Follower Setia SYK

Ahad, 6 Februari 2011

Suami yang Kubenci 4

AB 4

“Minta maaf puan Hannah,ada orang nak jumpa”
Aisyah.Setiausahanya kelihatan seperti sedikit ketakutan .Gadis yang masih berdiri di muka pintu itu direnungnya tajam. Rasanya aku dah cakap yang aku tak nak jumpa sesiapa hari ni?
“Kan saya dah cakap,saya tak mahu diganggu..” Hannah menutup fail yang barus selesai di semak.Hari itu moodnya memang tidak begitu baik.Semuanya kerana panggilan yang dia terima daripada datuknya.
“Tapi,yang datang ni Tengku Muiz Puan…dia cakap kalau Puan tak nak jumpa,dia nak rempuh masuk bilik ni”
Sebaik saja mendengar nama Tengku Muiz,dia senyum sinis.Huh,berani lagi dia datang sini? memang tak tahu malu punya jantan..takde lain nak auta akulah tu…
“Okey,suruh dia masuk..”
Kurang dari satu minit.Tengku Muiz sudah muncul di hadapannya.Seperti kebiasaan yang dia lihat,lelaki itu sentiasa kelihatan kemas dengan sut Armani di tubuhnya.Kalau nak dibandingkan dengan Uwais.Memang bagai langit dengan bumi.Dia terbayangkan penampilan Uwais yang sentiasa memakai t-shirt dan jeans lusuh sahaja.Uwais lebih santai sedangkan Tengku Muiz lebih kasual.Namun,dia teringatkan sesuatu yang dia pernah baca dalam sebuah buku..seorang lelaki itu dicintai bukan kerana dia tampan tapi dia kelihatan tampan kerana dia dicintai…maknanya,sekarang dia tidak lagi mencintai Tengku Muiz..sejak dari detik dia mendapat berita lelaki itu ditangkatp khalwat,dia sudah memutuskan,cintanya bukan lagi untuk lelaki ini…patutlah sekarang aku rasa semahal manapun baju yang kau pakai,kau tetap nampak tak handsome!
“Hai sayang..I fikir you dah tak nak jumpa I lagi..” sapaan Tg. Muiz tidak berbalas.Nak termuntah pulak bila mendengar gelaran sayang daripada orang yang telah menyebabkan dia menanggung malu pada keluarganya.
“You nak apa datang sini? I busy la…”
“Biasa tu,kalau I datang..you busy macamana pun you masih ada masa nak layan I kan?”
“Itu dulu Muiz…sekarang dah jadi luar biasa..you tahu kenapa? sebab sekarang I dah jadi isteri orang,takkan you dah lupa..”
“I tak lupa,memang you dah jadi isteri orang tapi I tahu you tak bahagia sayang…okey, pasal kes tangkap khalwat tu..Cuma salah faham aja,budak tu adik kawan I aja..I always love you Han..takkanlah I nak curang dengan you..percayalah”
“How sad story kan? kiranya you ni mangsa fitnah la erk? macam ni la Muiz..i tak peduli budak tu siapa..I pun takde hati nak dengar luahan cinta you pada I..nak buat macamana kan? benda dah jadi..tapi I nak betulkan statement you tadi..siapa cakap I tak bahagia? suka-suka hati you aja nak cakap I bahagia ke tidak.. for ur information, I bahagia dengan hidup I sekarang..” Hannah mengukir ceria. Keep ur smile Hannah..buktikan yang kau memang “bahagia”
