plak..hik3..

    BalasPadam
  2. eheemm.. 'omg!" uwais dah cukup daring skrg iyeh??? hrmmm... tingkatkan usha.....

    BalasPadam
  3. HurmM sweetnye diorang ne..
    Lalala uwais r0mantik juga ya:-P
    Bagus jugak hannah cmbru..
    Asal jgn cmbru buta je, heE
    next kak;)

    BalasPadam
  4. Hannah2 bila lah kau nak berubah ye bukan apa takut nanti uwais dah bosan kau juga yg gigit jari

    BalasPadam
  5. nakal erk uwais nie...huhu..aloo nak lg,tak puas bace...

    BalasPadam
  6. wah.....Uwais dah mula tunjukkan rasa sayang nyer....buatkan Hannah terkesima.....amik tu...Hannah...romantik gak Uwais yek....hahaha...makin menarik nie...hari2 mesti buka blog nie coz tak sabar nak tau apa kan jadik....chaiyok! E-man.....

    BalasPadam
  7. bestnyer...suke sgt kt uwais yg romantik & hanah yg egois tuh....
    kene sgt la citer nih...mgkn uwais bt mcm 2 sbb die rse hanah pon da sygkan die kot....seronokla..tp yg xseronok nyer 1 ari 1 episod...
    bt la 1 ari 3-4 episod...xde la tertunggu2..hehehehe....bkn apew..mcm xsabo lak nk tggu episod len....

    BalasPadam
  8. Hari2 pun besttttt... :))
    huhuhu...uwaiss~~~~ i luv u..hihi..;)
    sweeetttttt~~

    BalasPadam
  9. klu sy keje jual burger maybe sy ade byk mase nk type..hak3...klu nk byk n3 tunggu cuti skolah la..sy byk mase free...hhihiih..

    BalasPadam
  10. OMG...uwais...beraninyer dier....caya la...so sweettt....kalo uwais yng majuk agak mcm mana la hanna nak pujuk kan....

    BalasPadam
  11. bestnya uwais, tunjuk dan pujuklah hannah tu, bagi hannah betul2 terkesima dengan kasih sayang dan rasa cinta suami dia.

    BalasPadam
  12. wahhh..caya lah uwais...sempat kiss lg..permulaan yg bagus..hannah jgn jual mahal sgt...suke3x....best cite ni..

    BalasPadam
  13. mane lagu tema nihh...???

    BalasPadam
  14. ade jek..apsal plak tnpa nama x leh dgr erk? huhuh..x dptnk tolong ler..:)bb lmbb kut..

    BalasPadam
  15. suka suka..cepat sambung ya.. tak sabar nak tau apa terjadi seterusnya..tahniah writer..anda mmg mengkagumkan..dgn idea..yg diluar kotak..lari dari plot yg biasa biasa

    BalasPadam
  16. Nakal lah Uwais ni....tetap bsabar w'pun kerenah Hannah tu entah apa2 kan....

    BalasPadam
  17. ska dgn kenakalan uwais...hehe :))

    BalasPadam
  18. uwais ni so unpredictable..hehehe..kekalkan karakter uwais cam tu..biar hannah tak leh predict..hihi..
    cepatlah cuti sekolah bermula..leh baca byk byk...;)

    BalasPadam
  19. pasni hannah angau lah nmpaknyer!!!hehehe,suker3..

    BalasPadam
  20. baru baca bab ni je... sweet. suka. nnt maraton bab1 :)

    BalasPadam
  21. suka betul bila hannah merajuk, & pandai gak uwais pujuk...
    boleh tahan sekarang uwais ni :-) ..

    BalasPadam
  22. Best! Nasib Hannah tak ngamuk giler pasal Uwais n Batrisya..maklumlah masih dlm mood merajuk..hehehe...sanggup tu Hannah x jawab tepon dan type sms sbb xnak bcakap dgn Uwais.. notti Uwais ni ambik kesempatan cium pipi Hannah utk lepaskan rindu... sweeettt... camnolah dia g memujuk Hannah kat rumah Tuk Ayah nanti...

    BalasPadam
  23. hahahha.suka sangat lah citer hannah uwais ni..memang terkesan dalam sanubari..sampai terbawa2 la watak diorg ni..hakhakhak....memang best!!!!!!

    BalasPadam
  24. hahaha mmg terkejut u...kan dah dapat kiss free.

    BalasPadam
  25. wow... daring nyew....

    BalasPadam