“Dengan penjual burger tu? pleaselah Han…he is not your taste..” Tengku Muiz ketawa.
Hannah menahan rasa geram.Benci betul dia melihat Tg. Muiz ketawa menyindirnya.
“Well..penjual burger pun,setidaknya takdelah buat maksiat dengan budak bawah umur..” Hannah menjawab.Ish…biar betul..aku baru puji Uwais ke tadi?
Tawa Tg. Muiz mati.Hannah memandang sinis padanya.
“I rasa lebih baik you balik ajalah Muiz..better you pergi cari budak-budak sekolah yang boleh you bawa temankan you ke mana-mana..”
“You jangan nak berlagak happy depan I la Hannah..i know you..you takkan sanggup hidup dengan lelaki miskin macam tu..selama ni,you sukakan I sebab kedudukan I kan? bukannya you cintakan I sangat pun..” Tengku Muiz melepaskan geram.Kenapa Hannah semudah itu melupakannya sedangkan selama ni Hannahlah yang begitu memberi perhatian padanya.Dah tak cintakah lagi Hannha padanya,semudah itu dia dilupakan? dia fikir,kalau dia buat apapun,Hannah masih mahu mengejarnya.
“Okey,eloklah kalau you dah tahu…buat apa I nak cintakan sangat lelaki macam you ni? tak berbaloi pun,kalau setakat kaya…harta keluarga I lebih daripada apa yang you ada, selama ni I fikir,you ni lelaki baik-baik..maklum ajalah,keturunan bangsawan kan? tapi I tak tahu pulak citarasa you dengan budak bawah umur..uhf..sorrylah,I dah takde hati dengan you…”
“Fine!! I pun tak hairan lah..setakat kahwin dengan penjual burger pun nak berlagak..memang itu pun yang layak dengan you!”
Tg. Muiz keluar dengan menghempas pintu sekuat hati.Berdentum bunyi bilik pejabat itu.Hannah menarik nafas.Dia berasa matanya mula berkaca.Get lost!! kau ingat aku kisah sangat tak dapat jadi isteri kau? dia rasa terlalu marah hingga mengalirkan air mata.Dia terima hakikat Tg Muiz bukan jodohnya,tapi berharap dapat melewati waktu dengan mencari lelaki lebih baik dari Tg. Muiz..bukan lelaki itu seorang saja lelaki yang punya kredibiliti yang dia mahukan tapi sayangnya dia terpaksa terima Uwais Ukasyah…kalau tak kerana kedudukannya yang bakal ditarik balik,dia takkan sanggup menerima penghinaan seperti tadi…berapa ramai lagi teman-teman yang mentertawakannya di belakang hanya kerana dia mengahwini seorang penjual burger? berapa banyak senyum palsu yang perlu dia layangkan pada mereka semua? bahagia? mustahil dia rasa bahagia dengan orang yang dia tak suka…




Ketukan di pintu membuatkan Hannah segera menyeka airmata yang bergenang di kelopak.Pintu dikuak dari luar.
“Sorry ganggu..aku nampak Muiz tadi, dia datang cari kau ke?” Maira sudah tercegat dipintu.Hannah memberi isyarat masuk.
“Dia nak cari siapa lagi kalau bukan aku..”
“Kau panggil dia datang sini ke?”
“Buat apa pulak aku nak panggil dia?”
“Manalah tahu,kalau kau masih lagi…”
“Nakkan lelaki tak guna tu? tolonglah Maira…aku dah tak nak dia lagi..”
“okey,aku suka keputusan kau tu..maknanya kau dah boleh terima Uwais la kan? Maira senyum.Dia selalu mendoakan kebahagiaan sepupunya itu.Tidak kiralah dengan siapa..asalkan orangnya dapat menjadi suami yang baik pada Hannah.
“Terima Uwais? kau buat lawak ke apa ni? malaslah aku nak cakap pasal dia…” Bila nama Uwais disebut dia mula rasa kurang senang.Dia masih tak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu.Pasal burger pun nak marah orang,macamlah sedap sangat burger dia tu..
“Lawak apa pulak,kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia..korang kan dah jadi suami isteri..”
“Masa depan? aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? kerja pun jual burger..masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku Maira? “
“Astaghfirullah..mengucap Hannah,tak baik kau cakap macam tu…”
“Kau nak aku cakap macamana lagi Maira? kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? dia tu..low class kau tahu tak? entah dari mana Tuk Ayah dapat idea nak jodohkan Uwais tu dengan aku…” luahan Hannah makin menyakitkan telinga Maira yang mendengar.Dia fikir,Hannah akan bersikap lebih matang.Sayangnya, ego Hannah setinggi gunung Everest!
“Sudahlah Hannah,kalau aku nasihatkan pun tak guna…”
“Aku faham Maira,kau nak aku bahagia..tapi tolonglah faham..benda macam ni perlukan masa dan aku tak tahu bila hari tu akan sampai..aku tak tahu bila hati aku ni akan terbuka untuk terima Uwais tu..aku bukan macam kau yang boleh terima Abang As’ad seadanya…”
Maira sekadar angguk dan menggosok bahu kiri Hannah.Kemudian dia keluar dari bilik itu.Hannah rasa sedikit bersalah bila mengaitkan suami Maira tadi.Dia hanya mahu Maira faham..mereka tak sama.Maira boleh bahagia dengan suaminya yang hanya bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah rendah sedangkan Maira berjawatan Pengurus kewangan syarikat.Siapapun boleh bahagia dengan jodoh masing-masing tapi tiada siapa yang boleh paksa dirinya untuk bahagia bersama Uwais..setidaknya,bukan buat masa sekarang!
Hannah melepaskan penat di atas sofa.Dia memandang segenap ruang yang sunyi.Nampaknya Uwais masih belum pulang setelah beberapa hari meninggalkan rumah.Mana dia nak cari lelaki tu? kalau dia kampung,tentu Tuk Ayah sudah tahu dan bertanyakan kenapa dia tidak pulang sama tapi dari nada perbualan antara dia dan tuk ayah pagi tadi..macam biasa saja..
“Hannah jangan tak balik pulak weekend ni,ada makan malam keluarga macam biasa..beritahu pada Uwais ya? kamu berdua macamana? dah lama Hannah
tak call Tuk Ayah..”
“Okey..nanti Hannah beritahu Abang..semuanya okey Tuk Ayah,busy aja sikit..”
Itulah alasan yang dia berikan.Sejak dia ambil alih syarikat,Atuknya memang tidak lagi ke pejabat..lagipun,kesihatan Tuk Ayah tidak mengizinkan lagi untuk dia sibuk bekerja.Jarak antara kampung dengan bandar bukanlah jauh sangat lebih kurang 20 kilometer sahaja,kalau tak disebabkan dia mahu tinggal berasingan selepas bernikah tentu dia tak boleh sembunyikan kepincangan dalam rumahtangganya.Dia percaya Maira kuat menyimpan rahsia dan sejak awal lagi Uwais bersikap tidak mengadu..dia sudah awal-awal lagi mengingatkan hal itu jangan sampai ke pengetahuan Tuk Ayah.
“Kalau dia tak ikut sekali,tentu Tuk Ayah syak sesuatu..tapi mana pulak mamat ni pergi ya? takkanlah pasal burger tu pun nak merajuk sampai tak balik rumah? marah sangat ke? malas betul aku nak pergi gerai dia tu..ntah nanti dia fikir aku ni rindukan dia ke apa..never!”
Dia terpandangkan gitar akustik milik Uwais di sisi perabut hiasan.
“Sejak bila pulak gitar dia ada kat situ? bukan masa dia keluar malam tu,dia bawak benda alah tu ke?”
Dia yakin semalam dia tak nampak pun gitar itu ada di situ.
“Apasal pulak awak ni,bercakap sorang-sorang..”
“Mak kau meletup!!
Entah dari mana suara garau itu kedengaran hingga menyebabkan Hannah melatah.Ketawa kedengaran dari arah belakangnya.
“Bila masa awak balik? tanya Hannah.macamana boleh melatah pulak ni? buat malu ajalah..relaks Hannah,buat macam biasa…
Uwais berusaha berhenti ketawa.Dia kelihatan tersenyum-senyum.Mahunya dia tak gelak.Hannah melatah sampai terloncat dari sofa.
“Saya balik pagi tadi..masa awak dah pergi kerja..” jawab Uwais.Dia menuju ke dapur dan Hannah mengekorinya.
“Kereta awak takde pun kat luar?”
“Kawan saya pinjam..”
“Kereta buruk macam tu pun ada orang nak pinjam?”
Uwais malas nak melayan sindiran itu.Ingat aku tak penat ke hari-hari bergaduh? dia ni apa masalah aku pun tak tahu,suka sangat cari pasal dengan aku.
“Awak pergi mana dua tiga hari tak balik?”
“Kenapa? takkan awak rindu kat saya kut..”
“Rindu kat awak? tak payah nak perasanlah..”
Wajah sinis Hannah direnung seketika.Tengok pada muka kau pun aku tahu Hannah…memang takkan rindukan aku pun..
“Saya balik rumah mak saya..”
Hannah ketawa.Entahlah,lucu pulak dia rasa…biasanya perempuan yang merajuk balik rumah mak ayah..ini dah terbalik pulak.
“Mak awak cakap apa? saya tak naklah nanti mak awak perasan yang kita ni bergaduh..”
“Awak tak payah risau,saya takkan burukkan awak depan mak saya..lagipun,saya bukan orang yang memandang rendah pada kekurangan orang lain..saya cakap awak out-station..puas hati?
Hannah rasa terpukul dengan jawapan itu.
“Tuk ayah tahu tak yang awak ada balik?”
“Saya balik malam,Cuma tidur kat rumah mak..itu aja,siang saya pergi gerai..Tuk Ayah awak takkan nampak kelibat saya pun..apa lagi yang awak nak tahu?”
“Baguslah kalau macam tu…awak tahu kan,kalau Tuk Ayah dapat tahu..saya akan susah,kalau saya dapat susah..saya akan pastikan awak lebih susah lagi…”
Uwais diam.Bukan dia takut dengan ugutan Hannah tapi sedarkah Hannah selama ini dia berdiam kerana dia memikirkan kepentingan isterinya itu.Bukan dia tak tahu yang Tuk Ayah memaksa Hannah menerima dia sebagai pengganti Tg. Muiz.Jika tidak, jawatan CEO syarikat akan ditarik bahkan diserahkan pada cucunya yang lain.Dia tahu,Hannah mempunyai cita-cita yang besar dalam kerjayanya.Dia sedar,dia bukan lelaki yang layak untuk Hannah tapi sebagai suami dia bertanggungjawab menjaga kepentingan isterinya.
“Saya faham..tak payahlah awak nak ugut saya macam tu,saya dah cukup susah bila hari-hari bergaduh dengan awak..”
“Satu lagi,malam esok kita kena pergi rumah Tuk Ayah..”
“Buat apa?”
“Ada makan malam keluarga,dah dekat sebulan dia tak buat majlis ni..biasanya setiap hari sabtu malam kami akan berkumpul satu keluarga..buat apa saya cerita kat awak pun,awak bukan tahu benda-benda macam ni…yang penting,awak tak ke mana-mana..awak ada baju yang sesuai tak?”
“Baju yang sesuai? maksud awak baju melayu ke? saya ada banyak..”
“Baju melayu? hallo..ini gourmet dinner la,awak ingat kenduri doa selamat ke apa?”
Hannah mengeluh.Jangan dia bagi malu aku kat sana sudahlah…kenapalah aku kena bawa dia sekali?
“Takpe,saya pakai ajalah baju melayu..lagipun,saya orang melayu..bukan orang putih pun..”Jawab Uwais selamba.
“Awak jangan nak bagi malu saya,esok awak ikut saya pergi beli sut”
“Tak naklah saya..kan saya dah kata saya nak pakai baju melayu atau saya tak pergi langsung majlis tu” Uwais tiba-tiba rasa inilah masanya dia nak mengusik Hannah.Berlagak sangat dengan high class dia tu..
“Uwais! awak jangan nak mengada-ngada ya?” Hannah mula melenting.Aku cakap buat tak tahu aja erk?
Uwais berpura-pura menutup telinganya.Dia keluar dari dapur selepas mengambil sebiji epal.

3 ulasan:

  1. tersalah eja ke?

    baris ke 5 : Hannah menutup fail yang barus
    satu lagi...
    "Dah tak cintakah lagi Hannha"..

    Just nak alert kot2 mahu dipublish ka t market. hehe

    BalasPadam
  2. iskh2.... teliti btol encik zaarz kte ni ek...

    BalasPadam
  3. bagus tul la uwais ni. baik dia.

    BalasPadam